Anda di halaman 1dari 23

SINOPSIS

Dahlia sedang berlatih bola jarring bersama-sama dengan rakan-rakannya di padang

sekolah. Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, Saleha yang yang bersikap pelik sejak akhir-

akhir ini. bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila

menjelangnya waktu senja.

Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanya khabar Dahlia, persedian Dahlia

untuk menghadapi peperiksaan STPM, dan menyatakan hajatnya untuk membawa keluarganya

ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka dengan lebih serius. Dahlia

menyatakan pendiriannya kepada Azhari bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan

perhatian terhadap pelajaran dan membantu keluarganya terlebih dahulu berbanding dengan

memikirkan soal perkahwinan.

Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Kepulangan Dahlia disambut dengan sindiran

daripada jirannya, Aton dan tangisan adik bongsunya, Anggerik. Tindakan Dahlia yang berusaha

memujuk dan membawa emaknya yang mengalami masalah kemurungan dengan bercakap sendirian

dan sesekali ketawa di kebun getah balik kerumah menemukan kegagalan. Sementara itu, Nek kiah

meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya, Embong yang dikatakan menjadi punca nasib

malang Sahela sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak.

Sahela yang mengalami kemurungan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk

menjalani rawatan pemulihan. Embong meluahkan masalahnya kepada Dahlia tentang

kesukarannya untuk memetik buah kelapa sawit di kebun Haji sulaiman di kampung sebelah

1
kerana tiada orang untuk menjaga Anggerik. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar kerana

menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut Abu Bakar kembali melarikan

diri dalam kepekatan malam.

Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu, Haji

Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke Hospital Permai di Johor Bahru,

Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir kesekolah kerana Anggerik demam panas. Dahlia

juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tetapi menemukan kegagalan.

Sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian anak tunggalnya Said. Dahlia

pula dikatakan pembunuh anaknya hingga sesetengah penduduk kampong yang tidak tahu akan

cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Dahlia membawa Anggerik ke klinik

dengan bantuan Najib dan kavita. Sementara itu, seman menfitnah adik iparnya, iaitu Embong

kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca sahela menjadi gila. Seman memujuk

emaknya agar menjual tanah pusaka termasuk tapak rumah Embong. Dahlia melawat emaknya di

Hospital permai, Johor Bahru. Secara tidak sengaja, dia berjumpa dengan Najib yang bertugas di

Hospital itu sebagai pekerja sementara Embong pula mendapati dua ekor kambingnya telah

dicuri.

Pelbagai peristiwa berlaku kepada Dahlia sekeluarga.Antaranya keluarga Azhari ke

rumah Dahlia untuk merisiknya.Embong dipatuk oleh seekor ular tedung sewaktu berada di bilik

mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki ,Hospital Batu Pahat selama seminggu.Nek Kiah pula

memberitahu Dahlia bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual.Kedatangan Najib dan Azhari

secara kebetulan ke rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan bahawa dia ialah

perempuan yang tidak baik.Akibat dendam yang membara, Aton semakin galak menyindir dan

menfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama

2
menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat kampung Parit Haji Rais.Kata-

kata fitnah Aton itu telah mengundang rasa marah Abu Bakar.Abu Bakar cuba menyerang aton

tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman.Ketika di rumah,Abu Bakar memujuk kakaknya yang

sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.Abu Bakar juga mengakui

kesalahannya yang mencuri dan menjual kambing milik ayahnya.

Ketika mengemas bawah rumah,Abu Bakar telah menemukan dua biji telur ayam

berwarna hitam dan berbau busuk.Telur itu mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan

khianat kepada keluarganya .Dahlia meminta Abu Bakar membuang telur-telur ayam itu ke

dalam sungai. Dahlia ke rumah Nek Kiah dan mendapati neneknya terbaring kesakitan.Dahlia

cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan tidak mahu rumahnya didatangi sial.Rakan-

rakan Dahlia dan Cikgu Hisyam gembira apabila Dahlia hadir ke sekolah semula.Sekembalinya dari

sekolah,Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan pulang ke rumah.Nek Kiah dimasukkan ke

wad wanita,Hospital Batu Pahat kerana sakit.Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah

selama dia berada di hospital itu.Nek Kiah berasa bersalah atas sikapnya prejudisnya terhadap

Embong sekeluarga.Nek Kiah tinggal di rumah Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital

Batu Pahat.

Banjir besar telah melanda Kampung Parit Haji Rais.Penduduk kampung terpaksa

dipindahkan ke surau dan balai raya.Menurut Haji Sulaiman,banjir yang berlaku di kampung

mereka adalah untuk mencuci segala kotoran yang ada di kampung itu.Nek Kiah meminta

Embong sekeluarga menetap di rumahnya selepas banjir berakhir dan air surut kerana rumah

Embong musnah.Penduduk kampung kembali mengamalkan budaya muafakat.Kaum lelaki bergotong-

royong membina rumah Embong,manakala kaum wanita bekerjasama menyediakan hidangan.

3
Dahlia tekun belajar dan berjaya menghadapi peperiksaan STPM dengan jayanya.Cikgu

Daim membawa khabar berita buat Dahlia ,iaitu dia terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan

Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun.Sebelum itu,Dahlia

diwajibkan mengikuti kursus bahasa jepun selama enam bulan di Universiti Malaya,Kuala

Lumpur.Majlis pertunangan antara Dahlia dan Azhari selamat dijalankan pada 30 Disember

walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin.Azhari menemui Dahlia di stesen bas sebelum bas

ekspres bertolak ke Kuala Lumpur dan mengucapkan Koi-bito kepada Dahlia.Azhari

menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenang emas sebagai simbol bahawa mereka ialah

orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

4
Tema

Novel “Songket Berbenang Emas” bertemankan kegigihan seorang gadis dalam menempuh

berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

Persoalan

 Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu kandung.

 Persoalan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab.

 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.

 Persoalan tanggungjawab anak sulong terhadap kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa .

 Persoalan kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti.

 Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

 Persoalan kepercayaan karut yang menebal dalam kalangan masyarakat.

 Persoalan pengamalan budaya melayu dan warisan bangsa.

 Persoalan keinsafan terhadap tindakan yang salah.

 Persoalan ketegasan membuat keputusan.

 Persoalan demdam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain.

 Persoalan ketamakan wang ringgit hingga sanggup menzalimi saudara kandung.

 Persoalan keadilan dalam menentukan hukuman.

 Persoalan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung.

5
Watak dan Perwatakan

Dahlia

 Berusia 19 tahun

 Anak sulung daripada enam adik –beradik

 Murid tingkatan enam atas dan menuntut di sekolah Perempuan Temenggung

Ibrahim, Batu pahat.

 Berjaya melanjutkan pelajaran dalm kursus perguruan perniagaan peringkat ijazah

pertama selama empat tahun di jepun.

 Tunang kepada Azhari.

 Berani, cekal, bijaksana, rasional, dan berpendirian tegas.

 Bertanggungjawab dan penyayang.

 Taat akan ibu bapa.

 Berpandangan jauh, jujur, dan suka berterus terang baik hati, berhemah tinggi, rajin,

dan berdikari.

 Bijak menyimpan rahsia

 Mengamalkan semangat bermuafakat.

 Berfikiran positif dan optimis.

 Taat akan perintah agama.

 Memeliki sifat setia kawan.

6
Embong

 Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.

 Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya

berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan

mereka walaupun isterinya sakit.

 Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya

 Seorang yang percaya akan kehendak takdir Isterinya menjadi kurang siuman

 Seorang yang penyabar Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

 Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya menyuruh Dahlia pergi ke

sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia

 Seorang yang berani Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.

Saleha

 Ibu Dahlia

 Berumur 39 tahun

 Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,K iambang, Mawar,Anggerik dan Abu

Bakar)

 Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang

 Bekerja sebagai penoreh getah

 Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak-

anaknya.

10
Azhari

 Berkumis nipis

 Bermuka bulat

 Tinggi

 Kacak

 Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.

 Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah

 Suka akan Dahlia

 Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(

 Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.

Siti Wangi

 Sahabat Dahlia

 Bermuka bulat

 Sentiasa ceria

11
Tauke Lim

 Berbangsa Cina

 Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluargaDahlia

dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk

dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.

 Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang

 Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga

Embong

 Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur

Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.

 Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama

 Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat

disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

Nek Kiah

 Ibu Saleha

 Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya

dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-

cucunya yang lain.

 Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka

akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak

12
membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak

diketahui asal usulnya.

Seorang yang pemarah

Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia

ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau

hantu.

Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup

cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.

13
Latar Tempat
 Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti

Wangi.

 Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.

 SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia

pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.

 Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar

tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

 Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam

mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

 Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah

 Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia

 . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah

emaknya dirawat di hospital.

 Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan

pada peringkat awal

 Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

 Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini

juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

 Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia. Dahlia cuba menyelamatkan

Said yang lemas di sungai ini.

 Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di

sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun

kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.

14
Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .

Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. Dahlia disindir oleh

Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.

 Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong

semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat

pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.

15
Latar Masa
 Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama

Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah .kentung azan pun sudah bergema

Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah

Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital

Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari

asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.

Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang.

 Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.

Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.

Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada

abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.

16
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampung

- Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua

kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,

Tauke Lim dan lain-lain.

- Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji

Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.

2. Masyarakat guru

- Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.

- Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari

asrama.

- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana

dia sorang yang bijak .

3. Masyarakat pelajar

- Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.

- Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.

- Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.

4. Masyarakat yang saling membantu

– Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat

Embong meluahkan perasaan

17
–Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

5. Masyarakat yang bertanggungjawab

- Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang

menghadapi masalah

18
NILAI

1. Keberanian

Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.

Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

2. Setia kawan

 Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk

diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

3. Pengorbanan

Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di

hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan

menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama

sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.

Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

4. Keikhlasan

Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti

Malaya.

19
Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul

yang diadakan di balai raya.

Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar

Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati
 Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan

sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.

 Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang

berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7. Kerjasama
 Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka

bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.

 Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan

kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

 Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

20
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.

2. Kita perlulah berikhtiar untuk mengurangkan bebanan atau masalh yang ditanggung.

3. Kita haus bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

4. Kita hendaklah ikhlas dalam menghulurkan bantuan.

5. Kita sepatutnya menghargai budaya dan warisan bangsa.

6. Kita mestilah bersikap adil sebelum menentukan hukuman.

7. Kita janganlah menjadi pendendam sehingga memusnahkan maruah orang lain.

BINAAN PLOT
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.

Permulaan

Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola

jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa

berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang

menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .

Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia

pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.

21
Perkembangan

Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah

pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk

emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong

yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha

dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru

kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng

sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana

dipatuk ular.

Perumitan/Konflik

· Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang

menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan

keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak

RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan

wang sebanyak itu.

· Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan

Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

· Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke

22
rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.

· Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang

merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.

· Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin

terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang

kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Klimaks/Kemuncak

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang

mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar

membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke

rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah

yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia

sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga

Dahlia.

Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk

23
kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir

setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Peleraian/ Pengakhiran

-Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga

Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM

tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk

mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu

mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan

Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di

stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket

berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya

sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

TEKNIK PLOT
1.Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan gelagat pelajar perempuan ketika

melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah.

2.Teknik dialog.Contohnya,dialog antara Dahlia dengan adiknya ,Melati ketika Dahlia meminta

Melati ke kedai runcit Tauke Lim untuk membeli susu tepung yang sudah kehabisan dengan cara

berhutang.

3.Teknik imbas kembali.Contohnya,Embong teringat kembali akan kata-kata Saleha yang

memberitahunya tentang bayang-bayang yang mengejarnya dan suara-suara pelik yang

menggangu hidupnya.

24
4.Teknik imbas muka.Contohnya Dahlia membayangkan wajah emaknya yang seakan-akan

menjerit memanggilnya datang menjenguknya di Hospital Permai,Johor Baharu

5.Teknik konflik.Contohnya,konfli antara Embong dengan ibu mertuanya.Konflik ini berlaku

apabila ibu mertuanya tidak merestui perkahwinan Saleha dengan Embong.Sementelah,Embong

tiada berharta,yatim piatu,danmerupakan anak dagang.

25
26

Anda mungkin juga menyukai