Anda di halaman 1dari 6

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN

JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,


40900 SHAH ALAM,
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

NAMA PROGRAM /
KEMAHIRAN SOSIAL DAN NILAI SOSIAL
PROGRAM NAME

TAHAP / LEVEL 1 HINGGA 5


TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
COMPETENCY UNIT
TITLE

1. KEPENTINGAN KOMUNIKASI

2. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

NO. DAN PENYATAAN 3. HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI


AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. 4. KAEDAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
AND STATEMENT
5. INTEGRASI NILAI-NILAI SOSIAL DAN KEMAHIRAN
KOMUNIKASI

JAM LATIHAN/TRAINING
4 JAM Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 6
HOUR

TAJUK / TITLE:

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada keperlaun perantis untuk
memahami komunikasi lisan supaya maklumat yang ingin disampaikan lebih jelas, tepat
dan mengikut kaedah yang sesuai. Perantis yang berketerampilan dalam modul ini akan
dapat berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa dan format yang sesuai
dan menjadi amalan serta budaya komunikasi dalam organisasi.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 6

PENERANGAN / INFORMATION :

1. DEFINISI

Kemahiran komunikasi adalah kebolehan untuk mendengar dan menyampaikan


secara lisan dan bukan lisan serta dalam penulisan.

2. KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Apa sahaja yang anda lakukan pada setiap detik, sama ada disengajakan atau
tidak, adalah sesuatu bentuk komunikasi. Keupayaan indidvidu menguasai tahap
berkomunikasi akan memberi faedah yang maksimum terhadap tahap hubungan
kemanusian dan ketuhanan. Kepentingan berkomunikasi dapat dijelaskan seperti
berikut:

a. Mengeratkan perhubungan

Keupayaan berkomunikasi secara berkesan samada secara lisan atau tanpa


lisan akan dapat mengambarkan tahap hubungan antara individu.

b. Menyampaikan Maklumat, Arahan dan Pesanan

Maklumat, arahan dan pesanan yang tepat hanya akan dapat disampaikan jika
amalan komunikasi berkesan dilaksanakan dalam organisasi, institusi keluarga
dan sebarang pertubuhan yang menggunakan medium komunikasi.

c. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran keupayaan pelajar mendapatkan


semaksimum illmu bergantung kepada tahap keupayaan pensyarah dan pelajar
menguasai komunikasi berkesan. Pensyarah harus meningkat penguasaan
dalam menyampaikan ilmu manakalapelajar harus meningkatkan keupayaan
menerima ilmu yang maksimum.

d. Menentukan Kekuatan Jati Diri

Ramai negarawan yang mempunyai tahap komunikasi lisan dan tanpa lisan
yang berkesanberjaya menjadi negarawan ulung, seperti sukarno yang dapat
menguasai lima bahasa dan Mahatma Gandhi di India serta ramai lagi. Mereka
bukan sahaja mengusai lebih dari satu bahasa tetapi seorang pemidato
yanghebat.

e. Luahan Perasaan dan Persepsi


NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 6

Perasaan manusia boleh digambarkan melalui luahan kata-kata atau gerak


badan, penulisan, lukisan atau lakonan. Seorang kanak-kanak yang merengek
bertujuan menarik perhatian ibunya untuk menghilang rasa dahaga, perasaan
kasih sayang juga wujud diantara ibu bapa dan anak-anak, diantara adik
beradik dan diantara pemimpin dan pengikut.Kasih sayang merupakan
komunikasi tersemat di hati,yang merupakan anugerah Ilahi.

3. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

Berkaitan dengan teori komunikasi sebagaimana dikemukakan Gunawan Jiwanto


dalam buku Komunikasi dalam Organisasi tahun 1987 terbitan Andi Offset
Yogyakarta halaman 17, terdapat 5 bentuk komunikasi iaitu;

a. Komunikasi lisan dan tertulis.


b. Komunikasi verbal dan non verbal.
c. Komunikasi ke bawah, ke atas dan ke samping.
d. Komunikasi Formal dan Informal.
e. Komunikasi satu arah dan dua arah.

4. HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

a. Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangankomunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras
bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan,
kelancaran perkataan yang digunakandan nada suara. Kadang kala
penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang
susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang
ingindisampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa
erti yang berbeza antaraindividu dengan individu yang lain.

b. Halangan Sikap Penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi


amaran danmenghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka
akan menjadi pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi
halangan yang besar keranakomunikasi akan didorong dengan emosi dan
pemikiran yang negative. Penampilanorang yang ingin menyampaikan sesuatu
juga dilihat sangat penting dalam memberikeyakinan penerima untuk
mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap
menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan
kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 6

c. Halangan Sikap Penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej
yanghendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat
yang ingindisampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu
membosankan dan mulamemberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah
penerima tidak dapat menerimamaklumat baru kerana menganggapnya tidak
perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan
lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat
pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan
menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat
yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan
menghalang individu untuk terus mendengar menerima mesej.

d. Halangan Alam Sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turutmempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini
manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga
yang ingin disampaikan.Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya
dalam keadaan persekitaran yangtegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga
mengundang kepada gangguan yang jelasdalam komunikasi misalnya
sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi seringterjejas kerana medium
yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencanaalam.
Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran
yangmenyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

5. KAEDAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI

a. Faham
b. Jadi pendengar yang baik
c. Teliti maklumat
d. Galakkan orang lain memberi pendapat
e. Hargai pendapat dan maklumat orang lain
f. Bersemuka
g. Bahasa yang sesuai
h. Beri maklumbalas
i. Cari masa yang sesuai
j. Gunakan ‘subconscious mind’ anda
k. Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap
l. Beri tumpuan kepada penyampai
m. Tunjukkan anda minat mendengar
n. Bersabar
o. Kawal perasaan
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 6

p. Bertanya dengan jelas dan tepat


q. Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan
pergerakananggota badan, memek muka dan gerak mata.
r. Jujur kepada diri sendiri- Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan
s. Sentiasa kemas
t. Wujud suasana mesra
u. Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti
v. Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas
w. Mengawal mimik muka dan pergerakan diri
x. Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama
y. Cuba fahami masalah orang lain dan sentiasa insaf serta berfikiran terbuka
z. Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang

6. INTEGRASI NILAI-NILAI SOSIAL DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

a. Kerjasama
b. Budi bahasa
c. Rasional
d. Rasa Hormat

7. SENARIO – KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Anda telah diminta oleh ahli kumpulan untuk mempersembahkan topik yang telah
ditentukan oleh pengajar. Masa untuk membuat persembahan hanya 10 minit dan
anda mempunyai tiga hari untuk menyediakan persembahan. Selepas beberapa
perbincangan, anda tidak mempinyai pilihan dan terpaksa membuat persembahan
kerana kawan anda telah melakukannya sebelum ini.
Apakah yang anda harus buat?

a. Selepas mendengar pengalaman kawan anda, anda beranikan diri dan


teruskan dengan membuat persembahan.
b. Pujuk ahli kumpulan untuk melaksanakannya dengan bayaran.
c. Saya hanya akan membaca teks (dan buat membuat persembahan).
d. Saya bertekad untuk melakukan dengan baik dan berlatih bersungguh-
sungguh termasuk menggunakan ekspresi non-verbal.
e. Keluar daripada kumpulan dan masuk kumpulan lain yang buat akan
membuat persembahan mereka kemudian.

SOALAN / QUESTIONS:
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 6

1. Nyatakan tiga (3) kepentingan komunikasi


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

2. Berikan empat (4) integrasi nilai-nilai sosial dan kemahiran komunikasi


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan halangan sikap penerima?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kepentingan Komunikasi
https://www.scribd.com/document/209521524/KEPENTINGAN-KOMUNIKASI,
1 Ogos 2017, 3.21 pm

2. Kepentingan Komunikasi Terhadap Masyarakat


https://www.scribd.com/doc/243156980/KEPENTINGAN-KOMUNIKASI-TERHADAP-
MASYARAKAT-docx,
1 Ogos 2017, 3.21 pm

Anda mungkin juga menyukai