Anda di halaman 1dari 3

NAMA : CORNELIUS @ RONNY PATRICK

NO KAD PENGENALAN : 831007-12-5197


SEKOLAH : SMK KENINGAU, KENINGAU SABAH.

INFORMASI AWAL
Judul Buku : Transformasi Kepimpinan Pendidikan : Cabaran dan Hala Tuju
Karya : Zaidatul Akmaliah Lope Pihie dan Soaib Asimiran
Tebal : 180 halaman
ISBN : 978-967-344-228-7
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Pendidikan
Tahun diterbitkan : 2011
Penerbit : UPM PRESS SDN. BHD

ULASAN BUKU
Buku ini merupakan salah satu buku yang diterbitkan sesuai dengan keperluan tenaga
pentadbir dan pengajar di semua institusi Pendidikan terutama sekolah. Buku ini sesuai kepada
para guru untuk menyegarkan kembali kepakaran dalam bidang Pendidikan dan pengajaran
kerana dalam buku ini para ahli akademik yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam
bidang Pendidikan telah menyumbang idea dan buah fikiran untuk rujukan semua tenaga
pentadbir Pendidikan. Selain itu, buku ini juga mengetengahkan gambaran terkini yang boleh
dijadikan ada dan panduan bagi mentransformasikan institusi Pendidikan terutama sekolah
yang menjadi asas institusi awal dalam trasformasi Pendidikan di negara kita. Hal ini kerana
transformasi dapat dijalankan melalui tenaga pentadbir yang mampu mengubah minda
mencapai kecemerlangan para pelajar terutama pelajar awal disekolah dan kepimpinan
kecemerlangan diperingkat sekolah. Dalam buku ini juga telah dibincangkan bahawa
kecemerlang sesebuha sekolah hendaklah mampu menghadapu pelbagai perubahan seperti
transformasi yang lebih ke hadapan dalam era globalisasi Pendidikan, Sekolah berprestasi tinggi
dan cabaran menghadapi masalah dalam pengajaran. Secara kesimpulannya, buku ini amat
sesuai kepada para pendidik dan pentadbir sekoha untuk mencapai perubahan dan
mengandalkan transformasi menjadikan sekolah dan para pentadbir kea rah kecemerlangan
Pendidikan di Malaysia
INFORMASI AWAL
Judul Buku : Motivasi dalam Pendidikan
Karya : Profesor Madya Dr. Saedah Siraj
Tebal : 168 halaman
ISBN : 370.54 SAE
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Pendidikan
Tahun diterbitkan : 1996
Penerbit : Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd.

ULASAN BUKU
Buku ini telag mengetengahkan isu yang penting dalam Pendidikan iaitu Motivasi. Motivasi
adalah penting bukan sahaj kepada pelajar namun juga kepada semua tenaga pentadbir dan
pengajar di semua institusi Pendidikan, sekolah amnya. Dalam buku ini mengandungi lima bab
dan telah diterangkan secara tererinci berkaitan dengan kepentingan motivasi dalam
Pendidikan, teori-teori barat berkaitan dengan motivasi, cara meningkatkan motivasi pelajar
dan cara untuk meningkatkan motivasi kendiri dalam diri sendiri. Pengarang juga ada
mengetengahkan peranan guru sebagai penggerak motivasi pelajar yang mampun meningkatka
juga motivasi kendiri guru tersebut. Hal ini kerana, menurut pengarang, pelajar yang
bermotivasi semasa dalam kelas akan mampu mencetuskan semangan motivasi guru dengan
baik. Oleh itu pengarang telah menekankan dan mencadangkan solusi cara untuk meningkatkan
motivasi pelajar.antaranya, penyediaan ruang emosi kepada pelajar, menyediakan ruang
pembelajaran yang mesra emosi dan penggunaan teori-teori yang besesuaian. Beliau juga ada
mencadangan teori-teori yang boleh digunappakai antaranya seperti Teori Kecenderungan
Keperluan, Teori Jangkaan Guru, Teori Sosial, Teori Pembelajaran Kawalan Kendiri dan Teori
Keazaman Diri yang mana boleh diaplikasikan kepada semua umur samada guru mahupun
pelajar. Secara kesimpulannya buku ini amat sesuai dibaca oleh semua guru untuk
meningkatkan motivasi kendiri dalam bidang Pendidikan agar kepedidikan di negara kita lebih
bermotivasi dan berilmiah.
INFORMASI AWAL
Judul Buku : Resepi Herba Sebagai Penawar Penyakit
Karya : Amina Noor
Tebal : 208 halaman
ISBN : 978-967-0634-09-8
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Pertanian
Tahun diterbitkan : 2014
Penerbit Pustaka Ilmuan Sdn. Bhd.

ULASAN BUKU
Buku yang diterbitkan oleh Pustaka Ilmuwan ini menerangkan herba sebagai penawar penyakit.
Mengambil kira herba sebagai penawar penyakit, pendedahan kepada perubatan secara tradisi
ini menggunakan beberapa jenis tumbuhan seperti kunyit, bawang merah, betik muda, pucuk
pegaga dan lain-lain. Perubatan tradisi tidak tertumpu kepada masyarakat Melayu sahaja malah
masyarakat Cina dan India juga menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai perubatan tradisi.
Tumbuhan sebagai bahan ubat-ubatan ini, bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat
besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun,
bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang pelbagai jenisnya. Kebiasaannya
cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan herba dalam
merawat sesuatu jenis penyakit. Tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama-sama
mengikut cara-cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan
tersebut ataupun dengan menggilingnya dan pelbagai cara lagi. Kebanyakan bahan-bahan
boleh didapati dari kedai-kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal-pembekal
yang mendapatnya daripada hutan rimba. Namun ada juga yang menanamnya di halaman
rumah dan juga di dapur rumah kita sendiri. Buku ini ternyata memberi manfaat kepada
pembaca untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit. Cara perubatan yang dihidangkan juga tidak
memberi kesan mudarat atau sampingan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah dari
tumbuh-tumbuhan semulajadi. Secara kesimpulannya, buku ini memberikan ilmu baharu
kepada pembaca mengenai kegunaan herba dalam kesihatan dan kehidupan harmoni manusia.

Anda mungkin juga menyukai