Anda di halaman 1dari 6

PERSPEKTIF BERKAITAN ISU UMAT ISLAM DI MALAYSIA:

RUJUKAN KEPADA ISU BULI SIBER DI MEDIA SOSIAL

CTU101

Tajuk :

Disediakan oleh :

Nama No. Pelajar


1. NURIZZATI ADILAH BINTI HAMDAN 2022449774

2.

Disediakan untuk:
SITI NUR HUSNA BINTI ABD RAHMAN

N5

Kategori Penilaian Markah

Pengenalan

Objektif

Kajian Literatur

Metodologi Kajian

Cadangan / Kesimpulan
Rujukan / Bibliografi

Etika & Profesional

SEMESTER I 2022/2023 / OKT 2022 – FEB 2023

1.0 PENGENALAN
Pada hari ini, Buli Siber adalah perkara yang sering kali kita dengari. Lebih-lebih lagi pada
zaman dimana penggunaan media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat seluruh dunia. Buli siber adalah pembulian yang dilakukan secara alam maya
melalui aplikasi seperti Whatsapp, Instagram, Twitter, Tiktok dan banyak lagi. Dahulu kita
hanya dengar tentang pembulian dikalangan perlajar berlaku di sekolah. Tetapi dengan
kemudahan aplikasi media sosial pembulian lebih mudah dilakukan secara jarak jauh.

Menurut sumber daripada myMetro (Januari 14,2022) Laporan Tabung Kanak-Kanak


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan Malaysia berada pada
kedudukan kedua di Asia pada tahun 2020 berkenaan buli siber dikalangan belia. Hal ini
terjadi kerana buli siber sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan hanya
menggunakan akses internet. Tambahan pula, pembuli siber lebih berani kerana mereka
dapat menyembunyikan identiti sebenar mereka dengan mencipta akaun menggunakan
maklumat palsu.

Terdapat pelbagai contoh buli siber yang kita dapat lihat, antaranya ialah penyebaran
fitnah. Hal ini terjadi apabila individu yang tidak bertanggungjawab memuat naik foto atau
video yang tidak menunjukkan konteks yang jelas dan menyebabkan timbulnya fitnah.
Sebagai contoh, seseorang memuat naik video pergaduhan dan masyarakat akan mula
memberikan komen dan mencipta spekulasi tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku
dan menyebabkan individu di dalam video dikecam dan difitnah.

Hadis sahih daripada Abu Hurairah Radhiallahu’anhu beliau meriwayatkan dari Nabi
S.A.W baginda bersabda:

‫ف هَ َذ ا‬ َ ‫اة َو يَ ْأ تِ ي قَ ْد َش تَ َم هَ َذ ا َو قَ َذ‬ ٍ ‫ام َو َز َك‬ٍ َ‫ص ي‬ِ ‫ص الَ ٍة َو‬ َ ِ‫ام ِة ب‬َ َ‫س ِم ْن ُأ َّم تِ ي يَ ْأ تِ ي يَ وْ َم ْال قِ ي‬َ ِ‫ِإ َّن ْال مُ ْف ل‬
‫ت‬ْ َ‫ب هَ َذ ا فَ يُ ْع طَ ى هَ َذ ا ِم ْن َح َس نَ اتِ ِه َو هَ َذ ا ِم ْن َح َس نَ اتِ ِه فَ ِإ ْن فَ نِ ي‬
َ ‫ض َر‬ َ ‫ك َد َم هَ َذ ا َو‬ َ ‫َو َأ َك َل َم‬
َ َ‫ال هَ َذ ا َو َس ف‬
ِ‫طُر َح فِ ي النَّ ار‬ ِ ْ ‫طُر َح‬
‫ت َع لَ ْي ِه ث َُّم‬ ِ َ‫ض ى َم ا َع لَ ْي ِه ُأ ِخ َذ ِم ْن َخ طَ ايَ اه ُْم ف‬ َ ‫َح َس نَ اتُهُ قَ ْب َل َأ ْن ي ُْق‬

Maksudnya:  Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa


yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga
datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini,
memakan harta orang ini,  menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini .
Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya.
Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya
belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu
dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah, matlamat utama kajian ini adalah untuk meneliti dan
menganalisis berkenaan isu buli siber dan perspektif terhadap isu umat islam di Malaysia
berdasarkan isu semasa di media sosial. Secara lebih khusus, kajian ini berasaskan
kepada objektif-objektif berikut:

2.1 Mengkaji tentang faktor-faktor berlakunya buli siber melalui isu semasa yang berlaku
di media sosial.

2.2 Mengenal pasti akibat daripada buli siber terhadap perspektif berkaitan isu umat islam
di Malaysia.

2.3 Membincangkan tentang langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi


masalah buli siber.
3.0 KAJIAN LITERATUR

Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis dan mengenal pasti isu-isu yang
mencetuskan kecaman serta perbalahan masyarakat. Kajian ini juga adalah berdasarkan
isu semasa yang berlaku di media sosial yang mempengaruhi isu buli siber.

3.1 LGBT

Menurut Nor Hafizah dan Norsaleha (2016) telah menulis berkenaan dengan kumpulan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) Ancaman Terhadap Keamanan dan
Keharmonian Beragama di Malaysia. Mereka menyatakan bahawa manusia kini
menghadapi krisis kritikal dalam kehidupan. Krisis identiti dan nilai ketamadunan akibat
daripada manusia celaru dengan gaya hidup yang lari daripada asas kemanusiaanyang
sebenar. Selain itu, kajian daripada (Norihan Zakaria dan Zain Dollah. 2012) pula
menyatakan bahawa segala kegiatan golongan LGBT dianggap sebagai manipulasi
terhadap konsep hak asasi manusia, Mereka cuba meweujudkan gerakan diskriminasi
bentuk baru bagi memperjuangkan perbuatan mereka melalui Hak Asasi Manusia (HAM).
Mereka semakin berani dan agresif mencetuskan fenomena dengan secara tidak
langsung telah menghina kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia
malah menggugat ketenteraman awam dan keamanan beragama dalam negara.

3.2 POLITIK

Badlihisham Mohd Nasir dan Che yusof Che Mamat (2002), melalui penulisan mereka
menceritakan tentang suasana politik yang ‘kotor’ menyebabkan gerakan Islam berbentuk
tariqat mengelakkan diri daripada terlibat secara langsung dalam politik, Walaupun secara
umumnya gerakan Islam bersetuju bahawa politik tidak terpisah daripada ruang lingkup
ajaran Islam, sebahagian mereka khususnya yang tidak terlibat dengan politik secara
langsung amat berhati-hati justeru menjaga adab, etika dan akhlak dalam agama. Hal ini
menyebabkan pendekatan politik sebahagian gerakan Islam seperti pas sering dikritik
oleh rakan-rakan gerakan yang lain. Sebagai contoh, Ashari mengkritik badan-badan
Islam yang ghairah mengatakan sesuatu sehingga menyentuh nama peribadi lawannya
itu. Kadang-kadang perbuatan mereka itu telah tergolong ke dalam bab mengumpat yang
diharamkan oleh Islam. Akhirnya musuh-musuh gerakan Islam bertambah jauh dengan
Islam kerana hati mereka telah pun dilukai. Mereka mengadakan serangan balas pula
yang boleh menimbulkan pergolakan di tengah-tengah masyarakat kerana sikap yang
tidak berhati-hati.

3.3 KAUM DAN AGAMA

Penulisan oleh Khairul Azhar Meerangani (2022), menyatakan bahawa platform media
sosial popular seperti Facebook dan Twitter telah dijadikan medium perdebatan dan
provokasi berkaitan isu-isu semasa, terutamanya berkaitan kaum dan agama. Pihak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaporkan sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka
dalam tepoh 6 bulan pertama tahun 2020, antaranya melibatkan kesalahan menghasut
dan penyebaran berita palsu atau berunsur hasutan. Daripada jumlah ini, sebanyak 172
kes masih dalam siasatan, manakala 30 kes telah didakwa di mahkamah, 12 lagi
diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraan dan 17 telah mengaku bersalah.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, angka ini mencatatkan
peningkatan drastic jika dibandingkan dengan tiga tahun sebelumnya. Kes-kes ini
ternyata menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat
awam, terutamanya apanila melibatkan isu sensitive seprti institusi diraja, kaum, agama,
kedudukan dan keistimewaan hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
4.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian, perbincangan tentang

Anda mungkin juga menyukai