Anda di halaman 1dari 3

Halaju Lepasan

Halaju lepasan ialah halaju awal yang diperlukan sesuatu objek untuk dilepaskn
melawan daya graviti.Sebagai contoh,untuk melepaskan roket ke angkasa halaju Klepasan
awal yang diperlukan oleh roket untuk berlepas perlu lebih besar dari daya tarikan graviti
bumi.Jika roket di lepaskan dari satu ketinggian seperti kawasan yang tinggi jauh dari
permukaan bumi,maka halaju lepasan yang diperlukan roket lebih rendah dari halaju lepasan
yang diperlukan jika roket tersebut dilepaskan di atas permukaan bumi.Hal ini disebabkan
halaju lepasan dipengaruhi oleh jisim objek cakerawala dan juga jarak dari pusat jisim kepada
objek yang dilepaskan.Lebih jauh jarak dari pusat jisim kepada objek yang dilepaskan lebih

rendah halaju lepasan yang diperlukan oleh objek lepasan. Menurut Reverend John
Mitchell:satu objek yang mempunyai 500 kali radius matahari akan mempunyai halaju
lepasan yang lebih tinggi dari kelajuan cahaya.dan semua cahaya yang di keluarkan oleh
objek tersebut akan kembali semula kepada objek itu.Inilah yang di maksudkan dengan
lohong hitam.

LOHONG HITAM
Apabila satu bintang yang masif mati, ia akan mengecil dengan mengekalkan jisim
dan graviti yang ada padanya dan pabila objek mngecil,ketumpatan dan kekuatan permukaan
graviti meningkat menyebabkan akan sampai pada satu masa radiusnya mencapai 0 radiu
iaitu singularity,dimana tarikan grsviti yang ada padanya mencapai tahap infiniti sehingga
tiada apa pun termasuk cahaya yang dapat melepasi tarikan gravitinya.

Merujuk kepada teori kerelatif am Albert Einstein daya graviti digambarkan sebagai
lengkungan masa dan ruang yang dihasilkan oleh jisim-tenaga bagi ruang-masa.Penyelesaian
Schwarzschild menunjukkan apabila objek dipadatkan menjadi sangat kecil maka ruang masa
akan melengkung balik ke arahnya. Menurut teori ini,tiada jisim atau maklumat boleh
mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar. Kehilangan cahaya
ini berlaku bila cahaya menghampiri lohong hitam sehingga mencapai satu jarak tertentu
yang dinamakan Jejari Schwartzchild. Jarak ini bergantung kepada jisim bintang tersebut.
Jejari ini menentukan kedudukan permukaan lohong hitam sebab, cahaya atau objek yang
menghampiri lohong hitam dan melintasi sempadan jejari tersebut tidak akan dapat lepas dari
tarikannya. Ini mengakibatkan komunikasi dengan alam semesta kita tidak dapat berlaku.
Bagi bintang ini pula, di sebelah dalam sempadan Jejari Swartzchild, material dan strukturnya
akan terus runtuh sehingga mencapai tahap ketumpatan infiniti, satu singulariti, di mana
ruang dan masa bercampur aduk.1

Pencarian Lohong Hitam


Lohong hitam merupakan objek selestial yang paling pelik yang telah didedahkan
oleh fizik.Oleh itu,ahli astronomi mencari sistem bintang binari yang mempunyai jisim yamg
mengalir kepada objek padat dan memancarkan sinar-x.Menurut ahli astronomi jika jisim
objek padat melebihi 3 solar masses,berkemungkinan objek itu adalah lohong hitam.Hal ini
kerana yang akan memancarkan sinar-x adalah bintang neutron.Namun demikian bintang
neutron memiliki solar masses yang kecil,tidak melebihi 3 solar masses.Maka astronomi
membuat kesimpulan tiada objek selestial lain yang memiliki solar masses yang sangat besar
memancarkan sinar x melinkan lohong hitam. Selain itu,teleskop x-rays telah menjumpai
banyak sinar x yang dipancarkan oleh objek dan mengklasifikasikannya sebagai lohong
hitam. .Setiap objek ini dikelilingi oleh accretion disks yang panas dalam x-ray binari
sistem.Kemudian terbukti bahawa yang tercalon tersebut adalah lohong hitam kerana jelas
bahawa objek itu terlalu berjisim untuk bintang neutron maka semestinya itu adalah lohong
hitam.

OBJEK PADAT DENGAN CAKERA DAN PANCUTAN

Pemerhatian ahli astronomi menunjukkan objek padat memancarkan pancutan gad an radiasi
pada arah yang bertentangan.Sebagai contoh,Ss433 adalah sistem binari dimana objek padat
berkemungkinan black hole menarik “bahan” dari bintang pasangannya dan menghasilkan
accretion disk yang sangat panas.Pancutan gas yang bersuhu tinggi akan dipancarkan keluar
dari cakera dalam bentuk beam dituju ke arah yang bertentangan.Salah satu beam akan
menghasilkan redshift manakala yang satu lagi menghasilkan blueshift.

LETUSAN SINAR GAMMAY

Bintang yang berjisim lebih tinggi dari 20 solar masses akan kehabisan ‘nuclear fuel’ dan
akan jatuh ke dalam lohong hitam.Bintang yang jatuh tadi akan berputar dengan laju dan
memperlahankan bahagian equatorial bintang terebut.Bahagian polar bintang akan jatuh ke
dalam, ‘beams of gas’ dan radiasi akan memancarkan gas di sekitarnya dan menghasilkan
‘beams of gamma rays’.Gamma rays meletus dan hilang dalam beberapa saat dan
meninggalkan accretion disks sekitar black hole

1
http://www.astronomes.com/malay/hujung-hayat-bintang-masif/lohong-hitam/

Anda mungkin juga menyukai