Anda di halaman 1dari 27

1

USUL: KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID

TEKS YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI.

Terima kasih yang dipertua dewan, yang dihormati sidang

dewan Kabinet kerajaan dan rakan-rakan baharu di pihak

pembangkang serta warga dewan yang bersidang.

Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia saya titipkan buat

semua. Pada hari ini kita bersidang bukan untuk bertikam lidah

apatah lagi bermain madah tetapi untuk membahaskan usul

Secara ilmiah,usul berbunyi “KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI

SIKAP POSITIF MURID.”

Tuan dipertua serta ahli-ahli yang berhormat sekalian,

Lazim perbahasan kita mulakan dengan memberikan

definisi usul. Pertama kemajuan teknologi bermaksud penjanaan

maklumat atau penemuan ilmu yang memajukan pemahaman

hubungan saintifik atau teknologi .Definisi ini merangkumi definisi

kemajuan saintifik, kemajuan pengetahuan saintifik dan kemajuan

teknologi.

Kedua menyemai sikap positif murid pula memberi maksud

seseorang yang ingin meningkatkan diri dan inginkan

pencapaian yang cemerlang dalam hidup.


2

Di zaman modernisasi saat ini, teknologi telah menjadi

keperluan dasar setiap orang. Peranan teknologi sangat

berpengaruh untuk menunjang kegiatan sehari-hari. Tak

terkecuali dalam bidang pendidikan. Teknologi dalam erti kata

yang meluas dan tiada takrifan yang spesifik. Selagi ia

menyampaikan maklumat dan melebarkan sayap maklumat

sedikit sebanyak berkaitan dengan teknologi. Malah, teknologi

dapat mengintegrasikan komputer dan internet dalam sistem

informasi lainnya menjadi alat untuk memperdayakan proses

pembelajaran yang lebih kreatif dan kompetitif. Para pelajar di IPT

juga banyak menggunakan teknologi terutama dalam

membantu mereka mencari maklumat.

Teknologi merupakan satu konsep yang luas. Teknologi

maklumat atau IT dan teknologi maklumat dan komunikasi atau

ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan

data. Penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,

menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan

mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Malah, teknologi mengikut takrifan pertama ialah

pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan

proses untuk selesaikan masalah. Teknologi ini juga, sering berkait

rapat dengan rekaan dan ’gadjet’ menggunakan prinsip sains


3

dan proses terkini. Perkembangan teknologi ini berlaku dengan

pantas sekali. Malah, ada yang berpendapat perkembangannya

sepantas kilat. Di sebabkan oleh jaringannya yang aktif maka

menjadikan teknologi ini sentiasa bergerak pantas.Penggunaan

teknologi dalam pembelajaran dapat membentuk sikap positif

dikalangan murid itu sendiri. Sekian dengan pentakrifan usul.

Kegiatan belajar dan mengajar yang dulu hanya

bergantungkan buku teks, kini telah berinovasi menjadi serba

digital. Berkat kemajuan teknologi, proses pembelajaran jadi lebih

interaktif dan menyenangkan. Tak hanya media belajarnya saja

yang berubah, guru juga dituntut bergerak mengikuti

perkembangan zaman. Hal ini tidak lain demi kemajuan generasi

muda yang akan menjadi penerus bangsa.

Tuan yang dipertua,

Secara perangkumannya kami sepakat menyatakan

pendirian bahawa pihak kerajaan mencadangkan agar usul

“kemajuan teknologi menyemai sikap positif murid” dapat

diterima atas rasional sikap positif murid yang inginkan kejayaan

dapat dibentuk dengan penggunaan teknologi secara terkawal.

Usul wajar diterima dewan berdasarkan tiga elemen utama iaitu


4

kemajuan teknologi terutama dalam bidang ict akan

memudahkan murid mendapatkan maklumat. Kedua kemajuan

teknologi telefon pintar memudahkan komunikasi melalui laman

sosial dan ketiga kemajuan teknologi akan menjimatkan kos

serta masa dan untuk hiburan.

Untuk bertembung kes dengan kami dimeja kerajaan pihak

pembangkang perlu membuktikan KEMAJUAN TEKNOLOGI DAPAT

MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID dengan melihatkan kelemahan –

kelemahan ketiga-tiga elemen yang kami nyatakan dengan

menilai isu demi isu tidak dapat diselesaikan.

Kita beralih pula kepada peranan pasukan selaku Perdana

Menteri saya akan membentangkan hujah pertama iaitu

kemajuan teknologi terutama dalam bidang ict akan

memudahkan murid mendapatkan maklumat. Kemudian menteri

kedua akan membentangkan hujah kedua iaitu kemajuan

teknologi memudahkan komunikasi melalui laman sosial dan

ketiga kemajuan teknologi akan menjimatkan kos serta masa

dan untuk hiburan. Seperti biasa menteri ketiga akan membidas

segala hujah dari pihak pembangkang seterusnya meranapkan

perjuangan mereka.
5

Warga dewan sekalian.

Ayuh kita analisis hujah pertama kabinet kerajaan dibawah

kata kunci kemudahan teknologi terutama dalam bidang ict

akan memudahkan murid mendapatkan maklumat. Pelbagai

maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal

ini memudahkan murid-murid mendapatkan maklumat tentang

hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Murid – murid boleh

melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Murid- murid juga boleh mencari jawapan bahan-bahan

pembelajaran seperti contoh – contoh karangan atau contoh -

contoh ayat. Perkara ini membuat murid rajin berusaha untuk

mendapatkan maklumat dalam menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru.

Melalui internet kita akan menerima maklumat dengan lebih

pantas.Carian maklumat juga tidak dihadkan.Maklumat carian

bukan saja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk

bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi

dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam

maklumat kita boleh perolehi melalui kemajuan teknologi

internet.Ada berita,laporan cuaca,sukan,pasaran saham,hiburan

dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita

sendiri tak pernah fikir.


6

Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi

internet.Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakan tetapi

kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet.

Hal ini sangat penting kerana dapat mendedahkan murid

kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan

dalam usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia

IT.Melalui cara ini , murid lebih didedahkan kepada world wide

web(www.)( dengan izin yang dipertua) untuk mencari maklumat

yang dikehendaki. Sebagai contoh murid tidak perlu ke

perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet dimana

sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan

dengan kadar segera.

Kenapa saya katakan ianya dapat menyemai sikap positif

murid kerana murid akan lebih berdikari dan tidak bergantung

kepada guru sepenuhnya dalam usaha mereka untuk

mendapatkan sesuatu jawapan bagi kerja yang mereka perlu

siapkan. Mereka juga dapat di didik supaya lebih bertanggung

jawab dalam menyiapkan tugasan mereka . Selain itu murid juga

akan menjadi lebih rajin kerana mudahnya mencari maklumat

hanya dihujung jari dengan kemajuan teknologi internet.

Secara tidak langsung usaha murid –murid ini menjadikan

mereka seorang yang rajin belajar dan murid yang berdisiplin.


7

Mereka akan sentiasa membuat kerja rumah yang diarahkan oleh

mana-mana guru dengan mudah melalui carian maklumat dari

internet. Murid yang rajin dan sentiasa menyiapkan tugasan akan

menjadi murid contoh kepada murid lain. Tanpa sedar ia

memberi kesan positif kepada persekitarannya.

Sekian terima kasih hujahan saya akan disambung oleh

menteri seterusnya.
8

TEKS KETUA PEMBANGKANG.

Terima kasih tuan yang dipertua, rakan hadirin pihak

pembangkang dan seterusnya pihak kerajaan dan ahli-ahli yang

berhormat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatul dan

selamat bersidang. Selaku ketua pembangkang pada hari ini

kami tidak bersetuju dengan gagasan usul Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri sebentar tadi iaitu KEMAJUAN TEKNOLOGI

MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID kerana terdapat juga kesan

negatif dalam teknologi terhadap murid. Sebelum diteruskan

kepada arena penghujahan tuan yang dipertua kami menerima

definisi konsep yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri

namun kita perlu halusi satu persatu sebelum meluluskan usul ini.

Tuan yang dipertua,

Sebentar tadi yang berhormat melalui hujah pertama iaitu

kemudahan teknologi terutama dalam bidang ict memudahkan

murid mendapatkan maklumat. Bidasan saya amat

mudah,terdapat kesan negatif perkembangan teknologi

maklumat (ICT). Antaranya , mendatangkan kesan negatif dalam

berlakunya jenayah siber.Semakin maju teknologi maklumat

semakin meningkat jenayah siber. Jenayah siber yang


9

dimaksudkan adalah seperti penipuan atas talian, berlaku

transaksi palsu, buli siber dan sebagainya. Kelicikan penjenayah

siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertananan

Negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan

sesebuah Negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual

beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada

pembeli atau penjual.

Murid juga berkemungkinan melayari laman sesawang yang

tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih

terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral

dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh.

Melalui laman sesawang tidak bermoral ini generasi muda

akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak

baik menerusi laman sesawang tersebut. Bahan –bahan lucah

sering menjadi kegilaan remeja kerana dapat dilayari tanpa

kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut

dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat

merosakkan akidah dan jati seorang pelajar.

Di samping itu, kesan daripda penyebaran laman web

secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah

sosial yang semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah

zina.Contohnya , isu video porno tersebar dikalangan


10

masyarakat. Keseronokkan menonton bahan lucah mendorong

individu melakukan seks bebas. Kesan daripada ini akan

mendorong kepada perlakuan membuang bayi tidak berdosa.

Justeru untuk mengatasi masalah ini berleluasa kepada pelajar,

jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan ini harus ditutup rapat

terutamanya internet.

Berdasarkan hakikat inilah saya katakan bahawa

penggunaan kemajuan teknologi seperti internet ini lebih banyak

menyumbang kepada perkara yang negatif berbanding positif.

Murid sangat sukar dikawal walaupun ibu bapa melarang mereka

untuk melayari laman – laman yang terlarang tetapi mereka

dengan sikap ingin tahu yang tinggi dan ingin cuba pasti akan

membuka atau menonton website (dengan izin yang

dipertua)yang terlarang.

Sekian terima kasih.


11

HUJAH MENTERI KE 2

Terima kasih yang dipertua dewan.

Yang dihormati rakan-rakan seperjuangan perwakilan

kerajaan, rakan-rakan baharu perwakilan pembangkang serta

warga dewan yang bersidang. Assalamualaikum saya titipkan

buat semua. Bertindak selaku menteri kedua barisan kerajaan

saya tetap yakin dan percaya terhadap pendirian kami bahawa

usul Kemajuan Teknologi dapat menyemai sikap positif murid

wajar diterima dewan atas rasional kemajuan teknologi telefon

pintar memudahkan komunikasi melalui laman sosial. Izinkan

saya memulakan gerak kerja dengan membuat semakan semula

terhadap definisi yang dibidas oleh ketua pembangkang.

Kemajuan teknologi telefon pintar juga menjadikan murid

lebih positif kerana dapat berhubung dengan mudah walaupun

berada dalam jarak jauh mahupun dekat. Kemajuan teknologi

telah menghasilkan banyak alat komunikasi seperti e-mel, skype,

whatsapp, telegram(dengan izin yang dipertua) dan sebagainya.

Penggunaan pelbagai alat komunikasi ini mendedahkan murid

kepada pebagai sosiobudaya masyarakat dunia. Malah, ada

juga murid yang menggunakan kumpulan perbincangan dan

perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di

seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat


12

yang sama. Justeru mereka boleh bertukar-tukar maklumat

budaya,sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.

Kemajuan teknologi juga akan menjimatkan kos serta masa

dan untuk hiburan. Selain berkomunikasi menggunakan teks

penggunaannya juga dipertingkatkan lagi dengan penggunaan

suara dan video dimana kita boleh berkomunikasi dengan

menggunakan suara sambil melihat wajah masing - masing

dengan menggunakan video call(dengan izin yang dipertua).

Sebagai contoh pelajar sabah dengan pelajar Sarawak yang

melanjutkan pelajaran ke semenanjung dapat menghubungi

keluarga mereka dengan menggunakan panggilan video di

aplikasi whatapps yang terdapat di telefon pintar dan ternyata

lebih menjimatkan wang.

Murid juga berhibur dengan pelbagai cara dengan

kemajuan teknologi pada zaman sekarang ini. Murid boleh

menonton drama, filem dan mendengar muzik dengan melayari

laman web seperti youtube, dailymotion dan sebagainya.

Terdapat juga pelbagai permainan di atas talian yang boleh

dimainkan bersama pemain dari pelusuk dunia. Secara tidak

langsung murid dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru

dari alam maya. Murid juga dapat mengurangkan stress belajar

dan peperiksaan dengan mencari hiburan yang sesuai.


13

Kemajuan teknologi juga dapat menjimatkan kos seperti kos

panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos

pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan seperti

menggunakan telefon analog adalah sangat tinggi jika

panggilan antarabangsa. Tetapi dengan penggunaan skype,

panggilan video whatsapp, telegram adalah sangat jimat kerana

tiada caj yang dikenakan. Murid juga dapat menjimatkan kos

membeli buku untuk mencari maklumat kerana boleh mencari

maklumat melalui melayari internet. Secara tidak langsung dapat

menjimatkan kos dan masa serta tidak membebankan pelajar.

Sekian selesailah sesi bidasan dari kami.


14

HUJAH MENTERI PEMBANGKANG KEDUA

Terima kasih buat tuan yang dipetua dewan, barisan

pembangkang dan deligasi kerajaan serta warga dewan yang

saya muliakan.

Assalamualaikum dan salam persidangan saya hulurkan .Dewan

yang mulia,

Selaku pembangkang kedua pada hari ini saya masih lagi berdiri

teguh dalam membangkang penuh usul ini melihatkan kepada

pendirian kami iaitu kelemahan – kelemahan kemajuan teknologi

seperti murid akan menjadi kurang fokus pada pelajaran.

Kemajuan teknologi juga boleh melekakan seseorang murid

daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Murid akan

banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang

berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang

tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut

diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu

sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook, twitter,

instragram (dengan izin yang dipertua) dan sebagainya. Namun

demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial dengan

terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumuskan

pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan


15

dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugas mereka

sebagai murid sekolah. Seharusnya, perkara ini perlu dikawal dan

di dalam diri pelajar perlu ditanam sikap yang positif sebelum nasi

menjadi bubur.

Selain itu murid juga mudah terikut budaya negatif yang

dilihat atau ditonton dalam laman-laman sesawang yang

dilawati.

Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis

Pahang, Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman

sosial pelajar akan mengenali budaya barat seperti “Black

Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” (dengan izin yang dipertua)yang

menjerumus kepada pemikiran remaja di Malaysia kepada

budaya yang tidak sihat. Oleh yang demikian, perkara ini boleh

mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gangsterisme

di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial tetapi haruslah

dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, pelbagai

aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial

menyebabkan murid suka untuk menghabiskan masa dengan

permainan tersebut. Hal ini banyak memberi impak yang buruk

terhadap murid kerana mereka akan berasa seronok dengan

perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai

tanggungjawab mereka sebagai murid. Malah, ia juga


16

membawa kesan negatif yang amat teruk sekali seperti

keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah.

Kemajuan teknologi seperti gadjet telefon pintar juga

menyemai sifat malas. Contohnya penggunaan internet secara

berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja

menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat

menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada murid.

Murid kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.

Perkara ini amat merisaukan kerana ia banyak mendatangkan

kesan negatif. Antaranya murid akan menjadi malas kerana

badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya

terjadi kerana ia akan merosotkan prestasi murid sewaktu di

dalam kelas. Aktiviti sukan yang dilaksanakan di sekolah bertujuan

untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda.

Oleh itu, murid harus bergiat aktif untuk melahirkan murid yang

seimbang dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka

menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah

membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk

memenuhi keperluan mereka sendiri seperti untuk menghabiskan

masa dalam melayari laman sosial seperti Tik Tok yang semakin

viral dikalangan murid. Situasi begini boleh melahirkan pelajar


17

yang kurang sihat dari segi minda dan ia memberi impak di masa

akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar

yang kurang inovatif.

Tuan yang dipertua ,

Sekatan dalam penggunakan teknologi perlu kerana kesan

negatif terhadap murid lebih banyak berlaku dari kesan positif.

Harapan saya agar sidang dewan dapat menilai isu ini dengan

lebih mendalam. Sekian bidasan dari saya.


18

HUJAH MENTERI KETIGA

Bismillah hirahman nirahim terima kasih tuan yang dipertua.

Rakan – rakan di kabinet kerajaan dan perwakilan pembangkang

serta seisi dewan yang bersidang sekalian. Assalamualaikum dan

mohon bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,

Pada hari ini usul masih samar betapa dewan ini perlu yakin

dan percaya KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF

MURID.

Tuan yang dipertua premis kami di kabinet kerajaan juga kekal

sama , kami katakan melihat kepada kelebihan dan

kebolehupayaan kemajuan teknologi maka sikap positif murid

dapat disemai.

Tuan yang dipertua,

Menggalas mandat sebagai menteri ketiga pada hari ini

dua obligasi akan saya laksanakan. Yang pertama saya akan

membidas segala hujah di meja pembangkang dan yang kedua

saya akan menegakkan kembali perjuangan kami di kabinet

kerajaan.
19

Baiklah tuan yang dipertua tanpa membuang masa ayuh kita

mulakan dengan sesi bidasan hujah. Saya akan membidas hujah

ketiga mereka di bawah kata kunci kemajuan teknologi akan

menyebabkan murid terikut budaya negatif.

Tuan yang dipertua

Yang berhormat di meja pembangkang tidak menunjukkan

bagaimana proses kemajuan teknologi tidak menyemai sikap

positif murid. Namun kami katakan dengan melihat kepada

adanya kebaikan dan manfaat kemajuan teknologi ia mampu

menyemai sikap positif.

Tuan yang dipertua.

Kita lihat dengan adanya teknologi murid dapat mengakses

maklumat dengan menggunakan internet hanya di hujung jari.

Menggunakan teknologi dalam bilik darjah berpotensi untuk

mencipta peningkatan motivasi murid, peningkatan interaksi

sosial, hasil positif, pembelajaran murid dipertingkatkan dan

penglibatan murid dipertingkatkan. Teknologi mampu membuka

kunci pembelajaran dengan semua murid. Kesimpulan Seperti

yang anda lihat, teknologi mempunyai lebih banyak hasil positif

daripada negatif. Ia membantu murid-murid belajar dalam

bentuk yang berbeza, ia membolehkan mereka melibatkan diri


20

dalam aktiviti yang berbeza, dan ia memperkayakan pendidikan

mereka dengan membenarkan mereka bekerjasama dengan

orang dari seluruh dunia.

Contohnya ,Media sosial meningkatkan pengetahuan otak

murid. Dengan media sosial murid dan guru boleh mendapatkan

lebih banyak maklumat untuk membantu satu sama lain belajar.

Media sosial adalah alat pembelajaran yang hebat. Media Sosial

mempunyai banyak kesan positif terhadap pendidikan termasuk

komunikasi yang lebih baik, maklumat tepat pada masanya,

bersosial dalam talian, pembelajaran, meningkatkan kemahiran,

membuat kerjaya antara lain.

Tiada halangan, Komunikasi kini mudah,dalam kes situasi

apabila anda ingin menyampaikan sesuatu dengan segera

kepada seseorang, telefon bimbit dan e-mel berguna. Hubungan

yang diperkukuh, Teknologi telah memudahkan untuk terus

berhubung dengan kenalan lama, dan juga telah membantu

mengukuhkan hubungan.

Terpengaruh atau tidak kepada budaya negatif adalah

bergantung kepada seseorang. Jika didikan agama dan didikan

keluarga cukup murid akan tahu membezakan mana yang betul

dan mana salah. Jadi tiada istilah mereka akan terpengaruh.

Dalam soal ini ibu bapa akan memainkan peranan masing -


21

masing agar anak-anak mereka tahu kesan buruk jika salah guna

kemudahan teknologi. Dalam penggunaan telefon pintar

ibubapa boleh menetapkan syarat kepada anak-anak agar

penggunaan kemudahan teknolgi terkawal. Sekian bidasan dari

kami.
22

HUJAH MENTERI PEMBANGKANG KETIGA

Terima kasih yang dipertua dewan,

Yang dihormati tuan speaker dewan , barisan obligasi

kerajan, pakatan pembangkang serta warga dewan yang saya

muliakan. Assalamualaikum warahmatullahiwarakatuh salam

muafakat dan selamat bersidang semuanya

Tuan yang dipertua,

Kami diperwakilan pembangkang masih lagi yakin dan

percaya bahawa usul kemajuan teknologi menyemai sikap positif

murid wajar dibangkang seisi dewan berpaksikan pendirian kami

kelemahan-kelemahan kemajuan teknologi gagal menyemai

sikap positif murid. Baiklah bertindak selaku pembangkang ketiga

pada hari ini saya akan membidas atas bidasan menteri ketiga,

membidas ketiga-tiga hujah perwakilan pembangkang

seterusnya menegakkan kembali kes-kes kami dari perwakilan

pembangkang pada hari ini warga dewan sekalian. Baiklah

tanpa membuang masa ayuh kita lihat apakah yang telah

diperkatakan oleh menteri ketiga sebentar tadi warga dewan

sekalian.
23

Yang pertama, pada hari ini mereka telah menuduh

pembangkang kedua tidak membuktikan bagaimanakah

teknologi menjejaskan kemahiran sosial kita secara negatif?

Apabila masa yang dihabiskan pada peranti meningkat,

masa yang dihabiskan secara bersemuka dengan rakan sebaya

dan orang dewasa berkurangan. Ini boleh membawa kepada

rasa pengasingan dan kesunyian, dalam kajian menunjukkan

bahawa remaja yang melaporkan paling sedikit interaksi secara

bersemuka dan paling banyak masa di skrin mempunyai kadar

kesunyian dan kemurungan yang paling tinggi. Dalam dunia

sekarang sudah tentu kita tidak mahu murid-murid menjadi

seorang yang murung kerana tidak dapat berkawan dengan

kawan-kawan di sekolah. Ini kerana komunikasi bersama kawan

di realiti lebih baik daripada di alam maya.

Masa di skrin yang dilanjutkan boleh mengakibatkan kesan

kesihatan seperti insomnia, keletihan mata, dan peningkatan

kebimbangan dan kemurungan di kalangan murid. Mereka juga

mungkin akan menggunakan Web Gelap untuk berdagang

bahan dan data yang dicuri. Ini akan mengundang aktiviti

jenayah dikalangan murid dibawah umur.

Kemajuan teknologi juga menghalang murid-murid untuk

berfikir secara kreatif dan kritis kerana terlalu bergantung kepada


24

bahan yang diperolehi dari internet. Murid tidak mampu

mengeluarkan idea sendiri dalam menjawab soalan walaupun

mudah. Ini juga membimbangkan kerana murid akan menjadi

lembap dalam pemikiran dan kemungkinan tidak dapat

menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan membunuh

kecemerlangan mereka apabila mereka tidak berfikir menjawab

soalan , ahirnya mereka jadi malas berfikir. Kesannya murid akan

mendapat keputusan yang teruk dalam ujian. Perkara ini dapat

dibuktikan dengan berita harian online pada 4 Mac 2015

keputusan yang diumumkan pada tahun 2015 mencatatkan

penurunan keputusan cemerlang berkurang sebanyak 1565 hal ini

disebabkan pemikiran para pelajar yang masih rendah. Warga

dewan sekalian ini membuktikan bahawa dengan kemajuan

teknologi kita tidak mampu untuk menyemai sikap positif murid

iaitu budaya yang rajin.

Kemajuan teknologi juga boleh menyebabkan ketagihan

dan boleh menjejaskan kemahiran komunikasi kita. Murid lebih

berasa seronok menghabiskan masa dengan melayari internet

dari melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan sebagainya.

Kurangnya berbual sesama rakan sebaya menyebabkan mereka

menjadi seorang yang pendiam dan pemalu atau anti sosial.

Saya bawakan satu bukti, menurut jurnal pengajian melayu jilid 16


25

2016 mendapati bahawa 5 salah laku anti sosial teknologi

dilakukan oleh remeja lelaki dan menyumbang hampir 64.4%

daripada keseluruhan salah laku anti sosial warga dewan

sekalian. Anti sosial merupakan budaya yang negatif. Saya kira

usul kita hari ini wajar kita bangkang tuan yang dipertua.

Maka disini kami pihak pembangkang telah menunjukkan

bahawa kemajuan teknologi tidak mampu menyemai sikap positif

murid sebaliknya mendatangkan budaya negatif.


26

HUJAH PENGGULUNGAN KERAJAAN

Terima kasih tuan yang dipertua,

Bertemu kita dalam sesi penggulungan sebagai senjata

terakhir dalam pertaruhan kami pada hari ini.

Tuan yang dipertua,

Usul masih sama iaitu kemajuan teknologi dapat menyemai

sikap positif murid. Kita beralih terus kepada obligasi saya yang

pertama iaitu kita lihat apa masalah di meja pembangkang yang

tidak habis-habis mengecilkan skop perdebatan kita sejak dari

awal lagi tuan yang dipertua.

Ini kerana penggunaan teknologi sememangnya membantu

murid dalam pembelajaran malahan dalam kehidupan juga.

Dengan menggalakkan lagi penggunaan teknologi kepada

murid di sekolah tidak mustahil dapat meningkatkan

kecemerlangan murid. Jelas terbukti ramai murid yang lebih

berpengetahuan tinggi dan lebih berinovasi dengan

pendedahan penggunaan teknologi. Terutamanya teknologi ict

dan komunikasi sangat membantu murid – murid dalam

pembelajaran . Oleh itu, saya menegaskan bahawasanya

kemajuan teknologi sememangnya dapat menyemai sikap positif

murid .
27

HUJAH PENGGULUNGAN PEMBANGKANG

Terima kasih yang dipertua,

Dalam sesi penggulungan ini akan saya buktikan kepada

anda kemajuan teknologi tidak dapat menyemai sikap positif

murid. Di mana lebih banyak kesan negatif yang berlaku dalam

penggunaan teknologi oleh murid berbanding kesan positif.

Terutamanya dalam penggunaan internet, penggunaan internet

sangat sukar untuk dikawal kerana tertalu banyak unsur yang

mendorong murid untuk melakukan perkara negatif seperti malas

belajar, leka dengan permain video,membuang masa dan

sebagainya.Murid juga juga jadi malas bersosial, suka menyendiri

dan kurang mahir berkomunikasi secara bersemuka

Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN

TEKNOLOGI MENYEMAI SIKAP POSITIF MURID dikaji semula untuk

kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai