Anda di halaman 1dari 8

GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

GMGM 2023
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN
PUBLIC SECTOR
SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK: FAKTOR-FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM


KURSUS ALIRAN SAINS DALAM PENDIDIKAN PENGAJIAN
TINGGI

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN LAILATUL HUSNA BINTI MOHAMMAD YUSOF

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AZMEER BIN ABU HUSSIN (290409)

TARIKH SERAHAN:

30 APRIL 2023

1
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERBINCANGAN TOPIK DAN SUB-TOPIK 4


YANG DIPILIH

3.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN 5

4.0 CADANGAN UNTUK MEMBAIKI ISU YG 6


DIPILIH

5.0 KESIMPULAN 7

6.0 RUJUKAN 8

2
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

1.0 PENGENALAN
Artikel yang dipilih adalah bertajuk faktor-faktor membuat keputusan dalam kursus aliran sains

dalam pendidikan pengajian tinggi. artikel ini ditulis oleh Northaqifah Hasna Mohamad Khir,

Zaidatul Salwa Mahmud, Siti Sumaiyah Sheikh Abdul Aziz, Muhammad Shaffiq Zainal Osman

Shah dan Nurul Aimi Zakaria. Jurnal artikel dikeluarkan oleh “International Journal of

Academic Research in Progressive Education & Development” dan diterbitkan pada tahun

2023.

Artikel ini membincangkan tentang faktor-faktor pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi

MARA (UiTM) cawangan Kampus Perak. Artikel ini mengkaji kecenderungan pelajar-pelajar

aliran sains mengambil kursus biologi dan fizik. Kebanyakan dari mereka memilih kursus

biologi atau fizik disebabkan dua faktor utama iaitu faktor persekitaran dan faktor peribadi atau

emosi.

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pendidikan tinggi yang

ditakrifkan secara meluas sebagai salah satu pemacu utama rancangan pembangunan negara.

Pendidikan tinggi amat penting untuk menjamin masa depan anak-anak muda masa kini. Hal

ini kerana peluang pekerjaan kini amat kurang dan persaingan sangat hebat. Kebanyakan

majikan akan memilih graduan-graduan yang terbaik dikalangan yang terbaik. Pemilihan

kursus yang sesuai dengan pelajar-pelajar universiti menjamin keputusan akademik yang lebih

baik dan membuka peluang untuk menceburi kepelbagaian bidang dalam alam pekerjaan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, statistik kini menunjukkan pengurangan enrolmen

pelajar dalam pendidkan tinggi terutamanya STEM. Hal ini dapat menjejaskan masa depan dan

ekonomi negara.

3
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

2.0 FAKTOR-FAKTOR DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

i. Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran yang kebiasaannya mempengaruhi dalam membuat keputusan untuk

memilih aliran adalah sosioekonomi latar belakang dan persekitaran mereka seperti

keluarga, kenalan rapat, rakan-rakan dan media masa. Faktor daripada keluarga

cenderung kepada pekerjaan ibu bapa atau keadaan keluarga tersebut. Keadaan keluarga

yang daripada keluarga yang besar dan bukan dari keluarga yang senang memainkan

peranan penting bagi pelajar yang memilih aliran sains seperti biologi dan fizik. Selain

itu, kenalan rapat atau rakan-rakan juga mempengaruhi keputusan ini. Menurut

Stephanie Yardley Postdoctoral Research Fellow, dia memilih aliran fizik kerana

menerima galakan daripada guru fiziknya. Hal ini kerana dia mendapat keputusan yang

baik dalam subjek fizik. Pengaruh ini boleh dikategorikan sebagai “penasihat”.

Walaubagaimanapun, kajian menyatakan “penasihat” ini adalah faktor lemah dalam

membuat keputusan pelajar.

ii. Faktor Peribadi atau Emosi

Persekitaran peribadi atau emosi berkaitan dengan kebolehan pencapaian masa lalu atau

minat yang mendalam dalam bidang sains. Pencapaian masa lalu di sekolah atau mana-

mana pertandingan memberi impak besar kepada keputusan pelajar-pelajar ini. Bagi

mereka, pencapaian yang diperoleh menjadi tunggak utama dalam menceburi aliran

sains termasuk biologi dan fizik. Selain itu, pelajar-pelajar ini melihat subjek fizik

sebagai aliran yang menarik minat mereka dan meraka berasa seronok untuk belajar.

Tambahan pula, kajian menyimpulkan bahawa fizik menarik minat pelajar kerana ia

menggambarkan dunia dan aktiviti seharian kita. Kini, kebanyakan guru melakukan

aktiviti luar yang berkaitan fizik bagi menarik minat dan perhatian pelajar dalam subjek

4
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

tersebut. Pelbagai strategi telah digunakan seperti mengadakan aktiviti berkaitan fizik

di luar makmal. Strategi ini melipat gandakan hasil yang baik dan berkesan.

3.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN

Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor pelajar membuat keputusan untuk

memilih kursus aliran sains dalam pengajian tinggi. Para pengkaji menggunakan kaedah

pengumpulan data kuantitatif daripada kaji selidik 36 pelajar dari pelajar Diploma Sains

di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar

semasa program akademik diadakan di fakulti. Ianya dikumpul selepas program itu

selesai. Soal selidik yang diedarkan mengandungi soalan-soalan demografik seperti umur,

jantina, Alpha Cronbach, bilangan adik-beradik dan latar belakang keluarga. Kenalan

rapat seperti rakan sebaya dan orang sekeliling juga memberi kesan di dalam soal selidik

yang dilakukan. Ianya mampu mempengaruhi keputusan pelajar-pelajar dalam memilih

kursus aliran mereka. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik Perisian Sistem 24.0

(SPSS 24.0) asas pada kekerapan, peratusan, skor minimum dan standard pewelewengan.

5
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

4.0 CADANGAN UNTUK MEMBAIKI ISU YANG DIPILIH

i. Peranan Kaunselor Sekolah untuk Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya

Peranan kaunselor sejak bangku sekolah amat penting dalam memberi kesedaran kepada pelajar

untuk mereka memilih hala tuju kerjaya mereka. Hal ini kerana kebanyakan pelajar tidak

mendapat bayangan kerjaya yang mereka impikan setelah tamat persekolahan. Apabila tiada

impian dan cita-cita, maka mereka sukar untuk membuat pilihan dalam memilih aliran di

universiti kelak. Hal ini menyebabkan bakat kebolehan dan kemahiran mereka terpendam dan

mendorong kepada pilihan yg salah. Kebanyakan daripada mereka sedar telah membuat pilihan

yang salah setelah berada di alam pekerjaan. Mereka kurang memberi tumpuan dan prestasi

yang cemerlang semasa bekerja. Jika ianya dididik dan diberi kesedaran dari awal, bakat dan

kemahiran yang ada boleh diasah dari awal.

ii. Mengadakan Pesta Kerjaya

Kebiasaanya kita melihat pelajar yang sudah tamat zaman persekolahan akan mencari aliran

dan universiti yang mereka mahukan. Walaubagaimanapun, jarang kita melihat pelajar-pelajar

ini pergi ke pesta kerjaya. Kini kita dapat melihat terdapat banyak Pesta Kerjaya dilaksanakan

oleh Kerajaan atau Swasta. Pendedahan pesta kerjaya kepada pelajar dapat menarik minat

mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran untuk kerjaya yang diimpikan. Sebagai

contoh, bidang kejuruteraan amat luas. Ianya merangkumi kejuruteraan kimia, kejuruteraan

elektrik, kejuruteraan komputer dan lain-lain. Untuk menceburi bidang kejuruteraan ini, pelajar

perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang ditentukan. Oleh itu, pelajar-

pelajar dapat sasarkan keputusan yang mereka mampu peroleh jika mengambil aliran tersebut.

6
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui soal selidik ini kita dapat mengetahui bahawa kebanyakan pelajar

memilih aliran sains kerana faktor peribadi (emosi). Faktor peribadi adalah faktor yang kuat

kerana ianya merangkumi semangat, minat dan keluarga. Keputusan yang diambil atas dasar

minat dan keluarga memberi impak yang tinggi dalam dunia kerjaya. Kebanyakan dari mereka

yang bertahan dalam sesuatu pekerjaan walau diuji dengan tekanan dan masalah adalah kerana

minat dan keluarga. Setiap pekerjaan mempunyai tekanan yang tersendiri. Begitu juga dengan

pembelajaran. Walau susah bagaimanapun sesuatu aliran, jika ianya disertakan dengan semanat

dan minat, maka mereka mampu untuk bertahan sehingga berjaya di alam pekerjaan.

7
290409
GMGM 2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

6.0 RUJUKAN

i. Northaqifah Hasna Mohamad Khir, Zaidatul Salwa Mahmud, Siti Sumaiyah Sheikh

Abdul Aziz, Muhammad Shaffiq Zainal Osman Shah, Nurul Aimi Zakaria. (2022).

Factors of Decision Making in Science Stream Course in Higher Learning Education.

International Journal of Academic Research in Progressive Education & Development.

ii. Sapora Sipon. (2022). Perana Kaunselor Sekolah Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya

dalam Bidang Sains dan Matematik di Kalangan Pelajar Bumiputera. Jurnal

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

iii. Oscar Dousin. (2019). Work-Life Balance, Employee Job Performance and Satisfaction

Among Doctors and Nurses in Malaysia. International Journal of Human Resource

Studies, Vol. 9, No. 4.

8
290409

Anda mungkin juga menyukai