Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 💖

Apa khabar cikgu? Semoga cikgu sihat selalu.

Sektor Pembelajaran PPD Jempol dan Jelebu dalam usaha mengenalpasti perkembangan terkini
persediaan mental, fizikal dan emosi guru-guru serta murid-murid Tingkatan 5 dalam membuat
persiapan untuk menghadapi SPM Tahun 2021.

Jasa baik semua Guru Kanan MP diperlukan untuk mendapatkan maklumat tentang status persediaan
guru-guru dan murid-murid dalam menghadapi SPM Tahun 2021 dari aspek mental, fizikal dan emosi.
Juga, kenalpasti isu yang timbul/ perkara-perkara yang perlu penambahbaikan yang ada hubung kait
dengan SPM Tahun 2021.

Tiada format disertakan. Terserah kepada guru-guru mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-
masing. Ini satu pendekatan tidak formal jadi guru-guru tidak perlu khuatir.

Kaedah untuk PPDJJ pula mendapatkan maklumat di atas daripada semua Guru Kanan MP akan
dimaklumkan kemudian. Apa yang penting sekarang adalah semua Guru Kanan MP untuk mendapatkan
maklum balas yang telus daripada guru-guru dan murid-murid agar PPDJJ dan sekolah dapat sama-sama
berusaha memastikan guru-guru dan murid-murid Tingkatan 5 bersedia untuk menghadapi peperiksaan
yang penting dalam situasi yang mencabar ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai MP terlibat. Terima kasih atas masa dan kerjasama semua
Guru Kanan MP dan guru-guru MP sekalian.

Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT dan guru-guru serta murid-murid diberikan
kesihatan yang baik sentiasa. Aamiin 🌹

NORSHAHIDA BINTI SHAARIM,

SEKTOR PEMBELAJARAN,

PPD JEMPOL DAN JELEBU.

Anda mungkin juga menyukai