Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

( leave blank half page for picture)

Tajuk kajian kumpulan kami ialah Kubu Margherita. Kubu Margherita


merupakan sebuah bangunan bersejarah yang amat sinomin dengan
bandaraya Kuching. Kubu Margherita juga dikenali sebagai Fort Margherita .
Ia awalnya dibangun sebagai kubu pertahanan pada tahun 1879 oleh
Charles Brooke, Raja Sarawak, untuk melindungi Kuching dari serangan lanun
laut dan pengaruh luar.
Fort Margherita adalah bangunan bersejarah yang memiliki gaya istana
kota Inggeris yang khas. Bangunan ini memiliki dinding yang terbuat dari bata
dan dilengkapi dengan tiga menara tinggi. Di dalam bangunan ini terdapat
berbagai benda bersejarah yang berkaitan dengan sejarah Sarawak Dinasti
Brooke.
Fort Margherita terletak di Kuching, Sarawak, Malaysi. Kubu ini dibina
di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara
berhadapan dengan pusat bandar  Kuching yang pesat berkembang.
Fort Margherita terletak di seberang Sungai Sarawak berhampiran Astana,
kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri Sarawak. Fort Margherita boleh
dikunjungi melalui jalan raya. Ia memakan masa 15-minit memandu
sepanjang Petra Jaya, atau pelayaran sungai yang singkat dari Pangkalan Batu,
di hadapan Main Bazaar Kuching Waterfront. Ia kini terletak di
sebelah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. (rujuk Lampiran
(a) Pelan Lokasi Kubu Margherita)

Kumpulan kami telah membuat kajian tentang bangunan bersejarah di


Malaysia, iaitu Kubu Margherita. Dalam tugasan ini, kami telah menghuraikan
tentang latar belakang dan asal usul bangunan Kubu Margherita. Selain itu,
kami juga menerangkan tentang struktur seni bina bangunan Kubu
Margherita. Seterusnya, kami juga memuatkan maklumat fungsi dan peranan
bangunan Kubu Margherita. Akhir sekali, kami juga menyatakan tentang
cadangan serta langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara
bangunan ini.

Kami membuat kajian dengan menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah


melayari Internet dan kaedah menganalisis buku ilmiah bagi memastikan
tugasan kajian bangunan bersejarah Kubu Margherita disiapkan dengan
sempurna dan bersistematik.

Selepas menjalankan kajian ini, kami dapat mengenali bangunan


bersejarah yang ada di Malaysia. Oleh itu, kita dapat memperoleh informasi
yang lebih dalam dan tepat tentang sejarah dan budaya negara kita serta
memahami kepentingannya bagi masyarakat dulu dan sekarang. Selain itu,
kita juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita kerana kita
dapat menambah pengetahuan tentang bangunan sejarah negara kita. Bukan
itu sahaja, kita dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang kepentingan
bangunan bersejarah di negara kita kerana bangunan bersejarah
menunjukkan keunikkan dan kekayaan struktur seni bina yang tersendiri.

2.0 Latar belakang bangunan Kubu Margherita


Kubu Margherita mula dibina pada tahun 1878 oleh Raja Sarawak Charles
Brooke. Kubu ini siap dibina pada tahun 1879. IFort Margherita dinamakan
sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang
dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869.
Kubu Margherita dibina sebagai kubu pertahanan melawan serangan
lanun laut dan pengaruh luar. Pembinaan kabu ini telah menggunakan jumlah
kos 8,100 dolar spanish. Akan tetapi, tiada informasi yang jelas mengenai
tarikh perasmian Fort Margherita, tetapi bangunan ini telah berdiri sejak
tahun 1879 dan sejak itu telah menjadi bangunan bersejarah yang terkenal di
Sarawak.

(Leave half page for picture asal usul)

3.0 Struktur bangunan Kubu Margherita


Seni bina Kubu Margherita direka dengan gaya istana kota Inggeris yang
dihasilkan oleh jurutera Brooke, James Alexander. Kubu berwarna putih ini
mempunyai tiga blok menara tingkat dan titik pemerhati di atas. Bangunan ini
juga mempunyai halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan
bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan. Kubu Margherita dibina
dengan menggunakan batu, pasir dan kayu jati yang diperoleh dari Sarawak
sendiri.
Pada zaman dahulu, Kubu Margherita tidak mempunyai hiasan dalaman
yang rumit. Bahagian dalam kubu hanya kawasan lapang. Hal ini dikatakan
demikian kerana fokus utama bangunan ini adalah untuk pertahanan. Di
sekitar kubu ini, terdapat lebih daripada tingkap segiempat (seperti pintu
kecil).
. Bukan itu sahaja, Kubu Margherita dibina dengan menggunakan
teknik konstruksi tradisional. Batu-batu pasir yang digunakan telah diukur
dan dipotong dengan teliti agar sesuai dengan reka bentuk bangunan. Kayu
jati yang digunakan pula telah dipotong mengikut saiz dan bentuk yang
diperlukan.
(Leave 1 page for pictures)

4.0 Fungsi dan keadaan bangunan Kubu Margherita


Kegunaan Kubu Margherita dahulu adalah dibina sebagai kubu
pertahanan bagi melindungi bandar Kuching daripada serangan lanun.

Apa yang tidak dapat dijangkakan Rajah Charles adalah satu-satunya bentuk
serangan ke atas kubu tersebut iaitu cubaan pengemboman udara oleh
Empayar Jepun pada 19 Disember 1941.
Pengeboman itu tersasar dan membunuh 25 orang awam serta mencederakan
lebih 80 orang. Pada Hari Krismas 1941, kubu dan Kuching jatuh ke tangan
Jepun.
Sebelum pencerobohan Jepun, kubu ini mempunyai pengawal yang berkawal
di benteng kubu sepanjang hari dan malam melaungkan ‘Semua Baik’ setiap
jam antara 8 malam dan 5 pagi.
Laungan ini akan disahut pengawal di Astana disusuli pengawal di Bangunan
Mahkamah dan akhirnya pengawal di Perbendaharaan.
Suara mereka kedengaran jelas dalam keheningan malam dan ini memastikan
pengawal sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sekali gus memberi keyakiann
kepada penduduk bahawa keadaan adalah selamat.
Secara keseluruhannya, empat bendera berbeza telah dikibarkan di Kubu
Margherita, bendera Rajah Sarawak selama 62 tahun, kemudian Hinomaru
(bendera Jepun) semasa perang dan selepas itu Bendera Union British
sehingga 1963.
Dari 1963 hingga ke hari ini, bendera Negeri Sarawak berkibar megah dari
tiang bendera Kubu Margherita.
Bagi memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara, Jabatan Muzium
Malaysia telah membuat kerja pemuliharaan ke atas kubu ini pada tahun
2002.

Selepas itu, ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia
diserah kepada kerajaan negeri Sarawak.
Kini, Kubu Margherita dijadikan sebagai sebuah muzium yang
mempamerkan koleksi-koleksi sejarah Sarawak dan juga merupakan satu
pusat tarikan pelancong di Kuching. Ia masih dipelihara dengan baik dan
mempunyai kemudahan seperti restoran dan kedai cenderamata.

5.0 Cadangan langkah untuk memelihara dan memulihara Kubu


Magherita
Kubu Margherita merupakan warisan sejarah dan kebudayaan yang
dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Kita perlulah
memelihara dan memulihara bangunan tersebut. Terdapat banyak langkah
dan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memelihara dan memulihara
bangunan Kubu Margherita. Antaranya, ialah pihak kerajaan mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan bangunan ini terus dijaga dan dipelihara
untuk generasi akan datang. Agensi-agensi seperti Jabatan Warisan Negara
dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan turut memainkan peranan dalam
memastikan bangunan ini terus dijaga dan dipelihara dengan membaiki
bahagian struktur bangunan yang telah rosak.
Seterusnya, sekolah juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya memelihara warisan
sejarah dan kebudayaan. Melalui lawatan sambil belajar ke Kubu Margherita,
pelajar dapat mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya orang
Sarawak dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan
memelihara warisan sejarah.
Di samping itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
memastikan anak-anak mereka mempunyai kesedaran dan penghargaan
terhadap warisan sejarah dan kebudayaan tempatan. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka melawat bangunan-bangunan bersejarah
seperti Kubu Margherita. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat membantu
memupuk minat dan kesedaran anak-anak mereka tentang sejarah dan
budaya orang Sarawak.
Akhir sekali, media massa juga memainkan peranan penting dalam
mempromosikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang warisan
sejarah dan kebudayaan. Melalui liputan media tentang Kubu Margherita,
masyarakat dapat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan budaya orang
Sarawak dan kepentingan memelihara warisan sejarah. Selain itu, media juga
dapat membantu mempromosikan pelancongan ke Kubu Margherita, yang
secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi
masyarakat tempatan.
Rumusan
Harapan

Sumber rujukan
1.https://www.heritage.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=86&Ite
mid=529&lang=ms
2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Fort_Margherita
3.https://www.utusanborneo.com.my/2014/09/11/kubu-margherita-sarat-sejarah
4.https://heritage.gov.my/index.php/kubu-margherita-kuching-sarawak
5.https://museum.sarawak.gov.my/page-0-123-94-Kubu-Margherita.html

Anda mungkin juga menyukai