Anda di halaman 1dari 10

cvPengenalan

Konsep sosial dan budaya mengikut menurut Ranjabar, 2013 : 17 ialah adalah segala
sesuatu yang bertalian dalam “system” hidup bersama atau hidup bermasyarakat dari
orang atau sekelompok orang yang didalamnya sudah tercakup struktur, organisasi, nilai-
nilai “social”, dan aspirasi hidup serta cara mencapainya.

Manakala menurut Sarjana Islam Malik Bennabi (1905-1973) merumuskan


kebudayaan sebagai suatu himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai-nilai sosial yang
mengesani individu sejak kelahirannya dan secara tidak disedari ia menjadi tali yang
mengikat tingkah laku individu dengan sistem hidup masyakarat di mana ia tinggal.

Menurut Holmes. 1988 : 15-16 pula menyatakan kebanyakkan ahli sosiologi yang
menggunakan pendekatan ini bersetuju dengan andaian bahawa masyarakat atau
kumpulan ialah sistem bahagian yang bersepadu . Sistem sosial cenderung yang agak
stabil, dan perubahan biasannya beransur-ansur. Setiap masyarakat atau kumpulan tidak
dapat bertahan melainkan ahlinya berkongsi sebahagian kepercayaan dan nilai bersama.
Sistem sosial boleh ditarikfkan oleh empat ciri iaitu sempadan, saling bergantung pada
bahagian, keperluan dan keseimbangan.

Dari pandangan saya pula, sosial dan budaya merupakan hubungan antara manusia
yang dijalinkan untuk melahirkan masyarakat yang mampu mewujudkan kebudayaan
dalam suasana sosial. Sosial dan budaya juga merupakan merapatkan hubungan di antara
satu sama lain dan membentuk kelompok masyarakat yang harmoni dan damai.

Seterusnya, menurut Imam Jaafar as Sadiq(as) dalam penulisan Al-Islam org, bulan
Ramadhan adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam. Oleh kerana kalendar bulan
adalah seminggu setengah lebih kurang dari kalendar matahari, maka bulan Ramadhan
akan semakin kebelakang setiap tahun. Ia bulan suci di mana Tuhan telah menurunkan
wahyu kepada manusia.

Menurut Ibnu Faris- “Maqayis al-Lughah” dalam penulisan ramadhan &


kelebihannya, ramadhan berasal daripada kalimah Bahasa Arab Ro Mim Dhad yang
bermaksud ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya.
Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. Ramadhan juga
dari perkataan ramadh iaitu teruknya kesan panas matahari
Menurut Surah al-Baqarah, ayat 183, puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada
bulan Sya’ban tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di
kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan nabi. Ini berdasarkan
firman Allah di mana “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
(Ramadhan) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa”.

Bagi saya, bulan Ramadhan merupakan bulan di mana setiap umat islam diwajibkan
untuk berpuasa. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-
perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar iaitu subuh hinggala
terbenamnya matahari iaitu maghrib diikuti dengan niat puasa.

Selain itu, makna kejiranan pula menurut Dato’ Dr Fadzilah Kamsah jiran merupakan
orang yang tinggal disekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri, atau pun kanan dan
merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.

Manakala kajian dari Universiti Sains Malaysia , menunjukkan bahawa keberhasilan


pengajuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudklan institusi
kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang.

Menurut Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak berkata di Kuala Lumpur melalui media
Berita Harian, perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikukuhkan lagi melalui semangat
kejiranan . Hubungan antara jiran yang baik dapat menjamin keharmonian di tempat
tinggal. Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh beliau dan beliau menekankan semangat
perpaduan antara kaum di Malaysia.

Istilah kejiranan yang dapat saya simpulkan ialah dimana satu masyarakat yang duduk
berdekatan antara rumah ke rumah. Ini juga hampir sama maksud dengan komuniti yang
paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Jiran sangat penting kerana mereka yang
tinggal berdekatan dengan rumah kita. Pada masa yang sama kita juga sering melihat
mereka di kawasan perumahan kita. Sekiranya kita masalah, jiran kita adalah orang yang
terdekat yang dapat membantu kita tidak kirala dari segi kewangan, kesihatan dan
sebagainya.

Seperti mana yang kita tahu, pada tahun 2020, negara Malaysia telah dilanda virus
yang dikenali sebagai Covid-19. Virus ini telah menyebabkan kehidupan setiap
masyarakat berubah. Kerajaan telah mengumumkan kepada rakyat bahawa rakyat perlu
mematuhi norma baharu di mana mempunyai had yang tertentu di setiap pengerakkan.
Norma baharu ini juga memberi kesan di bulan Ramadhan. Umat islam perlu melakukan
ibadah berpuasa dalam keadaan serba baharu.

Tradisi dan tingkah laku yang biasa dilakukan di bulan Ramadhan seperti berbuka
puasa beramai-ramai dan mengerjakan solat terawih secara berjemaah telah dilarang oleh
pihak kerajaan. Ini kerana ingin memastikan mereka mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) mengenai tentang penjarakan sosial. Ramadhan pada pandemik ini
memberi ruang kepada orang yang terdekat untuk menjadi lebih rapat dan mengeratkan
hubungan sesama mereka.

Setelah Covid-19 beransur pulih, aktiviti yang biasa dilakukan di bulan Ramadhan
mula dibenarkan untuk dijalankan. Antaranya seperti bergotong-royong beramai-ramai,
bazaar Ramadhan dibenarkan untuk beroperasi semula, berbuka puasa secara besar-
besaran dan SOP solat terawih mula dilonggarkan dan membenarkan masyarakat untuk
melakukan secara berjemaah di surau. Ini memberi impak kepada setiap masyarakat
dalam kehidupan mereka sewaktu bulan Ramadhan tiba.

Antara kelebihan di bulan Ramadhan menurut kesan Psikologi dan Fisiologi Semasa
Berpuasa dalam Utusan Malaysia, 7 Nov 2004 dari sudut pskologi dapat memberi
ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam
darah yang semakin stabil. Dari aspek psikologi pula, manusia terdiri daripada empat
komponen utama iaitu fizikal, emosi, kognitif dan spritual. Berdasar dari komponen itu,
puasa di bulan Ramadhan dapat melatih fizikal, emosi, kognitif dan spirtual untuk
melakukan tranformasi ke arah kebaikan dituntut Islam.

Secara keseluruhannya, setiap orang mempunyai kefahaman mereka yang tersendiri


terhadap sosial dan budaya, bulan Ramadhan dan kejiranan. Mereka mempunyai
kefahaman mengikut apa yang mereka perhati, memahami dan melakukan setiap perkara
yang mereka ikuti. Masyarakat mula bekerjasama dan berganding bahu untuk
mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di dalam satu konsep dan salah satunya
dengan mengadakan aktiviti di bulan Ramadhan. Dengan ini, mereka akan dapat
mengeratkan hubungan antara mereka dengan sesama mereka dan dapat mengenali antara
satu sama lain dengan lebih mendalam.
2.0 Objektif

Terdapat dua objektif kajian projek dengan bertujuan untuk mendapatkan tujuan hasil
dan dapatan kajian iaitu untuk :

1. Mengenalpasti aktiviti di bulan Ramadhan di kawasan Surau Al-Fatih, Presint 15,


Putrajaya.
2. Mengkaji kesan aktiviti di bulan Ramadhan terhadap semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk di kawasan persekitaran Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya.
3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta 1

Peta 1: Peta Negeri Wilayah Perseketuan Putrajaya

Sumber: Google Image

Peta di atas merujuk kepada negeri Putrajaya. Putrajaya merupakan sebuah pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang telah menggantikan negeri Kuala Lumpur
pada tahun 1999. Putajaya ialah sebuah bandar raya yanag yang futuristik dan dijadikan
sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Antara sebab Putrajaya ditubuhkan ialah
kerana ingin mengelakkan kepadatan dan kesesakan di sekitar Kuala Lumpur. Latitud untuk
kawasan ini terletak di 2.926361 dan longtitudnya di 101.696445. Nama asal Putrajaya ialah
Prang Besar. Nama ini mula ditukarkan dengan nama Putrajaya mulai tahun 1994 pada 12
Oktober.

Lokasi Putrajaya berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia dan keluasan


untuk negeri ini seluas 4,931 hektar dengan menggunakan kos sebanyak RM20.5 billion
untuk membangunkan Putrajaya. Kos yang digunakan termasuk dalam Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan
keagamaan. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga
selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an
sehingga harini penduduk di sini dijangka meningkat hampir setiap masa.
3.2 Peta 2

Peta 2: Peta Kawasan Presint 15, Putrajaya

Sumber: Google Earth

Peta diatas merujukkan kawasan Presint 15 yang terdapat di dalam negeri Putrajaya.
Presint 15 merupakan sebuah kawasan perumahan yang berkembang dengan pesat. Presint 15
juga dikenali sebagai Presint Diplomatik dimana terdapat beberapa kemudahan yang
disediakan di sini . Longitud di kawasan ini terletak di 101.721064 manakala latitudnya pula
di 2.937614. Keluasan kawasan Presint 15 ialah seluas 328.64 hektar. Antara konsep
pembangunan yang terdapat di kawasan ini ialah merupakan sebuah kawasan perumahan
yang mempunyai taman reakreasi seperti Taman Metropolitan dan Taman Bandaran.

Manakala, Presint Diplomatik pula merupakan Kawasan Kedutaan yang mempunyai


pelbagai kemudahan seperti pejabat, perumahan kedutaan dan pembangunan komersial.
Seramai 20,920 orang penduduk yang menetap di Presint 15. Kawasan perumahan di Presint
serba lengkap dengan pelbagai kemudahn awam yang mampu menampung penduduk.
Antaranya surau, sekolah, kedai, balai bomba dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan
industri juga disediakan seperti membaiki kenderaan, kelengkapan rumah dan pengeluaran
makanan dan minuman. Kawasan yang lapang di atas bukit juga dijadikan sebagai kawasan
untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi. Kebanyakkannya, penduduk di Putrajaya
menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan ke kawasan Pusat Bandar Putrajaya.
Jadi mereka akan menggunakan pengangkutan awam dan “Park and Ride” untuk bergerak ke
pusat bandar Putrajaya. Dalam pada masa yang sama, kawasan ini menyediakan hierarki
jaringan jalan raya yang cekap, efektif dan memenuhi keperluan untuk masa yang akan
datang.
3.3 Peta 3

Peta 3 : Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Sumber : Google Earth

Peta diatas merupakan tempat kajian yang akan dikaji iaitu Surau Al-Fatih, Presint 15,
Putrajaya. Surau Al-Fatih secara rasminya telah dibuka pada tahun 2009 bulan September.
Surau ini merupakan surau pertama yang dibuka di kawasan Presint 15. Surau ini didaftarkan
di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Seramai 15 ahli jawatankuasa
yang memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan komuniti Presint 15. Surau ini juga ditempatkan di Kawasan Perumahan Pejawat
Awam Presint 15-12A, Presint 15, Putrajaya. Antara aktiviti yang telah dijalankan sejak
surau ini mula beroperasi ialah Kuliah Agama, Ceramah Agama, Solat Sunat Tarawikh,
Jamuan AidilFitri dan aktiviti menziarahi penduduk sekitar Surau Al-Fatih. Ini membolehkan
mereka melakukan ibadah dengan lebih selesa dan selamat untuk penduduk di kawasan
Presint 15.

Anda mungkin juga menyukai