Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : BERSYUKUR MEMUPUK AKHLAK MAHMUDAH

Bismillahirahmanirahim,Assalamualaikum warohmatullahiwabarakatuh.Yang Dimuliakan Pengacara


Majlis,Barisan Panel Hakim yang Arif lagi Bijaksana,Penjaga Masa dan Warga Dewan yang dirahmati
Allah…

Berdiri saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk `BERSYUKUR
MEMUPUK AKHLAK MAHMUDAH’.Terlebih dahulu,izinkan saya mendefinasikan satu persatu tajuk
syarahan saya pada pagi ini.

Perkataan `bersyukur’ adalah perasaan terima kasih setelah mendapat sesuatu yang berfaedah atau
sikap menghargai nikmat yang telah dikurniakan.Manakala frasa “akhlak mahmudah” pula
bermaksud akhlak atau sikap yang terpuji.

Islam membuktikan kepada kita bahawa bersyukur merupakan akhlak yang paling terpuji oleh Allah
dan semua makhluk yang lain.

Hadirin dan Hadirat sekalian,Hujah saya yang pertama adalah:

1)MENGINGATI ALLAH MENJAUHKAN PERASAAN GELISAH

Orang yang sentiasa mengingati Allah,Allah akan sentiasa mengingatinya.Jiwanya akan


tenang,hatinya tenteram,jauh daripada perasaan gelisah.Hasilnya,lahirlah budaya pekerti dan tutur
kata yang mulia.Semua orang akan merasa senang dan bahagia apabila bersamanya.Walaupun
kehidupannya serba kekurangan.

Firman Allah yang bermaksud:`Orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan
zikrullah,ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu,tenang tenteramlah hati mereka’

(Surah Ar-Ra’d,ayat ke 28)

Sidang dewan yang dihormati sekalian,hujah saya yang kedua,

2)ALLAH BERTEGAS SUPAYA JANGAN LUPA TERHADAPNYA

Banyak rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.Wajarkah manusia lupa terhadap Allah?Tidak
pernah mengingati,bersyukur,memuji dan beribadah serta menyebut nama Allah?

Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadapnya dalam firman yang
bermaksud:`Wahai orang beriman,ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan
sebanyak-banyaknya untuk bersyukur kepadanya’.

(Surah Al-Ahzab,ayat ke 41)

Seterusnya,Hujah saya yang ketiga,

3)ANUGERAH DIKURNIAKAN UNTUK MENILAI KEIKHLASAN INSAN

Allah menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk meniai sejauh mana
keikhlasan dan kesedaran insan berkenaan.Jika Hamba Allah itu sedar akan tanggungjawabnya
sebagai manusia,dia akan sentiasa sedar kelemahan dirinya dan berubah untuk menjadi insan yang
terbaik.Tetapi jika berlaku sebaliknya,maka Allah akan murka.
Allah berfirman yang bermaksud:`Hai orang yang beriman,makanlah antara rezeki baik-baik yang
Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,jika benar kamu hanya menyembah
kepadanya.’

(Surah Al-Baqarah,ayat ke 172)

Warga dewan sekalian,hujah saya yang keempat,/Akhir kalam,hujah saya yang terakhir,

4)KESUSAHAN MANUSIA YANG KERAS HATI UNTUK INSAF

Manusia yang keras hati dan lalai terhadap Allah,syaitan dengan senang dapat mempermainkan
mereka hinnga perbuatan keji dianggap baik.Sebaliknya,perbuatan baik dianggap keji dan
ditentang.Jika diberi nasihat,ia akan dibantah dan dipersendakan.Ingatlah,segala kerosakan dan
kejahatan yang bermaharajalela di muka bumi ini,dilakukan oleh manusia cerdik pandai,tetapi
kosong hatinya dari mengingati Allah.

Firman Allah yang bermaksud:`Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan
nada rendah diri(dengan insaf)ketika mereka ditimpa azab kami?Tetapi yang sebenarnya,hati
mereka keras dan syaitan pula memperelokkan pada mereka apa yang mereka telah lakukan’. (Surah
Al-An’am,ayat ke 43)

Akhir kalam,hujah saya yang terakhir,

5)SUJUD SYUKUR AMALAN SUNAH

Sujud syukur adalah sunah yang ditinggalkan kepada kita untuk menunjukkan terima kasih atas
nikmat yang Allah limpahkan atau menghindar seseorang daripada bahaya dan malapetaka.

Firman Allah yang bermaksud:`Sesiapa yang bersyukur,sesungguhnya faedah itu hanya kepada
dirinya sendiri,Sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka tidaklah menjadi hal Allah kerana
sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji’. (Surah Luqman ayat ke 12)

Tuntasnya,bersyukur merupakan akhlak atau sikap yang paling terpuji dan bernilai tinggi yang harus
dipupuk oleh setiap orang Muslim.

Dengan ini,saya akhirki syarahan saya dengan ungkapan,`Bersyukur Memupuk Akhlak Mahmudah’
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai