Anda di halaman 1dari 8

FIQH AL-NASR WA AL-TAMKIN

(FEKAH KEMENANGAN DAN KEKUASAAN)

Oleh: Mohd Asri Mat Daud

1.0 MUKADIMAH

Sesungguhnya perjuangan menegakkan agama Allah SWT memerlukan pengorbanan dan kesabaran
yang tinggi. Allah telah menjanjikan kemenangan dan kekuasaan kepada umat Islam bertapak di muka
bumi. Kemenangan dan kekuasaan ini sudah pasti diizinkan apabila pra-syarat dilengkapi sebagaimana
pesanan Nabi Musa A.S kepada kaumnya melalui firman Allah:

َ ‫ن ع َباد َهَۖ َو ْال َعاق َب َُة ل ْل ُمتق‬


ْ َُ ‫ن َي َش‬ ُ ُ َ َ َْ ْ َ ُ َ ْ َ ‫َ َ ُ َ ى‬
َ‫ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫اء ِم‬ َْ ‫ورث َها َم‬
ِ ‫ّللَ ي‬
ِ ِ‫ض‬
ْ ‫اّلل َو‬
َ ‫اص ِ ُبوَاَۖ ِإنَ اْلر‬ َِ ‫است ِعينوا ِب‬ َ‫وس ِلق ْو ِم ِه‬
َ ‫ال م‬
َ ‫ق‬

Maksudnya:َ “Berkatalahَ Musaَ berkataَ kepadaَ kaumnya:َ Mintalahَ pertolonganَ kepadaَ Allahَ danَ
bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, Dia mewariskannya kepada sesiapa yang
dikehendaki daripada kalangan hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang
yangَbertaqwa”.َ(Al-A’raf:128)

Perjuangan mendirikan hukum Allah termasuk apa yang telah diusahakan oleh Parti Islam Se-malaysia
(PAS) adalah gerak kerja amal soleh yang mampu melahirkan seramai mungkin golongan Al-Solehun
di negara ini. Allah SWT menjelaskan lagi bahawa kekuasaan ini akan dimiliki oleh golongan yang
beramal soleh dan tunduk akur kepada titah perintah Allah. Firman-Nya lagi:

َ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ِّ َ ََ ْ ََ
ََ ‫ض َي ِرث َها ِع َب ِاد‬
َ‫ي الص َِال ُحون‬ َ ‫ن َب ْع َِد الذك َِر أنَ اْلر‬
َْ ‫ور ِم‬
َِ ‫ف الز ُب‬
َ ِ ِ ‫َولق َد كت ْبنا‬

Maksudnya:َ“Danَdemiَsesungguhnya,َKamiَtelahَtulisَdiَdalamَKitabَZaburَsetelahَtertulisَdidalamَ
Al-Zikr (Luh Mahfuz) bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Kuَ yangَ soleh”.َ (Al-
Anbiya’:105)

Agama Islam akan kembali berkuasa menaungi sekalian manusia pada waktu yang telah dijanjikan oleh
Allah SWT. Allah telah meletakkan pra-syarat agar umat Islam sentiasa mempastikan diri mereka
berada dalam status beriman dan beramal soleh bagi meraih anugerah kemenangan dan kekuasaan
di bumi. Firman Allah SWT:
َ َ ْ ُ َ َ ِّ َ ُ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َْ َ ْ َ َ ُ ُْ َُ َ َ َُ ََ َ
َ‫م ِدين ُه ُمَ ال ِذي‬
َ ‫ي له‬َ ‫ن قب ِل ِهمَ وليمك‬َ ‫ين ِم‬
َ ‫ضَ كما استخلفَ ال ِذ‬ ِ َ ِ ‫آمنواَ ِمنك ْمَ َو َع ِملواَ الص ِال َح‬
َْ ‫ات ل َي ْستخ ِلفن ُه‬
‫م ِ ِفَ اْل ْر‬ َ ‫وع َد اّللَ ال ِذ‬
‫ين‬
َ ُ َ ْ ُ ُ َ ‫َ ْ ً َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َى َ َ ُ َى‬ َ ُ ْ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً ْ َ ْ ْ َ ْ َ ْ ْ ُ َ ِّ َ ُ َ َ ْ ُ َ ‫ْ َ َ ى‬
َ ‫اسق‬
‫ون‬ ِ ‫م الف‬ َ‫كه‬ َ ‫ك فأول ِئ‬
َ ‫ن كف َر بعدَ ذ ِل‬ َ ‫ب شيئَاَ وم‬
َ ِ ِ ‫ون‬
َ ‫شك‬ِ ‫لي‬ َ َ‫ن بع َِد خو َِف ِهمَ أمنَاَ يعبدون ِ ِن‬ َ ‫م وليبدلنهمَ ِم‬ َ ‫ض له‬
َ ‫ارت‬

1|P age
Maksudnya:َ “Allahَ menjanjikanَ kepadaَ orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada
kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka
khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan mengembangkan serta memperteguhkan agama
mereka yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka
keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). mereka terus beribadat
kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang
kufur sesudah itu, maka mereka itulah orang-orangَyangَfasiq”.َ(Al-Nur:55)

2.0 PEMAHAMAN SEKITAR FIQH AL-NASR WA AL-TAMKIN

Untuk mendapat kemenangan dan kekuasaan di muka bumi ini memerlukan kepada kefahaman yang
mendalam serta gerak kerja yang terancang atau dalam erti kata lain, umat islam mesti mendalami
Fiqh Al-Nasr Wa Al-Tamkin. Allah SWT telah mendatangkan maksud Al-Nasr dan Al-Tamkin dalam
banyak ayat-ayat Al-Quran. Kalimah Al-Nasr dengan pelbagai tashrif disebut sebanyak 142 kali
sementara Al-Tamkin melebihi 16 kali. Al-Tamkin mempunyai banyak makna dan antaranya ialah Al-
Nasr (kemenangan), Al-Ghalab (penguasaan), Al-Fawz (kejayaan), Al-Haiminah (penaklukan), Al-Irth
(pewarisan) dan Al-Istikhlaf (pemerintahan).

Dalam menjelaskan maksud Al-Tamkin yang kebanyakannya didahului dengan Al-Nasr ini, Al-Quran
telah memaparkan beberapa kisah yang perlu diambil peringatan oleh penegak agama Allah pada hari
ini. Antaranya, firman Allah SWT berkaitan pemerintahan Raja Zulqarnain:

ِّ ُ َْ ‫اه م‬
ْ َْ ‫ل‬ َْ
ُ َ ْ َ َ َ ‫اْل ْر‬ ُ َ َ
َ‫سءَ َس َب ًبا‬ِ َ ‫نك‬ ِ َ ‫ض وآتين‬ ِ َ ِ ِ َ‫ِإنا َمكنا له‬
‫ف‬

Maksudnya:َ“SesungguhnyaَKamiَtelahَmemberikanَkepadanyaَkekuasaanَmemerintah di bumi, dan


Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiapَsesuatuَyangَdiperlukannya”.َ(Al-Kahfi: 84)

Dalam ayat yang lain, Allah menerangkan tentang tamkin yang telah dianugerahkan kepada Nabi Yusuf
A.S melalui firman-Nya:
َ َ َ ََْ َ َ ََ َ َُ َ َْ ْ َ ْ ُ َ ِّ َ ُ َ َْ ُ ‫ك َم َكنَا ل ُي‬َ ََ
َ ‫اس لَ َي ْعل ُم‬
‫ون‬ ََ ‫ل أ ْم ِر ِهَ َول ى ِكنَ أ ك‬
َ ِ ‫ب الن‬ َ‫اّللَ غ ِالبَ ع ى‬ َ ِ ‫يلَ اْل َح ِاد‬
‫يثَ و‬ ِ ‫ن تأ ِو‬ َ ِ ‫ف اْل ْر‬
َ ‫ض و ِلنعلم َه ِم‬ َ َ ‫وس‬
َِ ِ ‫ف‬ ِ َ ‫َوك ىذ ِل‬

Maksudnya:َ“DanَdemikianlahَcaranyaَKamiَmenetapkanَkedudukanَYusufَdiَbumi,َdanَuntukَKamiَ
mengajarnya sebahagian daripada ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala
perkara yang telah ditetapkan-Nya,َakanَtetapiَkebanyakanَmanusiaَtidakَmengetahui”.ََ(Yusuf:21)

2|P age
3.0 QANUN AL-NASR WA AL-TAMKIN

Untuk meraih kemenangan disisi Allah SWT, para pejuang agama Allah mestilah memenuhi pra-syarat
kemenangan dan kekuasaan, iaitu:-

3.1 YAKIN BAHAWA KEMENANGAN HANYALAH MILIK ALLAH

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ ُ َ ُ ْ ُ َ َ ُّ ُ َ َ َ َ َ
ُ َ ‫اّللََۗ َو‬
َ ‫اّللَ َم ََع الصابر‬
َ‫ين‬ ِِ ِ ‫ن‬ َ ِ ‫ت ِفئةَ ك ِثبةَ ِب ِإذ‬
َ ‫ن ِفئةَ ق ِليلةَ غلب‬
َ ‫م ِم‬
َ ‫اّللَ ك‬
ِ ‫ون أنهمَ مَلقو‬
َ ‫ين يظن‬
َ ‫ال ال ِذ‬
َ ‫ق‬

Maksudnya:َ “Berkataَ pulaَ orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: berapa
banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai
dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orangَyangَsabar”.ََ(َAl-Baqarah: 249)

3.2 YAKIN BAHAWA ALLAH MENOLONG ORANG YANG MENOLONG AGAMA-NYA

Firman Allah SWT:

ََ ََ ُ ُ ‫ن َي ْن‬ َ ُ ‫َو َل َي ْن‬


ُ َ َ‫ُصن‬
َ‫اّلل لق ِويَ َع ِزيز‬
َ َ‫ُص ُهََۗ ِإن‬ َْ ‫اّللَ َم‬

Maksudnya:َ “Danَ sesungguhnyaَ Allahَ pastiَ akanَ menolongَ sesiapaَ yangَ menolongَ agama-Nya.
SesungguhnyaَAllahَMahaَKuatَlagiَMahaَKuasa”.َ(َAl-Hajj:40)

3.3 YAKIN BAHAWA NUSRAH HANYA UNTUK ORANG BERIMAN

Firman Allah SWT:

َ ‫ُص ْال ُم ْؤمن‬ َ َ َ ًّ َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ ْ ُ ُ َ َ ْ ْ َ ‫َى‬ َ َ ْ َ ْ َ َْ ْ َ َ َ


َ‫ي‬ ِ ِ َ ُ ْ ‫ان َحقا َعل ْينا ن‬
َ ‫ين أجرموَاَۖ وك‬
َ ‫ن ال ِذ‬ َ ِ ‫م ِبال َب ِّين‬
َ ‫ات فانتقمنا ِم‬ َ ‫م فجاءوه‬ َ ‫ك ُر ُسَلَ ِإ‬
َ ‫ل قو ِم ِه‬ َ ‫ن ق ْب ِل‬
َ ‫ولق َد أرسلنا ِم‬

3|P age
Maksudnya:َ “Danَ demiَ sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (Wahai Muhammad)
Rasul-Rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-
keterangan yang jelas lagi nyata. Kemudian Kami menyeksa orang-orang yang melakukan kesalahan
(jenayah) dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang
beriman. (Al-Rum:47)

4.0 ASAS DAN MUWASOFAT GENERASI AL-NASR DAN AL-TAMKIN

Selain daripada umat Islam apatah lagi para pendakwah Islam mesti melengkapi diri dengan pra-syarat
kemenangan dan kekuasaan, mereka hendaklah sentiasa mempastikan diri memiliki sifat-sifat hamba
Allah yang sentiasa diberi pertolongan oleh-Nya. Sifat-sifat ini adalah asas utama kepada kekuatan
umat Islam yang berakhir dengan kemenangan besar. Asas-asas tersebut ialah:

4.1 NUSRAH DAN TAMKIN DATANG MELALUI KESATUAN TEGUH

Allah SWT telah mengarahkan kepada umat Islam agar sentiasa membina kesatuan yang utuh dengan
mengelakkan daripada segala pertelingkahan kerana ia akan melambatkan proses kemenangan,
firman Allah SWT:

ُ ََ ََ ً َ َ ْ َ َْ َ
‫ل تفرقوا‬
َ ‫اّلل ج ِميعا و‬
َِ ‫ل‬ َ ِ ‫اعت ِص ُموا ِبحب‬‫َو‬

Maksudnya:َ“DanَberpegangَteguhlahَkamuَsekalianَkepadaَtaliَAllahَ(agamaَIslam), dan janganlah


kamu bercerai-berai..”ََ(Al-Imran:103)

Allah bukan sahaja mengarahkan supaya umat Islam menjaga kesatuan mereka, bahkan mereka
diingatkan supaya tidak menjadi seperti orang-orang kafir yang telah memecah-belahkan agama
mereka sehingga menjadi berpuak-puak dan berparti-parti. Firman Allah SWT:

َ ‫ن ْال ُم ْ ْشك‬
َ‫ي‬
ُ ُ َ ََ َ َ
ََ ‫ل تكونواَ ِم‬ ُ ‫وهَ َو َأق‬
َ ‫يموا الصَلةَ و‬ ُ ‫ي إ َل ْيهَ َوات ُق‬
َ ُ
ِِ ِ ِ ِ َ ‫م ِن ِيب‬

َ َ ْ ْ ََ َ ُ ُ َ ْ َُ ُ َ َ َ َ
َ ‫ل ِح ْزبَ ِبما لدي ِه‬
َ‫م ف ِر ُحون‬ َُّ ‫م َوكانواَ ِش َي ًعَاَۖ ك‬
َ ‫ين فرقوا ِدينه‬
َ ‫ن ال ِذ‬
َ ‫ِم‬

Maksudnya:َ“Hendaklahَkamuَ(wahaiَMuhammadَdanَpengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali


kepada Allah serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang dan janganlah kamu
menjadi sepertimana golongan musyrik. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka
berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-
tiapَpuakَbergembiraَdenganَapaَyangَadaَpadanya”.َ(Al-Rum:31-32)

4|P age
4.2 NUSRAH DAN TAMKIN MELALUI ISTIQAMAH SERTA TIDAK BERPUTUS ASA

Segala ujian, cabaran, kesukaran, kekalahan, kematian dan sebagainya dalam perjuangan Islam adalah
proses kematangan umat Islam. Perhatikanlah pengajaran yang telah dinyatakan oleh Allah disebalik
kelemahan kaum muslimin dalam peperangan Uhud sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT
dalam surah Aali-Imran:

َ ‫م ُم ْؤمن‬ َ ْ ُ ُ َْ َ ُ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ
ْ ُ ْ ُ َْ ‫اْل ْع َل ْو َنَ إ‬
َ‫ي‬ ِ ِ َ ‫ن كنت‬ ِ َ‫ل تحزنوا وأنتم‬ َ ‫ل ت ِهنواَ و‬
َ‫و‬
َ َُ َ َ َ َ ُ ُْْ َ ََ َُ َ َ َُ َََْ َ َ ْ ‫ام ُن َداو ُل َها َب‬ َ ْ َ ْ ُ ُْ َ َْ ْ ََ َ ُ ْ
َ‫اّللَ ل‬ ‫اءَۗ و‬
َ ‫ين آمنواَ ويت ِخ َذ ِمنكمَ شهد‬ َ ‫اّلل ال ِذ‬
َ َ‫اس و ِليعلم‬
َ ِ ‫يَ الن‬ ِ َُ ‫ن َي ْم َس ْسك ْمَ ق ْرحَ فق َد َمسَ الق ْو ََم ق ْرحَ ِمثل َهَ َو ِتلكَ اْلي‬
َ ‫ِإ‬
َ ُّ ُ
َ ‫الظالم‬
َ‫ي‬ ِِ َ ‫ي ِح‬
‫ب‬

Maksudnya:َ“Danَjanganlahَkamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang
akan menimpa kamu, padahal kamulah orang-orang yang memiliki ketinggian jika kamu orang yang
benar-benar beriman. Jika kamu mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum musyrik yang
mencerobohi kamu itu telah tercedera juga dan mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).
Dan demikian itulah keadaan hari-hari bahawa Kami gilirkan sesama manusia, (supaya menjadi
pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan
yang sebaliknya, juga supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kamu orang-orang yang mati
syahid. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah
membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) serta membinasakan golongan
kuffar”.ََ(Aali-Imran: 139-141)

Nabi SAW sendiri telah menegaskan bahawa Allah pasti akan menganugerahkan kemenangan kepada
golongan pemberani dan yang istiqamah menegakkan perjuangan agama-Nya sebagaimana dalam
sabdanya:

َ َ ُ َ ْ ُ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُ ُّ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ََ َ
َ‫اس‬ َ ‫ون َع‬
ِ ‫ل الن‬ َ ‫اهر‬
ِ ‫مظ‬
َ ‫اّللَ وه‬
ِ َ‫ب أمر‬
َ ِ ِ ‫م أ َو خالفهمَ حنَ يأ‬
َ ‫ن خذله‬
َ ‫ لَ يُصهمَ م‬،َ َ‫اّلل‬
ِ ‫ن ق ِائمةَ ِبأم َِر‬
َ ِ ِ ‫ن أم‬
َ ‫الَ ط ِائفةَ ِم‬
‫ل تز‬
َ

Maksudnya: Akan tetap ada di kalangan umatku suatu golongan yang mendirikan tuntutan Allah. Tidak
akan memudharatkan mereka golongan yang menentang atau menyanggahi mereka sehinggalah
Allah mendatangkan ketentuan-Nya (kemenangan) dan mereka berjaya menguasai sekalian manusia.
(Riwayat Imam Muslim)

4.3 MUWASOFAT GENERASI AL-NASR WA AL-TAMKIN

4.3.1 JAIL AL-AMAL

5|P age
Tidak pernah berlaku dalam sejarah perjuangan Islam, terjadinya kemenangan secara cepat, begitu
juga dalam perjuangan mana-mana Nabi, tidak pernah berlaku hari ini mereka berjuang, lalu pada
keesokan harinya terus menerima kemenangan daripada Allah. Sebaliknya, mereka juga tidak terlepas
daripada ujian dan rintangan yang menjadi sunnatullah dalam perjuangan Islam. Sesungguhnya
kemenangan itu sangat menghampiri penegak kebenaran, namun memerlukan kepada gerak kerja
berterusan diposisi masing-masing. Kata As-Syahid Syed Qutb:

َ َ َِّ ‫الح‬
َ َ‫ي‬َ ْ ‫ُص ِا ْن َشغ ُل ْوا ب َم ْوقع ُك ْمَ َب‬ ُ ُ َْ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ
َ‫اط ِل‬
ِ ‫ق والب‬ ِ ِ ِ ِ َِ ْ ‫م ِب َم ْو ِع َِد الن‬
َْ ‫ل تشغل ْواَ أنف َسك‬
َ ‫نف‬
َ ‫ن فيكو‬ َ ِ ‫الر ُء‬
َ ‫وس ينت ِظرَ ك ِلم َة ك‬ َ ‫ُصَ ف ْو‬
ُّ ‫ق‬ َِ ‫َو‬
‫للا ِإنَ الن‬

Maksudnya: Demi Allah, sesungguhnya kemenangan itu sudah berada diatas kepala kita hanya
menunggu seruan Kun Fayakun (Jadi, maka jadilah kemenangan itu). Maka jangan kamu sibukkan diri
kamu dengan janji kemenangan, sebaliknya sibukkanlah (diri kamu) di posisi masing-masing
menjelaskan yang hak dan yang batil .

4.3.2 JAIL AL-MAHABBAH

Generasi yang cintakan Allah dan Allah mencintainya bermaksud golongan yang sentiasa
mendahulukan hak Allah serta memperjuangkannya walaupun berhadapan dengan pelbagai tribulasi
dan caci-maki. Dalam hal ini, Allah berfirman:

َ ُ َ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُ َ ُّ ُ َ ْ ُ ُّ ُ ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ َ ُّ َ َ
َ‫اهدون‬ ِ ‫ين يج‬ َ ‫يَ أ ِعزةَ َعلَ الك ِاف ِر‬ ‫ل المؤ ِم ِن‬
َ ‫اّلل ِبقومَ ي ِحبهمَ وي ِحبونهَ أ ِذلةَ ع‬
َ ‫ب‬ َ ِ ِ ‫ف َيأ‬ َْ ‫ن َي ْرتدَ ِمنك ْمَ َع‬
َ ‫ن ِدي ِن َِه فسو‬ َ ‫يا أيهاَ ال ِذينَ آمنواَ م‬
َ َ ُ َ َ ُ َ َ ْ َ ْ ُ َ ُ ْ َ َ ‫َى‬ َ َ َ َْ َ ُ َ َ ََ َ َ
َ‫اّلل و ِاسعَ ع ِليم‬
َ ‫اءَ و‬ َ ‫ن يش‬َ ‫يهَ م‬
ِ ‫اّلل ي َؤ ِت‬
َِ ‫ل‬ َ ‫ك فض‬َ ‫ون لوم َة ل ِئمََ ذ ِل‬
َ ‫ل يخاف‬َ ‫اّللَ و‬
ِ ‫يل‬ َ ِ ‫ف س ِب‬ َِ ِ

Maksudnya:َ “Wahaiَ orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari
agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan
mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman
dan berlaku tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada
jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah
limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas limpah
kurnia-Nya,َlagiَMahaَMengetahui”.َ(Al-maidah:54)

4.3.3َJAILَ‘RIJALَSHODAQU’

Generasi Rijal Shodaqu adalah mereka yang sentiasa tegas berprinsip dan benar terhadap segala janji
dan baiah yang diungkapkan kepada Allah. Firman Allah SWT:

َ ُ َْ ْ َ ْ ُْ َ ُ َ ْ َ ‫ََ ََْ َ ُْ ْ َ ْ َ َ ى‬ ُ َ ُ َ ْ ْ َ
َ‫ن َينت ِظ َُرَۖ َو َما َبدلوا ت ْب ِديَل‬
َ ‫مم‬
َ ‫ض نحب َه و ِمنه‬
َ ‫نق‬َ ‫مم‬ َ َ‫ي ِر َجالَ َصدقوا َما َعاهدوا‬
َ ‫اّلل علي َِهَۖ ف ِمنه‬ ََ ‫ن ال ُمؤ ِم ِن‬
َ ‫ِم‬

Maksudnya:َ“Di kalangan orang-orang yang beriman itu, ada pembela (agama) yang berani, mereka
bersikap benar dan menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah. Maka di antara kalangan

6|P age
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (gugur syahid), dan di antaranya ada yang
menungguَgiliran.َDanَmerekaَtidakَmerubahَ(janjinya)َsedikitpun”.َ(Al-Ahzab:23)

4.3.4 JAIL AL-JIHAD WA AL-SHOBR

Sifat sabar dalam berjuang dengan meneruskan perjuangan tanpa ragu-ragu adalah asbab besar
kemenangan daripada Allah SWT. Segala ujian adalah lumrah dan sunnah perjuangan yang
sememangnya Allah berikan kepada hamba-Nya sebagaimana firman Allah:

ُ َْ ُ َ َ ُْ َ َ ُ ْ ََ ‫نَ َن ْع َل‬ ُ ُ ََ
َ‫ين َون ْبل َوَ أخ َب َارك ْم‬
َ ‫م َوالص ِاب ِر‬
َْ ‫ين ِمنك‬
َ ‫اه ِد‬
ِ ‫م المج‬ ‫م َح ى‬
َْ ‫َولن ْبل َونك‬

Maksudnya:َ “Danَ demiَ sesungguhnya, Kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan
Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar; dan
(sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-beritaَ tentangَ keadaanَ kamu”.ََ
(Muhammad:31)

Sementara dalam ayat lain Allah menggambarkan keadaan-keadaan yang dilalui oleh golongan yang
sabar dan sudah tentu dengan kesabaran itu, Allah mengasihi dan menganugerahkan kemenangan
kepada mereka. Allah berfirman:

َ ‫بَ الصابر‬ ُ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ ُ َ َ َ َ ‫يل‬


ُّ ‫اّلل ُيح‬ َ َ ‫م‬ ْ َُ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ ُّ ِّ ُ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ ِّ ْ ْ َ ي‬
َ‫ين‬ ِِ ِ َ ‫اّللَ وما ضعفواَ وما استكانوَاَۗ و‬
ِ َ ِ ‫ف س ِب‬ِ ِ َ ‫ون ك ِثبَ فما وهنوا ِلما أصابه‬
َ ‫ل مع َه ِربي‬َ ‫ن قات‬
َ ِ ِ‫ن ن‬
َ ‫ن ِم‬
َ ‫وكأي‬

Maksudnya:َ “Danَ berapaَ ramaiَ daripadaَ kalanganَ Nabi-Nabi (dahulu) telah berperang dengan
disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat
akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak
pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yangَsabar”.َ
(Aali-Imran:146)

4.3.5 JAIL AL-SAM’IEَWAَAL-THO’AH

Generasi yang sentiasa akur dan taat kepada perintah Allah, Rasul dan kepimpinan yang beriman mesti
dilahirkan sepanjang zaman khasnya dalam perjuangan PAS di tanah air. KPI kepada kemenangan
besar dalam sesebuah perjuangan dan gerakan islam ialah terletak kepada sejauh mana ramainya
generasi Al-Muthi’َ memenuhiَ ruang-ruang perjuangan Islam. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW
menegaskan agar ketaatan dan kepatuhan sentiasa menjadi keutamaan, sabda baginda SAW:

َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ ََ ُْ َْ َ َ َُ ْ ْ ََ
َ‫اعة‬ ‫لط‬ َ ‫ ف ِإ‬،َ ‫ ِإلَ أنَ يؤم َر ِبمع ِصية‬،َ ‫اع َة ِف ْي َما أ َحبَ َوك ِر َه‬
َ ‫ فلَ سم َع و‬،َ ‫ن أ ِم َر ِبمع ِصية‬ ‫م الس ْم َُع َوالط‬
َ ِ ‫ل ال َم ْرَِء ال ُم ْس ِل‬
َ ‫ع‬

7|P age
Maksudnya:َ“Wajibَkeَatasَseseorangَmuslimَuntukَmendengarَdanَtaatَ(kepada pemimpin) pada
perkara yang dia sukai atau benci kecuali jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan. Jika dia disuruh
untukَberbuatَkemaksiatan,َmakaَtidakَbolehَuntukَdengarَdanَtaat.”ََ(RiwayatَImamَBukhari)

Sekiranya sesuatu keputusan telah dibuat oleh kepimpinan, maka wajib kepada seluruh ahli atau
pengikut mentaati keputusan tersebut tanpa mempersoalkan lagi kekurangan yang ada apatah
menentang keputusan tersebut. Dalam hal ini Sheikh Muhammad Abdullah Al-Khatib ada berkata:

ُ َ َْ ً َ ُ َ ْ َ ْ َ َُ َ َ ََْ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ ُّ ِّ ْ َ
َ‫ل َي ُج ْوز‬
َ ‫ َو‬،َ ‫ام ِب َِه ت ْو ِح ْيدا ِللك ِل َم َِة َوالت َو ُّج ِه‬ َ ‫ل‬
َ ‫الج ِم ْي َِع ِاِلل ِب‬ َ ‫ل َرأيَ َع‬ َ ‫ه الجماع َة ِإ‬ َ ِ ‫ َو ِح ْين َما تنت‬،َ ‫ن ُي ْبد ْوا َآر َاءه ْم‬ َ ‫اد أ‬َِ ‫ل الشَورى ِلْلفر‬ َ ‫ف ِظ‬ َِ ِ‫و‬
َ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َ
َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ََ ْ َ َ ُ ْ
َ‫ن اْل ْص َو ُب‬ َ ‫ت الت ْج ِر َبة أنَ َرأ َي َه ال ِذي َلمَ ُيؤخ َذ ِب ِهَ كا‬ َ ِ ‫ َحنَ ل ْوَ أث َبت‬،َ ‫ف‬ َ ِّ ‫الص‬ َ ‫ل‬ََ ‫ن َرَأ ِي َِه د ِاخ‬ َْ ‫ك َع‬ َ ‫ث َب ْع َد ذ ِل‬
َ ‫ن يتحد‬ َ ‫فأ‬ َ ِ ‫المخ ِال‬ َِ ‫ب الرأ‬
‫ي‬ َ ِ ‫اح‬ ِ َ‫ص‬
َ ‫ل‬
ِ
َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ‫ن َي ْج َتم ََع‬ْ َ َ
، ‫ل اْل ْص َوب‬ َ ‫ل ِإ‬ََ ‫ن ن ِص‬ َ‫نأ‬ َُ ‫اب ُي ْم ِك‬
َ ِ ‫ل الص َو‬ َ ‫اع َع‬ َِ ‫ف ِاِل ْج ِت َم‬ َْ ِ ِ ‫ف‬. ‫ل اْل ْص َوب‬ ََ ‫ق َح ْو‬ َ ‫ن َيف ِب‬ َ‫نأ‬ َْ ‫ب ِم‬
َ ْ ‫اب خ‬ َ ‫ف َع‬
َ ِ ‫ل الص َو‬ َ ُّ ‫الص‬ ِ َ ‫فْل‬،
َ ََ ََ َ َ َ ُ َ ُ َ ْ ََ ُ َ ْ َ َ َ َ
‫ل أ ْص َوب‬ َ ‫لع‬ َ ‫ و‬، َ‫ل َص َواب‬ َ ‫اج ِت َماع َع‬ ْ ‫اك‬
َ ‫ون هن‬ َ ‫ن يك‬ َ ‫اق فل‬َ ‫أما ل َْو َحدثَ ِاِلف ِب‬.

Maksudnya:َ “Danَ diَ bawahَ naunganَ syuraَ (mesyuarat),َ setiapَ ahliَ mesyuaratَ َ hendaklahَ
mengutarakan pendapat mereka. Tatkala Jemaah telah sepakat memutuskan sesuatu keputusan,
maka semua ahli mesyuarat wajib beriltizam dengan keputusan tersebut demi menjaga kesatuan dan
hala tuju jemaah. Bagi mereka yang mempunyai pendapat berbeza, tidak boleh lagi membicarakan
pendapatnya itu di dalam saff jemaah sekalipun pengalaman membuktikan bahawa pendapatnya itu
lebih tepat. Dengan berpegang kepada kesatuan saff melalui pendapat yang tepat (yang telah
diputuskan) lebih baik daripada berpecah- belah untuk mencari pendapat yang lebih tepat. Maka
pada bersatu diatas keputusan tepat yang telah ditetap itu boleh menuju kepada sasaran yang lebih
tepat. Sebaliknya, jika terjadi pertelagahan, maka tidak mungkin sama sekali dapat menghasilkan
kesepakatan dalam perkara yang tepat, apatah lagi untuk mencapai keputusan yang lebih tepat.
(Nazharat Fi Risalah Al-Taalim)

5.0 PENUTUP

Semoga usaha perjuangan menegakkan hukum Allah di muka bumi ini sentiasa disokong sepenuhnya
oleh seluruh umat Islam. PAS sebagai parti Islam yang telah sekian lama berjihad dalam arus politik
tanah air semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang
telah dilaksanakan oleh PAS kini adalah suatu uslub yang sangat berkesan khasnya dalam merungkai
isu-isu yang melanda rakyat dengan pelbagai solusi yang sangat relevan. Mudah-mudahan Allah
mengurniakan kemenangan besar dan kekuasaan bertapak di negara ini dibawah Dustur Al-Quran.
Adalah diharapkan agar kertas kerja ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada
penulis dan pembaca sekalian.

Al-Zulmu La Yadum, Wal Haqqu Yantashir! Allahu Akbar!


(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)
16 Rabiul Akhir 1439H/4 Januari 2018M

8|P age

Anda mungkin juga menyukai