Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN WAKIL GURU DAN STAFF MAJLIS PERSARAAN E.

AHMAD AZAM BIN MAKMOR 2021


Yang Berusaha Puan Zainariah Bt Mohd Nor,Pegawai SISCt ,Pejabat Pendidikan Daerah Gombak,
merangkap ibu angkat Sekolah kebangsaan Gombak Utara.
Yang Berusaha Encik Abdul Malek B.Mohamed,Guru Besar Sekolah kebangsaan Gombak Utara.
Yang Berusaha Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Besar yang turut hadir.
Yang Dihormati Encik Ahmad Faizal B.Che Adib, Yang dipertua Persatuan ibubapa dan
guru,Sekolah kebangsaan Gombak Utara.
Yang Diraikan Encik Ahmad Azam b.Makmor Pembantu Operasi Sekolah kebangsaan Gombak
Utara.
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan Sekolah kebangsaan Gombak Utara.
Yang Dihormati Encik Idrus B.Bahaman Pengerusi Kesatuan Pembantu Operasi Daerah Gombak.
Yang Dihormati mantan-mantan Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan Sekolah Kebangsaan
Gombak Utara.
Seterusnya Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, guru-guru serta staff sokongan
serta hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana ,di atas limpah kurniaNya dapat kita
berhimpun di dalam Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi,yang penuh bererti buat kita semua,
khususnya lebih bermakna buat yang diraikan.
Saya mewakili guru dan juga Staf Sekolah kebangsaan Gombak Utara ingin mengucapkan selamat
hari lahir dan selamat bersara kepada Encik Ahmad Azam Bin Makmor, semoga diberi kesihatan
yang baik dan dipanjangkan usia dan berbahagia disamping keluarga tersayang.
Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap yang bertemu pasti akan berpisah,setiap yang bermula
pasti berakhir. Terima kasih diatas semua kenangan dan segala budi dan bakti yang
ditaburkan.Semoga sillaturrahim dan ukhuwah yang terjalin erat ini akan berpanjangan .
Dengan ini saya sudahi ucapan saya dengn serangkap pantun,
Pahat papan serupa dulu
Bawah kain daun cermai
Rehatlah Tuan dilembaran baru
Ukhuwah terjalin usah terurai

Sekian, terima kasih. Wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai