Anda di halaman 1dari 1

Dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincang ciri-ciri guru efektif yang perlu ada pada guru

sekolah rendah di Malaysia.

Antara ciri-ciri guru efektif ialah guru yang menunjukkan tingkah laku yang menampakkan
sikap serta kepercayaan yang tinggi terhadap tugasnya dalam bilik darjah. Ini bermakna guru
memodeli tingkah laku yang menunjukkan minat, semangat, kegigihan terhadap mata pelajaran yang
diajarnya. Guru yang bersemangat dan proaktif mampu memotivasikan muridnya kerana keinginan
beliau untuk mengajar dapat dirasakan oleh murid-muridnya. Murid akan berasa selamat dan
menaruh kepercayaan terhadap seseorang guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan.
Sebaliknya jika guru sendiri tidak menunjukkan minat, maka murid yang memerhati tingkah laku
akan berasa tidak yakin dan mungkin mengikut sikap yang diperhatikan.

Anda mungkin juga menyukai