Anda di halaman 1dari 57

1

DAKWAH
ISLAMIAH

DR. MOHD FAIZAL HJ ABDUL KHIR


AIDA HARTINI BINTI NAN
2

KONSEP DAKWAH DALAM ISLAM

Memahami sesuatu cabangan ilmu perlu didahului dengan pengertian ilmu tersebut.
Dakwah sebagai satu disiplin ilmu secara khusus, secara relatifnya adalah masih baru jika
dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lain.1 Dengan erti kata lain, disiplin ilmu dakwah
masih belum diberikan indikasi dan indikator yang mencukupi sebagai satu disiplin ilmu.

DEFINISI DAKWAH
Dakwah pada bahasa
Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab dengan kata dasarnya "daca". Kata
terbiatan bagi perkataan ini ialah dacwah, du’a dan di’ayah. Asal maknanya dalam bahasa
Arab adalah merupakan ajakan bagi menjamu makanan.

Ia juga banyak digunakan dengan membawa maksud memanggil, mengajak,


menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan. 2
Pengertian ini bersesuaian dengan beberapa firman Allah yang menuntut daripada Nabi
Muhammad s.a.w agar melakukan seruan kepada umatnya seperti dalam firman Allah
s.w.t:

                 

 
Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Aku menegaskan, Maha Suci Allah (dari segala iktikad dan
perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain.

Yusuf (12): 108

Di samping itu, perkataan ini juga digunakan bagi membawa beberapa makna
lain:

1. penisbahan )‫(نسب‬sebagaimana firman Allah Taala:


‫أن دعوا للرحمان ولدا‬
2. Jeritan (‫)الصياح‬

1
Zulkiple Abd Ghani (2010) Dakwah dalam Era Siber di Malaysia, Nilai: USIM, h. 2-3.
2
Syeikh cAli Mahfuz (Ghazali Darusalam 1996: 1), Al-Bustaniy (1973: 216) dan Al-Razi (1981: 205)
3

3. Seruan (‫)النداء‬
4. Dakwaan (‫)الزعم‬

5. Soal (‫)السؤال‬
6. Laungan bantuan (‫)االستغاثة‬
7. Gesaan (‫)احلث‬
8. Tuntutan (‫)الطلب‬

9. Himpunan (‫)التجمع‬

Dakwah dalam bahasa Melayu diertikan sebagai kegiatan menyeru dan


meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kerpercayaan.3

Dakwah pada Istilah


Dari sudut istilah pula, ramai pengkaji dan penyelidik telah memberikan tafsiran
dakwah mengikut pandangan mereka sendiri. Menurut Abdul Karim Zaydan, dakwah
merupakan panggilan ke jalan Allah, iaitu agama Islam, agama yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w.4

Mahfuz pula mendefinisikan dakwah sebagai galakan kepada manusia untuk


membuat kebaikan dan berusaha untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah s.w.t. Ia
juga diertikan sebagai suruhan untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan
segala larangan demi mencapai matlamat dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan
akhirat.5

Manakala Kandil (1989: 6-7) telah mendefinisikan dakwah sebagai segala usaha
dan kegiatan yang dijalankan untuk menyeru orang ramai kepada jalan yang benar dan
lurus, agar umat manusia dapat mengenal dan percaya kepada Allah s.w.t, Tuhan yang
Maha Esa, dan melaksanakan syariatNya, iaitu membentuk urusan dan sistem hidup
mereka dalam segala aspek menurut prinsip-prinsip syariah yang bersumberkan kepada
al-Quran dan al-Sunnah.6

Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal pula menjelaskan bahawa dakwah itu adalah usaha
golongan yang mempunyai kemampuan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada
3
Kamus Dewan, h. 305. Ia juga diertikan sebagai berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dengan lebih
sempurna (sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpaakian, dll.
4
Zaydan, Abdul Karim. 1978. Usul al-Dacwah. Baghdad: Dar al-Bayan, h. 10-11.
5
Mahfuz, al-Syeikh Ali. 1975. Hidayat al-Mursyidin ila Tariq al-Wacaz wa al-Khitabah. Kaherah: Al-
Matba’ah al-Thamaniyyah, h. 17.
6
Kandil, M.T. 1989. Berdakwah dalam Negara yang Berbilang Kaum dan Agama. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islam Malaysia, h. 6-7.
4

sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada
keprcayaan selain daripada Allah, mengikut kaedah-kaedah yang tertentu7.

Dakwah dari sudut penggunaannya sebagai satu bidang dalam ilmu pengetahuan
dapat dinyatakan sebagai pengetahuan terhadap proses seruan penerimaan risalah
Islam untuk sekalian alam. 8 Penggunaan perkataan “proses” menunjukkan bahawa
dakwah mempunyai dua elemen utama iaitu pelaksanaan dan ia dilakukan bagi mencapai
sesuatu.9

Penggunaan perkataan ‘seruan’ menunjukkan empat unsur utama bagi


memastikan proses dakwah berlaku:
a. pendakwah (da’i)
b. orang yang diseru / sasaran (mad’u)
c. kandungan seruan (risalah)
d. Cara

Penggunaan perkataan ‘penerimaan’ menunjukkan kepada objektif utama proses


dakwah iaitu agar risalah Islam diterima. Proses dakwah tidak wajar dilihat sebagai suatu
proses rutin yang perlu berlaku tanpa dilihat akan kesannya kepada mad’u. Sebaliknya
proses dakwah perlu berlaku dengan kitaran yang jelas antara penyampaian seorang da’I
dan penerimaan seorang mad’u. Justeru itu, tindak balas yang diberikan oleh mad’u
terhadap proses dakwah yang dilakukan oleh seorang da’i perlu diberikan perhatian
sepenuhnya.

Penggunaan perkataaan “Islam” memberikan makluman yang jelas terhadap mesej


yang diingin disampaikan dan ia meliputi Islam sebagai suatu yang shumul. Penggunaan
perkataan “sekalian alam” menunjukkan bahawa dakwah Islam dilakukan bagi
menyampaikan Islam secara menyeluruh. Seluruh kewujudan alam ini dicita-citakan
untuk diubah berserasian dengan tuntutan Islam.10

Dakwah dan Jihad


Jihad pada bahasa bermaksud mengembeleng segala yang termampu dan kekuatan yang
ada sama ada perkataan atau kelakuan.11

Bentuk jihad adalah pelbagai dan tidak terhad kepada peperangan semata-mata. Ini adalah
berdasarkan kepada beberapa hujah:

7
Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 2.
8
.‫الدعوة اصطالحا تبليغ أوامر هللا و نواهيه إلى البشر و إرشادهم بهما‬

9
Kamus Dewan h. 1235. Proses ialah satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan atau
mencapai sesuatu.
10
6 .‫ ص‬,‫هموم الداعية‬
11
130 ‫ همام‬110\4 ‫لسان العرب‬
5

1. Allah s.w.t. mengarahkan RasulNya agar berjihad menentang orang munafiq.


Sementalahan, tidak dibenarkan untuk memerangi orang munafiq, maka makna
jihad dalam suruhan tersebut perlu difahami dengan makna selain peperangan.
Allah menyatakan:
‫يا أيها النيب جاهد الكفار و املنافقني‬
2. Nabi s.a.w. turut memberikan pengertian jihad yang tidak melibatkan peperangan
iaitu jihad menentang hawa nafsu:

.‫ اجملاهد من جاهد نفسه يف ذات اهلل و املهاجر من هجر ما هنى اهلل عنه‬:)‫قال النيب (ص‬

Salah faham terhadap jihad memberikan kesan yang amat buruk kepada para
pendakwah. Antaranya ia menyebabkan timbulnya sekumpulan orang Islam yang
12
mengutamakan peperangan walau pun masanya belum tiba lagi.

Dakwah dan Peperangan


Bagi sebahagian pengkaji, peperangan bukan merupakan sebahagian daripada jalan
dakwah. Ia sebenarnya merupakan jalan untuk melindungi dakwah dan membalas
serangan musuh ke atas umat Islam.13

Dakwah dan Amar Ma’ruf Nahi Munkar


Makruf atau ma’ruf ialah segala yang baik atau benar iaitu segala perintah yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t seperti mengerjakan Rukun Islam, Rukun Iman dan lain-
lain perkara yang baik dan diterima oleh masyarakat sekeliling.

Mungkar atau munkar ialah segala perbuatan yang jahat dan salah iaitu perkara
yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti minum arak, berjudi dan lain-lain lagi, perkara yang
tidak diterima oleh masyarakat.14

Mengenali makruf dan mungkar (mencari ilmu tentang makruf dan mungkar) dan
mencegah kemungkaran merupakan fardu ain yang ditaklifkan ke atas setiap muslim.
Tidak akan gugur fardu ini dari seseorang dalam mana-mana keadaan pun.

Dalam permasalahan mencegah kemungkaran, Islam menetapkan had paling


rendah bagi seseorang muslim adalah dengan membenci kemungkaran tersebut dengan

12
129 ‫همام‬
13
Pandangan ini dikemukakan oleh Abdullah Ghausah. Lihat Othman hj Talib, Jihad dan Dakwah dalam
Abdullah Muhammad Zin et. al. (1998), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia,
Bangi: Penerbit UKM, h. 54.
14
Ghazali Darusalam. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd., h. 184.
6

hatinya. Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Hampir-hampir orang yang hidup dari kalangan kamu
apabila melihat kemungkaran tidak berupaya mencegahnya melainkan Allah s.w.t
mengetahui apa yang ada di dalam hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran
tersebut.”

Ia adalah berdasarkan kepada Hadis Nabi s.a.w.:


‫من رأى منكم منكرا فليغريه‬

Islam juga menetapkan kaedah bahawa reda dengan sesuatu maksiat adalah
maksiat. Abu Daud meriwayatkan daripada al-‘Urs bin Umairah r.a daripada Nabi s.a.w
yang telah bersabda:

‫ أنكرها‬:‫ فكرهها – وقال مرة‬,‫إذا عملت الخطيئة في األرض كان من شهدها‬


.‫– كمن غاب عنها ومن غاب عنها فرضيها كمن شهدها‬
Apabila satu dosa dilakukan di atas muka bumi, maka orang yang
melihatnya serta membencinya (Baginda bersabda pada ketika yang lain:
“dan mengingkarinya”, maka dia sama seperti orang yang tidak melihatnya
dan barangsiapa yang tidak melihat kemungkaran itu berlaku di hadapan
matanya tetapi reda dengannya, samalah seperti orang yang
menyaksikannya.

Hukum Melaksanakan Dakwah


Hukum melaksanakan dakwah adalah fardu ain mengikut syarat dan kemampuan. Ini
adalah berdasarkan kepada beberapa nas:

i. Surah al-Nahl: 125


7

               

         

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu)
Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui
akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

ii. Surah al-Ma’idah: 67


                 

          

67. Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna
tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
Yang kafir.

iii. Surah Ali ‘Imran: 110


            

            

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan
melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)
itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-
orang Yang fasik.

Perkataan “” menunjukkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad.


Jelas menunjukkan bahawa hukum dakwah bersifat umum dan tidak dikhususkan
untuk golongan tertentu sahaja untuk menyampaikan dakwah. Ianya wajib kepada
setiap orang yang bergelar muslim.
8

iv. Surah al-Anfal: 205

              

25. dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana)
Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus
(tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab
seksaNya.

Bagi pengkaji yang menyatakan hukum dakwah adalah fardu kifayah


adalah berdasarkan kepada beberapa nas. Dikemukakan nas-nas yang terbabit dan
dikemukakan juga hujah balas yang membetulkan pendalilan dan kefahaman
terhadap nas-nas tersebut:

i. Surah Ali Imran: 104

             

 

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang
salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-
orang Yang berjaya.

Perkataan “ ‫ “من‬dalam ayat adalah menunjukkan “‫ ” للتبعيض‬iaitu bagi


menunjukkan sebahagian. Justeru itu, tidak semua orang mukmin dituntut untuk
melaksanakan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy an al-Munkar. Oleh itu, cukuplah
hanya seorang sahaja yang melaksanakannya maka akan terlepas tanggungjawab
pencegahan kepada yang lainnya.

Hujah balas: Perkataan “ ‫ “من‬dalam ayat bukan untuk menunjukkan


“‫” للتبعيض‬. Akan tetapi ia adalah bagi menunjukkan penguatan ke atas tuntutan
ayat semua individu umat ini melaksanakan apa yang diminta. Ia bersesuaian
dengan pengertian dalam ayat: ‫األوثان‬ ‫و اجتنبوا الرجس من‬
9

ii. Surah Yusuf: 108


‫ص َيرةٍ أَنَا َوَم ِن اتَّبَ َعنِي َو ُس ْب َحا َن اللَّ ِه َوَما أَنَا ِم َن‬
ِ ‫قُل َه ِذهِ سبِيلِي أَ ْدعُو إِلَى اللَّ ِه َعلَى ب‬
َ َ ْ
ِ
َ ‫ال ُْم ْش ِرك‬
‫ين‬

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang


yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah
Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang
lain."

Bebanan dakwah hanya dikhususkan untuk para ulama kerana berdakwah


disyaratkan perlu mempunyai ilmu. Sehubungan dengan itu, tidak semua orang
mempunyai kemampuan dari sudut keilmuannya untuk berdakwah.

Hujah balas: Kewajipan dakwah diwajibkan mengikut kemampuan dan ilmu


yang ada pada seseorang. Justeru itu tidak timbul dakwaan bahawa kewajipan
berdakwah hanya wajib bagi individu yang mencapai tahap ulama sahaja.

iii. Surah al-Ma’idah: 105


                

    

105. Wahai orang-orang Yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu
Yang dilarang oleh Allah). orang-orang Yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat
kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, kemudian ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa Yang kamu telah
lakukan.

Ayat ini memberikan arahan kepada orang beriman agar memerhatikan diri
sendiri agar terus kekal dalam hidayah. Hidayat yang telah dimiliki tidak akan
diganggu gugat oleh suatu yang lain. Justeru itu, tidak perlu melakukan dakwah
kerana hidayah itu telah dimiliki oleh orang yang telah beriman dan telah memiliki
hidayah tersebut.

Hujah balas: Makna hidayah dalam ayat ini adalah bermaksud seseorang
Islam telah melaksanakan semua tanggungjawabnya. Setelah dia melaksanakan
10

semua tanggungjawabnya termasuk berdakwah, maka barulah orang-orang yang


sesat tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

iv. Surah al-Baqarah: 286


      

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.

Ayat ini memberikan keterangan bahawa bebanan itu tidak akan melebihi
daripada kemampuan hamba. Oleh kerana tidak semua orang mempunyai
kemampuan untuk berdakwah, maka dakwah tidak wajib kepada semua orang.
Malahan ianya hanya tertentu kepada individu-individu yang mampu sahaja.

Hujah balas: Kewajipan dakwah diwajibkan mengikut kemampuan yang ada


pada seseorang. Selagi mana ada kemampuan bagi seseorang maka ianya tetap
wajib berdasarkan kemampuan yang ada.

Sumber Dakwah
Terdapat beberapa sumber utama kepada ilmu dan aktiviti dakwah15:
1. Quran al-Karim.
Ini adalah berdasarkan kepada dilalah umum Quran yang menuntut agar umat
Islam berpegang kuat dengannya:

               
106. Ikutlah apa Yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-
orang musyrik.
Surah al-An'am: 106.

2. Sunnah Nabi
Ini adalah berdasarkan Hadis Nabi s.a.w.:
.‫عليكم بسنيت و سنة اخللفاء الراشدين املهديني من بعدي‬
Berpeganglah kamu semua dengan Sunnahku dan Sunnah khulafa al-Rashidin
selepasku.

15
Zaydan menyenaraikan 4 sumber kepada wasilah dakwah Islam: Quran, Sunnah, sejarah dan perjalanan
salaf saleh dan istinbat ulama dan pengalaman. Lihat Zaydan, h. 411-414.
11

3. Pengalaman.
Sumber ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w.:
‫الكلمة احلكمة ضالة املؤمنني فحيث وجدها فهو أحق هبا‬
Kalimah hikmah itu adalah kehilangan orang mukmin. Dimana jua dia
menjumpainya, maka di lebih berhak terhadapnya. 16

‫ ال يلدغ املؤمن من حجر واحد مرتني‬:‫قال النيب‬


Seorang mumkin tidak akan disengat pada satu lubang sebanyak dua kali. 17

Termasuk juga dalam kategori ini adalah pengalaman daripada tokoh-tokoh


dakwah yang menjadi pelopor jemaah Islam. Begitu juga pengalaman para salaf saleh,
para ulama khususnya yang berkecimpung dalam bidang dakwah seperti Ibn Hazm, al-
Biruni, Syeikh Shamil, Hassan al-Banna, al-Sanusi dan lain-lain.

RUKUN DAKWAH

Zaydan dan Mohd Amin18 telah mengkelaskan rukun dakwah kepada empat bahagian,
iaitu:

i. Pendakwah.
ii. Sasaran dakwah (orang yang didakwah).
iii. Subjek dakwah.
iv. Metodologi dakwah.

1. PENDAKWAH (DA’I)
Pendakwah ialah orang yang mempercayai sesuatu prinsip dan mengajak orang
lain kepadanya.

Pendakwah tidak boleh dipisahkan daripada dakwahnya. Pertautan antara


19
pendakwah dan dakwah terpasak dalam pemikiran masyarakat. Dengan erti kata lain,

16
Riwayat al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, al-‘Ilm, no. 19, Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Zuhd. no. 15.
17
Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, La Yuldagh al-Mu’min min Hajr Marratayn, no. 5668, Muslim, Sahih
Muslim, La Yuldagh al-Mu’min min Hajr Marratayn, no. 5317, Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Fi al-Hazr
min al-Nas, no. 4220, Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, al-‘Uzlah, no. 3972.
18
Mohd Amin Abdul Rahim. 2007. Panduan Pendakwah Secara Praktikal. Kuala Lumpur: Darul Fikir
Sdn. Bhd., h. 32.
19
.77 ‫همام سعيد‬
‫ و الذين يتعاملون مع‬.‫ و هذه الشهادة قد تحمل الناس على قبول الدعوة و قد تحملهم على ردها و رفضها‬.‫ و الداعية نفسه شهادة للدعوة‬.
".‫ و أما أكثر الناس فيتعاملون مع حملة المبادئ و الناطقين باسمها‬,‫المبادئ مباشرة قلة قليلة في كل عصر و مكان‬
12

keperibadian pendakwah memberi kesan kepada dakwahnya sebagaimana dakwah itu


memberi kesan kepada pendakwah sama ada positif atau negatif. Kehidupan pendakwah
secara pribadi atau amnya menjadi pusat pemerhatian masyarakat. 20 Sekiranya seseorang
pendakwah itu tidak beriltizam dengan ajaran Islam maka dia akan menjadi fitnah kepada
masyarakat yang menjauhkan masyarakat daripada dakwahnya. 21 Keadaan ini
diperingatkan oleh Allah Taala dalam bentuk doa:

          
Lalu mereka berkata: "Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan Kami,
janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang'zalim.
Yunus (10): 85

Firman Allah s.w.t lagi:


            

 

Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap


umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman)
serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai
penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang
diberiNya dan sebagai lampu yang menerangi.
al-Ahzab (33): 45-46

Persediaan Pendakwah
Sehubungan dengan itu, seorang pendakwah perlu mempunyai beberapa
persiapan 22 Seorang pendakwah perlu mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya sebagai
seorang yang akan menjadi tauladan kepada masyarakat yang lainnya, antaranya:

a. Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang
pendakwah bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Kepentingan ilmu dalam
dakwah dapat dideduksikan daripada nas berikut:

20
83 ‫همام سعيد‬
21
78 ‫همام سعيد‬
22
.333 ‫زيدان‬
.7 :‫ ثقافة الداعية‬,‫ القرضاوي‬. ‫ اإليمان و و األخالق و العلم أو الثقافة‬:‫قال الدكتور يوسف القرضاوي أن سالح الداعيى ثالثة‬
13

                 

 

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang


Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan
berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah
Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang
lain."
Surah Yusuf: 108.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

, ‫ نضر اهلل امرءا سمع مقالتي فوعاها و حفظها و بلغها‬:)‫قال النبي (ص‬
:‫ ثالث ال يغل عليهن قلب مسلم‬,‫فرب حامل فقه إلى من هو أفقه منه‬
‫ فإن الدعوة‬, ‫ مناصحة أئمة المسلمين و لزوم الجماعة‬,‫إخالص العمل هلل‬
.‫تحيط من ورائهم‬
Mudah-mudahan Allah menyinari seseorang yang mendengar sabdaanku,
menyedarinya, menghafalnya dan menyampaikannya. Mungkin orang yang
memahami itu akan membawanya kepada orang yang lebih memahami
daripadanya. Tiga perkara yang tidak diirikan oleh seseorang muslim;
mengikhlaskan amalan kerana Allah, menasihati pemimpin-pemimpin Islam
dan melazimi Jemaah. Sesungguhnya dakwah berhimpun di belakang
mereka.23

Seorang pendakwah bukan sahaja perlu mendalami ilmu keagamaan sahaja tetapi
perlu dilengkapi dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
kemanusiaan dan sains. Ini kerana sasaran dakwah bukan hanya terdiri daripada golongan
yang jahil semata-mata tetapi juga daripada golongan cerdik pandai. Al-Qaradawi dalam
bukunya yang bertajuk Thaqafah al-Daciyah telah menghuraikan beberapa jenis ilmu
yang perlu dikuasai oleh para pendakwah, iaitu:

Antara ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang pendakwah:


i. Pengetahuan tentang asas agama Islam
ii. Pengetahuan tentang mesej (risalah) yang ingin disampaikan secara khusus.
iii. Pengetahuan tentang Sunnah Alam

23
42 ‫ همام‬,‫أخرجه التزمذي و ابن ماجه و الدارمي‬
14

iv. Pengetahuan tentang keadaan golongan sasaran, adat, tabiat dan lain-lain yang
membantu mendekati golongan sasaran
v. Pengetahuan tentang sahabat dan musuh
vi. Pengetahuan tentang medium dakwah
vii. Pengetahuan tentang kemahiran berkomunikasi
viii. Pengetahuan tentang ilmu kemanusiaan yang mengandungi ilmu psikologi,
sosiologi, ekonomi, falsafah, akhlak dan pendidikan.
ix. Pengetahuan tentang ilmu sains yang membantu menyokong mesej dakwah.
x. Pengetahuan tentang keadaan semasa dunia.
xi. Pengetahuan am yang diketahuai oleh masyarakat awam.24

Perlu diingatkan, kekurangan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendakwah tidak


boleh dijadikan alasan bagi meninggalkan dakwah tersebut. Sebaliknya dakwah wajar
diteruskan dengan meneliti perkara-perkara berikut:
i. Kewajipan untuk menyampaiakn apa sahaja yang diketahui
ii. Pendakwah menumpukan kepada bidang atau pengetahuan yang dikuasai sahaja.
iii. Meningkat diri dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan yang tidak
dimiliki.
iv. Menggunakan medium luaran seperti kawan dan organisasi bagi menampung
kekurangan pengetahuan yang berkaitan.

b. Persiapan Kepercayaan
Persiapan keimanan bermaksud pembentukan keyakinan seseorang da’i terhadap
dakwahnya. Seorang da’i perlu menjadi seorang yang berpegang teguh dengan
dakwahnya, yang dapat dibuktikan dengan komitmen dan amalannya. Ini adalah kerana
iman meliputi tiga perkara iaitu sebutan lidah, mengamalkan dengan perbuatan dan ikrar
dalam hati.25

Sebagai seorang Islam, tahap keimanan da’i perlu ditingkatkan daripada tahap
Islam kepada tahap Iman kepada tahap Ihsan. Iman yang mantap ialah iman yang
sempurna menurut akidah Ahli Sunnah dan Jamaah, iman dalam bentuk keyakinan yang
qata’ dan jazam kepada semua rukun iman dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya iaitu keyakinan yang tidak wujud padanya waham, syak dan zan (Mohd Amin
2007: 37). "Keyakinan yang jazam adalah keyakinan yang membuahkan hasil pada hati
dan amalan."26

Kepentingan keimanan dalam dakwah dapat dicerna daripada firmanNya:

24
(Mohd Amin 2007: 35).
25
(Ghazali 1996: 15)
26
Penulis 1.
15

          

        


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah
orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan
harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar (pengakuan imannya).
al-Hujurat (49): 15

Tanpa memperkecilkan persediaan material, hakikat yang perlu dipegangi bahawa


Islam dan Muslimin telah memenangi pertarungan dengan kuffar bukan dengan kelebihan
pada bilangan dan persenjataan, tetapi dengan kekuatan kepercayaan terhadap Allah dan
mempertaruhkan segala yang dimiliki. 27 Kepercayaan yang membawa kepada
kebergantungan sepenuhnya kepada Allah yang telah membawa kejayaan kepada dakwah
Nabi s.a.w. Apabila kebergantungan itu lebih dekat kepada kebendaan, Allah menurunkan
kekalahan kepada umat Islam sebagaimana yang berlaku dalam peperangan Hunayn.

Quran juga menggambarkan bagaimana nilai keimanan yang digabung dengan


nilai-nilai mulia yang lain akan memberikan kekuatan luar biasa kepada seseorang
individu. Ianya digambarkan dengan kekuatan 20 orang yang boleh mengalahkan 200
orang:

          

           

     


65. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk
berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka
dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan
jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan
seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu)
orang-orang Yang tidak mengerti.
Surah al-Anfal: 65

27
113 .‫ ص‬,‫هموم الداعية‬
 ‫ فنحن خالل تاريخنا الطويل لم نكسب معاركنا الكبرى بكثرة‬, ‫يفت في عضدنا‬ ّ ‫إن تفوق السالح و تظاهر األعداء من كل فج لن‬
.‫ بل كسبناها باالستناد إلى هللا و بذل كل ما لدينا من طاقة‬, ‫العدد و رجحان السالح‬
16

c. Persiapan akhlak
Persiapan Aklak bermaksud pembentukan nilai pribadi da’i dengan sifat-sifat
mulia. Ahklaq amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Ini adalah kerana ia
merupakan sebahagian daripada tujuan yang dinyatakan dalam hadis Nabi s.a.w:

‫ثت ألمتم صاحل األخالق‬ِ


ُ ‫إمنا بُع‬
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak

Penerimaan seseorang terhadap dakwah bukan semata-mata bergantung pada cara


pendakwah itu menyampaikan dakwah dalam bentuk komunikasi secara lisan dengan
sasaran. Secara tidak disedari, sikap dan keperibadian pendakwah itu menjadi metode
dakwah yang pertama kerana sasaran akan melihat pada sifat pendakwah itu sendiri
sebelum mendengar dakwah yang disampaikan.

Contoh tauladan yang baik (qudwah hasanah) merupakan peranan yang besar
dalam bidang dakwah. Uslub ini terletak pada ilmu ataupun hikmah. Ilmu dan hikmah
hanya merupakan pembuka pada jalan dakwah tetapi tenaganya adalah terletak pada
akhlak peribadi seseorang pendakwah itu sendiri.28

Contoh tauladan yang baik daripada seorang pendakwah merupakan satu kaedah
praktik yang menjadi bukti bagi orang Islam tentang kebenaran dan kebaikan Islam itu
sendiri. Dasar-dasar qudwah hasanah terbahagi kepada dua iaitu:

i. Akhlak yang baik seperti amanah, rajin, berani, pemurah, baik hati, mulia, benar,
jujur dan adil.
ii. Kesesuaian antara perkataan dan perbuatan iaitu setiap perkataan yang diucap
mestilah selaras dengan perbuatan pendakwah itu sendiri. Pendakwah haruslah
berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata supaya setiap perkataan dan ucapan
yang dikeluarkan mampu untuk dilaksanakan. Ini kerana kebanyakan manusia
tidak akan tertarik pada kata-kata seseorang yang lain walaupun kata-kata itu
benar selagi orang yang menyampaikan itu tidak melaksanakan apa yang
diperkatakan olehnya.29 Firman Allah s.w.t:

                

 

Maksudnya:
28
(Abdul Karim Zaydan 1988: 233).
29
(Abdul Karim Zaydan 1988: 287-289)
17

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang


kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

al-Saf (61): 2-3

Imam al-Ghazali telah menyatakan empat sifat asas yang menjadi dasar kepada
akhlak yang mulia iaitu kebijaksanaan, maruah, keberanian dan keseimbangan. Daripada
empat sifat asas ini, sifat-sifat mulia yang lain akan terlahir pada diri seseorang manusia.
Antara sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang da’i:

Ikhlas
Ikhlas bermaksud penjernihan tujuan amalan daripada pencemaran. Firman Allah Taala:

           

     


5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang
benar.
Surah al-Bayyinah: 5

Seorang da’i perlu memastikan segala tindakannya adalah bersih daripada


kecendurungan nafsu, ketamakan dan kepentingan pribadi. Keikhlasan seseorang akan
menjamin pertolongan Allah, khususnya daripada syaitan:
ِ ِ ِ ِ ْ ‫ك َألُ ْغ ِوي نَّهم أ‬
َ ِ‫ال فَبِعَِّزت‬
َ ‫ إَِّال عبَ َاد َك مْن ُه ُم الْ ُم ْخلَص‬‫ني‬
‫ني‬ َ ‫َْجَع‬ ُْ َ َ َ‫ق‬
Iblis berkata: “Demi kekuasaanMu (wahai Tuhanku), aku akan
menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-
zuriat Adam itu yang diikhlaskan”.
Surah Sad (38): 82-83
Sabar

Sabar bermaksud keteguhan kecenderungan agama berbandingan kecenderungan


shahawat.30 Firman Allah Taala:

30
Ihya’ Ulum al-Din, j. 4, h. 313.
18

              

               
35. (jika demikian akibat orang-orang kafir Yang menentangmu Wahai Muhammad) maka
Bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai
keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan
janganlah Engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab Yang dijanjikan kepada mereka,
merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari
siang hari. (Penerangan Yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang
Yang mahu insaf). maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik -
derhaka.
Surah al-Ahqaf: 35

Kepentingan sabar adalah bagi memastikan pendakwah tidak membalas kejahatan


dengan kejahatan. Dengan nilai kesabaran yang ada, segala kesusahan yang ditanggung
kerana melaksanakan dakwah akan menjadi ringan dan tidak menimbulkan perasaan
membalas dendam.

Sabar juga pentinga bagi memastikan da’i tidak kecewa. Kekecewaan akan
membawa kepada dua sudut pelampauan: berhenti daripada berdakwah dan berdakwah
dengan keganasan. Kekecewaan dapat ditolak dengan mendalami beberapa hakikat:

a. Samada dakwah diterima atau ditolak, da’i tetap diberikan ganjaran oleh Allah31

b. Urusan hidayah adalah milik Allah Taala32


              
56. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa
memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan
untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Surah al-Qasas: 56

c. Arahan Allah Taala agar jangan kecewa


               

     


87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya
(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum
Yang kafir".
Surah Yusuf: 87
31
Hamam, h. 31.
32
Hamam, h. 33.
19

d. Bala dan musibah adalah merupakan sunnah Allah dalam alam ini dengan
hikmahnya sendiri:
i. Bina kekuatan jamaah Muslim
ii. Kesedaran dan keinsafan
‫من مل يتوجع مل يرجع‬
iii. Menzahirkan golongan yang benar-benar beriman33
      
141. dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang Yang beriman (dari
dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang Yang kafir.
Surah Ali Imran: 141
iv. Mengukuhkan keikhlasan dalam diri orang beriman. Al-Razi menyatakan:
Keikhlasan manusia ketika bala dan penyesalan itu lebih kuat daripada
keikhlasannya ketika menikmati dunia.34

Rahmat

Rahmat bermaksud kehendak untuk menyampaikan kebaikan. 35 Ia merupakan


sifat mulia yang perlu ada bagi menarik perhatian orang. Tuhan menjelaskan:
                

               

 
159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau
telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
Surah Ali ’Imran: 159

Rahmat akan membuahkan kemaafan dan keterbukaan yang merupakan anjuran


36
Islam. Rahmat juga menjadikan seorang da’i benar-benar menjiwai dakwahnya dan
membentuk nilai empati terhadap mad’u.37 Ia menjadikan seseorang pendakwah itu lebih

33
Hamam, h. 95.
34
Al-Fakhr al-Razi, j. 4, h. 150.
35
Al-Jurjani, ‘Abd al-Qahir bin ‘Abd al-Rahman (1938), al-Ta‘rifat, Kaherah: Matba‘ah Mustafa al-Babi al-
Halabi wa Awladuh, h. 97.
36
’Abd al-Karim Zaydan, Dr. (t.t.), Usul al-Da’wah, t.p, t.t.p., h. 358
37
Al-Ghazali, Muhammad (1996) Humum al-Da'iyah, Kaherah: Nahdah Misr, h. 47
20

melihat kepada dirinya berbanding dengan melihat kepada mad'u sekiranya dakwah yang
disampaikan itu tidak berjaya. Komunikasi berikut memperlihatkan atitud seorang
pendakwah yang mempunyai sifat rahmat:

Penanya: Apakah hukumnya seseorang itu tidak mengerjakan solat Jumaat?

Hakim: Hukumnya adalah dia berdosa dan membawa kepada kekufuran.

Pendakwah: Hukumnya ialah kamu wajib membawanya ke masjid.

2. GOLONGAN SASARAN (MAD’U)


Golongan sasaran bermaksud individu atau kumpulan yang ditujukan dakwah
kepada mereka atau prospek. Mengenali sasaran dakwah merupakan salah satu aspek
penting dalam kegiatan dakwah, malah ia juga merupakan langkah awal sebelum kegiatan
dakwah dijalankan secara praktikal.

Semua manusia tidak kira siapa menjadi sasaran dalam dakwah Islam. Firman
Allah:
              

             

    


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku
adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai
langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang
menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
RasulNya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya
(kitab-kitabNya) dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.
Al-A’raf (7): 158

Hak-hak Sasaran Dakwah


Hak mad’u38

"‫"كيف ال يقشعر جلد املؤمن وهو يطالع هذه األنباء (تنصري)؟ كيف يطيب له املنام أو الطعام؟‬

38
’Abd al-Karim Zaydan, Dr. (t.t.), Usul al-Da’wah, t.p, t.t.p., h. 374.
21

1. Untuk didatangi dan diajak. Ini adalah berdasarkan:


a. Tugas Rasulullah SAW untuk menyampaikan
b. Kahsian belas Rasul SAW terhadap umat manusia
c. Orang yang jauh dari Islam hatinya sakit, justeru menjadi haknya untuk didatangi.

2. Untuk dijaga kemuliaan dan maruahnya

Mengenali Golongan Sasaran


Ketika menjalankan kegiatan dakwah, tidak mustahil para pendakwah akan
berhadapan dengan pelbagai jenis dan golongan masyarakat yang berbeza. Oleh itu,
pendakwah perlu terlebih dahulu mengenali jenis sasaran bagi mengelakkan diri dari
melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada kesan negatif terhadap kegiatan
dakwah tersebut. Kepelbagai golongan sasaran dapat dilihat daripada pelbagai segi:
1. Mental
2. cara berfikir
3. gaya kehidupan sosial
4. latar belakang pendidikan
5. keturunan
6. bangsa
7. agama
8. psiokologi
9. hubungan dengan pendakwah
10. hirerki masyarakat
11. pekerjaan
12. jantina
13. pencapaian
14. kecenderungan

Kesimpulannya, seseorang pendakwah itu harus menitikberatkan jenis-jenis


golongan sasaran yang ingin didakwah supaya dakwah yang hendak disampaikan
berkesan dan tercapai. Cara dan metode dakwah terhadap setiap golongan sasaran sama
ada berbentuk individu ataupun kelompok adalah berbeza bergantung kepada
kebijaksanaan pendakwah itu sendiri dalam mengendalikannya.

Klasifikasi Golongan Sasaran


Kaedah yang baik untuk mengenali golongan sasaran adalah dengan
mengklasifikasikan mereka kepada golongan atau kumpulan atau kriteria tertentu. Para
pengkaji telah mencadangkan pelbagai klasifikasi terhadap golongan sasaran. Secara
umumnya, golongan sasaran dakwah terbahagi kepada dua iaitu golongan bukan Islam
dan golongan Islam sendiri seperti mana yang dinyatakan oleh Ab Aziz.39
39
Ab Aziz 1997: 142
22

Mohd Amin menyatakan tujuh jenis golongan sasaran nenurut Nothstine 40 . Ia


adalah berdasarkan penerimaan dan penolakan golongan sasaran terhadap dakwah iaitu:
i. Menentang dengan aktif: Sasaran ini bukan sahaja menentang mesej yang hendak
disampaikan tetapi juga berusaha mempengaruhi orang lain supaya mengambil
tindakan yang sama.
ii. Menentang: Sasaran ini menentang mesej yang hendak disampaikan tetapi tidak
mempengaruhi orang lain yang ingin mendengar.
iii. Berkecuali: Sasaran ini memahami mesej yang disampaikan, tidak menentang atau
menolak tetapi mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap mesej yang
disampaikan.
iv. Belum dapat membuat keputusan: Sasaran ini juga memahami mesej yang
disampaikan dan dalam masa yang sama mereka berminat tetapi tidak pasti untuk
membuat keputusan untuk menerima atau menolak.
v. Belum mendapat maklumat: Sasaran ini pula belum mengetahui tentang mesej
yang hendak disampaikan. Oleh itu, pendakwah tidak boleh meletakkan mereka
dalam golongan berkecuali atau belum membuat keputusan kerana kedua-dua
golongan ini mengetahui tentang mesej tersebut sedangkan golongan belum
mendapat maklumat tidak langsung mengetahui tentang mesej tersebut.
vi. Menyokong: Sasaran ini menerima mesej yang disampaikan tetapi hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak mencuba untuk mempengaruhi orang lain.
vii. Menyokong dengan aktif: Sasaran ini menerima mesej yang disampaikan dan
dalam masa yang sama berusaha untuk mempengaruhi orang lain supaya
mengambil tindakan yang sama.

Sebahagian pengkaji mengklasifikasikan golongan sasaran berasaskan kepada


hirerki masyarakat seperti berikut:

Golongan Pembesar
Mereka adalah pemimpin41, ketua dan orang atasan bagi kelompok masyarakat
tertentu. Golongan ini ada dalam setiap kelompok masyarakat pada setiap tempat dan
masa. Golongan ini dapat diklasifikasikan kepada beberapa kriteria antaranya golongan
pembesar daripada kalangan orang Islam dan bukan Islam. Begitu juga mereka dapat
diklasifikasikan sebagai menerima dakwah Islam atau menolaknya.

Kebiasaannya golongan ini menentang dakwah Islam:

             

40
Mohd Amin 2007: 73-76
41
380 ‫ز‬
23

34. dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul
pemberi amaran melainkan orang-orang Yang berada Dalam kemewahan di
negeri itu berkata: "Sesungguhnya Kami tetap mengingkari apa Yang kamu
diutuskan membawanya".
Surah Saba’: 34

Sebab-sebab tentangan golongan ini terhadap dakwah:


i. Takabbur
            

14. dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang
hati mereka meyakini kebenarannya. oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan
orang-orang Yang melakukan kerosakan.
Surah al-Naml: 14

ii. Cinta Pangkat


                

         

24. maka ketua-ketua Yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)):
"orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak
melebihkan dirinya daripada kamu. dan kalaulah Allah berkehendak
(mengutuskan seorang Rasul) tentulah ia menurunkan malaikat menjadi
RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini Dalam kalangan
datuk nenek Kami Yang telah lalu.
Surah al-Mu’minun: 24

‫روي أن جاء األخنس بن شريق قائد بين زهرة إىل ابو جهل ابن هشام بن املغرية وملا اختلى‬
:‫ «أترى حممداً يكذب؟» فقال ابو جهل‬:ً‫به سأله قائال‬
‫«ما كذب قط وكنا نسميه األمني ولكن إذا كان يف بين هاشم السقاية والرفادة واملشورة مث‬
‫تكون فيهم النبوة فأي شيء لبين خمزوم؟‬

iii. Kejahilan
                   

     


24

29. dan (ketahuilah) Wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu
sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah
Aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan Aku tidak akan
menghalau orang-orang Yang beriman (sebagaimana Yang kamu minta itu),
kerana Sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu
mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi Aku
nampak kamu semua, kaum Yang tidak mengetahui apa Yang mesti diketahui.
Surah Hud: 29

Masyarakat Non Muslim


Golongan ini adalah golongan kebanyakan yang tidak beriman dengan Islam42. Menjadi
tanggungjawab ke atas setiap muslim untuk berdakwah dan menyeru golongan ini
mengikut kepada metode dakwah yang tertentu serta kemampuan diri masing-masing.43
Firman Allah s.w.t:

                 

 
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku
dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf (12): 108

Pandangan negatif sesetengah golongan non-muslim terhadap Islam dan


penganutnya menjadi cabaran bagi golongan pendakwah untuk melaksanakan kegiatan
dakwah terhadap mereka. Tuduhan-tuduhan terhadap Islam selalu dilemparkan oleh
golongan orang bukan Islam seperti Islam itu zalim dan mundur.

Ada sesetengah masyarakat bukan Islam menjaga tatatertib hidup mereka dengan
menjalani kehidupan yang baik selaras dengan apa yang digaris oleh syariat Islam dan
mereka percaya bahawa ada balasan yang baik untuk pekerjaan dan amalan yang baik.
Secara lumrahnya, manusia dicipta oleh Allah s.w.t untuk membenci perkara-perkara
yang mungkar dan ini juga menjadi pegangan dan kepercayaan sesetengah golongan
bukan Islam ini yang bencikan perkara-perkara yang tidak baik seperti mencuri,
mencabul, membunuh bahkan mereka juga membenci orang yang minum arak dan
berjudi.

Maka, golongan ini adalah sasaran dakwah bukan Islam yang lebih mudah untuk
dipengaruhi dengan cara kehidupan Islam yang sentiasa menyeru pada kebahagiaan dan
42
390 ‫ز‬
43
(Amat Juhari & Ann Wan Seng 2011: 72).
25

keharmonian. Persamaan-persamaan seperti ini perlu diberikan perhatian khusus agar


memudahkan penerimaan golongan ini terhadap dakwah Islam.

Golongan ini lebih mudah menyahut seruan kebenaran kerana kebanyakan mereka
mempunyai halangan penerimaan yang minima berbanding golongan pembesar dan
atasan.Namun begitu, golongan ini berkemungkinan terkesan atau terpengaruh dengan
golongan atasan disebabkan beberapa perkara:

i. Takut
               

       

83. maka tidaklah ada Yang beriman kepada Nabi Musa melainkan
sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun Dengan keadaan takut
kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana
Sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari
orang-orang Yang melampaui batas.
Surah Yunus: 83

ii. Terpedaya dengan harta dan dunia


             

21. Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku!


sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah
menurut orang Yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak
menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
Surah Nuh: 21

iii. Syubhah dan kekeliruan


                

  

26. dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah Aku


membunuh Musa, dan biarlah Dia memohon kepada Tuhannya (meminta
pertolongan)! Sesungguhnya Aku bimbang Dia akan menukar ugama kamu,
atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi".
Surah Ghafir: 26
26

Munafiq
Mereka ialah orang yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan
kekufuran 44.Munafik lebih berbahaya kepada dakwah berbanding orang kafir sebenar.
Justeru itu, da’i amat perlu berhati-hati terhadap golongan ini.

Tanda-tanda munafiq itu banyak; hati yang sakit, melakukan kerosakan atas muka
bumi, menuduh orang mukmin, keras dalam perseteruan, berhukum dengan taghut dan
lain-lain. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tanda-tanda munafiq hanya merupakan
tanda-tanda kepada seseorang, tetapi bukan sebagai asas untuk menetapkan bahawa
seseorang itu adalah munafiq.

Cara berdepan dengan golongan munafiq yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
adalah seperti berikut:
1. Menerima golongan ini sebagaimana mereka menzahirkan diri mereka dan
menyerahkan rahsia hati mereka kepada Allah.
2. Bersimpati dengan keadaan mereka yang bergelumang dengan dosa.
3. Membuatkan mereka merasai yangbaginda sentiasa sedar dan jelik dengan gelagat
mereka.
4. Menyifatkan mereka dengan beberapa sifat yang buruk seperti pengecut dan
rendah harga diri.
5. Tidak menyakiti hati mereka lebih daripada menyifatkan mereka dengan sifat
yang buruk.45

Orang Islam
Mereka adalah golongan yang mengakui Islam sebagai agama anutan mereka. Sebahagian
mereka berpegang teguh kepada Islam dan sebahagian yang lain pula agak longgar
pegangannya. Da’i perlu mempunyai perasaan kasih sayang dan belas ihsan terhadap
sesama muslim.

Da’i perlu bertindak sebagai ejen pemurnian dan pengukuhan umat Islam.
Menjadi amalan dalam Islam dalam mengingati orang Islam yang lain jika mereka berada
dalam kelalaian dan kemungkaran. Firman Allah s.w.t:

            

Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman),
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat itu).
Saba’ (34): 28

44
396 ‫ز‬
45
Pandangan al-Khuli al-Bahi dalam Tazkirah al-Du'ah. Lihat Othman hj Talib, Jihad dan Dakwah dalam
Abdullah Muhammad Zin et. al. (1998), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia,
Bangi: Penerbit UKM, h. 54.
27

Manusia secara azalinya disifatkan oleh Allah sebagai makhluk yang mudah lupa
dan alpa dalam menjalani kehidupan di muka bumi dengan wujudnya gejala-gejala yang
tidak baik dari golongan Islam sendiri seperti penyalahgunaan dadah, budaya kuning,
gaya hidup hedonisme, budaya buli dan cabul dan sebagainya. Oleh sebab itu, golongan
Islam perlu kepada dakwah supaya umat Islam tidak terdorong terlalu jauh dalam
mengikuti budaya yang diamalkan oleh barat yang ternyata jauh dari syariat Islam.

Ab Aziz telah menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi oleh masyarakat


Islam yang menjadikan mereka salah satu golongan sasaran yang perlu didakwah sama
seperti orang bukan Islam, antaranya46:
i. Amalan adat dan warisan yang masih wujud dan menjadi kepercayaan serta
amalan orang Islam sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
ii. Pengaruh dan pengamalan gaya kehidupan barat yang masih menebal dalam
kalangan orang Islam.
iii. Pengaruh kebendaan lebih tebal dalam diri berbanding penghayatan Islam.
iv. Perpecahan sesama masyarakat Islam yang berpunca daripada perasaan hasad
dengki.
v. Wujudnya tanggapan daripada sesetangah masyarakat bahawa tanggungjawab
dakwah bukan urusan setiap orang Islam.

Dakwah amat perlu kepada golongan ini malah usaha dakwah kepada mereka
sama penting dengan usaha pengislaman dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Runtuhnya akhlak masyarakat Islam tanpa bimbingan dakwah secara tidak langsung akan
menjatuhkan imej Islam itu sendiri.

Dakwah kepada orang Cina


Walaupun secara umum, masyarakat Cina di Malaysia beragama Budha, namun mereka
sentiasa terpengaruh dengan agama-agama lain. Mereka bersifat terbuka dalam
menentukan agama masing-masing.47 Menurut D. B. Barret, penganut Kristian Khatolik
di Malaysia pada tahun 1975 ialah seramai 168 136 orang dan pada tahun 1985
meningkat kepada 243800 orang.48 Antara bangsa yang banyak memeluk Kristian adalah
daripada etnik Cina.

3. SUBJEK DAKWAH (RISALAH)


Subjek dakwah atau risalah adalah merupakan isi kandungan ataupun mesej yang
hendak disampaikan kepada sasaran atau orang-orang yang didakwah. Ianya akan
disampaikan melalui pelbagai medium penyampaian sama ada secara lisan, tulisan
ataupun media-media yang lain. Justeru itu, risalah perlu difahami dengan jelas oleh para
pendakwah. Kefahaman tersebut perlu menyeluruh dan menjurus agar seorang da’i akan
dapat menetapkan keutamaannya dalam proses penyampaian tersebut.
46
(1997: 143-145)
47
Ibrahim Che Noh, Dakwah kepada Masyarakat Cina: Suatu Pengenalan dalam Abdullah Muhammad Zin
et.al. (1998), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia, Bangi: Penerbit UKM, h.
90.
48
Ibrahim Che Noh, Dakwah kepada Masyarakat Cina: Suatu Pengenalan dalam Abdullah Muhammad Zin
et.al. (1998), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia, Bangi: Penerbit UKM, h.
90.
28

Secara umumnya, subjek dakwah ialah agama Islam dan ajaran-ajarannya. Agama
Islam dan ajaran-ajarannya meliputi pelbagai cabang kehidupan manusia termasuk dunia
dan akhirat. Subjek dakwah tidak wajar dikecilkan skopnya hanya pada aspek berkaitan
akhirat sahaja dengan meninggalkan aspek berkaitan keduniaan. Islam adalah agama yang
merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.

Dari sudut yang lain pula subjek dakwah juga meliputi elemen-elemen semasa
yang diperlukan oleh masyarakat mengikut kepada situasi semasa. Ia tidak wajar terhad
kepada apa yang ada pada zaman dahulu sahaja. Subjek dakwah pada zaman ini mungkin
berbeza dengan subjek dakwah pada masa-masa yang telah berlalu.

Intipati Risalah
Risalah dakwah yang menjadi intipati kepada dakwah dapat diringkaskan kepada
beberapa perkara:

i. Menyampaikan kehebatan Islam.

Islam perlu digambarkan sebagai sebuah agama yang luhur sebagaimana firman
Allah s.w.t:
Tidak kami utuskan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Justeru itu, perlu dipertegaskan bahawa Islam tidak berseteru dengan agama-
agama lain, khususnya agama langit yang mana Islam memurnikan semula agama-agama
langit tersebut dan menyempurnakannya 49. Kebaikan Islam dapat diringkaskan seperti
berikut:

a. Nilai Islam sebagai sebuah agama luhur perlu diketengahkan dengan sebaiknya:
- Agama Tauhid sebenar Genesis 32: 28 Zakir Naik menyatakan ini merupakan
aspek utama penerimaan orang bukan Islam kepada Islam.50
- Agama yang sesuai dengan fitrah manusia
- Agama yang sesuai dengan semua keadaan
- Persamaan agama lain dengan Islam yang memperlihatkan keunggulan Islam.

b. Muhammad SAW sebagai seorang insan kamil contoh kepada seluruh manusia
perlu diberikan pencerahan kepada seluruh manusia:
- Muhammad dipuji oleh kawan dan lawan
- Muhammad telah diramalkan kedatangannya dalam kitab terdahulu
- Muhammad dan sifat mulia yang cukup mengkagumkan.

c. Quran sebagai kitab suci perlu diberikan penekanan:

49
331 ‫ غز‬.‫اإلسالم ال يعادي الديانات السماوية السا بقة و لكنه يتمم ما يحتاج إلى التفصيل و يصحح ما وقع فيها من تحريف‬
50
https://www.youtube.com/watch?v=PLy_9vHN1Wo, 2:15, 6 Mac 2017.
29

- Mukjizat al-Quran dari sudut bahasa


- Mukjizat al-Quran dari sudut sains
- Mukjizat al-Quran dari sudut perkhabaran.

 Teramat penting juga bahawasanya kebaikan Islam itu disampaikan melalui


contoh tauladan umat Islam sendiri yang berjuang kea rah kebaikan semua tanpa
dilingkupi batasan agama, bangsa dan masa.

ii. Mempertahankan Islam daripada serangan musuh


Tidak dapat dinafikan bahawa Islam dan umat Islam senantiasa berdepan dengan
serangan oleh musuh-musuh yang berada dalam lingkaran dan luar lingkaran Islam
sendiri. Beberapa serangan yang dihalakan kepada Islam adalah seperti berikut:
a. Salah faham dan serangan ke atas Nabi Muhammad s.a.w:

- Gila kerana membuat dakwaan yang pelbagai.


- Pembunuh kerana menggalakkan peperangan (pembunuhan Ummu Qerfah).
- Gila seks kerana mengahwini perempuan berusia 9 tahun dan mempunyai banyak
isteri.

b. Salah faham dan serangan ke atas ajaran Islam:

- Semua agama adalah sama


- Ajaran Islam menganjurkan penyembahan tuhan bulan
- Ajaran Islam menganjurkan penyembahan Muhammad
- Ajaran Islam menganjurkan penyembahan kaabah
- Islam menggalakkan peperangan
- Ketidakadilan antara jantina (perwarisan / imam / cerai / aurat)
- Islam meniru agama-agama lain.
- Islam agama yang mengongkong.
- Isme-isme yang menyeleweng seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme

c. Salah faham dan serangan ke atas Quran


- Al-Quran adalah ciptaan Muhammad SAW
- Ketidak sesuaian kedudukan ayat dan surah al-Quran

d. Salah faham dan serangan ke atas umat Islam


- Umat Islam adalah umat yang mundur
- Umat Islam adalah umat yang malas
- Umat Islam adalah umat yang kasar
30

Salahfaham terhadap Islam akan berterusan dengan pelbagai bentuk yang baru dan
pelbagai. Justeru, penelitian terhadap aspek ini perlu berjalan sejajar dengan
perkembangannya.

iii. Memurnikan kehidupan masyarakat Islam.


Ianya dapat difahamai dalam dua cabang iaitu memperteguhkan keislaman
masyarakat Islam dan meneliti segala permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat
Islam dalam setiap aspek serta cuba menyelesaikan permasalahan tersebut dengan
sebaiknya.

Memperteguhkan keislaman masyarakat Islam termasuk membina kembali


keyakinan umat Islam terhadap Islam.Beberapa gambaran yang diberikan telah
menjadikan umat Islam merasa rendah diri, khususnya pada zaman mutakhir. Sudah pasti
kedudukan orang Islam dan Negara-negara umat Islam yang tertewas dan berada jah
ketinggalan daripada Negara orang bukan Islam memberikan kesan yang mendalam
kepada orang Islam. Sehubungan dengan itu, beberapa kenyataan dan hujah boleh
diutarakan:
1. Umat Islam walau pun berada dalam keadaan lemah sekarang, boleh sahaja
bangkit pada bila-bila masa sekiranya umat Islam bersungguh untuk
melakukannya. Hakikat ini terbukti dalam lipatan sejarah yang mana umat Islam
boleh bangkit membebaskan semula al-Aqsa daripada tangan tentera salib (583H).
Begitu juga, Umat Islam boleh bangkit mengalahkan tentera Moghul dan Tatar di
‘Ain Jalut.
2. Sangkaan bahawa musuh Islam antaranya golongan Zionis merupakan kumpulan
yang tidak boleh dikalahkan adalah sememangnya merupakan sangkaan semata-
mata. Hakikat ini terbukti dengan kekalahan Zionis di tangan tentera Islam dalam
dua pertembungan pada zaman moden ini iaitu Peperangan Yom Kipur pada 6
September 1973 dan Peperangan Karamah pada 21 Mac 1968.
3. Umat Islam perlu sentiasa diingatkan dengan janji Allah:

Sekiranya kamu membantu agama Allah nescaya Dia akan menolong


kamu semua.

Umat Islam perlu disedarkan dengan segala permasalahan yang dihadapi oleh
mereka. Di Malaysia, pelbagai masalah yang membelenggu umat Islam.
Ianya meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan mereka:
1. Dari sudut akidah, umat Islam berdepan dengan masalah ajaran sesat termasuk
ajaran sesat dalam tasawuf, kebatinan, fahaman ekstremisme dan aliran-aliran
ideology seperti sekularisme, kapitalisme, pluraslisme, liberalisme dan lain-lain.
31

2. Dari aspek sosial, umat Islam berhadapan dengan masalah dadah dengan majoriti
penagih dadah dalam Negara ini merupakan mereka yang beragama Islam. Pada
tahun 2014, penagih baru dan berulang berjumlah 21777 orang. Ia menyamai
seorang dalam 30 minit. Begitu juga permasalahan anak luar nikah yang
majoritinya adalah dalam kalangan mereka yang berugama Islam dengan nisbah
seorang anak luar nikah bagi setiap 15 minit bagi tempoh 2008-2010. Selain dari
itu, masalah keciciran persekolahan dan jenayah juga amat merisaukan.
3. Dari aspek kekeluargaan, permasalahan perceraian juga melibatkan umat Islam
sebagai majority dengan nisbah satu perceraian setiap 20 minit dalam tahun 2011.
4. Dari aspek ekonomi, umat Islam di Malaysia masih belum dapat menguasai 30%
daripada kek ekonomi walau pun telah diberikan pelbagai insentif sejak
kemerdekaan Negara.
5. Dari sudut politik, umat Islam di Malaysia berpecah kepada beberapa parti politik
dengan pelbagai aliran. Perpecahan itu pula tidak mempernampakkan aspek-aspek
persamaan yang boleh dipersetujui bersama. Kepelbagaian parti politik yang
didominasi oleh bukan Islam pula sekali pun berbeza pandangan dan ideology,
masih boleh bersetuju dalam beberapa aspek seperti pendidikan dan bahasa.

Pelbagai penulisan telah dibuat oleh para sarjana menganalisis permasalahan


kemunduran umat Islam di samping mengemukakan jalan penyelesaian. Antara
perbahasan berkaitan isu ini ialah Limaza Taakhkhara al-Muslimun wa Taqaddama
Ghayrihim oleh al-Amir Shakib Arselan, Sirr Ta'akhkhur al-'Arab wa al-Muslimin oleh
Syekh Muhammad al-Ghazali, Aina al-Khalal oleh Syeikh Yusof al-Qaradawi dan lain-
lain.

iv. Serangan Islam secara pemikiran


Risalah dakwah juga wajar dilihat dari sudut persediaan pendakwah untuk
mengemukakan penghujahan ke atas orang lain. Islam tidak wajar dilihat sebagai sebuh
agama yang hanya mempertahankan diri tanpa mampu memberikan serangan yang
berkesan kepada semua lapisan masyarakat manusia.

Pemilihan subjek dakwah merupakan salah satu faktor yang sangat penting bagi
kegiatan dakwah. Pemilihan subjek dakwah perlu bergantung kepada kemampuan sasaran
untuk memamahami dan seterusnya melaksanakannya. Hanya dengan pemilihan yang
betul dan tepat akan menjadikan kegiatan dakwah itu berkesan dan berjaya.

Rukun Keempat: Pelaksanaan51


Pelaksanaan merupakan nadi utama dakwah. Bagi memastikan pelaksanaan
dakwah berjalan dengan lancar maka pelaksanaan dakwah perlu dilihat dengan lebih
terperinci. Ianya dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu:

51
Dalam bahasa Arab dinyatakan sebagai al-Adah atau al-Iqamah. Lihat 78 ,‫المعجم األساسي‬
32

1. Perancangan
2. Medium (Wasilah)
3. Pendekatan (Usulub)

Perancangan
Dari sudut Bahasa perancangan dari perkataan rancang yang bermaksud 1.
mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan, 2. membuat anggaran; 3 mengagak-agak;
memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat; 4 persediaan; persiapan. 52 Dalam
perbahasan dakwah perancangan bermaksud gambaran teoritikal terhadap perjalanan
dakwah.53

Ianya amat penting kerana berdasarkan teori, perancangan yang dibuat dengan
sedalam-dalamnya dengan melihat segala keperluannya akan memastikan kejayaan yang
dirangka dengan izin Allah. Dari sudut pandangan syarak, ianya adalah dituntut
sebagaimana difirmankan Allah Taala:

   


92. kemudian ia berpatah balik menurut jalan Yang lain.
Surah al-Kahfi: 92

Perancangan juga merupakan sebahagian daripada Sunnah Nabi s.a.w.


Perancangan Nabi amat jelas dapat dilihat dalam peristiwa hijrah ke Madinah. Ianya telah
disusun dengan amat rapi dan terperinci. Baginda s.a.w. telah mengambil kira semua
aspek termasuk aspek sokongan dan halangan dalam tindakan yang baginda lakukan.

Asas bagi perancangan adalah maklumat dan objektif. Kedua-dua elemen ini perlu
disepadukan dengan baik bagi memastikan perancangan dapat digariskan dengan setepat
yang mungkin.

Maklumat
Menghimpunkan maklumat yang meliputi pelbagai aspek adalah kelangsungan
kepada perancangan yang diikuti dengan objektif yang jelas. Justeru itu, perancangan
dakwah perlu melihat titik-titik kekuatan, kelemahan, galakan dan halangan yang sedang
didepani dan akan diharungi.54 Ini bertepatan dengan Firman Allah Taala:

                 

 
108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan
keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala

52
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rancang. 15 Ogos 2016.
53
Hamam, h. 118
54
Hamam, h.125
33

iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan
Allah Dengan sesuatu Yang lain."
Surah Yusuf: 108

Objektif55
Objektif bermaksud tujuan di sebalik perbuatan. Dalam konteks dakwah, ianya
datang bagi menjawab persoalan: Mengapa saya berdakwah? Dan persoalan “Apa yang
saya inginkan daripada dakwah ini?”56

Perancangan yang baik perlu mempunyai objektif yang jelas. Objektif yang tidak
jelas akan membawa kepada kegagalan dakwah57 Terdapat dua bentuk objektif; Objektif
Utama dan Objektif Sampingan.

Objektif Utama
Objektif Utama bermaksud objektif yang tertinggi, menyeluruh serta berterusan
dan meliputi setiap aspek masyarakat.58 Objektif Utama merupakan hasilan yang paling
fundamental yang ingin dicapai dalam sesuatu dakwah.59

Oleh itu, objektif utama dalam setiap dakwah yang dilakukan adalah merubah
alam keseluruhannya 60 kepada pengabdian sepenuhnya kepada Allah 61 sebagaimana
dinyatakan dalam al-Quran:

      


56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Surah al-Dhariyat: 56.

Ianya terkandung dengan cukup jelas dalam ungkapan Rab’i bin ‘Amir kepada
pemimpin Parsi:
‫جئنا لنخرج العباد من عبادة العباد إىل عبادة اهلل و من جور األديان إىل عدل‬
62
. ‫اإلسالم و من ضيق الدنيا إىل سعة الدنيا و اآلخرة‬
“Kami datang bagi mengeluarkan hamba daripada perhambaan kepada
hamba kepada perhambaan kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama
kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan
dunia dan akhirat”

55
.‫ الخطة الواعية رأسها األهداف و جسمها الوسائل‬Hamam, h.118

56
Hamam, h.118
57
Roslan Muhammad (t.t.) Asas Dakwah, Umcced, h. 8.
58
Hamam, h.122
59
Hamam, h.119
60
Humum al-Da’iah, h.6
61
Hamam, h.122
62
Hamam, h.123
34

Kedapatan pandangan yang dilontarkan bagi mengelirukan pemikiran umat Islam


dengan menyatakan: Islam bukan objektif tetapi hanya sekadar wasilah. Objektif
sebenarnya ialah Allah Taala. Jika dilihat seimbas lalu, kenyataan ini mungkin kelihatan
ada kewajarannya. Tetapi bila mana keIslaman itu adalah merupakan tuntutan Allah yang
paling utama ke atas manusia, yang mana tiada jalan untuk sampai kepada Allah
melainkan dengan Islam, maka Islam adalah merupakan objektif bukan sekadar wasilah.

Objektif Sampingan
Objektif sampingan bermaksud objektif yang terikat dengan masa, tempat, individu
tertentu. Ia juga merupakan objektif yang diletakkan bagi menyempurnakan wasilah
tertentu. 63

Dalam setiap aktiviti dakwah yang dilakukan, sudah pasti kedapatan beberapa
objektif sampingan yang diletakkan. Tujuan utama daripada objektif sampingan ini adalah
bagi memastikan bahawa objektif utama tercapai. Atau mungkin juga objektif sampingan
adalah merupakan objektif yang diletakkan pada peringkat-peringkat tertentu dalam
dakwah sehingga sampai kepada peringkat teratas iaitu objektif utama.

Medium
Medium bermaksud perantara antara pendakwah dan sasaran yang digunakan oleh
pendakwah untuk menyampaikan risalah.64 Terdapat beberapa bentuk medium:
i. Medium Interpersonal
ii. Medium Luaran
iii. Medium Peralatan.

1. Medium Personal
Medium personal bermaksud perantara yang berpunca daripada diri pendakwah
sendiri. Bentuk medium personal:
i. Perkataan
ii. Perbuatan
iii. Qudwah hasanah

i. Perkataan65
Medium perkataan bermaksud penggunaan bahasa bagi menyampaikan dakwah.
Ia merupakan medium asasi dalam dakwah. Rasulullah SAW telah menggunakan medium
ini dengan sebaik yang mungkin.

63
Hamam, h.119
64
447 ‫ هي ما يستعان به الداعى على تبليغ الدعوة إلى هللا على نحو نافع مثمر ز‬1234 ‫ مورد‬.‫لغة واسطة أو سبيل أو أداة‬

65
Usul al-Dakwah, h. 370.
35

              

              

   

158. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku


adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit
dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan
mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang
beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya
kamu beroleh hidayah petunjuk".
Surah al-A’raf: 158

Garis panduan penggunaan perkataan:


a. Perkataan yang digunakan hendaklah perkataan yang elok.
             
263. (Menolak peminta-peminta sedekah) Dengan perkataan Yang baik dan
memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah
(pemberian) Yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang)
menyakitkan hati. dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Surah al-Baqarah: 26366

b. Menggunakan perkataan yang teguh.


             

      


27. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang Yang beriman Dengan
kalimah Yang tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah
menyesatkan orang-orang Yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri);
dan Allah berkuasa melakukan apa Yang dikehendakiNya.
Surah Ibrahim: 27

c. Menggunakan perkataan yang benar

                

         


30. itulah Yang wajib dipatuhi; dan sesiapa Yang menghormati hukum-
hukum Allah maka Yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi

66
Lihat juga Surah al-Baqarah: 235, Surah al-Hajj: 24. Lihat larangan Allah daripada menggunakan
perkataan yang buruk: Surah al-Nisa’: 148., Surah al’An’am: 108.
36

Tuhannya. dan Dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali


Yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran
syirik Yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan
Yang dusta, -
Surah al-Hajj: 30

d. Menggunakan perkataan yang jelas67 dan tiada kesamaran68:


    
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
Surah Taha: 2769

e. Menggunakan perkataan yang tepat.


            

  


9. dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada
anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), Yang jika
ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak Yang daif (yatim) di
belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa
depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka
bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan Yang
betul (menepati kebenaran).
Surah al-Nisa’: 9

f. menggunakan perututuran yang mempengaruhi pendengar


              

 
63. mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang ada
Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan
nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang boleh
memberi kesan pada hati mereka.

67
44 ‫همام‬
68
‫ز‬
69
.‫ و أخي هارون هو أفصح مني لسانا‬:‫قال تعالى‬

.‫أيها الذين امنوا ال تقولوا راعنا و قولوا انظرنا‬


37

Surah al-Nisa’: 63

g. Menggunakan perkataan yang mulia.


               

           
23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka
janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah
mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang
bersopan santun).
Surah al-Isra’: 23

h. Menggunakan perkataan yang mudah70


            
28. dan jika Engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana
menunggu rezeki dari Tuhanmu Yang Engkau harapkan, maka Katakanlah
kepada mereka kata-kata Yang menyenangkan hati.
Surah al-Isra’: 2871

i. Menggunakan perkataan yang lembut72


        
44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang
lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
Surah Taha: 44

j. Bertutur dengan teratur dan tidak cepat.

70
Pendakwah akan menerima perkataan yang berat daripada Allah.
     

71
.‫ و ما أرسلنا من رسول إال بلسان قومه ليبين لهم‬:‫ قال تعالى‬.

72
Lembut pada tempatnya dan keras pada tempatnya. Lembut bukan bererti mudahanah ataupun nifaq
tetapi bagi menarik pendengar kepada risalah.

‫ إذ قال ألبيه يا أبت لم تعبد ما ال يسمع و ال يبصر و ال يغنى عنك شيئا‬:‫قال تعالى‬
38

.‫كان النيب إذا تكلم بكلمة أعادها ثالثا حىت تفهم عنه‬
Nabi SAW apabila bertutur baginda mengulanginya tiga kali agar dapat
memberi faham.

ِ ِ‫ك أَبُو فَُالن َجاء فَ َجلَس إِ َىل َجان‬ ِ ِ


‫ِّث َع ْن‬ ُ ‫ب ُح ْجَرِت ُُيَد‬ َ َ َ ُ‫ت أََال يُ ْعجب‬ ْ َ‫َع ْن َعائ َشةَ أَن ََّها قَال‬
‫ض َي ُسْب َح ِيت‬ ِ ْ‫ك وُكْنت أُسبِّح فَ َقام قَبل أَ ْن أَق‬ ِ ِ َّ ِ َّ َّ َ ‫ول اللَّ ِه‬ ِ ‫رس‬
َ ْ َ ُ َ ُ َ َ ‫صلى اللهُ َعلَْيه َو َسل َم يُ ْسمعُ ِين َذل‬ َُ
ِ ِ ِ
ْ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َملْ يَ ُك ْن يَ ْس ُرُد‬ ِ ِ
َ ‫ت َعلَْيه إِ َّن َر ُس‬
‫يث َك َس ْرد ُك ْم‬َ ‫احلَد‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ ‫َولَ ْو أ َْد َرْكتُهُ لََرَد ْد‬
Aisyah r.a. telah berkata: Janganlah kamu semua merasa kagum dengan
Abu Fulan. Dia datang dan duduk di sebelah bilikku dan meriwayatkan
daripada Rasulullah s.a.w. Dia bercakap sehingga sampai kepadaku ketika
aku sedang bertasbih. Kemudian dia bangun sebelum aku selesai daripada
bertasbih. Kalau aku sempat, aku ingin katakan kepadanya bahawa
Rasulullah s.a.w. tidak meluahkan kata-kata baginda sebagaimana kamu
semua luahkan.73

‫ِّث َح ِديثًا لَ ْو َعدَّهُ الْ َعاد‬


ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن ُُيَد‬ َّ ‫َع ْن َعائِ َشةَ َر ِضي اللَّهُ َعْن َها أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َّيب‬ َ
ُ‫صاه‬
َ ‫َح‬
ْ ‫َأل‬
Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meriwayatkan sesuatu
hadis, sekiranya mana-mana orang mengira (perkataannya) nescaya dia
dapat mengiranya.74

‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم تَ ْرتِيل أ َْو تَ ْرِسيل‬ ِ ِ ِ ُ ‫َجابَِر بْ َن َعْب ِد اللَّ ِه يَ ُق‬
َ ‫ول َكا َن ِيف َك َالم َر ُسول اللَّه‬
Jabir bin Abd Allah berkata: Adalah kalam Rasulullah s.a.w. itu tartil atau
tarsil (teratur).75

k. Tidak bermegah dengan bahasa yang digunakan:


.‫ قاهلا ثالثا‬. ‫ هلك املتنطعون‬:‫قال النيب‬
Nabi bersabda: Musnahlah orang-orang yang melampau dan bermegah
dengan bahasanya. Baginda mengulangnya tiga kali.76

ii. Perbuatan77
Maksud daripada dakwah dengan menggunakan perbuatan adalah proses
pencegahan kemunkaran dan peneguhan kebaikan berasaskan penggunaan kuasa.

73
3303 ,.‫ باب صفة النبي ص‬,‫ كتاب المناقب‬,‫ صحيح البخاري‬,‫البخاري‬
74
3303 ,.‫ باب صفة النبي ص‬,‫ كتاب المناقب‬,‫ صحيح البخاري‬,‫البخاري‬
75
4198 ,‫ باب الهدي في الكالم‬,‫ كتاب اآلدب‬,‫ سنن أبي داود‬,‫أبو داود‬
76
Sahih Muslim, Bab Halaka Mutanatti’un, Musnad Ahmad, Musnad ‘Abd Allah bin Mas’ud.
77
Usul al-Dakwah, h. 482.
39

Ia secara asasnya boleh dilakukan oleh individu mengikut kepada kemampuan


masing-masing. Namun begitu, berdakwah dengan perbuatan perlu bersandarkan kepada
medium-medium luaran dalam berdakwah seperti badan-badan khas, persatuan-persatuan
dan lain-lain bagi memastikan keberkesanannya yang menyeluruh.

Panduan al-amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar:

a. Perlu didasari dengan ilmu pengetahuan.


                 

 
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang
Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan
berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah
Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang
lain."
Surah Yusuf: 108.

b. Perlu didasari dengan kelembutan walaupun tidak menafikan ketegasan.


              
Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui
batas Dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya,
Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
Surah Taha:44-43.

c. Imbangan antara kebaikan dan kemudaratan


‫صلَّى‬ ِِ ِ ٌّ ِ‫َن أَبَا ُهَريْ َرَة قَ َال قَ َام أ َْعَر‬َّ ‫أ‬
َ ‫َّاس فَ َق َال َهلُ ْم النَِّيب‬
ُ ‫اِب فَبَ َال يف الْ َم ْسجد فَتَ نَ َاولَهُ الن‬
‫اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َدعُوهُ َوَه ِري ُقوا َعلَى بَ ْولِِه َس ْج ًال ِم ْن َماء أ َْو َذنُوبًا ِم ْن َماء فَِإَّمنَا بُعِثْتُ ْم‬
.‫ين‬َ ‫ين َوَملْ تُْب َعثُوا ُم َع ِّس ِر‬
َ ‫ُميَ ِّس ِر‬
Abu Hurairah r.a. telah berkata: Seorang lelaki badwi telah kencing di dalam
masjid. Orang ramai pun ingin menangkapnya. Rasulullah s.a.w. bersabda
kepada mereka: Biarkan dia dan tuangkan atas kencingnya satu bekas air.
Sesungguhnya aku diutuskan untuk mempermudahkan dan bukan untuk
menyusahkan. 78

d. Pendakwah memiliki kemampuan yang cukup untuk mengubah.

78
Sahih al-Bukhari, Bab Sabb al-Ma’ ‘ala al-Bawl fi al-Masjid.
40

Rasul SAW dipermulaan Hijrah baginda, amat bersabar dengan golongan


Munafiqin. Ketika mana orang munafiq secara terang-terangan menyakiti hati Nabi
s.a.w., baginda tetap bersabda:
ِ ِ
َ ‫ص ُار أَ ْكثَ َر م ْن الْ ُم َهاج ِر‬
‫ين‬ َ ْ‫ت ْاألَن‬
ْ َ‫َص َحابَهُ َوَكان‬ َّ ‫َّاس أ‬
ْ ‫َن ُحمَ َّم ًدا يَ ْقتُ ُل أ‬ ُ ‫َّث الن‬ ُ ‫َد ْعهُ َال يَتَ َحد‬
ِ ِ ِ ِ ‫ِح‬
َ ‫ني قَد ُموا الْ َمدينَةَ ُمثَّ إ َّن الْ ُم َهاج ِر‬
‫ين َكثُ ُروا بَ ْع ُد‬ َ
Biarkan dia. Jangan nanti orang berkata Muhammad membunuh sahabatnya.
(Kata rawi) Ketika itu orang Ansar lebih ramai berbanding Muhajirin ketika
mereka mula-mula sampai di Madinah. Kemudian Muhajirin menjadi ramai.79

e. Tiada keringanan dalam membenci kemungkaran.


Jika kemampuan yang ada adalah terhad dan munkin akan membawa kemudaratan
yang lebih besar, maka cara yang digunakan perlu diubah. Namun begitu, perlu
diingatkan, bahawa membenci kemunkaran itu tidak boleh diringankan sama sekali.

‫َم ْن َرأَى ِمْن ُك ْم ُمْن َكًرا فَ ْليُغَيِّ ْرهُ بِيَ ِدهِ فَِإ ْن َملْ يَ ْستَ ِط ْع فَبِلِ َسانِِه فَِإ ْن َملْ يَ ْستَ ِط ْع فَبِ َق ْلبِ ِه‬
ِ َ‫اإلمي‬
‫ان‬ ِْ ‫ف‬ ِ
ُ ‫َض َع‬ْ ‫كأ‬ َ ‫َو َذل‬
Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah
dia mengubahnya dengan tangannya.Sekiranya dia tidak mampu maka
dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya.
Demikian itu adalah selemah-lemah iman.80

             

   


16. oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan
dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya) serta Taatlah (akan perintah-
perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk
diri kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang
Yang berjaya.
Surah al-Taghabun: 16.

iii. Contoh Tauladan81


Ia bermaksud akhlak mulia pada pendakwah yang memberi kesan kepada sasaran.
Misal bagi contoh tauladan yang paling tinggi adalah pada Rasulullah SAW:

79
Sahih al-Bukhari, Bab Qawluhu Taala: Sawa’ ‘Alayhim..
80
Sahih Muslim, Bab Bayan Kawn al-Nahy ‘an al-Munkar mi al-Iman.
81
285 ‫ الغزالي‬, 485 ‫ ز‬Qudwah Hasanah atau al-Sirah al-Hasanah
41

َ‫ول اهللِ صلى اهلل عليه وسلم الْ َم ِدينَة‬ ُ ‫ لَ َّما قَ ِد َم َر ُس‬: ‫ قَ َال‬، ‫َع ْن َعْب ِد اهللِ بْ ِن َسالَم‬
، ‫س َبو ْج ِه َك َّذاب‬ َّ ‫ فَلَ َّما نَظَْرت إلَْي ِه َعَرفْت أ‬، ‫َّاس ََْن َوهُ فَأَتَ ْيته‬
َ ‫َن َو ْج َههُ لَْي‬ ُ ‫ْاْنَ َف َل الن‬
، ‫ َو ِصلُوا األ َْر َح َام‬، ‫السالَ َم‬
َّ ‫ أَفْ ُشوا‬، ‫َّاس‬
ُ ‫ يَا أَي َها الن‬: ‫ول‬ ُ ‫فَ َكا َن أ ََّوَل َش ْيء ََِس ْعته يَ ُق‬
.‫َّاس نِيَام‬ َّ ِ َ ‫ َو‬، ‫َوأَطْعِ ُموا الطَّ َع َام‬
ُ ‫صلوا باللْي ِل َوالن‬
Daripada Abd Allah bin Salam: bila mana Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah.
Orang ramai mengerumuni baginda s.a.w. Aku pun mendatangi baginda.
Bila mana aku melihat baginda, aku tahu wajahnya bukan wajah penipu.
Perkataan terawal yang aku dengar daripada baginda: Wahai manusia,
sebarkan salam, hubungkan silaturrahim, berikan makanan dan solat pada
waktu malam ketika manusia lain tidur. 82

Prinsip asas Contoh Tauladan:


a. Akhlak mulia
Seorang da’i wajar untuk sentiasa menghayati sifat mulia. Akhlak mulia yang
dihayati terpancar daripada jiwanya dan bukan dibuat-buat. Kata Muhammad al-Ghazali:
"Sesungguhnya memperlihat-lihatkan kebaikan atau mempernampakkan kebaikan pada
mata manusia tidak mencukupi. Sesungguhnya penipuan tidak sesuai dalam medan
dakwah."83

Permasalahannya sekarang ialah apabila orang yang tiada agama itu lebih baik
akhlaknya berbanding orang Islam sendiri. Mereka juga dilihat lebih berkemampuan
menyempurnakan tugasan berbanding orang yang meletakkan diri pada posisi agama.84

Sehingga timbul ungkapan-ungkapan yang tidak menyenangkan umat Islam


daripada mulut orang Islam sendiri. "Aku berada di negeri orang Islam aku tidak melihat
Islam, tetapi aku berada di negeri orang kafir aku dapat melihat Islam."

b. Keselarian kata-kata dan amalan


                 

                  

  


88. Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika
Aku berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan

82
Musannaf Ibn Abi Shaybah, Ma Qalu fi al-Birr wa Silah al-Rahm.
"‫فإن التزوير ال يصلح في ميدان الدعوة‬, ‫فإن التظاهر بالصالحات أو التجمل لألعين ال يكفي‬83 “
Humum al-Da’iyah, h. 285.
84
‫ إن نفرا من الناس الذين ال دين لهم أقرب إلى المسلك الصحيح و اجدر بالهوامة على شتى الوظائف من الذين انتسبوا إلى الدين و‬:‫المشكلة‬
.‫حملوا عنوانه دون اصطباغ به و تشرب لروحه‬
286 ‫غ‬
42

daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam


diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan
sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya
bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan
beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan Dengan pertolongan Allah.
kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku kembali.
Surah Hud: 88

Kepentingan contoh tauladan dapat diringkaskan dalam noktah berikut:


a. Contoh tauladan daripada pendakwah merupakan contoh yang hidup. Ia akan
membangkitkan semangat golongan sasaran untuk melakukan suatu yang serupa dengan
kebaikan tersebut.

b. Ia juga memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa mencapai kemuliaan


seperti itu adalah dalam kemampuan manusia. Ia bukan suatu yang merupakan khayalan.

c. Contoh tauladan adalah lebih mudah difahami dan dihayati oleh masyarakat. Ini
terbukti daripada kelakuan Nabi s.a.w. yang mudah diikuti oleh masyarakat yang berada
dalam persekitaran baginda:
‫عن عبد اهلل بن عمر رضي اهلل عنهما قال كان رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬
‫يلبس خامتا من ذهب فنبذه فقال ال ألبسه أبدا فنبذ الناس خواتيمهم‬
Daripada Abd Allah bin Umar: Rasulullah satu ketika memakai cincin
daripada emas, kemudiannya baginda meninggalkannya dan bersabda: Aku
tidak akan memakainya lagi. Orang ramai pun turut menanggalkan cincin
emas mereka.85

d. Masyarakat meneliti setiap kelakuan pendakwah.86 Kelakuan yang baik daripada


pendakwah memberikan indikasi yang baik kepada risalah yang dibawanya.

2. Medium Luaran
Medium Luaran bermaksud perantaraan dakwah berbentuk maknawi di luar diri
pendakwah. Antara bentuk medium luaran dakwah adalah kewaspadaan, sistem dan
bantuan pihak ketiga.

i. Kewaspadaan87
Waspada bermaksud berhati-hati, berjaga-jaga, beringat-ingat, awas dan tidak
cuai.88 Kewaspadaan amat penting dalam mana-mana dakwah sama ada yang benar atau
salah. Dakwah kepada kekufuran dan kebatilan sering kali juga berlindung di sebalik
slogan-slogan yang benar seperti hak wanita, hak asasi manusia. Begitu juga aliran-aliran
yang merosakkan Islam berlindung di sebalik gerakan rahsia seperti Iluminati dan

85
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas.
86
http://www. Islamflag.net/vb/showthread.php?t=2833.
87
Usul al-Dakwah, h. 448
88
Kamus Dewan, h. 1803. ‫الحذر هو الخفية و التحرز و التيقظ‬
43

Freemason. Ideologi yang bercanggah dengan Islam juga sering diberikan warna-warna
Islam seperti sekularisme dan pluralisme dengan didatangkan nas-nas agama yang pada
zahirnya menyokong pandangan mereka. Allah mengingatkan tentang kelakuan orang
Yahudi yang begitu berwaspada dalam firmanNya:

             

            
(orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) Dengan keadaan bersatu
padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-
kampung Yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya):
permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; Engkau
menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah
(disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana
mereka adalah kaum Yang tidak memahami (perkara Yang sebenarnya
Yang memberi kebaikan kepada mereka).
Surah al-Hashr: 14

          
dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu
Dengan berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-
rasul itu -
Surah Yasin: 20

Ianya diasaskan atas asas maklumat dan kesiagaan. Kepentingan kewaspadaan


adalah bagi mengelakkan kemudaratan yang mendatang. Perlu diingatkan bahawa
kewaspadaan tidak menafikan tawakkal kepada Allah Taala:

‫ال ْاع ِق ْل َها َوتَ َوَّك ْل‬


َ َ‫ول اللَّ ِه أ َْع ِقلُ َها َوأَتَ َوَّك ُل أ َْو أُطْلِ ُق َها َوأَتَ َوَّك ُل ق‬
َ ‫ال َر ُجل يَا َر ُس‬
َ َ‫ق‬
Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku perlu ikat (binatang) dan
bertawakkal atau aku lepaskannya dan bertawakkal? Sabda baginda: ikatnya dan
bertawakkal.89

Dalil pensyariatan kewaspadaan:

a. Firman Allah Taala:


   
dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang
senjata masing-masing.
Surah al-Nisa’: 102

89
Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, al-Maktabah al-Shamilah 3.28, j. 9, h. 57.
44

b. Firman Allah Taala:


          
Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum
kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan
perang) sepuak Demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-
ramai.
Surah al-Nisa’: 71

c. Rasulullah SAW sentiasa berwaspada dalam merencanakan dakwah baginda.

d. Para sahabat bersembunyi di ceruk Mekah bagi menunaikan solat.90

Jenis-jenis kewaspadaan:
a. Waspada daripada maksiat
                 

          


30. (ingatlah) hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati
apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan
kepadanya Dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja
kejahatan Yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang Yang
bersalah) ingin kalau ada jarak Yang jauh di antaranya Dengan amalnya
Yang jahat itu. dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap
kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan (ingatlah juga), Allah amat belas
kasihan kepada hamba-hambanya.
Surah Ali ‘Imran: 30

b. Waspada daripada syaitan


               

             
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal
lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. Ia
hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara Yang keji,
dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa Yang
kamu tidak ketahui (salah benarnya).
Surah al-Baqarah: 168-169

c. Waspada daripada hawa nafsu

90
Sirah Ibn Ishak, Bab Wa Andhir ‘Ashirataka al-Aqrabin.
45

               

                 

 
49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan
apa Yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum
Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka
Dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya
kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang Yang fasik.
Surah al-Maidah: 49

d. Waspada daripada isteri dan anak


            

      


14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-
isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu
awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu
memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan
mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah al-Taghabun: 14

e. Waspada daripada munafiq dan kafir


               

             
dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau tertarik hati kepada tubuh
badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata,
engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih.
Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang tersandar
(tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki).
mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga)
menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah
untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya
maka berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa
dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana
mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
Surah al-Munafiqin: 4
46

Cara-cara Kewaspadaan
a. Mengenali mereka yang boleh dipercayai
b. Bersembunyi dan berselindung
c. I’tizal
d. Mengelak perkara yang menarik perhatian
e. Merahsiakan tujuan dan perincian

ii. Bantuan Luar91


Bermaksud sandaran pendakwah terhadap pertolongan daripada orang lain.
Firman Allah:
              

             
"Dan Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.30. "Iaitu
Harun saudaraku;31. "Kuatkanlah Dengan sokongannya, pendirianku,32.
"Dan Jadikanlah Dia turut campur bertanggungjawab Dalam urusanku,33.
"Supaya Kami sentiasa beribadat dan memujiMu,34. "Dan (supaya) Kami
sentiasa menyebut dan mengingatiMu;35. "Sesungguhnya Engkau adalah
sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
Surah Taha: 29-35

Sabda Nabi SAW dalam Perjanjian Aqabah Kubra:


‫أُبَايِعُ ُك ْم َعلَى أَ ْن متَْنَ عُ ِوِن ِِمّا متَْنَ عُو َن ِمْنهُ نِ َساءَ ُك ْم َوأَبْنَاءَ ُك ْم‬
Aku membaiahkan kamu semua agar mempertahankan aku sebagaimana
kamu mempertahankan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu.92

Harus bagi da’i memohon bantuan daripada orang bukan Islam. Ini berdasarkan
kepada kelakuan Nabi s.a.w. yang telah memohon bantuan daripada orang bukan Islam
sepanjang dakwah baginda:
a. Abu Talib telah melindungi Nabi dalam masa yang agak panjang
b. Rasul SAW memohon bantuan daripada ‘Abd Allah bin Ariqut dalam Hijrah
c. Rasul SAW memohon bantuan al-‘Abbas ketika Bai’ah Aqabah.

iii. Sistem93
Sistem bermaksud aturan proses dakwah. Sistem dapat dipecahkan kepada tiga
a. Tahap individu
b. Tahap Jamaah / Kumpulan
c. Tahap Negara

91
458 ‫ز‬
92
Sirah Ibn Hisham, Bab ‘Ahd al-Rasul ‘ala al-Ansar.
93
463 ‫ز‬
47

a. Tahap Individu
Pada tahap individu, sistem berfungsi bagi mengatur pergerakan dan masa
pendakwah. Ia bermaksud seseorang pendakwah mempunyai gerak kerja yang tersusun
pada peringkat individunya tanpa mempunyai perkaitan secara langsung dengan
kumpulan atau negara.

Dalam keadaan-keadaan tertentu, dakwah secara individu lebih berjaya dan lebih
baik:
i. beberapa perkara dapat disempurnakan secara individu dan tidak secara berjamaah
atau berkumpulan sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Basir.94
ii. tidak semua orang boleh bekerja secara berkumpulan dan kadang-kadang
kewujudan individu tertentu akan merosakkan kumpulan.95

b. Tahap Jamaah
Jamaah bermaksud sekelompok masyarakat yang mempunyai fikrah, wala’ dan
perancangan yang selari melalui hirerki dan kepimpinan.96 Pergerakan pada tahap jamaah
adalah dituntut berasaskan beberapa hujah:
i. Kalimah Ummah yang digunakan dalam Surah Ali ‘Imran: 104 membawa maksud
kelompok.
ii. Manusia secara individu tidak dapat menyempurnakan keseluruhan
tanggungjawabnya kerana kelemahan dan kemampuan yang terhad.

Ciri-ciri jamaah dalam Islam:

i. Mempunyai ketua. Sabda Nabi SAW:


‫َح َد ُه ْم َوَال َُِيل لِثَ َالثَِة نَ َفر‬ ِ ِ ‫َوَال َُِيل لِثَ َالثَِة نَ َفر يَ ُكونُو َن بِأ َْر‬
َ ‫ض فَ َالة إَّال أ ََّم ُروا َعلَْي ِه ْم أ‬
ِ ‫ان دو َن ص‬
‫احبِ ِه َما‬ ِ ِ ‫يَ ُكونُو َن بِأ َْر‬
َ ُ َ‫اجى اثْن‬ َ َ‫ض فَ َالة يَتَن‬
Tidak halal bagi tiga orang yang berada di bumi yang permusafiran
melainkan mereka melantik salah seorang sebagai ketua. Tidak halal bagi
tiga orang yang berada di bumi permusafiran berbisik-bisik antara dua orang
dengan meninggalkan yang ketiganya.97

ii. Istikhlaf
Istikhlaf bermaksud perwakilan. Ianya digunakan oleh Rasul SAW ketika fatrah
awal dakwah Islam:

94
Lihat kisah Abu Basir dalam Sirah Ibn Hisham, Ijma’ al-Muhtabasin Ila Abi Basir…
95
Usul al-Dakwah, h. 467.
96
142 ‫همام‬
.‫الجماعة هي أفراد من الناس التقوا على فكر معين و والء معين و خطة معينة و لهم تنظيم و قيادة‬-

97
Musnad Ahmad, Musnad ‘Abd Allah bin ‘Amru.
48

‫ لِيَ ُكونُوا‬، ‫إَل ِمْن ُك ْم اثْ َ ْين َع َشَر نَِقيبًا‬ ِ ْ ‫صلّى اللّهُ َعلَْي ِه َو َسلّم أ‬
َّ ‫َخر ُجوا‬ َ
ِ ُ ‫قَ َال رس‬
َ ‫ول اللّه‬ َُ
ِ
ْ ‫ تِ ْس َعةً ِم ْن‬، ‫َخَر ُجوا ِمْن ُه ْم اثْ َ ْين َع َشَر نَقيبًا‬ ِ ِ ِ
ً‫ َوثََالثَة‬، ‫اخلَْزَرِج‬ ْ ‫ فَأ‬. ‫َعلَى قَ ْوم ِه ْم ِبَا في ِه ْم‬
‫ِم ْن ْاأل َْو ِس‬
Rasulullah s.a.w. bersabda: Kemukakan kepadaku 12 orang naqib daripada
kalangan kamu semua untuk mereka mengetuai kaum mereka tentang urusan
ini. Maka mereka mengemukakan 12 orang naqib. 9 daripada Khazraj dan 3
daripada Aus.98

Rasulullah SAW apabila keluar daripada Madinah akan melantik dalam kalangan
Sahabat sebagai menggantikan baginda menguruskan pentadbiran.

iii. Ketaatan
Ketaatan bermaksud kepatuhan ahli jamaah kepada arahan kepimpinan. Firman
Allah Taala:
            

           

              

  


Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka
Yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut
bersama-sama Dengan Rasulullah Dalam sesuatu perkara Yang memerlukan
perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu
sebelum mereka meminta izin kepadaNya. Sesungguhnya orang-orang Yang
meminta izin kepadamu (Wahai Muhammad) itulah orang-orang Yang
beriman kepada Allah dan RasulNya. maka apabila meminta izin kepadamu
untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi
sesiapa Yang Engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun
kepada Allah untuk mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Surah al-Nur: 62

Namun begitu, perlu diperteguhkan kaedah yang cukup penting iaitu:


ِ ‫َال طَاعةَ لِمخلُوق ِيف مع‬
‫صيَ ِة اللَّ ِه َعَّز َو َج َّل‬ َْ َْ َ
Tiada ketaatan terhadap makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah99

98
Sirah Ibn Hisham, ‘Ahd Rasul ‘ala al-Ansar.
99
Musnad Ahmad, Musnad ‘Ali bin Abi Talib.
49

iv. Syura
Syura bermaksud perbincangan kepimpinan dengan beberapa anggota jamaah bagi
sesuatu ketetapan. Firman Allah Taala:
          
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan
sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama
mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri
kepadanya;
Surah al-Shura: 38

Adab-adab melakukan kritikan dalam jamaah:

i. Kritikan tidak dilakukan sepanjang masa dan dimana-mana sahaja.


ii. Orang yang mengkritik perlu bertanya mengapa dia mengkritik, adakah kerana
Allah?
iii. Kritikan tidak boleh dilakukan melainkan dengan bentuk yang memperlihatkan
keinginan kepada pemurnian bukannya tuduhan.
iv. Kritikan perlu mempunyai asas kebenarannya
v. Orang yang dikritik perlu mendengar dengan sabar dan diam
vi. Proses kritikan tidak boleh berjalan lama agar tidak menimbulkan kebencian.100

3. Medium Perkakasan
Medium Perkakasan bermaksud perantaraan dakwah berbentuk peralatan. Peralatan yang
ada digunakan bagi memastikan maksud daripada risalah dapat disampai dan difahami
oleh sasaran. Rasulullah s.a.w. diriwayatkan menggunakan anggota badan baginda sendiri
bagi memastikan apa yang ingin disampaikan dapat mencapai saasarannya:
ِ ِ ُ ‫س ب ِن مالِك قَ َال قَ َال رس‬
َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َه َذا ابْ ُن‬
‫آد َم َوَه َذا‬ َ ‫ول اللَّه‬ َُ َ ْ ِ َ‫َع ْن أَن‬
ِ
ُ‫ض َع يَ َدهُ عْن َد قَ َفاهُ ُمثَّ بَ َسطَ َها فَ َق َال َوَمثَّ أ ََملُهُ َوَمثَّ أ ََملُهُ َوَمثَّ أ ََملُه‬
َ ‫َجلُهُ َوَو‬
َ‫أ‬
Anas meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Ini adalah anak adam dan
ini adalah ajalnya. Baginda meletakkan tangannya di belakang (tempat yang
ditandakan sebagai ajal), kemudian baginda merenggangkan jarinya dan
bersabda: Di sanalah cita-citanya, di sanalah cita-citanya dan di sanalah cita-
citanya.101

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan apa sahaja alat bantuan yang boleh
digunakan pada masa-masa yang diperlukan bagi tujuan dakwah:

100
Abu A’la al-Maududi (1982) Tadhkirah Du’ah al-Islam, Suria: Muassasah Risalah, h. 70-71.
101
2256 ,‫ بابما جاء في قصر األمل‬,‫ أبواب الزهد‬,‫ سنن الترمذي‬,‫الترمذي‬
50

ً‫ يَ ْوما‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ول اللَّ ِه‬ ُ ‫ط لَنَا َر ُس‬ َّ ‫ َخ‬: ‫َع ْن َعْب ِد اللَّ ِه بْ ِن َم ْسعُود قَ َال‬
ِ‫« ه ِذه‬: ‫ط خطُوطاً عن َميِينِ ِه وعن ِِشالِِه ُمثَّ قَ َال‬ ِ ِ‫ ه َذا سب‬: ‫خطًّا ُمثَّ قَ َال‬
َ َ ََْ َْ ُ َّ ‫ ُمثَّ َخ‬.‫يل اللَّه‬ ُ َ َ َ
ِ ‫َن ه َذا ِصر‬ ِِ ِ ِ
‫اطى‬َ َ َّ ‫(وأ‬ َ َ‫ ُمثَّ تَال‬.» ‫ َعلَى ُك ِّل َسبيل مْن َها َشْيطَان يَ ْدعُو إلَْيه‬، ‫ُسبُل‬
) ‫ُم ْستَ ِقيماً فَاتَّبِعُوهُ َوالَ تَتَّبِعُوا السبُ َل فَتَ َفَّر َق بِ ُك ْم َع ْن َسبِيلِ ِه‬
Abd Allah bin Mas'ud berkata: Satu hari Rasulullah s.a.w. telah
menggariskan satu garisan untuk kami kemudian baginda bersabda: Ini adalah
jalan Allah. Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan di kanan dan
kirinya, kemudian bersabda: Ini adalah jalan-jalan yang mana bagi setiap
jalan ada syaitan yang mengajak kepadanya. Kemudian baginda
membacakan: Sesungguhnya ini adalah jalanku yang lurus,maka ikutlah ia
dan jangan kamu semua ikut jalan-jalan yang lain, maka nanti kamu semua
akan berpisah daripada jalanNya.102

Peralatan dan teknologi semasa yang ada pada zaman Nabi, turut digunakan
dengan sepenuhnya. Surat dan pengutusan juga merupakan salah satu daripada peralatan
dakwah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Baginda.
Pengutusan surat ini digunakan ketika Baginda berdakwah kepada Raja-raja Semenanjung
Tanah Arab dan sekelilingnya. Antaranya:

i. Raja Qaisar
ii. Raja Basra
iii. Raja Damsyik
iv. Raja Mesir
v. Raja Habsyah
vi. Raja Kisra103

Peralatan yang boleh digunakan bagi tujuan dakwah dapat diklasifikasikan kepada
beberapa bahagian:
i. Alat Tulis
ii. Kenderaan
iii. Perhubungan
iv. Persenjataan
v. Perhubungan

102
‫ و في المسند أحمد و السنن الكبرى و المستدرك‬208 ,‫ باب كراهية أخذ بالرأي‬,‫ سنن الدارمي‬,‫الدارمي‬
103
(Johari Yaman 2010: 465-475)
51

4. Medium Aktiviti
Medium aktiviti bermaksud perantaraan dakwah berbentuk program dan kegiatan
yang diatur oleh pendakwah. Ia boleh melibatkan pelbagai jenis program dan kegiatan
sama ada yang dilakukan secara individu atau berkumpulan, tertutup atau terbuka dan
lain-lain.

Pendekatan
Pendekatan dakwah bermaksud kaedah, cara dan kecenderungan yang digunakan bagi
menyampaikan dakwah.

Al-Hikmah (kebijaksanaan)
Allah Taala berfirman:

              

          
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
al-Nahl (16): 125

Hikmah dalam bahasa Arab bermaksud kebijaksanaan, pandai, adil, lemah lembut,
kenabian, sesuatu yang mencegah kejahilan dan kerosakan, perkara yang betul dan tepat,
keilmuan dan pemaaf. 104 Menurut Syeikh al-Tabarisi pula al-Quran itu adalah satu
hikmah kerana isi kandungan al-Quran mempunyai hukum-hukum yang menjadi panduan
hidup manusia untuk memperoleh syahadah di dunia dan akhirat.105

Al-Bayanuni menjelaskan bahawa hikmah dalam dakwah ialah uslub yang sesuai
dengan keadaan sasaran. Ini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. 106Wahbah
cuba memberi tafsirannya yang tersendiri dengan menyatakan hikmah ialah mengetahui
rahsia syariat, menangkapi binaan dan maknanya, melihat kepada sasaran dakwah dengan
kefahaman dan kesedaran dan menggunakan teknik yang paling sesuai untuk tahap
mereka.107

Amat Juhari Moain dan Ann Wan Seng pula mentafsirkan hikmah sebagai satu
kaedah dakwah yang digunakan untuk sasaran yang mempunyai kecerdasan otak atau IQ

104
(Ghazali 1996: 28)
105
(Ghazali 1996: 29).
106
(1993: 245)
107
(2004: 95)
52

yang tinggi dan golongan yang berpendidikan. Mereka ini terdiri daripada orang yang
bijak bestari, cendiakawan, golongan intelek, falsafah dan ilmuan. Maka, apabila
berhadapan dengan golongan seperti di atas, seorang pendakwah itu perlu menggunakan
pendekatan yang lebih bijaksana berasaskan ilmu-ilmu pengetahuan yang mantap dalam
diri pendakwah itu.108

Hikmah atau kebijaksanaan dapat dilakukan dan disempurnakan dengan pelbagai


bentuk sama ada dari sudut persediaan pendakwah itu sendiri seperti melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia atau kebijaksanaan dari sudut mesej
yang akan disampaikan seperti pemilihan tajuk dan subjek dakwah serta kebijaksanaan
dalam menentukan pendekatan dan kaedah yang akan digunakan dalam berdakwah.109

Ab Aziz (2005: 9) menyatakan hikmah ada ketikanya digunakan dengan cara yang
lembut dan ada ketikanya digunakan dengan cara kasar, seperti dalam firman Allah s.w.t:
            

             

       


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)
segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu
musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka
yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
al-Anfal (8): 60

Ayat tersebut memerintahkan orang Islam berusaha menghimpunkan kekuatan


persenjataan dan kelengkapan perang untuk menakutkan musuh. Usaha ini merupakan
satu hikmah, kerana ia sesuai bagi memberi kesan kepada musuh (Ab Aziz 2005: 9-10).

Walau apa jua tafsiran yang diberikan oleh para ulama dalam menterjemahkan
maksud hikmah, ianya tidak dapat lari daripada matlamat asal kegiatan dakwah iaitu
untuk menarik minat sasaran terhadap dakwah yang dilakukan. Melalui tafsiran-tafsiran
tersebut, secara umumnya dapat disimpulkan hikmah adalah segala perbuatan dan

108
(2011: 80)
109
(Mohd Amin 2007: 77)
53

percakapan yang berlandaskan kepada ajaran Islam yang sesuai dan berfaedah untuk
menarik sasaran dakwah kepada agama Islam dan ajaran-ajarannya dengan berkesan.110

Al-Maucizah Al-Hasanah (nasihat yang baik)


Al-maucizah al-hasanah menurut sesetengah ahli tafsir ialah nasihat yang
membuatkan pendengar merasai bahawa ia diberi nasihat dan mendapat manfaat untuk
kebaikan mereka sendiri.111 Menurut beberapa pengertian yang diberikan oleh ahli tafsir
mengenai istilah al-maucizah al-hasanah, antara lain iaitu al-Qasimi, al-Maraghi dan
Ghalwasy, Mohd Amin merumuskan pengertiannya sebagai kata-kata yang lemah lembut,
yang dapat merapatkan perasaan di antara pendakwah dengan sasaran dakwah, yang
merangsang sasaran untuk melakukan amal kebaikan dan menjauhi kejahatan.112

Al-maucizah al-hasanah adalah bersesuaian dengan perintah Allah s.w.t kepada


Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk menyeru Fir’aun:

              

Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui


batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.
Taha (20): 43-44

Ahmad Mahmud menyatakan al-maucizah al-hasanah adalah meyakinkan orang


ramai dengan cara yang benar dan baik supaya menjauhi maksiat dan kerosakkan serta
membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Terdapat dua bentuk nasihat, iaitu:
i. Taclim (mengajar): Untuk melembutkan hati serta menggalakkan berusaha,
seorang pendakwah perlu mengajar tentang ilmu Islam seperti akidah dan hukum
syariah yang lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
ii. Tarbiyyah (mendidik): Pendakwah juga perlu mendidik sasaran untuk melakukan
perkara-perkara kebaikan antaranya berkata benar, amanah dan beradab serta
meninggalkan perkara yang buruk seperti khianat, takut dan menipu.113

Amat Juhari dan Ann Wan Seng berpandangan bahawa pendekatan menggunakan
nasihat yang baik ini sesuai ditujukan kepada golongan yang kurang berpendidikan dan
kecerdasannya. Golongan ini perlu diberi pendidikan dan nasihat yang baik supaya
mereka dapat mengikuti ajaran Islam dengan baik.114

110
(Mohd Amin 2007: 76-77)
111
(Wan Hussien 1984: 37)
112
Mohd Amin (2007: 77)
113
(Ahmad Mahmud 2003: 117-118)
114
Amat Juhari dan Ann Wan Seng (2011: 80)
54

Al-Mujadalah (perbincangan dan perdebatan)


Berdebat dengan cara yang baik dan sopan merupakan salah satu pendekatan yang
penting untuk berdakwah. Cara ini amat berguna ketika berhadapan dengan orang yang
suka membangkang dan keras hati yang memerlukan kepada dalil-dalil bagi
membuktikan bahawa tentangan mereka itu tidak benar, seterusnya akan membuatkan
mereka menyukai kepada kebenaran.115

Penambahan perkataan bi al-lati hiya ahsan (yang paling baik) adalah untuk
membezakan di antara al-mujadalah al-hasanah (perdebatan yang baik) dengan al-
mujadalah al-batilah (perdebatan yang salah). Pendekatan al-mujadalah al-hasanah ialah
perdebatan yang digunakan oleh pendakwah untuk menjelaskan kepada sasaran tentang
prinsip-prinsip dan kesimpulan-kesimpulan yang logik sehingga sasaran tersebut dapat
merenungkannya dan kemungkinan akan tunduk kepada kebenaran setelah mengetahui
hakikatnya. Manakala pendekatan al-mujadalah al-batilah adalah perdebatan dengan cara
menghujahkan mesej dakwah kepada sasaran yang secara terang-terangan menentang
mesej tersebut serta menghalang perkembangan dakwah.116

Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ cUlumuddin telah menyenaraikan beberapa


syarat yang perlu dipatuhi supaya mendapat konsep perdebatan yang diredhai Allah s.w.t.
Antaranya ialah perdebatan tersebut hendaklah berfaedah untuk mencari kebenaran dalam
kesan-kesan negatif yang timbul berbanding perdebatan yang bertujuan untuk mencari
kemenangan. Perdebatan yang sedemikian antara lain boleh menghilangkan kasih sayang
dan memutuskan silaturrahim di kalangan orang-orang yang terlibat.117

Debat yang sebaik-baiknya dalam uslub dakwah ialah perdebatan yang mampu
memberi kesan kepada pihak lawan. Maka secara kesimpulannya, tujuan berdebat dalam
marhalah dakwah bukan untuk bergaduh, bertengkar dan menyakiti hati lawan dengan
hujah masing-masing tetapi bertujuan untuk mencari kebenaran seterusnya membetulkan
akidah yang terpesong.118 Ia bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

              

            
Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara
yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka
dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang

115
(Ahmad Mahmud 2003: 120)
116
(Mohd Amin 2007: 80)
117
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ cUlumuddin (1980: 166-188)
118
(Ghazali 1996: 30)
55

diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu dan
kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.
al-Ankabut (29): 46
56

Contents
DAKWAH ISLAMIAH .......................................................................................................................... 1
KONSEP DAKWAH DALAM ISLAM..................................................................................................... 2
DEFINISI DAKWAH ............................................................................................................................ 2
Dakwah pada bahasa .................................................................................................................... 2
Dakwah pada Istilah ..................................................................................................................... 3
Dakwah dan Jihad ......................................................................................................................... 4
Dakwah dan Peperangan .............................................................................................................. 5
Dakwah dan Amar Ma’ruf Nahi Munkar ...................................................................................... 5
Hukum Melaksanakan Dakwah ........................................................................................................ 6
Sumber Dakwah ............................................................................................................................. 10
RUKUN DAKWAH ............................................................................................................................ 11
1. PENDAKWAH (DA’I) ............................................................................................................ 11
Persediaan Pendakwah .............................................................................................................. 12
a. Ilmu pengetahuan ........................................................................................................... 12
b. Persiapan Kepercayaan ................................................................................................... 14
c. Persiapan akhlak ............................................................................................................. 16
2. GOLONGAN SASARAN (MAD’U) ......................................................................................... 20
Hak-hak Sasaran Dakwah ....................................................................................................... 20
Mengenali Golongan Sasaran ................................................................................................. 21
Klasifikasi Golongan Sasaran ................................................................................................. 21
Dakwah kepada orang Cina .................................................................................................... 27
3. SUBJEK DAKWAH (RISALAH) ............................................................................................... 27
Intipati Risalah ........................................................................................................................ 28
i. Menyampaikan kehebatan Islam. ................................................................................... 28
ii. Mempertahankan Islam daripada serangan musuh....................................................... 29
iii. Memurnikan kehidupan masyarakat Islam. ................................................................... 30
iv. Serangan Islam secara pemikiran ................................................................................... 31
Rukun Keempat: Pelaksanaan .................................................................................................... 31
Perancangan ............................................................................................................................ 32
Medium................................................................................................................................... 34
Pendekatan.............................................................................................................................. 51
57

Anda mungkin juga menyukai