Anda di halaman 1dari 2

Tajuk

: Menghantar Mesej

Objektif

:
1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan
perkataan yang sesuai dengan gerak-geri.
2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan komunikasi yang boleh
menimbulkan masalah perhubungan manusia.
3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala.

Alat

: Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen

Langkah

:
1. Peserta duduk dalam bulatan.
2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik
kepada peserta pertama.
3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini
dilakukan sehingga peserta terakhir.
4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang
diberi.
5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat.
6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.

Bincangkan :
Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan bahaya
mendengar khabar angin, cerita umpat-mengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain.
Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan membuat
kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat orang tidak percaya dan berasa
takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah
menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih rapat.

Falsafah

:
1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang,
mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada
kekurangannya.
2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih
dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis.


ADA SEEKOR ANAK KAMBING
DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING KLING
KLING
DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING

Anda mungkin juga menyukai