Anda di halaman 1dari 1

Masalah Tanda Diuji

Muhammad Haziq Bin Mohammad Iskandar Shah

Setiap sang suria diselimuti kegelapan


Kan ku buka pintu ruangan
Rebah di peraduan
Dan melirik ke arah awan
Menanti kemunculan sang rembulan

Ku pandang sebentar erti kehidupan


Bermacam gambaran bermain di fikiran
Ku berangan sebuah buana indah
Terlintas gambaran dunia tanpa masalah
Kalbuku berhenti berdebar
Terkenang masalah kehidupan sebenar
Fikiran ku pudar
Memikirkan semua persoalan
Setiap kali ku selesaikan kesulitan
Pasti akan timbul seribu pertanyaan
Hidupku sentiasa dibanjiri dilema

Malam berganti pagi


Tidak ku sedar ku terlena dibuai mimpi
Ketika mata dibuka
Burung nan indah merdu berkicauan
Ku bangun dan bersedia menghadapi cabaran
Akan ku reda dengan segala permasalahan
Kerana masalah tanda dicinta
Cinta ilahi yang dipinta

Anda mungkin juga menyukai