Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kaedah memasak lemang secara tradisional mempunyai beberapa


kelemahan dari segi produktiviti kerja.Ia memerlukan tenaga manusia yang
ramai,penggunaan bahan api seperti arang yang tidak menyeluruh dan
lemang dimasak tidak sekata.Objektif projek ini ialah untuk menghasilkan
sebuah prototaip mesin membakar lemang mengunakan prinsip ketuhar
yang beroperasi tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai.Penghasilan
prototaip ini melibatkan pengawalan pergerakan-pergerakan
mekanikal.Prototaip ini mampu menggantikan kaedah pembakaran lemang
secara tradisional serta tidak memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk
beroperasi.Projek ini dimulakan dengan menghasilkan larakan teknikal
menggunakan perisian CATIA.Kemudian berdasarkan lakaran
tersebut,prototaip ini dihasilkan.Gegancu dan rantai digunakan bagi
menghasilkan pergerakan memutar.Komponen-komponen mekanikal ini
dihubungkan kepada gegancu dan rantai.Melalui ujikaji yang
dijalankan,keputusan menunjukkan bahawa lemang siap dibakar dalam
masa kurang daripada tiga jam setengah tanpa memerlukan ramai tenaga
kerja.Keputusan tersebut telah mencapai objektif projek.

Anda mungkin juga menyukai