Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS BAHAS GURU PIALA PENGARAH

JPN SELANGOR 2023


BI
PENGACARA TEKS
L
1. Nariza Bismillahhirahmanirrahim…

Dari Dewan Terbilang kami bawakan Pertandingan Akhir Bahas


Guru Piala Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tahun
2023

Lenggang Bertapak Seni Memandang


Silat Sendeng Menyusun Jari
Salam Sembah Selamat Datang
Sudi Tuan Ke Majlis Kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam


Sejahtera

Yang berusaha, Tuan Haji Sajoli bin Masdor, Timbalan


Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor

Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi,


Timbalan Pengarah,
sektor Pengurusan Sekolah, JPN Selangor.

Puan Yasmin binti Kamaruddin,


Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid

(Ni kalau no. 2 dab no. 3 xde, sebut)

En Mohd Alias bin Awang,


Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan
Pengurusan PPd.

Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan,

Pegawai2 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pegawai² PPD Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Guru-guru peserta Bahas Guru Piala Pengarah Jabatan


Pendidikan Negeri Selangor,

Seterusnya
Hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian.

Dr Azarul Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini bagi menyaksikan Pertandingan Akhir Bahas
Guru Piala Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tahun
2023

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan agar
majlis berjalan lancer.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ….. untuk


mengetuai bacaan doa. Dipersilakan…

Amin…amin…Ya rabbal alamin…

Untuk makluman semua siding hadirin dan hadirat sekalian. 10


peserta akhir Bahas Guru Piala Pengarah JPN merupakan wakil-
wakil guru dari semua daerah dalam Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor. Mereka semua merupakan peserta akhir sebelum dipilih
mewakili Selangor dalam Bahas Guru 2023.

Pastinya sidang dewan semua tidak sabar untuk menyaksikan


kehebatan guru-guru kita dalam berbahas.

Tanpa melengahkan masa, saya serahkan pimpinan majlis kepada


Yang Dipertua Dewan Bahas Guru Piala Pengarah.
Encik Abdul Muiez Bin Muhammad Ruslee dari SMK Sungai
Besar.

Anda mungkin juga menyukai