Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN (BBM422)


TUGASAN INDIVIDU – PRAKTIS TERJEMAHAN II
OLEH:

PENSYARAH:
PUAN NUR HIDAYAH BINTI YAHAYA
TARIKH SERAHAN TUGASAN :
10 JULAI 2020

PRAKTIS TERJEMAHAN II (10%)

Sila terjemahkan teks berikut ke dalam Bahasa Inggeris

Makna besar walaupun sekecil nilai dua kupang

Oleh Fazli Abdullah


Dua puluh sen. Itu purata sumbangan disasarkan daripada setiap rakyat anak watan

yang kini berjumlah kira-kira 30 juta.

Seandainya semua daripada kita menghulurkan sumbangan walaupun sekecil itu,

sasaran kutipan Kempen Tabung Pahlawan sebanyak RM6 juta akan tercapai.

Logiknya, tiada masalah untuk mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh kempen

yang bermula 1 Ogos lalu hingga akhir tahun ini. Hal ini kerana tidak ada yang tidak

mampu menyumbang dua kupang, hatta peminta sedekah sekalipun.

Namun, jika dilihat rekod sebelum ini, kira-kira RM2.5 juta sahaja dapat dikumpul setiap

tahun. Perkara ini menunjukkan purata sumbangan daripada setiap penduduk hanya 10

sen. Situasi ini amat menyedihkan.

Malah, kalau ditagih RM1 setiap seorang daripada kita sekalipun, jumlahnya masih

terlalu kecil dan tiada sebab untuk tidak tergerak hati menghulurkan sumbangan.

Adakah sambutan dingin terhadap Kempen Tabung Pahlawan ini disebabkan kurang

publisiti sehingga ada yang tidak sedar dan tidak memahami tujuan sebenarnya,

walaupun setiap tahun diadakan kutipan?

Apakah rakyat Malaysia yang sudah 62 tahun menikmati kemerdekaan tidak sedar atau

enggan ambil peduli pengorbanan anggota tentera yang mempertaruhkan nyawa,

mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air?

Perjuangan anggota keselamatan mempertahankan tanah air sehingga ada yang

kudung kaki dan tangan serta hilang penglihatan, malah ramai yang terkorban,

bukannya minta dibayar kerana memang tiada siapa yang mampu membayarnya

dengan wang ringgit.


Jesteru itu, Tabung Pahlawan ini diwujudkan untuk menghargai jasa pahlawan-

pahlawan negara. Tiada paksaan untuk menyumbang sebaliknya sumbangan yang

dilakukan ini perlulah seikhlas hati.

(Dipetik dan disesuaikan :https://www.bharian.com.my/rencana/komentar)

It means so much even if its’ only 20 cents

By Fazli Abdullah

Twenty cents. That is the average targeted contribution from each person of the country
which now amounts about 30 million.

If all of us make a contribution, even if it is small, the target of Tabung Pahlawan


Campaign collection of RM6 million will be achieved.
Logically, there is no problem to collect that much money during the campaign period
which started last August 1 until the end of this year, because no one can not afford to
donate two cents, even beggars.

However, in previous records, only about RM2.5 million can be collected every year. It
shows that the average contribution from each resident is not even 10 cents. This is
very sad.

In fact, even if each one of us is charged RM1, the amount is still too small and there is
no reason not to be moved to donate.

Is the cold response to the Tabung Pahlawan Campaign due to lack of publicity so that
some are unaware and do not understand the real purpose, even though it is a yearly
collection?

Whether Malaysians who have enjoyed independence for 62 years are unaware or
refuse to care about the sacrifices of military personnel who risked their lives to defend
the security and sovereignty of our homeland?

The struggle of the security forces to defend the country even some of them lost their
legs and hands and lose their eye sight, even many are killed, instead of asking to be
paid because no one can afford it with money.

Therefore, Tabung Pahlawan was created to appreciate our heroes sacrifices. There is
no compulsion to contribute but if you do, please do it sincerely.

(Dipetik dan disesuaikan :https://www.bharian.com.my/rencana/komentar)

Anda mungkin juga menyukai