Anda di halaman 1dari 6

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi


a. Proses yang melibatkan dengan seseorang berkaitan dengan
pemindahan maklumat serta mendengar
b. Proses yang melibatkan dengan sekumpulan berkaitan dengan
pemindahan maklumat, berkongsi cerita serta mesej
c. Proses yang melibatkan dengan seseorang seperti
perkongsian, pemindahan idea serta menyampaikan maklumat
dan mesej
d. Proses yang melibatkan dengan seseorang seperti
penyampaian data dan mesej, mendengar, bertutur serta
memberikan ekspresi wajah

2. Komunikasi berkesan terbahagi kepada 2 iaitu :


a. Pertuturan dan penerangan
b. Pertuturan dan penulisan
c. Pendengaran dan pertuturan
d. Pendengaran dan penulisan

3. Komunikasi berkesan secara penulisan mempunyai tiga ciri, 2


daripada ciri-ciri tersebut adalah
I. Bahasa yang mudah difahami
II. Ringkas tapi padat
III. Penulisan yang gramatis
IV. Penulisan perkataan yang positif
a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. I dan IV

4. “Fokus pada lawan bicara”


Cara di atas adalah salah satu cara dalam membentuk suatu
komunikasi. Apakah bentuk komunikasi tersebut?
a. Komunikasi secara berhemah
b. Komunikasi secara positif
c. Komunikasi berkesan
d. Komunikasi mendengar

5. “ Perkara asas dalam sebuah komunikasi yang menggambarkan


aturan sosial dalam sebuah masyarakat serta menjadi prasyarat
bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi”

Ayat di atas menunjukkan salah satu ciri-ciri komunikasi secara


positif. Apakah ciri tersebut?

a. Penggunaan bahasa yang sopan


b. Kehalusan berbahasa
c. Kesantunan bahasa
d. Bersifat empati

6. Kehalusan berbahasa digunakan untuk menghormati dan menjaga


perasaan orang lain. Yang manakah contoh-contoh perkataan
yang digunakan dalam bahasa halus
I. Meninggal dunia
II. Anak haram
III. Mayat
IV. Pembantu rumah
a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. I dan IV

7. Antara berikut yang manakah bukan cara-cara komunikasi


berhemah
a. Memfokuskan topik perbicaraan
b. Tidak menyampuk
c. Fokus pada lawan bicara
d. Mengeluarkan kata-kata kesat secara berpada-pada

8. Memberi kontak mata yang baik adalah salah satu langkah


menjadi pendengar yang baik. Apakah tujuan perlakuan tersebut
perlu dilakukan?
a. Memberi tumpuan sepenuhnya untuk memahami perkara yang
dibicarakan
b. Mentafsir apa yang dikatakan oleh pembicara
c. Melihat warna anak mata pembicara
d. Berlakon fokus terhadap luahan pembicara

9. Antara berikut, yang manakah tujuan yang betul untuk bersangka


baik apabila menjadi seorang pendengar
a. Supaya disukai ramai
b. Mengubah cara permikiran serta dapat memberi respon yang
positif kepada pembicara
c. Untuk menjaga perasaan pembicara
d. Supaya kita dapat menilai pembicara samada dalam bentuk
positif ataupun negatif

10. Antara berikut, yang manakah langkah-langkah menjadi


pendengar yang baik.
I. Melihat dahi pembicara
II. Menegakkan badan ketika mendengar kata-kata pembicara
III. Bersangka baik
IV. Bersifat empati
a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. I dan IV

Soalan Struktur

1. Jelaskan definisi komunikasi


- Proses yang melibatkan dengan seseorang secara
perkongsian,pemindahan idea dan maklumat antara dua
individua tau lebih,dengan maksud untuk berkongsi maklumat
serta menyampaikan suatu mesej. Pemindahan idea ini boleh
berlaku secara lisan atau tulisan.

2. Senaraikan secara ringkas ciri-ciri komunikasi berkesan


- Ciri-ciri komunikasi berkesan terbahagi kepada dua bentuk iaitu
pertuturan dan penulisan. Pertama, pertuturan memerlukan
kesefahaman antara individu dengan individu yang lain serta
membina suatu perhubungan. Selain itu pertuturan menerapkan
sifat keseronokan ketika berkomunikasi dan juga bersifat
terbuka untuk membentuk komunikasi berkesan. Seterusnya
komunikasi berkesan berbentuk penulisan yang memerlukan
bahasa yang mudah faham supaya individu yang terlibat dalam
suatu komunikasi secara penulisan perlu memahami konteks
ayat. Selain itu, menggunakan bahasa yang positif dalam
mengekalkan keteguhan serta persetujuan dalam komunikasi.
Akhir sekali adalah ringkas serta padat untuk memudahkan
pembaca memahami suatu konteks dengan jelas.

3. Salah satu cara komunikasi berhemah adalah dengan


memfokuskan topik perbicaraan. Jelaskan.
- Memfokuskan topik perbicaraan adalah penting bagi
mengekalkan komunikasi secara berhemah. Hal ini kerana kita
perlu memahami perkara yang dibicarakan oleh lawan bicara
serta konteks yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, bicara
lawan menyatakan perkara yang dilakukannya ketika masa
lapang. Kita perlu mengetahui konteks yang disampaikan
berkenaan dengan aktiviti bicara lawan ketika masa lapang.
4. Dalam komunikasi secara positif, menerapkan kesantunan bahasa
adalah salah satu daripada cirinya. Jelaskan .
- Penerapan kesantunan bahasa adalah perkara asas dalam
sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial
dalam sesebuah masyarakat serta menjadi prasyarat bagi
kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Ciri ini mempunyai nilai
hormat kepada seseorang, serta nilai kerendahan hati,
kesetiaan dan berintegriti ketika berkomunikasi.

5. Setiap individu harus menjadi pendengar yang baik dalam


menjadikan suatu komunikasi lebih baik dan berkesan. Pada
pendapat anda, mengapakah sikap ini perlu dititikberatkan oleh ibu
bapa dalam kemahiran keibubapaan.
- Sikap menjadi pendengar yang baik adalah suatu ciri
kemahiran keibubapaan yang perlu diterapkan agar ibu bapa
dapat menjadi sahabat kepada anak mereka. Hal ini
sedemikian untuk ibu bapa memahami masalah yang dihadapi
oleh anak mereka di sekolah mahupun di luar sekolah. Selain
itu, sikap ini membolehkan ibu bapa mengeratkan lagi
hubungan bersama anak mereka terutamanya anak yang
sudah mencapai umur remaja. Anak remaja mempunyai
masalah perlbagai yang berpunca dari sosial di sekolah. Oleh
itu, sikap ini penting bagi ibu bapa untuk mengekalkan
keharmonian di dalam rumah tangga.

Anda mungkin juga menyukai