Anda di halaman 1dari 3

Bahagian SekolahSekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Tingkat 1214, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon 922066
Kuala Lumpur. Kawat 'PELAJARAN'
________________________________________________________________________
KP(BS) 8591/Jld.II/(23)

1hb. Jun, 1984.


Pengarah Pelajaran Negeri,
Seluruh Malaysia.

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1984


Garis Panduan Mengenai AktivitiAktiviti Kebudayaan Di SekolahSekolah

SekoIahsekoIah lazimnya membuat persembahan-persembahan kebudayaan dalam majlis-


majlis yang diadakan untuk sesuatu peristiwa penting, misalnya Hari Penyampaian Hadiah,
Hari Ibu Bapa, meraikan lawatan pembesar negeri atau orang-orang kenamaan, atau juga
sebagai kemuncak kepada aktivitiaktiviti kelab dan persatuan. Ada juga sekolahsekolah
yang mengadakan persembahan sebagai persediaan menyertai sesuatu pertandingan .
Adalah didapati bahawa setengahsetengah persembahan itu tidak sesuai bagi murldmurid
dan tidak selaras dengan aspirasi negara.

2. Supaya aktivitiaktiviti kebudayaan di sekolah-sekolah dapat dijalankan dengan lebih


berfaedah dan bersesuaian pula dengan keperluan dan hasrat negara maka Surat
Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan memberi garis panduan mengenai aktivitiaktiviti
kebudayaan di sekolahsekolah yang seharusnya diperhati dan dipatuhi o1eh Guru-guru
Besar dan Guru-Guru.

3. GARIS PANDUAN AKTIVITIAKTIVITI KEBUDAYAAN DI SEKOLAHSEKOLAH

3.1 Adalah digalakkan supaya muridmurid didedahkan kepada


Bidang-bidang kesenian berikut:

i) BAHASA DAN
KESUSASTERAAN : Penghayatan dan penglibatan dalam
kegiatankegiatan puisi dan prosa seperti sajak,
syair, penulisan esei dan kegiatan-kegiatan
penulisan kreatif, pemikiran dan keiImuan
melalui forum, perbahasan, dan sebagainya.

ii) SENI TAMPAK/


SENIHALUS : Bidangbidang pertukangan tangan, seni ukur,
seni hias, seni khat, seni lukis, seni foto, seni
tembikar, tekatmenekat, suIammenyulam,
tenunan dan anyaman.

iii) SENI MEMPER


TAHANKAN DIRI : Silat.

iv) PERMAINAN
TRADISI : Gasing, Congkak, Wau.
3.2 Di mana dijalankan kegiatan SENI LAKON ATAU SENI PENTAS, maka
kesenian tradisi rakyat asal rantau ini dikehendaki diutamakan:

i) NYANYIAN/
SENI SUARA: Nyanyian tradisi rakyat seperti IaguIagu rakyat
(misalnya: Rasa Sayang. Lenggang Kangkong).
Lagulagu asli (misalnya: Dendang Sayang.
Tudung Periok), Nasyid,Kasidah, Marhaban,
Hadrah.

LaguIagu Tanahair dan patriotik seperti Tanah


Pusaka, Putera Puteri, Perajurit Tanah Air.

ii) MUZIK : Membina penghayatan muzik melalui Muzik


Tradisi seperti Gamelan, muzik Wayang Kulit,
Kompang, Ghazal.

iii) SENI LAKON/


TEATER : Senilakon / teater bercorak tradisi/kelasik seperti
Makyong, Bangsawan, Boria.

Teater semasa / kontempra seperti dramatari,


drama moden, purbawara.

iv) SENITARI : Tarian tradisi kebangsaan seperti inang, zapin


dan joget. Tarian yang bersifat wilayah budaya
seperti kuda kepang, canggung, sumazau dan
datun julud.

3.3 Bidang kesenian yang hendak diketengahkan dalam manamana majlis atau
upacara rasmi hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsipprinsip
Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

3.4 Manamana unsur kesenian asing hanya boleh dipersembahkan dalam majIis-
majlis dan upacaraupacara sekolah setelah disesuaikan dengan
prinsipprinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

3.5 Penglibatan muridmurid berbilang kaum dalam satusatu aktiviti kesenian


hendaklah digalakkan di mana asas pertimbangan utama ialah untuk
memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum serta menyerapkan ciriciri
keperibadian kebangsaan.

3.6 Sekolahsekolah hendaklah melarang muridmurid dari mempersembahkan


unsurunsur budaya massa yang tidak terkawal seperti tarian disko, hippism
dan lainlain unsur baru pengaruh asing dari semasa ke semasa yang tidak
sesuai dan bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

3.7 DALAM MENJALANI AKTIVITIAKTIVITI KEBUDAYAAN UMUMNYA DAN


AKTIVITIAKTIVITI KESENIAN KHASNYA, SEGALA ASPEK YANG
MELIBATKAN SISTEM NILAI DAN NORMA HENDAKLAH DITEGASKAN
SAMA ADA DARI SEGI BAHASA, GAYA, PAKAIAN, MAHU PUN
PERLAKUAN. APA YANG HARUS DITANAM DALAM JIWA MURIDMURID
IALAH SIFATSIFAT YANG MEMBAWA KEPADA KETINGGIAN AKAL BUDI,
AKHLAK. BERSOPAN SANTUN, BERJIWA HALUS. BERBUDI BAHASA DAN
BERTATASUSILA.
3.8 Dalam membuat sebarang persembahan atau kegiatan kesenian, perkara-
perkara seperti berikut hendaklah diambil perhatian :
(i) Pakaian (costume) yang sopan dan sesuai hendaklah digunakan
ketika membuat persembahan

(ii) murid-murid hendaklah dilarang dari menyayikan lagu-lagu yang


mengandungi senikata berunsur lucah.

(iii) Lagu-lagu yang diharamkan oleh kerajaan adalah juga dilarang


dari dinyanyikan oleh murid-murid

(iv) Menyedari hakikat bahawa kebudayaan itu tidak statik, kemudahan


dan galakan seharusnya diberikan juga kepada mana-mana pihak
yang ingin mengasah daya kreativiti mereka dalam semua bidang
kesenian seperti dalam mencipta tarian-tarian baru. Dalam
hubungan ini tarian barat atau asing tidak seharus
dipersembahkan secara total tetapi mana-mana gerak langkah
tarian yang diubahsuai dan bermakna misalnya dari tarian ballet
bolehlah digunakan setakat mana gerak langkah tersebut tidak
bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan kebangsaan.

Sila tuan maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Besar sekolah-
sekolah di negeri tuan.

Sekian.

'BERKHIDMATUNTUK NEGARA'

(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)


Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri PelaJaran Malaysia.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelalajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran,
7. Timbalan Ketua Pengarah PeIajaran I, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran.
10. KetuaKetua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri PeIajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai