Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN (ANGEL)

Liber atau Liberalis diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud bebas, tidak terikat,
progresif, reformis atau radikal manakala berfikir secara liberal bermaksud berfikir secara bebas dan
terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan tidak jumud. Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang
berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama.

CIRI-CIRI LIBERALISME
1) Sekularisme (Dayang Fazera)
a) Menangguhkan dan menolak semangat dalam beragama
b) Mahu bebas dari segalahukum dan ajaran agama
Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi. Sekularisme menolak
peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme mendakwa
bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.
2) Bersifat menentang keagamaan (Faris)
a) Menimbulkan idea & persoalan yang aneh untuk mencari kepincangan yang hadir dalam
agama
b) Menidakkan peranan agama & pengawalan moral dalam pengaturan kehidupan
Dalam konteks agama Islam, golongan liberal sedaya upaya meruntuhkan pegangan agama umat
islam dengan pelbagai usaha seperti menimbulkan isu-isu agama, melontarkan ideologi liberalisme
yang menggunakan istilah dalam Islam, dan menyasarkan serangan pemikiran kepada golongan muda
yang mudah terpengaruh
3) Pluralisme (Amir)
a) Falsafah yang memperjuangkan persamaan dalam semua agama
b) Terbahagi kepada dua iatu pluralisme dalam pengajian etnik dan pluralisme dalam konteks
agama
Pluralisme etnik adalah perbahasan berkaitan kepelbagaian masyarakat manakala puluralisme agama
merupakan konsep yang luas mengenai penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini
adalah: agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama maka
semua agama pasti akan menghantar ahli/pemeluknya menuju syurga.

FAKTOR LIBERALISME
Liberalisme dalam Agama (Angel)
1) Isu Murtad
a) Penganut Islam boleh menukar pegangan agama atau menjadi murtad dengan bebas
b) Berhujah menggunakan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Kahfi: 29 & al-Baqarah:256
2) Isu Pluralisme
a) beranggapan bahawa semua agama akan bertemu pada titik yang satu sahaja iaitu ketundukan
kepada Tuhan
b) Wujud pentaksiran-pentaksiran baru terhadapa perkataan “Muslim” dalam al-Quran
3) Isu liberalisme dalam jantina
a) Memperjuangkan isu kesetaraan antara jantina ( Sister in Islam )
Liberalisme dalam Masyarakat (Danish)
1) Perjuangan hak LGBT & Feminisme
a) Mendakwa setiap orang mempunyai hak untuk memperjuangkan hak asasi mereka walaupun
agama tidak pernah mengiktiraf LGBT sebagai hak asasi manusia
b) Penubuhan pelbagai organisasi termasuk beberapa NGO menjadikan golongan ini semakin
berani menuntut hak dan kebebasan
2) Hubungan Lelaki & Perempuan
a) Hubungan bebas antara jantina merupakan sesuatu yang menghiburkan serta tidak
menimbulkan sebarang masalah
3) Pengaruh media sosial
a) Segala maklumat mengenai liberalisme dan sekularisme didedahkan di rangkaian sosial demi
mempengaruhi pemikiran masyarakat
b) Golongan muda mudah terpengaruh dengan mengikuti jejak langkah idola / Influencer
Liberalisme dalam Negara (Faris)
1) Aspek kepimpinan
a) muncul dalam aspek kepimpinan kerana isu-isu perkauman, Sistem Raja Berperlembagaan
dan Islam sebagai Agama Rasmi Negara
b) bertepatan dengan fahaman kebebasan dan keterbukaan mereka yang menidakkan perjanjian
antara kaum-kaum di negara yang bertoleransi
c) menentang perkara-perkara dalam perjanjian tersebut seperti hak-hak beragama, dan sistem
Raja Berperlembagaan
2) Aspek perundangan
a) Penentangan undang-undang, hukuman-hukuman dalam Islam, mahkamah syariah serta
perlembagaan berkaitan kaum dan sistem beraja
b) Selari dengan sifat liberalisme yang melawan autoriti agama dan pengawalan moraL
3) Aspek Institusi atau Organisasi
a) Wujud untuk melawan institusi agama
b) Tidak menyukai bahawa institusi & organisasi membawa batasan terhadap perlakuan mereka

KESAN LIBERALISME
Agama (Amir)
1) Menolak Syariah dan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber utama
2) Mengutamakan logik akal daripada al-Quran dan al-Hadis
Masyarakat (Amirul)
1) Menuntut hak kesaksamaan jantina secara agresif
2) Penentangan terhdapa undang-undang setempat
Negara (Lokman)
1) Mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad
2) Mempersendakan perlembagaan persekutuan
SOLUSI LIBERALISME
Peranan Ahli Akademik & Intelektual (Dayang Fazera)
1) Berani mengukuhkan dan menyebarkan gerakan liberal menggunakan kaedah psikologi dengan
matlamat “mencegah lebih baik daripada mengubati”
a) Menerbitkan bahan-bahan yang membentangkan idea-idea besar saintis dahulu
b) Pendekatan Tafakkur: Seminar dan perbincangan ilmu yang serius dalam mengharmonikan
tradisi dan kemodenan
Perana Pihak Berkuasa (Nik Lokman)
1) Memperbanyakkan aktiviti yang memberikan penerangan dan kesedaran melalui. Eg: seminar,
konvensyen, ceramah awam, perbincangan secara terbuka
2) Ambil tindakan terhadap hantaran-hantaran di media sosial yang berunsurkan liberalisme
PERANAN PENTING PIHAK WAJIB SEPERTI JAKIM, JAIN, JABATAN MUFTI DAN
MAHKAMAH SYARIAH (Danish)
1) Usaha bersepadu oleh pihak berkuasa di Malaysia untuk memerangi liberalisme dan melindungi
Islam daripada terhakis
a) Mengeluarkan fatwa
b) Menjadikan amalan liberalisme sebagai satu kesalahan dan boleh dihukum
c) Membanteras individu, organisasi, atau institusi yang mengamalkan liberalisme dan
pluralisme agama
KESIMPULAN (Angel)
Gerakan Islam Liberal yang terinspirasi daripada ideologi liberalisme barat diwujudkan atas dasar
untuk membebaskan umat Islam. Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan daripada dibelengu
kujumudan dan keterbelakangan dalam kehidupan moden. Pendedahan ideologi liberalisme perlu
diperluaskan agar tidak mudah terpengaruh kerana ia merupakan isu yang serius dan mampu
mengancam keharmonian serta meroskkan akidah masyarakat. Semua pihak haruslah memainkan
peranan masing-masing untuk membelengu dan menyekat penyebaran ideologi ini

Anda mungkin juga menyukai