Anda di halaman 1dari 1

Hidup Muafakat

Hujan turun mencurah-curah. Air sungai mula melimpahi tebing. Penghuni rimba
semakin cemas. Mereka resah gelisah seperti cacing kepanasan. Jika banjir besar
berlaku, nyawa mereka pasti akan terancam.
Setelah berbincang, mereka mengambil kata putus untuk berpindah ke
tempat yang lebih selamat. Mereka tidak mahu berlengah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Malang tidak berbau. Sang Pelanduk telah terperangkap. Kawasan di
sekelilingnya ditenggelami air. “Tolong! Tolong!” jerit Sang Pelanduk.
Sang Pelanduk menjerit meminta tolong. Jeritan Sang Pelanduk yang sayup-
sayup itu didengar oleh Sang Memerang.
“Wahai sahabatku, marilah kita bermuafakat membantu Sang Pelanduk!” kata
Sang Memerang kepada Sang Gajah.
Sang Gajah, Sang Memerang dan Sang Kura-kura telah mencari akal untuk
menyelamatkan Sang Pelanduk. Mereka telah mencapai kata sepakat lalu
bekerjasama bagai aur dengan tebing menyelamatkan Sang Pelanduk.
Sang Gajah telah menghulurkan beberapa batang kayu ke dalam sungai.
Kayu-kayu itu mula dihanyut ke arah Sang Pelanduk.
‘Tolon! Tolong! ,’ jerit Sang Memerang. Sang Kura-kura kedengaran jeritan itu
lalu menghampiri Sang Memerang.
Sang Memerang, Sang Ikan dan Sang Kura-kura bekerjasama
mengumpulkan kayu-kayu itu lalu membuat rakit. Mereka pun mengerakkan rakit itu
ke arah Sang Pelanduk.
Akhirnya, Sang Pelanduk berjaya menaiki rakit itu dengan selamatnya.
“Terima kasih kerana menyelamatkan aku” kata Sang Pelanduk kepada semua
haiwan yang menyelamatkannya.

Anda mungkin juga menyukai