Anda di halaman 1dari 171

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 1)

PERTEMUAN SEMULA.............. (menggamit rasa, mengimbau memori...)

“Anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Ubat apa

tokwi, ubat limau lelang…….” Dah! Dia buat dah! Adibah menekup kedua

telinganya rapat-rapat. Rasa terbakar gegendang telinganya setiap kali melodi

lagu itu menembusi lubang melalui celahan jari jemarinya.

“Oit! Sudahlah! Sakit telinga aku. Macam dah tak ada lagu lain dah ke? Balik-

balik lagu anak itik tokwi! Asyik-asyik anak itik tokwi! Nak muntah aku!” Lutfi

tersengeh. Makin seronok bila Adibah mula menyinga. Memang itu pun tujuan

murninya!

“Suka hati akulah nak nyanyi lagu apa! Lagu ni best apa! Comel lagi!”

“Apa yang comel? Anak itik tu ke atau tokwi?” Mata Adibah mula membuntang.

Kalau boleh, hendak je mamat sewel ni ditelannya hidup-hidup.


“Dua-dua pun comel! Eh! Eh! Silap! Tiga-tiga pun comel, termasuk engkau

sekali!” Lutfi ketawa terbahak-bahak sebelum melarikan diri tatkala melihat

Adibah mula bangun cuba untuk mengejarnya..

Tapi itu dulu! Kenangan 15 tahun lepas. Mata Adibah tidak berkelip memandang

jejaka yang duduk bersebelahan mejanya. Dia ke tu? Lain sangat tapi memang

macam dia, Lutfi!

“Adi! Adi!” Adibah tersentak bila terasa pinggangnya dicuit. “Apa yang engkau

pandang tu? Dari tadi tak berkelip!” Adibah tersengeh. Tersipu-sipu malu bila

menyedari tingkahnya mendapat perhatian Rosmah.

“Engkau pandang lelaki tu kan?” Adibah sekadar mengangguk. Rosmah tergelak

kecil. Adibah ni, nampak je pemalu tapi boleh tahan juga bila dia memandang

lelaki. Rosmah tergelak lagi.

“Kenapa akak ni! Gelakkan Adi pulak!” Sebuah cubitan hinggap di lengan

Rosmah. Serta merta terasa darah menyirap hingga ke mukanya tatkala melihat
lelaki yang direnungnya tadi tiba-tiba bangun menuju ke arahnya. “Itulah engkau

Adi! Yang gatai pi pandang dia buat apa! Dia dah datang sini dah! Sorry ye, akak

tak tahu apa-apa” Rosmah membebel perlahan. Kedua tangannya di angkat ke

atas.

“Hai! Rasa macam kenal!” Dia menyapa sambil tersenyum. Adibah terdiam. Dia

menjeling ke arah Rosmah, namun wanita itu berpura-pura tidak tahu.

“Adi kan? Tak kenal saya?” Dahi Adibah berkerut. Teragak-agak untuk

menjawab. “Lutfi! Anak itik tokwi!” Adibah akhirnya tersenyum. Memang tak

silap!

“Ingat?” Soalnya lagi. Adibah mengangguk laju. “Lama tak jumpa Adi. Dah tak

brutal macam dulu lagi ye! Makin comel!” Muka Adibah mula merona merah. Dia

makin tersipu bila Rosmah tersenyum penuh makna memandangnya.

“Yang! Apa ayang buat kat sini? Tinggal Yana sorang-sorang je!” Seoarang gadis

manis tiba-tiba datang memaut manja lengan Lutfi. Lutfi tersengeh cuma.
“Kenalkan, ini Yana, tunang Lutfi” Gadis yang bernama Yana itu terseyum manis

namun ketara senyum yang diberi bagaikan terpaksa.

“Adibah” Tangan dihulurkan namun tidak bersambut. “Yana! Tunang Lutfi!”

Gadis itu mengulangi apa yang diucapkan oleh Lutfi. Keras bunyinya bagaikan

memberi amaran; “Dia hak aku, jangan sekali-kali dekati!”

“Ini contact no saya! Jangan lupa call. Dah lama tak sembang!” Adibah hampir

tergelak mendengar Lutfi membahasakan dirinya sebagai “saya”. Janggal benar

bunyinya. Lelaki itu pun sudah jauh berubah. Sudah berjaya dalam hidupnya tak

macam dulu, serabai semacam dan selalu mendapat nombor tercorot di dalam

kelas.

“Kau tengoklah nanti Adi! Bila aku dah besar nanti, aku mesti jadi Manging

Director pada syarikat aku sendiri. Masa tu mesti ramai yang tergila-gilakan aku,

termasuk engkau! Dan masa tu, aku mesti jual mahal macam kau buat kat aku

sekarang!”
Adibah tersenyum sendirian. Memang Lutfi mengotakan janji-janjinya.

Tuan Lutfi Bin Tuan Luqman

Managing Director

Kad nama ditangannya dibelek lama. “Dahlah tu. Kang terbakar pula kad tu

kalau Adi dok renung lama-lama!” Adibah tergelak. Terlupa pula pada Rosmah

yang sudah lama memerhatinya.

“Siapa tu Adi? Anak itik tokwi? Apa tu?”

“Akak ni, satu-satulah tanya!” Adibah tergelak lagi. Kepalanya digeleng-geleng

beberapa kali.

“Dia tu classmate Adi masa sekolah menengah. Jahat sangat budaknya. Selalu

ponteng kelas. Tak sangka, sekarang dia dah berjaya dalam hidup. Tak macam

Adi, masih terkapai-kapai membina kerjaya” Rosmah menumpang dagu

memandangnya penuh minat.

“Lagi?” Soalnya pendek.

“Lagi? Akak nak tahu apa lagi?”


“Anak itik tokwi tu lah! Apa maksudnya tu?” Masih berminat ingin tahu.

“Alah akak ni, mana ada apa-apa. Itu sekadar lagu. Dulu-dulu dia suka sangat

nyanyi lagu tu kat Adi” Adibah ketawa kecil. Bagaikan mengimbau kenangan

silam tatkala nama lagu itu disebut.

“Nyanyi kat Adi? Isk! Apasal lagu itik tokwi pulak?”

Adibah tergelak. Tangannya dipekup ke mulut menahan tawanya yang makin

kuat.

“Akak ni! Manalah Adi tahu kenapa dia suka sangat nyanyi lagu tu pada Adi!

Mungkin muka Adi ni macam anak itik kot?” Gelaknya masih bersisa.

“Anak itik comel! Adi kan comel! Dia nyanyi lagu tu sebab dia sukat kat Adi lah

tu” Ketawa Adibah makin galak. Air mata yang mula terbit di sekanya cepat-

cepat.

“Uiks? Apalah akak ni. Kot ye pun suka kat Adi nyanyilah lagu cinta ke apa ke.

Takkanlah lagu tu pulak. Merepek je akak ni! Dia tu memang jenis yang kuat
mengusik. Bukan Adi je yang dia usik, semua budak perempuan pun dia kacau!”

Rosmah akhirnya tergelak sama.

“Tapi tunang dia sombong betul. Menyampah pula akak tengok. Muka cantik tapi

perangai buruk” Adibah terdiam. Malas hendak memberi sebarang komen.

Walaupun dia agak terasa huluran tangannya tidak bersambut, namun dia tidak

menyimpan di dalam hati. Biarlah!

Lutfi bersandar pada kerusi empuknya. Berkeriut-keriut bunyi besi kerusinya

setiap kali dia memusingkan badan. “Adi!” Dia tersenyum sendirian. Dah tak

macam dulu! Dia tersenyum lagi. Adibah yang dulu jenis yang berani, lasak!

Banyak mulut! Tapi yang ini lain! Pemalu, pendiam! Pandangannya juga sudah

tidak setajam dulu, asyik melarikan anak matanya setiap kali berbicara. Lutfi

masih lagi tersenyum.

Dia sebenarnya ingin meminta nombor telefon Adibah tetapi bimbang Yana akan

berkecil hati. Tunangnya yang seorang ini mudah sangat cemburu. Bimbang

sekadar memburukkan keadaan.


“Anak itik tokwi mandi dalam kolam……” Lutfi bersiul kecil mengalunkan melodi

lagu tersebut.

Dia berdiri melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tangannya diseluk ke

dalam poket seluar. Bertemu Adibah bagaikan menggamit kenangan dulu.

Kenangan sewaktu di SMAD. Entah kenapa gadis ini sering mencuri

perhatiannya. Dan gadis ini jugalah yang sering memaki hamunnya. Peliknya, dia

suka begitu. Kerana gadis ini jugaklah buat dia berusaha keras memajukan

hidupnya. Anehnya, gadis itu hilang tanpa khabar berita dan kini tiba-tiba

menjelma di depan mata. Dengan penampilan yang berbeza dan dengan sikap

yang berlainan. Gadis itu bukan Adibah yang dulu!

Sikap kewanitaannya makin terserlah. Anak itik tokwi itu makin comel di

matanya. Sayang! Adibah muncul tatkala Yana sudah menduduki hatinya.


MASIH SEPERTI DULU.......

Air yang baru separuh masuk ke mulutnya, tersembur keluar. Tersedak-sedak

dia bebarapa kali. “Sial kau ni Adam! Tak reti nak bagi salam ke? Main sergah-

sergah pulak! Macam nak bagi aku ni mati cepat je!” Adam terbahak-bahak

ketawa melihat wajah Lutfi yang berkerut-kerut menahan rasa perit di tekaknya.

“Hang tu yang dok berangan kata aku sergah pulak! Awat? Ingat kat sapa?”

Ketawa Adam masih bersisa. “Berangan apa pulak? Tak nampak ke yang aku dok

minum kopi ni! Engkau jangan nak buat cerita dongeng pulak!” Kepala Adam

ditunjalnya beberapa kali.

“Eh? Hang bergaduh dengan Yana ka? Masam je muka! Aku tegur pun tak

berjawab!” Kening Lutfi sedikit terjungkit. “Tak adalah! Mana aku tahu.”

“Hai! Tunang sendiri pun hang tak tau apa tak kena! Hang ni biaq betui Lut oii!”
Adam mengelengkan kepalanya beberapa kali. Lutfi terdiam. Sungguh! Memang

dia tak tahu mengapa.

“Biarlah! Orang pompuan, memang macam tu. Moody memanjang!” Adam

tergelak. Sebatang rokok milik Lutfi dicapainya tanpa meminta. Adam memang

macam tu. Barang orang lain dah jadi macam hak dia. Ambil ikut suka, capai bila

hendak!

“Adam!”

“Umph!” Adam masih asyik menyedut rokok. Berkepul-kepul asap itu berlari ke

luar melalui rongga hidung dan mulutnya.

“Awatnya?” Lutfi terdiam. Teragak-agak untuk kembali bercerita.

“Laaaaa…..Senyap pulak! Hang ni, awatnya?”

“Kalau aku cakap yang aku tak cintakan Yana, macam mana”

Adam terbatuk-batuk. Mula-mula perlahan tetapi kemudiannya makin kuat pula

bunyinya. Lutfi tersengeh.


“Aik? Dah bertunang dah, tak lama lagi dah nak nikah. Hang tiba-tiba cakap tak

cinta? Biaq betui hang ni! Siang malam dok usung ke hulu ke hilir, alih-alih cakap

tak cinta! Memang sahlah hang ni boya! Boya tembaga!” Lutfi masih tersengeh.

Membiarkan Adam berterusan berleter terhadapnya.

Memang benar! Dia tidak cintakan Yana. Gadis itu yang selalu mendesaknya dan

yang peliknya dia tidak pernah pula membantah. Dulu dia tidak kisah tetapi sejak

pertemuan dengan Adibah tempoh hari, segala-galanya sudah menjadi lain.

Kasih yang tertanam sejak dulu mekar kembali.

“Adi! Adi! Apasal kau ni sombong sangat? Kalau setakat anak itik macam kau ni,

berlambak-lambak aku boleh jumpa kat tepi jalan tau!” kedekut sangat budak ni.

Nak pinjam nota sejarah pun susah. Macamlah luak!

“Hah! Kalau dah tahu anak itik macam aku ni berlambak, ngapa tak pinjam je kat

dia orang. Yang kau asyik menempen kat anak itik ni juga apasal?”

“Sebab kau comel!” Maka drama kejar mengejar akan berlaku seperti biasa
Adibah tersenyum sendirian. Bagaikan menyaksikan filem di layar perak, satu

persatu adengan di masa lalu bermain-main di kotak fikirannya. Adibah

tersenyum lagi. Tidak sangka akan bertemu Lutfi semula. Samseng kampung

dusun! Dia kemudiannya tersengeh!

“Adi!” Badannya berpaling mencari arah suara yang memanggilnya. “Adi, boleh

tolong akak?” Mata Adibah memandang tidak berkelip, menanti pertolongan

yang bakal diminta oleh Rosmah.

“Akak nak balik sekejap. Anak akak, Si Aiman tu jatuh kat sekolah. Tadi cikgu dia

call suruh bawa balik” Nada suara wanita itu sedikit tercungap. Mungkin dia

tergesa-gesa berlari mendapatkannya sebentar tadi.

“Akak nak Adi buat apa?”

“Tolong ganti akak ambil minute meeting kejap lagi. Kang boss ada meeting.

Akak takut tak sempat balik” Adibah meneguk air liur beberapa kali.
“Errrrrr……… Adi tak biasa lah kak. Tak pandai lah!”

“Tolonglah Adi! Pleaseeeeeeeee…..” Aduh! Rayuan yang melemahkan setiap urat

nadi tubuhnya. Dia akhirnya mengalah. Menganggukkan kepalanya beberapa

kali.

Jam di tangan kirinya, direnung beberapa kali. Dadanya sudah berdebar-debar

menanti masa mesyuarat bermula. Takut! Semuanya boss-boss besar di dalam

bilik tu nanti. Tentu dia tak betah duduk. Yang Kak Rosmah ni pun satu, time-

time ni pula dia nak balik. Sudahnya, Adibah Si Penakut ni yang terpaksa jadi

bidan terjun.

“Adi! Boss panggil! Dah nak start meeting” Aduh! Panggilan Suhana, penyambut

tetamu bertubuh langsing itu bagaikan menyentap tangkal jantungnya. Dia

mengangguk perlahan sebelum melangkah pergi.

“Bismillahhirrahmanirrohim” Ucapnya perlahan sebelum memulas tombol pintu.

Mukanya bagaikan di sapu natural blusher , serta merta merona merah tatkala
semua mata terarah ke arahnya. Terasa bagaikan kaki nya di gam ke lantai,

tidak mampu untuk melangkah.

“Adi! Duduk sini!” Arah Encik Khairil tatkala melihat Adibah yang masih tercegat

di situ. “Hah? Oh! Ya! Ya boss! Maafkan saya!” kelam kabut dia menarik kerusi di

sebelah Encik Khairil. Aduhai! Malunya bila semua tingkah menjadi perhatian.

Setengah jam mesyuarat sudah berlalu. Dia langsung tidak mengangkat muka.

Tangannya begitu kusyuk menulis setiap bait ayat yang diperbincangkan. Namun

dia terasa bagaikan ada mata yang asyik merenungnya.

Nafasnya dilepaskan, lega! Berakhir juga mesyuarat yang dirasakan seperti

melalui perintah berkurung. Bebas! “Adi!” Wajahnya diangkat ke atas. Hah?

Kertas-kertas yang sudah tersusun elok jatuh berteraburan ke lantai. “Hish!

Kenapa cuai sangat ni Adi!” Cuai? Dia tu yang tiba-tiba muncul macam hantu,

sesiapa pun akan menjadi sepertinya.

“Bila sampai?” Lutfi tersenyum. Senyumannya yang masih sama seperti dulu,
seyuman gatal! “Hemm….. Ada pun suara! Ingatkan patung simen tadi, keras

membisu je kat sini!” Adibah memuncungkan bibirnya. Lutfi ketawa kuat. “Yang

ini memang tak berubah dari dulu ye? Muncung itik ni memang comel!”

Ketawanya makin galak.

Adibah mendengus geram. Cepat-cepat mengutip kertas-kertas yang

berteraburan. Dia ingin segera keluar dari bilik ini. Sangkanya Lutfi dah berubah

namun perangai suka mengusiknya masih sama. Huh! Tak insaf lansung! Di

sebabkan dia, hilang sikap kewanitaan yang selama ini dipupuk. Ingin sahaja di

maki hamun, menjadi brutal seperti dulu. Sabar Adibah! Berdayakah memujuk

hati jikalau tawa mamat sewel ini masih enggan berhenti.

Adibah ingin berlalu pergi namun pergerakannya terhalang bila Lufti berdiri tegak

di hadapannya. Tidak berganjak. “Sorry Adi! Gurau je. Bukan apa rindu nak

tengok muncung itik yang comel tu!” Huh! Dalam minta maaf sempat lagi

mengena!

“Encik Lutfi!” Nama itu ditekan dengan kuat. “Datang ke sini nak bergaduh ke
nak menyambung silaturrahim yang dah terputus!” Lutfi tersenyum. Senyuman

yang menyampah dia tengok.

“Sorry lah! Saya yang meeting dengan boss Adi tadi!” Eh? Ye ke? Tak perasan

pun! Salah sendiri. Siapa suruh muka tu asyik merenung ke bawah. Dok mengira

bulu-bulu carpet yang berwarna kelabu tu ke? Wajah Adibah berkerut seribu.

“Kita makan sama-sama ye?”

“Tak apalah. Saya tak makan tengah hari”

“Diet ke? Patut Adi dah makin langsing tak macam dulu tembam!” Dia ni! Sabar

Adibah!

“Marah ke?”

“Tak! Saya tak marah! Tapi saya akan marah kalau Encik Lutfi terus ada kat

depan mata saya ni. Baiklah beredar dengan segala hormatnya” Lutfi terkekeh

ketawa. Aduhai! Meleset sangkaan aku! Memang dia langsung tak berubah!

“Adi halau saya ke? Tak baik halau customer tau! Nanti boss Adi juga yang rugi

kalau projek berjuta-juta dia ni tak jadi!” Aik? Ugut nampak!


“Saya peduli apa!”

“Yelah! Nanti kalau boss Adi bankrupt, Adi juga yang susah sebab tak ada kerja.

Dah terpaksa bersusah payah cari kerja.” Lutfi masih mengusik.

“Apa susah! Balik kampung jelah!”

“Ye tak ye kan? Balik kampung je! Nanti Adi boleh jadi tokei, tokei anak itik!”

Hahaha…….Ketawanya makin mengekekek.

Nafas Adibah mula turun naik. “KELUARRRR!!!!!!!!!!” Suaranya bergema disetiap

ruang bilik berukuran empat segi itu.

“Akhirnya! Dapat juga saya dengar suara brutal Adi tu ye!” Lutfi mengenyit

beberapa kali sebelum berlalu keluar meninggalkan Adibah. Meninggalkannya

yang sudah berasap ditelinga. Lutfi!


BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 3)

“Sejak bila Adi tukar profession ni?” Adibah tersengeh. Kepalanya yang tidak

gatal di garu beberapa kali. “Tanya akak itu, ini. Dah jadi penyiasat persendirian

ke? Tak pun dah jadi James Bond 007!” Adibah menekup mulutnya menahan

tawa yang mula pecah.

“Hish! Apalah akak ni. Ke situ pula perginya!” Ketawanya masih bersisa. “Gelak

pulak dia! Dah memang betul kan? Dari tadi tak habis-habis dok bertanya pasal

customer kita yang baru tu. Mesti ada apa-apa ni!” Mata Rosmah merenung

penuh tanda tanya.

“Alah akak ni, takkan tanya pun tak boleh. Adi saja-saja je tanya”

“Bukan sehari dua hari akak kenal Adi tau! Dah lama! Macam lah akak tak tahu

apa yang tersurat dan tersirat dalam hati Adi tu!” Adibah ketawa lagi.

“Uik? Akak pun dah tukar profession juga ni, dah jadi ahli nujum pulak ke?

Nujum Pak Belalang kot?” Sudahnya, Rosmah juga turut ketawa mendengar

usikan Adibah. Budak ni! Macam-macam hal!


Wajah Adibah berkerut seribu. Muka Encik Khairil yang sudah dimamah usia itu,

direnungnya tidak berkelip. Aku silap dengar ke? “Errrrrrrr…..Betul ke ni boss?”

Adibah masih belum berpuas hati.

“Laaaaaa. Betul lah! Buat apa saya nak tipu Adi pulak? Customer baru tu mahu

Adi yang handle projek ni.” Hish! Biar betul! “Tapi kan boss, saya ni bahagian

pentadbiran bukannya bahagian jualan atau promosi. Manalah saya tahu nak

uruskan projek tu. Nanti kalau tak mengikut citarasa customer, boss juga yang

susah!” Alasan Adibah yang panjang berjela!

“Tak apa! Ini permintaan customer! Lagipun customer kita tu cakap, Adi lebih

tahu macam mana kehendaknya” Kening Adibah mula terjungkit. Ini mesti kerja

budak Lutfi tu! Aduh! Dia melangkah keluar dengan hati yang sebal!

Sabar Adibah! Sendiri memujuk hati. Hati semakin sakit melihat kerja yang

berlonggok-longgok di atas meja. “Mana satu aku nak buat? Semua kerja bagi

kat aku tapi gaji sikit! Tension!” Bebelannya mula kedengaran.


“Kenapa ni?” Hah? Kepalanya diangkat mendongak ke atas. Datang lagi? Aduh

susahnya kalau macam ni. Air liurnya terasa bagaikan tersangkut. “Kenapa?”

Masih bertanya lagi. Mata Adibah masih terkebil-kebil. “Tak ada apa-apa. Encik

Lutfi datang sini buat apa? Nak bincang pasal projek tu ke? Tapi start next week

kan?” Lutfi tersenyum. Kerusi di depan meja Adibah di tarik sebelum melabuhkan

punngungnya.

Adibah mula resah, Makin rimas bila semua mata staff di office terarah

kepadanya. “Kenapa Adi asyik berencik-encik dengan saya. Cakap macam

biasalah! Rimas pula saya dengar” Rimas? Eh, aku lagi rimas tengok engkau

asyik bertandang ke sini!

“Encik Lutfi customer saya, lagi pun ini office hour. Lebih elok kalau berbahasa

macam tu” Selembut mungkin cuba menutur kata namun di dalam hati, ya Allah!

Hanya Dia yang tahu.

Lutfi ketawa kecil. “Saya lebih suka kalau Adi panggil saja Lutfi atau Lut. Lebih

mesra!” Senyuman gatalnya mula terukir. Adibah terdiam. Wajahnya yang sejak
tadi asyik berkerut makin bertambah berkerut. Cepatlah engkau tua Adibah kalau

hari-hari dok berkerut macam ni!

“Macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Saya akan terus duduk kat sini sampai Cik Adi panggil nama saya Lutfi!”

Muncung Adibah mula keluar. Lutfi tergelak dan kali ini lebih kuat.

“Adibah yang comel, saya bukannya nak tengok muncung itik tu tapi nak dengar

nama saya ni di sebut dengan betul!” Eh? Tak betul lagi nama dia aku panggil? L

. U. T. F. I = Lutfi! Hah! Betullah tu! Dia ni memang sengaja memancing

kemarahan aku!

Adibah bingkas bangun. Cukup! Aku dah fed up! “Sebenarnya Encik Lutfi nak

apa? Kalau pasal projek tu, minggu depan baru bincangkan tapi kalau yang lain-

lain saya tak tahu. Kalau tak ada apa-apa lagi saya dengan bertimbang rasanya

memohon Encik Lutfi beredar denga segera!” Huh! Makin bernanah hati ni, gelak

pulak dia!
Rosmah yang dari tadi sekadar memerhati dan mendengar, tersenyum simpul.

Kepalanya digeleng beberapa kali. Adibah! Adibah!

**********************

“I love you!” Yana bersuara manja. Tangannya kejap merangkul tengkuk Lutfi. “I

know sayang tapi tak perlulah terpeluk-peluk macam ni. Malulah orang pandang”

Rangkulan Yana direnggang dengan perlahan. Yana mula menarik muka masam.

Hum! Merajuk lah tu. Itulah orang perempuan, pantang di tegur sedikit, dah

merajuk! Payah!

“Kenapa tarik muka macam cencorot ni? Nanti cepat tua tau!” Lutfi akhirnya

mengalah, mula memujuk Yana. Gadis itu masih dengan sikapnya. Terus masam

dan membisu.

“Abang belanja Yana aiskrim ye!”

“Huh! Pujuk sikit belanja aiskrim. Asyik-asyik umpan Yana dengan aiskrim! Selalu
macam ni, lama-lama Yana pun boleh jadi gemuk!” Amboi marahnya! Lutfi

tersengeh.

“Gemuk pun ok! Lagi comel, abang pun lagi suka” Hidung Yana dipicit sekali.

“Ye lah tu! Ramping macam ni pun abang masih sempat mengurat orang lain.

Kalau gemuk, terus kena tinggal!” Lutfi tergelak. Orang perempuan, memang

sensitive pasal berat badan kan?

“Abang sukakan Adibah ke?” Ketawa Lutfi serta merta mati.

“Kenapa Yana tanya macam tu?”

“Ye lah kan, dia tu anak itik tokwi yang abang selalu sebut-sebut tu” Ujar Yana.

Mulutnya sedikit terjuih sewaktu perkataan ‘anak itik tokwi’ itu di sebut.

“Eh? Mana ada! Abang kan sayang Yana!” Sayang? Betul ke? Rasa macam tak

ikhlas je menyebut perkataan sayang tu.

“Abang jangan main-main dengan Yana. Abang jangan lupa yang selama ni papa

Yana lah yang banyak membantu sampai syarikat abang maju macam ni!” Lutfi
terdiam lagi. Ini yang dia selalu bosan bila bercakap dengan Yana. Gadis itu

asyik mengungkit budi yang papanya taburkan. Balik-balik, itu sahaja yang

diperkatakan!

“Abang jangan cuba nak tinggalkan Yana pulak!” Makin mengugut pula gadis ini.

Lutfi masih membisu. Tekaknya tiba-tiba terasa loya. Makaroni sup yang tadinya

nampak begitu menyelerakan, mula menjadi kembang di tekaknya.

Adibah mendengus geram. Sudah hampir sejam dia menanti, namun kelibat

orang yang ditunggu masih belum muncul.

“Whoaaaaaa!!!”

“Opocot!” Adibah melompat ke tepi. Mulut ni memang macam tu. Otomatik dia

akan mengeluarkan perkataan itu bila terkejut. Dan yang menjadi geramnya bila

Si Penyergah itu terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagatnya.

“Jahat betul angah ni! Nasib baik along tak ada lemah jantung, kalau tak mesti

dah kiok!” Afnan masih ketawa. Kakaknya yang seorang ini, memang seronok
diusik. Walaupun brutal tapi gelabah satu badan! Dan Afnan terus ketawa tanpa

memperdulikan wajah Adibah yang sudah merah menahan marah.

“Hah! Dah puas ketawa?” Soalnya bila ketawa Afnan mula meninggal sisa.

“Hehehe….Dah! Kalau boleh memang nak ketawa lagi!” Sebuah cubitan hinggap

diperutnya.

“Sepit ketam along ni tak boleh duduk diam ke!” Wajah Afnan berkerut-kerut

menahan perit di perutnya.

“Tahu pun sakit! Kalau nak lagi boleh je along bagi!” Afnan segera mengangkat

tangannya tinggi-tinggi.

“Lekaslah! Tadi dia juga yang sibuk-sibuk nak jumpa along.”

“Oklah! Kelam kabutlah along ni. Semalam mak call. Hand phone along

kenapanya? Dah puas mak tu call tapi tak dapat-dapat. Angah pun cuba call tak

dapat juga!” Alamak! Baru teringat! “Sorry lah! Hand phone along dah rosak.

Jatuh dalam longkang.. Nantilah along beli yang baru tapi kalau angah nak

sponsor boleh je!” Afnan mencebik.


“Mak call along nak apa?” Letih berdiri, Adibah melabuhkan punggungnya pada

tembok kecil di tepi jalan.

“Ada orang datang merisik along minggu lepas!”

“Hah?” Bungkusan plastik berisi pisang goreng, terlepas dari tangannya. Adoi!

Habis rezeki aku!

“Alah along, buat-buat terkejut pulak! Dah ada boyfriend, senyap-senyap je kat

angah dengan mak. Pastu suruh dia pi merisik along ye?”

Dahi Adibah berkerut. “Ish! Mana along ada boyfriend! Bila masa pula along

suruh orang pi masuk merisik? Mana ada!” Penafian yang sekeras-kerasnya!

Afnan tergelak kecil

“Siapa orang tu? Lutfi ke?” Alamak! Terlepas pula nama tu! Adibah menampar-

nampar mulutnya beberapa kali.

“Lutfi? Hah! Kan dah kata, along ni diam-diam ubi ye? Diam-diam berisi

rupanya!” Amboi! Berperibahasa pula dia. Tahulah minat sastera!


“Along tersasul lah! Jangan nak buat kesimpulan yang merapu pulak” Afnan

tersengeh. Pipi Adibah ditarik sebelum berlalu meninggalkannya.

Sampai sahaja di rumah, tubuhnya dihenyak keras di atas sofa. Letih! Matanya

bulat merenung siling empat segi itu. Kipas yang sedang berpusing laju makin

mengkhayalkannya. Siapa ya? Dia mula berteka-teki sendirian. Kenapalah boleh

tersasul nama Lutfi di depan Afnan tadi. Adoi! Berhantu sungguh nama tu.

“Dah lama sampai Adi?” Kak Ijah temah serumahnya tiba-tiba terjengul dari

dapur. Adibah tersentak. Dia cepat-cepat bangun membetulkan duduknya. Kak

Ijah ni paling mementingkan tata susila seorang wanita. Tata susila? Eh? Macam

kat sekolah pulak! Paling pantang kalau melihat anak dara yang duduk atau

perangainya yang kurang sopan. Janda tanpa anak ini memang menjaga

sikapnya. Tetapi sayang bekas suaminya tidak pandai menghargai.

“Baru je kak!” Kak Ijah tersenyum. Punggungnya dilabuh di sisi Adibah. “Nah ni!”

Sekotak coklat dihulurkan kepadanya. Mata Adibah bulat terbuntang.


“Kak Ijah bagi hadiah kat Adi ke? Tapi hari jadi Adi dah lepas pun”

“Bukan Kak Ijah yang bagi!” Kali ini, mulutnya pula yang ternganga. “Bukan

akak? Habis tu, siapa?”

“Entah? Tadi ada jejaka macho datang sini. Dia lah yang bagi” Kak Ijah

tersenyum-senyum.

“Errrr…. Dia tak cakap nama dia ke?” Kotak coklat di tangannya, direnung lama-

lama.

“Tak ada pulak tapi dia sebut anak itik tokwi!” Hah? Kotak coklat itu dicampak ke

bawah.

“Kenapa ni Adi? Campak-campak pula benda ni. Tak baiklah!” Adibah berganjak

ke belakang. Betullah lelaki ni berhantu. Mana dia tahu aku tinggal kat sini.

“Tak ada apa-apalah kak! Adi tak naklah coklat ni, akak sajalah yang makan” Dia

segera berlari ke tingkat atas. Selimut berwarna coklat cair itu, dikelubung

menutupi seluruh badannya. Terasa bagaikan lelaki itu asyik merenungnya.


“Adi! Adi! Bukalah pintu ni!” Suara Kak Ijah sayup-sayup kedengaran di luar bilik.

Adibah masih membatu di dalam selimutnya. Diam tanpa kata.

“Keluarlah! Lelaki tadi tu datang!” Hah? Badan Adibah makin mengerekot di

dalam selimut. Tolonglah! Jangan kacau aku!

“Adi!” Terdengar pula suara nyaring Lutfi yang memekik dari luar rumah. Nafas

Adibah turun naik. Sesak!

“Adi!” Laung Lutfi kian kuat. Hish! Maghrib-maghrib macam ni, menjerit-jerit

pulak dia. Adibah masih diam. Puas berdoa di dalam hati, mengharap Lutfi

segera beredar.

“Adi, keluarlah. Nanti dia menjerit lagi. Malu kat jiran-jiran kita nanti” Kak Ijah

memujuk lembut. Adibah mendengus geram. Tudung yang sudah dilucutkan,

disarung semula ke kepala. Menyusahkan betul!

“Kenapa datang sini?” Suara Adibah sedikit berbisik. Matanya melilau


memandang sekeliling, bimbang jika ada yang mengintip mereka berdua.

“Nak jumpa dengan Adilah” Suara Lutfi juga berbisik. Huh! Mengajuk pulak dia!

“Sekarang dah jumpa, cakaplah cepat!” Lutfi tersenyum-senyum. Adibah makin

panas hati.

Hish! Kalau setakat nak tayang senyum tu janganlah datang kat sini. Saat ini dia

mengharapkan Ultraman Cosmos akan muncul di sini dan memancarkan sinaran

cahaya kepada lelaki sewel di depannya. Biar hancur berkecai macam raksasa

gorkon! Tapi ini kat Malaysia, ultraman cuma ada kat Jepun!

“Dah makan coklat yang saya bagi?” Laaaaa…… Nak cakap tu je ke? Memang

buang masa sungguh!

“Belum! Adi tak makan coklat!”

“Aik? Dulu itulah kesukaan Adi”

“Dulu! Itu je ke yang nak cakap? Dah habis kan? Saya masuk dululah!” Adibah

tergesa-gesa melangkah namun terhenti tatkala tangannya sudah diraih oleh


Lutfi.

“Apa pegang-pegang ni? Ingat Adi ni anak kucing ke? Ikut sedap je nak

pegang!”

“Sorry! Sorry! Tunggulah dulu! Melilau saya cari rumah Adi tau!” Pergelangan

tangan Adibah dilepas dengan segera.

“Saya nak ajak Adi keluar makan. Dah lama kita tak jumpa, banyak yang saya

nak sembangkan dengan Adi” Adibah terdiam.

“Macam mana?” Soalnya pula bila melihat gadis itu sekadar mendiamkan diri.

“Esoklah! Lepas kerja!” Eh? Betul ke ni aku dah berjanji dengan lelaki ni? Jari

jemarinya terasa panas berkuap. Tersilap membuat janji.

“Betul ni? Esok saya tunggu. Saya pegang kata-kata Adi tu!” Adibah terkaku di

situ. Memandang Lutfi yang sudah hilang dari pandangan mata. Tiba-tiba dia

tersenyum. Dalam diam terasa suka! Aduh! Adibah! Jangan macam ni!
BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 4)

Adibah merenung lama kad nama ditangan kanannya. Kat mana ye? Puas

matanya melilau mencari namun lansung tidak kelihatan. Huh! Dia mula

mendengus geram. Kalau tak kerana janjinya dengan mak pagi tadi, mati hidup

balik pun dia tak akan pergi. Macam perigi mencari timba. Patutnya lelaki itulah

yang mencarinya!

"Adi pergilah office dia, dah lama dia tunggu nak jumpa Adi."

"Mak……. Dia yang datang merisik Adi kan? Sepatutnya dialah datang jumpa Adi

kalau nak sangat kenal dengan Adi!" Biar betul emak ni. Tidak pernah-pernah dia

bua kerja gila mcam ni, terhegeh-hegeh berjumpa lelaki!

Perbualan dengan emak pagi tadi, kembali berlegar-legar dibenaknya. Kenapalah

aku boleh bersetuju dengan cadangan emak? Nafasnya dilepaskan keras. Letih

berpusing-pusing sejak tadi. Sampaikan pak guard yang menjaga bangunan itu

pun sudah naik hairan. Pelik agaknya melihat gadis cantik yang terkial-kial sejak

tadi. Gadis cantik? Adoi! Masuk bakul, angkat sendiri!


"Anak ni nak cari apa?" Akhirnya pakcik tua yang memakai topi hitam yang agak

kusam itu bertanya. Adibah tersengeh seperti kerang busuk. Malu sendiri bila

menyedari tingkahnya mendapat perhatian.

"Nak cari syarikat ni! Pakcik tahu?" Sekeping kad nama dihulurkan. Berkerut-

kerut wajah pakcik tua itu. Matanya sekejap dibesarkan, sekejap dikecilkan.

Mungkin dia mengalami masalah penglihatan kot? Hendak membaca ayat yang

tertera itu pun terpaksa mengambil masa yang agak lama.

"Oooooo…… syarikat ni! Boss dia nama Encik Hazmi tu kan?" Kepalanya

diangguk beberapa kali. "Kat tingkat 3. Lepas keluar dari lif tu, anak pergi

sebelah kanan. Mesti jumpa!" Pakcik itu bersuara penuh yakin. Adibah

tersenyum gembira. Syukur!

HAZMI CONSULTANT

Nama tersebut dibacanya berulang kali. Matanya bersilih ganti merenung kad
nama di tangannya dan papan tanda terletak di pintu masuk pejabat tersebut.

Betul lah ni!

"Good afternoon. May I help you?" Lembut suara penyambut tetamu

menyapanya. "I'm looking for Mr. Hazmi. Can I see him?" Hehehe….. Terbelit

juga lidah nak speaking orang putih ni!

"You got any appointment with him?" Adibah terdiam seketika. Mana ada! Tapi

memang dia yang nak jumpa aku. "No!" Gadis bermata perang itu merenungnya

lama-lama.

"Can you ……."

"Tapi dia yang suruh saya datang sini!" Adibah memotong keras bicara gadis itu.

Dah! cukuplah berbahasa orang putih sebentar tadi! Huh! Menyusahkan betul!

"Adi!" Kedua-dua mereka serentak menoleh. Seorang lelaki tersenyum lembut

memandangnya. Gulp! Adibah menelan air liurnya berkali-kali. Subhanaallah!

Kacaknya!
"Biarkan dia masuk Tina! Saya yang suruh dia datang ke mari" Suaranya! Merdu

betul! Gadis tadi merenungnya lagi sebelum menganggukkan kepalanya kepada

Adibah.

"Minta maaf ye Adi! Tina memang tak tahu pasal ni" Dia tersenyum lagi. Aduhai!

Janganlah asyik tersenyum nanti aku ni jadi macam heroin filem Hindustan. Asyik

berangan menyanyi dan menari!

Adibah sekadar mendiamkan diri. Macam ada bongkah batu yang tersangkut

dikerongkongnya. Berat! Sakit untuk berkata-kata. Duduknya juga dirasakan

tidak selesa. Berkali-kali dia bangun membetulkan baju kurungnya yang

dirasakan asyik tersangkut!

"Dari tadi Adi asyik diam je. Macam bercakap dengan dinding pulak saya ni!" Dia

ketawa pula. Tolonglah mak! Ketawanya bagaikan mendengar Mawi menyanyi.

Aduh Saleha!
Adibah tersipu malu. Rasa hendak tergelak pun ada dengan dirinya sendiri yang

tiba-tiba bertukar menjadi pemalu. Ini Adibah lah! Macam mana aku boleh

bertukar sikap ni?

Hazmi mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Pendiam rupanya

Adi ni ye? Emak dan adik Adi cakap, Adi ni banyak mulut. Hairan juga saya

kenapa saya langsung tak dengar sepatah pun perkataan dari mulut Adi" Adibah

tersengeh. Mempamerkan giginya yang putih tersusun.

"Nah! Ini untuk Adi. Harap Adi suka" Wajah Adibah serta merta berkerut.

Memang comel anak patung yang berbulu lebat itu. Warna kuning itu pun

memang warna kegemarannya tapi yang menjadi geramnya kenapa anak patung

itu berbentuk anak itik! Siapalah yang punya angkara ni? Mesti Afnan!

"Kenapa tak ambil? Adi tak suka ke? Tak comel?" Adibah mengeleng-ngelengkan

kepalanya. Dia ingin berkata sesuatu tetapi, ah! Kenapa payah sangat aku nak

bercakap ni.
"Comel!" Amboi! Payahnya! Sepatah sahaja perkataan yang dapat dia keluarkan.

Hazmi tersenyum. Senyuman yang membuatkannya khayal sendiri. Hey! Wake

up Adibah! Dia cepat-cepat membetulkan duduknya.

"Sedap suara Adi! Patut susah nak keluar!" Adibah tersenyum-senyum. "Adi tak

kenal saya?" Soalnya lembut. Siapa? Adibah berkira-kira di dalam hati. Macam

kenal macam tidak.

"Saya kan senior Adi masa sekolah dulu! Tak ingat?" Ya Allah! Baru dia perasan.

Hazmi Hilal! Ketua pengawas semasa dia di tingkatan 4. Pelajar paling popular

dan merangkap musuh ketat Lutfi. Sebabnya, kerana Hazmi lah Si Lutfi asyik

berumah di bilik pengetua.

"Hazmi Hilal kan?" Hazmi tersenyum lembut. Kening hitamnya yang lebat itu

bergerak-gerak tatkala bibirnya melebar dengan senyuman.

"Maaflah! Adi dah lupa!"

"Orang macam saya memang selalu dilupa" Alamak! Merajuk ke dia? Memang

aku tak ingat langsung. Dulu memang handsome tetapi sekarang lagi terlalu
handsome. Mungkin sebab itu aku tak perasan kot?

"Eh! Eh! Janganlah salah sangka dengan Adi. Memang Adi betul-betul lupa. Adi

tak sangka abang…." Opss! Terpanggil 'abang' pulak. Adibah menekup mulutnya.

Pecah ketawa di bibir Hazmi melihat gelagat Adibah. Comel pula melihat

wajahnya yang mula merona merah. "Tak apa! Apa salahnya panggil abang.

Abang pun memang lebih tua dari Adi!" Kali ini, Hazmi pun membasakan dirinya

'abang'.

Nafas Adibah bagaikan tersangkut mendengar bicara Hazmi. Bestnya!

"Errrrrrr………. Abang ke yang merisik Adi?" Nampaknya keramahan mulutnya

sudah mula terserlah. Sikap gadis pemalunya tadi tiba-tiba 'hilang' pula!

"Macam mana? Sudi tak?" Adibah terdiam. Memang dia suka tapi entah perasaan

suka itu macam mana.


"Abang tak memaksa Adi. Fikir dengan baik. Adibah adalah pilihan ibu abang.

Dah lama katanya hendak berbesan dengan keluarga Adibah" Adibah terkedu.

Pilihan ibu? Jadi bukanlah lelaki ini benar-benar sukakannya. Aduh Adibah!

Kesiannya engkau!

Dia melangkah longlai ke perhentian bas. Sedih dan sakit hati bercampur baur

menjadi satu. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Baru teringat janjinya dengan Lutfi

petang ini. Tentu lelaki itu berjanggut menunggunya. Biarkanlah! Mood nya

sudah hilang. Istana indah yang dibayangkan dengan Hazmi sebentar tadi sudah

runtuh dengan tragisnya!

Kenapalah macam ni?

Sebuah kereta tiba-tiba berhenti di depannya. "Adi nak balik? Biar abang

hantarkan!" Adibah terdiam. Termanggu di situ.

"Tak apalah. Adi balik sendiri" Huh! Baru je tadi kau runtuhkan istana harapan

aku, sekarang datang balik? Tak ingin! Buat-buat jual mahal.


"Naiklah! Abang pun tak ke mana hari ni. Tak kisah kalau hantar Adi balik" Hazmi

masih memujuk. Wajah bujur sirih itu di renung tanpa berkelip.

"Tak apalah! Sebenarnya Adi ada janji dengan kawan"

"Kawan? Boyfriend ke?" Senyuman lelaki itu membuatkan dia tidak tentu arah.

Anak matanya dilarikan ke arah lain. Memandang kesesakan jalan yang bertali

arus dengan kenderaan.

"Kalau nak jumpa boyfriend sekalipun, abang masih boleh tolong hantarkan Adi.

Tak salahkan?" Hish! Dah macam memaksa aku ni!

"Adi!" Adibah mencari-cari empunya suara. Alamak! Lutfi!

Hazmi tersenyum memandang Lutfi yang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Apa khabar Lut? Lama tak jumpa!" Wajah Lutfi serta merta berubah. Apa yang

dia buayt dengan Adibah? Tak habis-habis hendak berseteru dengan aku ke?
"Adi! Jomlah! Dah janji kan?" Ujarnya tanpa menjawab pertanyaan Hazmi.

"Tak naklah! Lain kalilah! Adi nak balik ni. Badan rasa nak demam!" Adibah

cepat-cepat berlalu namun terhenti bila Lutfi dengan pantas menghadang

jalannya.

"Come on Adi! Adi dah janji kan? Berdosa tau!" Berdosa? Dia tu tak berdosa ke

asyik menganggu aku! Tunang dah ada tapi masih nak menggatal!

Hazmi yang masih di dalam kereta sekadar memandang. Sesekali senyumannya

terukir melihat gelagat pasangan tersebut.

"Adi!" Lutfi masih mengharap.

"Tak nak!" Tungkas Adibah keras. Dia segera berlari ke arah Hazmi. Cepat-cepat

membuka pintu kereta. Duduk diam di sebelah Hazmi. Wajah Hazmi berkerut.

Terkejut dengan perlakuan Adibah.


"Abang nak hantar Adi balik kan? Hantarlah! Adi nak balik!" Hazmi masih

termanggu. Wajah Adibah dan Lutfi di pandang silih berganti.

"Cepatlah!" Adibah mula mengarah.

Lutfi melepaskan nafasnya. Terkilan dengan sikap Adibah. "Sampai hati Adi!"

Desisnya perlahan. Senja yang keruh bagaikan sama dengan hatinya. Malap!

Suram! Adibah!

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 5)]

"Awat pagi-pagi muka dah jadi macam tikuih mondok ni?" Adam melabuhkan

punggungnya di sisi Lutfi. Pertanyaan Adam tidak berjawab. Dia masih berteleku

di meja, asyik melihat asap kecil yang berkepul-kepul naik dari mug berwarna

putih yang berada di depannya.

 
"Lut! Awat dengan hang ni?" Bahu Lutfi dikuisnya perlahan. Masih tiada tindak

balas. Pelik? Sudah kena sumpah ke? Tiba-tiba berubah menjadi patung

cendana!

"Woii!!!!!!!" Jerkah kuat dari Adam membuatkan Lutfi hampir terlompat dari

tempat duduknya.

"Apa hal engkau ni Adam? Terjerit-jerit macam orang gila!" Gerutunya geram.

Percikkan kopi yang terkena tali lehernya, dikesat dengan kasar.

"Aku yang patut tanya hang lagu tu? Apa yang tak kena dengan hang ni? Dok

melangut dari tadi." Lutfi terdiam. Rasa marahnya tiba-tiba mati. Kedua tangan

diraup ke mukanya. Resah!

"I'm falling in love!" Uiks? Wajah Adam mula berkerut. "Again?" Lutfi tersenyum.

Wajah Adam yang agak terkejut di pandang sekilas. "Anak dara mana pulak kali

ni?"

 
"Aku serius lah! Apa? Kau ingat aku ni playboy ke? Hari-hari asyik jatuh cinta"

Adam mengekek ketawa. Dagunya diusap berkali-kali. Membelai janggut yang

baru mula hendak tumbuh.

"Macam mana dengan Yana? Hang tak kesian kat dia ka?"

"Entahlah Adam! Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Bukan aku tak

kesiankan Yana, bukan aku tak cintakan dia tapi cinta yang kedua ini datangnya

tanpa di duga!" Adam tersengeh.

"Hemmmmmm……..Susahlah kalau lagu ni! Dua-dua pun hang nak. Tamak

sungguh!" Lutfi tergelak. Tamak ke aku? Adibah memang aku suka sejak dulu

cuma perpisahan yang agak lama maka rasa itu pudar di telan masa. Dan tatkala

gadis itu tiba-tiba muncul di depan mata, perasaan yang disangkanya sudah

berkubur di sudut hati, hidup kembali. Namun memang dia akui, perasaan

bersalah terhadap Yana kerap menjengah di hatinya

*******************

 
Adibah tersengeh-sengeh memandang Rosmah yang terkebil-kebil merenung

surat permohonan cutinya. "Kenapa tiba-tiba apply cuti ni?"

"Adi nak balik kampunglah kak! Ada hal penting!" Rosmah terdiam. Kertas

ditangannya, dibelek lagi. "Apa yang penting sangat tu?"

"Penting sangat kak! Ini antara hidup dan mati!" Kening Rosmah serta merta

terjungkit. "Kamu ni kalau cakap biarlah betul-betul Cik Adi oiii! Adi ni

menakutkan akak lah!" Adibah mengekek ketawa. Perutnya ditekan beberapa

kali cuba menahan tawanya yang makin galak. "Betullah akak, takkan Adi nak

tipu pulak!" Memang betul kan? Soal tentang jodoh ini bagaikan antara hidup

dan mati. Silap memilih kita sendiri yang merana dan jika pilihan itu yang

terbaik, hidup bagaikan di dalam syurga lagaknya!

"Macam-macam hal lah engkau ni Adi! Akak tak kisah tapi cuti yang Adi mohon

ni terlalu lama. Seminggu! Bagi ke boss nanti. Lagi pulak, Adi yang handle untuk

projek baru tu!" Bibir Rosmah sedikit terjuih. Adibah terdiam. Kepalanya digaru
beberapa kali. Betul juga kata Kak Rosmah tu! Mesti Encik Khairil bising jika

nampak surat cutinya nanti!

Seperti yang dijangka, wajah Encik Khairil berkerut seribu tatkala surat cutinya

diserahkan. Lama lelaki tua itu menatapnya. "Seminggu? Buat apa lama sangat

kat kampung ni Adi?" Adibah tersengeh. Teragak-agak untuk menjawab. Apa

alasan yang hendak diberi?

"Errrrrrr…….. saya nak kahwin boss!" Encik Khairil terbatuk-batuk. Matanya

sedikit terjegil merenung Adibah yang asyik mempamerkan giginya.

"Angin tak ada, ribut pun tak ada, alih-alih Adi cakap nak kahwin? Hish budak

bertuah ni!" Kepalanya pula digeleng-geleng beberapa kali.

"Saya tak tipu boss! Memang betullah saya nak kahwin tapi saya balik ni

bukannya nak kahwin terus cuma nak berkenalan dengan bakal mertua" Encik

Khairil tergelak kecil. Adi! Adi!

 
"Dahlah tu! Banyak betul alasan kamu ye Adibah! Oklah! Seminggu saja tau?

Lepas tu datang kerja kalau tak nak projek baru tu saya bagi orang lain handle"

Adibah tersenyum gembira. Alah ! Memang tak ingin pun uruskan projek tu!

Aishah tersenyum sendirian. Matanya tidak lepas memandang tingkah Adibah

yang sibuk memasak di dapur. Cepat benar masa berjalan. Anak sulungnya

sudah dewasa. Dan dia bakal menimang cucu tidak lama lagi. Bibir tuanya masih

melebar dengan senyuman.

"Macam mana keputusan Adi?" Soalnya sebaik Adibah melabuhkan punggung di

sisinya. Wajah gadis itu sedikit keruh. "Mak……. Adi tak naklah!"

"Kenapa pula? Adi dah jumpa belum dengan Hazmi?" Tangan Adibah diusap

lembut. Adibah terdiam. Masih terbayang-bayang lagi peristiwa kelmarin.

Peristiwa yang membuatkan petangnya yang indah bertukar menjadi mendung

kelabu. Rasanya masih boleh terdengar lagi gelak ketawa Hazmi dan gadis itu.

Mesranya bukan main. Siap berpeluk-peluk lagi! Hati Adibah mendongkol geram.

 
"Adi…….. Mak tanya ni. Kenapa diam je?"

"Tak ada apa-apa lah mak. Adi dah jumpa dah dengan dia tapi Adi rasa kami

berdua tak sesuailah jadi pasangan suami isteri"

Hemmmm…… Aishah mengeluh perlahan. "Kesian kat Mak Ucu Adi! Dia beria-ria

nak berbesan dengan kita. Masa arwah ayah Adi ada lagi, Mak Ucu dah sibuk

bertanya pasal Adi" Adibah menggigit bibir bawahnya berkali-kali.

"Alah mak ni! Kita dengan Mak Ucu tu kan dah memang bersaudara, kalau tak

berbesan sekalipun masih juga bersaudara" Jari jemarinya sibuk menguis-nguis

hujung tikar mengkuang yang sudah tertanggal. Baru dia tahu yang selama ini

dia dan Hazmi adalah bersaudara. Apa kata orang tu? Bau-bau bacang! Lebih

kuranglah tu!

"Hemmmmmm………. Tak tahulah macam mana mak nak menjawab dengan Mak

Ucu Adi nanti. Tak sampai hati pula nak sampaikan berita sedih ni" Berita sedih!

Mak! Anak emak ni lagi sedih tau!

 
"Malam ni Adi ikut mak pergi rumah Mak Ucu"

"Hah? Buat apa mak?" Wajah Adibah mula berkerut. Wajah ibunya direnung

penuh tanda tanya. Takkanlah sebab nak menyampaikan 'berita sedih' (seperti

yang dikata emak) tu dia pun perlu mengikut sama.

"Ada kenduri malam ni."

"Kenduri apa pulak mak? Adi tak nak ikutlah!" Janganlah emak memaksanya

untuk turut serta. Adibah memohon di dalam hati.

"Adi kena ikut! Wajib!" Adoi! Wajib? Alahai, habislah engkau Adibah!

Wajahnya direnung di dalam cermin. Sekadar berbedak tipis. Cukuplah ! Tudung

berwarna kuning cair itu dipadankan dengan baju kurung warna yang sama.

Tubuhnya dipusing beberapa kali di depan cermin. Hemmm…. Oklah tu! Kang

lawa-lawa sangat ramai pula yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Hehehe…. Tak habis-habis dengan perangai angkat bakul naik sendiri!

 
"Adi! Tak siap lagi ke? Cepatlah! Abang Razak kamu ni dah lama tunggu!" Suara

Aishah nyaring kedengaran dari luar bilik. Adibah terkocoh-kocoh keluar. Asyik

berangan sampai menyusahkan orang pula!

"Amboi Adibah! Sampai bertanduk abang tunggu. Bersiap mengalahkan tuan

puteri" Razak berseloroh sambil ketawa kecil. Adibah tersengeh. Dia dan Razak

sudah macam adik beradik. Jiran sebelah rumah yang banyak membantu sejak

kematian ayah. Dan juga merangkap sebagai driver tak bertauliah kepada

mereka sekeluarga setiap kali hendak ke bandar atau ke mana-mana

memandangkan Razak mempunyai kereta.

Julia isteri Razak turut ketawa. Anak sulungnya yang berusia 2 tahun terlena di

dalam dakapan. "Menunggu Adi bersiap sampai Ajif pun dah tertidur!" Adibah

tersengeh lagi. Salah sendiri jadi terpaksa mengunci mulutnya.

Melalui cermin tingkap dia meninjau ke luar melihat kereta yang berderet di

laman rumah Mak Ucu ibu Hazmi. "Tunggu apa lagi? Cepatlah keluar!" Adibah
terkebil-kebil. Lambat-lambat mengikut langkah emak yang sudah menuju ke

dapur.

"Adi!" Langkahnya mati. Perlahan-lahan mendongak ke atas beranda kayu

berukiran bunga matahari itu. Alamak! Hazmi! Adibah tersenyum kelat.

"Dah lama abang tunggu Adi. Bimbang juga kalau-kalau Adi tak sudi nak

menjengah ke sini" Senyuman yang sentiasa mengundang khayalannya terukir di

bibir Hazmi. Adibah meneguk air liurnya berkali namun sukar untuk ditelan. Asyik

tersangkut di kerongkong saja!

"Abang long!" Seorang gadis cantik tiba-tiba meluru ke arah Hazmi. Merangkul

manja lengan lelaki itu. Mata Adibah bagaikan ingin tersembul keluar tatkala

terpandang wajah gadis tersebut. Gadis yang di lihatnya bergelak ketawa denga

Hazmi tempoh hari. Jadi……

 
"Kenalkan ini adik bongsu abang, Hayati. Dia baru balik dari London! Kenduri ni

untuk sambut kepulangan tuan puteri ni lah!" Adibah kaku di situ. Terkulat-kulat

memandang Hayati yang tersenyum lembut ke arahnya.

"Siapa ni abang long?"

"Kalau empunya diri dah setuju, inilah bakal Kak Long Yati!" Gulp! Terasa

dadanya ingin meletup.

"Oooooooo. Kak Adi kan? Hemmmm….. Cutelah akak ni! Muka macam budak 18

tahun!" Adibah tersipu malu. Baru tahu ke? Hehehe…….Angkat bakul naik sendiri

lagi!

"Adi!" Mereka bertiga serentak menoleh. "Ya Allah budak bertuah ni! Cepatlah

masuk tolong apa yang patut. Tercegat kat situ pulak dia!" Adibah tersengeh.

Emak ni! Kacau daun pula dia! Adibah kelam kabut melangkah meninggalkan

Hazmi yang masih memandangnya. Terasa langkahnya pincang bila ekor mata

lelaki itu mengekor setiap tingkahnya. Cool Adibah! Maintain cute!

 
Adibah tersipu-sipu masuk bila semua mata tertumpu ke arahnya. "Adi! Apa

khabar nak?" Dia tergamam bila tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat oleh Mak Ucu.

Emak yang berdiri di sisinya dijeling sekilas. Wajah emak jelas kelihatan serba

salah.

"Macam mana ni Adi? Mak serba salah nak sampaikan jawapan Adi tu" Suara

Aishah sedikit berbisik. Adibah terdiam. Gadis yang disangkanya teman wanita

Hazmi itu rupa-rupanya adalah adiknya. Kalau hendak diikutkan sekarang

memang tak ada alasan untuk dia menolak memandangkan dia memang suka

kan Hazmi. Tetapi lelaki itu pula sekadar menurut kehendak ibunya. Entahkan

suka, entahkan terpaksa!

Jari jemarinya digenggam erat. Berkira-kira di dalam hati mencari jawapan

sendiri. "Macam mana ni?" Soal Aisah lagi. Masih dalam keadaan berbisik.

"Errrrrr……. Mak cakap je lah Adi setuju!" Betul ke ni? Sendiri masih kurang pasti

namun mulut laju pula bersetuju. Aishah tersenyum gembira. Terasa lega

mendengar keputusan Adibah yang terkini.


Adibah termanggu-manggu di tepi sudut. Duduknya jadi tidak betah bila banyak

mata yang masih memandangnya. Emak pula masih bersama Mak Ucu. Entah

apa yang dibincangkan.

Lama menanti, emak datang ke arahnya dengan tersenyum simpul. Dahi Adibah

mula berkerut. Apahal dengan emak ni?

"Adi! Mak Ucu kamu cakap nak langsungkan upacara peminangan hari ni" Hah?

"Eh? Mana boleh mak! Adi pakai macam ni je. Lagipun, ni bukannya rumah kita.

Barang hantaran pun kita tak sediakan!" Ini yang aku boring ni! Tak menyempat-

nyempat pulak!

"Mak Ucu kamu cakap tak payah dulu semua tu. Dah langsung buat kenduri ni

teruskan sekali lah!" Adoi! Mana boleh macam ni!

"Tapi kan baru merisik je mak!"

"Apa salahnya. Merisik kamu dah setuju teruslah bertunang!" Huh! Menyesal

cakap setuju awal-awal tadi.


 

Dadanya berdegup kencang. Peluk sejuk mula merenek di dahinya. Adoilah!

Time-time ni mula lah rasa sakit perut. Memulas-mulas jadinya

Betul ke ni? Macam tak percaya tatkala jari manisnya disarungkan cincin belah

rotan yang bersinar emasnya. Terasa hangat pipinya menerima ciuman dari

bakal mertua. Tersipu-sipu dia jadinya. Rasa makin tidak tentu arah tatkala

melihat Hazmi yang asyik tersenyum memandangnya. Adoi! Adengan filem

Hindustan kembali menjengah di hatinya. Sedang menyanyi lagu Kuch Kuch

Hotta Hai!

Dalam pada masa itu ada hati yang merintih rindu. Rindu pada Adibah!

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 6)

"Apa? Adi dah bertunang?" Bibirnya diketap menahan debar di hati. "Dengan

siapa?" Nafasnya ditahan seketika. "Hazmi?????!!!!!" Telefon bimbit di tangannya


terlepas. Lutfi terduduk di kerusi. Untuk seketika dia bungkam sendirian. Sesekali

jari jemarinya memicit kepala yang mula terasa berdenyut-denyut.

"Hai sayang!" Yana yang tiba-tiba muncul, memaut manja lehernya. Lutfi

mendengus geram. Pautan Yana ditepis dengan kasar. Wajah gadis itu serta

merta berubah. "Kenapa dengan abang ni? Tiba-tiba je nak marah?"

"Abang tak ada mood!" Yana sedikit mencebik mendengar jawapan Lutfi. "Kalau

dengan Yana, memanjangnya tak ada mood kan?" Lelaki itu tidak menjawab,

masih bersandar di kerusinya.

"Tak apalah! Sampai hati abang buat Yana macam ni!" Bunyi pintu yang

dihempas kuat kembali menyedarkan Lutfi yang seakan hanyut dengan

perasaannya sendiri. Bagaikan baru terjaga dari tidur, Lutfi terpinga-pinga

mencari kelibat Yana yang sudah hilang. Kelam kabut dia berlari mendapatkan

gadis yang mula dihujani dengan tangisan itu.

"Yana! Abang minta maaf sayang!" Lengan Yana dicengkam dengan kuat.

Langkah Yana terhenti. Perlahan-lahan berpaling mengadap Lutfi. Matanya yang

merah berkaca merenung dengan sebak. "Abang dah tak cintakan Yana lagi?"

Bergetar bunyi nada suaranya. Lutfi terdiam seketika. Serba salah untuk
menyatakan pendiriaannya yang sebenar. "Abang masih cintakan Yana. Gadis

yang masih bertahta di hati cuma Yana seorang!" Aduh! Maaf sayang! Hati ini

terpaksa dikongsi!

Yana tersenyum manis. Lega mendengar pengakuan dari lelaki di hadapannya.

Lengan Lutfi dirangkul lembut. Kepalanya dilabuhkan di bahu Lutfi. Bahagianya

jika setiap saat begini. Yana tersenyum lagi!

*********************************

Adibah menggaru-garu kepalanya. Dari tadi dia mencari tapi masih belum

berjumpa. Sudah habis tempat dia menyelongkar namun barang yang dicari

masih belum ke temu. Mana dia? Wajahnya makin berkerut.

"Kenapa ni Adi? Macam kucing nak beranak je! Habis semua barang kamu

sepahkan" Rosmah berdiri mencengkak pinggang memandangnya. Adibah

tersengeh. Seperti biasa, mempamerkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Dokumen untuk projek baru tu dah hilanglah kak! Puas Adi cari tapi tak jumpa-

jumpa pun" Rosmah tergelak kecil. "Dokumen tu ke?" Adibah mengangguk laju.

"Akak dah ambil masa Adi cuti hari tu. Dah tak boleh tunggu lagi, projek tu mesti

dijalankan dengan cepat. Boss dah bagi pada Mia untuk handle kan."
Mata Adibah terkebil-kebil. "Itulah! Siapa suruh cuti lama sangat! Kan sekarang

dah melepas!" Adibah tersenyum meleret. Dalam diam rasa syukur dipanjatkan.

Setidak-tidaknya dia tidak perlu berjumpa dengan Lutfi lagi! "Senyum pulak dia!

Entah hapa-hapa lah kamu ni Adi!" Rosmah menggeleng-gelengkan kepalanya

sebelum berlalu pergi.

"Huh! Lagi senang kerja aku. Tak payah nak berserabut kepala fikirkan pasal

projek baru tu! Thank you boss! Hehehe...." Dia berceloteh sendirian. Pelahan!

"Adi!" Suara yang kuat yang mematikan bebelannya. Mia tersenyum-senyum

memandangnya sambil memegang sejambak mawar merah. "Adi belum pekak

lagilah Mia!" Gerutunya geram. Mia tersenyum-senyum lagi. Dahi Adibah mula

berkerut. Apa kena pulak minah ni? "Sudahlah tu Mia! Dah tak larat nak terima

sedekah senyum tu!" Bibirnya sedikit terjuih.

"Amboi! Diam-diam je Adi ni ye. Romantiknya!" Sejambak mawar merah

dihulurkan kepada Adibah. Mata Adibah terbuntang merenung jambangan bunga

yang kini berada di tangannya. Pertama kali dalam hidupnya menerima

pemberian bunga dari seseorang. Adibah tersenyum sendirian. Bunga mawar

yang masih segar itu diciumnya berkali-kali. Hemmm... Wangi!


Sekeping kad kecil yang terselit di antara kuntuman mawar itu dibukanya cepat-

cepat. Di dalam hati mengharapkan pemberian itu datangnya dari Hazmi! Wajah

Adibah berubah rupa. Keruh!

 DEAR ADIBAH                     

                       CONGRATULATION!

                       LOVE FROM LUTFI

Adibah mendengus geram. Jambangan bunga tadi dicampak keras ke atas meja.

Lain yang diharap, lain pula yang dapat. Kenapalah macam ni! Adibah mengeluh

perlahan.

"Aik? Takkan dapat bunga pun masih mendung berarak kelabu kot!" Lutfi

tersenyum lembut. Aduh! Bibirnya diketap berkali-kali. "Tak cantik ke bunga

mawar ni?" Adibah memuncungkan bibirnya. Matanya tidak berkelip memandang

skrin komputer tanpa menghiraukan Lutfi yang sudah melabuhkan punggung di

hadapannya.

"Sampai hati Adi..."

"Kenapa pulak? Apa yang Adi dah buat?"


"Adi dah lukakan hati saya! Kenapa tak tunggu saya?" Adibah terdiam. Buat apa

nak tunggu dia! "Tunang Encik Lutfi tu nak letak mana?"

"Dia cuma tunang bukannya isteri saya lagi" Amboi! Sedapnya mulut bercakap!

Adibah mendengus geram. "Adi dah  bertunang dah di booking orang! Tolong

jangan kacau Adi lagi!"

"Hazmi tu betul-betul sukakan Adi ke? Dulu Hazmi bercinta dengan Sofia, jaguh

pidato sekolah kita. Apa yang saya dengar mereka berdua masih bersama

sehingga sekarang" Adibah terdiam. Memang pun dulu Hazmi dan Sofia

pasangan yang sentiasa di gossip kan bersama. Memang sepadan. Sama cantik

sama bijak. Kalau hendak dibandingkan Sofia dengannya memang jauh bezanya.

Bagai langit dengan tanah!

"Itu dulu! Sekarang Adi lah tunang Hazmi" Adibah bersuara keras. Lutfi

tersenyum mengejek. "Saya cuma tak nak Adi tertipu atau kecewa!"

"Tapi kalau dengan Encik Lutfi pun sama juga kan? Bukan ke Encik Lutfi dah

bertunang?"

"Tetapi sekurang-kurangnya Adi tahu yang saya memang cintakan Adi kan?"

Wajah Adibah makin merah menahan marah. Dokumen di tangannya dihempas


keras ke meja. "Sudahlah! Saya sibuk!" Dia bingkas bangun meninggalkan Lutfi

yang masih tersenyum memerhati langkahnya.

********************************

Sudah hampir 3 bulan usia pertunangannya namun tidak sekali pun dia dan

Hazmi keluar bersama. Telefon pun boleh dikira dengan jari berapa kali yang

pernah dia terima.

Adibah menumpang dagu di tepi jendela. Memandang bintang-bintang kecil yang

berteraburan di dada langit. Pipinya terasa sejuk dicium angin malam yang

bertiup lembut. Tiba-tiba terasa sayu. Terkenangkan kata-kata Lutfi siang tadi.

Dalam diam terasa ada benarnya. Hazmi memilih dirinya pun atas kehendak

ibunya. Mungkin dia sebenarnya terpaksa. Huh! Keluhan berat dilepaskan.

Perasaan cinta mula berlagu di hatinya. Rasa kasih mula menyanyi di jiwanya

tapi sayang rentaknya sumbang bila cuma dia seorang yang merasainya. Namun

dalam sumbang terasa makin merdu pula di telinganya. Dia tersenyum pula.

Adibah membulatkan matanya. Memandang seseorang yang melambai tangan

dari bawah. Matanya dibuka makin lebar dan sesakali tangannya menggosok-

gosok matanya pula. Macam tak percaya apa yang dilihat di depan mata. Hazmi!
Kelam kabut dia mencapai tudung sebelum berlari ke bawah. Dalam debar terasa

seronok!

"Abang ganggu Adi termenung ke?" Senyuman yang dirindunya terukir di bibir.

Adibah tersengeh. Kepalanya digeleng cepat-cepat. "Ingatkan siapa tu?"

Adibah masih tersengeh. Tersipu-sipu malu di depan Hazmi. "Maaflah! Abang

sibuk sangat kebelakangan ni sampai tak ada masa nak temankan Adi"

"Tak apa!" Entah penyakit apa yang melanda setiap kali berdepan dengan

Hazmi, asyik susah nak bercakap.

"Hazmi!" Mereka berdua serentak menoleh. Seorang gadis berbaju kebaya

melangkah menghampiri mereka.

"Lama lagi ke? Cepatlah! Kita dah lewat ni!" Adibah menelan air liurnya. Sofia!

"Adi kenal kan? Sofia!" Adibah mengangguk perlahan. "Abang ada dinner dengan

dia. Nanti abang call Adi ye" Call? Huh! Sampai berjanggutlah aku tunggu!

"Jangan asyik merenung bintang kat langit tau! Ada sebutir bintang di tanah

yang inginkan perhatian Adi!" Hazmi bersuara sambil mengenyitkan matanya

sebelum berlalu pergi. Wajah Adibah serta merta merona merah menahan

getaran di jiwanya. Apa maksudnya?


Dia masih menghantar pandangan meskipun kereta yang dipandu Hazmi sudah

berdesup berlalu pergi. Betul agaknya kata-kata Lutfi, Hazmi dan Sofia masih

bersama, tetapi ayat terakhir yang diucapkan Hazmi tadi bagai mengungkap

maksud yang tersembunyi. Nafas

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAPTER 7}

Adibah terbatuk-batuk lagi. Sudah masuk hari ke tiga, namun tanda-tanda

batuknya akan reda lansung tidak kelihatan. Dia mengurut dadanya dari atas ke

bawah berkali-kali. Buat seketika nafasnya terasa bagaikan tersangkut.

Dia bingkas bangun menuju ke tingkap. Memandang langit petang yang yang

kian menguning senja. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Terasa begitu selesa

tatkala bau harum daun-daun hijau dan bunga-bungaan segar  memasuki

rongga hidung dan mulutnya.


"Adi!" Suara kuat dari luar bilik memaksanya untuk menoleh. "Buka lah pintu!

Akak ada masak bubur untuk Adi" Adibah tersenyum. Sejak dia jatuh sakit, Kak

Ijah lah yang banyak menjaganya.

"Buat susahkan akak je" Adibah tersenyum namun ternyata senyumannya tidak

bermaya. "Tak ada susahnya, akak cuma masak bubur." Semangkuk bubur nasi

yang masih panas di letakkan di hadapan Adibah.

"Adi tak makan ubat ke? Akak tengok demam Adi tak kebah-kebah lagi. Batuk

pun makin teruk bunyinya" Kak Ijah meletakkan belakang tangannya ke dahi

Adibah. Suam!

"Adi ni dah naik loya makan ubat kak! Dah nak habis pun ubat Adi ni, tapi tak

tahulah kenapa tak sembuh lagi demam Adi!"

"Demam lain kot ni?" Kak Ijah tersengeh. Mata Adibah mula terbuntang. "Apa

akak ni! Demam lain apa pulaknya?" Demam lain? Demam apa? Takkan kerana

cemburukan Hazmi dan Sofia aku boleh jatuh demam sebegini teruk. Betul ke ni?

Aduh! Penangan jatuh cinta memang parah!

"Makanlah! Tak berjamah pun, penat akak masak tau! Atau Adi nak akak

suapkan?"
"Adi tak ada seleralah kak. Kejap lagilah Adi makan" Kak Ijah terdiam

mendengar suara Adibah yang tidak bermaya. Hilang mulut becoknya, hilang

brutalnya bila dia jatuh sakit.

Adibah merebahkan badannya di atas katil. Tangannya meraba-raba bibirnya

yang kering dan mula pecah. Terasa perit.

"Dah nak maghrib ni, Adi jangan tidur pulak! Tak baik tidur masa-masa macam

ni" Pesan Kak Ijah sebelum berlalu pergi. Adibah sekadar mengangguk. Matanya

memang sukar untuk pejam. Berdenyut-denyut kepalanya setiap kali dia

memaksa mata untuk pejam. Sudahnya, telah  beberapa hari tidurnya tidak

menentu.

"Anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang, ubat apa

tokwi, ubat limau lelang...."

Dahi Adibah berkerut. Siapa yang menyanyi kat telinga aku ni? Matanya terasa

agak berat namun digagah juga untuk membuka. "Dia dah sedar" Terdengar

satu suara. Suara yang sama menyanyikan lagu Anak Itik Tokwi, suara yang dia

cukup kenal. Lutfi!


Adibah terpinga-pinga memandang sekeliling. Bilik ini, bukan bilik tidurnya.

Pakaian yang dipakainya juga bukan pakaian yang di pakainya malam tadi. Dia

bingkas bangun namun tingkahnya terhenti, seluruh badannya terasa sengal-

sengal. Kepala pula bagaikan enggan berhenti untuk berdenyut.

"Adi kat mana?" Suaranya sedikit merintih menahan rasa sakit. Kak Ijah

yang berdiri di sebelah Lutfi datang menghampirinya. "Adi pengsan malam tadi.

Adi kat hospital sekarang ni" Belakang Adibah diusap dengan lembut.

Adibah terdiam. Masih dalam keadaan keliru. "Apa awak buat dekat sini?" Lutfi

tersenyum. Senang hati bila Adibah tidak lagi berencik-encik dengannya. "Dia

yang hantar Adi ke hospital. Kebetulan masa Adi pengsan, Lutfi datang ke

rumah" Belum sempat Lutfi membuka mulut, Kak Ijah terlebih dahulu bersuara.

"Adi kena demam panas. Nasib juga tak apa-apa. Kenapa Adi tak beritahu saya

yang Adi sakit?" Beritahu dia? Eh! Eh! Aku silap dengar ke?

Adibah menundukkan wajahnya. Membiarkan rambutnya yang terhurai menutupi

sebahagian mukanya. Jari jemarinya digenggam erat. Mana Hazmi? Bukan ke

Hazmi yang sepatutnya berada di sini sekarang.


"Adi nak makan? Saya belikan untuk Adi ye?" Lembut suara Lutfi memukul

gegendang telinganya. Adibah masih seperti tadi. Langsung tidak mendongak.

"Adi......." Adibah tersentak. Tergamam dengan tindakan Lutfi yang tiba-tiba

menyentuh dagunya, memaksanya untuk mendongak ke atas. "Adi!"

Hazmi tiba-tiba tersembul di muka pintu. Adibah bagaikan tersedar dari lamunan.

Masih tergamam dengan tindakan Lutfi sebentar tadi. Tangan Lutfi yang masih

memaut dagunya, ditepis cepat-cepat. Meskipun Hazmi tidak berkata apa-apa

namun jelas riak kurang senang terbit di wajahnya.

"Adi!" Ulang Hazmi lagi. Dia menerpa ke birai katil. Wajah cengkung Adibah

direnung dalam-dalam. Maaf Adibah! Abang lalai tentang mu! Rasa bersalah

mula menghantui hati lelakinya.

"Lut, thanks! Kak Ijah cakap, kau yang susah payah bawa Adi ke hospital."

Tangannya di hulur ke arah Lutfi namun huluran tangan itu sekadar dibiarkan

sepi oleh Lutfi.  

"Engkau memang sengaja nak cari gaduh dengan aku kan?" Lutfi tiba-tiba

bersuara. Kasar! Hazmi dan Adibah berpandangan sesama sendiri. Terkejut

melihat tingkah Lutfi yang tiba-tiba naik angin.


Lutfi mendengus geram sebelum berlalu keluar. Angin marahnya akan makin

berapi kalau dia terus berada di situ!

"Adi tunggu sekejap ye, nanti abang datang balik" Hazmi bergegas keluar

meninggalkan Adibah yang terkulat-kulat memandang. Adibah masih terkebil-

kebil di atas katil, memandang ruang kosong di dalam bilik itu. Apa yang berlaku

sebenarnya....

"Lut! Lut! Tunggu sekejap!" Jeritan Hazmi tidak diendahkannya. Langkahnya

juga makin dipercepatkan. Ah! Persetankan!

"Lut! Nanti dulu!" Hazmi berlari laju. Langkah Lutfi dipintasnya dengan cepat.

"Kau ni apa hal? Tiba-tiba block langkah aku ni?" Lutfi makin menyinga, bercekak

pinggang merenung wajah Hazmi.

"Aku yang patut tanya kau. Yang kau tiba-tiba marah ni, kenapa? Aku ada buat

salah ke?" Ujar Hazmi sedikit mengah menahan penat mengejar Lutfi sebentar

tadi.

"Engkau rampas Adi dari aku! Kau tahukan, aku dah lama sukakan Adi!"

Suaranya makin kuat. Tidak dihiraukan banyak mata yang mula memandang

tingkahnya.
"Lut, kau kan dah bertunang! Dan aku tak rampas Adi dari kau"

"Tapi, engkau sendiri pun dah ada Sofia kan?" Hazmi terdiam mendengar bicara

Lutfi. Nafasnya ditarik dalam-dalam. "Aku dan Sofia dah tak ada apa-apa lagi.

We're just a friend!"

"Heh! Friend? Setiap malam keluar bersama, engkau kata kawan?"

Lutfi tersenyum mengejek.

"It's up to you nak percaya atau tidak."

"Adibah hak aku! Aku akan ambil semula bila-bila masa!" Nada amaran mula

kedengaran. Hazmi mengeleng kepalanya berkali-kali.

"Kesianlah pada tunang kau Lutfi"

"Aku lebih kesian pada Adibah sebab kau langsung tak cintakan dia!" Tengking

Lutfi sebelum bergegas pergi. Hazmi terpaku di situ. Matanya masih memerhati

kelibat Lutfi yang kian hilang. Hazmi menarik nafasnya lagi. Lebih dalam, lebih

berat. Jam tangan di jeling sekilas. Teringatkan Adibah yang ditinggalkan

berseorangan, Hazmi cepat-cepat mengaturkan langkahnya.


Pintu bilik Adibah dikuaknya perlahan-lahan. Bimbang jika Adibah sedang tidur.

Dilihatnya Adibah masih seperti tadi. Dalam keadaan yang ditinggalkannya

sebentar tadi, masih bersila di atas katilnya. Tidak bergerak!

"Adi....." Masih sama. Kening Hazmi berkerut. Punggungnya di labuhkan di birai

katil. Bahu Adibah disentuhnya lembut. Gadis itu ternyata terkejut, hinggakan

tubuhnya terdorong ke belakang.

"Dah lama abang masuk sini?" Hazmi tersenyum.

"Baru je, tapi tengok Adi macam patung! Mata pandang abang tapi fikiran entah

ke mana melayang" Adibah tersipu malu. Wajahnya segera ditundukkan.

"Adi nak makan?"

"Tak nak, tak ada selera. Nantilah Adi makan" Memang tekaknya terasa mual.

Apa sahaja yang disumbatkan ke mulut akan terasa kembang hinggakan dia

terasa ingin muntah.

"Tak boleh macam tu, nanti Adi bertambah sakit. Abang suapkan ye!" Hazmi

memujuk lembut. Tray besi berisi makanan diletakkan di atas ribanya. Sesuap

nasi disua ke mulut Adibah.


"Tak naklah! Malu lah Adi kalau macam ni, dah jadi budak kecil pulak!" Adibah

tergelak. Mulutnya dipekup dengan tangan. Hazmi juga turut sama tergelak.

Kepalanya digeleng beberapa kali melihat gelagat Adibah yang kebudak-

budakkan.

"Adi cuma ada dua pilihan. Makan sendiri atau abang suapkan!"

"Errrrrr....... Tak ada pilihan ke tiga ke?"Ketawa Hazmi makin galak. Adi! Adi!

Sukarnya untuk menelan bila sepasang mata itu tunak merenungnya. Nasi yang

ditelannya terasa berketul-ketul melalui anak tekaknya. Tidak dikunyah, semua

ditelannya.

"Dah?" Soal Hazmi sebaik melihat Adibah menolak tray besi itu ke tepi. Adibah

mengangguk laju. Please.... jangan paksa aku untuk makan lagi!

"Cepatnya! Cukup tak? Nak abang belikan apa-apa makanan untuk Adi lagi?"

"Dah! Dah! Nanti Adi sakit sebab kenyang sangat makan!" Hazmi ketawa

mengekek. Keningnya yang hitam lebat itu turut sama bergerak-gerak. Kacak

betul!
Suasana hening seketika. Masing-masing membisu tanpa kata. Sesekali

terdengar dengusan nafas Hazmi. Terasa begitu dekat. Hangat! Adibah

tersenyum sendirian.

"Kenapa Adi senyum?"

"Erk? Tak ada apa-apa" Balasnya cepat-cepat. Wajahnya sudah diwarnai ke

merahan, malu bila tingkahnya tadi mendapat perhatian lelaki itu.

"Abang nak tanya sikit, boleh tak?" Adibah mengangguk perlahan. Tanya apa?

Dadanya mula dilanda debar. Mesti pasal Lutfi!

"Apa hubungan Lutfi dengan Adi?" Binggo!!! Tepat sekali tekaannya. Nampaknya

aku boleh menjadi ahli nujum gamaknya, mudah benar membaca fikiran orang!

"Kami berdua cuma kawan. Lutfi kan ex-classmate Adi"

"Mungkin bagi Adi cuma kawan tapi bagi Lutfi, more than that!" Adibah terdiam.

Wajahnya kembali merenung ke bawah, memandang tilam yang bersarung kain

cadar berwarna putih.

"Masa sekolah dulu, selalu juga abang nampak Adi dan Lutfi bersama. Di mana

ada Adi, kat situ mesti ada Lutfi. Biarpun macam anjing dengan kucing tapi Adi
dan dia tak ubah macam belangkas juga. Sentiasa bersama!" Adibah meneguk

air liurnya. Kelat! Pahit! Kesan ubat yang di makannya masih dapat dirasai.

"Sudahlah! Abang tak mahu cerita pasal ni lagi, dan abang tak mahu kita ungkit

kisah dulu" Hazmi mula bangkit. Membetulkan baju kemeja berwarna coklat cair

itu berkali-kali.

"Tapi......... ada satu kisah dulu yang abang tak mahu lupa!" Adibah segera

mengangkat wajahnya. Berkerut-kerut memandang Hazmi penuh tanda tanya.

"Budak comel yang selalu bawa beg sekolah warna kuning dengan gambar

kartun itik kecil tengah berenang. Dari jauh lagi abang dah tahu siapa dia!"

Adibah tersipu-sipu malu. Tersenyum menguntum. Tak sangka selama ini beg

kesayangannya itu berjaya mencuri perhatian pelajar paling top di sekolah.

Hehehe.....

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 8}


"Mi betul-betul cintakan Adi?" Soal Sofia serius. Matanya diberikan sepenuh

tumpuan ke arah Hazmi. Lama menanti jawapan, hinggakan dia menjadi resah.

"Kenapa diam? Agaknya, Mi masih kurang pasti dengan perasaan Mi sendiri?"

Sudu dan garpu yang berada di tangannya, dibaringkan di sisi pinggan. Tisu

berwarna merah jambu itu dibawa ke bibir. Dikesat dengan berhati-hati agar

warna gincu merah hati itu tidak luntur. Namun matanya masih tercacap ke

wajah Hazmi.

Hazmi hanya mendiamkan diri, seolah-olah begitu kusyuk menjamah

hidangannya. "Mi........"

"Kita jangan bincangkan pasal ni boleh tak?" Sofia mengeluh perlahan.

Pandangannya masih tidak beralih arah, terus merenung Hazmi yang asyik

memotong stick daging yang berada di hadapannya.

"Mi....... Mi tak perlu terlalu berpegang pada janji yang Mi buat dengan parent

Sofi dulu. Sofi faham jika Mi akan lepaskan Sofi pergi. Sofi tak kisah!" Hazmi

terdiam. Tingkahnya terus mati. Lirih bicara Sofia bagaikan memalu hatinya.
"Sofi....... Mi dah berjanji kan? Percayalah! Mi seorang yang berpegang pada

janji! Apa pun yang berlaku, Mi takkan lepaskan Sofi!" Kelopak mata Sofia mula

digenangi air. Tersenyum dalam sendu.

"Dah! Dah! Jangan menangis lagi. Cepat makan! Nanti bising pula parent Sofi

kalau Mi lewat hantar balik." Hujung jarinya mengesat lembut juraian air mata

yang mengalir di pipi Sofia. Terukir senyuman indah di bibir gadis itu. Senang

sekali diperlakukan begitu oleh Hazmi. Bahagia bila dia masih mendapat tempat

di hati Hazmi.

***************************************

Hazmi merebahkan badannya di atas sofa empuk berwarna kuning cair. Kedua

tangan dialaskan di bawah kepalanya. Matanya tajam merenung siling putih dan

sesekali pandangan beralih pada kipas yang sedang berputar ligat. Dan ligatan

putaran kipas itu seakan-akan sama dengan hatinya yang kini ligat, kalut!

"Sofi tak nak! Sofi masih sayangkan Mi, cintakan Mi! Maafkan Sofi, Sofi janji

takkan ulangi lagi. Tolonglah Mi, jangan tinggalkan Sofi!" Hazmi memekakkan
telinganya. Hatinya sudah sebal mendengar rayuan Sofia. Sudah banyak kali

gadis itu mempermainkan cintanya. Sudah banyak kali ucapan maaf dan

memaafkan diberi dan diterima, namun ternyata gadis itu bagaikan tidak pernah

serik.

"Mi!" Sofia sedikit menjerit bila menyedari rayuannya tidak diendahkan. Hazmi

memegang kejap stereng keretanya. Kelajuan kereta sudah melebihi hadnya.

Hatinya yang terbakar panas, cuba disejukkan dengan kelajuan kereta yang

dibawanya.

Hazmi cuba memintas sebuah kereta wira yang berada di depannya. Kelajuan

keretanya di pertambahkan. Minyak ditekan. Keretanya meluncur laju namun

gagal memotong kereta wira tersebut, sudahnya keretanya terbabas ke lorong

bersebelahan dan bertembung dengan sebuah lori pasir yang datang dari arah

bertentangan.

"Astagfirullah!" Hazmi bagaikan tersedar dari khayalannya. Dia bangun, duduk

bersandar di sofa. Kedua tangan di raup beberapa kali ke muka. Seketika

kemudian, jari jemari tangannya singgah pula ke dahi, memicit kepala yang mula

terasa sakit.
"Ini semua salah kau Hazmi! Kalau kau berhati-hati bawa kereta, kemalangan ini

takkan berlaku!" Sharifuddin, ayah Sofia menyingga marah. Nafasnya

kedengaran turun naik. Hazmi diam membatu. Tangan kanannya yang patah,

terasa amat sakit dengan denyutannya yang mengalir ke segenap urat saraf.

"Siapa yang akan memperisterikan gadis cacat seperti Sofia? Atau kau sahaja

yang menjadi suaminya!" Hazmi menelan air liurnya. Kelat! Mana mungkin dia

memperisterikan Sofia. Cintanya untuk gadis itu sudah berkubur! Tetapi, dia

yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku terhadap Sofia. Kalaulah dia

dapat mengawal rasa marahnya ketika itu........

"Pakcik, saya dan Sofia dah tak ada apa-apa hubungan lagi"

"Habis tu? Kau nak biarkan saja Sofia macam tu!" Tungkas Sarifuddin laju.

"Saya berjanji dengan pakcik, saya akan menjaga Sofia selagi dia masih belum

berkahwin dan jika dia tidak berkahwin, saya akan menjaga dan melindunginya

seumur hidup saya." Ujar Hazmi seraya mengangkat tangan kanannya.

"Aku pegang janji kau ini Hazmi. Kalau kau mungkir janji, sampai ke lubang

cacing pun aku akan cari. Kalau kau tipu, aku takkan biarkan hidup kau aman

sampai mati!"
"Hummmm......" Hazmi mengeluh perlahan. Peristiwa 3 tahun lalu, kerap

bertamu dimindanya. Dulu, sebenarnya dia tidak kisah dengan janjinya itu.

Namun sejak ibu memintanya untuk mendirikan rumahtangga dan sejak dia

bertunang dengan Adibah segala-galanya menjadi terlalu berat untuk dipikul.

Dia takut untuk memikirkan tentang hubungan yang baru terbina antaranya dan

Adibah. Dia bimbang untuk membicarakan soal hati dan perasaan. Namun dalam

diam sukar untuk ditepis, sedikit sebanyak gelagat Adibah mencuit perasaannya.

Bip! Bip! Lamunannya mati serta merta. Telefon bimbit yang diletakkan di atas

meja kopi, dicapainya cepat-cepat. Dahi Hazmi sedikit berkerut melihat nombor

yang tertera di skrin telefonnya. Nombor baru! Siapa?

"Hazmi!" Bunyi suara kuat dicorong telefon makin menambah kerutan di

wajahnya. Rasa macam kenal pada empunya suara tersebut.

"Hoi! Hazmi! Kau tak dengar ke?" Lutfi! Hazmi menjerit di dalam hati. Hebat

betul budak ni! Sampai nombor telefon aku pun dia dapat cari!

"Aku dengar. Aku belum pekak lagi Lutfi! Apasal ni? Tak habis-habis lagi angin

kat badan kau ke?"


"Please Mi, let her go! Aku betul-betul cintakan Adi!" Suara Lutfi bertukar rentak.

Merayu!

Hazmi tersenyum. Lutfi, Adibah, mungkin sepadan! Tapi.......

"Tunang kau macam mana?"

"Pasal tu kau tak perlu bimbang. Anytime aku boleh putuskan hubungan aku

dengan dia." Lutfi! Lutfi! Mudahnya kau bercakap!

"Tak elok kalau macam tu Lut"

"Lagi tak elok kalau aku menipu tentang perasaan aku padanya seumur hidup!"

Hazmi terdiam, menarik nafasnya dalam-dalam. Memang benar apa yang

dikatakan oleh Lutfi.

"Tapi tak semudah seperti yang kau fikirkan Lut."

"Kau sukakan Adi ke?" Hazmi tersentak. Pertanyaan yang tidak dijangka keluar

dari bibir Lutfi.

"Sudahlah tu Lut! Aku tak nak bincang pasal ni lagi. Aku pun tak tahu nak kata

apa. Kita serahkan saja pada Allah." Kedengaran suara Lutfi mendengus geram.
"Apa pun yang berlaku, aku akan pastikan Adi menjadi milik aku!" Klik! Talian

telefon dimatikan tiba-tiba. Hazmi termanggu-manggu sendirian. Jari jemarinya

mengurut dagu perlahan-lahan.

Apa yang perlu dia buat? Mengalah sahaja dan melepaskan Adibah pada Lutfi?

Bagaimana pula dengan dia? Menggenggam Adibah di dalam tangan bermakna

menggalas janji yang makin berat menghimpit benaknya. Tetapi membiarkan

sahaja Adibah disambar Lutfi, dia berat hati! Gadis itu sudah lama mendapat

perhatiannya tetapi saat itu, dia sudah mempunyai Sofia. Dan Sofia pula?

Bagaimana?

Aduh! Jari jemarinya kembali singgah di kepala. Terasa makin berat. Terasa

makin sakit!

*****************************************

Belum pun sempat punggungnya berlabuh di kerusi, Rosmah sudah tersenyum-

senyum datang menghampirinya.


"Eh? Dah sihat ke ni?" Tangannya sibuk menjamah dahi dan pipi Adibah. Adibah

tergelak kecil. "Akak ni! Adi dah sihat la!"

"Kecoh masa Adi tak ada!" Kening Adibah sedikit terjungkit. "Kenapa kak? Apa

dah jadi?" Wajah Rosmah direnung tanpa berkelip.

"Projek Encik Lutfi tu lah. Dia tak nak Mia yang handle kan. Dia nak Adi juga.

Katanya lambat pun tak apa janji siap dan diuruskan oleh Adi!" Mata Adibah

terkebil-kebil. Adoi! Betul ke ni?

"Hish! Tak nak lah Adi! Lagi pun Adi tak sihat nak uruskan projek tu."

"Itulah yang boss kita cakap kan tapi Encik Lutfi tu berkeras nak macam tu juga.

Tak boleh nak buat apalah Adi, dia kan customer kita!" Huh! Customer?

Customer yang mencampur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi.

Menyusahkan!

Adibah menggigit bibirnya beberapa kali. Fail yang berlambak-lambak di atas

mejanya direnung lama-lama. Macam manalah dia nak sembuh dari sakit kalau

start je kerja dah terpaksa berhadapan dengan kerja yang begini banyak! Nafas

berat dilepaskan. Tension!


"Adi!" Pandangannya di angkat ke atas. "Adi, ada orang nak jumpa" Wajah Alia

penyambut tetamu yang berkulit hitam manis itu direnungnya penuh hairan.

"Siapa?" Alia sekadar menjungkitkan bahunya tanda dia tidak tahu. Adibah

bingkas bangun. Di dalam hati, dia puas membebel geram. Siapalah yang suka

menganggu di waktu dia sedang sibuk!

"Adi..... Apa khabar?" Senyuman Hazmi serta merta mematikan bebelannya.

"Errr...Baik! Dah Sihat!" Dah sihat? Alamak! Dia tak tanya pun aku ni dah sihat

ke belum. Memandai-mandai pula kau menjawab Adibah!

"Eloklah kalau macam tu. Tapi muka Adi masih nampak pucat. Adi kena makan

banyak-banyak sikit" Tak payah makan pun tak apa, dapat tengok engkau

senyum pun dah cukup dah! Aduh! Adibah berangan lagi kau ya!

"Abang on the way nak pergi pejabat Sofia, kebetulan lalu kat bangunan ni,

abang pun singgah sekejap nak jumpa Adi" Pergi pejabat Sofia? Apalah nasib!

Dia terang-terang cakap nak jumpa perempuan lain di depan aku!

"Adi marah?"

"Marah apa?"
"Abang cakap nak pergi pejabat Sofia tadi. Abang tengok riak muka Adi dah

berubah" Adibah tersengeh. Perasan pun dia! Siapa yang tak cemburu kalau

tunang sendiri hendak berjumpa perempuan lain.

"Siapalah Adi ni nak marah-marah abang!" Hehehe.... Merajuk sikit! Tengok, dia

nak pujuk ke tidak!

Hazmi tergelak kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali. "Adibah yang brutal pun

tahu merajuk juga ye?" Dia tersenyum pula.

Adoi! Terkena sendiri! Adibah tersipu-sipu malu.

"Ini untuk Adi" Sekotak coklat dihulurkan ke arahnya. "Bagi kat Adi ke ni?"

Soalnya teragak-agak.

"Yelah! Bukan ke abang tengah hulurkan coklat ni pada Adi?" Adibah tersengeh

lagi. Lambat-lambat mencapai bungkusan yang dihulurkan.

"Malam ni kita keluar dinner boleh?" Dinner? Keluar dengan dia? BOLEHHHH!!!!

Hehehe.... Rasa nak menjerit! Control ayu Adibah!

"Pukul berapa?"

"Lepas isya' abang datang jemput Adi, boleh?" Adibah menganggukkan

kepalanya. Lepas tengah malam pun dia sanggup tunggu tau!


Adibah tersenyum-senyum gembira. Kotak coklat di tangan kanannya dihayun ke

kiri ke kanan. Dan tanpa dia menyedari ada sepasang mata yang memerhati

gelagatnya dengan Hazmi.

Lutfi mengepal-ngepal penumbuknya. "Siap kau Hazmi! Aku takkan lepaskan

kau!" Desisnya di dalam hati........

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 9}

Kak Ijah tersenyum lebar sampai ke pipi. Sesekali kepalanya digeleng ke kiri dan

kanan. Dari tadi Adibah asyik mencuba pakaiannya. Lepas satu-satu dicubanya

namun masih tiada yang berkenan.

"Yang ini macam tak sesuai je kan kak?" Sehelai baju kurung berbunga putih

bertanahkan warna biru laut disua ke depan mata Kak Ijah.

"Kenapa pulak tak sesuai? Ok je akak tengok. Warnanya pun lembut"

"Tapi nanti Adi nampak pucat kalau pakai baju colour ni!" Protes Adibah laju.

Tangannya asyik membelek-belek baju kurung tersebut.


Kak Ijah tersengeh lagi. "Hummm... Susahlah kalau macam ni! Semua baju pun

Adi tak berkenan. Payah sangat, keluar tak payah berbajulah!"

"Hish! Akak ni! Akak nak Adi kena bunuh dengan mak ke?" Ketawa Kak Ijah

meletus keluar. Dah tu? Dah susah sangat! Ketawanya makin galak tatkala

muncung itik yang mula kelihatan di wajah Adibah.

"Akak ni, gelakkan Adi pulak! Adi dah terdesak sangat ni tau! Dah nak pukul 9

tapi Adi masih tak tahu nak pakai baju mana!" Punggungnya dihenyak dengan

kasar ke atas katil. Geram!

"Nah! Cuba yang ini!" Sepasang baju kebaya labuh dicampak ke arah Adibah.

Baju kebaya  itu direnungnya lama-lama. Pakai baju ni ke? Aku paling tak suka

pakai baju yang mempamerkan bentuk susuk tubuh. Rasa semacam bila

berjalan.

"Seganlah Adi nak pakai baju ni kak! Macam tak sesuai je dengan Adi!"

"Akak rasa baju ni padan dengan Adi. Warna kuning cair dengan kerawang

warna silver. Cantik! Adi pulak bertubuh kecil molek, memang cantik kalau Adi

yang pakai!" Adibah terdiam. Betul ke ni? Kang takutnya ditertawakan dek Hazmi

pulak!
Adibah berdiri di hadapan cermin. Baju kebaya itu dibawa ke badan. Sekejap dia

memusing ke kiri, sekejap memusing ke kanan. Hemmmm..... Oklah tu!

"Akak keluar dulu ye. Adi nak bersiap. Nanti kalau tunang Adi datang, akak jerit

panggil Adi tau!" Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi Kak Ijah.

Mengekek wanita itu ketawa kegelian.

Adibah tersenyum simpul memandang tubuhnya yang sudah siap berpakaian.

Tudung putih bermanik emas itu dipadankan dengan kebaya labuh yang

dipakainya. Rasa-rasanya tudung itu yang paling sesuaikan untuk digayakan

dengan baju kebayanya itu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Adibah

cepat-cepat mencapai beg tangan sebelum berlari turun menuruni anak tangga.

"Hah! Kan cantik pakai baju tu!" Adibah tersenyum meleret. "Dah pergi cepat!

Akak dengar bunyi kereta kat luar sana tu! Mungkin Hazmi dah sampai kot?"

Bahu Adibah ditepuk lembut.

"Ye ke? Oklah kak, Adi pergi dulu ye!" Kelam kabut dia menyarungkan kasut

tumit tingginya yang berwarna hitam. Kasut yang boleh dikira dengan jari berapa

kali sahaja yang dia pakai. Kasut yang dibeli sekadar untuk ke majlis-majlis
penting atau urusan rasmi sahaja. Dan berjumpa Hazmi pun macam urusan

rasmi juga ke?

Langkah Adibah mati serta merta tatkala melihat kelibat Lutfi yang tersembul

dari perut kereta.

"Adi!"

"Apa awak buat kat sini?" Perasaan kurang senang mula menyelubunginya. Buat

apa dia ke sini? Buatnya nanti kalau Hazmi nampak, kang dah jadi kes lain!

"Apa awak buat ni? Lepaskan saya! Kalau tak saya menjerit!" Adibah mula kaget

bila Lutfi tiba-tiba mengheret lengannya dengan kasar, memaksanya untuk

masuk ke dalam kereta.

"Menjeritlah Adi! Saya tak peduli!" Ujar Lutfi selamba. Cengkaman tangannya

makin kuat setiap kali Adibah meronta-ronta untuk meloloskan dirinya.

"Lepaskan saya! Awak nak bawa saya ke mana?" Dada Adibah berdegup

kencang. Apa kena dengan Lutfi ni? Macam dirasuk syaitan lagaknya. Buta-buta

'mencolek' nya tanpa sebab musabab.


Lutfi tidak menjawab. Tali pinggang keledar Adibah dipasang dengan kasar.

Tanpa menghiraukan pertanyaan dan makian Adibah, Honda Accordnya terus

berdesup membelah kepekatan malam.

Adibah mengenggam jari jemarinya yang mula terasa dingin. Rasa takut dan

bimbang bercampur baur. Ingatannya cuma pada Hazmi. Tentu Hazmi gelisah

melihat dia yang tiba-tiba hilang. Tentu Hazmi melenting bila janjinya telah

dimungkiri. Adibah menundukkan wajahnya. Mulutnya sudah letih bercakap.

Bertanya itu dan ini. Merayu dan meminta belas pun sudah banyak kali

dikeluarkan. Bahkan maki hamun pun turut sama berlagu dalam tuturnya,

namun Lutfi sekadar membatu bagaikan patung. Terus memandu entah ke mana

arah tujuan.

Sudah setengah jam berlalu. Honda Accord milik Lutfi masih terus meluncur laju.

Ke mana sebenarnya ni? Seketika kemudian kelajuan kereta mula bertukar

rentak. Perlahan-lahan membelok ke kawasan perumahan orang-orang yang

berada dengan struktur banglo yang cantik terpacak ke bumi.

Mata Adibah meliar memandang. Kat mana ni? Malam-malam hari macam ni

memang susah baginya mengagak sesuatu tempat. Kereta Lutfi tiba-tiba


berhenti berhadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Dahi Adibah mula

berkerut. Dia ni nak apa sebenarnya? Bawa aku balik ke rumah dia ke?

Sedang dia berteka teki sendirian, pintu kereta tiba-tiba dikuak dari luar.

"Keluar!" Bagaikan arahan dari seorang komander. Tegas!

"Buat apa awak bawa saya datang ke sini? Saya sebenarnya ada janji dengan

Hazmi!" Suara Adibah tenggelam timbul dengan bunyi cengkerik yang

bersahutan di hutan kecil berhampiran.

Lutfi tersenyum sinis. Dipandangnya Adibah dari atas ke bawah hingga gadis itu

menjadi tidak tentu arah. "Tengok kat sana tu!" Jari telunjuknya ditunding ke

arah rumah banglo dua tingkat yang betul-betul berada di hadapan mereka.

Adibah segera membawa pandangannya ke perkarangan rumah banglo tersebut.

Kenapa? Dia cuma nampak dua pasangan sahaja di situ. Sedang bergelak mesra 

menjamah makan malam mereka di situ. Sepasang pasangan itu kelihatan agak

tua dan wajah mereka juga dapat dilihat dengan jelas, mungkin ibu bapa kepada

pasangan yang muda itu. Namun wajah pasangan muda itu sukar dilihat kerana

mereka duduk membelakanginya.


"Itulah Hazmi yang sepatutnya keluar dengan Adi malam ni kan?" Dada Adibah

bagaikan tersentap. Dia cuba amati susuk tubuh lelaki yang masih tidak dapat

dilihat dengan jelas wajahnya. Kalau diikutkan, saiz tubuh lelaki itu memang

tidak jauh bezanya dengan Hazmi. Ah! Mungkin Lutfi yang tersilap. Dia memang

dengki!

"Awak jangan nak buat cerita! Saya takkan percaya dengan cerita dongen awak

ni! Cepat hantarkan saya balik!" Bentak Adibah geram. Gila apa budak Lutfi ni!

Memaksa aku datang ke sini hanya semata hendak mencemarkan nama baik

Hazmi.

"Hah! Cuba tengok sekali lagi! Tak percaya lagI?" Adibah kembali menghantar

pandangannya ke perkarangan rumah banglo tersebut.

Ya Allah! Bagaikan mahu terjelepok ke tanah tatkala wajah Hazmi jelas di

matanya. Betulkah itu dia? Matanya digosok dengan hujung jari. Mungkin

pelanduk dua serupa kot? Tak mungkin Hazmi!

Adibah cuba menyangkal di dalam hati. "Orang lain agaknya tu! Muka dia

mungkin sama macam Hazmi. Pelanduk dua serupa!"


"Mungkin agaknya! Tapi Si Sofia pun ada pelanduk dua serupa juga kot?

Anehnya! Mereka berada di tempat yang sama pulak!" Sinis suara Lutfi bagaikan

membakar hatinya.

"Kalau kita nak pastikannya, senang aje! Cuba Adi call handphone dia" Saran

Lutfi dengan senyuman mengejeknya.

Adibah menggigit bibir bawahnya berkali-kali. Serba salah untuk mengikut

cadangan Lutfi. Akan tetapi cuma cara itu sahaja yang dapat membukti peristiwa

di depan matanya itu benar atau tidak.

Adibah menanti penuh debar. Telefon bimbitnya digenggam dengan kejap.

Janganlah!

Jantungnya bagaikan mahu gugur tatkala Hazmi menjawab panggilannya

serentak dengan lelaki yang disangka seiras wajah Hazmi. Sama! Tepat

masanya!.

"Adi ke ni? Sorrylah Adi! Dinner kita malam ni kena cancel. Abang ada meeting

dengan client sekarang ni. Lain kali kita keluar ye" Suara Hazmi di corong telefon

bagaikan tidak kedengaran di telinganya. Matanya asyik memerhati tingkah lelaki


yang dianggap Hazmi oleh Lutfi yang ke hulu ke hilir bercakap melalui telefon

bimbitnya.

Air matanya sudah mula terbit sebaik dia habis bercakap dengan Hazmi, lelaki di

perkaranga banglo itu juga turut sama habis bercakap melalui telefon bimbitnya.

Sah! Memang sah itu Hazmi. Sementelah pula tatkala terpandang kereta Toyota

Camry warna coklat cair yang tersadai di garaj kereta. WLD 2324! Itu nombor

pendaftaran kereta milik Hazmi. Memang dia ingat!

"Adi! Tunggu!" Jerit Lutfi bila melihat Adibah mula berlari meninggalkan tempat

itu.

"Adi!" Jeritnya lagi.

Adibah tidak menghiraukan panggilan Lutfi. Air matanya sudah banyak

merembes keluar. Lelaki, semuanya sama! Lariannya makin laju. Kasut tumit

tinggi yang membataskan pergerakkannya, dibuka dan dicampak ke tepi.

Sekadar berkaki ayam, dia berlari tanpa arah tuju.

Dia jatuh terduduk tatkala Honda Accord berwarna hitam pekat menghalang

langkahnya. Lutfi terkocoh-kocoh keluar mendapatkan Adibah yang sudah


terisak-isak seperti anak kecil. Tubuhnya terhinggut-hinggut menahan tangis

yang kian deras.

"Adi...... Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk buat Adi menangis. Saya

cuma tak nak Adi tertipu!" Tubuh Adibah cuba disentuh namun cepat-cepat

ditepis oleh gadis itu. Dia hampir tergelak. Adibah! Masih sama seperti dulu.

Tindakkan refleksinya memang cepat!

Adibah masih menangis. Kedua tangan dipekup ke wajahnya. "Let me be your

man, Adi! I love you so much!" Tangan Adibah di bawa ke dadanya. Adibah

meronta-ronta cuba melepaskan namun kekuatan lelaki memang bukan

tandingannya.

"Lepaskan saya! Awak pun sama macam Hazmi! Penipu! Dah ada tunang pun

masih kacau saya!" Adibah menjerit dalam tangis.

"Saya bertunang kerana terpaksa Adi! But I love u more than her!" Tangan

Adibah masih digenggam erat.

Adibah tidak terkata Apa. Masih menangis dan menangis. Dia pun tidak meronta

lagi, membiarkan Lutfi terus mengenggam tangannya.

 
****************************************

Hazmi mula terasa tidak sedap hati. Kelibat sepasang manusia di hadapan

banglo milik keluarga Sofia bagai menganggu fikirannya. Kereta dan susuk tubuh

lelaki dan wanita itu bagaikan dia kenali.

Nombor telefon Adibah cuba di dailnya. Berbunyi namun tidak berjawab.

Dicubanya sekali lagi dan lagi. Masih sama tiada jawapan. Hazmi kian resah. Tak

mungkin! Otaknya bagaikan dapat meneka sesuatu.

"Pakcik, makcik, ....... Mi minta diri dulu ye!" Tangan pasangan berumur itu

dicium penuh sopan.

"Cepatnya dah nak balik. Duduk lah lama sikit. Temankan Sofi ni bersembang"

Maria, ibu Sofia bersuara mesra.

"Ada hal sikit makcik. Lain kali Mi datang lagi!" Sarifuddin dan Maria sekadar

mengangguk. Pemuda ini sudah mendapat kepercayaan mereka. Janji yang

dibuatnya 3 tahun dulu, masih dipegang erat.

"Ada hal dengan Adi ke?" Soal Sofia ketika Hazmi membuka pintu keretanya.

"Kenapa?" Soal Hazmi tanpa menjawab pertanyaan Sofia.


"Just asking" Ujarnya sedikit terkilan dengan nada bicara Hazmi yang agak kasar.

"Sofi!" Lengan Sofia diraihnya, memaksa gadis itu memberhentikan langkah yang

mula diaturnya.

"I'm sorry ok! Mi tak maksud nak cakap kasar dengan Sofi"

Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum kembali menyambung bicaranya. "But,

Adibah adalah tunang Mi. Dia dah menjadi sebahagian dan tak lama lagi akan

menjadi sepenuhnya dalam hidup Mi."

"Sofi tak kisah. Sofi cuma tanya je. Sofi faham" Balas Sofia perlahan. Ada rajuk

yang beriring dalam bicaranya. Dan Hazmi perasan..........

Huh! Hazmi mengeluh perlahan. Sepanjang perjalanan hatinya tidak tenang.

runsing memikirkan Sofia yang mula terasa hati. Bimbang memikirkan Adibah

yang tidak menjawab panggilannya sejak tadi. Mana Adibah?

Toyota Camry miliknya dipecut laju memasuki ke kawasan taman perumahan

tempat tinggal Adibah. Dia kelam kabut keluar dari perut kereta. Pintu rumah

teres itu diketuknya bertalu. Seketika kemudian, tersembul kelibat Kak Ijah di

muka pintu.
"Eh? Hazmi? Sorang je? Adi mana?" Wajah Hazmi berkerut seribu mendengar

pertanyaan demi pertanyaan dari mulut Kak Ijah.

"Mi baru datang je. Adi mana?"

"Laaa.... Adi dah lama dah keluar. Tadi akak dengar bunyi kereta, akak ingat

Hazmi yang datang. Lepas tu Adi pun keluar. Dari tadi tak balik-balik. Dah pukul

12 ni, bayang dia pun tak nampak. Risau akak dibuatnya" Hazmi menggenggam

kuat jari jemarinya. Mana Adibah? Dia keluar dengan siapa?

"Adi memang tak keluar dengan Mi ke?" Soal Kak Ijah meminta kepastian lagi.

"Tak kak! Mi baru je sampai. Tapi dia ada call Mi tadi. Mi ingat dia ada kat

rumah"

Kak Ijah mengurut dadanya berkali-kali. Kerisauannya sejak tadi makin

bercambah di hati.

"Cuba Mi call lagi handset Adi. Mungkin tadi dia tak dengar kot?" Saranan Kak

Ijah disambut laju oleh Hazmi. Cepat-cepta telefon bimbitnya dikeluarkan

mendail nombor Adibah.

Lama menanti namun masih tiada jawapan. Hazmi mendail lagi dan kali ini dia

melepas nafas lega tatkala mendengar suara di hujung talian. Namun


kelegaannya hanya seketika sebaik mendengar suara Lutfi yang

menjawabnya.................

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 10)

"Nah! Minum air ni" Segelas air disua ke arah Adibah. Adibah tidak memberi

sebarang reaksi. Kedua lutut yang dibawa ke dadanya, dipeluk dengan erat.

Matanya masih berkaca biar pun sisa tangisan sudah tidak kedengaran.

"Minum!" Tegas suara Lutfi memaksa.

"Kenapa bawa saya kat sini? Saya nak balik!" Adibah merenung tajam. Dah lah!

Dah sudah dia melihat wayang gambar percuma Hazmi dan Sofia, kenapa Lutfi

membawanya ke rumah dia pulak? Nak kena tangkap basah ke? Dah terdesak

sangat nak kahwin free pun janganlah macam ni!

"Minum dulu! Lepas tu makan! Kemudian baru saya hantar balik!"

"Tak nak! Saya nak balik!" Keras suara Adibah melawan ketegasan bicara Lutfi.
"Hemmm.... Nampaknya, Adi memang berhajat nak tidur rumah saya kot?"

Sindir Lutfi sambil tersenyum

Huh! Adibah mendengus geram. Gelas di tangan Lutfi disambar dengan kasar.

Berkerut-kerut dahinya memaksa tekak untuk menelan pizza yang di pesan oleh

Lutfi sebentar tadi. Biarpun sedap namun sedikit pun tidak menarik selera

perutnya.

Lutfi tersenyum-senyum memandang Adibah yang bersusah payah

menghabiskan makanannya.

"Dah! Saya dah habis makan. Air ni pun dah habis saya minum. Sekarang tolong

tunaikan janji awak nak hantar saya balik" Ujar Adibah seraya bingkas bangun

dari sofa empuk bercorak garisan melintang itu.

"Tak baik lepas makan terus berjalan. Duduk lah dulu. Bagi makanan dalam

perut tu habis dihadam dulu" Habis dihadam? Dia ni sengaja nak main tarik tali

dengan aku kot?

"Saya tak peduli! Saya nak balik! Awak tak nak hantar, tak apa! Saya balik jalan

kaki!" Kemarahannya kian memuncak.


"Berani ke? Kat kawasan ni ramai orang jahat. Nanti, jangan salahkan saya kalau

apa-apa jadi pada Adi" Lutfi tersengeh. Selamba!

Huh! Apa? Dia ingat aku takut ke hapa? Ini Adibahlah! Brutal! Pintu rumah Lutfi

dihempas dengan kuat sebelum melangkah keluar. Pukul 1 pagi! Adibah

membulatkan tekad. Kepekatan awal pagi itu diredah tanpa menoleh ke arah

rumah Lutfi lagi.

Langkah Adibah agak laju sewaktu menuruni bukit di hujung jalan taman

perumahan tersebut. Bunyi desir angin yang berlaga dengan dedaun pokok mula

menaikkan bulu romanya. Dia mengatur langkah makin laju. Kakinya yang tidak

berkasut, tidak di ambil peduli.

"Hai cik adik! Sorang je! Beraninya jalan malam-malam ni!" Adibah tersentak.

Alamak! Hantu ke? Dia menoleh ke bahu jalan. Kelihatan tiga orang pemuda

sedang tersengeh memandangnya. Orang rupanya! Nafasnya dilepaskan

perlahan.

"Lepaklah dengan kita orang dulu. Malam minggu macam ni takkan nak balik

awal pulak!" Lelaki berambut panjang itu bersuara serak.


Adibah cuba menyambung langkahnya semula namun dihalang oleh salah

seorang dari mereka.

"Tepi! Saya nak balik!" Jeritan Adibah sekadar menjadi bahan ketawa mereka.

Menjeritlah! Siapa yang akan dengar.

"Alah sayang! Releks la! Abang bertiga ni cuma nak berseronok sekejap je

dengan cik adik ni! Usik-usik sikit, takkan luak kot!" Tangan Adibah cuba 

disentuh. Adibah menepis kasar. Dia mengundur perlahan-lahan kebelakang. Ya

Allah! Ujian apa lagi untuk aku kali ni! Lindungilah aku! Hatinya mula memanjat

doa. Dalam diam dia merasa sesal tidak mendengar nasihat Lutfi tadi.

"Amboi! Garangnya! Ni yang buat abang makin geram ni!" Mereka terbahak-

bahak ketawa. Adibah makin kalut melihat sikap berani ketiga-tiga lelaki

tersebut. Sekejap pipinya diusik, sekejap bahunya disentuh. Dia cuba berlari,

cuba merempuh sekatan yang dibuat oleh mereka, namun gagal. Sudahnya, dia

pula yang terjatuh ke dalam pelukkan salah seorang daripada mereka.

Adibah meronta-ronta dengan kuat. Namun lelaki tersebut makin kejap

memeluknya. Terasa bibir kasar lelaki tersebut mula mencari-cari lehernya.

"Oii!!! Lepaskan dia!" Ketiga-tiga lelaki tersebut tersentak.


Lutfi! Buat pertama kalinya, dia begitu gembira melihat kehadiran Lutfi di depan

matanya.

"Alamak! Hero dah datang nak selamatkan heroin dialah! Ni yang makin syok!"

Ketiga-tiga mereka ketawa lagi. Tubuh Adibah ditolaknya ke tepi.

"Aku bukannya nak bergaduh! Aku cuma nak korang lepaskan perempuan tu!"

Lutfi bercekak pinggang.

"Eh? Bergaduh best apa! Masa nilah semua orang boleh tunjuk skill masing-

masing! Aku pun macam dah lama tak pukul orang" Salah seorang dari mereka

yang bertubuh agak gempal, mengepal-ngepal penumbuknya. Mereka berjalan

rapat menghampiri Lutfi.

Adibah yang terduduk di atas jalan tar tersebut, menggigil ketakutan.

Pergaduhan makin sengit. Meskipun Lutfi gagah berlawan, namun sukar baginya

untuk berdepan 3 orang musuh dalam satu masa.

"Lutfi!!!" Jeritan Adibah bergema memecah bening pagi. Dia meluru ke arah Lutfi

yang terjelepok ke jalan. Tangan kanannya menekup rusuk kiri yang mula

membuak dengan darah. Merah! Pekat!.


Ketiga-tiga lelaki tersebut segera melarikan diri sebaik melihat keadaan Lutfi

yang sudah tidak bermaya. Pisau yang menikam rusuk Lutfi, dicampak ke dalam

semak berhampiran.

"Ya Allah! Lutfi!" Adibah mula meraung. Kepala Lutfi dipangku ke atas ribanya.

Digoyang-goyang tubuh Lutfi yang sudah mula tidak sedarkan diri. Ya Allah!....

*********************************

Kak Ijah merenung jam loceng di meja tulisnya. 2 pagi! Mana Adibah? Masih

belum kunjung tiba. Telefon pun tidak. Adibah tidak pernah macam ni. Apa-apa

hal akan sentiasa dikhabarkan kepadanya.

Tingkap biliknya dikuak perlahan-lahan. Kelibat Hazmi masih setia di muka pintu.

Menanti Adibah yang masih belum pulang.

Kak Ijah makin resah. Kesian melihat Hazmi yang berembun menunggu Adibah,

bimbang memikirkan Adibah yang masih belum pulang, bercampur baur di dalam

hatinya.
Kak Ijah tersentak. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Adi! Dia hampir terjerit

tatkala melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya.

Kak Ijah kelam kabut menuruni anak tangga. Terkocoh-kocoh membuka pintu.

"Hazmi!" Jeritnya termengah-mengah.

"Kak Ijah! Kenapa ni?" Tubuh Kak Ijah yang hampir jatuh, segera disambutnya.

"Adi! Adi!"

"Kenapa dengan Adi!" Pintas Hazmi cepat-cepat. Melihat raut wajah Kak Ijah,

makin mengundang debar di hatinya.

"Adi ada kat HUKM. Katanya, Lutfi di ICU. Kena tikam!" Rahang mulut Hazmi

ternganga luas.

"Tak apa lah kak! Biar Mi pergi tengok. Kalau ada apa-apa, Mi akan call akak"

Kak Ijah mengangguk laju. Matanya terus menghantar langkah Hazmi yang

berlari-lari menuju ke keretanya.

**********************************

 
"Apa kau dah buat dengan tunang aku hah?" Tubuh Adibah di tolak hingga ke

dinding. Nafasnya turun naik bersatu dalam tangisan yang mula pecah. Yana

menekup mulutnya menahan tangis yang mula kuat.

"Kau nak bunuh dia ke?" Yana bersuara keras. Adibah hanya menundukkan

wajahnya. Diam membatu melihat lantai hopital yang putih berkilat.

"Adi!" Adibah mengangkat wajahnya. Entah mengapa senyuman yang terukir di

bibir Hazmi bukan lagi semanis dulu. Dan ya! Tidak lagi mengundang cerita dan

nyanyian hindustan dalam hatinya. Kenapa? Mungkin marah kerana di tipu? Atau

mungkin sayang yang membibitkan cemburu. Namun yang pastinya kata-kata

Lutfi yang dulu mungkin ada benarnya, entahkan Hazmi cinta kan dirinya atau

tidak.

"Adi, macam mana keadaan Adi?" Soal Hazmi bimbang. Wajah murung Adibah

direnung penuh belas. Adibah terdiam. Meskipun matanya turut sama merenung

Hazmi namun renungannya kosong! Blank!

"Adi...." Diam. Masih menghantar pandangan kosong!


"Adi.... Say something! Jangan buat abang bimbang" Huh! Bimbang? Adibah

terasa ingin ketawa. Dia memusingkan badannya, mengatur langkah ke arah

lain.

Hazmi melepaskan nafasnya. Berat! Adibah!

"Doktor!" Jerit Yana sebaik kelibat seorang doktor muncul di sebalik wad unit

rawatan rapi.

"Macam mana dengan Lutfi?" Air matanya yang masih berjuraian, disekanya

cepat-cepat. Adibah juga turut berlari menghampiri doktor tersebut.

"Dia dah stabil. Thanks God, tikaman itu tidak mengenai jantungnya. Dia dibawa

dengan cepat ke hospital, so dia tidak mengalami tumpah darah yang terlalu

banyak. Don't worry! He will be recover soon!" Adibah melepaskan nafas lega.

Sementara Yana yang berdiri di sisinya mula mengukir senyuman gembira.

Syukur pada Allah!

Hazmi yang duduk agak jauh, sekadar memerhati. Namun percakapan doktor

tersebut masih dapat ditangkap dengan jelas oleh telinganya.

"Yana, maafkan saya....." Adibah bersuara sayu.

"No way!" Tegas suara Yana menolak.


"Saya benar-benar tak sangka Lutfi akan jadi begini" Lirih suara Adibah.

"Dia tunang aku dan engkau pun dah ada tunang. Kenapa masih cari dia?"

Diam.

"Pasal nak selamatkan engkau, Lutfi pula jadi mangsa. Dia sepatut biarkan saja

engkau diganggu lelaki-lelaki gila tu!"

"Sudah!" Yana dan Adibah sama-sama tersentak.

"Adi! Jom balik!" Tangan Adibah diraih tanpa menunggu persetujuan gadis itu.

Terkedek-kedek langkah Adibah mengikut Hazmi yang mengheretnya dengan

laju.

"Lepaskan Adi!" Hazmi memekakkan telingannya. Langkahnya masih sama. Laju

mengheret Adibah yang berada di belakangnya.

"Lepaskanlah Adi! Kesian lah pada Adi! Adi dah tak larat nak macam ni lagi!"

Langkah Hazmi mati serta merta. Rayuan Adibah menikam hatinya.

"Adi pergi mana dengan Lutfi?"


"Kenapa abang nak tahu?" Hazmi mendengus geram. Tin minuman yang berada

di hujung kakinya, disepak dengan kasar. Berdetum bunyinya sebaik tin

minuman itu berlaga dengan besi di tepi jalan tersebut.

Adibah tergamam. Tidak pernah melihat Hazmi bersikap kasar seperti itu.

Selama ini, lelaki itu sentiasa tenang di matanya.

"Abang ada hak nak tahu! Adi kan tunang abang" Suara Hazmi sedikit menjerit.

Adibah tersenyum sinis. "Kalau macam tu, Adi pun nak tahu, apa abang buat

malam tadi?" Dia mula berani melawan. Bukan salahnya. Hazmi yang mula

berkasar!

"Bukan ke abang dah kata, abang ada meeting dengan client!"

"Client? Huh! Lucu! Pelik pun ada. Client abang tu Si Sofia. Meeting abang pula

di rumahnya. Sedap menjamu selera sampai lupa janji abang dengan Adi!"

Hazmi terdiam. Mati kata untuk menjawab. Jadi, memang benarlah

telahannya  mengenai kelibat manusia yang dilihat di depan rumah Sofia malam

tadi.

"I'm sorry!" Meluncur kata-kata itu di bibirnya.


"Jangan minta maaf denga Adi tapi minta maaf dengan Lutfi! Sebab nak

selamatkan Adi dia yang jadi mangsa. Dan abang juga patut berterima kasih,

sebab dialah tunang abang ni masih suci!" Jerit Adibah geram. Dia terus

mengatur langkah meninggalkan Hazmi yang terkebil-kebil di situ.

Huh! Baru padan dengan muka!

Hazmi tersandar di keretanya. Jari jemarinya mula memicit kepala yang mula

terasa sakit. Adibah! Kalaulah semua ini mudah dijelas dengan kata, dalam

nyanyian akan abang ceritakan padamu. Kalaulah bebanan  ini boleh dipindah

bahu, sudah lama abang serahkan kepada orang lain! Maafkan abang!

Hazmi mendongak ke atas. Terasa titik-titik air yang mula mengenai pipi dan

kepalanya. "Hujan!" Desisnya perlahan. Hujan di awal subuh! Rahmat Allah di

waktu pagi. Maka ya Allah, rahmatilah aku! Hati ini makin sukar untuk

kehilangan Adibah!

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 11)


Adibah merebahkan tubuhnya ke atas katil. Letihnya! Malam yang panjang,

begitu menyesakkannya.

Matanya terkelip-kelip merenung siling. Kosong!

Adibah menoleh ke kiri, memandang telefon bimbitnya yang mula bergegar.

Lagu nyanyian Gareth Gates yang beralun dibiarkan sepi begitu sahaja. Hari ini

dia tidak mahu ke tempat kerja. Sebaik kaki menjejak ke rumah, sudah ditelefon

kepada Rosmah, memaklumkan yang dia mengambil emergency leave.

Lagu nyanyian Gareth Gates berkumandang lagi. Biarpun merdu beralun namun

tidak menarik minatnya untuk menjawab. Deringan itu dibiarkan begitu sahaja.

"Hish! Sapalah yang tak reti bahasa ni!" Adibah mendengus geram. Kali ke tiga

telefon bimbitnya berlagu lagi. Dia cuba memekakkan telinganya namun sia-sia,

deringan itu masih terus berlagu.

"HELLO!!!!" Adibah menjerit kuat. Biar padan dengan orang yang tak reti bahasa

tu. Biar telinganya pekak mendengar jeritan aku!

"Assalamualaikum. Adi....." Adibah terdiam menggigit bibirnya tatkala suara

lembut Hazmi menyapa gegendang telinganya. Adoi! Salah sendiri tidak melihat

nama Si Pemanggil. Buta-buta Hazmi menerima jeritannya. Meskipun dia masih


marah dengan Hazmi namun tidaklah hingga sanggup menengkingnya sebegitu

rupa.

"Adi......." Mendengar tiada jawapan, Hazmi memanggil lagi.

"Waalaikumsalam. Maaf Adi ingatkan siapa tadi"

"Tak apa. Abang yang patut minta maafkan?" Sunyi. Diam tidak berjawab.

"Adi...." Dada Adibah bergetar. Suara lembut Hazmi meruntun jiwanya. Tembok

marah yang terbina buat lelaki itu sejak malam tadi bergegar hebat!

"Adi.... Abang nak jumpa Adi. Boleh?"

"Lain kalilah! Adi penat! Letih sangat badan ni. Adi nak rehat." Tangannya

meraba-raba hujung bantal berwarna kuning cair itu. Bucu bantal itu dipintal

berkali-kali. Resah!

"Please.... Sekejap je! Abang dah ada kat bawah ni. Adi turun ye" Hazmi masih

memujuk.

"Adi...." Diam.

"Atau Adi nak abang naik ke bilik?"


"Eh? Jangan! Jangan! Oklah! Adi turun sekarang tapi sekejap je!" Cepat-cepat

dia memintas.

Tudung berwarna putih yang terletak di atas meja tulisnya, dicapai laju. Kelam

kabut menuruni anak tangga. Bimbang jikalau Hazmi bersungguh dengan kata-

katanya.

Hazmi tersenyum lega melihat kelibat Adibah di muka pintu. Wajah comel itu

kelihatan pucat tidak bermaya. Kesian Adibah! Abang minta maaf!

"Terima kasih! Abang janji takkan ambil masa yang lama" Gadis itu sekadar

mengangguk.

"Abang minta maaf Adi"

"Dah lah tu! Dah banyak kali abang minta maaf. Letih Adi dengar!"

Hazmi tersenyum lembut. "Selagi Adi tak maafkan abang, abang takkan jemu

untuk meminta maaf. Maafkan abang!"

Adibah terdiam. Meramas-ramas jari jemarinya. Nak maafkan ke? Dia tipu aku!

Sebab dia Lutfi jadi macam tu! Sebab dia aku hampir-hampir hilang maruah!
"Adi....." Aduh! Lemah segala urat sendi mendengar panggilan selembut itu.

Janganlah! Aku wanita! Keras aku umpama kerak nasi, jangan disimbah air yang

banyak nanti lembut aku jadinya!

"Apa alasan abang untuk Adi maafkan abang?" Kali ini Hazmi pula terdiam .

Kedua tangannya diraup ke muka. Seketika kemudian tangannya singgah pula di

kepala, mengusap perlahan rambutnya yang dipotong kemas.

Adibah memerhati segala tingkah Hazmi. Masih menanti jawapan lelaki itu.

Matanya menyoroti tubuh Hazmi. Lengan kemeja biru tuanya sudah tersinsing

hingga ke siku. Rasanya, itu kemeja yang sama dipakai Hazmi di hospital tadi.

Mungkin Hazmi tidak balik ke rumah dan terus singgah ke rumahnya. Hazmi

tetap kacak biarpun dalam keadaan yang tidak terurus. Heh! Dalam marah dan

geram, masih sempat lagi memuji.

"Abang tak ada alasan!" Adibah tersentak. Anak mata Hazmi yang hitam pekat 

itu direnung dalam-dalam. Tak ada alasan! Amboi, mudahnya!

Huh! "Kalau macam tu, Adi pun tak ada alasan nak maafkan abang!" Geram.

Kakinya dihentak ke tanah sebelum berlalu pergi.


"Apa ni abang?" Adibah menjerit geram. Terkejut melihat tingkah Hazmi yang

tiba-tiba berdiri di muka pintu menghalangnya untuk masuk ke dalam.

"Adi...... Tolonglah! Jangan macam ni. Janganlah pergi"

"Abang tak nak Adi pergi tapi sikap abang tu memaksa Adi untuk pergi. Dah!

TEPI!!!" Tubuh Hazmi yang menghadang jalannya ditolak dengan kasar. Namun

sia-sia. Tubuh sasa itu masih tegak terpacak menghalangnya dari masuk.

"Abang nak apa lagI?" Adibah akhirnya terduduk dan menangis. Dia rasa terlalu

letih. Rasa makin tidak berdaya. Janganlah memberi hukuman ke atas kesalahan

yang bukan dia lakukan. Bukan dia meminta Lutfi menyukainya, bukan dia

meminta Hazmi meminangnya meskipun dia suka. Bukan dia yang meminta!

Tangisan Adibah makin deras.

"Adi....." Hazmi juga ikut duduk di sisi Adibah.

"Maafkan abang!" Huh! Maaf lagi? Kata-kata maaf itu terlalu mudah bagi lelaki

itu. Bagaikan air sungai, tidak henti-henti mengalir di telinganya, namun sayang

ucapan maaf ku tidak seperti itu!


"Abang dan Sofia tak ada apa-apa hubungan tapi abang memang tak boleh

tinggalkan dia" Tangisan Adibah terhenti. Kepalanya didongak ke atas, merenung

Hazmi dengan pandangan berkaca.Aku tak faham?

"Kalau boleh, memang abang nak jelaskan pada Adi, pada ibu malah pada Lutfi

juga. Tapi....... Abang tak boleh buat macam tu!" Hazmi meraup mukanya

perlahan-lahan. Bagaimana hendak menyusun kata agar Adibah dapat

memahami apa sebenarnya.

"Adi......"

Hazmi menarik nafasnya dalam. Kesian Adibah, mengenali abang sekadar

mengundang tangisan mu.! Maafkan abang! Andai perkara yang lalu boleh

diputar semula, abang pasti Adi takkan menangis begini.

"Adi..... Abang tak mahu Adi terus bersedih. Abang ingin bahagiakan Adi tapi

kemampuan abang terbatas....... segala keputusan, abang letak di tangan Adi"

Adibah tergamam. Jari jemarinya digenggam erat.

Dia nak aku buat keputusan? Keputusan apa? Memilih meneruskan pertunangan

ini atau memutuskannya, mungkin! Kenapa macam ni? Bukankah mudah kalau
dia yang membuat keputusan. Tidak suka, kata tidak suka! Kalau suka janganlah

berteka teki macam ni! Air matanya merembes kembali.

Adibah terus bangkit, melari masuk ke dalam rumah dengan kesedihan yang

sarat di hati...

****************************************

"Abang cari siapa?" Soal Yana yang menyaksikan tingkah Lutfi yang asyik

merenung pintu.

"Abang cari Adibah kan?" Lutfi masih diam. Tiada sebarang reaksi.

"Abang sanggup kehilangan segalanya kalau abang lepaskan Yana?" Lutfi

tersentak. Wajah Yana yang kelihatan marah di pandang sekilas sebelum

membuang padangannya ke luar tingkap.

"Kenapa Yana cakap macam tu?"

"Macam mana Yana tak cakap macam tu kalau Yana dah ada depan mata tapi

abang masih mencari Adibah!" Keras suara Yana memukul cuping telinganya.
"Kalau abang dah tak suka Yana lagi, abang boleh cakap! Jangan buat Yana

macam tunggul kayu kat depan abang. Yana bukannya budak kecil yang bodoh

menilai perilaku abang!" Segala yang terbuku di luahkan tapi henti.

"Cinta dan pengorbanan Yana pada abang selama ini, nampaknya langsung tak

bernilai." Gadis itu menambah lagi.

"Yana! Jangan cakap macam tu! Abang minta maaf ok! Honestly, you're means a

lot to me!" Bagaimana sekarang? Perniagaannya itu bagaikan nyawanya. Tanpa

bantuan papa Yana, dia tak mungkin dapat pergi setinggi ini. Dia cintakan Yana

namun cinta itu masih tak dapat menandingi setinggi rasa cinta dan kasihnya

pada Adibah. Lutfi mengeluh perlahan. Serba salah membuat pilihan. Bak kata

pepatah; diluah mati ayah, ditelan mati emak. Dan jika tidak diluah mahu pun

ditelan, dialah yang mati. So apa pilihan yang dia ada?

"Sure?" Gadis itu memohon kepastian

"Positif!" Antara yakin dengan tidak dia menjawab. Yana tersenyum menguntum.

Gadis ini memang mudah dipujuk dan memang cepat termakan dengan pujuk

dan rayu. Tak susah. Tidak seperti Adibah! Namun yang degil itulah yang lebih
menarik di hatinya. Tangannya memeluk erat tubuh Yana tetapi di hati bagaikan

berlagu menyebut nama Adibah!

Bunyi daun pintu yang sedang dibuka membuatkan kedua-duanya tersentak.

Lutfi segera merenggagkan pelukkannya sebaik kelibat Adibah tersembul di

muka pintu. Wajah Yana pula serta merta masam mencuka.

"Maaflah! Saya menganggu" Adibah tersenyum lembut.

"Dah tahu tu buat apa datang!"

"Yana! Kenapa cakap macam tu. Masuklah Adi!" Lutfi cepat-cepat menjawab.

Wajah Yana makin mencuka. Dia mendengus geram.

"Saya masak sup. Tak tahulah kena atau tidak dengan selera awak" Lutfi

tersenyum girang. Tutur kata Adibah makin lembut berbanding dulu. Gadis itu

juga tidak putus-putus mengukir senyuman. Heh! Tak sia-sialah dia kena tikam

tempoh hari. Setidak-tidaknya berbaloi kerana kejadian itu bakal

mendekatkannya dengan Adibah. Tapi Yana.........?

"Dia tak makan sup! Dia tak suka!" Tupperware biru berisi sup itu ditolak ke tepi.

"Yana! Bila masa pula abang tak suka makan sup" Kening Lutfi terjungkit. Ye ke

aku tak makan?


"Memang kan? Selalunya, Yana yang kena habiskan sup abang"

"Ye ke? Tak apalah! Kesian kat Adi yang susah masak. Lagipun tekak ni memang

teringin nak makan sup dari tadi." Lutfi tersengeh. Adibah yang berdiri di sebelah

Yana di jeling sekilas. Lega di hati melihat senyuman yang masih berbunga di

bibir Adibah.

Huh! "Yana nak baliklah!" Yana bergegas pergi. Dalam hati mengharapkan Lutfi

menghalang namun sayang permergiannya bagaikan direstu!

*******************************

"Kenapa ni Adi?" Soal Kak Ijah yang tiba-tiba muncul menatang dua mangkuk

bubur kacang. Harum aroma bubur kacang berlari-lari masuk ke rongga

hidungnya.

"Sejak balik dari hospital tadi akak tengok Adi dok menung je. Kenapa? Keadaan

Lutfi masih teruk ke?"


"Taklah kak! Lutfi dah makin elok. Sup yang Adi masak pun habis dia kerjakan!"

Kak Ijah mengekek ketawa. Hampir-hampir bubur kacang di dalam mulutnya

hendak tersembur keluar.

"Adi ni! Nak buat lawak pun janganlah time tengah makan!" Tangannya cepat-

cepat mencapai sehelai tisu. Bibirnya yang basah dilap dengan cermat.

Hum! Keluhnya perlahan.

"Mengeluh pulak dia! Kalau ada masalah, ceritalah dengan akak"

"Entahlah kak! Tak tahu macam mana Adi nak mulakan" Cincin belah rotan yang

tersarung dijarinya, dipusing berkali-kali.

"Pasal Mi dengan Lutfi ke?" Adibah mengangguk perlahan.

"Dah buat keputusan?"  Adibah mengeleng pula.   

"Adi suka siapa sebenarnya?"

"Entah!"

"Laaa.... Hati sendiri pun tak tahu suka siapa?"

Adibah tersengeh.
"Masalahnya kak, dua-dua lelaki tu dah ada teman masing-masing. Kalau ikut

logiknya, Adi tak perlu buat apa-apa keputusan atau pun pilihankan?" Kak Ijah

terdiam. Betul juga tu!

"Tadi, Hazmi ada datang" Mata Adibah mencerlang serta merta. Wajah Kak Ijah

direnung tanpa berkelip.

"Dia datang buat apa?"

"Nak tengok Adi katanya. Dia bimbang Adi sakit. Dia kirim salam" Adibah

terdiam. Buat apa nak tengok dia lagi!

"Alamak! Lupa puia akak. Dia kata, dia bercuti sebulan. Kalau ada apa-apa dia

suruh Adi call dia" Sebulan? Ke mana? Takkan merajuk pulak kot? Patutnya

akulah yang merajuk.

"Nak ke mana puiak tu? Bubur ni tak berjamah pun lagi" Ujar Kak Ijah tatkala

melihat Adibah yang tiba-tiba bangun menuju ke tingkat atas.

"Kenyang! Akak letak dalam freeze lah. Nanti Adi makan!" Kak Ijah mengeleng-

ngelengkan kepalanya. Makin kuruslah nampak gayanya anak dara tu! Asyik

kenyang memanjang!
Telefon bimbit di tepi bantalnya, dicapai cepat-cepat. Tangannya ligat menekan

nombor telefon Hazmi. Lama menanti Adibah digamit resah.

"Hello!" Suara seorang perempuan menjawab panggilannya. Adibah terduduk di

birai katil.

"Hello! Nak cakap dengan siapa?" Suara itu berbunyi lagi.

"Haz... Hazmi ada?" Suaranya mula tersangkut.

"Siapa ni?"

"Saya Adibah!" Suara ditalian tiba-tiba sunyi. Cuma terdengar bunyi dengus

nafas.

"Errrrr.... Adi ye. Hazmi tak ada, dia pergi bilik air. Kami kat airport ni kejap lagi

nak berlepas ke Langkawi." Langkawi? Berdua dengan perempuan tu? Mesti

Sofia!

"Kalau macam tu tak apalah!" Adibah segera mematikan talian. Telefon

bimbitnya dicampak ke tepi. Marahnya bagaikan tidak bertepi. Dan ternyata

Hazmi yang memberi jawapan untuk keputusannya!


BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP 12)

"Jom!" Ujar Hazmi sambil tangannya mula menarik bagasi baju yang terletak di

hujung kaki Sofia. Namun gadis itu hanya membatu, tunduk merenung lantai

yang sudah bercalar balak dek sepatu orang yang lalu lalang.

"Kenapa ni? Jomlah! Nanti kita terlepas flight pulak" Hazmi masih berdiri tegak

memandang gadis itu yang masih menundukkan wajahnya.

"Adi ada call tadi" Suaranya seakan berbisik. Kepalanya diangkat perlahan-lahan

mencari-cari riak di wajah Hazmi.

"Apa dia cakap?" Bicara Hazmi sedikit mendatar  cuba menahan intonasi

suaranya agar kegugupan di dada tidak ketara.

"Tak ada apa-apa. Dia cari Mi. Pastu Sofi cakap kita nak pergi Langkawi"

"Lepas tu,apa Adi jawab" Nada suaranya makin tidak teratur. Resah.

"Dia terus letak phone!" Hazmi terdiam. Bagasi baju ditangannya diletak ke lantai

perlahan-lahan. "Kalau Mi nak cancel cuti kita ke Langkawi ni, Sofi tak kisah. Sofi

faham!" Ayat itu yang dia tidak tahan mendengarnya. Sofi tak kisah. Sofi faham;

ayat-ayat itu tatkala menyapa gegendang telinganya, memberi makna yang


berlawanan; gadis cacat macam Sofi ni siapalah yang suka, sekadar

menyusahkan; peliknya! Maksud itu pula yang berputar di mindanya.

"Mi dah janji kan? U can keep my words!" Tangan Sofia diraihnya, membantu

gadis itu untuk berdiri. "Sofi tak nak menjadi penghalang hubungan antara Mi

dan Adi biar pun Sofi masih cintakan Mi" Tangan Sofia terlerai dari

genggamannya

"Mi dah kata pada Sofi kan? Mi tak nak kita bincang pasal hati dan perasaan lagi.

Kita sekarang tak ubah seperti sahabat baik"

"Maaf! Perasaan Sofi tak dapat diubah lagi lebih-lebih lagi bila Mi sentiasa berada

disamping Sofi. Rasa cinta itu tak mungkin hilang!" Sofia mula menangis. Dia

kembali melabuhkan punggung pada deretan kerusi berwarna biru itu.

Hazmi mula serba salah. Sungguh! Demi Allah, aku tidak mencintai gadis itu lagi!

Namun kerana janji yang telah dibuat, maka dia gagahkan juga berdiri di

samping Sofia. "Janji mesti ditepati!" Kata-kata arwah ayah masih diingat

sehingga sekarang.

"Sofi......Mi dah janji...."


"Janji? Balik-balik perkataan tu yang Mi cakap! Sofi dah bosan dengar!"Pintas

Sofia laju. Mukanya mula merona merah akibat tangisan dan perasaan marah

yang ditahan.

"Sofi tak nak pergi! Hantarkan Sofi balik!" Dia menambah lagi bila melihat Hazmi

yang sekadar membatu tanpa kata.

"Nanti papa dan mama Sofi bising! Mi minta maaf ok!" Bahu Sofia diusap lembut.

Rambut panjang yang terhurai itu dikais perlahan ke tepi telinga.

"Huh! Mi hanya bimbangkan mama dan papa Sofi. Mi lebih takut kalau dia orang

marah tapi Mi lansung tak fikirkan keadaan dan perasaan Sofi. Sofi jadi macam

ni sebab Mi tahu tak?!" Bentak gadis itu geram. Nafasnya mula turun naik seiring

dengan tangisannya yang masih berlagu.

Hazmi mengetap bibir bawahnya berkali-kali. Cuba menyabarkan hatinya.

"Sofi nak balik!" Sofia bingkas bangun. Dan tanpa menanti jawapan selanjutnya,

dia terus berjalan tanpa menoleh. Cukuplah! Dia tidak mahu lagi begini. Hazmi

sekadar patung boneka tatkala disisinya. Sekadar menurut kehendak dan

perintahnya tanpa perasaan.


"Sofi!" Jeritan Hazmi dibiarkan tenggelam dalam hiruk pikuk suara manusia.

Langkahnya meskipun tempang, terus diatur dengan laju.

******************************

"Along ni memang berpakat dengan Adi ke?" Kening Hazmi serta merta

terjungkit. Wajah tua ibu yang sudah berkedut seribu itu direnung tanpa

berkelip.

"Hish! Pandang macam nak telan ibu je!" Meledak ketawa dibibirnya. "Ibu ni!

Along bukan apa, terkejut bila ibu tiba-tiba cakap macam tu. Apa yang along dah

berpakat dengan Adi?"

"Adi pun balik kampung  juga! Semalam masa ibu ke kedai Pak Brahim kat

hujung simpang tu, terserempak dengan  Adi yang dok menjinjing beg besar."

Ujar Mak Ucu sambil menggulung sirih muda di hujung silanya.

"Ibu........" Kata-katanya mati. Teragak-agak untuk meneruskan bait ayat yang

seterusnya.
"Uhmp...." Mak Ucu menjuihkan bibirnya memberi isyarat agar Hazmi

meneruskan ceritanya. Mulutnya laju mengunyah daun sirih yang telah dibalut

dengan buah pinang dan sedikit kapur yang sudah dicalitkan.

"Ibu...... Mi ada sesuatu nak ceritakan pada ibu tapi tak tahu dari mana nak

mula. Mi nak dengar pendapat ibu" Wanita tua itu sekadar mengangguk.

Mulutnya masih asyik mengunyah daun sirih, biar sampai lumat baru dia

keluarkan hampas daun sirih itu ke tanah.

"Errrrr...... Macam mana nak cerita ye? Hemmm.... 3 tahun dulu, along......."

"Assalamualaikum!" Cerita Hazmi mati di tengah jalan sebaik mendengar ucapan

salam di muka pintu. Dahi Mak Ucu berkerut. "Siapa pula yang datang maghrib-

maghrib macam ni" Hazmi masih bersila di anjung rumah. Sekadar menghantar

pandang ke arah ibunya yang kelam kabut membuka pintu.

"Astagfirullah! Adibah! Datang dengan siapa ni?" Hazmi hampir terlompat dari

tempat duduknya tatkala nama Adibah disebut. Adibah?

"Adi tumpang abang Razak tadi. Mak kata Mak Ucu sakit. Dah pulak tu tinggal

sorang-sorang. Mak suruh Adi temankan Mak Ucu" Tangan tua itu dicium

lembut.
"Baiknya kamu Adi! Susahkan kamu pulak! Habis tu? Mak Adi tinggal dengan

siapa kat rumah. Kesian pula kat dia. Dia pun sorang-sorang kat rumah" Mak

Ucu bersuara agak risau. Ye lah kan, sibuk hendak membantu dia bimbang juga

kalau-kalau ada apa-apa yang terjadi pada bakal besannya itu.

"Angah eh Afnan ada balik. Aishah yang duduk kat hostel pun ada balik. Jangan

risau Mak Ucu, ramai yang temankan emak kat rumah tu" Adibah tersenyum

lebar namun senyumannya tiba-tiba mati tatkala wajah Hazmi tersembul di

depan matanya.

"Adi!" Eh? Bukan dia pergi Langkawi ke? Dia mula berteka-teki di dalam hati.

"Kebetulan, Along pun ada balik Adi. Entah apa mimpinya pun entahlah. Tu yang

Mak Ucu cakap dia berpakat dengan Adi. Dah dua-dua pun balik kampung,

ingatkan berjanji tadi" Bibir tua itu meletup denga ketawa. Adibah menelan air

liurnya. Kelat!

"Baiknya Adi sudi temankan ibu abang"

"Adi ingat Mak Ucu tinggal sorang-sorang. Kalau macam tu, Adi baliklah!" Dia

cepat-cepat menuju ke pintu.


"Adi nak balik dengan apa? Dah langsung Adi sampai, bermalam jelah kat sini.

Pagi esok abang hantar Adi ye. Abang pun rindu dengan Adi" Baris ayat terakhir

itu dilafazkan berbisik ke telingan Adibah.

Adibah terpacak di disitu. Terkejut dengan tindakan Hazmi dan lebih terkejut

sebenarnya tatkala hembusan nafas lelaki itu menyapa cuping telinganya.

"Haah! Betul tu Adi! Tidurlah kat sini. Boleh juga kita bincangkan pasal persiapan

perkahwinan  yang nak dibuat nanti" Aduh! Susahlah macam ni. 2 lawan 1!

Mestilah dia yang kalah. Hendak tak hendak, terima juga dalam terpaksa.

Adibah tidak senang duduk jadinya. Dari tadi, sejak makan malam tadi lagi

Hazmi asyik menjeling dengan ekor matanya. Ke sana dia diperhatikan, ke sini

pun dia dijeling. Hish! Terasa semua tingkahnya menjadi sumbang!

"Adi, Mak Ucu nak masuk tidur. Nanti kalau Adi nak tidur, masuklah bilik Yati tu.

Mak Ucu dah siap kemaskan"

"Menyusahkan Mak Ucu aje!" Riak serba salah jelas terpamer di wajahnya. "Tak

ada susahnya. Dah biasa, hari-hari Mak Ucu kemas bilik tu walaupun tak ada

orang" Balas ibu Hazmi sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik. Tinggal
Adibah termanggu-manggu sendirian. Kelibat Hazmi hilang sejak tadi. Mungkin

dia sedang menunaikan solat Isya' agaknya.

"Adi, nanti dulu!" Adibah yang baru memulas tombol pintu, terhenti tingkahnya.

Hazmi menguntum senyum. Segak dengan berbaju teluk belanga dan berkain

pelikat. Rambutnya masih kelihatan basah.

"Dah nak tidur ke? Duduklah dulu dengan abang. Kita sembang-sembang

sekejap" Sembang-sembang? Nak disembangkan tentang apa lagi? Dahi Adibah

mula berkerut.

"Jangan buat muka macam tu Adi. Nanti abang picit hidung baru tahu!" Hazmi

tergelak kecil melihat Adibah yang secara spontan menutup hidungnya. Adi! Adi!

"Duduklah Adi! Rumah ibu abang ni walaupun nampak usang tapi masih kukuh.

Belum nak runtuh lagi" Adibah yang masih tegak berdiri, cepat-cepat duduk

bersimpuh di atas lantai. Wajahnya ditunduk ke bawah dan sesekali jari

jemarinya memintal hujung tudungnya.

"Abang cakap nak pergi Langkawi. Kenapa tiba-tiba balik kampung pulak?"

Adibah akhirnya memberanikan diri bersuara. Memang soalan ini asyik berlegar

dibenaknya.
Hazmi tersenyum lembut. Redup matanya merenung tunak wajah Adibah.

"Soalan cepu emas ni dah lama abang tunggu. Puas menanti Adi bertanyakan

pasal tu" Kening Adibah terjungkit. Apa kena mengena pula soalan cepu emas

dengan soalan aku?

"Sofia tak nak pergi!" Huh? Bukan dia yang tak nak pergi?

"Abang tak boleh nak paksa dia. Adi........... Kalau abang cerita satu perkara

pada Adi, abang tak pasti Adi boleh percaya atau tidak" Adibah segera melarikan

anak matanya. Tidak sanggup tatkala redup pandangan sepasang mata itu

menujah wajahnya.

"Abang belum cerita lagi, macam mana Adi nak percaya atau tidak"

Adibah menelan air liurnya berkali-kali. Berkerut-kerut dahinya melihat tingkah

Hazmi yang sedikit demi sedikit mengesot menghampirinya. Makin lama makin

dekat pula!

"Apa abang buat ni?" Peluh sejuk mula merenek di hujung dahinya.

Hazmi tersenyum nakal. Tingkahnya masih seperti tadi. Terus rapat menghampiri

Adibah hinggakan hujung lututnya sudah berlaga dengan hujung lutut Adibah.
"Abang dekat lagi, Adi menjerit!" Keras suara Adibah. Tubuhnya sudah tersandar

di dinding.

Hazmi mengekek ketawa. "Abang saja je nak tengok Adi! Hehehe... Berpeluh-

peluh juga Adi ye" Ketawanya masih bersisa.

"Abang jangan nak main-main dengan Adi! Adi ni ada tali pinggang hitam tau!"

Hazmi tergelak kembali.

"Ye ke?"

"Betul lah! Nak test ke?" Kedua tangannya diangkat. Menggenggam buku lima ke

arah Hazmi. Ketawa Hazmi makin menjadi. Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Abang cakap nak cerita satu perkara dengan Adi. Apa dia?"

"Tak ada apa-apalah!" Rasanya Adibah tidak perlu tahu. Dia bahagia melihat

tingkah gadis itu. Gembira melihat riak wajah comel itu yang sekejap-sekejap

berkerut seribu memandangnya dan yang paling penting dia tidak mahu

memusnahkan malam yang begitu indah bersama Adibah. Buat seketika biarlah

dia merasa semua itu. Entah esok entah lusa, Adibah mungkin bukan miliknya

lagi.

 
******************************

Sebuah kereta Mercedes Benz berwarna silver, menjalar di depan rumahnya.

Siapa? Hati kecilnya tertanya-tanya. Tidak mungkin kereta Afnan. Semalam

adiknya itu balik menaiki motosikal Yamaha nya. Dan sememangnya tidak

mungkin Afnan mampu memiliki kereta semewah itu!

"Along!" Adibah hampir-hampir terjatuh ke dalam longkang di belakang

rumahnya. "Apa ni angah? Main jerkah-jerkah! Nak bagi along semput ke?" Mata

Adibah tercegil menahan geram.

"Cepatlah masuk! Entah orang kaya mana entah yang dok tunggu along dari

tadi" Afnan tersengeh. Adibah mendengus geram. Tubuh Afnan yang

menghadang jalannya, ditolak dengan kasar.

"Mak mana?"

"Pergi rumah Alang Timah. Menantu Alang Timah tu baru bersalin!" Aishah,

adiknya yang paling bongsu tiba-tiba menjawab.

"Dah buatkan air untuk tetamu?" Aishah mengangguk laju.


Orang kaya mana pula yang datang nak jumpa aku? Adibah berteka teki di

dalam hati.

Sofia! Adibah hampir  menjerit namun suaranya bagaikan tersangkut

dikerongkong. Tidak mampu untuk dikeluarkan. Dada Adibah mula berdebar-

debar. Apa yang dia hendak? Sampaikan sanggup mencari aku hingga ke sini?

"Kalau tak silap saya, ini Sofia kan?" Sebaik mungkin cuba menahan getaran di

dadanya.

Gadis cantik itu tersenyum lembut. Ayu! "Betul tu! Saya Sofia dan ini papa saya"

Seorang lelaki berumur merenung tajam  ke arahnya. Duduknya makin tidak

betah dek renungan tajam papa Sofia.

"Kenapa datang jumpa saya?"

"Supaya engkau lepaskan Hazmi!" DIrect! Tanpa bengkang bengkok atau bahasa

berbunga. Lelaki yang dikatakan papa Sofia itu menjawab keras. Tegas! Setegas

renungan tajam yang tidak lekang dari matanya.

Adibah mengetap bibirnya berkali-kali. "Kenapa?" Soalnya sepatah.


"Look at here!" Kain kurung yang dipakai Sofia diselak hingga ke lutut. Adibah

tergamam. Matanya terpaku memandang kaki palsu separas lutut itu. Sofia

berkaki palsu? Nafas Adibah mula turun naik. Sesak!

"This happened because of Hazmi!" Nada suaranya masih sama. Keras! Tegas!

Kasar!

"Saya tak faham maksud uncle. Apa sebenarnya yang dah berlaku?" Sungguh!

Janganlah dok bermain teka teki dengannya. Benda-benda macam ni memang

dia selalu fail!

"Sofia terlibat dalam kemalangan 3 tahun lalu. Dan orang yang

bertanggungjawab adalah Hazmi! DIa yang memandu membuta tuli hinggakan

Sofia yang terpaksa menjadi mangsanya!" Sarifuddin menarik nafasnya dalam.

Marah dan geram bila ada insan yang cuba melukakan hati Sofia, anak tunggal

kesayangannya.

"Hazmi dah berjanji akan menjaga Sofia sepanjang hayatnya dan sekarang dia

tiba-tiba bertunang dengan awak!    Macam mana dengan Sofia? Mana ada lelaki

yang suka dengan gadis tempang macam Sofia!" Dia menambah lagi.
Adibah terdiam. Jari jemarinya diramas berulang kali. Mungkin perkara ini yang

hendak dijelaskan oleh Hazmi malam tadi dan  selama ini! Mungkin sebab ini

yang memaksa lelaki itu memintanya membuat keputusan.

"Adi....... Saya pun tak ingin buat macam ni. Tapi saya memang cintakan Hazmi.

Dengan keadaan saya yang macam ni, saya makin tidak sanggup kehilangan

Hazmi. Tolonglah!" Sofia merayu perlahan. Mata gadis cantik itu sudah digenangi

air. Menunggu masa untuk jatuh!

Adibah masih mendiamkan dirinya. Dia menoleh kebelakang memandang Afnan

dan Aishah yang sejak tadi sekadar mendengar dan memerhati. Kedua adiknya

cuma menjungkitkan bahu. Tidak faham apa yang berlaku.

"Saya akan bagi apa saja jika awak sanggup memutuskan pertunangan ini!"

Dada Adibah makin bergetar. Apa saja? Dia tidak mahu apa-apa pun!

"Kenapa tidak minta Hazmi saja yang putuskan hubungan ni?" Adibah akhirnya

bersuara. Nafasnya yang ditahan sejak tadi dilepaskan keras!

"He love you!" Jantungnya bagaikan berhenti berdegup. He love you! Benarkah

Hazmi cintakannya. Selama ini lelaki itu sentiasa menyembunyikan perasaannya.

Dia sendiri tidak dapat mengagak perasaan lelaki itu.


"Saya kenal dia dah lama Adi. Dah masak dengan perangainya. Saya tahu apa

yang bermain di hatinya. Dia sekadar menggenggam janjinya terhadap saya!"

Gadis itu makin merintih. Manik-manik mutiara sudah berjuraian di pipi gebu

miliknya.

"Sebab itu saya tak mampu meminta Hazmi memutuskan pertunangan ini!"

Patutlah! Patutlah Hazmi yang memintanya membuat keputusan. Mungkinkah itu

maksud yang tersirat?

" I beg you Adi! Please......." Ya Allah! Dugaan apa ini? Adibah terasa ingin

menangis.

"Uncle tidak pernah merayu pada sesiapa sebelum ini. Tidak pernah melutut juga

dengan sesiapa. Tapi demi Sofia, satu-satunya permata hati uncle, tolonglah!

Uncle merayu!" Adibah tergamam. Papa Sofia tiba-tiba melutut di hadapannya.

Hilang sudah sikap bengis yang ditunjukkannya sebentar tadi. Dan yang ada di

depannya adalah seorang lelaki yang  dhaif dan tidak bermaya memohon belas

untuk anak tersayang!

"Uncle! Jangan macam ni! Saya cuma manusia, tak perlu melutut sampai macam

ni! Angah tolong along!" Adibah menjerit. Bersusah payah dia mengangkat tubuh
lelaki tua itu. Mujur Afnan ada untuk membantu. Kalau dengan  khudratnya saat

ini memang dia tidak mampu.

"Sofia, uncle, baliklah dulu. Saya akan fikirkan hal ini dulu." Adibah bersuara

perlahan.

"Kenapa masih nak fikirkan pasal ni? Kenapa tak boleh putuskan keputusaan

masa ni?" Sarifuddin mula menyinga kembali. Sia-sia dia merayu nampaknya.

"Saya....saya.... memang tak dapat nak buat apa-apa keputusan sekarang?"

Adibah serba salah.

"Kenapa? Adi juga cintakan Hazmi ke?" Soalan Sofia membuatkan dia terdiam.

Entah? Mungkin juga. Pertama kali berjumpa dengan Hazmi sudah mengundang

melodi hindustan di hatinya.

"Saya tak tahu Sofia tapi berikan saya masa untuk fikirkan semua tu." Sofia

mengeluh perlahan. Wajahnya nampak keruh.

"Papa, jomlah kita balik!"

"Awak akan menyesal kalau buat keputusan yang sebaliknya. Kalau benar awak

cintakan Hazmi sekalipun, lebih baik awak lepaskan dia demi masa depan Hazmi
sendiri. Lainlah kalau awak suka lihat Hazmi menderita!" Ugut Sarifuddin keras.

Senyuman sinis diberikan sekilas sebelum melangkah keluar.

Sebaik deruan enjin kereta itu menghilang, kelam kabut Afnan dan Aishah

datang menghampirinya. "Apa yang dah berlaku ni along? Kenapa lelaki tu

marah-marah dengan along?" Adibah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

"Along pun tak tahu angah! Along pun nak tahu!" Adibah akhirnya menangis. Air

mata yang ditahan sejak tadi gugur jua.

BILA CINTA BERLAGU DIHATI {CHAPTER 13}

Lama Hazmi merenung cincin di tangannya. Sesekali jari jemarinya memusing-

musing cincin permata bermata satu itu.

"Apa yang dah berlaku antara along dengan Adi?" Hazmi meraup mukanya

beberapa kali. Suara ibu kembali bermain di cuping telinga.

"Kelmarin masa Adi datang ke sini, ibu tengok along dengan Adi nampak begitu

mesra. Alih-alih pagi tadi mak Adi datang pulangkan cincin dan semua hantaran

pertunangan hari tu. Angin tak ada, ribut pun tidak, tiba-tiba pertunangan ni nak
dibatalkan?" Aduh! Kepalanya dipicit dengan kasar. Rasa denyutan makin kuat

terasa menjalar disegenap urat saraf kepalanya. Ya Allah! Dugaan apa ini?

Hazmi bingkas bangun menuju ke birai tingkap. Gelap langit malam, tiada juraian

bintang yang kelihatan. Dia makin bungkam. Ralat rasanya menghadapi

perasaanya yang serba gini rupa. Telefon bimbit di dalam kocek seluar berwarna

hijau pekat itu dikeluarnya perlahan-lahan. Tercari-cari nombor kepunyaan

Adibah.

Lama menanti, Hazmi dihambat resah. Jawablah Adi! Bibirnya diketap dengan

kuat. Anehnya, langsung tidak terasa sakit!

"Assalamualaikum...." Nafas lega dihembus dengan kuat tatkala suara manis itu

menjerjah gegendang telinganya.

"Waalaikumsalam. Adi, abang ni!" Senyap! Hanya terdengar hembusan nafas

keras gadis itu di hujung talian.

"Adi dah fikir masak-masak? Betul Adi nak pertungan kita ni dibatalkan?" Soal

Hazmi lambat-lambat. Satu persatu!

"Hari tu, abang sendiri yang minta Adi putuskan mana sudahnya hubungan kita.

Nah! Sekarang Adi dah putuskan! Rasanya keputusan Adi akan menyenangkan
banyak pihak dan lebih memudahkan kerja abang" Hazmi terdiam. Agak

tersentak mendengar bicara gadis itu.

"Apa maksud Adi?"

"Kenapa abang tak berterus terang dengan Adi? Abang lelaki pengecut!"

"Adi!" Hazmi mengepal tangan kirinya sekuat mungkin. Abang bukan pengecut

sayang! Mahu saja ayat itu dimuntahkan dihujung talian tapi entah mengapa

sukarnya untuk keluar.

"Kenapa? Abang dah naik angin bila Adi cakap macam tu? Memang betulkan?"

Suara Adibah kian keras. Nafasnya mula turun naik.

"Sofia dan papanya datang berjumpa Adi kelmarin. Melutut depan Adi minta

pertunangan kita diputuskan. Kenapa abang? Kenapa abang hendak

sembunyikan dari Adi. Adi akan faham kalau abang lebih berterus terang. Tapi...

bila dengan cara macam tu Adi dapat tahu hal sebenar, Adi betul-betul kecewa."

Bicara Adibah mula bertukar sayu. Perlahan! Beberapa saat kemudian,

kedengaran esak tangis gadis itu di telinganya. Adi!


BILA CINTA BERLAGU DIHATI {CHAPTER 14}

Sepanjang hari bibirnya tidak henti-henti tersenyum. Bagaikan tidak mahu

lekang. Lutfi tersengeh pula. "Along dah putus tunang dengan abang Hazmi!"

Argh!!! Rasanya bagaikan mahu menjerit memberitahu seantero dunia berita

yang amat menggembirakan hatinya. Adibah sudah putus tunang, bermakna

peluangnya kembali cerah. Berita yang keluar dari mulut Afnan pagi tadi

memang tidak disangka-sangka. Kalaulah Afnan berada di depannya saat itu,

sahlah akan menjadi mangsa menerima pelukkannya.

"Dari tadi dok senyum tak habis-habis. Apahal dengan kau ni?" Tangan Adam

singgah di bahu Lutfi. Lutfi masih seperti tadi. Kening Adam mula terjungkit.

"Tak demam pun!"

"Hish! Engkau ni kenapa?" Cepat-cepat tangan Adam ditepisnya.

"Yelah! Aku nak tengok sama ada kau ni demam ke atau dah sewel!" Ketawa

Adam mula mengekek. Tak guna punya member!

"Adi dah putus tunang!" Mata Adam hampir terjegil keluar. "Biar betul!"

"Betul lah! Buat apa aku nak tipu."


"Padanlah macam monyet dapat bunga!" Adam ketawa kembali. Makin kuat

pula. "Tapi aku tak fahamlah dengan kau ni" Ketawa lelaki itu masih bersisa

meskipun nada suaranya seakan serius. Dahi Lutfi mula berkerut. Apa yang tak

faham?

"Adi kau suka, Yana pun kau nak! Yang mana satu sebenarnya ni?" Bibir Lutfi

kembali mengukir senyuman. Ah! Lelaki kan boleh beristeri empat! Kalau setakat

dua tu tak jadi masalah! Hehehe.......

**********************************************************

Sofia tunduk merenung lantai. Tidak berani bersuara walau sepatah kata. Selama

mengenali Hazmi, inilah kali pertama dia melihat lelaki tersebut naik angin.

Menyinga bagaikan singa yang sedang kelaparan. Mujur ada papa dan mama di

sisi, kalau tidak mahunya dia menangis ketakutan.

"Kenapa engkau kurang ajar sangat ni Hazmi? Langsung tak tahu menghormati

orang yang lebih tua!" Tengking Sarifuddin geram. Suaranya ikut sama

meninggi. Hazmi yang berdiri tegak di hadapannya, ditenung tanpa berkelip.

"Pakcik dah mungkir janji dengan saya!"


"Bukan aku yang mungkir janji, tapi engkau Hazmi! Engkau sepatutnya

mengahwini Sofi bukan bertunang dengan perempuan tu!" Hazmi mendengus

geram.

"Bukan itu yang saya janjilkan dengan pakcik. Saya cuma berjanji menjaga Sofia

seumur hidup saya jika tiada lelaki lain yang ingin mengahwininya. Saya tidak

pernah kata akan memperisterikan Sofia.!" Nafas Hazmi mula turun naik. Kalau

ikutkan hati, memang sudah lama papa Sofia menerima punumbuknya.

"Saya tak ada perasaan lagi pada Sofia. Dia cuma sahabat baik saya dan tak

ubah macam adik saya sendiri. Tapi pakcik tu yang mungkir janji. Pakcik

berjanji tak akan ganggu hidup saya selagi saya menjaga Sofia. Kenapa tiba-tiba

datang berjumpa tunang saya???!!!!" Suara Hazmi bergema di segenap ruang.

Bergaung bagaikan di dalam gua.

"Heh!" Sarifuddin sedikit mengejek. "Kalau tak sebab aku berjumpa dengan

tunang engkau sekalipun, hubungan kau dengan dia mesti tak kekal lama. Mana

ada isteri yang sanggup membenarkan suaminya menjaga perempuan lain

seumur hidupnya!" Hazmi terdiam. Pandangan jatuh pada wajah Sofia yang mula
bergenang air dikelopak matanya. Sofia cepat-cepat tunduk kembali. Merah anak

mata Hazmi begitu menakutkan!

"Sebab pakcik mungkir janji maka saya membatalkan segala perjanjian kita.

Selama ini saya begitu patuh pada janji saya meskipun tanpa surat perjanjian

hitam putih. Saya ikhlas menunjukkan rasa tanggungjawab saya terhadap Sofia

pada makcik dan pakcik. Tapi sayang......... Pakcik dan Sofia terlalu tamak,

keikhlasan saya ini jangankan hendak berterima kasih, menghargainya pun jauh

sekali!" Habis menutur kata-katanya, Hazmi segera melangkah pergi. Cukuplah!

Segala-galanya berakhir di sini!

"Mi! Mi!" Sofia cuba bangun mengejar Hazmi namun langkah terhalang dengan

pegangan kejap papa di lengannya. Hazmi!

**************************************************

"Allah marah jika kita mungkir janji!" Wajah anak kecil berusia 5 tahun itu

berkerut-kerut. "Kalau macam tu, along tak nak berjanji lah!"

Wajah tua yang agak pucat itu pula yang berkerut-kerut. "Kenapa pula?"

"Along takut kalau along tak dapat tunaikan janji. Nanti Allah marah. Ayah pun

mesti marah pada along kan?" Lelaki tua itu tersenyum-senyum. Kepalanya
diangguk-angguk beberapa kali. "Sebab itulah, bilia membuat janji, mesti tahu

keupayaan kita untuk menunaikannya. Boleh atau tidak boleh!" Kepala Hazmi

macam burung belatuk. Terhangguk-hangguk tandanya dia faham.

"Sekarang.... along sanggup tak berjanji dengan ayah?"

"Sanggup!"

Arhhh! Ayah! Kenangan dengan arwah ayah tiba-tiba muncul dipandangan.

Bukan salah along kan ayah? Along tak mungkir janji tapi ..... Kedua tangan

diraup kemukanya. Bunyi keluh kesah, tidak henti berlagu di hatinya.

Salah aku kah? Memegang janji hingga rasa cinta buat Adibah hanyut dilanggar

badai. Mungkin agaknya!

Arghhhh!!!!! Hazmi menjerit kuat seraya sebuah penumbuk dihayun ke dinding.

Sudahnya, wajahnya pula berkerut-kerut menahan rasa sakit yang menjalar di

tangan. Bodoh! Rasa ingin dijerit perkataan itu. Bodoh itu untu siapa? Untuk

aku?

Adi......abang rindu, abang sayang.....  Hubungan yang terputus, mampukah

disambung semula? Hati yang sudah retak dapatkah abang cantumkan semula?
BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAPTER 15}

"Adi dah fikir betul-betul ke ni? Takkan sebab kecil macam tu Adi nak berhenti

kerja?" Sebab kecil? Ini bukan sebab kecil!

"Adi dah tak ada mood nak kerja kat sini. Projek dengan Encik Lutfi tu akak

handle kan ye!" Rosmah terdiam. Terkebil melihat gelagat Adibah yang sibuk

mengemas barang-barangnya.

"Boss tak kata apa-apa ke?"

"Kata apa kak? Dia bagi atau tidak Adi tetap nak resign. Gaji bulan ni dia tak

bayar pun Adi tak kisah. Adi cuma tahu nak keluar dari tempat ni, nak keluar dari

KL" Suara Adibah sedikit meninggi.

"Adi nak pergi mana? Adi tak sedih ke nak tinggalkan akak?" Pertanyaan Rosmah

membuatkan tingkah Adibah terhenti. Adibah melepaskan keluhan berat.

Perlahan-lahan berpusing mengadap Rosmah.

"Sedih! Mesti Adi sedih tapi Adi lagi sedih kalau kerja kat sini. Bertambah-tambah

sedih kalau hidup kat KL ni!" Kelopak matanya sudah digenangi air. Makin lama

terasa kian berat dan akhirnya air mata itu meluncur laju.
"Adi!" Tubuh Adibah dipeluk dengan erat. Kejap. Gadis ini seperti adik

kandungnya sendiri. Lima tahun mengenalinya adalah satu tempoh masa yang

agak lama.

"Jangan lupa akak!" Bisiknya dalam sebak yang kian bersarang di hati.

**********************************************************

Hazmi menjeling sekilas jam di tangan kirinya. 1.00 pagi! Jalan agak lengang

begitu selesa buatnya. Tiada hingar bingar pekikkan deruman enjin kereta atau

lampu isyarat yang sekejap-kejap bertukar warna.

Dua buah kereta yang menghalang jalannya membuatkan dia memberhentikan

kereta dengan mengejut. Keningnya berkerut. Apahal ni? Dia tiba-tiba berasa

tidak sedap hati.

"Keluar!" Seorang lelaki mengetuk cermin tingkapnya dengan kasar. Hazmi

hanya membatu. Siapa pula ni? "Keluar!!!!!!!!" Bergema suara lelaki itu memecah

kesunyian dinihari.

Hazmi masih sama seperti tadi. Tangannya kejap memegang stereng kereta. Dia

membulat tekad untuk merempuh sahaja halangan di hadapannya namun belum


pun sempat dia berbuat apa-apa, cermin tingkapnya sudah pecah berderai di

hempuk dengan besi.

"Degil betul kau ye!" Tubuh Hazmi direntap keluar dengan kasar. "Kau nak apa

dari aku? Aku ada hutang dengan kau ke?" Jerkah Hazmi juga dengan kasar.

Setahunya dia tidak berhutang mahupun bermusuh dengan sesiapa.

"Memang kau tak ada hutang apa-apa dengan aku tapi kau ada hutang yang

belum dilangsaikan dengan boss aku!" Lelaki bergigi rongak itu bersuara garau.

Sebuah tumbukkan tiba-tiba singgah di perut Hazmi. Menyeringai wajah Hazmi

menahan rasa senak di perutnya.

"Tak guna!" Bentak Hazmi geram. Dia bingkas bangun. Silat gayung yang pernah

dipelajarinya dulu, dipratikkan sekarang. Kena! Tersungkur lelaki tersebut

mencium tanah. Melihat ketua mereka jatuh, yang lain-lain mula bertindak. Satu

persatu datang menyerangnya. Walau segagah mana pun dia pasti tewas jika

lawannya terlalu ramai. 10 lawan 1 ? Hazmi akhirnya terjelepuk lemah ke tanah.

Darah merah meleleh laju dari celah-celah anak rambutnya. Allah hu akbar........

Desisnya kian lemah. Matanya sudah berpinar-pinar. Keadaan sekitar kian kelam

dari pandangannya.
"Sudah!" Lelaki bergigi rongak itu akhirnya menjerit. "Dia dah cedera teruk.

Jangan sampai mati. Boss cuma mahu dia menderita sahaja. Jom blah!" Masing-

masing mengangguk laju.

"Boss! Beres! Mamat tu mesti masuk ICU!" Suara ketawa kedengaran mengekek

di hujung talian. Mampus kau Hazmi!.........

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {CHAP. 16}

"Kakak!" Adibah masih asyik mengelamun. Jeritan anak kecil berusia 5 tahun itu

langsung tidak didengari. "Kakak!!!" Kali ini lebih kuat. Sampai merah-merah

muka anak kecil itu menahan nafasnya yang tercungap-cungap.

"Aiman! Maaflah kakak tak dengar tadi. Kenapa ni?" Kesian pula melihat anak

comel itu yang masih termengah-mengah. Adibah mengusap lembut belakang

tubuh Aiman yang agak berisi. "Ibu panggil makan. Cepatlah! Dah lama kami

tunggu kakak!" Dah tengah hari ke? Itulah! Asyik sangat melayan perasan

hinggakan masa bergerak pun tidak disedarinya.


Adibah cepat-cepat bangun. Tangannya menepuk-nepuk hujung kain batik yang

agak berhabuk. Sejak subuh tadi dia ke sini. Duduk di bawah pohon ketapang di

tengah-tengah sawah. Melihat air jernih yang mengalir dalam parit kecil di

depannya.

Kenapalah dengan dirinya ini. Cuba dibuang jauh ingatannya terhadap Hazmi

namun enggan pula ia pergi. Memanglah dia sudah jatuh cinta! Sejak dulu lagi

agaknya! Sahlah! Bila cinta berlagu di hati, bawalah diri sejauh mana pun,

buanglah bayangan sekerap manapun atau keraskan hati sekental batu pun.... Si

DIa juga yang bertamu di mata bertahta di hati. Begini ke? Perasaan itu? Tapi

kenapa sakit? Bukankah perasaan dilamun cinta itu indah?

"Kakak nak ke mana? Kita dah sampai rumah pun!" Aduh Adibah! Jangan

berkhayal lagi. Adibah tersengeh menahan malu. Mujur juga Aiman masih kecil

kalau tidak mahunya dicanang seluruh kampung mengenai tingkahnya yang

serba tidak kena hari ini.

"Kemana engkau pergi Adi? Puas kami anak beranak ni menunggu. Ingatkan dah

sesat kat dalam kampung ni!" Suraya, temannya sewaktu di sekolah menengah.

Wanita itu seusia dengannya namun sudah beranak dua. Sejak tamat tingkatan
5, Suraya terus menghilangkan diri. Puas juga dirisik khabar tentangnya dari

teman-teman yang lain, tapi masing-masing menjungkit bahu tidak tahu. Rupa-

rupanya teman rapatnya itu sudah berkahwin.

"Aku malu nak cakap kat engkau Adi! Mesti kau gelak kalau dapat tahu pasal ni.

Aku terus kahwin bila tamat SPM. Mak aku tu yang paksa. Aku pun tak sampai

hati nak tolak!"

Ayat ini yang keluar dulu sewaktu mereka berjumpa semula dua hari lepas.

Memang lama Suraya menyepi. Entah macam mana mendapat kiriman surat dari

Suraya minggu lalu. Memang dia rindukan Suraya, sementelah pula dengan

masalah yang asyik berserabut di kepalanya, peluang pergi ke rumah Suraya

memang tidak disia-siakan.

Cameron Highland! Tanah tinggi yang indah. Sejuk nyaman dengan pandangan

mata yang begitu memikat. Suami Suraya berkerja sebagai penyelia di ladang

teh yang berdekatan rumah mereka. Orangnya hitam manis dan bertubuh tinggi

lampai. Hazmi pun tinggi lampai tapi badan dia agak sasa sedikit. Aduh! Hazmi

lagi. Bukankah aku ke sini untuk melupakan pasal dia!


"Adi!" Suapan nasi ke mulutnya terhenti. "Handphone kau asyik berbunyi dari

tadi!"

"Biarlah Su! Aku memang malas nak jawab!" Balasnya tidak acuh. "Kenapa tak

off kan handphone tu? Atau engkau sebenarnya menunggun panggilan

seseorang?" Suraya memang bijak menduga. Masa sekolah dulu pun sama.

Payah sungguh nak menyimpan rahsia darinya.

"Tak adalah! Oklah! Aku nak jawablah telefon ni!" Adibah bingkas bangun,

bimbang rahsia yang tersimpan akan terbongkar.

Dahi Adibah sedikit berkerut. "Emak?" Kenapa emak telefon. Rasanya sudah

dikhabarkan pada emak jangan mencarinya seminggu dua ini. Sudah berkali

mengingatkan emak yang dia akan selamat.

"Assalamualaikum. Emak Adi ni! Kenapa mak call Adi?" Dahi Adibah makin

berkerut. Jari jemarinya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Emak

menangis? Kenapa dengan mak ni?

"Emak, janganlah menangis. Kenapa? Emak marah Adi ye?" Hatinya mula

dilanda resah. Sebab itukah? Tapi kenapa perasaannya menidakkan?


"Adi....... Baliklah nak! Hazmi....." Suara sebak tangisan tenggelam timbul.

Adibah menggenggam kejap telefon bimbitnya. Kenapa? Janganlah!

"Hazmi kena pukul orang. Tempurung kepalanya retak. Doktor kata Hazmi tak

mungkin mampu untuk terus hidup!" Bab! Adibah jatuh terduduk. Pandangannya

sudah berkaca.

"Adi..... Baliklah! Kesian Hazmi.....Kesian Mak Ucu.!" Ayat itu sudah tidak

kedengaran lagi di telinganya kerana Adibah telah tidak sedarkan diri.

BILA CINTA BERLAGU DI HATI (CHAP 17}

"Adi…Adi…"Perlahan Suraya memanggil Adibah. Dengan berat mata, Adibah

cuba membuka mata. "Kenapa ni?" Adibah seperti tidak ingat apa-apa.

"Adi pengsan tadi. Al-hamdulillah. Dah sedar pun. Minum air ni." Suraya

menghulur secawan air suam.


Adibah memicit-micit kepalanya. Baru dia teringat, sebentar tadi dia sedang

bercakap dengan emaknya. "Su, Adi nak balik sekarang." Adibah cuba bangun

tetapi terduduk semula apabila diarasakan kepalanya kembali berdenyut.

"Adi rehat la dulu. Kenapa nak balik tergesa-gesa. Kata nak bercuti seminggu."

Di ambilnya pula sepiring kuih talam lapis dan dihulur kepada Adibah. Namun

Adibah menggelengkan kepala. Pada saat itu, fikirannya hanya kepada Hazmi.

Ya..pada Hazmi…Dia rindukan Hazmi.

"Su, nanti minta suami kau carikan tiket bas ye. Aku nak balik hari ni. Kalau tak

ada tiket hari ni, esok pun tak apa. Tolong lah ye." Perlahan suara Adibah antara

dengar dan tidak.

Berkerut dahi Suraya. Pelik rasanya kenapa Adibah tiba-tiba hendak pulang ke

kampung. Apa yang tidak kena dengan rumahnya. Tidak selesakah Adibah di

sini. Atau ada kekasaran bahasanya yang membuatkan Adibah berubah

rancangan.
"Ermmm…oklah. Tapi engkau kena beritahu aku kenapa kau nak balik cepat. Apa

yang berlaku sebenarnya?" Terpaksa dipersetujui kehendak Adibah walaupun

hatinya berat melepaskan Adibah pulang.

"Ada hal penting sikit Su. Nanti aku ceritakan. Yang penting sekarang aku nak

balik." Adibah memperbetulkan kedudukannya. Disandarkan badan pada kepala

katil. Dan kaki diluruskan. Suraya hanya mampu memerhati. Tidak sesekali dia

memaksa Adibah untuk bercerita walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu.

Kebetulan tiket bas masih ada untuk dia pulang petang itu. Suraya dan suaminya

yang menghantar Adibah sehingga ke hentian bas. Adibah memeluk Suraya

sambil memohon maaf kerana janjinya untuk tinggal lama di rumah Suraya

terpaksa dibatalkan.

"Jaga diri baik-baik Adi. Engkau tu masih lemah. Call aku kalau kau dah sampai

kampung. Kirim salam dekat mak kau ye." Adibah hanya menganggukkan

kepalanya.
Dalam perjalanan, Adibah tidak henti-henti berdoa agar Hazmi selamat. Tidak

sabar rasanya menunggu hari esok untuk dia pergi melawat Hazmi. Di luar

tingkap bas, terdapat titik-titik hujan. Hari pula semakin gelap. Sekali sekala kilat

memancarkan cahayanya.

"Rasanya macam nak hujan lebat ni. Ya-Allah selamatkan lah perjalananku." Doa

Adibah di dalam hati. Adibah memerhati keadaan di dalam bas. Hanya ada lebih

kurang 15 orang sahaja. Masing-masing tersandar tenang. Adibah sahaja yang

nampak tidak keruan. Perjalanan yang berbukit dan berbengkang bengkok

membuatkan Adibah rasa tidak selesa. Dia merasakan ada perkara lain yang

mengganggu fikirannya. Tiba-tiba, dia seperti berada di awan awangan. Dum!

***********

Afnan menggenggam erat tangan emaknya. Wanita tua itu masih terhinggut-

hinggut menangis. "Sabarlah mak…" Ayat itu entah berapa kali keluar dari

mulutnya namun emak masih sama. Menangis dan terus menangis. Afnan

mengalihkan pandangannya ke arah lain, Mak Ucu juga lebih kurang seperti

emak cuma wanita itu tidak lagi menangis, mungkin air matanya sudah kering.
Seminggu Hazmi koma ditambah pula dengan kakaknya yang masih dirawat di

ICU. Nafas berat dilepaskan.

"Afnan!" Kepalanya cepat-cepat di dongak ke atas. Lutfi sudah tercegat di depan

matanya. "Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Entahlah abang Lut! Bas yang along naik kemalangan petang semalam. Tapi

kecederaan along yang paling teruk." Lutfi mengetap bibir menahan nafas.

"Apa doktor cakap?" Wajah Afnan yang sugul itu ditatap dalam-dalam. Namun

anak muda itu sekadar menggelengkan kepalanya. Lutfi meraup kedua tangan

ke mukanya. Inikah yang di namakan takdir? Hazmi dan Adibah sama-sama

berada dalam keadaan tenat. Atau keduanya tak sepatut dipisahkan?

BILA CINTA BERLAGU DI HATI {FINAL}


Matanya yang baru terbuka dipejamkannya kembali. Pedih! Hazmi menggosok

matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari yang menyilau masuk melalui celah-

celah langsir agak memeritkan pandangannya. Dia cuba pula untuk bangun

namun terbaring kembali. Lemah! Segala pergerakkan dirasakan tidak bermaya.

"Abang long!" Suara lembut Hayati memukul cuping telinganya. Mata Hayati

kelihatan merah membengkak. Menangis? Kenapa adik kesayangannya itu

menangis? Apa yang sebenar telah terjadi padanya? Hazmi mengerutkan

keningnya beberapa kali. Bingung memikirkan perkara lepas yang dia tidak ingat.

Bersusah payah Hazmi menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Sesekali dia

menyeringai menahan rasa sakit yang masih bersisa.

"Kenapa Yati menangis? Mana ibu?" Soal Hazmi satu persatu. Gadis manis

berambut ikal itu menguntum senyum. Syukur! "Abang long koma hampir 2

minggu lamanya. Ibu ada kat rumah. Yati suruh ibu balik. Setiap hari, seharian

ibu menjaga abang long." Jari jemari Hazmi digenggamnya penuh erat.

"Macam mana abang long boleh ada kat sini?"

"Abang long tak ingat?" Hazmi menggeleng kepala beberapa kali.


"Ada orang pukul abang long 2 minggu yang lepas. Nasib ada orang yang

nampak dan cepat di bawa ke hospital, kalau tidak........." Ayat Hayati

tergantung tiba-tiba. Takut untuk membayangkan segala kemungkinan.

Hazmi menundukkan kepalanya. Matanya merenung lama selimut putih yang

menutupi sebahagian dari tubuhnya. Ya! Baru dia teringat pada lelaki bergigi

rongak itu. Lelaki itu yang banyak menghentam tiap inci tubuhnya. Tiba-tiba rasa

marah mula menguap di jiwanya.

"Eh? Abang long nak ke mana ni?" Hayati terpinga-pinga melihat tingkah Hazmi

yang kelam kabut bangun cuba menuruni katilnya.

"Abang long nak cari orang yang pukul tu. Dia mesti rasa balik apa yang abang

long rasa!" Keras suara Hazmi. Hayati menarik nafasnya. Sesak melihat Hazmi

yang berdegil dengan keputusannya. "Tak payahlah abang long. Yati dengan ibu

dah buat report polis. Lagi pun abang long pun belum sembuh. Tengok! Abang

long nak bangun pun payah, inikan pulak nak pukul orang!" Hazmi yang baru

bergerak ke muka pintu terhenti langkahnya.

"Abang long tak peduli! Lelaki tu dah belasah abang long dengan teruk. Mujur

umur abang long masih panjang!"


"Sudahlah tu abang long. Jangan diseksa diri tu lagi! Lebih baik abang long pergi

jenguk Kak Adi!" Suara Hayati hampir menjerit. Geram melihat Hazmi yang keras

kepala. Lelaki, semua macam tu ke? Masing-masing nak tunjuk hero?

Langkah Hazmi terhenti lagi. "Kenapa dengan Adi?" Wajah Hayati direnung tanpa

berkelip. "Kak Adi kemalangan masa perjalanan ke sini. Dia datang sebab nak

jenguk abang long tapi bas yang dia naik terbabas ke dalam gaung." Nafas

Hazmi tiba-tiba sesak. Dia tiba-tiba terduduk ke lantai. Tangannya mengurut

dada berkali-kali.

"Abang long!" Hayati segera menerpa ke arah Hazmi yang masih terduduk di

lantai. "Abang long!" Jeritnya lagi tatkala melihat Hazmi yang terdiam tanpa

sebarang reaksi.

Adibah! Aku bertahan terus hidup kerana dia! Aku mampu bangun kerana dia!

Jangan dia hilang dari aku untuk kedua kalinya! Hazmi memejamkan matanya

rapat-rapat. Rasa perit tatkala matanya dipejamkan dan suara Hayati yang

bertalu-talu memanggil namanya, sengaja dibiarkan sepi.

*************************************************
"Tidak!!!!" Adibah meronta-ronta. Dia berhempas pulas melawan pegangan erat

tangan Afnan dan emaknya. "Bawa mengucap nak. Sabar Adi!" Pipi wanita tua

itu sudah lencun dibasahi air mata.

"Adi nak kaki Adi balik mak! Adi nak kaki Adi!!! Jeritan Adibah bergema lagi.

Kedua kakinya lumpuh akibat kemalangan ngeri tempoh hari. Kedua-dua belah

kakinya tidak dapat digerakkan. Baru tadi doktor mengesahkan yang kakinya

telah lumpuh!

"Adi nak kaki Adi balik........" Suara Adibah kian perlahan dan rontaannya yang

kuat tadi mula mengendur. Esak tangis gadis itu pula yang memecah di sekitar

bilik.

"Sabarlah nak......... Mungkin ada rahmat disebaliknya..." Pujuk emak yang tidak

pernah jemu. Afnan yang berdiri di birai katil terdiam tanpa kata. Sebak melihat

kakaknya yang lincah menjadi sebegini rupa. Rasa marah melihat kakaknya yang

tidak bersalah dihukum begini. Tapi marah itu pada siapa? Pada takdirkah?

Bukankah Allah Maha Penyayang? Afnan menarik nafas perlahan. Rasa sesal

tatkala perasaan marahnya menyalahi takdir tiba-tiba menghantui benak

fikirannya.
Bunyi daun pintu yang tiba-tiba terbuka membuatkan semua mata serentak

menoleh. "Adi!" Wajah pucat Hazmi tersembul di muka pintu. Adibah segera

menekup muka dengan kedua tangannya.

"Abang Hazmi!" Afnan segera menerpa mendapatkan Hazmi yang berjalan

terhencot-hencot.

"Abang kan baru sembuh je, kenapa susah payah datang sini?" Hazmi tidak

menjawab. Dia terus bergerak menghampiri Adibah yang kini membenamkan

mukanya pula pada bantal bersarung putih itu.

"Macam mana keadaan Hazmi sekarang ni nak?" Hanya senyuman tawar

menjadi jawapan bagi pertanyaan ibu Adibah.

"Adi! Sudahlah tu. Tengok ni! Hazmi susah payah datang lawat Adi" Emak masih

tidak jemu memujuk. Rambut Adibah diusap penuh kasih. Emak faham perasaan

mu nak..... Emak lagi sakit melihat Adi menderita. Andai semua derita itu boleh

bertukar tangan, nescaya emak sambut! Ayat ini tidak terluah di mulut namun

sentiasa bermain di hati tuanya. Hati ibu mana yang tidak terhiris melihat anak

yang dikandung sembilan, anak yang dilahirkan tanpa cacat celanya, tiba-tiba

berubah begini pula!


"Adi..."

"Keluar! Adi tak nak jumpa abang!" Esak tangisnya kedengaran semula.

"Jangan macam ni Adi. Abang tahu abang yang salah...." Lirih suara Hazmi

menusuk setiap telinga yang mendengarnya.

"Abang tak salah apa-apa dengan Adi sebab tu Adi suruh abang keluar." Suara

Adibah juga sayu. Abang tak pernah bersalah pada Adi!

"Adi...."

"Abang long!" Hayati yang tiba-tiba muncul di muka pintu mematikan kata-kata

Hazmi.

"Abang long, ada orang nak jumpa" Hazmi memanjangkan lehernya cuba melihat

kelibat manusia dibelakang Hayati. Sofia! Wajah Hazmi serta merta berubah.

"Apa kau buat kat sini? Nak bawa orang belasah aku lagi ke?" Hazmi bersuara

keras. Peristiwa yang berlaku ke atasnya sudah tentunya rancangan papa Sofia.

"Mi! Sampai hati cakap macam tu pada Sofi!" Wajah gadis itu sudah keruh

menahan hiba.
"Engkau pulak sampai hati buat aku macam ni!" Hilang sifat penyabar dan lemah

lembutnya terhadap Sofia selama ini. Biar pun tiada rasa cinta terhadap gadis itu

namun selama ini dia melayan Sofia sebaik mungkin. Menjaga dan

melindunginya bagaik menjaga bayi yang baru lahir. Tapi setelah dia meleraikan

segala janji, semua perbuatannya tidak dihargai bahkan dia pula menjadi

mangsa.

"Mi..... Bukan salah Sofi. Sofi tak tahu yang papa sanggup buat macam tu. Kalau

Mi nak Sofi jadi saksi untuk menghukum papa, Sofi sanggup Mi!" Gadis itu kian

sebak.

Hazmi mendengus keras. Memang Sofia tidak bersalah! Tetapi, geram dengan

sikap lelaki tua itu maka rasa marahnya dilampiaskan terhadap Sofia.

"Sudahlah tu. Jangan bergaduh. Kat sini hospital, tak baik kalau kita ganggu

pesakit yang lain." Ibu Adibah yang dari tadi memandang dan mendengar, cuba

menjernihkan keadaan.

"Sofi balik dulu ye nak. Bila keadaan sudah kembali reda, baru Sofi datang ye.

Jangan salah sangka, makcik bukannya menghalau tapi cuma nak

mententeramkan keadaan" Bahu Sofia di belai perlahan-lahan.


"Makcik...." Sofia mula menangis dan akhirnya memeluk erat ibu Adibah.

Tersedu-sedu dia menangis di bahu wanita tua itu. Kalaulah mama dan papa

memahaminya seperti ibu Adibah!

"Makcik, boleh biarkan Hazmi dengan Adi sekejap?" Soal Hazmi sebaik kelibat

Sofia menghilang dari pandangan mata. "Afnan?" Soal Hazmi kepada Afnan pula.

Seketika pandangan Afnan jatuh ke wajah emaknya, seolah-olah bertanya

pendapat.

"Baiklah Hazmi, makcik pun belum makan sejak pagi tadi. Berbual lah dengan

baik. Jangan terlalu memaksa Adibah, keadaan dia masih belum elok" Hazmi

mengangguk perlahan.

Lama dia menghantar pandangan sehingga kelibat Afnan dan emaknya hilang

dari matanya.

Hazmi membetulkan duduknya. Adibah masih seperti tadi. Tidak sedikit pun

mengangkatkan wajahnya.

"Adi......." Suara lembut Hazmi masih belum berjaya. Adibah tiada sebarang

reaksi.
"Adi.... lepas Adi keluar hospital, abang nak kita berdua langsungkan

perkahwinan."

"Hah?!!" Ayat tersebut berjaya mencuri perhatian Adibah. Mulutnya hampir

ternganga dan matanya lansung tidak berkelip merenung wajah Hazmi.

"Abang dah gila ke? Kita dah putus tunang kan?" Suara Adibah sedikit keras.

Perasaannya sedikit terusik mendengar bicara Hazmi sebentar tadi. Terasa diri

seolah dipermainkan.

"Tapi tak salahkan kalau kita berdua berkahwin?" Bibir Adibah sedikit mencebik.

"Kenapa? Kenapa abang tiba-tiba nak kahwin dengan Adi? Sebab Adi ni pun

macam Sofi juga ke? Sebab Adi ni cacat jadi abang pun berjanji nak ambil Adi

sebagai isteri?" Bagaikan bertih jagung, pertanyaan demi pertanyaan bertali arus

keluar tanpa putus.

"Bukan macam tu Adi...."

"Habis tu, macam mana?" Adibah cepat-cepat memintas percakapan Hazmi.

"Adi cintakan abang?" Adibah terdiam. Pertanyaan Hazmi ini sukar untuk di

jawab. Ya! Kalau di dalam hati itu sudah lama keluar tapi dia bimbang, dia takut

kerana tidak tahu perasaan sebenar Hazmi. Aku tidak perlukan simpati!
"Abang menjaga Sofia kerana janji. Tanggung jawab abang terhadapnya telah

habis tatkala janji antara abang dan papa Sofia telah dikhianati oleh papa Sofia

sendiri..." Bicara Hazmi terhenti. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum kembali

menyambung bicara.

"Tapi, abang ingin menjaga Adi kerana cinta, kerana sayang abang terhadap Adi.

Bukan kerana janji.!" Adibah terpaku tanpa kata. Benarkah ayat itu yang keluar

dari mulut Hazmi? Atau dia sekadar mimpi di siang hari atau mungkin itu sekadar

kata-kata manis seorang lelaki?

"Kalau bukan disebabkan Adi lumpuh sekalipun, abang tetap ingin mengahwini

Adi. Percayalah perasaan abang telah wujud sejak dulu cuma masa dan keadaan

ketika itu menghalang abang untuk meluahkan." Aduh! Adibah makin dibuai

perasaan. Kalaulah dia tidak mempunyai perasaan malu, memang sudah lama

Hazmi dipeluknya.

"Abang tak mahu kehilangan Adi untuk kali kedua........" Mata Adibah mula

berkaca. Bibirnya bergerak-gerak ingin menyatakan sesuatu namun tidak terluah.

Benarlah kata emak, ada rahmat disebalik semua ini...............

 
**********************************

Adibah menarik nafasnya dalam-dalam. Menyedut udara segar di pantai yang

putih bersih ini. Dari jauh, sayup-sayup pandangannya menyapa sekumpulan

burung putih berterbangan sekawan di langit.

"Adi!" Dia segera menoleh dan tatkala empunya suara itu dikenalinya, senyuman

manis segara terukir. Hazmi berlari-lari anak mendapatkannya. Dibelakangnya

kelihatan anak comel yang terkedek-kedek mengejar Hazmi.

"Alah......... Kesian anak umi! Abi lari tak tunggu Kimi ye?" Anak comel yang

termengah-mengah kepenatan itu mengangguk laju. Hazmi yang berdiri di

sebelahnya sekadar ketawa kecil. "Jahat abang ni! Kesian Kimi!" Sebuah cubitan

singgah di perut Hazmi.

"Aduh! Sakitlah Adi! Abang saja nak latih Kimi berlari. Manalah tahu, esok-esok

anak kita yang sorang ni jadi jaguh lumba lari" Meledak ketawa di bibir Adibah.

Hakimi yang berusia tiga tahun itu turut ketawa meskipun tidak faham apa yang

dimaksudkan oleh abinya. Umi ketawa, jadi, dia pun ikut ketawa!

"Dah empat tahun berlalu, tapi Adi masih juga macam ni..." Lirih suara Adibah

bertukar rentak. Pandangan dilarikan ke arah Hakimi yang sudah berkubang di


dalam pasir. Sibuk betul anak kecil itu mengutip cengkerang yang berteraburan

di gigi pantai.

"Kenapa cakap macam tu? Bukan ke Adi dah makin baik sekarang ni? Kalau dulu

berkerusi roda tapi sekarang Adi mampu bergerak sendiri biarpun sekadar

bertongkat." Tangan Adibah dibelainya dengan lembut.

"Tapi....Adi masih tak mampu menjadi isteri yang sempurna buat abang..."

"Siapa cakap Adi bukan isteri yang sempurna buat abang. Tu! Tengok kat sana

tu! Hakimi dah tiga tahun takkan itu masih tidak dianggap sempurna!"

"Abang ni! Ke situ pulak!" Adibah tersipu malu.

"Hehehe....Abang bergurau je. Adibah adalah wanita yang terbaik dalam hidup

abang. Kita cuma manusia sayang, kesempurnaan itu memang tidak pernah

ada!" Tubuh Adibah ditarik rapat ke sisinya.

"Umi! Abi! Tengok tu!" Hakimi menjerit girang tatkala terlihat kelibat sepasang

tubuh yang mula datang menghampiri mereka.

Lutfi dan Yana beriringan tangan sambil tersenyum. Pasangan yang baru

setahun mendirikan rumah tangga itu masih dengan mood "bulan madu"

mereka.
"Dah petang baru nampak batang hidung korang ye!" Ujar Hazmi sambil ketawa

kecil. Lutfi sekadar tersengeh.

"Kami ada berita baik yang nak diumumkan!" Yana sudah tersipu-sipu di sisi

Lutfi. Adibah dan Hazmi berpandangan sesam sendiri. Berita baik? Berita baik

apa lagi yang Si Lutfi ni ada?

"Apa?" Soal Hazmi tidak sabar.

"Kami pun akan jadi parent tak lama lagi!"

"It's?!" Mata Hazmi bulat meminta kepastian. Yana mengangguk perlahan-lahan.

Wajahnya mula merona merah.

"Nampaknya Kimi akan dapat adik tak lama lagi!" Mereka berempat serentak

ketawa.

"Korang berdua ni macam berjanji dengan Sofi je" Kening Lutfi mula berkerut.

"Sofi?"

"Tengok ni! MMS yang dia hantar dari London pagi tadi pada hand phone Adi"

Hand phone Samsung kepunyaan Adibah bertukar tangan.


"Alamak! Sofia pun sama ke?" Lutfi hampir menjerit melihat gambar Sofia yang

sudah sarat 8 bulan. Ketawa keempat-empat mereka pecah lagi.

Itulah lagu cinta kedua pasangan itu. Lagu cinta yang bermain dalam

setiap insan berbeza rentak dan melodinya namun tatkala keduanya

bersatu, rentak & melodi itu menjadi senada, sekata dan susunan

liriknya juga menjadi lebih merdu!

Anda mungkin juga menyukai