Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Lemang merupakan suatu makanan yang menjadi tradisi di negara kita . Ia


merupakan makanan yang berasaskan pulut dan santan kelapa . Lemang menjadi
unik kerana ia dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan menggunakan api .
Pada Hari Raya Aidilfitri , lemang menjadi hidangan wajib bagi bangsa melayu .
Tetapi , bukan hanya di hari raya untuk kita dapatkan lemang kerana ia telah
menjadi makanan harian di negara ini . Oleh itu , lemang menjadi salah satu sumber
perniagaan dalam industri di negara ini . Lemang merupakan menu yang unik dan
menarik perhatian pelanggan . Ini kerana proses untuk menghasilkan lemang yang
sangat rumit . Oleh itu , kita memerlukan mesin untuk menghasilkan lemang yang
berkualiti dengan proses yang mudah .

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Proses untuk menghasilkan lemang merupakan satu proses yang rumit . Ia


memerlukan tenaga kerja yang kuat kerana lemang perlu dijaga dengan rapi
semasa proses pembakaran . Untuk membakar lemang pula , ia memerlukan suhu
yang tinggi kerana lemang dimasak didalam buluh . Proses ini juga mengambil
masa yang lama kerana lemang perlu dimasak dengan betul untuk mengelakan
rasa lemang itu mentah . Dalam industri lemang , proses ini menjadi punca masalah
kepada peniaga untuk menghasilkan produk mereka . Terdapat banyak cara yang
telah peniaga keluarkan untuk memproses lemang dengan lebih mudah . Terdapat
beberapa mesin moden yang yang telah dicipta untuk mengatasi masalah yang
terdapat dalam industri lemang . Mesin moden yang dicipta ini telah dapat
mengatasi masalah dalam prosos penghasilan lemang manakala lemang yang
dihasilakan tidak mempunyai kualiti yang setaraf dengan cara yang digunakan
sebelum ini . Berdasarkan pernyataan diatas , kami menjalankan satu kajian untuk
menyelesaikan masalah proses penghasilan lemang dengan hasil yang berkualiti
didalam industri perniagaan lemang .

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Menggunakan kaedah membakar lemang tradisional merupakan kaedah terbaik


untuk mendapatkan hasil lemang berkualiti . Tetapi , ia mempunyai beberapa
kelemahan dan keburukkan . Antaranya ialah ;

i.Keselamatan

Para pengguna mempunyai risiko terkena api dan suhu tinggi ketika memusingkan
dan mengangkat lemang . Ia boleh menyebabkan kecederaan seperti melecur .

ii.Kualiti

Lemang tidak dimasak dengan sekata kerana kedudukan suhu dibawah lebih tinggi
berbanding di atas .

iii.Tenaga kerja

Batang lemang perlu dipusing secara manual manakala mesin ini berpusing secara
automatik dang berpusing 360o .
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang
ditetapkan . Antaranya ;

i.Mereka bentuk mesin pembakar yang berpusing 360o .

ii.Membina mesin pembakar lemang yang berpusing 360o .

iii.Menguji mesin pembakar lemang yang dapat membakar dengan sekata .

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kerja merupakan rujukan untuk memastikan skop kajian berlandaskan objektif
yang disenaraikan . Antaranya ;

i.Dapat membakar 10 batang lemang dalam 1 masa .

ii.Menggunakan motor untuk memusingkan lemang .

iii.Tidak menggunakan bahan api .

iv.Mesin yang selamat daripada risiko kecederaan yang berpunca daripada api .

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu penyelesaian masalah yang terdapat dalam industri
perniagaan lemang . Di akhir kajian ini , peniaga lemang dapat satu alternatif baru
untuk menghasilkan lemang dengan lebih mudah serta hasil yang berkualiti .
Alternatif tersebut merupakan mesin moden yang dicipta mempunyai setiap skop
dan objektif penting dalam industry lemang .
1.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya , dengan pelaksanaan projek ini akan memberi beberapa maklumat-


maklumat tentang pelaksanaan projek , mengkaji komponen dan bahan yang sesuai
untuk pelaksanaan projek mesin lemang 360o berdasarkan maklumat yang telah
dikumpul daripada hasil kerja terdahulu dan terkini . Ini akan membatu lagi proses
penghasilan projek mesin pembakar lemang 360o yang akan dilaksanakan sebagai
projek tahun akhir .
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kami telah membuat beberapa kajian tentang bahan dan komponen yang
digunakan dan perbezaan produk sedia ada di pasaran . Sebelum memulakan kerja
merekabentuk produk , kajian permasalah yang dihadapi perlu dinilai supaya alat
ciptaan dapat mengatasi masalah yang di hadapi Mengikut pemerhatian yang
dijalankan , terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pengguna seperti
pengusaha lemang yang sukar membakar lemang menggunakan kaedah tradisional
dalam kuantiti yang banyak . Disini , kaji selidik mengenai kebaikan dan kelemahan
tempat pembakar lemang secara tradisional dan produk sedia ada di pasaran yang
dijalankan .

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Penyediaan pembakar lemang terdapt beberapa aspek yang perlu dilihat seperti
memerlukan Kawasan yang luas , sember bekalan terhad , pemantauan yang ketat
serta pendedahan haba yang tinggi menjadi risiko . Syarikat MARDI telah berjaya
menghasilkan sebuah mesin lemang mini yang menggunakan tenaga elektrik .
Berdasarkan pencarian internet ini perlu diberi pujian atas usaha MARDI kerana
menjadikan lemang lebih mudah serta proses bersih . Ia lebih menarik kerana tidak
menggunakan kayu atau arang sebagai bahan bakar . Menarik kerana dapat
dielakan daripada asap dan suhu tinggi serta kawasan digunakan tidak besar dan
luas Mesin Lemang Mini MARDI dicipta pada tahun 2018 .

2.2.1 . Kaedah Pembakaran Lemang Tradisional.

Rajah 2.1 Menunjukkan kaedah pembakaran lemang tradisional.


Sumber : https://images.app.goo.gl/H2hhfmUuFqFZ7nbaA

Untuk menyediakan lemang, kita terpaksa mencari kayu api yang banyak untuk
membakar lemang dan menunggu berjam-jam untuk dimasak.Cuaca dan masa
yang lama menjadi antara cabaran besar memasak lemang cara tradisional.
Jika cuaca hujan, kayu api mudah basah malah dapur kayu pula dibanjiri air
menyebabkan usaha membakar lemang terbantut.
2.2.2 Kaedah Pembakaran Lemang Moden

Rajah2.2 Menunjukkan kaedah pembakaran lemang modern


Sumber : https://images.app.goo.gl/GtMHREiCyihJtVMEA

Lemang yang dihasilkan menerusi kaedah ini juga memiliki rasa yang asli
seakan lemang tradisional dan masa untuk memasak juga lebih cepat malah
mereka yang terbabit juga tidak perlu bersusah payah mengawal kayu api atau
membalik-balikkan buluh lemang ini.Mesin lemang ini amat sesuai digunakan
oleh syarikat-syarikat katering, individu atau hotel kerana ia mudah
dikendalikan dan amat pratikal .
2.2.3 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Gas

Rajah 2.3 Menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan gas


Sumber : https://images.app.goo.gl/CgBj4ctFk454pDnT6

Seterusnya pembakaran menggunakan api gas lebih selamat dan mudah jika
dibandingkan dengan kaedah tradisional. Ini kerana pembakaran lemang tidak lagi
terdedah dengan api dan suhu yang tinggi. Ia juga lebih mudah dari segi
penyediaan bahan bakar dimana pembakar tidak lagi perlu mencari kayu api lalu
menunggu kayu api berbara untuk meneruskan proses pembakaran. Begitu juga
kaedah menggunakan sistem pemanasan ketuhar, sistem ini menggunakan likaran
kuprum yang dikenakan kuasa elektrik lalu menghasilkan suhu yang tinggi bagi
proses memasak. Kaedah ini lebih menjimatkan kos kerana sumber utama ialah
eletrik yang lebih murah berbanding gas.
2.2.4 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Robot Lemang.

Rajah 2.4 menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan robot lemang.


Sumber : https://images.app.goo.gl/Yc2neDNG7F5d9ryy5

Mesin pembakar lemang menggunakan kaedah gas diciptakan oleh seorang


penulis blog kisah kehidupan iaitu Lieynanilaz pada disember 2011. Beliau
menceritakan bahawa mesin yang dicipta merupakan asas daripada kaedah
pembakaran tradisional tetapi ia lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga
keria. Ia menggunakan dapur gas memasak sebagai bahan bakar dan tidak
menggunakan buluh lemang sebagai perumah malah menggunakan besi yang
boleh digunakan berkali-kali. Mesin ini dapat memasak 13 batang lemang yang
beranggaran 6 kilogram beras pulut. Mesin ini dapat memasak lemang dengan
suhu 170 c sehingga 180 c dalam masa 2 jam.
2.2.5 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Kayu Api

Rajah 2.5 Menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan kayu api.


Sumber : https://images.app.goo.gl/gcbdcPdBs3bGX9Tj8

Berdasarkan daripada sumber yang diperoleh. Lemang boleh dimasak dengan


menggunakan kayu api berbara. Api gas dan sistem pemanasan ketuhar. Kaedah
tradisional menggunakan kayu api berbara sebagai sumber api kerana ia memberi
rasa yang menarik dan hasil yang sangat memuaskan. Tetapi ia memberi risiko
yang tinggi kepada lemang dan juga pembakar lemang. Lemang akan hangus jika
tiada penjagaan rapi ketika membakar menggunakan kayu api berbara. Ini kerana
kayu api berbara boleh membesar dengan sendiri oleh faktor angin atau pun kuantiti
kayu yang berlebihan. Disamping itu ia juga boleh memberi kesan buruk kepada
pembakar lemang semasa melakukan proses pembakaran. Lemang dialih atau
dipusing oleh pembakar dengan menggunakan tangan. Ini akan menyebabkan
tangan boleh melecur akibat terkena api atau suhu yang tinggi
BAB 3

METHODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai
objektif kajian. Ia menjadikan kajian yang dijalankan lebih sistematik dan lebih
terarah untuk mencapai objektif kajian. Bab ini menjelaskan metodologi kajian yang
digunakan dalam kajian. Metodologi kajian dan strategi telah disusun untuk
mendapatkan maklumat dan data supaya dapat mencapai objektif kajian .

3.2 CARTA ALIR

Carta alir reka bentuk adalah penting dalam melakukan sesebuah projek atau
pengubahsuaian projek kerana memudahkan proses kerja. Oleh itu, kerja yang
dilakukan dapat disiapkan dengan jayanya tanpa mengeluarkan banyak kos atas
sebab kecuaian semasa melakukan sesebuah projek. Oleh itu, carta alir ini dibuat
untuk melancarkan lagi perjalanan dalam melaksanakan projek. Ia juga dapat
membantu menyiapkan projek dengan jayanya dengan adanya penjadualan seperti
ini.
MULA

PENYATAAN MASALAH

TIDAK
BRAINSTORMING

SENARAI IDEA

YA

DITERIMA

OBJEKTIF

SKOP

KAJIAN LITERASI

M ETODOLOGI

PENYEDIAAN PROPOSAL

PEMBENTANGAN

TAMAT

Rajah 3.2 : Carta Alir Projek

Anda mungkin juga menyukai