Anda di halaman 1dari 9

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS

GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

SEMESTER

JAN SESI 2022/2023 (JJ231)

TUGASAN 1 (INDIVIDU)

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DISEDIAKAN UNTUK

PUAN LAILATUL HUSNA BINTI MOHAMMAD

DISEDIAKAN OLEH

AHMAD AMIRUL BIN MAT NOH-290348

TARIKH HANTAR
30.APRIL.2023

PAUTAN ISU

https://www.researchgate.net/publication/350486075_Analysis_Of_Challenges_Facing_Human_Reso
urces_Management_In_Current_Scenario
GMGM 2023

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERBINCANGAN TOPIK 2

3.0 METODOLOGI/DAPATAN KAJIAN 3,4

4.0 CADANGAN BERKAITAN ISU 5,6

5.0 RUMUSAN 6

6.0 RUJUKAN 7

1
GMGM 2023

1.0 PENGENALAN

Pengurusan Sumber Manusia merupakan suatu perancangan yang mewujudkan aktiviti-aktiviti

penggunaan tenaga manusia, proses pemilihan pekerja,pengambilan pekerja, latihan dalam

pembangunan pekerja dan pentadbiran gaji atau faedah upah dalam melakukan pekerjaan.

Sesebuah organisasi yang wujud dan mempunyai bilangan pekerja yang ramai sudah pasti

organisasi tersebut mempunyai pengurusan sumber manusia yang cekap dan saling bertolak

ansur terhadap pekerja. (Waqiuddin, 2016) mentakrifkan sumber manusia merupakan

kakitangan atau pekerja yang memberi khidmat secara efektif dan berusaha mencapai matlamat

yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Tujuan mewujudkan pengurusan sumber manusia

ini menampakkan bahawa pelantikkan yang dilakukan dalam organisasi akan memastikan

pekerja bekerja dengan cemerlang dan mencapai matlamat organisasi. Sumbangan yang

diberikan oleh pekerja dalam organisasi dinilai oleh pengurusan sumber manusia dari segi

tahap kualiti pekerja tersebut. Pencapaian dan kehendak dalam organisasi adalah satu kunci

kejayaan yang dapat dilihat dari sumber pengurusan manusia yang cemerlang. Pengurusan ini

juga aspek yang terpenting dalam semua organisasi dalam menentukan strategi pembangunan.

Pekerja merupakan asset yang penting serta berharga jika dibandingkan dengan sumber yang

lain di dalam organisasi. Menurut penulisan (Rodzah, 2015) aktiviti yang wujud berkaitan

pengurusan sumber manusia ini memberi penekanan kepada penyeragaman terhadap pekerja,

memastikan peraturan dapat dipatuh dan segala prosedur yang dilaksanakan seperti persaraan,

pampasan, pembuangan pekerja dan sebagainya dilakukan dengan teliti. Seiring dengan

pembangunan yang pesat membangun serta kecanggihan teknologi memberi penekanan

kepada pengurusan sumber manusia untuk menaikkan lagi tahap pengurusan yang tinggi.

1
GMGM 2023

2.0 PERBINCANGAN TOPIK

Pengurusan sumber manusia adalah suatu proses yang melibatkan banyak aktiviti yang

dilakukan seperti perancangan pelaksaan kerja yang melibatkan tenaga manusia, pengambilan

pekerja, pentadbiran sesebuah organisasi dan pelbagai lagi. Setiap peranan yang dilaksanakan

oleh pengurusan sumber manusia memperlihatkan perkhidmatan mereka dalam menguruskan

organisasi tersebut dengan baik. (Salman, 2022) menyatakan semakin banyak perubahan yang

berlaku dalam globalisasi, teknologi dan perkara-perkara baharu dalam pengurusan sumber

manusia. Perkara seperti budaya kerja baharu, SOP baharu dalam pelaksanaan kerja, dasar

baharu dan sebagainya telah berubah dan pengurusan sumber manusia perlu peka kepada setiap

perubahan yang berlaku agar organisasi mereka sentiasa seiring dengan keadaan perubahan

semasa yang berlaku. Jika dilihat teknologi kini mengurangkan tenaga kerja dan menggantikan

dengan robot sebaliknya fungsi pengurusan sumber manusia masih memerlukan tenaga kerja

untuk meneruskan pentadbiran yang sedia ada. (Makhbul, 2020) menyatakan kajian yang

dibuat berdasarkan organisasi yang gagal membuat perancangan menangani arus perubahan

memberi kesan yang negatif kepada fungsi pengurusan sumber manusia organisasi tersebut.

Kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin dalam organisasi tersebut akan memperolehi

kejayaan sekiranya dapat menguruskan fungsi pengurusan sumber manusia ini dengan

sempurna.

2
GMGM 2023

3.0 METODOLOGI/DAPATAN KAJIAN

Kepesatan pembangunan dan teknologi dalam negara mempengaruhi kepada bidang

pengurusan sumber manusia untuk lebih maju kehadapan. Dapatan kajian mendapati, setiap

perubahan kearah kemajuan seperti perubahan yang berlaku dalam dunia teknologi memberi

penekanan kepada kepantasan dan kecanggihan. Perubahan teknologi yang berlaku adalah

salah satu cabaran utama dalam pengurusan sumber manusia dan perubahan ini membantu bagi

memperkemaskan lagi pengurusan sumber manusia. Pekerja yang mahir dan berpengetahuan

tinggi mengendalikan teknologi tersebut akan menampakkan sesebuah organisasi beroperasi

dengan cekap dan professional. Setiap organisasi memerlukan pekerja yang mahir

mengendalikan perubahan teknologi terkini dan mahukan keberkesanan dalam membentuk

proses kerja. Namun begitu jika perubahan teknologi ini tidak dapat diselenggara dengan baik

ia akan menimbulkan masalah dikalangan kerja dan masalah disetiap proses yang berlaku.

Sebagai contoh, sesebuah organisasi mempunyai ramai pekerja yang terdiri daripada kalangan

baby boomers atau gen x. Golongan ini adalah golongan yang kurang mahir dalam

mengendalikan teknologi terkini dan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk

mempelajari proses teknologi terkini. Oleh itu, pengurusan sumber manusia dalam organisasi

tersebut perlu mencari jalan penyelesaian dan memberi sedikit masa untuk mereka memahami

perubahan teknologi terkini.

3
GMGM 2023

Perbincangan yang seterusnya hangat diperkatakan adalah perubahan persekitaran

perundangan. Pengurusan sumber manusia dalam setiap organisasi akan memastikan setiap

perkara yang berlaku akan mengikut prosedur undang-undang pekerjaan yang telah ditetapkan.

(Ismail, 2023) Ini kerana sesetengah perkara seperti umur persaraan telah berlaku perubahan.

Umur persaraan telah meningkat dari 55 tahun ke 60 tahun. Perkara sebegini menjadikan

sesuatu perkara terlepas pandang dan pengurusan sumber manusia harus peka dan mengetahui

undang-undang terkini agar tidak berlaku sebarang kejadian salah faham di dalam organisasi.

Isu umur persaraan ini menjadi satu cabaran bagi setiap pengurusan sumber manusia sesebuah

organisasi kerana memberikan kesan baik dan buruk. Kesan baik yang dapat dilihat adalah dari

segi pengalaman menguruskan tugas dan mahir dalam kerja mereka. Mereka yang berumur ini

juga tidak memerlukan pengawasan kerja yang kerap oleh ketua kerja di dalam organisasi

sebaliknnya mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik. Mereka yang bekerja lama dalam

sesebuah organisasi ini mempunyai nilai kesetiaan yang tinggi sampaikan tidak sanggup atau

tidak mahu mencari pekerjaan yang lain. Namun begitu, setiap kesan yang baik pasti ada kesan

yang buruk sama ada secara jelas atau pun tidak. Sesetengah mereka yang berumur dalam

sesebuah organisasi ini juga sukar diuruskan jika mereka sentiasa merasakan ‘seniority’ dalam

diri mereka. Pengalaman yang agak luas dalam diri mereka membuatkan mereka susah untuk

menerima sesuatu pendapat baru dari pekerja yang lain dan mereka lebih suka merendahkan

pekerja yang baru. Setiap perkara yang berubah dalam organisasi tersebut membuatkan mereka

jadi sukar untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak mahu belajar perkara yang baru.

Pengurusan sumber manusia harus menitik beratkan perkara ini agar perubahan pelaksanaan

kerja sentiasa berubah dan tidak berada ditakuk yang sama. Jika dibiar perkara ini berlarutan,

pelaksanaan kerja dalam organisasi tersebut mungkin mundur dari organisasi yang lain dalam

mengejar perubahan teknologi terkini. Setiap cabaran yang berlaku ada kesan dan buruk dan

pengurusan sumber manusia harus memainkan peranan penting dalam mengatasi setiap

4
GMGM 2023

cabaran yang berlaku untuk memastikan pekerja dan organisasi tidak terjejas dalam sebarang

masalah.

4.0 CADANGAN BERKAITAN ISU

Setiap cabaran yang berlaku dalam pengurusan sumber manusia aka nada jalan penyelesaian

dengan baik dan dapat dilaksanakan dengan strategik. Persekitaran dan perubahan globalisasi

dalam pengurusan sumber manusia perlu dihadapi meskipun banyak perkara tersebut agak

sukar untuk diubah. Organisasi yang bersedia menghadapi cabaran perubahan akan membuat

perancangan cadangan yang tesusun untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Berikut

adalah beberapa isu yang dapat diterangkan secara jelas :

Pertamanya oraganisasi yang peka akan berlakunya perubahan globalisasi pasti bersedia dalam

memilih pekerja. Kesilapan yang sebelum ini seperti silap membuat padanan seseorang dengan

kerja menjadikan proses pengurusan tidak berjalan lancar. Teknologi terkini amat canggih dan

pengurusan sumber manusa organisasi tersebut membuat pemilihan pekerja dengan betul.

Setiap pemilihan yang berlaku harus ditapis dari segi pengetahuan maklumat seseorang dan

cara menangani masalah dengan teratur. Selain itu, pertingkatkan kursus berkaitan teknologi

semasa kepada golongan yang kurang mahir berkaitan teknologi terkini agar mereka terdedah

kepada isu teknologi semasa. Mereka akan lebih memahami bagaimana untuk mengatasi segala

maklumat atau perkara yang berkait dengan teknologi terkini dan secara tidak langsung mereka

sentiasa dapat memikirkan perancangan yang strategik mengatasi masalah. Golongan yang

sentiasa mengamalkan kerja mudah atau sudah berada dalam zon selesa dan tidak mahu

menukar cara kerja mereka dalam perubahan teknologi semasa akan menyukarkan segala

proses kerja. Pihak pengurusan sumber manusia yang mempunyai perancagan yang teratur

akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk menarik golongan yang kurang mahir ini berminat

menukar cara kerja lama mereka kepada cara kerja baru yang seiring dengan teknologi semasa.

5
GMGM 2023

Isu yang kedua berkaitan umur persaraan dari 55 kepada 60 tahun ini adalah satu perkara yang

harus dibahaskan semula oleh pihak kerajaan. Pihak pengurusan sumber manusia juga sentiasa

berpegang teguh kepada undang undang yang terkini dalam menguruskan umur persaraaan ini.

Seperti yang kita lihat ramai golongan muda pada masa kini sukar mendapat pekerjaan kerana

sesetengah golongan mahukan umur persaraan sehingga 60. Cadangan berkaitan hal ini adalah

mengawalkan umur persaraan kepada 50 tahun perkhidmatan dan memberi laluan kepada

golongan muda untuk menguruskan urusan kerja. Lambakkan golongan muda kini tidak dapat

dibendung jika umur persaraan ini tidak mempunyai sarat yang baru. Melalui artikel (Adnan,

2023) menyatakan jika kerajaan bersetuju memanjangkan had persaraan kepada 65 tahun, akan

memberi impak negatif kepada golongan muda terutama graduan lepasan institusi pengajian

tinggi. Selain itu, mereka ini akan sukar memperolehi peluang pekerjaan baharu dan tidak dapat

merasa bagaimanakah alam pekerjaan ini. Anak-anak muda ini terpaksa menunggu masa yang

agak lama untuk masuk ke alam pekerjaan disebabkan tiada kekosongan jawatan. Justeru itu,

cadangan kepada kerajaan adalah menghadkan umur persaraan kepada umur 50 tahun dan

pihak pengurusan sumber manusia ini mudah untuk menguruskan pengambilan pekerja baru.

5.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, setiap organisasi yang beroperasi memerlukan pengurusan sumber

manusia kerana pengurusan ini penting dan tanpa pengurusan sumber manusia ini segala

aktiviti dan objektif organisasi dapat dicapai. Selain itu, segala aspek motivasi pekerja

termasuklah persekitaran dapat diselenggara dengan baik. Organisasi yang sentiasa menjaga

kebajikan pekerja dan menggerakkan segala aktiviti adalah organisasi yang mempunyai

pengurusan sumber manusia yang terbaik. Setiap cabaran dan halangan yang mendatang

menjadikan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi meluaskan segala perancangan

yang sedia ada dan akan berkembang seiring perubahan globalisasi yang berlaku.

6
GMGM 2023

6.0 RUJUKAN

I. Waqiuddin, 2016. Pengenalan Pengurusan Sumber Manusia

http://thestorytellingmyworld.blogspot.com/2011/07/pengenalan-pengurusan-sumber-

manusia.html

II. Rodzah, 2015. Pengurusan Sumber Manusia Di Malaysia

https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-6-pengurusan-sumber-manusia1.pdf

III. Irwan Shafrizan Ismail, 2023. Had Umur Bersara Di Malaysia

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088504/umur-bersara-msia-

naik-kepada-65-beberapa-tahun-lagi

IV. Farah Liyana Salman, 2022. Cabaran Pengurusan Sumber Manusia

https://ilhami.my/blog/cabaran-yang-dihadapi-oleh-pengurusan-sumber-manusia/

V. Professor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul, 2020. Pengurusan Sumber Manusia

Seiring IR 4.0 https://www.pressreader.com/PengurusanSumberManusiaIR4.0

VI. Shahir Adnan, 2023. Had Umur Bersara Kepada Kerajaan

https://harakahdaily.net/index.php/2023/04/11/had-umur-bersara-impak-masa-depan-

rakyat/

Anda mungkin juga menyukai