Anda di halaman 1dari 10

Bagaimana Kalau Usman Awang JENIS NADA Nada Sinis Sajak ini bernada sinis kerana ia menggambarkan perasaan

asaan tidak puas hati Usman Awang terhadap kerajaan pada waktu itu. Ada unsur kecindan Satira Sindiran terhadap kerajaan yang memerintah negara pada tahun 1979/1984.

BENTUK SAJAK Bebas

MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 Penulis menyindir pemimpin-pemimpin yang dalam menggalakkan rakyat Malaysia utuk membeli barangan buatan tempatan, mereka sendiri tidak menggunakan barang buatan Malaysia sebaliknya menggunakan kereta mewah buatan luar Negara.

Rangkap 2 Penulis menyindir pekerja-pekerja kerajaan yang tidak adil dalam melaksanakan tugas. Apabila ada masalah di kawasan pemimpin, pekerja-pekerja ini akan bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi sebaliknya berlaku apabila berlaku masalah di kawasan rakyat biasa.

Rangkap 3 Kerajaan melakukan pembaziran dan menyalahgunakan sumber negara untuk kepentingan sendiri sehingga rakyat menderita apabila kehabisan sumber.

Rangkap 4 Kerajaan tidak bersikap telus dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan mengambil rasuah daripada peniaga-peniaga besar sehingga rakyat menerima kesannya. Begitu juga pekerja-pekerja LHDN yang tidak telus menyimpan rekod-rekod cukai pendapatan sehingga masalah-masalah rasuah yang diambil tauke-tauke besar ada yang tidak direkodkan dengan sempurna.

Rangkap 5 Penulis menyindir Perdana Menteri pada waktu itu yang mempunyai matlamat yang besar tetapi jika beliau sendiri yang melakukan kesilapan-kesilapan kecil sehingga tersasar dari matlamat, siapa yang perlu dipersalahkan?

Rangkap 6 Kerajaan harus memastikan rakyat dapat menggunakan kemudahan awam dengan sempurna dan bukan sekadar untuk memenuhi syarat asal ada kerana ingin meraih undi ketika pilihan raya. Akhirnya, kemudahan yang sedikit itu dimanfaatkan oleh pembangkang untuk menarik pengundi.

Tema Kritikan kepada pemimpin

Persoalan Rangkap 1 Sikap kerajaan yang melaksanakan sesuatu dasar tetapi pegawai-pegawai mereka yang kaya sendiri tidak mengikut dasar tersebut.

Rangkap 2 Sikap pekerja kerajaan yang tidak bersikap adil dalam melaksanakan tugas.

Rangkap 3 Kerajaan yang sering menyalahgunakan sumber negara untuk kepentingan sendiri

Rangkap 4 Rasuah dan sikap tidak telus kerajaan dan pekerja LHDN dalam menjalankan amanah rakyat.

Rangkap 5 Pemimpin yang mengambil mudah dan tidak peka akan matlamat yang ingin dicapai.

Rangkap 6 Sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya dan melaksanakan janji kepada rakyat secara sambil lewa

SIKAP PENGARANG MESEJ Usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia harus dilakukan dengan cara yang betul dan bukan dengan cara paksaan dan perlu menyeluruh, bukan sekadar kepada rakyat biasa. Pembangunan yang terancang sangat penting agar rakyat tidak mendapat kesan buruk daripada pembangunan yang tidak terancang Kerajaan tidak sepatutnya bersikap mementingkan pihak mereka dan perlu sentiasa berjimat cermat dalam menggunakan sumber negara. Kerajaan dan pekerjanya harus bersikap jujur, amanah dan telus dalam melaksanakan amanah rakyat. Setiap tindakan pemimpin haruslah dilaksanakan dengan berhati-hati agar tiada kesilapan yang berlaku yang boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk pembangunan negara. Kemudahan awam harus disediakan secara mencukupi kepada rakyat agar rakyat tidak menghadapi masalah. Tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan dan pekerja LHDN yang banyak mengamalkan rasuah dan perkara-perkara yang tidak telus dalam pemerintahan. Menyindir pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan pembangunan negara. Menyindir sikap kerajaan terhadap dasar-dasar yang telah digubal. Menyindir sikap pekerja-pekerja kerajaan yang tidak adil dalam menjalankan tugas.

GAYA BAHASA Unsur Bunyi Aliterasi Tiba-tiba sakit perut memulas-mulas

Asonansi Bagaimana kalau semua jalan raya ibu kota

Skema Rima Rima Berpecah Pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua baris yang sama.

Unsur Bahasa Rangkap 1 Retoris- Apakah semua orang akan membeli motokar buatan Malaysia? Rangkap 2 Hiperbola- Tanpa henti tujuh hari tujuh malam lamanya?

Rangkap 3 Anafora- Semua gas Petronas jadi angin Semua lilin jadi cair Semua bateri hilang kuasanya Rangkap 4 Klimaks- Kecuali fail para tauke besar dan Fail para menteri dan M.P. yang Rangkap 5 Hiperbola- Tugas yang maha berat Rangkap 6 Eufemisme- tempat melepas

DUNIA YANG SENYUM (Surat buat Khruschev dan Eisenhower dalam pertemuan)

BERKENAAN PERANG DINGIN Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.

Ciri-ciri
Mangsa NLF semasa perang Vietnam. Selepas imbangan kuasa di Eropah berdiri teguh, peperangan proksi di Dunia Ketiga menjadi medan pertandingan kuasa besar. Sebahagian Tembok Berlin, suatu simbol perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin. Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara AS dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang Korea; Krisis Peluru Berpandu Cuba; Perang Vietnam; Perang Afghan; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong kekiri di Iran (1953), Guatemala (1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkatah senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan ,membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar. Pada dekad 1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan kepada pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi semakin rumit dimana dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang nyata. Akibatnya, negara-negara yang kurang berkuasa mampu menjadi lebih berdikari, dan kuasa besar ini adalah sebahagiannya berupaya untuk mengenalpasti minat mereka dalam percubaan untuk mengawal percambahan senjata nuklear (lihat SALT I & II

dan Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik). Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980-an. Keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, bermakna Rusia telah hilang status kuasa besarnya yang dicapai selepas Perang Dunia II. Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global adalah lebih kepada strategi teknologi (lihat juga teori pencegahan). Ia turut melibatkan konflik secara kovert melalui beberapa aktiviti perisikan. Selain daripada pembunuhan ejen-ejen perisikan, perang ini amat tertumpu dengan kebimbangan tentang senjata nuklear. Persoalannya adalah jika salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-besaran dan sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak antara AS dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinan perang nuklear sejagat tidak pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang wilayah yang lebih kecil, dan ini telah meningkatkan tahap kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku. Ketegangan ini membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat yang sama dengan pertempuran benar. Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin. Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang paling jelas ialah Tembok Berlin. Tembok ini telah memisahkan Berlin Barat (sebahagian bandaraya yang dikawal Jerman Barat dan sekutunya) dari Berlin Timur dan wilayah Jerman Timur, yang mengeliliginya.

Perlumbaan senjata
Peluru berpandu LG-118A Peacekeeper merupakan salah satu ICBM yang digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang DIngin. Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintifik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk ketenteraan.) Bidang-bidang lain dalam perlumbaan senjata termasuk:

artileri biasa grenad terdorong roket serta senjata anti kereta kebal yang lain jet pejuang kapal selam dan peperangan anti-kapal selam

kenderaan berperisai meriam anti pesawat Peluru berpandu balistik antara benua (serta juga IRBM) Peluru berpandu balistik pelancaran kapal selam Pesawat pengebom Peluru berpandu permukaan ke permukaan (termasuk SRBM dan peluru berpandu krus) penjualan senjata kepada negara-negara dunia ketiga untuk melihat sistem senjata kuasa besar yang mana adalah lebih berkesan perisikan elektronik perisikan isyarat pesawat pengintip satelit pengintip senapang senjata biologi senjata kimia senjata nuklear teknologi Peluru berpandu anti balistik

Semua bidang ini memerlukan pelaburan teknologi dan pengilangan yang tinggi. Dalam banyak bidang, orang Barat telah mencipta senjata-senjata dengan keberkesanan yang unggul, terutamanya kerana pencapaian mereka dalam bidang komputer digital serta keberatan mereka untuk mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan. Sebaliknya, blok Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih besar dalam setiap bidang, dan membina lebih banyak jenis senjata pada jumlah yang lebih besar. Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong khususnya oleh penggunaan ICBM nuklear, ialah konsep pencegahan melalui kebinasaan pasti bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok Barat tidak akan menyerang blok Timur dan sebaliknya disebabkan oleh kedua-dua pihak memiliki cukup banyak senjata nuklear untuk menghapuskan sama sekali satu sama lain dan mengakibatkan seluruh bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu sama lain merupakan suatu perbuatan pembunuhan diri yang kedua-dua pihak tidak ingin mencuba. Selepas perpecahan Kesatuan Soviet, banyak teknologi yang amat tinggi kini boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail anti pesawat, senjata kecil, serta juga senjata nuklear, biologi, dan bahan kimia dikatakan telah bertukar tangan. Dalam sesetengah kes, negara-negara bekas blok Soviet merampas harta-harta seperti kapal tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhanpelabuhan yang kini dimiliki oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan tersebut tidak berupaya mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu, dengan sebilangannya dilelong. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin

MAKSUD SAJAK Rangkap 1 : Tidak kira siapa pun setiap individu itu, sama ada berlainan asal usul, bangsa, darjat, keturunan dan ideologi, namun, setiap kesengsaraan ataupun kemusnahan dapat dirasai oleh semua pihak sama ada yang terlibat ataupun tidak.Hal ini kerana, dunia itu adalah kepunyaan bersama, seandainya berlaku sebarang malapetaka, setiap isi dunia juga dapat merasai(mendapat tempiasnya) dan meratapinya bersama.

Rangkap 2 : Namun, ada sesetengah pihak yang bersikap mementingkan diri sendiri dek kekuasaan yang kuat berada di tangan mereka. Amerika dan Rusia yang memegang kuasa veto telah menggunakannya dengan cara yang tidak sepatutnya (berkenaan perang dingin).

Rangkap 3 : Sepanjang perang dingin, berlaku juga perang-perang lain seperti perang dunia kedua, perang Vietnam dan perang korea. Letupan atom berada di mana-mana, kematian itu menjadi satu kebiasaan. Bukan itu sahaja, ketika perang dingin, terdapat juga perlumbaan senjata yang berlaku ketika perang dingin. Terdapat banyak kilang-kilang yang dibina untuk menghasilkan senjata. Hal ini adalah sangat merungsingkan dan bukanlah satu perkara yang baik, kerana ketika perang dingin, seluruh dunia risau seadainya perang itu disusulkan dengan perang nuklear pula antara Amerika dan Rusia. Ketika era ini, suasana adalah sangat tegang, negara-negara yang lemah sering menjadi mangsa, bahkan tempat berlindung adalah sangat susah untuk icari kerana kekacauan yang berlaku di mana-mana.

Rangkap 4 : Pengarang berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat mendengar suara masyarakat dunia yang berharap agar segala kekacauan itu dapat dihentikan ataupun sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Hal ini kerana, terlalu ramai individu dan pihak yang berharap agar perang dingin ini dapat dihentikan.

Rangakapm 5 : Pengarang berharap agar keamanan dapat dicapai dan tiada lagi sebarang peperangan dan kekacauan yang berlaku. Pengarang juga berharap agar negara dapat dipimpin oleh pewaris negara dengan cemerlang dan membawa kearah keamanan sejagat.

Tema : Keamanan sejagat yang perlu dicapai agar sebarang kekacauan dan kehancuran tidak berlaku lagi.

Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Peperangan yang membawa kehancuran (S3) Penyalahgunaan kuasa(S2) Mementingkan kekuasaan(S2) Keinginan untuk mencapai keamanan(S4 & S5) Peranan kuasa besar dalam mentadbir dunia(S2) Kematian kesan dari peperangan(S3)

Sikap pengarang

1. Tidak berpuas hati akan tindakan para pemimpin yang terlalu gilakan kuasa. 2. Cuba untuk menyedarkan mereka yang tidak menyedari bahawa peperangan itu bukanlah satu solusi untuk sesuatu perkara. 3. Sedih akan situasi perang yang membawa kesedihan 4. Mengajak semua orang agar mencari keamanan. 5. Menyedarkan semua orang bahawa suara-suara yang mengejar keamanan itu wujud.

Amanat pengarang

1. Hentikanlah kesengsaraan dan segala kehancuran yang berlaku disebabkan peperangan dan perebutan kuasa. 2. Mencari keamanan demi kebahagian manusia sejagat. 3. Berharap agar pewaris bangsa dapat menerajui pemerintahan dengan mengekalkan keamanan yang ada.

Jenis Satira

Bentuk : Bebas [3,3,3,2,6]

Nada : Sinis

Skema rima Bebas

Gaya Bahasa : 1. Personafikasi a. Dunia yang senyum (S5,B6) b. Di antara kita dan dunia yang mesti hidup (S2,B1) 2. Perlambangan a. warna = melambangkan ideology yang berlainan (S1,B1) 3. Hiperbola a. Suara cinta damai bersayap membubung = menunjukkan terlalu ramai indiviu yang yang berharap agar kedamaian dapat dicapai.ramainya itu disamakan dengan sayap yang menutupi langit. (S4,B2)

Anda mungkin juga menyukai