Anda di halaman 1dari 50

KFP 60404: KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

TUGASAN: CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK

PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL RUBRIK BAGI


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIRAN ARAS TINGGI (KBAT)
EKONOMI TINGKATAN 4

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO.
TELEFON
SURIA KALAH A/P M20221000256 SARJANA 0125616965
KUPPUSAMY PENDIDIKAN
(PENGAJIAN
KURIKULUM)

KUMPULAN KULIAH : KUR A KFP60404


PENSYARAH : PROF. DR. ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang dilaksanakan dan dihuraikan

dalam beberapa sub topik kecil untuk memudahkan pemahaman pembaca kajian ini. Bab

ini mengandungi sepuluh bahagian utama yang dihuraikan iaitu latar belakang kajian,

penyataan masalah, soalan kajian, obkjektif kajian, definisi istilah dan operational,

kerangka konseptual, Batasan kajian, kepentingan kajian dan rumusan bab.

Latar belakang kajian menjelaskan segala aspek yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam kajian yang dilaksanakan ini. Manakala penyataan masalah pula

menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kajian ini dilaksanakan berdasarkan

kupasan permasalahan dalam latar belakang yang di isu kan. Selain itu, perbincangan

mengenai matlamat kajian, objektif dan soalan kajian untuk menentukan hala tuju kajian

yang dijalankan. Seterusnya, di dalam bab ini juga dikupaskan mengenai kepentingan

kajian, kerangka konseptual, definisi istilah dan operational untuk mengukuhkan lagi

justifikasi kajian yang dilaksanakan.


2

1.2 Latar belakang kajian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, unsur-unsur dalam kemahiran

berfikiran aras tinggi harus digunakan bersesuaian dengan tahap kongnitif murid. Guru

seharusnya memandang serius kerana ia mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang

berkesan dan menyeronokan.

Pada abad ke-21, KBAT amat penting bagi menentukan kejayaan murid. KBAT

didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Oleh kerana itu, salah satu teknik pengajaran

dan pembelajaran (PdPc) menggunakan Modul Rubrik merupakan salah satu usaha dalam

membantu mewujudkan suasana pengajaran yang berkualiti dan berkesan (Nurhafizah

Zaidi, 2015).

Modul pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru mempelbagai kaedah

pengajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang

menggembirakan. Modul Rubrik dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar untuk

dijadikan oleh rujukan guru. Modul Rubrik ini dibina bertepatan dengan penskoran rubrik.

Justeru, dalam kajian ini pengkaji mengkaji bagaimana kita dapat mengenal pasti

keberkesanan Modul Rubik dalam mata pelajaran Ekonomi dan seterusnya membolehkan

murid dipilih sebagai persampelan dapat mengeksploitasikan teknik-teknik yang

diaplikasikan dalam modul tersebut ke arah kaedah pembelajaran berfikiran aras tinggi

yang lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran.
3

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk membangunkan modul rubrik

berasaskan penskoran rubrik dengan menggunakan soalan aras tinggi. Modul yang

dibangunkan juga diharapkan dapat membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari

mata pelajaran Ekonomi dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran

tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan modul rubrik

yang dibina dalam mata pelajaran Ekonomi Tingkatan 4 sesuai digunakan sebagai bahan

PdPc bagi meningkatkan penguasaan murid untuk menjawab soalan esei berbentuk KBAT.

Sistem penskoran markah secara tradisional tidak dapat menilai pencapaian pelajar.

Ini kerana sistem sedia ada lebih tertumpu kepada ujian tahap penguasaan pembelajaran

secara sumatif dan bukannya untuk meningkatkan hasil pembelajaran (Saribeyli, 2018).

Sebagai penyelidik dan penilai terhadap hasil pembelajaran pelajar, guru perlu sedar tahap

penguasaan pelajar dalam bilik darjah atau dikenali sebagai pentaksiran formatif.

Salah satu daripada teknik pengajaran abad ke-21 ini adalah dengan

mengintergrasikan penggunaan rubrik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc),

iaitu sebagai satu penilaian baharu yang merangkumi penskoran murid untuk menilai

kualiti prestasi atau kualiti jawapan yang dihasilkan oleh murid. Untuk itu, modul rubrik

bagi mata pelajaran Ekonomi bukan sekadar berperanan sebagai alat pengukuran kualiti

jawapan murid yang aras tinggi (KBAT) oleh guru, malah sebagai alat untuk

membangunkan strategi penskoran markah yang banyak semasa penilaian formatif.


4

Pandangan ini dengan jelas menerangkan tentang modul rubrik ini, iaitu bukan hanya

sebagai panduan untuk memberi skor kepada tugasan pelajar sahaja malah, memantapkan

lagi Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) murid.

Oleh yang demikian, modul rubrik ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran Ekonomi Tingkatan 4. Modul rubrik ini telah dibangunkan menggunakan

pendekatan rubrik yang berpandukan penskoran yang digunakan untuk menilai kualiti

jawapan murid yang berfokuskan KBAT.

Modul rubrik ini bertujuan untuk membantu murid-murid untuk menjawab soalan

aras tinggi berpandukan penskoran rubrik. Dengan demikian, penggunaan modul rubrik ini

yang dibangunkan dapat membantu pelajaran yang berbeza gaya kongnitif untuk

meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Ekonomi terutama menjawab

soalan kertas 2 Bahagian C.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mencapai matlamat utama kajian. Berikut ialah objektif kajian

yang ingin dicapai menerusi kajian ini.

1. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan rubrik bagi

Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) Ekonomi Tingkatan 4.

2. Menilai kebolehgunaan aktiviti di dalam modul terhadap pembelajaran Kemahiran

Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) Ekonomi Tingkatan 4.


5

1.5 Persoalan Kajian

1. Sejauh manakah pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan

rubrik bagi Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) Ekonomi Tingkatan 4.

2. Sejauh manakah penilaian kebolehgunaan aktiviti di dalam modul terhadap

pembelajaran Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) Ekonomi Tingkatan 4.

1.6 Definisi Operasional

Definisi operasional merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah

kajian. Hal ini demikian kerana melalui definisi membantu mengoperasi maklumat atau

topik utama sesuatu kajian. Berikut adalah definisi operasional kajian ini:

1.6.1 Pembangunan

Pembangunan sesebuah alat pentaksiran seperti perlu berdasarkan reka bentuk

pembangunan yang sistematik supaya dapat menghasilkan alat pentaksiran yang berkualiti

dan sesuai untuk kumpulan sasaran. Menurut Dick at.al. (2015), reka bentuk pembangunan

ialah proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangunkan, melaksana, dan

menilai sesuatu produk.

Dalam kajian ini, pembangunan merujuk kepada proses membangunkan Modul

Rubrik Ekonomi Tingkatan 4 yang terdiri daripada empat bahagian yang merangkumi garis

panduan, panduan rubrik, panduan contoh skima jawapan murid yang tahun-tahun lepas

dan latihan soalan rubrik.


6

1.6.2 Kebolehgunaan

Kebolehgunaan atau usability dapat didefinisikan sebagai tahap sesuatu perkara atau objek

yang boleh atau sesuai untuk digunakan (Oxford Dictionaries, 2019). Menurut Golsbe

(2019) pula, kebolehgunaan bermaksud penggunaan objek buatan manusia seperti alat atau

peranti dengan mudah dan sejauhmana objek tersebut dapat digunakan oleh seseorang

untuk mencapai objektif yang ditentukan dengan berkesan, cekap, dan lengkap dalam

konteks penggunaan.

Dalam kajian ini, kebolehgunaan merujuk kepada sejauhmana Modul dilaksanakan

dan dinilai kebolehgunaan di dalam dua tingkatan yang berlainan untuk melihat kesan

pelaksanaan modul terhadap pembelajaran Ekonomi. Ini ditentukan oleh pengkaji dengan

mengumpulkan data sampel kerja murid keenam-enam murid yang dikategorikan baik,

sederhana dan lemah dan menilai kebolehgunaan modul. Pelaksanaan aktiviti PdPc dibuat

melalui pemerhatian anekdot untuk menilai kebolehgunaan modul di kalangan pelajar

tingkatan 4.

1.6.3 Modul Rubrik

Modul didefinisikan sebagai suatu templat perancanagan unit pembelajaran atau sebuah

pakej yang terdiri daripada unit-unit kecil (Faridah Salam, 2015). Menurut Alijah Ujang

(2016) pula, modul pembelajaran merupakan satu unit pembelajaran tersendiri yang

merangkumi komponen berhierarki dilengkapi dengan bahan berkaitan yang sesuai untuk

digunakan semasa pembelajaran kendiri pelajar mencapai tujuan tertentu.


7

Rubrik merupakan garis panduan deskriptif, panduan pemarkahan atau kriteria

prestasi dengan ciri spesifik tertentu dimana setiap tahap prestasi diterangkan untuk

membezakannya dengan prestasi di aras berlainan (lantz, 2004). Panduan penskoran rubrik

merupakan alat bagi mentaksir produk, projek atau tahap kemahiran murid serta rubrik

membantu murid mengetahui apa yang sepatutnya murid lakukan dan memahami kualiti

kerja yang seharusnya dihasilkan (Abdul Rahman, 2021). Dalam kajian ini, modul rubrik

berasaskan KBAT terdiri daripada empat bahagian yang merangkumi garis panduan

modul, panduan rubrik, contoh skima jawapan murid dan Latihan soalan rubrik.

1.7 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara

ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-

fasa dalam kajian.

Hala tuju sesuatu kajian dapat dilihat daripada kerangka konsep kajian. Kerangka

konsep kajian memberikan huraian ringkas dan padat tentang pembolehubah-

pembolehubah yang berinteraksi bagi menggambarkan fokus kajian. Kerangka konsep

yang lengkap juga dapat menghimpunkan soalan kajian secara relatif, meneliti kajian lepas

serta cara pengumpulan data yang sistematik.

Kerangka konseptual bagi kajian ini telah dibina berdasarkan Model Teori

Taksonomi Bloom yang telah mempengaruhi proses penguasaan Kemahiran Berfikiran

Aras Tinggi (KBAT) murid SMK Taman Bukit Maluri Tingkatan 4 dalam mata pelajaran

Ekonomi. Dalam kajian ini, pengkaji membina modul rubrik berpandukan Teori
8

Taksonomi Bloom. Panduan penskoran rubrik dalam modul rubrik terbahagi kepada tiga

tahap iaitu Tahap Satu (Pengetahuan dan Pemahaman), Tahap Kedua (Aplikasi) dan Tahap

Ketiga (Analisis dan Penilaian).

Modul rubrik dibina untuk meningkatkan tahap kemahiran menjawab soalan aras

tinggi. Rajah 1.1 telah menunjukkan Kerangka Konseptual kajian yang dihasilkan oleh

pengkaji yang menepati tiga tahap penskoran rubrik. Seterusnya pembangunan dan

kebolehgunaan modul rubrik diuji melalui dua instrument kajian yang telah ditetapkan iaitu

soal selidik dan sampel kerja murid.

Teori Taksonomi Bloom

Hasilkan Modul Rubrik (Penskoran Rubrik)

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3


➢ Pengetahuan ➢ Aplikasi ➢ Analisis / Penilaian
➢ Pemahaman (1-3 Markah) (4-6 Markah) (7-9 Markah)

Menilai dan mengesahkan Modul oleh 5 pakar bidang dan 3 guru Ekonomi menggunakan Soal Selidik

pemerhatian
Modul diuji kebolehgunaan kebolehgunaan modul
di dua buah kelas.

Pengumpulan data kualitatif melalui pemerhatian

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian


9

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada perkara-perkara seperti berikut:

1. Kajian ini hanya melibatkan murid tingkatan empat yang mengambil mata

pelajaran Ekonomi dari SMK Taman Bukit Maluri Kuala Lumpur. Oleh itu,

generalisasi kajian ini adalah rendah. Kajian ini tidak dapat digeneralisasikan

kepada murid Tingkatan 4 di sekolah lain.

2. Kajian ini hanya mengkaji penggunaan modul rubrik berbanding pengajaran secara

konvensional bagi murid tingkatan 4 Santubong dan 4 Chamah. Maka dapatan

kajian ini tidak dapat digeneralisasikan untuk kelas lain. Isi kandungan modul ini

tidak dapat digunakan untuk mata pelajaran lain. Namun, pendekatan yang

digunakan dalam modul rubrik boleh diadaptasi dan diaplikasi bagi mata pelajaran

yang bersesuaian.

1.9 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini penting dalam memberi sumbangan pihak-pihak tertentu terutamanya

guru, murid dan sekolah untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

1.9.1 Murid

Penggunaan modul rubrik ini dapat membantu murid memahami dan meguasai cara

menjawab soalan esei berbentuk aras tinggi. Dalam modul ini, tugasan serta aktiviti telah

disusun dan disediakan untuk dilaksanakan oleh murid. Penggunaan Modul ini mampu
10

menjadi proses pembelajaran lebih seronok dengan penglibatan aktif daripada murid.

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan modul rubrik yang menggunakan

pendekatan penskoran rubrik. Penggunaan penskoran rubrik dalam modul rubrik mampu

meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Ekonomi yang selalu dianggap

sukar untuk menjawab soalan berbentuk rubrik atau aras tinggi.

1.9.2 Guru

Kajian ini diharap dapat memberikan kepentingan kepada guru-guru, khususnya guru

Ekonomi untuk menerapkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

modul berasaskan pendekatan KBAT. Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan

kepada guru-guru untuk terus berusaha merancang kaedah serta teknik pembelajaran dan

pengajaran yang sesuai dengan melibatkan murid secara aktif dalam kelas. Suasa ini akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa ceria dan memberangsangkan.

Pembinaan modul ini adalah selaras dengan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2021, yang bertujuan melahirkan murid yang sentiasa berfikiran aras tinggi untuk

berasing dalam era globalisasi.

1.9.3 Sekolah

Kajian ini juga dapat memberikan kepentingan kepada sekolah untuk meneroka

pendekatan pengajaran baru bagi menjamin pencapaian murid yang lebih tinggi. Hasil

kajian ini boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan gred purata pencapaian

mata pelajaran Ekonomi dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh yang
11

demikian, pihak sekolah dapat memberikan galakan kepada guru-guru untuk sentiasa

berusaha dan komited dalam membantu murid untuk mencari ilmu.

1.10 Rumusan

Secara keseluruhannya, dalam bab satu ini membincangkan tentang latar belakang kajian

yang merangkumi aspek pemasalahan yang dilihat oleh pengkaji. Permasalahan yang

timbul menarik minat pengkaji menghasilkan hipotesis kajian yang dapat menyelesaikan

masalah dalam menjawab soalan ujian pra dan pasca serta memupuk kemahiran berfikiran

aras tinggi murid.


12

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur merupakan antara bahan yang paling penting untuk dijadikan rujukan

dalam sesuatu bidang kajian oleh seseorang pengkaji. Kajian literatur yang digunakan

membolehkan seseorang pengkaji itu dapat memperoleh maklumat serta mengetahui

dengan lebih lanjut mengenai skop kajian yang akan dilakukan. Menurut Amani Dahaman

(2011), tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal,

buku, penyelidikan-penyelidikan lepas dan digunakan untuk rujukan penyelidikan

terbaharu. Seperti yang kita ketahui, kajian literatur merupakan hasil penulisan pengkaji-

pengkaji dalam bidang kajian yang mereka minati dan hasil daripada kajian yang

dijalankan.

Dalam prosese membuat tinjauan literatur, seseorang penyelidik akan mengenal

pasti perkara yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai pemasalahan yang serupa

dengan pemasalahan yang dikaji (Abdullah, 2018). Dalam kajian literatur inilah, pengkaji

baru seperti saya mendapat segala-gala pemasalahan kajian serta mendapat cadangan baru

mengenai kajian lanjutan dalam bidang kajian. Tanpa kajian literatur, pengkaji tidak dapat

membuat rujukan. Hasil daripada rujukan kajian literatur ini, pengkaji dapat membuat

penambahbaikan serta memperluaskan lagi skop kajian yang dilakukan.


13

Oleh itu, dalam bab ini penyelidik ingin membincangkan soratan kajian yang

berkaitan dengan Modul Rubrik dan bentuk soalan yang berasaskan Kemahiran Berfikiran

Aras Tinggi (KBAT). Terdapat juga teori-teori diketengahkan untuk mengetahui tentang

pembelajaran berasaskan Modul dan ianya menjadi asas kepada perlaksanaan ujian pra dan

pasca. Seterusnya dibincangkan dengan lanjutan berkenaan dengan teori berkenaan dengan

soalan berbentuk KBAT, rubrik penskoran dan juga isu-isu dalam pentaksiran prestasi.

2.2 Teori Taksonomi Bloom

Benjamin Bloom merupakan pengasas kepada teori Taksonomi Bloom pada tahun 1956

Beliau telah memperkenalkan satu heirarki kognitif dalam Taxonomy Of Educational

Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) yang dipetik dari

laman sesawang, cikguwandhia.blogspot.com. Teori ini disusun dari aras rendah hingga ke

aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek

kognitif atau pengetahuan seperti fakta, teori dan hukum yang dapat membantu guru

membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Tujuan teori

Taksonomi Bloom adalah membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman seperti

mencari isi penting daripada petikan yang dibaca.


Aras Tinggi 14

Aras Sederhana

Aras Rendah

Rajah 2.1 : Pecahan Domain Kognitif Taksonomi Bloom


(Sumber Anderson & Krathwohl,2001).

Dalam kajian ini, pengkaji membina Modul Rubrik berpandukan Teori Taksonomi

Bloom. Panduan penskoran rubrik dalam Modul Rubrik terbahagi kepada tiga tahap iaitu

Tahap satu (Pengetahuan dan Pemahaman), Tahap kedua (Aplikasi) dan Tahap ketiga

(Analisis dan Penilaian). Ketiga-tiga tahap yang dibina dalam Modul Rubrik adalah

berdasarkan pada Teori Taksonomi Bloom seperti yang ditunjukkan dalam dalam Jadual

2.1.

2.3 Modul Rubrik

Modul ialah satu pakej pengajaran atau satu unit konsep mata pelajaran (Rusell, 1974) yang

meliputi bahagian-bahagian kecil yang saling berkaitan dan membentuk satu rangkaian

(Ab. Rahim Selamat, 1991). Menurut Kamdi Kamil (1990), modul dilengkapi dengan

komponen-komponen seperti hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian

berserta arahan yang jelas dan sistematik bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
15

Secara umumnya, modul boleh digunakan dalam satu kumpulan besar seperti kelas atau

secara individu (Gibbons, 1971). Modul boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti

modul pengajaran, modul latihan, modul motivasi dan modul akademik.

Rubrik merupakan garis panduan descriptif, panduan pemarkahan atau kriteria

prestasi dengan ciri spesifik tertentu dimana setiap tahap prestasi diterangkan untuk

membezakannya dengan prestasi di aras berlainan (Lantz, 2004). Dalam pelbagai kajian

istilah rubrik juga dikenali sebagai rubrik penskoran. Istilah rubrik pada hari ini adalah

merujuk kepada panduan penskoran yang digunakan untuk menilai kualiti jawapan yang

dibina oleh murid (Popham, 1997). Rubrik merupakan skema skor deskriptif yang dibina

oleh guru atau penilai untuk membimbing atau memberikan garis panduan terhadap

analisis jawapan murid berdasarkan usaha-usaha yang dihasilkan oleh murid (Brookhart

1999; Moskal 2000).

Begitu juga dengan Gazdik (2009) yang mendefinisikan rubrik penskoran sebagai

skema penskoran deskriptif yang menyeneraikan kriteria yang diperlukan dalam sesuatu

tugasan dan menyediakan maklumat tentang apa yang mesti dimasukkan untuk

mendapatkan tahap-tahap yang tertentu dalam sesuatu pencapaian. Oleh yang demikian

dapat dirumuskan bahawa rubrik secara istilah adalah merujuk kepada panduan penskoran

yang digunakan untuk menilai kualiti prestasi atau kualiti jawapan yang dihasilkan oleh

murid.

Modul Rubrik dibina berlandaskan kepada Teori Taksonomi Bloom oleh Bloom

(1956). Modul Rubrik ini berasaskan pada pengetahuan dan kemahiran murid menjawab

soalan KBAT berlandaskan pada teori bloom. Modul Rubrik terbahagi kepada 3 bahagian.
16

Bahagian pertama menerangkan panduan mengkategorikan jawapan murid mengikut 3

tahap. Murid yang hanya memberi jawapan secara umum dan hanya menyeneraikan sahaja

fakta atau isi tanpa huraian maka, murid ini dikategorikan di tahap 1, skornya adalah (1

markah – 3 markah). Seterusnya, murid yang memberi jawapan menghuraikan setiap fakta

dengan contoh atau gambarajah serta menyatakan pendirian murid, maka murid tersebut

dikategorikan di tahap kedua, skornya adalah (4 markah – 6 markah). Akhirnya tahap

ketiga, jawapan murid mesti lengkap dengan mengemukakan idea yang bernas, kreatif dan

rasional.

Akhirnya, output atau hasil penggunaan Modul Rubrik adalah membantu murid

mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan. Dalam skop kajian ini, penguasaan

Modul Rubrik dan soalan KBAT adalah sangat penting dalam mendapat skor yang lebih

baik dan membantu murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dan rasional serta boleh

menyatakan pendirian yang jelas semasa menjawab soalan. Keseluruhannya, penguasaan

skor rubrik iaitu soalan KBAT mampu melahirkan murid yang mempunyai domain kognitif

yang tinggi.

2.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Menurut Abdul Shukor (2000), Kemahiran Berfikir adalah kemahiran yang amat penting

yang perlu dikuasai oleh generasi muda abad ke-21 agar mereka kebolehan mengatasi

cabaran dunia yang semakin sengit dan menjadi modal insan yang berupaya menjana

ekonomi negara dengan penuh keyakinan dan kebolehterampilan pada masa akan datang.

Manakala, Pendidikan adalah alat yang mampu menjana daya fikiran manusia (Mohd
17

Azhar, 2010). Dengan itu penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan murid merupakan

satu matlamat utama dalam sistem pendidikandi seluruh dunia masa kini. (Zohar, 2003,

Barak, 2007, Rosnani, 2012).

2.5 Rumusan

Kesimpulannya, penggunaan Modul Rubrik semasa pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Ekonomi mampu menolong murid berfikir dengan lebih kreatif dan kritis,

produktif, berkesan dan konsister. Ekonomi sebagai subjek elektif bagi menengah atas

dalam sistem Pendidikan Malaysia. Memerlukan kesungguhan guru dan semangat yang

sangat gigih dengan sentiasa mencari kaedah-kaedah baru ke arah membentuk kreatif dan

inovatif semasa mengajar murid-murid. Perancangan perubahan dalam meningkatkan

mutu penguasaan mata pelajaran Ekonomi perlu dilakukan secara berterusan dan guru

Ekonomi perlu memainkan peranan khususnya dalam meningkatkan KBAT melaui aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran.

Berdasarkan tinjauan literatur yang dijalankan tidak dapat dilihat banyak kajian

mengenai keberkesanan Modul Rubrik dalam mata pelajaran Ekonomi. Pengkaji

mengenalpasti masih terdapat kekurangan dalam proses menjawab soalan bentuk rubrik

dengan baik dan pemupukan kemahiran berfikir murid terutamanya dalam kemahiran

Berfikiran Aras Tinggi. Perkara ini yang mendorong pengkaji untuk membina Modul

Rubrik. Keberkesanan pengunaan Modul Rubrik ini dan penguasaan menjawab soalan

KBAT mampu membantu murid mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran

Ekonomi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


18

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan mengenai metodologi kajian yang meliputi prosedur pelaksanaan,

reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan prosedur

penganalisisan data dan etika kajian. Metodologi kajian menerangkan cara sesuatu masalah

yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi

ialah untuk membantu memahami dengan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian

kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan dan kebolehgunaan Modul

Rubrik dalam mata pelajaran Ekonomi. Pendekatan Modul ini menilai kesahan isi

kandungan serta pelaksanaan dan penilaian, modul diuji kebolehgunaanya. Pengumpulan

data kualitatif dibuat melaui sol selidik, pemerhatian dan sampel hasil kerja murid.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kaedah kualitatif iaitu kajian kes telah digunakan sebagai metod untuk menjalankan kajian

ini. Hasil daripada kajian ini iaitu pembangunan dan kebolehgunaan modul rubrik untuk

pembelajaran Ekonomi di kalangan murid tingkatan 4 menggunakan kaedah iaitu soal

selidik dan pemerhatian.


19

Proses pembangunan modul melibatkan pembinaan draf modul yang dibuat

berdasarkan dapatan analisis keperluan, teori, tinjau leteratur dan semakan kurikulum.

Tessmer (1993) mencadangkan data kualitatif yang diperoleh daripada pakar

diorganisasikan dan dijadualkan untuk mendapatkan gambaran bahagian tertentu yang

perlu diperbaiki. Modul yang dimurnikan kemudiannya diberikan kepada lima penilai iaitu

pakar bidang ekonomi guru cemerlang dan dua guru mata pelajaran ekonomi untuk menilai

dan mengesahkan ketepatan isi kandungan modul dari segi penyampaian dan isi

kandungan.

Penilaian kesahan isi kandungan modul dibuat menggunakan soal selidik kesahan

isi kandungan modul yang memerlukan penilai memberikan jawapan berbentuk skala

Likert lima mata iaitu: (1) sangat tidah setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak pasti, (4) setuju

dan (5) sangat setuju. Data analisis menggunakan kaedah pengiraan kesahan kandungan

modul yang dicadangkan oleh Tuckman dan Waheed (1981) yang dibina berdasarkan

pandangan Rusell(1974). Kaedah ini menyatakan aras penguasaan atau pencapaian atau 70

peratus dianggap isi kandungan modul baik dan telah menguasai tahap pencapaian yang

tinggi.

Seterusnya, pelaksanaan dan penilaian kebolehgunaanya dibuat melalui kaedah

pemerhatian. Dua guru dipilih secara bertujuan untuk melakukan pengajaran di dalam

setiap tingkatan. Pelaksanaan aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Pengumpulan data

kualitatif dibuat melalui pemerhatian anekdot.


20

3.3 Populasi dan Sampel

Pemilihan sampel atau responden dalam sesebuah populasi adalah sangat penting dalam

sesebuah kajian. Menurut Marican (2005), populasi merupakan individu, kumpulan,

komuniti atau apa saja yang hendak dikaji atau disebut sebagai keseluruhan unit atau

responden yang merupakan asas kepada bahan pengukuran di dalam kajian.

Sampel, pula merupakan satu kumpulan kecil daripada populasi sasaran yang akan

mewakili populasi tersebut. Croswell (2012), menyatakan populasi adalah satu kumpulan

individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama bersesuaian dengan tujuan kajian manakala

sampel adalah kumpulan kecil daripada populasi sasaran yang akan mewakili populasi.

Dalam kajian ini, populasi adalah seramai 76 murid tingkatan empat dari SMK

Taman Bukit Maluri Zon Sentul Kuala Lumpur. Jadual 1, menunjukkan jumlah murid atau

sampel yang dilibatkan dalam penyelidikan ini berdasarkan kumpulan dan jantina murid.

Untuk mandapat sampel kajian, penyelidik menggunakan teknik persampelan tujuan.

Persampelan tujuan merupakan teknik persampelan yang mengambil sampel dari satu

populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian dinamakan persampelan bertujuan. Biasanya,

persampelan ini adalah terdiri daripada sekumpulan sampel yang mempunyai ciri-ciri

tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian.

Jadual 3.1

Jumlah Sampel Kajian bagi Kaedah Pemerhatian

Kelas Murid Murid Jumlah


Lelaki Perempuan Murid
4 Santubong 17 21 38
4 Chamah 20 18 38
21

Untuk kajian ini, pemerhatian secara terus dan pemerhatian melalui penglibatan

dijalankan dalam dua buah bilik darjah pada hari yang berbeza. Pengkaji memerlukan

seramai 76 pelajar, melihat kepada reaksi dan penglibatan mereka di dalam kelas semasa

sesi pembelajaran modul rubrik dalam kelas. Keadaan ini untuk menjawab persoalan kajian

iaitu sejauh manakah penglibatan pelajar tingkatan 4 terhadap mata pelajaran Ekonomi

dengan menggunakan Modul Rubrik.

3.4 Instrumen

Terdapat tiga instrument yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini, iaitu

Modul Rubrik, Borang Soal Selidik Penilaian dan Kesahan Modul dan Borang

Kebolehgunaan Modul Penilaian Pemerhatian. Ketiga-tiga instrument ini dibina oleh

pengkaji pada tahun 2022. Modul Rubrik dalam LAMPIRAN A, Borang Borang Soal

Selidik Penilaian dan Kesahan Modul LAMPIRAN B dan Borang Kebolehgunaan Modul

Penilaian Pemerhatian dalam LAMPIRAN C.

3.4.1 Modul Rubrik

Pengkaji telah menyediakan satu set Modul Rubrik pada tahun 2022. Modul ini disediakan

untuk dijadikan panduan kepada pelajar mengenai soalan rubrik menggunakan pendekatan

KBAT yang mereka harus menguasai untuk menjawab soalan Ekonomi Kertas 2 (Bahagian

B). Modul ini terbahagi kepada 4 bahagian, Bahagian A (Garis Panduan Modul),

Bahagian B (Panduan Rubrik), Bahagian C (Contoh Skima Jawapan Murid) dan Bahagian

D (Latihan Soalan Rubrik).


22

Keistimewaan Modul Rubrik ini ialah, contoh skima jawapan turut disediakan

untuk dijadikan panduan kepada murid untuk menjawab soalan rubrik yang membawa

markah yang banyak sebanyak 7-9 markah untuk satu soalan dalam Bahagian B, KERTAS

2. Skima jawapan murid yang diberi membantu murid untuk mengenalpasti kesalahan yang

sentiasa dilakukan oleh murid semasa menjawab soalan rubrik. Murid dapat

membandingkan skima murid A yang menjawab mengikut format rubrik dan murid B yang

tidak menjawab mengikut format rubrik. Dengan menggunakan modul ini murid akan

mahir menjawab soalan aras tinggi iaitu soalan bentuk rubrik.

Bahagian A dan B masa yang diperuntukkan adalah 30 minit semasa PdPc atau satu

waktu PdPc. Bahagian C masa yang diperuntukkan adalah 120 minit atau empat waktu

PdPc. Bahagian D pula bagi set soalan 1 hingga set soalan 2 masa diperuntukkan 120 minit

atau empat waktu PdPc. Pendekatan pengajaran guru adalah menggunakan kaedah

pengajaran bermodul iaitu Modul Rubrik kepada kumpulan rawatan selama tiga minggu.

Kesahan modul disemak oleh dua orang guru Cemerlang Ekonomi yang berpengalaman

mengajar ekonomi di sekolah menengah.

3.4.2 Pemerhatian

Menurut Meriam (2002), pemerhatian adalah cara yang terbaik untuk mengumpulkan data.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpulkan data kualitatif melalui pemerhatian

menggunakan rekod anekdot dan sampel kerja murid. Rekod anekdot digunakan sebagai

alat pengumpulan data. Rekod anekdot ini digunakan semasa murid menggunakan modul

rubrik Ekonomi. Modul dilaksanakan dan dinilai kebolehgunaannya di dalam du akelas

disekolah yang sama untuk melihat kesan perlaksanaan modul terhadap pembelajaran
23

Ekonomi Tingkatan 4. Data rekod anekdot dikumpulkan melalui borang pemerhatian

penilaian penglibatan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.4.3 Soal Selidik

Pengedaran Borang Soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan data respondent. Soal

selidik murid hanya mengandungi satu bahagian sahaja iaitu Bahagian A. Bahagian A

merupakan bahagian demografi. Borang ini dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan

untuk mendapatkan latar belakang responden. Maklumat yang dimuatkan untuk

mendapatkan data peribadi adalah seperti jantina, umur, bangsa, agama dan nama sekolah.

Respondent hanya perlu mengisi ruang kosong dan menandakan (√) pada ruang kosong

yang disediakan.

3.5 Kajian Rintis

Kebolehpercayaan dan kesahan juga boleh ditentukan dengan menjalankan kajian rintis.

Kajian rintis ini dibuat untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan ujian pra-pasca

yang dibuat oleh penyelidik. Ini dapat mengesahkan ujian yang dibina oleh penyelidik

mengikuti tahap penguasaan murid serta aras kesukaran item. Satu kajian rintis bercadang

dibuat pada 03 November 2022 di sekolah menengah yang mempunyai bilangan murid

yang sikit di Zon Pudu Kuala Lumpur. Kajian rintis ini melibatkan 15 orang murid

Ekonomi Tingkatan 4M SMK (P) Bandaraya. Data yang diperolehi menunjukkan

kebolehpercayaan dan kesahan pada instrument iaitu soalan-soalan yang dibina dalam

ujian pra dan pasca ini sesuai atau tidak untuk digunakan dalam kajian sebenar.
24

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dimulakan dengan pengkaji memohon kebenaran daripada pihak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjalankan kajian. Seterusnya, pengkaji

memohon kebenaran daripada pengetua SMK Taman Bukit Maluri untuk menjalankan

kajian ini. Pengkaji mendapat kebenaran daripada pengetua sekolah tersebut untuk mohon

data profil responden, menggunakan Modul Rubrik semasa PdPc.

1. Kedah Soal Selidik

Modul yang telah siap dibangunkan kemudiannya disemak oleh lima pakar

ekonomi yang terdiri daripada guru cemerlang untuk menilai ketepatan kandungan

modul bagi menentukan kesahan kandungan modul. Selain itu modul juga

diberikan kepada tiga guru ekonomi untuk melakukan penilaian yang sama

menjadikan jumlah penilai kesahan kandungan modul seramai 8 penilai dengan

menggunakan soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji. Daripada aspek

penyampaian modul, jika 70 peratus penilai bersetuju bahawa persembahan modul

ini sesuai untuk pelajar Ekonomi tingkatan 4.

2. Kedah Pemerhatian

Setelah dinilai pakar dan guru, modul dilaksanakan dan dinilai kebolehgunaanya di

dalam dua buah kelas berlainan untuk melihat kesan pelaksanaan modul terhadap

pembelajaran. Rumusan pemerhatian akan dibuat melalui catatan anekdot untuk

melihat bagaimana murid menguasai KBAT semasa menjawab soalan dalam modul

rubrik. Semasa pemerhatihan pengkaji fokus pada adakah pelajar berminat,

penglibatan aktif menjawab soalan KBAT, mengemukakan jawapan yang lebih

kreatif dan kritis.


25

3.7 Kaedah Analisis Data

Kedah pengiraan kesahan kandungan modul yang melalui soal selidik dicadangkan

oleh Tuckman dan Waheed (1981) digunakan untuk mendapatkan nilai kesahan kandungan

modul. Pada fasa pelaksanaan dan penilaian dan kebolehgunaan modul dilakukan terhadap

pelajar-pelajar KPM di du akelas yang berbeza. Pengumpulan data kualitatif dibuat melalui

pemerhatian menggunakan borang pemerhatian semasa menggunakan modul. Kaedah

pemberian skor merujuk kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) digunakan

untuk menganalisis data. Kedua-dua hasil penilaian modul sebelum dan semasa

dibandingkan untuk melihat pembangunan dan kebolehgunaan modul untuk murid

menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

3.8 Rumusan

Bab tiga ini berfungsi menjelaskan tentang kaedah atau reka bentuk penyelidikan yang

telah dijalankan. Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang reka bentuk kajian.

Perbincangan juga adalah tentang pembangunan dan kebolehgunaan modul rubrik

Ekonomi tingkatan 4. Selain itu pengkaji juga menerangkan beberapa cara pengumpulan

data dengan menggunakan soal selidik dan kaedah pemerhatian semasa kajian ini

dilaksanakan.

Dalam bab tiga juga meninjau proses keberkesanan Modul Rubrik dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Ekonomi. Secara keseluruhannya, pemilihan

kaedah kualitatif adalah tepat dalam memperolehi maklumat yang terperinci tentang kajian

ini.
26

Rujukan

Nur Aliah Izzaty, H. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran
matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai/Nur Aliah
Izzaty Hisamudin (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Rou, L. J., Rahman, S., & Surat, S. (2022). Hubungan antara Kesediaan, Pengetahuan dan
Kemahiran Guru Terhadap Pengajaran Dalam Talian. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001585-e001585.
Bael, B. T., Nachiappan, S., & Pungut, M. (2021). Analisis kesediaan guru dalam
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan
pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities,
100-119.
Interaktif, M. (2018). Keberkesanan penggunaan modul interaktif terhadap pencapaian
membaca murid pemulihan. International Journal of Education, 3(19), 34-56.
TRAINING, T. S. (2019). Tahap kesediaan dan keperluan latihan guru dalam
mengaplikasikan KBAT dalam PdPc Sains. International Journal, 2(8), 42-54.
Abdul Rahman, Mokshein, Ahmad. (2021) . Kerangka Prosedur Pembinaan Instrumen
Bagi Mengukur Tahap Kemahiran Proses Matematik Murid. Jurnal of Social
Sciences and Humanities (M)SSH). 6 (9): 271-281.

Abdullah. (2018). Kesan Pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Terhadap Skor
Penulisan Karangan Murid. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tanjung Malim.
Aziz & Andin. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk Meningkatkan
Tahap Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia
43(1)(2018):1-9.

Bloom, B.S (ed). (1956). Taxonomy of educational objective handbook I: Congnitive.


Goldin, I.M. (2011). A Focus on Content: The use of Rubrics in Peer review To Guide
Students And Instructors. M.S, University Of Pittsbursh.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Bahagian. Pembangunan Kurikulum
27

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2018). Penskoran Markah SPM Ekonomi Kertas 2.


Putrajaya Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mat Nor, Norzan, Othman, Mohd Saad, Hidayat, Rozi Abu. (2018). Modul Hayati,
Eksplorasi, Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) Bacaan: Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran membaca. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers &
Teacher Education. 8 (2). 71-82.

Mohd Azarul Mokhtar, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Siti Salina Mustakim, Rozita Radhiah
Said. (2020). Pembangunan dan Keberkesanan Modul Clear Terhadap
Pencapaian Murid Dalam Matematik Sekolah Rendah. Institut
Penyelidikan Matematik (INSPEM), 72-76

Nor Hasmaliza Hasan, & Zamri Mahamod. (2019). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah
menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6 (2): 78-90.

Phawani, V. (2019). Cooperative learning as a means to developing students’ critical and


creative thinking skills. Proceedings of the 2nd International Conference of
Teaching and Learning (ICTL 2009). INTI Unoversity College Malaysia.

Ratna Mohd Razali, & Adenan Ayob. (2018). Keberkesanan Penggunaan Modul
Interaktif Terhadap Pencapaian Membaca Murid Pemulihan (The Effectiveness
of Using the Interactive Module on the Remedial Pupil Reading
Achievement). International Journal of Education, Psychology and Counseling,
(3)19, 34-56.

Sarimah Kamarin, & Shaharom Nordin. (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Kritis Pelajar Sains Tingkatan Empat. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, 13: 58-72.

Ali, A., & Mahamod, Z. (2016). PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN


MODUL BERASASKAN BERMAIN BAGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU KANAK-KANAK PRASEKOLAH (Development and
28

Userbility of Play Based Module for Teaching and Learning Preschool Children’s
Malay Language Skill. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 16-29.

Jusup, Y., & Sharif, S. (2021). Kajian Analisis Keperluan: Pembangunan Modul
Pembelajaran Literasi Tenaga Pengintegrasian STEM Sekolah Rendah. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 325-338.

Aziz, A. A. (2020). Keberkesanan Video Pembelajaran Dari Perspektif Pelajar.

Mohamed, N. N., & Jaafar, A. N. M. (2020). Penggunaan modul pembelajaran inkuiri


berasaskan projek terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 73-90.
29

LAMPIRAN A
MODUL RUBRIK

NAMA MURID: ____________________TINGKATAN: ___________________

MODUL
RUBRIK
EKONOMI
2022

DISEDIAKAN OLEH:
SURIA KALAH A/P KUPPUSAMY
GURU MATA PELAJARAN EKONOMI
30

GARIS PANDUAN MODUL


1. Pelajar wajib menguasai semua konsep ekonomi untuk
memudahkan pelajar menjawab soalan bahagian B kertas 2.
2. Bahagian B soalan 40 markah.
3. Mengandungi 4 soalan, pilih dan jawab 2 soalan sahaja
4. Setiap pecahan soalan boleh ada pecahan soalan lagi, ia ditanda
dengan i, ii, ii....
5. 2 soalan analitik, manakala 1 soalan penandaan secara rubrik.
6. Markah yang paling banyak dalam 1 soalan merupakan
soalan penandaan rubrik. Ia tidak semestinya di soalan C.

7. Modul ini terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu:


(i) Panduan Rubrik
(ii) Contoh skima jawapan murid Tahap 2 dan
Tahap 3/Rubrik (2 soalan)
(iii) Latihan Soalan Rubrik Set 1 hingga Set 2 (4 soalan)

8. Latihan yang berterusan dan komitmen semua guru pasti akan


membawa kejayaan kepada murid dalam Ekonomi SPM.
31

PANDUAN SKOR RUBRIK


TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
PENGETAHUAN DAN APLIKASI ANALISIS/PENILAIAN
PEMAHAMAN (7 markah – 9 markah)
(4 markah – 6 markah)
(1 markah – 3 markah)
• Pernyataan/keterangan • Fakta + huraian masih • Fakta + huraian lengkap
umum tepat/betul dan mendalam
• Menyenaraikan fakta/isi • Keterangan yang • Keterangan betul, tepat,
sahaja tanpa huraian bercampur -tepat dan sangat jelas dan matang
• Penjelasan terjadi kepada kurang tepat • Mengemukakan idea yang
konsep sahaja • Keterangan hanya satu sisi bernas, kreatif dan rasional
• Menyatakan pendirian • Rajah umum/asas/tidak • Keterangan dua sisi
secara umum/ tiada lengkap • Rajah lengkap/ tepat
pendirian • Huraian rajah terhad • Huraian rajah lengkap
• Markah • Menyatakan pendirian • Membuat kesimpulan
A1 – 1m • Markah rumusan/pandangan/
A2 – 2m
A3 & ke atas – 3m B1 – 4m pendapat/ cadangan/
B2 – 5m
memberi bukti/ data releven
B3 & ke atas – 6m
• Menyatakan pendirian
dengan jelas
Markah
C1 – 7m
C2 – 7m
C3 – 8m
C4 – 9m
32

CONTOH SKIMA JAWAPAN MURID


TAHAP 2 DAN TAHAP 3
Bahagian B

[40 markah]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.
Soalan 4

Pn Kamisah mempunyai wang simpanan dan 5 ekar tanah yang bernilai RM 250
000. Pn Kamisah bercadang untuk memulakan projek ternakan ayam dan ladang
getah. Modal yang diperlukan untuk projek ternakan ayam sebanyak RM230 000
dan projek ladang getah RM 250 000.

a. Jelaskan masalah yang dihadapi oleh Pn Kamisah. (5 markah)

b. Projek pilihan Pn Kamisah akan memberi kesan yang besar terhadap pasaran
tempatan.Bincangkan. (9 markah)

c. Pn Kamisah bercadang untuk membuat pelaburan hasil daripada keuntungan projek


yang dipilih. Terangkan jenis pelaburan yang sesuai bagi Pn Kamisah yang
merupakan penghindar risiko. (6 markah)

Jawapan 4a

Murid A

Pn Kamisah menghadapi masalah kekurangan modal untuk membuat kedua-dua


projek ternakan ayam dan ladang getah. Ini kerana modal Pn Kamisah sebanyak
RM250 000 sahaja. Pn Kamisahmemilih projek ternakan ayam yang dapat memberi
keuntungan maksimum. Maka kos lepas adalah ladang getah iaitu projek kedua
terbaik terpaksa dilepaskan.

Murid B

Pn Kamisah mempunyai modal sebanyak RM250 000. Pn Kamisah mempunyai


pilihan untuk memulakan perniagaan iaitu antara projek ternakan ayam yang
memerlukan modal sebanyak RM230 000 dan ladang getah bermodal RM250 000.
Pn Kamisah mempunyai masalah kekuragan faktor pengeluaran iaitu modal.
33

Sekiranya Pn Kamisah memilih untuk memulakan projek ternakan ayam, maka kos
lepas bagi Pn Kamisah ialah ladang getah output kedua terbaikterpaksa dilepaskan.
Pn Kamisah memilih ternakan ayam untuk memaksimumkan keuntungan.
34

Jawapan 4b

Murid A

Projek ternakan ayam yang dimajukan oleh Pn Kamisah akan meningkatkan


keluaran ayam dalam pasaran. Pn Kamisah akan meningkatkan penawaran ayam
untuk memaksimumkan keuntungan.

Berdasarkan rajah, titik keseimbangan asal ialah E0, harga dan kuantiti
keseimbangan pada P0 dan Q0. Apabiila Pn Kamisah terlibat dalam ternakan ayam,
akan berlaku peningkatan dalam penawaran ayam di pasaran tempatan. Keluk
penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0ke S1S1. Titik kesimbangan akan beralih
dari E0 ke E1. Kuantiti meningkat menjadi Q1 dan tingkat harga akan menurun
menjadi P1.

Selain itu, permintaan masyarakat terhadap ayam import akan berkurangan


kerana semakin banyak pengeluar tempatan yang mengeluarkan keluaran ternakan.
Lebihan penawaran ini akan menyebabkan harga ayam tempatan lebih murah
berbanding harga ayam import. Kesannya permintaan terhadap ayam tempatan akan
meningkat dan pengguna akan mengurangkan permintaan ayam import.

Seterusnya, apabila pasaran ayam melebihi keperluan masyarakat, Pn


Kamisah boleh mengeksport lembu ke luar negara. Oleh itu pasaran ayam
tempatan semakin meluas dan Pn Kamisah memperolehi lebih banyak
keuntungan.
35

Jawapan 4b

Murid B

Pn Kamisah telah memilih projek ternakan ayam kerana ia memberi impak yang
besar terhadappasaran tempatan. Oleh itu, penawaran ayam dalam pasaran akan

meningkat.

Berdasarkan keluk di atas, titik keseimbangan asal E0 dicapai apabila S0S0


bersilang denga DD pada tingkat harga P0 dan kuantiti Q0. Apabila keluk
penawaran beralih ke kanan, titik keseimbangan baru E1 di capai apabila S1S1
bersilang dengan DD pada tingkat harga P1 dan kuantiti Q1. Keluk tersebut
menunjukkan berlakunya pertambahan penawaran.
Seterusnya akan berlaku pengurangan barang import ayam dari negara luar. Ini akan
menjadikan KDNK negara akan meningkat dan pengurangan pergantungan barang
import.
Selain itu, ini dapat meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
ke atas kualiti daging ayam. Kesannya pengguna dapat memaksimumkan kepuasan
dalam masa yang sama pengeluar akan dapat meningkatkan keuntungan.
Tetapi jika Pn Kamisah memilih untuk ternakan ayam akan menyebabkan
peningkatan bilangan pengeluar ayam. Ini akan menyebabkan berlakunya lebihan
ayam di pasaran. Harga ayam akan menurun. Pengeluar ternakan ayam akan rugi
kerana harga ayam murah.
36

Disamping itu juga, kesan daripada pemilihan ternakan ayam akan


menyebabkan penawaran getah tempatan akan berkurangan. Ini akan menyebabkan
permintaan getah import akan meningkat. ia akan merugikan firma dan kerajaan
kerana penawaran Ringgit Malaysia akanmeningkat. Imbangan pembayaran akan
menjadi negatif. Kesimpulannya, projek pilihan Hamdan akan memberi impak yang
positif kepada pasaran.
37

Jawapan 4c

Murid A

Jenis pelaburan yang boleh dilakukan oleh Pn Kamisah ialah pelaburan hartanah.
Pelaburan inimerupakan pelaburan yang kurang berisiko berbanding pelaburan yang lain.

Murid B

Pelaburan yang sesuai bagi Pn Kamisah yang merupakan seorang penghindar risiko
ialahmembeli hartanah, unit amanah, simpanan di bank, logam berharga dan sekuriti
kerajaan.
Tahap pulangan bagi hartanah ialah rendah, tahap risiko ialah bebas risiko dan
tahapkecairan adalah rendah.Tahap pulangan simpanan di bank adalah rendah, tahap
risiko ialah bebas risiko dantahap kecairan adalah tinggi.
Tahap pulangan bagi unit amanag adakah sederhana. Tahap risiko adalah rendah
tetapitahap kecairan adalah tinggi sesuai untuk Pn Kamisah melabur.
Selain itu, tahap pulangan bagi logam berharga adalah tinggi. Tahap risiko bagi logam
berharga sederhana dan tahap kecairan adalah rendah.
38

Soalan 5

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pendapatan individu.

Bantuan Sara Hidup RM500 hingga RM1000


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup
(BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan
peruntukan secara lebih tersasar.
Sumber: https://www.bharian.com.my, Rabu, 2 Januari 2019

a) Jelaskan jenis pendapatan yang diterima oleh penerima bantuan tersebut. [4 markah]
b) Bagaimanakah bantuan tersebut dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka.[7 markah]
c) Kerajaan berpendapat bantuan di atas perlu diteruskan. Kemukakan hujah anda.
[9 markah]

Jawapan Soalan 5(a)

Murid A

Pendapatan faktor tidak produktif iaitu bayaran pindahan. Hal ini kerana mereka
tidak menyumbang dalam proses pengeluaran dan tidak menggunakan sebarang
faktor pengeluaran. Contoh lain adalah pemberian anak dan biasiswa pendidikan.
Pendapatan jenis ini boleh diterimapada bila-bila masa tanpa mengira untuk bekerja.
Penerima bantuan boleh merekod jenis pendapatan ini dalan Belanjawan Peribadi
mereka.

Murid B
Pendapatan yang diterima merupakan pendapatan yang dinamakan bayaran
pindahan. Pendapatan ini merupakan pendapatan tak produktif. Hal ini kerana
penerima tidak terlibat dalam proses pengeluaran secara langsung. Bantuan ini
diberikan untuk meningkatkan kuasa beli masyarakat. Pendapatan ini termasuk
dalam perbelanjaan mengurus.
39

Jawapan Soalan 5(b)

Murid A

Bantuan ini akan menambahkan pendapatan mereka. Kesannya berlaku


pertambahan kuasa beli di kalangan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus
terendah. Pertambahan kuasa beli ini menyebabkan mereka boleh membeli barang
kehendak. Contoh barang kehendak ialah barang mewah seperti telefon pintar.
Pembelian barang mewah dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Mereka
juga boleh memulakan perniagaan dengan bantuan tersebut.Mereka boleh membeli
bahan mentah seperti beras, telur dan ikan bilis sekiranya ingin membuatperniagaan
nasi lemak. Untung jualan nasi lemak pasti lebih tinggi berbanding nilai bantuan asal.
Justeru kuasa beli mereka lebih tinggi berbanding penerima asal. Mereka boleh
membeli lebih barang mewah untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka atau
menyimpan untuk kegunaan masa hasapan.

Murid B

Bantuan kewangan tersebut boleh meningkatkan taraf hidup mereka kerana dapat
meningkatkan pendapatan mereka. Dengan ini jumlah pendapatan boleh guna
bertambah. Terdapat lebihan wang setelah berbelanja. Lebihan menjadi tabungan
yang berguna pada masa hadapan. Dengan kewujudan tabungan boleh mula
menyimpan di dalam akaun simpanan bank seperti tabungan dan tetap bagi
mendapat kadar faedah. Penambahan dalam jumlah pendapatan yang diperolehi
menyebabkan mampu membiayai kos sara hidup. Kemampuan dalam membiayai
kossara hidup meningkatkan taraf hidup seseorang.
Pendapatan yang bertambah menyebabkan individu mempunyai kuasa beli.
Kuasa beli ini bermaksud individu mempunyai kuasa permintaan. Ini menjadikan
permintaan agreget semakin meningkat.
Bantuan yang diberikan dapat membiayai kos pendidikan seseorang seperti
pengajian di sekolah dan universiti. Pengajian tinggi akan meningkatkan tahap
40

akademik dan intelektual seseorang menjadikan lebih hebat dalam pelajaran.


Bantuan ini juga membantu meningkatkan taraf hidup kerana dapat menggunakan
pendapatan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
perlindungan yang selesa. Taraf kehidupan akan meningkat kerana mereka akan
mempunyai tempat perlindungan dan bukan setakat duduk di kaki lima.
41

Jawapan Soalan 5(c)

Murid A

Bantuan di atas perlu diteruskan kerana bantuan ini amat penting pada golongan
B40. Bantuan ini mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku seperti
rompakan dan kecurian yang sering dilakukan oleh golongan yang tidak mampu.
Mereka melakukan aktiviti seperti ini keranadapat memperoleh pendapatan dengan
mudah untuk meneruskan kehidupan. Dengan bantuan yang yang diberikan, mereka
kini mempunyai pendapatan yang boleh digunakan untuk membiayai kos kehidupan
yang tinggi. Oleh itu, mereka tidak lagi melakukan aktiviti seperti rompak dan
mencuri. Dengan ini kadar jenayah dapat diturunkan dan kehormonian sejagat dapat
dicapai.
Selain itu, bantuan perlu diteruskan bagi meningkatka taraf hidup penduduk
di luar bandar. Mereka tidak mempunyai akses terhadap banyak kemudahan kerana
duduk di kawasanterpinggir dan tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk
berbelanja kemudahan asas. Malahan masih terdapat kawasan perkampungan di
negara ini yang tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air pada abad ke 21 ini.
Oleh itu, bantuan ini mampu membantu membiayai perbelanjaan harian dan
keperluan mereka. Pendapatan ini juga boleh dijadikan sebagai modal peniagaan
untuk sumber pendapatan tambahan mereka.
Bantuan ini juga perlu diteruskan bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi
kerana permintaan yang akan menurun kerana penduduk tidak mempunyai wang
untuk membeli barangdan perkhidmatan. Kemelesetan ekonomi akan menyebabkan
kadar pengangguran meningkat dan nilai mata wang RM semakin jatuh sehingga
menyebabkan negara muflis. Apabila situasi ini terjadi, pembangunan semakin
susah untuk dijalankan kerana tiada duit yang dapat digunakan untuk
membangunkan negara.
42

Jawapan Soalan 5(C)

Murid B

Kerajaan patut meneruskan bantuan tersebut kerana terdapat ramai keluarga yang
bergantung harap dengan bantuan ini untuk menjadi punca penambahan rezeki
mereka. Pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Sebagai contoh, dapat
dibuktikan perbelanjaan isirumah sebelum bantuan BHS diterima dengan
perbelanjaan isirumah selepas bantuan BHS diterima.
Perbelanjaan sebelum bantuan BHS Perbelanjaan selepas bantuan BHS
Pendapatan boleh guna 2000 Pendapatan boleh guna 2000
Bantuan 750
Tolak : Perbelanjaan Tolak : Perbelanjaan
Sewa rumah 800 Sewa rumah 800
Ansuran kereta 500 Ansuran kereta 500
Insurans 200 Insurans 200
Bil utiliti 300 Bil utiliti 300
Makanan 200 Makanan 200
2000 2000
Baki 0 Baki 750

Sebelum menerima bantuan, isirumah tidak mempunyai baki dan akan meminjam
jika berlaku kecemasan. Ini akan menyebabkan beban hutang naik. Isi rumah akan
mengalami tekanan hidup dari segi kewangan.
Selepas bantuan diberikan, isirumah memperolehi pendapatan lebihan sebanyak
RM750.Lebihan wang yang diterima akan digunakan untuk tabungan. Tabungan
akan meningkat dan isirumah boleh menambahkan pendapatan dari faedah
simpanan yang diterima.
Hasil lebihan dari bantuan tersebut, isirumah mampu untuk meningkatkan
kuasa beli. Isi rumah dapat membeli lebih banyak barang. Sebagai contoh, sebelum
menerima bantuan, upah benar 10 unit, manakala seepas menerima bantuan upah
benar sebanyak 15 unit. Oleh itu, isirumah dapat memaksimumkan kepuasan
43

dengan meningkatkan perbelanjaan.


Permintaan barang yang banyak mendorong firma menambahkan
pengeluaran barang. Firma mampu memperolehi keuntungan yang banyak. Hasil
dari keuntungan tersebut firma dapatmembuat R&D. Barang yang dikeluarkan akan
lebih berkualiti dan masyarakat akan menikmati barang yang bermutu.
Pengeluaran barang yang banyak akan menyebabkan firma membuka peluang
pekerjaan. Pengangguran akan dapat dikurangkan. Ekonomi mencapai guna tenaga
penuh. Kesannya, isirumah akan memperolehi pendapatan setiap bulan.
Selain itu, bantuan yang diterima boleh digunakan untuk membuat modal
perniagaan. Sebagai contoh, isirumah boleh membuka gerai burger untuk
memperolehi keuntungan. Keuntungan yang diterima boleh digunakan untuk
menambahkan perbelanjaan dan simpanan
LATIHAN SOALAN RUBRIK
SET 1
SOALAN 1
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam ekonomi.

a) Mengapakah kerajaan menetapkan keputusan sedemikian? [4 markah]


b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan impak keputusan
kerajaan tersebut ke ataspasaran Kit Ujian Pantas Covid-19?
[7 markah]
c) Wajarkah kerajaan berbuat keputusan demikian? Berikan justifikasi anda.
[9 markah]
45

SOALAN 2
Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis pendapatan individu

a) Jelaskan jenis pendapatan yang diterima oleh penerima bantuan tersebut.


[4 markah]
b) Bagaimanakah bantuan tersebut dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka?
[7 markah]
c) Kerajaan berpendapat bantuan di atas perlu diteruskan. Kemukakan hujah anda.
[9 markah]
46

SET 2
SOALAN 1
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi di negara kita.

a) Jelaskan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara di atas? [5 markah]


b) Mengapakah sistem ekonomi di (a) dikatakan terbaik apabila berlaku
ketidakstabilan ekonomi? [6 markah]
b) Selain daripada bantuan di atas, cadangkan tindakan lain yang boleh diambil
oleh kerajaan bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat? [9 markah]
47

SOALAN 2
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi.

‘Buka sektor atas faktor ekonomi, bukan kerana keadaan sudah


selamat’
PETALING JAYA: “Peringatan untuk semua, banyak sektor dibuka (dibenarkan beroperasi)
adalah atas faktor ekonomi dan bukannya kerana keadaan sudah selamat”. Itu yang ditegaskan
Keyua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai keputusan kerajaan
melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan
tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap
bagi negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/buka
a) Mengapakah kerajaan menetapkan keputusan sedemikian? [4 markah]
b) Jelaskan impak keputusan kerajaan tersebut ke atas pasaran barang? [7 markah]
c) Wajarkah kerajaan berbuat keputusan demikian? Berikan justifikasi anda
[9 markah]
48

LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN

Kesahan Kandungan Modul Rubrik Ekonomi Tingkatan 4

Aspek/Pernyataan Tidak Setuju Sangat


Pasti Setuju
Bil Penyampaian dan Persembahan Modul
1. Tajuk modul sesuai dengan tujuan modul.
2. Soalan dan teks yang digunakan didalam
modul ini disampaikan dengan jelas.
3. Persembahan modul ini sesuai untuk guru
ekonomi tingkatan 4.
4. Susunan isi kandungan modul mudah diikuti
oleh guru Ekonomi tingkatan 4.
5. Gambar-gambar di dalam modul
mempunyai perkaitan dengan teks soalan.
6. Persembahan modul ini mesra pengguna.
Isi Kandungan Modul
7. Contoh soalan memudahkan guru
melakukan perancangan pengajaran.
8. Susunan soalan disusun daripada aras
rendah ke aras tinggi.
9. Cadangan aktiviti berupaya meningkatkan
pngetahuan guru tentang bagaimana hendak
melakukan pengajaran soalan KBAT.
10. Cadangan aktiviti berupaya meningkatkan
kemahiran guru untuk melakukan
pengajaran.
11. Cadangan soalan berupaya meningkatkan
penguasaan kemahiran berfikiran aras tinggi
ekonomi mengikut keperluan murid.
12. Lembaran kerja murid berupaya membantu
guru melakukan aktiviti pengukuhan dengan
kanak-kanak
49

LAMPIRAN C

Pemerhatian
Borang Penilaian dan Kebolehgunaan Modul

Borang Penilaian dan Kebolehgunaan Modul Rubrik ke atas kemahiran


murid menjawab soalan KBAT Ekonomi Tingkatan 4

Kaedah Pemerhatian

Perhatian: Sila tanda nombor pada satu skor yang difikirkan paling sesuai bagi
sesuatu item berkenaan.
Bil Ciri-ciri Tingkatan
4 Santubang 4 Chamah
Ya Tidak Ya Tidak

1. Murid menunjukkan minat penggunaan modul .


2. Murid sangat bermotivasi .
3. Murid terlibat secara aktif semasa perbincangan
kandungan modul.
4. Menunjukkan respons daripada murid semasa
perbincangan modul rubrik.
5. Membina kemahiran berfikiran aras tinggi melalui
penerokaan modul rubrik.
6. Murid aktif memberi jawapan semasa perbincangan
soalan dalam modul rubrik.
7. Murid menunjukkan inisiatif untuk memberi jawapan
bagi setiap soalan dalam modul itu.
8. Murid menguasai modul rubrik dengan bimbingan
daripada guru.
9. Murid membina kemahiran berfikir aras tinggi
dengan menggunakan modul rubrik.
10. Murid bersedia menerima pengetahuan dengan
bantuan modul.

Anda mungkin juga menyukai