Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan Perindustrian di Jerman

pada abad ke 19 hingga 20

Perkembangan sektor perindustrian di Jerman dapat


dikesan sejak akhir abad ke 19. Hal ini disebabkan,
kemajuan dalam bidang perindustrian didorong oleh
kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman. Terdapat
beberapa perkembangan perindustrian di Jerman.
Perkembangan perindustrian di Jerman ialah dalam
industri perkapalan. Industri perkapalan merupakan
faktor yang mendorong pertumbuhan industri Jerman.
Hal ini kerana, selepas tahun 1880 berlaku peningkatan
dalam pembinaan kapal-kapal wap. Contohnya, industri
pembinaan kapal tertumpu di Hamburg, Bremen, Elby
dan Denzig. Oleh itu, pembinaan kapal-kapal wap dapat
meningkatkan pertumbuhan industri kerana barang-
barang dapat dihantar dengan cepat.
Seterusnya, industri kulit. Pada tahun 1870 hingga
tahun 1914, Jerman telah mengambil alih tempat
England dalam industri kulit. Hal ini telah
menyebabkan perkembangan industri kulit di Jerman
yang mengubah perubahan kehidupan masyarakat
kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem
komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih
sihat dan mementingkan Pendidikan.
Selain itu, industri tekstil. Pada tahun 1830
pembangunan industri tekstil berlaku di Jerman. Hal ini
disebabkan, terdapat mesin-mesin yang dapat
meningkatkan industri tersebut. Contohnya, bandar
Berlin. Oleh itu, peningkatan dalam industri tekstil
semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, perkembangan dalam industri
perlombongan. Perkembangan ini telah meliputi arang
batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia di barat
Jerman. Hal ini telah meningkatkan pengeluaran arang
batu bertambah dua kali ganda antara tahun 1860
hingga tahun 1870. Contohnya, pengeluaran bijih besi
meningkat daripada 1.5 juta tan pada tahun 1871
kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900. Oleh itu, industri
perlombongan telah mendorong kemajuan dalam
industri di Jerman.
Selain itu, industri teknlogi. Industri ini merupakan
perindustrian yang besar bermula sekitar tahun 1850.
Hal ini telah mendorong Sir Henry Bessemer untuk
mencipta alatan baharu yang boleh menukar besi tanpa
menjadi keluli dalam kuantiti yang besar. Contohnya,
Relau.
Kesimpulannya, perkembangan ini telah
meningkatkan lagi industri di Jerman selepas revolusi
perindustrian pertama pada abad ke 18.

Anda mungkin juga menyukai