Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa Pendidikan Malaysia adalah satu


usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang. Antara matlamat-matlamat
Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang perlu diberi penekanan pula ialah menguasai
kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas dan mengembangkan bakat, daya
kepimpinan dan keyakinan diri. Sehubungan dengan ini, segala kemudahan, kemahiran
dan pengetahuan yang ada di sekolah baik di kalangan guru mahu pun pelajar hendaklah
digembeling untuk memenuhi matlamat pendidikan kita.

Menurut Holder dan Mitson (1974), mengatakan “Pusat sumber

sekolah memainkan peranan mengoperasikan kehendak kandungan

sukatan pelajaran, memperbaiki mutu dan kaedah pengajaran dan

meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh. Pendapat ini

disokong oleh McGinness (1969) yang melihat peranan Pusat Sumber

Sekolah sebagai 4E iaitu ekonomi (economy), kecekapan (efficiency),

kecemerlangan (excellence) dan pengayaan (enrichment).

Oleh yang demikian, kemudahan asas prasarana yang ada di Pusat Sumber
Sekolah boleh digunakan secara maksimum dalam program peningkatan akademik dan
bakat pelajar. Sebagai usaha awal Pusat Sumber SMK Taman Panglima mengambil
inisiatif dalam menyokong dan menyahut matlamat Falsafah Pendidikan Negara dengan
mengemukakan kertas kerja ini yang cuba memberikan beberapa penerangan akan
kepentingan alatan audio visual dalam kontek Pendidikan Bestari.

OBJEKTIF

1) Mempertingkatkan penggunaan bahan dan alat media terutama radio dan pita
rakaman dalam proses pembelajaran kendiri di kalangan warga SMK Taman
Panglima.

2) Mewujudkan ruang karel basah (pembelajaran kendiri menerusi alatan audio visual)
di Pusat Sumber.
3) Menambah kemahiran pertuturan khususnya dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris yang baku, terutama dalam perbualan dan pertuturan.

4) Membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah


dengan penggunaan alatan ini.

RASIONAL

ANALISIS SWOT

4.1 Strenghts
- Mempunyai tenaga kerja (guru-guru, pembantu pusat sumber dan
lembaga
pengawas pusat sumber) yang dedikasi dalam tugasan dan
professional.
- Kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber seperti ditutup pada
jam 3.45
petang membolehkan warga SMKTP membuat rujukan selepas
waktu
persekolahan.
- Mempunyai Pusat Sumber yang kerap dikunjungi oleh warga
SMKTP
pada waktu rehat dan selepas sekolah.
- Prasarana Pusat Sumber yang lengkap dengan koleksi bahan cetak
yang
seimbang, akses kepada talian internet dan berhawa dingin.

4.2 Weaknesses
- Sumber kewangan bagi menjayakan “Projek Paparan
Berinformasi”

4.3 Opportunities
- Kaedah penyebaran ilmu berkaitan dengan akademik yang agak
baru bagi
warga SMKTP akan menarik minat kearah peningkatan ilmu dan
akademik.

4.4 Threats
- Tiada
6. Kos Projek
6.1 Anggaran Kos

a) 14 keping cermin 88 cm X 180 cm @ RM70-00 sekeping = RM


980-00
b) Lain-lain (kertas-kertas warna) = RM
20-00

Jumlah =
RM1,000-00

7. Sumber Kewangan

7.1 Cadangan sumbangan dari Persatuan Ibu Bapa & Guru-Guru (PIBG)

8. Penghargaan

8.1 Bagi menghargai sumbangan dan sokongan PIBG setiap keeping cermin
tersebut akan mempunyai label yang menyatakan bahawa ianya adalah
sumbangan ikhlas dari PIBG SMK Taman Panglima sesi 2005/2006.

(Sila rujuk lampiran)

9. Kesimpulan

Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah juga semestinya berperanan bukan
sahaja sebagai pusat ilmu, tetapi berupaya membekalkan kemudahan dan
perkhidmatan bagi warga SMKTP khususnya pelajar. Pusat Sumber Sekolah
yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan yang bermanfaat kepada
penggunanya akan tetapi juga berperanan sebagai Pusat Hubungan Masyarakat.
Ini bermakna Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) merupakan jambatan
penghubung di antara sekolah dengan masyarakat. Kerjasama dan sokongan
padu dari PIBG adalah sangat-sangat dialu-alukan.
Justeru itu, peranan ini boleh juga dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah
terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti Pusat Sumber perlu kepada bantuan masyarakat di mana
bantuan itu akan memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan sekolah dan
masyarakat . Oleh itu, amatlah sesuai jika akhirnya dikatakan sekolah sebagai
salah satu institusi masyarakat.

Disediakan oleh

……………………..
Penyelaras Pusat Sumber
SMK Taman Panglima
Assam Kumbang

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai