Anda di halaman 1dari 2

Contoh LDK 1

Tajuk : Salji di padang pasir

Objektif: 1. Supaya peserta sedar bahawa persepsi terhadap seseorang itu timbul kerana

dikawal oleh apa yang hendak dilihat.

2. Supaya peserta sedar bahawa prasangka, syak, dan lain-lain boleh menyekat
perhubungan.

3. Supaya peserta sedar bahawa penerimaan tanpa syarat boleh membuatkan


seseorang berasa selesa dan rela berkongsi perasaan.

Alat : 3 keping gambar:

- gambar orang tua – orang muda (lampiran A)

- gambar muka kembar – pasu bunga (lampiran B)

- gambar garis-garis muka – kaki lilin (lampiran C)

Langkah :

1. Edarkan lampiran A, minta peserta teliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar
itu di dinding.

2. Edarkan lampiran B dan C. Pastikan tiap-tiap peserta dapat peluang meneliti gambar-
gambar itu.

3. Bincangkan mengapa ada peserta nampak jelas satu aspek saja daripada gambar-
gambar itu, misalnya di dalam gambar lampiran A ada yang nampak rupa orang muda dan
ada yang nampak rupa orang tua sahaja. Terangkan bahawa apabila seseorang memandang
sesuatu, otaknyaakan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang
jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan
memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian
awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak.

4. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan
terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong.

5. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan


Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Tajuk : Menghantar Mesej

Objektif:

1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan


perkataan yang sesuai dengan gerak-geri.

2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan komunikasi yang boleh


menimbulkan masalah perhubungan manusia.
3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala.

Alat : Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen

Langkah :

1. Peserta duduk dalam bulatan.

2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik
kepada peserta pertama.

3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini
dilakukan sehingga peserta terakhir.

4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang
diberi.

5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat.

6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.

Bincangkan :

Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan
bahaya mendengar khabar angin, cerita umpat-mengumpat, mengata orang, membawa
mulut, dan lain-lain. Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang,
kerana ia akan membuat kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat
orang tidak percaya dan berasa takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat
berfikiran terbuka dan tidak mudah menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih
rapat.

Falsafah :

1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang, mesej
yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih
dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis.

Anda mungkin juga menyukai