Anda di halaman 1dari 1

Dilema sang pemuisi

Muhammad Haziq Bin Mohammad Iskandar Shah

Setiap ku terlena dibuai angan-angan

Kan ku terkejut dihembus pawana harapan

Mengunci pintu impian

Lalu berkurung bersendirian

Menulis kata-kata buah fikiran

Untuk disusun menjadi sebuah karangan

Tetapi dilema sentiasa ada

Walau dimana jua aku berada

Ke mana-mana aku berjalan

Pasti akan disisih dari pergaulan

Sentiasa keseorangan dan tanpa teman

Senjata ku hanyalah memanipulasi perkataan

Kehidupan ku sentiasa diselimuti kegelapan

Penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan

Tetapi kami gembira hidup sebegini

Kerana itulah takdir kami di sini

Setiap ku terbit kan suatu tulisan

Memenuhi cita rasa persekitaran

Akan ada kritikan dan olokan

Gubahan ini dianggap hina

Tetapi aku sesekali tidak akan merana

Kerana aku akan mencuba berkali-kali

Sehingga munculnya karya yang murni

Yang layak digelar sebagai seni

Anda mungkin juga menyukai