Anda di halaman 1dari 98

.

:: Bukan Cinta Biasa - Part 1 ::.


Posted on: Feb 18, 2004 - 03:07 AM by BF

Pagi-pagi lagi Siti sudah menjerang air dalam periuk besar. Sambil-sambil itu, tangannya
pantas mengupas kulit pisang nipah yang sudah masak ranum. Isinya kuning, kalau
digoreng garing memang membangkit selera. Lebih-lebih lagi dimakan waktu pagi-pagi
begini.Kena dengan air kopi. Uhhh….Siti menelan liur.

Dia membancuh tepung gandum. Dicampur sedikit dengan tepung beras. Kemudian, telur
dipecahkan. Bubuh sedikit garam. Kemudian gaul rata-rata. Siti senyum puas. Dimasukkan
satu persatu pisang yang telah dikupas kulitnya. Isinya elok, dan tidak bonyok. Biasanya
pisang yang masak dipokok lebih manis rasanya dibandingkan dengan yang diperam
dengan kobalt. Sebab itu dia tidak suka kalau emaknya beli pisang di luar. Kalau nak
makan, tunggulah pisang-pisang keliling rumah masak. Kadang-kadang dalam satu masa,
2-3 tandan pisang masak serentak . Jenuh pula hendak dimakan. Kalau Kak Melah atau
Abang Mohsin balik, mereka memang angkut ke bandar. Siti tahu, anak-anak mereka
memang suka makan pisang goreng.

Dulu, ada juga peraih datang naik lori, untuk bawa semua pisang-pisang ke bandar. Tapi,
sejak kejadian banjir setahun lepas, banyak pokok-pokok pisang yang mati. Kalau ada pun
sepokok dua yang hidup subur tepi parit.Setelah minyak panas, Siti masukkan dua-tiga
ketul pisang ke dalam kuali. Dia mejenguk seketika periuk besar yang berasap. Sekejap lagi,
bila air masak, dia ingin membancuh kopi pula. Lepas bancuh kopi, dia perlu menyidai kain
di ampaian depan rumah.. Biasanya pagi-pagi begini, emak yang menyidai kain. Tapi hari
itu, pagi lagi emaknya sudah turun ke bawah. Ke kebun kelapa untuk memetik pucuk ubi.
Entah apa angin emak, tiba-tiba teringin nak masak pucuk ubi. Siti bukannya suka sangat.

Siti menjenguk ke luar. Kelibat emak tidak kelihatan. Siti perhatikan saja ke arah kebun
kelapa tidak jauh dari rumahnya. Kelapa-kelapa di situ semua nya sudah tua-tua belaka.
Sudah tidak banyak hasilnya. Tapi di hujung kebun, ada sungai kecil yang airnya jernih tapi
cetek. 2-3 ekor lembu bapa ditambat di situ. Siti cepat-cepat beralih ke dapur semula untuk
mengangkat pisangnya. Dia membancuh kopi, dan meletakkannya di atas meja. Terlihat
bapanya sedang mengelap topi keledar.

“Bapak nak kemana ni. Tak menoreh ke hari ni?”Siti bersuara. Dilihat bapanya berpakaian
kemas pagi itu. Biasanya kalau ke kebun getah, bapa pakai baju kemeja pendek yang sudah
capuk-capuk di seluruh bahagian. Seluar kain khaki pula sudah keras, berbintik-bintik
hitam kesan susu getah yang melekat. Baunya tengik. Selalu bapa sangkutkan di dinding
luar supaya kering di sapa angin.
“Bapak nak ke bandar kejap. Mak kau mana?”
“Mak cari pucuk ubi.”Balas Siti pendek.Dituangnya air kopi ke dalam cawan. Asap berlegar-
legar di permukaan cawan sebelum pecah dibawa angin pagi.
“Pergi teriak mak kau..”Bapanya tarik kerusi lalu duduk menyandar.
“Mak kat bawah sana…..”Siti rasa malas sangat hendak turun ke bawah. Malam tadi hujan
lebat. Tanah tepi sungai mesti becak dan selut.
“Pergi panggil mak kau…”
“Iyerlah..iyerlah…..”Siti cepat-cepat beredar. Menyarung selipar jepun yang sudah haus
tapaknya. Tapi baru beberapa langkah di atur, Siti tersenyum lebar bila melihat emak
berjalan ke arahnya.
“Kau dah buat air Siti?”Plastik berisi pucuk ubi di sangkut atas paku tepi pintu.
“Dah….”

1
“Sidai kain?”
“Belum…”
“Pergi bukak reban ayam. Tu…hampas kelapa tu pi bagi ayam makan….”Siti cepat-cepat
masuk ke rumah, mencapai mangkuk plastik berisi hampas kelapa.
“Conit dengan Lonjang jangan kasi keluar. Nanti berak depan rumah. Busuk. Musim hujan
ni tanah lembab….” Mak Jah mengibas muka dengan tuala kecil.
“Bapak panggil mak…”Siti bersuara sebaik selipar disarung semula. Mak Jah tidak
menyahut. Tapi Siti tahu, emaknya pasti bersarapan dengan bapa. Bapa memang tak suka
sarapan atau makan sorang-sorang. Walau jauhnya emak waktu itu, bapa akan suruh jugak
Siti pergi mencari. Siti sudah faham benar.

Siti berjalan ke arah reban ayam yang diperbuat dari papan dan jaring dawai. Sekali ditarik,
pintu dawai terbuka. Bercempera haiwan-haiwan tersebut melepaskan diri. Suara riuh
rendah memecah hening pagi. Siti berundur ke belakang takut ayam-ayam itu menerpa ke
arahnya. Hampas kelapa ditabur di sekeliling reban. Berceratuk ayam-ayam itu memagut
hampas. Berebut sesama sendiri.

Selesai semua hampas ditabur, Siti ke reban kecil di bawah pokok nangka. Dia
membongkokkan badan. Conit dan Lonjang, dua ekor angsa kesayangannya menjulurkan
kepala.Siti menghulurkan tangannya dicelah-celah jaring. Dia tidak pernah rasa takut kalau-
kalau angsa-angsa itu memagut jemarinya.

Rasa simpati melihat kedua-dua ekor angsanya. Siti berhasrat hendak membuka saja pintu
reban tersebut. Dia lebih suka kalau Conit dan Lonjang dapat berjalan-jalan mencari makan
sendiri sekeliling rumah. Tapi emak tidak benarkan. Emak marah kalau Conit dan Lonjang
berak depan pintu. Busuk. Hari-hari emak terpaksa kambus tahi Conit dan Lonjang yang
berlonggok depan pintu dapur. Conit dan Lonjang angsa manja. Walau dihalau pergi, tetap
berkeliaran di sekitar depan dapur rumah. Menunggu-nunggu kalau dicampakkan nasi
sejuk.

Akhirnya pintu reban di buka. Conit dan Lonjang terkedek-kedek keluar sambil leher
panjangnya teroleng-oleng. Sekejap menjulur tinggi, sekejap menyudu-nyudu di tanah
basah. Siti tersenyum lagi. Kalau emak marah, Siti janji akan kambus tahi angsa-angsa itu.
Walaupun Siti sendiri tidak suka dengan kerja itu.

Siti kembali ke dapur. Dilihatnya bapa dan emaknya masih belum habis bersarapan. Siti
menghampiri emaknya.
“Dah bagi ayam makan?” Siti angguk perlahan.
“Dua ekor ayam yang dalam sangkar tu jangan dilepaskan pulak. Itu bapak kau nak
sembelih nanti”Sambung Mak Jah lagi.
“Mak nak masak ayam ke hari ni?”Tanya Siti lalu menarik kerusi.
“Mak nak buat rendang….nanti Siti tolong perah santan ye…”Siti angguk, tapi dia pelik.
“Kak Melah nak balik ke mak?”Tanya Siti lagi.
“Tak lah….”
“Habis tu?” Air kopi dituang dalam cawan.
“Kawan bapak nak datang….Siti bukannye kenal pun…”Balas Mak Jah.
“Emmm…..patutlah bapak nak ke bandar. Bapak nak beli buah ye?” Pak Seman tersengih
mendengar pertanyaan anaknya itu. Dia mengangguk-angguk.
“Nanti Siti tolong sapu sikit depan rumah. Mak nak masak. Lepas tu Siti mandi, pakai baju
cantik-cantik ye…”Siti renung mata Mak Jah. Pakai baju cantik-cantik? Siti semakin pelik.
Kenapa mesti pakai baju cantik-cantik. Emak dan bapak nak berjalan jauhkah?

2
Siti tinggalkan kedua orang tuanya menyambung bual. Dia tidak mahu masuk campur. Ada
banyak kerja yang harus dia lakukan. Sejak Kak Melah berkahwin dan mengikut suaminya
ke Melaka, Sitilah yang diharapkan untuk menolong emaknya. Kalau emak dan bapanya
pergi menoreh, sehari suntuk Siti di dapur. Kadang-kadang sampai emak dan bapanya balik
pun, dia belum sempat memasak.

Pagi, dia membasuh kain, bagi ayam makan, mengemas rumah. Petang, dia melipat kain.
Kalau banyak sangat daun nangka yang gugur depan rumah, dia akan sapu sampai bersih.
Kadang-kadang dia akan ikut emaknya ke kebun ubi tidak jauh depan rumah. Tapi biasanya
dia akan curi-curi keluar waktu petang. Pergi ke padang bola sebelah Balai Raya. Di sana,
ada ramai kawan-kawan sekolahnya yang suka berkumpul bersama.Di situ dia akan
bertukar-tukar cerita terutamanya dengan kawan baiknya Murni dan Shidah.

Murni dah Shidah sama nasib dengannya. Sehingga sekarang masih belum mendapat kerja.
Untuk menyambung pelajaran, rasanya mustahil. Siti sudah putus asa setelah 4 kali
permohonannya tidak ada sebarang jawapan. Siti tidak mahu menunggu lagi. Dia yakin
permohonannya itu gagal. Siti bergegas ke depan rumah menyidai kain. Sambil itu
dicapainya penyapu lidi di bawah kolong rumah. Disapunya daun-daun nangka yang gugur
di laman. Terasa berat tangannya menolak penyapu lidi itu. Tanah yang lembab menyalut
helaian-helaian daun. Dia mengaut dedaun dengan pongkis rotan, lalu melonggokkannya di
perdu pokok kelapa yang tinggal tunggul. Esok kalau hari cerah, dia akan bakar-bakar
sampah-sampah itu.

Waktu hujan-hujan begini, jirus sebotol minyak tanah pun, tak akan hidup api pada
longgokan sampah tersebut. Selesai semuanya, Siti masuk ke rumah semula. Diseka peluh
didahi. Terasa melengas badannya. Sekejap lagi dia ingin mencurahkan tubuhnya dengan
air kolah yang dingin. Pagi itu pasti bertambah dingin dek hujan yang turun malam tadi.

Note: Karya Kedua BabyFace selepas Kumilikimu .. :)

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 2 ::.


Posted on: Feb 20, 2004 - 01:53 AM by BF

Dari celah tingkap biliknya, Siti melihat dua buah kereta masuk ke laman rumahnya. Dia
menjadi pelik. Sejak bila pula bapanya punya kawan yang berkereta besar-besar begini? Dia
tidak pernah nampak pun. Saudara mara? Tentunya tidak kerana dia mengenali kenderaan
kepunyaan saudara mara, baik belah emak atau bapanya. Paling mewah pun kereta Honda
milik bapa saudaranya di Kuala Lumpur. Kak Melah dan Abang Mohsin pun hanya punya
Kancil. Habis tu, siapa pula yang bawa kereta-kereta besar itu? Siti kembali mengadap
cermin. Dia menyikat rambutnya yang basah baru disyamfu. Membuka gerobok kayu,
sambil matanya tertancap pada helaian-helaian baju yang tersangkut. Satu persatu, tetapi
tidak ada satupun yang berkenan di hati. Takkan tengahari buta nak pakai baju kebaya?
Gila! Hari Raya pun aku tak pakai baju kebaya. Siti membelek-belek kebaya Kak Melah yang
diwariskan kepadanya.

“Habis tu, nak pakai apa? Mak kata pakai baju cantik-cantik….ahhh…lecehlah!”Rengus
Siti.Ditutup kembali gerobok tersebut lalu beralih pula pada rak rotan yang termuat pakaian
basahannya setiap hari.
“Emm….pakai yang ni je lah!”Ditariknya sepasang baju kurung kedah dari lipatan.”Ini pun

3
cantik jugak apa! Tak pun susah-susah sangat, aku pakai je kain batik…” Dia tersengih
memandang wajahnya di cermin.

Dibelek-belek seketika tubuhnya yang hanya bersalut tuala paras lutut. Dia suka sekali
merenung tubuhnya di balik cermin itu. Dia suka melihat pinggangnya yang ramping,
kakinya yang panjang, pinggulnya yang penuh. Dan yang paling dia suka, melihat kulitnya
yang putih mulus. Hanya rambutnya saja yang agak ikal. Dia tidak begitu menggemarinya.
Dia lebih suka kalau rambutnya lurus seperti rambut Shidah. Dia sedikit cemburu melihat
rambut Shidah secantik itu. Siti mengenakan baju kurung kedah itu ke tubuhnya.
Rambutnya yang masih basah disimpul dengan tuala. Sedang membelek wajahnya, dia
terdengar panggilan emaknya dari arah dapur. Cepat-cepat Siti menempek bedak bayi
Johnson di pipinya.

“Buat apa lama sangat kat bilik tu?”Siti tersengih malu. Rambutnya yang diseka perlahan.
Diperhatikan emaknya yang sedang mengatur hidangan dalam dulang. Semerbak bau
rendang ayam menusuk ke hidung.
“Tu, air tu tuang dalam cawan, bawak ke depan…..”Mak Jah memuncung ke arah jag air.
“Hantar ke depan?”Siti terkejut.
“Tolong mak hantar ke depan. Mak dah bentang tikar kat depan sana…”Balas Mak Jah.
“Alah……Siti malaslah. Siti hantar sampai depan pintu je. Seganlah Mak…..”
“Nak segan apa? Bukan tak ada batang hidung.”Mak Jah angkat dulang berisi lauk pauk.

Siti merengus. Dia memang tak suka benar bab yang ini. Dia tak mahu menonjolkan dirinya
di depan tetamu-tetamu yang tak dikenalinya itu. Kalau boleh dia hendak memerap saja di
dalam bilik. Biarlah emak dan bapa saja yang melayan mereka itu. Tapi, dia tahu, dia tak
boleh melawan kata emaknya. Siapa lagi yang hendak diharap kalau bukan dia!

Siti berjalan lambat-lambat menuju ke ruang tamu. Dia perlu menaiki anak tangga untuk
sampai ke situ. Dulang berisi minuman digenggam erat. Terasa berpeluh jari jemarinya. Dia
seperti hendak menjerit memanggil emaknya, tapi mulutnya seperti terkunci. Perasaannya
berdebar tatkala sampai di ruang tamu. Terasa semua mata beralih ke arahnya serta merta.
Ya Allah…jangan terlepas dulang ni sudahlah…..Siti gigit bibir sampai sakit.

“Dah besar sangat Siti, ni Cik Jah….cantik….”Satu suara kedengaran menegur.Ish!!…Siti


mencari-cari suara itu. Siapa diorang ni? Boleh kenal pula aku? Sambil tangan lincah
mengatur cawan, matanya sempat melingas mencari arah suara tadi. Sebaik terpandang
wajah perempuan yang duduk menghadapnya itu, hati Siti semakin berdebar.

“Eh..macam kenal je makcik nih!”Dahi Siti berkerut, cuba mengingatkan. Cepat-cepat dia
susun cawan dan mahu beredar.
“Siti tak makan sekali?”Perempuan itu menegurnya lagi. Siti menoleh, pura-pura melempar
senyum.
“Eh…jemputlah makan, makcik. Saya baru lepas….”Siti menunjukkan isyarat untuk berlalu.
Dia rasa mukanya sudah naik merah. Dia pelik kenapa semua orang terarah kepadanya tadi.
Atau……aku ker yang perasan?..Siti menggeleng-geleng.

Siti kembali ke bilik lalu merebahkan tubuhnya ke katil. Dia memandang atap zink yang
bersawang sambil fikirannya mula mencongak sesuatu. Siapa mereka ya? Hati Siti tertanya-
tanya. Dia teringat perempuan yang menegurnya tadi. Rasa-rasa macam pernah lihat, tapi di
mana?Agaknya saudara jauh….ahhh….biarlah…buat apa nak sakit kepala fikir ni semua?

4
Petang ni jumpa Murni dan Shidah lagi bagus!

“Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu?”Shidah memuncungkan mulutnya ke satu
arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan ke arah
mereka..
“Emm…cik abe mu dah datang Mek Ti….”Murni ketawa kecil.Dia menyinggul bahu Siti
menyuruhnya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia memerhatikan saja langkah Huzair satu
persatu. Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Wajah Siti merona merah.

“Mek Ti, apa kau buat kat sini?”Huzair menegur. Siti mendongak, menatap wajah anak
muda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti tahu setiap petang, Huzair bermain
bola di padang balai raya itu.
“Saja duduk-duduk….”Balas Siti acuh tak acuh.
“Eh…kan rumah kau ada orang datang?”
“Mana kau tahu?”Mata Siti membulat.
“Eh…errr…aku…aku nampak tadi…”Huzair telan liur.
“Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku?”Siti renung Huzair sungguh-
sungguh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni dah Shidah sudah menekup mulut
menahan ketawa.
“Aku lalu depan rumah kau tadi…..”Huzair alih pandangan. Tak mahu bertentang mata
dengan Siti.”Aku nampak ada kereta besar depan rumah kau…”
“Kereta besar?”Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus.
“Kawan bapak aku lah…..”Siti menolak Murni yang menempel di sebelahnya. “Aku tak
kenal pun…”
“Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak?”Shidah dah Murni ketawa serentak. Siti
mendengus. Asal nampak kereta besar, orang datang pinang….Ishh….menyampah
betullah…..
Huzair disebelah tersenyum penuh makna.

bersambung...

Sedutan Part 3 :

Huzair di sebelah hanya tersenyum memerhatikan Siti. Wajah gadis itu yang berkerut
ditatap dalam-dalam. Walau berkerut begitu, tetap ayu di matanya.
"Habis, kalau betul orang pinang kau, macamana?"Shidah cuit bahu Siti.
"Alah....sapa nak pinang aku tu....memang malang!"Siti mencebik.
"Kenapa pulak?"Murni menyampuk.
"Iyerlah....aku ni bukannyer ada kerja pun. Lagipun...sapa je yang nak kan aku ni. Aku takde
kenal pun dengan lelaki-lelaki kat kampung ni. Kat luar kampung lagi lah..."Siti tarik muka.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 3 ::.


Posted on: Feb 23, 2004 - 04:06 AM by BF

“Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu?”Shidah memuncungkan mulutnya ke satu
arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan ke arah
mereka..

“Emm…cik abe mu dah datang Mek Ti….”Murni ketawa kecil.Dia menyinggul bahu Siti
menyuruhnya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia memerhatikan saja langkah Huzair satu

5
persatu. Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Wajah Siti merona merah.

“Mek Ti, apa kau buat kat sini?”Huzair menegur. Siti mendongak, menatap wajah anak
muda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti tahu setiap petang, Huzair bermain
bola di padang balai raya itu.
“Saja duduk-duduk….”Balas Siti acuh tak acuh.
“Eh…kan rumah kau ada orang datang?”
“Mana kau tahu?”Mata Siti membulat.
“Eh…errr…aku…aku nampak tadi…”Huzair telan liur.
“Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku?”Siti renung Huzair sungguh-
sungguh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni dah Shidah sudah menekup mulut
menahan ketawa.

“Aku lalu depan rumah kau tadi…..”Huzair alih pandangan. Tak mahu bertentang mata
dengan Siti.”Aku nampak ada kereta besar depan rumah kau…”
“Kereta besar?”Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus.
“Kawan bapak aku lah…..”Siti menolak Murni yang menempel di sebelahnya.
“Aku tak kenal pun…”
“Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak?”Shidah dah Murni ketawa serentak. Siti
mendengus. Asal nampak kereta besar, orang datang pinang….Ishh….menyampah
betullah…..

Huzair di sebelah hanya tersenyum memerhatikan Siti. Wajah gadis itu yang berkerut
ditatap dalam-dalam. Walau berkerut begitu, tetap ayu di matanya.
"Habis, kalau betul orang pinang kau, macamana?"Shidah cuit bahu Siti.
"Alah....sapa nak pinang aku tu....memang malang!"Siti mencebik.
"Kenapa pulak?"Murni menyampuk.
"Iyerlah....aku ni bukannyer ada kerja pun. Lagipun...sapa je yang nak kan aku ni. Aku takde
kenal pun dengan lelaki-lelaki kat kampung ni. Kat luar kampung lagi lah..."Siti tarik muka.
Dipandangnya Huzair yang sedari tadi asyik memerhatikannya.
"Huzair ni ada!"Shidah tersengih.
"Ishh...."Siti alih pandangan. Tapi Huzair hanya tersenyum. Dia tidak kisah kalau dilaga-
laga dengan Siti begitu.
"Si Zair ni, tak nak lah aku!"Siti bangun. Dia sebenarnya rasa segan juga dengan lelaki itu.
Dia tidak tahu kenapa Murni dan Shidah selalu mengusik dia dengan Huzair. Padahal
Huzair tidak pernah cakap apa-apa pun tentang perasaan walaupun mereka memang selalu
berjumpa berdua.
"Eh, aku nak balik lah!"Siti bergegas menyarung selipar.
"Eh, nantilah dulu Mek Ti"Huzair cuba menghalang. Cepat-cepat dia berdiri di depan Siti.
"Aku nak balik, nanti mak aku cari. Aku keluar ni pun curi-curi tau....mesti dia marah sebab
aku tak tolong kemas..."Suara Siti mengendur. Dipandangnya ke arah Huzair yang berdiri
tegak di hadapannya.
"Aku hantar kau nak?"
"Tak payah lah...."Siti mula melangkah. "Murni, esok kau bawak novel yang kau beli hari tu,
eh? Kau dah habis baca belum?"Berpaling ke arah Murni.
"Sikit lagi. Malam ni aku try habiskan. Esok kau nak datang cepat sikit tau. Aku nak gi
bandar la. Mak aku tu....suruh aku temankan dia beli rak pinggan.."Shidah ketawa kecil
mendengar kata-kata Murni.
"Okaylah....tak pun...kalau susah sangat...sebelum kau pegi bandar tu, kau singgah la rumah
aku dulu...ya!"Murni mengangguk sambil memerhatikan langkah Siti yang diekori Huzair.

6
Huzair berjalan beriringan. Cepat langkah Siti, cepat juga langkahnya. Siti buat-buat tak
endah dengan kehadiran lelaki itu. Dia cuba melangkah dengan lebih cepat lagi.
"Mek Ti..."Huzair memecah kesunyian.
"Mek Ti....aku ada hal nak cakap ni..."
"Emmm...apa dia?"Siti menoleh sekilas.
"Aku.....err...aku...."Siti mengeluh. Apasal mamat ni? Tergagap-gagap aje. Selalu tak macam
ni.
"Kau nak cakap apa ni, Zair....dari tadi aku...aku....."
"Tak pelah....Mek Ti balik le dulu...nanti Mek Ti tahu la..."
"Tahu apa?"
"Mmm....ala...nanti Mek Ti akan tahu juga..."Huzair tersenyum. Dia menunduk, cuba
bersaing dengan Siti yang semakin laju. Minah ni, macam lipas kudung!
"Habis tu, itu je yang kau nak cakap?" Siti berhenti di tepi jalan. Melihat ke kiri dan kanan
sekilas sebelum meneruskan langkah. Mereka baru saja melalui kawasan perumahan
kakitangan guru.Kelihatan beberapa orang anak muda sedang bermain takraw di kawasan
rumput di situ.

"Mek Ti.."Huzair pegang lengan Siti. Siti sedikit terkejut. Langkahnya terhenti.
Dipandangnya wajah lelaki itu.
"Esok aku nak jumpa kau?"
"Buat apa? Aku tak boleh janji"
"Aku...aku nak tahu keputusan kau.."
"Keputusan.....keputusan apa?"Siti makin bingung.
"Mmm...keputusan kau..."Terdiam sejenak."Esok je lah kita cerita ok!"Huzair tersenyum
sebelum berpaling melangkah. Siti mendengus. Pelik dengan sikap lelaki itu. Sasau ke apa?

*********************************************
Lepas habis makan malam itu, Siti berkira-kira untuk menonton rancangan "Bachelor' siaran
televisyen Singapura. Tapi bila dia menjenguk ke ruang tamu, kelihatan emak dan bapanya
masih tekun menonton tv. Siti gumam. Ah....tak dapat la aku tengok hero bujang aku
tu.....Siti masuk semula ke dalam bilik. Direbahkannya tubuh ke katil besi yang selalu
berkeriut. Kenapa mak dan bapak masih belum tidur? Selalunya waktu-waktu beginilah
mereka sudah masuk tidur. Diorang ni tak ngantuk ke?

Siti golek ke kiri, sekejap ke kanan pula. Matanya masih belum mengantuk. Kalau tidak
silap dia, malam itu siaran terakhir siri tersebut. Dia ingin tahu siapakah wanita yang dipilih
oleh hero tersebut. Antara 2 orang wanita yang terakhir, siapakah yang berjaya menjadi
pasangan hero handsome itu? Issh..kalau lah aku dapat lelaki sehensem itu! Siti tersenyum,
cuba membayang sesuatu. Wajah Huzair pula tiba-tiba menerpa. Cepat-cepat Siti
menggeleng.

Sedang bergolek-golek, dia terdengar namanya dipanggil. Siti bingkas. Dia berjalan
perlahan ke ruang tamu. Emaknya yang masih lagi mengait, manakala bapanya pula sedang
menggulung rokok daun. Bau enak tembakau menerpa deria bau.

"Mak panggil Siti ke?"Tegur Siti sebaik melabuhkan punggung. Mak Jah berhenti mengait.
Dipandangnya wajah Siti sejenak, kemudian beralih pula ke arah Pak Seman yang leka
menggulung rokok daun. Menunggu-nunggu kalau suaminya itu mahu membuka mulut.
"Emm....."Mak Jah telan liur. Tak tahu bagaimana untuk memula bicara.
"Paknya...awak jelah yang bagitahu..." Pak Seman angkat muka.
"Awak je lah yang cakap....orang pompuan..."Pak Seman bersuara malas sambil menyalakan

7
hujung rokok. Menyedutnya dalam-dalam. Ada kepuasan pada riak wajah orang tua itu
sebaik asap dihembus keluar. Mak Jah mengerling Pak Seman yang buat tak tahu saja.
"Ni ha....Siti....tadi petang yang datang ramai-ramai tu......makcik Zanariah dan
suaminya..."Mak Jah memandang Siti yang duduk tegak macam patung.
"Makcik Zanariah?"Dahi Siti berkerut.
"Siapa tu, mak?"
"Zanariah....kau dah lupa ke. Anak Nek Selamah....atuk si Huzair"
"Ha...."Mata Siti membulat. Kalau Zanariah itu emak kepada Huzair, dia memang kenal.
Kenal melalui gambar yang pernah ditunjukkan Huzair sewaktu dia datang beraya ke
rumah neneknya tahun lepas. Patutlah dia rasa mcm cam wajah perempuan itu petang tadi.
"Buat apa dia datang ke sini, mak? Mak kenal dia ke?"
"Apa pulak tak kenal.....masa kecik-kecik dulu kan...dia pernah duduk sini...lepas kawin aje
dia pindah ke Kuala Lumpur ikut suaminya. Suaminya dulu kerja askar. Dah pencen dah...."

Siti mengangguk. Dia maklum dan tahu serba sedikit tentang keluarga Huzair. Itupun
Huzair yang selalu bercerita. Dia kenal Huzair sejak lelaki itu berpindah ke sini, tinggal
dengan neneknya. Dia ingat waktu mula-mula Huzair mendaftar di sekolahnya. Ramai
pelajar perempuan yang tertarik padanya. Mungkin kerana Huzair orang bandar, caranya
sedikit bergaya.

"Ohhh..patutlah...."Siti mendengus. Patutlah Huzair beriya-iya mengingatkan dia tentang


tetamu yang datang petang tadi. Dan patutlah dia boleh tahu semua itu. Yang datang
berkereta besar tadi adalah ahli keluarganya. Ohh...pandai dia mempermainkan aku ye! Siti
gigit bibir. Dipandangnya wajah emaknya sejenak. Tapi.....apa tujuan keluarga Huzair
datang ke rumah?

"Err....kenapa diorang datang, mak?"Mak Jah tersenyum.


"Mak tak tahu pulak yang Siti berkawan dengan Huzair...."Balas Mak Jah perlahan.
"Memang la Siti kawan dengan dia. Kan dia satu sekolah dengan Siti dulu...."Dada Siti
mula berdebar-debar. Takut kalau mak dan bapanya melenting kerana dia berkawan
dengan lelaki.Selama ini memang dia tak pernah cerita. Dia kawan dengan Huzair macam
dia berkawan dengan Murni dan Shidah.
"Mak ni bukannya apa...."Mak Jah terhenti, menoleh ke arah Pak Seman yang hanya
mendengar.
"Siti kan muda lagi. Belum pun bekerja. Tak tahu pulak mak, Siti kawan rapat dengan
Huzair tu.
Mak bukannya kenal sangat dengan Huzair tu. Dia pun baru je pindah ke
kampung ni, kan?"
Siti angguk. Debaran semakin terasa. Dia tak sanggup hendak menentang pandangan
dengan kedua orang tuanya.
"Tapi mak tahu dia baik...."
"Kenapa mak ni, cerita pasal Huzair pulak?"
"Keluarga Huzair datang petang tadi..... merisik Siti...."
"Haa??"Siti tersentak. Dipandang ke wajah emaknya. Beralih ke arah bapanya pula.
"Merisik?....merisik Siti...merisik untuk apa?"Soalan itu terpacul dari mulutnya.
"Ish...budak ni...merisik untuk apa...merisik untuk anak dialah..si Huzair tu...."

Ya Allah! Siti bagai mahu tumbang. Betulke apa yang aku dengar ni? Matanya berpinar-
pinar. Huzair merisik aku? Alamak....mimpi apa pulak ni?...Siti tersandar kaku di atas sofa.
Dia benar-benar terkejut.

8
"Habis tu....mak cakap apa? Mak setuju ker?"Mati aku kalau mak setuju.
"Mak dan bapak belum bagi keputusan lagi. Mak nak tanya Siti dulu. Betul ke Siti berkawan
dengan Huzair tu..."
Siti bangun. Dia jadi resah. Panas terasa meruap naik ke muka. Kembali dia duduk di
sebelah Mak Jah. Ditekupkan mukanya di bahu Mak Jah.

"Huzair ni gila la, mak..."


"Kenapa pulak?"
"Ish...gila...memang gila!"Siti bingkas bangun. Malas dia hendak menunggu lama di situ.Dia
tak sanggup hendak mendengar lagi. Ini semua mimpi ngeri!

Huzair...sampai hati kau! Siti jerit dalam hati.

Sedutan Part 4 :

"Aku tahu, aku tak kisah kalau kau suka kat aku....tapi aku tak boleh terima cara kau tu.
Bercinta pun belum, kau dah hantar rombongan..."

"Jadi, kita boleh bercinta?" Siti kehilangan kata.

"Maksudnya, bermula dari saat ni, kita boleh mula bercinta..."Huzair tersenyum ceria. Siti
menggeleng. Mula bercinta? Ishh..pelik betul ayat tu. Macamana nak memulakan cinta.
Boleh dirancang-rancangke?

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 4 ::.


Posted on: Feb 26, 2004 - 03:31 AM by BF

Air yang mengalir di celah-celah batu itu amat jernih. Kelihatan lumut-lumut hijau di
permukaan batu, beralun mengikut riak air. Dua tiga ekor ikan kecil berenang-renang di
sekeliling lumut. Cuba melawan arus. Siti ambil batu kerikil kecil, lalu dilontarkan ke arah
anak-anak ikan itu. Hatinya betul-betul pedih.

"Janganlah baling ikan-ikan tu...mati nanti..." Siti tarik muka. Malas dia hendak menentang
wajah lelaki itu.
"Kenapa diam je ni, Mek Ti?" Huzair duduk di sebelah Siti.
"Habis, aku nak cakap apa. Kau yang buat aku begini, kan?"Mata Siti bulat merenung
Huzair. Huzair tersenyum.
"Mek Ti marah?"
"Kau tak pernah cakap dengan aku. Tiba-tiba je kau buat macam ni. Kau ni gila!"
"Syy....janganlah kuat sangat. Nanti orang dengar..."Huzair memberi isyarat tangan.
"Biar orang dengar......" Huzair ketawa kecil. Suka dia melihat Siti marah-marah begitu.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"Siti bersuara lirih.
"Buat apa?'
"Kenapa kau suruh keluarga kau datang rumah aku. Aku tak suka lah...."
"Biar mereka saling berkenalan...."
"Untuk apa...."
"Untuk memudahkan kerja di kemudian hari..."

Siti mendengus. Dia bingkas bangun. Menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Ditepuk-tepuk

9
baju kurungnya yang terpalit tanah.
"Aku tak suka.."Siti berpaling. Cepat-cepat Huzair menarik tangan Siti.
"Mek Ti, janganlah marah-marah aku macam ni, aku serius. Aku sukakan kau..."
"Suka tak bermakna kau boleh pinang aku sesuka hati kau....tak bagitahu aku, tak bincang
dengan aku...tiba-tiba je kau datang macam tu aje. Aku pun ada perasaan juga.." Siti
meninggikan suara.
"Mek Ti, aku minta maaf kalau cara aku itu tak betul. Tapi aku rasa itu cara yang lebih baik.
Aku sangka kau faham perasaan aku selama ini.." Huzair mendepani Siti. Siti tarik nafas
dalam-dalam. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu saja dia tolak lelaki itu ke sungai.
"Aku ni bukan ahli nujum yang boleh baca perasaan orang, Huzair. Aku tak tahu hati kau
tu. Suka ke, benci ker....Aku tak reti nak tafsir perasaan orang. Yang aku tahu, hati aku
sendiri. Aku belum bersedia nak bercinta..bertunang...berkahwin.... Itu semua takde dalam
kepala aku."Wajah Huzair mendung. Di tatapnya Siti lama.

"Tapi aku sukakan kau Mek Ti....."


"Aku tahu, aku tak kisah kalau kau suka kat aku....tapi aku tak boleh terima cara kau tu.
Bercinta pun belum, kau dah hantar rombongan..."
"Jadi, kita boleh bercinta?" Siti kehilangan kata.
"Maksudnya, bermula dari saat ni, kita boleh mula bercinta..."Huzair tersenyum ceria.

Siti menggeleng. Mula bercinta? Ishh..pelik betul ayat tu. Macamana nak memulakan cinta.
Boleh dirancang-rancang ke?

"Tapi aku sukakan kau Mek Ti....."


"Aku tahu, aku tak kisah kalau kau suka kat aku....tapi aku tak boleh terima cara kau tu.
Bercinta pun belum, kau dah hantar rombongan..."
"Jadi, kita boleh bercinta?" Siti kehilangan kata.
"Maksudnya, bermula dari saat ni, kita boleh mula bercinta..."Huzair tersenyum ceria. Siti
menggeleng. Mula bercinta? Ishh..pelik betul ayat tu. Macamana nak memulakan cinta.
Boleh dirancang-rancangke?
"Okay...mulai sekarang kita adalah pasangan kekasih..."
"Cukup..cukup. Kau ni cerita merepek je la...pasangan kekasih apabenda...aku tak reti lah
nak berkasih-kasih ni...."Siti menarik tangannya. Dia merengus lagi. Rimas dia dengan
pelakuan lelaki itu. Selama ini Huzair tidak pernah mahu meluahkan perasaan. Tapi bila
sekali diluahkan, begitu beriya-iya lagaknya. Seram Siti dibuatnya.

"Mek Ti...."Huzair mengeluh


"Janganlah macam ni Zair. Nanti orang lain tahu, malu aku"
"Apa yang nak dimalukan?"Huzair jengil mata.
"Iyelah....aku ni belajar tak pas, keja pun tak dapat. Duk rumah pun mengadap ayam itik
mak aku jer..."Siti telan liur."Tiba-tiba je nak kawin...nanti apa org cakap?"

Huzair menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman. "Apalah yang Mek Ti pikir susah-susah
sangat sampai ke situ. Biarlah orang nak pikir apa pun. Kau kan gadis pingitan. Duk rumah,
terus dipinang orang"

Siti mendengus. Malas dia hendak mendengar omelan lelaki itu lagi. Dia bersedia untuk
angkat kaki. Tapi sekali lagi jemari Huzair tersangkut di hujung baju kurungnya.

"Aku nak tahu keputusan kau sebelum hujung bulan ni. Kalau kau setuju, aku akan balik
KL" Siti tatap wajah Huzair tunak. "Lepas kita bertunang, aku akan balik KL untuk cari kerja

10
di sana. Kerja kat sini pun berapa sen sangat yang dapat. Lagipun, mama aku minta aku
pulang ke KL dulu Dah 3 tahun aku kat sini..."

Siti tidak bersuara. Dia berpaling, bersedia untuk melangkah. Huzair segera mengekori.
Sama-sama menyusuri akar -akar kayu yang berselirat di permukaan tanah.Dedaun semalu
yang berduri menguncup terkena sapaan angin. Siti melangkah laju, mengelak dari terpijak
duri semalu.

"Mek Ti.....aku nak tahu keputusan kau.."Huzair bersuara.


"Aku tak tahu."Balas Siti pendek.
"Kau cuma perlu berkata ya atau tidak."
"Kalau aku kata 'tidak'?"Huzair berhenti melangkah.
"Tidak ada sedikit perasaan pun pada aku?"
"Tidak buat masa sekarang..."
"Akan datang?" Ish....Siti merengus. Banyak betul songehnya!
"Bagi aku masa..."
"Kau tak akan kecewakan aku, kan?"Siti tersengih.
"Aku tunggu....."Jemari Huzair memaut jemari Siti. Siti menarik pantas. Baru bagi masa, dah
nak pegang-pegang tangan! Siti merengus.
"Kalau Mek Ti setuju...aku akan segera cari kerja di KL..."Sekali lagi Huzair mengulangi.
"Baru nak cari duit?"Siti ketawa kecil."Maknanya kau belum ada duit nak kahwin. Habis tu,
kenapa pinang aku?"
"Sebab aku tak nak kau di sambar orang!" Huzair renung Siti dalam-dalam Siti cepat-cepat
alih pandangan.

**********************************
Udara malam itu agak panas. Siti membuka cermin tingkap biliknya luas-luas.Dari jauh dia
melihat kerlipan cahaya lampu yang samar-samar dari luar.Sudah hampir jam 12. Banyak
rumah-rumah sekeliling yang sudah bergelap. Dan baru sebentar tadi dia baru mematikan
suis lampu biliknya. Itupun setelah ditegur bapanya yang kebetulan ke bilik air.
Siti rasa rimas malam itu. Awal-awal lagi dia sudah membalut tubuhnya dengan kain batik.
Angin tidak terasa langsung. Sebab itu dia lebih selesa berkemban begitu.Kipas meja pula
sudah agak uzur. Pusingannya yang menghasilkan bunyi keriut itu tidak mendinginkan
suasana. Ahh...bilalah agaknya bapak nak ganti kipas buruk ni. Ish.. panas betul! Siti
bingkas bangun, Dikibas-kibasnya kain batik yang terikat paras dada.

Agaknya, hati aku yang panas kot...Siti gumam. Dia kembali merenung ke luar rumah.
Bulan tidak kelihatan. Hanya cahaya lampu yang samar-samar.

"Apa harus aku buat?"Siti mengeluh. Wajah Huzair yang bersungguh-sungguh menerpa di
ruang mata.
"Nak tolak....atau terima?"Dia telan liur. "Nak tolak..kesian....tapi kalau nak terima.....
mmmmm....aku suka kat dia ker?" Siti geleng kepala.
"Aku suka pun....suka gitu-gitu jer....takdelah sampai nak kawin....si Zair ni...gila lah........"

Siti sendiri tidak perasaan, bila masa Huzair punya perasaan terhadap dia. Mereka kenal
bukannya lama. Walaupun sudah 3 tahun Huzair menetap di kampong itu, cuma setahun
yang lepas mereka mula berkawan. Sejak Huzair bertukar ke kelas nya sewaktu di
menengah 5. Kebetulan pula Nek Selamah selalu membeli telur angsa untuk dibuat telur
masin. Maka hampir setiap minggu, Huzairlah yang menjenguk ke rumahnya. Setiap kali
Huzair datang, Sitilah yang terpaksa melayannya. Kadang-kadang Siti sangkutkan saja

11
bungkusan telur itu dipaku luar rumah. Tahulah Huzair mengambilnya. Tahu-tahu esoknya
Huzair hulurkan duit kepadanya. Sejak itu Huzair selalu senyum-senyum kepadanya. Dan
selalu mereka berjumpa di tepi padang Balai Raya sambil disaksikan Shidah dan Murni.

"Itu saja......setakat jumpa, borak-borak biasa.....takdelah aku jiwang-jiwang kat dia


pun...."Siti gigit bibir. "Macamana dia boleh tergerak hati nak pinang aku pulak... pelik lah
budak Zair nie...."

Siti biarkah cermin tingkap terus terbuka. Dia rebahkan badan semula ke atas katil. Sambil
melonggarkan ikatan kain batiknya, otaknya berpusing-pusing mencari alasan terbaik untuk
menolak hasrat Huzair. Petang tadi, emaknya bertanya lagi. Ahhh....aku nak cakap apa?
Nak tolak mentah-mentah macam tu aje?

"Nak bagi alasan sambung study.....study pun tak kemana. Nak kerja...kerja pun tak dapat-
dapat lagi.Duk rumah lama-lama, orang datang pinang pulak....ishh...payah betul lar jadi
pompuan ni. "Siti tersengih dalam gelap.

Dia cuba pejamkan matanya. Cuba memadamkan bayangan Huzair yang semakin berasak-
asak muncul dibenaknya. Sejak 2-3 hari ini, wajah lelaki itu ada di mana-mana!

Sedutan Part 5 :

"Pegi buat air Siti.."Mak Jah cuit bahu Siti. Siti hampir-hampir mengeluh. Tapi cepat-cepat
dia bangun dari kerusi takut didengar emaknya. Silap-silap berbekas pehanya dikutil
emak.Sambil membancuh minuman, sesekali dia memanjangkan lehernya, cuba mendengar
perbualan mereka. Kalau-kalau mereka bercerita tentang dirinya. Tapi, Kak Melah tidak
pula menyentuh hal peminangan tersebut. Siti menunggu-nunggu juga kalau Kak Melah
bercerita tentang kerja kosong yang dimintanya. Siti kembali ke meja makan lalu mengatur
gelas minuman satu persatu. Abang Jais terus mengambil dan meneguknya laju. Siti
tersengih. Dia kembali duduk di sebelah Mak Jah.

"Esok Siti ikut Kak La balik KL "Tiba-tiba terpacul kata-kata dari Melah. Siti gamam.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 5 ::.


Posted on: Mar 02, 2004 - 12:39 AM by BF

"Siapa ni?"Suara di hujung talian kedengaran


"Siti!"
"Ohh...Siti...akak tengah masak ni..."
"Ala..Kak La....orang nak cakap ngan kak La nie....."Siti sandar badan tepi bendul pintu.
"Kejap-kejap....akak nak kecikkan api dapur jap..."Siti tersenyum. Dia menanti seketika
sambil hujung jari menguit-nguit wayar telefon.

"Ha..Siti, pagi-pagi dah telefon akak ni, ada apa?"Suara dihujung talian kedengaran lagi.
"Mm....Siti ada hal nak cakap ngan akak ni..."Siti toleh ke dapur. Takut kalau- kalau
emaknya ada di situ.
"Apa dia?"
"Mmm....Siti nak kerjalah kak. Kat tempat akak ada kerja kosong tak?"Siti kebam bibir.
"Hai...dulu akak suruh datang sini cari kerja, kau tak nak. La ni, dah tukar pikiran pulak.
Kenapa?"Melah ketawa kecil.

12
"Takdelah...Siti dah boring duduk kat rumah jer. Mm...lagipun....Siti ada masalah ni..."Suara
Siti mengendur. Dia tidak mahu emaknya tahu dia mengadu pada Kak Melah.
"Masalah apa?"
"Mmm...susah nak cakap.....malu laa..."
"Ishh...kau ni. Masalah apa sampai nak cakap pun malu."Dengus Melah.
"Masalah peribadi lah kak La......macam ni...eemm...errrr.."
"Apa bendanya? Nak pakai duit ker?"
"Eh, takdelah. Bukan pasal duit. Emm...macam ni. Hari tu, ada orang datang rumah"
"Siapa?"
"Ntah, sapa ntah. Siti tak kenal sangat...."Siti pejamkan mata. Dia tahu Kak Melah tak akan
percaya kalau dia cerita perkara sebenarnya.
"Habis tu, kenapa?"
"Diorang kan....diorang datang...nak pinang Siti..."Siti rasa nak tergelak.
"Pinang sapa?"
"Pinang Siti!" Siti tutup muka kerana malu. Hujung talian senyap seketika
"Kak La...dengar tak?"Siti kuatkan suara.
"Pinang kau?"Siti angguk walaupun dia tahu Kak Melah takkan melihatnya.
"Biar betul!"
"Laa...tak percaya pulak. Tu yang masalahnya tu...."Siti mengeluh. Dia mendengar gelak
tawa di hujung talian.
"Ala...Kak La ni, ketawakan orang pulak...."Siti muncung.
"Akak macam tak percaya pulak adik akak ni dah dipinang orang. Muda-muda lagi kau dah
bercinta ye Siti....."Masih ketawa. Siti jadi geram mendengar kata-kata kakaknya itu.
"Oo...ingat muka cam kita ni takde orang nak ker?"
"Habis tu, Siti nak ke?"
"Siti tak nak......tapi tak tahu nak cakap macamana ngan bapak. Mak kata kalau dah tak
kerja, tak belajar baik kawin jer....tapi Siti tak naklah...."Siti julur tangannya untuk capai
kerusi rotan tepi tv. Lenguh kakinya berdiri begitu.
"Kalau tak nak...buat apa bercinta...jiwang sana jiwang sini...."
"Mana ada! Orang tak bercinta pun lah...."Cepat-cepat dia tutup mulut bila menyedari
suaranya semakin kuat.
"Habis tu, kau nak lari ke sini la ye?"Siti sengih. Kalau dia dapat kerja, bolehlah dia bagi
alasan pada orang tuanya untuk tolak pinangan tersebut. Bolehlah dia beritahu Huzair
sebab dia tak mahu terikat sekarang. Dia dah dapat kerja!

"Kak La carikanlah kerja.....nanti Siti boleh pergi sana....tak payah kawin..."Sitimerengek.


"Issh..budak ni..tak paham aku....kalau tak nak kawin...buat apa gatal bercinta..."
"Ala...Kak La..tak paham...nantilah kalau Kak La balik...Siti cerita...."Siti merengek lagi.
"Mmm....."Melah masih ketawa.
"Siti nak akak pujuk mak supaya jangan terima pinangan tu ker?" Siti tarik nafas dalam-
dalam. Kepalanya ligat berfikir.
"Tak payah pujuk. Akak tolong carikan kerja je. Takpun....akak pura-pura bagitahu mak, ada
kerja kosong untuk Siti. Mesti mak suruh Siti kerja dulu....."
"Nak bohong kat mak ler ni?"
"Ala....bohong sunat....
"Pandailah kau....."Melah merengus. Seketika dia terdiam. Siti menunggu kata-kata dari
kakaknya itu.
"Sebenarnya, hujung minggu ni memang kak Melah nak balik kampung pun. Abang Jais
kau dapat cuti, tu yang ingat nak balik kampung sekali tu....."Melah bersuara semula.
Senyum Siti melebar.
"Betul ker....bestnya....kak La jangan lupa carikan kerja ye. Kerja sapu sampah pun jadiklah

13
kak..."Siti ketawa halus.
"Kang akak dah cari, kau jangan tolak pulak...."Siti geleng kepala.
"Taklah.....Siti tak kisah kerja apa. Kali ni Siti tak nak tolak punya. Kalau boleh Siti nak lari
dari si Huzair tu.."
"Sapa? Huzair? Budak yang pinang kau tu ker?"Alamak....dah terlepas cakap pulak. Siti gigit
bibir.
"Okaylah kak La. Bye...."Cepat-cepat Siti letak gagang. Dia bergegas masuk ke bilik lalu
menjenguk ke tingkap. Terlihat emaknya terbongkok-bongkok menyapu sampah depan
rumah. Fuuhh.....Siti tarik nafas lega.

****************************************
Kereta kancil putih meluncur perlahan memasuki perkarangan rumah. Siti yang sedang
menyidai kain tersenyum lebar. Dia bergegas masuk ke rumah setelah menyiapkan
kerjanya. Kak Melah kelihatan sedang memunggah beg keluar dari bonet kereta. Si kecil
Fariana, membontoti ibunya. Manakala Abang Jais pula sedang menyalami emak.

"Bapak mana mak?"Melah bersuara sebaik tangan emak disambut.


"Bapak kau ke mana lagi. Ke kebun getah la..belum balik lagi..."Mak Jah mencium pipi si
kecil Fariana. Meronta-ronta anak kecil itu dalam pelukan Mak Jah. Siti tersengih sambil
menyambut huluran beg-beg dari kakaknya.

"Bawak masuk bilik beg ni, Siti "Melah bersuara. Siti angguk. Setelah meletakkan beg dalam
bilik, dia kembali mendapatkan mereka yang sedang berkumpul di meja makan. Tak sabar
rasanya hendak mendengar keputusan Kak Melah. Tapi Kak Melah hanya tersenyum
padanya.

"Lama ke cuti Melah?"Mak Jah bersuara.


"3 hari mak. Tapi esok dah nak balik semula. Abang Jais ni nak singgah rumah akak dia kat
Melaka. Ada kenduri sikit.."Balas Melah perlahan

"Pegi buat air Siti.."Mak Jah cuit bahu Siti. Siti hampir-hampir mengeluh.

Tapi cepat-cepat dia bangun dari kerusi takut didengar emaknya. Silap-silap berbekas
pehanya dikutil emak.Sambil membancuh minuman, sesekali dia memanjangkan lehernya,
cuba mendengar perbualan mereka. Kalau-kalau mereka bercerita tentang dirinya. Tapi, Kak
Melah tidak pula menyentuh hal peminangan tersebut. Siti menunggu-nunggu juga kalau
Kak Melah bercerita tentang kerja kosong yang dimintanya. Siti kembali ke meja makan lalu
mengatur gelas minuman satu persatu. Abang Jais terus mengambil dan meneguknya laju.
Siti tersengih. Dia kembali duduk di sebelah Mak Jah.

"Esok Siti ikut Kak La balik KL "Tiba-tiba terpacul kata-kata dari Melah. Siti gamam.
Dia pandang wajah Kak Melah bagai tidak percaya. Mak Jah juga sedikit terkejut.
"Eh, kenapa nak bawa Siti ke KL pulak?"Mak Jah bersuara.
"Ada kerja kosong kat KL mak, itupun kalau Siti nak...."Balas Melah.
"Nak, nak.."Siti tidak sedar dia telah menyampuk.
"Ish budak ni..."Mak Jah tepuk tangan Siti. Siti tersengih.
"Kerja apa kat sana tu, Melah?"

"Emm...kerja kat rumah orang. Jaga budak. Macam babysister la. Bukannya orang lain.
Sedara jugak dengan Abang Jais ni. Memang Melah kenal..."Melah bersuara lambat-lambat.
Dia bimbang juga kalau emaknya tidak bersetuju. Siapa yang nak jadi orang gaji!

14
"Jadi orang gaji?"Jengil Mak Jah. Siti gumam. Dia benar-benar terkejut. Tak ada kerja lain ke?
Orang gaji? Jaga budak? Ishh...tak glamer langsung.

"Bukanlah orang gaji betul, mak. Diorang memang dah ada orang gaji. Ni untuk jaga budak
je. Tak lama. Sebulan dua. Kebetulan anak makcik tuan punya rumah tu sakit. Tengah
berubat kat luar negeri. Tak ada sapa nak jagakan anak dia....dia mintak tolong dengan
Abang Jais carikan siapa-siapa yang boleh tolong untuk sebulan dua je ni. "

Melah pandang Siti. Siti hanya menunduk. Dia tidak menyangka kerja yang Kak Melah
carikan seperti itu. Dia sangkakan kerja di ofis atau di kilang. Dapat juga dia melaram.

Mak Jah mengeluh. Dipandangnya Melah sungguh-sungguh. Abang Jais bangun tiba- tiba.
Mungkin dia tidak mahu ikut campur dengan urusan tersebut. Biasanya dalam hal keluarga,
Abang Jais lebih banyak mendengar dari bersuara. Tapi seketika kemudian dia kembali
semula duduk di sebelah Kak Melah sambil tangannya mengenggam sesuatu.

"Ni ha.. .kalau mak nak tengok. Mereka ni ada pertalian saudara dengan sebelah atuk saya.
Tapi atuk dah meninggal."Abang Jais menghulurkan album gambar. Mak Jah mengambil
album tersebut lalu menatap foto yang dimaksudkan. Siti memanjangkan lehernya.

"Emm.....orang berada..."Mak Jah bersuara perlahan.


"Ala...orang biasa je mak...."Abang Jais bersandar.
"Apa sakit anaknya ni?"Tanya Mak Jah lagi.

"Kanser...."Balas Melah. "Kesian mak. Dah lama dia sakit. Berubat kat sini, tak
jalan.Seminggu lepas, mereka ke luar negeri. Tak tahulah berapa lama kat sana. Tu yang
anak-anak dia ditinggalkan kat rumah orang tuanya. Tapi Mak Engku tu dah dah uzur mak.
Tak larat nak jaga cucu-cucu dia tu. Tu yang diorang suruh Abang Jais carikan penjaga
untuk sebulan ni.."Melah teguk air seketika.

"Kenapa tak dihantar ke tempat orang jaga budak tu. Apa nama dia..."
"Nurseri!"Celah Siti tiba-tiba.
"Susah nak hantar sana mak. Pagi kena hantar, petang nak kena ambik semula.

Yang dua orang tu pula dah bersekolah. Senang nak uruskan kalau tinggal di rumah. Kalau
hantar nurseri susah pula nak ke sekolah nanti."Balas Melah lagi. Sesekali dipandangnya
wajah Siti yang tekun mendengar.

Siti ambil album gambar tersebut lalu menatap photo sebuah keluarga yang sedang duduk
di kerusi mewah. Berlatar belakangkan sebuah ruang tamu yang luas.

Emmm....memang kaya. Rumah besar...bisik hati Siti. Anak-anak pasangan itu


comel-comel belaka. Tampak bahagia. Tak sangka keluarga sebahagia itu sedang berperang
dengan kesulitan yang amat. Siti tahu penyakit barah bukanlah penyakit yang mudah
diubati. Paling tidak, pasti harus menjalani pembedahan atau proses kimoterapi yang selalu
Siti baca diakhbar-akhbar. Amat menyeksakan!

"Habis tu, kau nak Siti jaga budak-budak ni?"Mak Jah bangun dari kerusi. Menjenguk ke
pintu, kalau-kalau Pak Seman sudah pulang dari menoreh.

15
"Dari Siti ni duduk rumah tak buat apa. Biarlah dia ke sana, mak. Bukannya lama. Sebulan
je. Lagipun bukannya jauh sangat dari rumah saya. Abang Jais ni pun selalu ke sana tengok-
tengokkan anak-anak mereka tu."Melah pandang Abang Jais yang sedang menyelak helaian
akhbar.

Mak Jah kembali duduk. Dia menarik nafas panjang.

"Mak ni tak kisah kalau Siti ni nak bekerja. Kat bandar tu kan banyak kerja. Tapi dia tak nak.
Nak ke KL jugak. KL tu lagi susah nak cari kerja..."Mak Jah renung Siti lama.Siti jadi serba
salah. Dia pandang Kak Melah yang tersengih penuh makna.

"Kerja kat rumah Mak Engku tu pun bagus jugak mak. Makan minum tempat tinggal semua
cukup. Gaji pun diberi. Saya pulak boleh tengok-tengokkan. Kalau kerja kilang ni,saya tak
percaya sangat budak-budak sekarang ni. Lagi-lagi macam Siti ni.." Siti jengil mata ke arah
Melah.

"Siti ni nak ke kerja jaga budak ni? Tak percayalah mak. Masak pun tak reti...."Mak Jah
muncung bibir. Siti gigit bibir sampai sakit. Dadanya berdebar tiba-tiba. Ahh...kalaulah mak
tahu aku sanggup buat semua ni semata-semata kerana ingin lari dari Huzair!

bersambung

Sedutan Part 6 :

Kereta mula meluncur laju. Semakin lama kampungnya ditinggalkan, semakin berdebar
perasaan di hati. Berdebar kerana dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana
keadaan dia nanti. Bagaimana dia akan hidup dalam sebuah rumah yang asing, dan
dikelilingi manusia-manusia asing. Betahkah dia? Walaupun hanya untuk tempoh yang
singkat, tapi semua itu tetap memerlukan penyesuaian. Bagaimana kalau dia tidak betah
tinggal di situ. Atau dia tidak mampu membuat kerja yang diamanahkan dengan baik?
Walaupun menjaga budak-budak itu seperti satu kerja yang enteng, tapi pasti menggugat
kesabaran. Pasti mencabar dirinya yang langsung tidak punya pengalaman. Ahh...kenapalah
kerja sebegini yang aku inginkan!

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 6 ::.


Posted on: Mar 11, 2004 - 02:59 PM by BF

Lama Siti menanti. Sudah lenguh lututnya berdiri di bawah pokok jambu batu tepi sungai
tu. Sekejap dia menyandar, sekejap dia bertinggung. Sesekali dia memandang ke langit.
Mencongak-congak sudah jam berapakah waktu itu.

Seingat dia selepas Asar tadi dia terus bergegas ke situ. Sebelum itu dia sudah ingatkan
Huzair melalui telefon. Dia ingat lagi suara ceria Huzair sebaik mendengar dia ingin
berjumpa. Agaknya dia ingat aku nak terima dia. Ahh....kesiannya....tapi!

Dia memandang ke bawah. Sekejap-sekejap ke arah anak-anak ikan yang berenang di


takungan jernih celah-celah batu. Sekejap- sekejap ke deretan semut-semut hitam yang
susup sasap bawah daun-daun kering. Sudah dua tiga kali juga kakinya pedih digigit
semut-semut hitam itu. Tergaru-garu dia menahan gatal sambil mulutnya mula membebel.

16
Ahh..lain kali aku suruh bapak buat bangku kat sini. Senang aku nak dating! Getus Siti.

"Si Huzair ni pun satu. Aku nak jumpa dia buat-buat lambat pulak. Kang aku pegi tak cakap
ngan dia, merana pulak!"Siti toleh ke hujung jalan.Menanti kelibat Huzair.

Malam tadi, sewaktu menonton tv, setelah puas dipujuk Siti dan panjang lebar diterangkan
Kak Melah, akhirnya emak bersetuju juga melepaskan dia ke KL. Itupun dengan berbakul
pesanan yang Siti sendiri tidak berapa ingat. Yang dia ingat, emak bagi tempoh sebulan
dua saja bekerja di rumah orang kaya itu. Bila mereka pulang dari luar negara, Siti harus
berhenti kerja. Cari kerja lain atau pulang saja ke kampung. Siti tersengih mendengarnya.
Dia tahu dia akan pilih yang pertama dari yang kedua. Dia akan cari kerja sampai dapat.
Untuk balik ke kampung dan bersetuju untuk berkahwin dengan Huzair, adalah mustahil!

Walaupun Siti sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana dia boleh menerima kerja
tersebut, tapi setelah difikir dalam-dalam, dia rasa itu adalah jalan yang paling baik buat
masa sekarang. Paling baik kerana dia sendiri tiada pilihan lain. Daripada duduk rumah dan
menanti hari-hari untuk bergelar seorang isteri, lebih baik dia mengadap budak-budak tu.
Lagipun tempohnya bukanlah lama sangat. Kak Melah kata, pasangan tersebut ke luar
negara untuk berubat mungkin mengambil masa sebulan saja. Paling lama pun dua bulan.
Dalam tempoh itu dia perlu menjaga dan menguruskan anak-anak mereka. Sambil menjaga
mereka, bolehlah dia memohon apa- apa kerja lain di bandar KL itu. Dalam masa sebulan
tentu boleh dapat. Kak Melah dan Abang Jais pun boleh tolong carikan.

Lagipun, apalah susah sangat jaga budak-budak tu......bisik hati Siti. Walaupun aku tak ada
adik, tak pernah jaga budak kecil, itu bukan bermakna aku tak boleh buat. Setakat tengok-
tengok aje, kemaskan pakaian diorang, buatkan bekalan diorang, rasanya mudah saja!.Siti
tersengih lagi.Dia pandang ke belakang sekali lagi. Isssh.....bencinya aku! Siti hentak kaki.
Tak guna punya lelaki.Aku tunggu bagai nak gila, dia tak datang jugak. Tak apa, lepas ni
kau tak dapat jumpa aku lagi!

Siti beredar dari bawah pokok jambu batu itu. Dia berjalan laju. Baju kurungnya berkibar-
kibar diterpa angin. Tangannya menyeluk kocek di tepi baju. Mengeluarkan sekeping kertas
putih yang dilipat. Kertas itu disiapkannya malam tadi. Untuk diberikan kepada Huzair.

Siti berlari-lari anak. Dia ingin ke rumah Shidah yang jauhnya hanya beberapa batang tiang
lampu dari situ. Dia tahu Shidah ada dirumah kerana mereka tidak berjanji untuk keluar ke
padang hari ini. Lainlah kalau Shidah ke bandar, menjaga kedai pengantin emaknya.

"Assalamualaikum...Shidah..."Siti mencungap sebaik tiba di laman rumah Shidah. Dia


pandang ke arah tingkap yang terbuka.

"Shidahh!!"Siti memanggil lagi. Pintu terbuka dan Shidah terjengul dengan wajah
mengantuk.
"Kau ni mesti tengah tido!"Siti menapak ke depan pintu. Shidah tersengih.
"Rumah aku tak ada orang lah....mak bapak aku pergi jemputan kawin kat kampung. Adik-
adik aku semua gi main tak ingat nak balik rumah."Dia bertinggung depan pintu.
"Habis tu, aku nak buat apa. Nak tengok tv tak ada cerita best. Baik aku tido....."Dia
menguap lagi.
"Aku datang ni nak ucapkan selamat tinggal kat kau...."Siti bersuara perlahan. Shidah
mendongak,memandang Siti tanpa reaksi.
"Aku nak pegi KL.."

17
"Ada apa kau gi KL, kau gi dengan sapa?"Shidah bertanya malas.
"Pegi dengan akak aku..."Balas Siti.
"Emm....kau nak tanya aku nak kirim apa eh?"Shidah angkat kening."Emmm....nak kirim
apa ek....."
"Wei...tak payah nak kirim-kirim. Aku bukannya nak pegi makan angin. Aku nak duduk
rumah akak aku. Nak kerja kat sana..."
"Haa?"Mata Shidah membulat. Dia bingkas bangun.
"Kau nak duduk sana?"
"Ha'ah....tu sebab aku jumpa kau ni. Kejap lagi aku nak bertolak dengan akak aku."
"Tiba-tiba je kau nak ke sana, kenapa? Kau dah dapat kerja ke?" Siti terdiam sejenak. Lama
kemudian baru dia mengangguk.
'Eh...kerja apa ha?"Shidah tampak teruja. Siti mendengus.
"Kerja apa?"Shidah goncang bahu Siti. Siti serba salah.
"Emm...kerja kat...ofis mana ntah. "Siti senyum tawar.
"Bestnya!"Shidah terlonjak."Dapat jugak kau kerja ye.....:
"Alah.....akak aku yang carikan...."Balas Siti perlahan.
"Kau nak pergi hari ni ker?"Shidah muram."Kenapa cepat sangat.....nanti tak dapat jumpa
kau lagi.."
"Alah..bukannya aku tak balik lagi. Nanti kau kirim salam kat Murni ye. Aku tak sempat
nak jumpa dia."Siti hulurkan kertas putih tadi."Emm...yang ni, kau tolong bagi pada
Huzair..."
"Wow..surat apa ni?surat cinta eh?"Shidah cepat-cepat sambar kertas tersebut.
"Surat cerai!"Siti ketawa."Kau jangan baca pulak....Okaylah..aku nak balik dulu.."Siti
depangkan tangannya. Shidah pantas memeluk erat temannya itu. Airmatanya hampir
menitis. Tak dapatlah lagi mereka lepak-lepak dan bersembang seperti biasa.

"Jangan lupa tepon eh!"Laung Shidah sebaik Siti mula beredar. Siti angkat tangannya
sebelum hilang dibalik rimbunan lalang.

*****************************
"Kenapa lambat sangat ni?"Mak Jah menegur Siti sebaik melihat anaknya itu terkocoh-kocoh
memunggah beg.
"Jumpa buah hati mak...."Sahut Melah bersahaja.
"Mana ada. Orang pegi jumpa Shidah lah!"Siti tarik muka. Melah ketawa. Dia mendukung
anak kecilnya, Fariana yang terlena.
"Dah cepat masukkan beg tu. Kita nak singgah Melaka ni. Takut terlepas kenduri tu nanti.."
Melah buka pintu kereta lalu membaringkan anaknya di kerusi belakang. Abang Jais sudah
menanti di dalam kereta.
"Melah balik dulu, mak..."Melah mencium tangan Mak Jah. Mak
Jah mengangguk. Tiba giliran Siti, dia mula mengesat mata.
"Mak janganlah nangis. Siti pergi tak lama."Siti terharu. Dia menyeka air mata yang tidak
dapat ditahan lagi. Tubuh Mak Jah dirakul erat. Mak Jah mengusap rambut Siti.
"Kat tempat orang nanti, perangai tu jaga elok-elok. Jangan melawan cakap..."Mak Jah
mengingatkan.
"Sembahyang jangan tinggal..." Siti terangguk-angguk. Dia menyeka air mata lalu mencium
pipi kedut Mak Jah. Sayu hatinya bila mengenangkan selepas ini hanya emak dan bapanya
saja yang tinggal dirumah. Pasti emaknya kesunyian. Tapi apa boleh buat. Dia harus
menurut kata hati. Dia juga ada kehendak sendiri. Yang pasti kehendaknya itu bukanlah
untuk menerima sesiapa buat masa ini.

Siti masuk ke dalam kereta. Sebaik kereta mula bergerak, dia melambai ke arah Mak Jah

18
yang tegak berdiri di tepi pintu. Dalam hati, dia sedikit terkilan kerana tidak sempat
bertemu bapanya. Bapanya mengikut jiran sebelah ke bandar atas sedikit urusan. Tapi
bapanya awal-awal sudah memberi keizinan untuk dia bekerja. Kerana itu walaupun
dengan berat hati, Siti tetap berasa lega kerana hasratnya tidak dihalang.

Kereta mula meluncur laju. Semakin lama kampungnya ditinggalkan, semakin berdebar
perasaan di hati. Berdebar kerana dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana
keadaan dia nanti. Bagaimana dia akan hidup dalam sebuah rumah yang asing, dan
dikelilingi manusia-manusia asing. Betahkah dia?

Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi semua itu tetap memerlukan
penyesuaian. Bagaimana kalau dia tidak betah tinggal di situ. Atau dia tidak mampu
membuat kerja yang diamanahkan dengan baik? Walaupun menjaga budak-budak itu
seperti satu kerja yang enteng, tapi pasti menggugat kesabaran. Pasti mencabar dirinya yang
langsung tidak punya pengalaman. Ahh...kenapalah kerja sebegini yang aku inginkan!
"Kalau ngantuk, tidurlah Siti. Jauh lagi ni.."Melah bersuara, memecah kesunyian. Siti
mengalih pandangan. Menatap wajah Fariana yang lena disebelahnya. Matanya juga sudah
semakin layu. Dia malas lagi hendak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan
dihadapi nanti.Biarlah.Biarlah masa yang menentukan.

Siti terlena seketika. Sehinggalah dia tersedar semula, hari sudah menggelap. Fariana sudah
berada dipangkuan ibunya. Abang Jais pula masih tekun memandu. Siti menggosok mata
lalu memandang sekeliling. Deretan kereta di kiri kanan jalan menyaingi perjalanan mereka.
Siti tersenyum.Sudah lama dia tidak berjalan jauh seperti ini.

"Dah sampai mana ni, kak?"Tanya Siti.


"Pagoh. Kejap lagi sampai la ni..."Siti pandang jam pada dashboard. Sudah jam 8.15. Dia
kembali menyandar sambil mata tertancap pada lampu di kiri kanan jalan. Semakin lama
semakin layu. Akhirnya dia kembali terlelap.

Sedar-sedar mereka sudah sampai di rumah kakak Abang Jais. Kenduri sudah pun bermula.
Oleh kerana orang sudah ramai di ruang tengah, Siti mengekori kakaknya masuk melalui
dapur. Di dapur juga sudah ramai orang. Siti bersalaman dengan beberapa orang makcik di
situ walaupun dia sedikit segan dan tidak mengenali mereka.

Selepas meletakkan beg di dalam bilik, dia duduk bersama-sama tetamu lain yang sedang
membaca surah Yassin. Kak Melah sudah hilang dari pandangan. Tapi Siti sudah tidak
mahu memikirkan. Dia cuma ingin cepat-cepat menyambung tidur dan tidak sabar untuk
menanti perjalanan ke Kuala Lumpur esok.

bersambung...

Sedutan Part 7 :

"Siti takut ke?"Tanya Mak Ungku. Siti tersenyum malu.


"Apa yang nak ditakutkan. Makcik tak makan orang...."Mak Ungku ketawa. Siti tertawa
sama. Rasa debar mula mereda.
"Saya tak biasa duduk rumah orang Mak Ungku...."Balas Siti perlahan. Mak Ungku
mengangguk.
"Melah kata, Siti ni anak manja. Mana pernah berenggang dengan emak.."Wajah Siti merona
merah.Ah Kak Melah ni, apa saja yang dia cerita pada Mak Ungku?

19
.:: Bukan Cinta Biasa - Part 7 ::.
Posted on: Mar 17, 2004 - 02:51 AM by BF

Jam 8.30, Siti sudah siap mandi dan berdandan. Pagi itu dia mengenakan sepasang baju
kurung warna biru laut dan tudung juga berwarna biru, sedikit gelap. Seperti biasa, hanya
bedak bayi Johnson tercalit di wajahnya. Dan sedikit pelembap bibir dioles pada dua bibir.
Warna merah samar. Teragak juga dia hendak mengenakan lipstik sekali kala,tapi sebatang
lipstick pun dia tidak punya. Hendak pinjam dengan Kak Melah, dia malu. Akhirnya,
minyak wangi pemberian Shidah dan Murni pada hari lahirnya tahun itu disembur di
seluruh badan. Semerbak bau memenuhi ruang bilik yang kecil itu. Siti tersenyum puas.

Beg tangan yang Kak Melah beri pada hari raya tahun lepas masih elok untuk dipakai. Siti
menyandang beg tangan tersebut lalu memandang dirinya dicermin. Dia tersenyum lagi.
Dia rasa gelihati. Ahh....bersopannya aku! Macam nak jumpa mak mentua! Dia membelek-
belek seketika sehingga puas. Kemudian,dia beredar ke ruang tamu menanti Kak Melah
yang menghantar anaknya Fariana ke rumah jiran sebelah. Sudah 2 tahun, makcik sebelah
rumah itu menjaga Fariana.

Perutnya sejak tadi berkeroncong, tapi dia malas untuk makan. Dia cuma sempat meneguk
nescafe yang Kak Melah buat pagi tadi. Sarapan yang ada hanya roti dan jem. Dia kurang
gemar menikmati sarapan seperti itu. Kalau dikampung,emak rajin buat jemput-jemput,
goreng pisang atau nasi lemak. Kalau roti pun, dia lebih suka makan cicah sardin atau telur
hancur goreng. Tiba-tiba dia berasa kecur bila teringat itu semua. Semakin berkeroncong
perutnya dirasakan.

Terdengar bunyi pagar rumah dibuka. Siti terus meluru keluar lalu menyarung sandal tali
warna hitam. Mendapatkan kakaknya yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Tolong kuncikan pintu, Siti" Melah menghulurkan seberkas anak kunci.Siti menurut.
Terkial-kial dia cuba mengunci mangga pintu tersebut. Kemudian, mengunci pagar rumah
pula setelah kereta dikeluarkan. Sebaik dia masuk, kereta mula bergerak.

Perjalanan yang dilalui agak lama juga. Siti tidak berapa pasti arah perjalanan mereka. Dia
cuma nampak banyak signboard di kiri kanan jalan. Kereta pula berpusu-pusu bagai saling
mengejar. Beberapa kali mereka terpaksa memperlahankan kereta dan terpaksa menunggu
lama di persimpangan lampu isyarat. Siti berasa agak rimas dengan keadaan itu. Apalagi
pagi mula memancarkan terik matahari. Dia rasakan KL agak panas dibandingkan dengan
kampungnya yang sejuk dan rimbun dengan tumbuhannya. Bagaimana dia dapat hidup
dalam suasana kelam kabut seperti ini?

Lepas dari lampu isyarat, mereka mula melalui jalan yang agak lengang dibandingkan di
bandar tadi. Siti menarik nafas lega. Kali ini barulah matanya terbuka sedikit, melihat
bandaraya KL yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi.Dia sedikit kagum dan
menyedari betapa sudah lamanya dia tidak menjejak kaki ke daerah pesat itu. Paling akhir
seingatnya, ketika mengikuti rombongan sekolah ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu. Sudah
terlalu lama!

Tidak banyak perbualan antara mereka kerana Siti lebih asyik memerhatikan sekelilingnya.
Dia begitu teruja melihat rumah-rumah yang tersergam indah di kiri kanan jalan. Dua tiga

20
kali ganda besar dari rumahnya di kampung. Tinggi-tinggi pula. Siti terfikir, alangkah
bertuahnya dia andai dapat memiliki rumah semewah itu. Seumur hidup pun mungkin dia
tidak akan dapat memilikinya. Rumah Kak Melah yang kecil itu pun sudah beribu
harganya. Apalagi rumah-rumah semewah ini!Siti menggeleng kepala.

"Kita dah nak sampai ni..."Melah memecah sepi. Mereka sampai di satu selekoh. "Kat
sini?"Siti tertoleh.
"Rumah mereka kat area-area ni jugak le..."Balas Melah, memperlahankan kereta ketika
melalui bonggol berbelang hitam kuning.
"Kayanya diorang. Rumah kat sini besar-besar...."Gumam Siti.
"Sini memang perumahan orang-orang kaya. Golongan elit...."Melah senyum.
"Siti takutlah Kak.....orang kaya mesti sombong..."Siti kebam bibir.Melah ketawa.
"Orang kaya ramai yang sombong. Tapi yang ni tak sombong langsung. Mak Ungku
memang baik. Family dia semua okay...." Balas Melah. Dipandangnya wajah Siti yang
berkerut.
"Jangan risaulah. Akak kan ada."
"Tapi akak jauh. Bukannya duduk satu rumah pun..."
"Abang Jais kan selalu datang sini..."
"Emm....."Siti terdiam. Hatinya semakin berdebar. Tatkala Melah memberhentikan keretanya
di depan sebuah rumah besar, Siti pejamkan mata seketika . Dia rasa seperti bermimpi.
Beginikah rasanya orang yang baru mula bekerja?

"Jom, cepatlah turun..."Melah ketuk cermin kereta. Dia sudah pun berdiri di tepi kereta. Siti
mengeluh.Dia benar-benar rasa takut.

Dia berjalan perlahan, lalu berdiri di samping Melah,memerhatikan pagar besi berukiran
perak itu mula bergerak. Terbuka sedikit demi sedikit. Macam iklan yang pernah dia lihat di
kaca tv suatu ketika dahulu. Tetapi yang ini saiznya dua kali ganda besar lagi. Tidak
mengeluarkan bunyi langsung.

Melah menarik tangan Siti. Dia dapat rasakan jemari adiknya itu dingin bagai ais. Melah
tersenyum. Dulu masa mula-mula Abang Jais bawa dia ke sini, dia juga seperti Siti. Seram
sejuk dan berdebar tak tentu pasal. Dia tidak pernah berhadapan dengan orang-orang
mewah seperti ini. Sekali, dia serba tak keruan. Dua kali, dia mula selesa. Hari-hari
berikutnya, dia berasa senang setiap kali ke rumah itu. Berbual-bual dengan Mak Ungku
yang peramah dan rajin bercerita. Walaupun orang berharta, mewah pula tetapi
pergaulannya dengan orang-orang biasa sama saja. Tidak sombong atau berlebihan.Mak
Ungku seorang wanita yang terserlah sifat keibuannya. Sudah agakuzur tetapi masih kuat
semangat dan jarang mengeluh. Walaupun hampir saban hari terpaksa menghabiskan masa
di kerusi roda.

Seorang wanita muda muncul dari tepi rumah. Memakai uniform dan apron putih. Siti
tersenyum melihat pakaian wanita itu yang tak ubah seperti jururawat zaman 70-an.Kot-kot
aku pun kena pakai macam ni. Ishh!

"Ooo Ibu Melah sudah sampai...."Sapanya ramah. "Puan sudah lama tunggu di atas..."Melah
mengangguk. Wanita itu membuka pintu lalu mempersilakan mereka masuk.Sebaik
melangkah, Siti gamam seketika. Matanya terpana melihat keindahan rumah tersebut.
Benar-benar mewah.Melihat lampu kristal yang tergantung di siling ruang tersebut saja
sudah membuatkan hatinya gerun. Agaknya harga lampu ni saja boleh beli sebiji motor
bapak! bisik hatinya.

21
"Ibu Melah bisa naik ke atas saja. Puan sudah tunggu di kamar bacanya." Wanita itu
bersuara sebaik mereka sampai di kepala tangga. Melah angguk sambil tersenyum. Dia tarik
tangan Siti, ikut sama menaiki tangga.
"Orang Indon ye kak?"Bisik Siti. Melah mengangguk.
"Itu Kartini. Dialah yang memasak untuk orang rumah ni."
"Nanti Siti kena pakai baju macam tu ke?"
"Tak tahu pulak akak. Agaknya kot!"
"Isshh...tak nak lah Siti. Kelakarlah pakai macam tu. Macam orang portugis zaman
dulu..."Melah ketawa kecil mendengar omelan Siti. "Takkan jaga budak pun nak pakai
formal macam tu?"
"Habis, kalau dah disuruh, nak buat macamana. Ikut je la..."Siti muncung mendengar
jawapan kakaknya.
"Ini bilik bacaan Mak Ungku....biasanya mereka sekeluarga suka membaca di sini..."Melah
bersuara sebaik mereka sampai di depan pintu. Perlahan, dia mengetuk pintu. Ada suara
menyahut dari dalam sana, menyuruh mereka masuk.

Sekali lagi Siti terpegun. Rasa-rasanya, bilik bacaan tersebut tak ubah seperti perpustakaan
di sekolahnya. Cuma bilik ini agak kecil sedikit. Tetapi susunan buku-buku di setiap
bahagian dinding membuatkan ia kelihatan luas dan selesa. Seorang wanita berjubah
kelihatan di tepi tingkap. Sedang duduk membaca sesuatu sambil menikmati minuman. Dia
menoleh dan tersenyum memandang mereka. Bila dihampiri ternyata bukanlah jubah yang
dipakai wanita itu, tetapi kain tebal yang diselubung ke seluruh badan. Macam orang
kesejukan di musim salji.

"Apa khabar Mak Ungku?"Sapa Melah seraya menyambut huluran tangan wanita itu.
Wanita yang dipanggil Mak Ungku itu ketawa kecil.
"Macam ni lah Melah. Sihat tak sihat, sakit pun tak sakit..."Melah ketawa sama.
"Senyap sunyi je rumah ni Mak Ungku. Mana diorang semua?"
"Emmm....Pak Amin baru kejap tadi hantar budak-budak tu ke sekolah.Lisa ke kelas. Wari
biasalah. Pagi-pagi lagi dah keluar. Ke mana ntah. Katanya ikut kawan pergi konvoi. Tak
tahulah makcik...."Mak Ungku menghampiri Siti.
"Ni ke Siti yang Melah dan Jais cerita hari tu?"Matanya tunak memandang Siti. Siti tersipu.
"A'ha..ni lah adik saya kat kampung tu, Mak Ungku. Siti Nuranis.
Panggil Siti boleh, panggil Mek Ti pun boleh. "
Isshh akak ni! Nama glamour aku kat kampung pun dia pergi kepoh! Rengus Siti dalam
hati.
"Haa....muda lagi. Sebaya dengan Wari agaknya. Wari tahun ni masuk 24....."
"Saya 20 tahun, Mak Ungku.."Siti bersuara.
"Oo...lebih kurang Lisa la. Lisa tahun ni baru nak ambil SPM" Siti terangguk-angguk. "Habis
tu, datang sini, mak izinkan tak?"
"Mak izinkan. Lagipun bukannya lama sangat..."Siti tak tahu kata-katanya itu betul atau
tidak. Nak bercakap pun dia teragak-agak.
"Emm...memang tak lama. Anak makcik tengah berubat kat London. Makcik pun tak tahu
berapa lama mereka
di sana. Mungkin sebulan dua. Jadi makcik minta, kalau Siti tak keberatan, Siti tolong jaga
cucu-cucu makcik yang dua orang tu. Makcik yakin Melah sudah ceritakan pada Siti..." Siti
angguk lagi.

"Budak dua orang tu nakal sikit. Tapi dengar cakap. Cuma kat rumah ni tak ada orang nak
tengok-tengokkan.Si Kartini tu datangnya pagi. Basuh kain, masak, kemas rumah. Petang

22
dia balik semula. Malam kadang-kadang Lisa pergi tuition. Kadang-kadang tak balik rumah.
Ada study group dengan kawan-kawan asrama dia. Si Wari pulak, memang tak lekat
langsung kat rumah. Kalau tak pukul 12 memang tak nampak batang hidung. " Mak Ungku
meneguk air seketika. Nampak seperti keletihan. Uzur benar orang tua ni, bisik hati Siti.

"Makcik ni dah tak kuat nak jaga budak-budak. Kalau kaki ni tak sakit,tak apa jugak. Bila
dah naik atas, rasa malas benar nak turun bawah. Tak ada orang nak tolong pimpin. Lisa
tu,nak ambil SPM. Dia malas sikit nak jaga budak-budak tu...."Sambungnya lagi.

"Eh, kita turun bawahlah. Terperap kat dalam ni, tak bernafas...meh kita turun bawah..."Mak
Ungku tarik tangan Siti. Siti sedikit terkejut. Tapi diturutkan saja. Kerusi roda itu ditolak
perlahan-lahan. Sampai di tangga,Mak Ungku bangun perlahan-lahan. Dia masih boleh
berjalan. Cuma tidaklah selancar orang lain. Langkahnya mendengkot sedikit dan
memerlukan sokongan orang lain. Melah memeluk pinggang Mak Ungku sementara Siti
mengampu bahu. Nasib baik tangga tidak terlalu tinggi. Mengah juga Siti dibuatnya.

Dibawah rupanya terdapat sebuah lagi kerusi roda. Melah memimpin Mak Ungku duduk di
kerusi roda tersebut lalu menyorongnya ke luar rumah. Mereka sampai di laman rumah
yang dipenuhi pokok-pokok bunga.Agak redup sedikit dan berangin. Di tengah laman ada
kolam mandi yang airnya jernih. Mata Siti terpaku memandang air kolam yang berkaca-kaca
itu. Ahh....bahagianya hidup di dunia seperti ini!

"Duduklah Siti, Melah..."Mak Ungku menunjuk ke arah kerusi batu berhampiran kolam
renang. Siti duduk di sisi Mak Ungku. Diperhatikan sekeliling laman tersebut. Terasa seperti
berada dalam dunia lain. Dia selalu menonton drama-drama televisyen yang memaparkan
kehidupan seperti itu.Ada kolam renang, ada kerusi batu, ada bunga-bungaan. Tak sangka
hari ini, dia merasai semua itu!
"Kalau Siti setuju, Siti boleh terus tinggal di sini. Bilik Siti,makcik sudah suruh Kartini
siapkan. Nanti Kartini boleh tunjukkan. "Mak Ungku senyum pada Siti.
"Kartini....kartini..."Suaranya sedikit kuat, memanggil Kartini.
"Ya, Puan!"Kartini muncul tergesa-gesa dari dalam. Tangannya memegang sudip. Siti
tersenyum gelihati melihat gelagat wanita Indon itu.
"Tolong buat air ya. Kek yang Lisa beli semalam tolong keluarkan sekali..."Kartini
mengangguk ."Hari ni, kamu masak apa?
"Emm...seperti yang Puan pesan malam tadi. Ayam dimasak lemak cili padi. Ikan terubuk
harus dibakar.
Saya juga ada buat percal...."Mak Ungku terangguk-angguk.
"Ayam tu jangan dimasak semua. Separuh gorengkan untuk Didi dan Fifi.Dan telur goreng
kicap jangan lupa. Budak-budak tu memang suka sangat telur goreng kicap..."
"Bisa saja Puan..."Balas Kartini terangguk-angguk. Dia masuk semula ke dalam. Siti menelan
liur. Teringat perutnya yang berkeroncong sejak tadi. Lepas ni, dia nak makan banyak
banyak!

"Emm...Mak Ungku, rasanya saya tak boleh lama di sini. Saya masuk kerja setengah hari ni.
Saya ingat nakberansur dulu la..."Melah tiba-tiba bersuara.
"Eh, tunggulah kejap. Kita makan kat sini..."Mak Ungku menahan Melah yang sudah
bersedia untuk bangun.
"Dah pukul 10 ni, Mak Ungku. Nak balik ofis ni, paling tidak pukul 12 baru sampai. Saya
gerak dulu la Mak Ungku.."
"Minumlah dulu.....sekejap je lagi...."Mak Ungku tarik tangan Melah. Melah serba salah.
"Emm..iya la..."Akhirnya dia mengalah. Dia pandang Siti sejenak.

23
"Saya serahkan Siti ni pada Mak Ungku. Mak Ungku tolongla jaga dia ya.Kalau dia buat
salah, Mak Ungku nasihatkanlah dia. Kalau nak marah pun, marahlah..."Melah renung Mak
Ungku. Mak Ungku ketawa.
"Apa nak marah pulak. Siti ni kan dah besar. Dah pandai buat kerja.Lagipun jaga budak
bukannya payahbenar. Buat macam adik-adik jer..."Siti senyum mendengar kata-kata Mak
Ungku. Ternyata wanita separuh usia ini berhati lembut. Tutur katanya lunak. Benar kata
Kak Melah.
"Siti pun, janganlah malu-malu kat rumah makcik ni. Rumah ni memang besar, tapi tak ada
orang. Kalau pagi-pagi macam ni memang senyap sunyi. Pukul 12 nanti, budak-budak tu
balik, haa...barulah meriah sikit."Mak Ungku tepuk bahu Siti. Siti mengiyakan.

Kartini muncul kembali menatang dulang berisi minuman. Siti memerhatikan gerak geri
wanita itu. Rasanya Kartini dalam lingkungan 30-an. Tubuhnya sedikit berisi tetapi kulitnya
putih. Wajahnya agak cantik juga. Rambutnya kerinting kasar di ikat dua macam budak-
budak sekolah. Dulu, Siti juga selalu tocang rambut begitu. Tocang ekor kuda.

"Minumlah Melah...Siti.."Pelawa Mak Ungku. Siti mengangkat gelas berisi air limau.
Diteguknya laju. Kak Melah juga minum. Tapi dia minum sedikit saja. Mungkin dia perlu
bergegas untuk ke tempat kerja.
"Terima kasihlah Mak Ungku. Saya nak gerak sekarang ni..."Melah hulur tangan. Mak
Ungku merengus.
"Melah ni selalu macam ni. Kalau datang rumah makcik, selalu nak balik cepat. Ajak makan
sekali pun tak nak....."Mak Ungku muncung. Melah ketawa. Dia tahu Mak Ungku memang
begitu.
"Saya bukan tak nak terima pelawaan Mak Ungku tu. Saya cuma minta cuti setengah hari je.
Lain kali lah Mak Ungku ya..."Melah bangun. Siti turut bangun. Dia mengiringi Melah
sehingga ke pintu pagar.

"Bawak beg ni masuk dalam.."Melah keluarkan beg besar berisi pakaian Siti. "Akak nak
pergi kerja ni..."
"Kak...Siti takutlah......"
"Nak takut apa. Mak Ungku tu tak makan orang la. Siti tengok sendiri kan. Mak Ungku tu
baik, tak sombong.."Melah berdiri di depan Siti.
"Siti seganlah...."
"Emm....mula-mula segan. Lama-lama nanti ok la. Kesian Mak Ungku tu.Keadaan dia
macam tu, mana larat nak jaga cucu. Anak-anak dia pun dah besar panjang. Tak lekat kat
rumah. Siti duduk je la kat sini. Sementara budak-budak tu sekolah, Siti temankan Mak
Ungku. Ajak dia berbual." Siti tarik nafas panjang.
"Jaga perangai elok-elok tau. Jangan buat benda tak senonoh. Ingat, ni rumah orang. "
"Kalau diorang degil, Siti pukul-pukul aje....."
"Ishh....anak orang. Tak baik buat macam tu...."
"Ala...Kak La ni. Takkanlah orang nak buat macam tu. Nanti kena buang kerja pulak..."Siti
tersengih.
"Dah la....akak nak balik ni..."Siti mengangguk. Dia perhatikan saja Melah masuk ke kereta,
hidupkan enjin,kemudian kereta mula bergerak. Siti melambai sehingga kereta hilang dari
pandangan. Hatinya mula berdebar kembali. Dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan
dengan Mak Ungku nanti.

Perlahan-lahan dia menghampiri Mak Ungku. Wajah tenang itu di tatap.Mulutnya terkunci.
Tidak tahu apa yang harus ditanyakan. Mak Ungku seperti mengerti keadaan Siti. Dia
tersenyum

24
"Siti takut ke?"Tanya Mak Ungku. Siti tersenyum malu.
"Apa yang nak ditakutkan. Makcik tak makan orang...."Mak Ungku ketawa.Siti tertawa
sama. Rasa debar mula mereda.
"Saya tak biasa duduk rumah orang Mak Ungku...."Balas Siti perlahan. Mak Ungku
mengangguk.
"Melah kata, Siti ni anak manja. Mana pernah berenggang dengan emak.."Wajah Siti merona
merah.Ah Kak Melah ni, apa saja yang dia cerita pada Mak Ungku?

"Tak adalah Mak Ungku. Siti bukannya manja. Tapi sejak kecil memang duduk dengan mak.
Tak pernah pergi mana-mana. KL ni pun baru dua kali datang termasuk yang ini. Siti ni
memang asal kampung Mak Ungku" Siti merendah diri.
"Kampung pun banyak istimewanya Siti. Mak Ungku pun ada kampung kat Perak sana.
Tapi dah tak ada sapa-sapa kat sana. Lama dah tak balik. Sejak arwah suami makcik
meninggal, makcik pulak sakit macam ni,memang makcik tak pernah lagi ke sana.."Dia
merenung jauh. Bagai mengingati masa silam."Kadang-kadang rasa rindu juga pada
kampung halaman...."
Siti hanya menunduk.
"Makcik ni kalau boleh nak cerita banyak benda pada Siti, ,tapi tak apalah. Siti pun baru
sampai.Lain kalilah kita cerita panjang."Mak Ungku genggam jemari Siti.Terpancar sinaran
kasih dari matanya. Siti dapat rasakan. Hatinya tersentuh.

"Mari masuk. Makcik nak tunjukkan bilik Siti. Nanti bila Didi dan Fifi balik, boleh kita
makan sama-sama.." Siti bangun lalu menyorong kerusi roda masuk ke rumah.
"Didi dan Fifi tu nakal sikit. Biasalah budak-budak. Selalu nak bergaduh. Lisa memang tak
tahan dengan diorang tu. "Mak Ungku bercerita lagi.
"Tapi diorang tu dengar kata.Kalau kita suruh makan, dia makan. Kalau suruh mandi dia
mandi. Suruh tidur lagi senang."Siti tergelak kecil.
"Saya tak ada adik kecil, Mak Ungku. Anak Kak La sorang tu la anak saudara saya. Pernah
juga merasa jaga budak kecil masa Kak La berpantang dulu. Tapi tak adalah pandai sangat."
"Ala...Didi dan Fifi tu tak susah jaganya. Cuma nak ditengok-tengokkan makan pakai dia.
Jadual belajar dia....Kalau tak dikawal, memang main saja sepanjang hari..."

Siti tergerak hati untuk bertanya lebih lanjut tentang anak Mak Ungku yang menghidapi
barah itu. Tapi hati Siti berbelah lagi. Dia takut kalau-kalau pertanyaannya itu nanti akan
mengguris hati Mak Ungku. Atau mungkin Mak Ungku akan beranggapan dia seorang
yang suka mengambil tahu hal orang lain. Banyak perkara yang hendak dia tanyakan, tapi
lidahnya kelu.Wajarkah dia bertanya hal-hal keluarga itu pada hari pertama bekerja?
Rasanya tidak wajar. Tunggulah sehari dua lagi. Dia ingin bertanyakan Mak Ungku tentang
keluarganya. Tentang anak-anaknya,tentang cucu-cucunya. Tentang kakinya yang separa
lumpuh itu. Pasti Mak Ungku tidak keberatan menceritakannya.

"Kartini!" Panggil Mak Ungku sebaik mereka sampai di ruang tamu. Siti nampak Kartini
berjalan lenggang lengguk dari arah dapur.
"Ya, Puan..."Dia mendekati Mak Ungku.
"Tunjukkan Siti bilik tidurnya. Saya nak naik ke atas."Dia berpaling ke arah Siti pula.
"Siti rehat dulu ya. Makcik pun nak berehat sekejap. Orang tua macam makcik ni cepat saja
letih. Nanti kita makan sama-sama. Lepas makan kita boleh berbual lagi ya.."
"Mak Ungku nak naik sekarang ke?"Siti cepat-cepat memeluk pinggang Mak Ungku yang
terkial-kial cuba berdiri. Siti cuba mengimbangi badannya agar tidak sama terdorong ke
depan. Badan Mak Ungku sedikit gempal, tidak setara dengan tenaga Siti. Tetapi dia cuba

25
juga untuk mengampu orang tua itu. Siti menoleh ke arah Kartini, tetapi wanita itu hanya
memandang tanpa reaksi hendak menolong. Hati Siti sedikit geram. Tapi mulutnya tidak
mampu bersuara. Dia memimpin Mak Ungku perlahan-lahan hingga sampai di atas.Setelah
didudukkan di atas kerusi roda, Siti sorong pula hingga ke dalam bilik.

Bilik Mak Ungku begitu luas. Lengkap dengan set meja untuk bersantai dan juga televisyen
untuk menonton. Langsir yang beropol-ropol meredupkan suasana. Macam bilik pengantin!
bisik hati Siti.Rasa-rasanya bilik pengantin anak ketua kampungnya yang paling kaya
itupun tidak setanding dengan bilik Mak Ungku.

"Mak Ungku nak baring?"Tanya Siti.


"Eh, tak apalah Siti. Makcik boleh buat sendiri. Siti pergilah rehat dulu. Kalau nak mandi
boleh mandi,kalau nak makan boleh minta dengan Kartina.."Siti tersenyum. Baik hati betul
orang tua ni!

Siti beredar dari bilik. Dia menuruni tangga lalu masuk ke ruang dapur. Ruang dapur juga
luas. Di luar sana ada set meja makan. Di ruang dapur juga ada meja makan tetapi kecil
sedikit. Tertarik dia melihat dinding yang dihiasi gambar buah-buahan. Kalau dia punya
dapur secantik ini, pasti dia rajin memasak tiap-tiap hari. Pagi petang siang malam! Siti
sengih lagi. Dia menghampiri Kartina yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk
besar. Semerbak bau masakannya menusuk hidung.

"Kak Tini..."Tegur Siti. Kartini berpaling. Wajahnya berkerut sedikit memandang Siti.
"Mau apa kamu?"Tanyanya dalam loghat Indonesia.
"Emmm...bilik saya di mana? Boleh tunjukkan?"Balas Siti lambat-lambat. Dia berdiri tegak
menghadap Kartini.
"Apa kamu tidak nampak saya sedang perbuat apa? Nggak bisa tungguin saya?"Kartini
merengus. Dikecilkan api dapur lalu menuju ke sinki, membasuh tangan.

Siti terdiam sebentar. Aku salah cakap ke?

"Tadi Mak Ungku suruh Kak Tini tunjukkan. Saya tidak tahu di mana biliknya...."Siti
bersuara lagi.
"Issh ... gaya apa kamu ini, terus-terusan nanyain saya."Dia sedikit meradang.
"Ayo cepat, saya nggak punya banyak masa...!"

Kartini berjalan laju. Siti mengekori dari belakang. Geram juga dia melihat gelagat
pembantu rumah itu. Baru tanya sedikit, sudah mahu marah-marah. Aku tanya baik-baik,
dia meradang pulak. Cengil! gerutu Siti. Tapi dia hanya diam saja. Walaupun hatinya sakit
ditengking begitu, tapi dia sedar dia orang baru sedangkan Kartini sudah lama bekerja di
situ. Jadi tidak wajar dia melawan kata-kata wanita itu.Teringat dia akan pesanan emaknya.
Tapi....kenapa Kartini tiba-tiba marah-marah begitu. Tadi sewaktu mereka sampai,gayanya
biasa-biasa saja. Nada suaranya juga agak lembut dan sopan.

"Nah, di sini kamar kamu." Kartini menunjuk ke arah pintu coklat yang tertulis perkataan
'WARINA'. Siti angkat beg besarnya lalu pintu bilik itu dibuka. Dia tercegat seketika di
muka pintu. Sedikit terkejut dia dengan keadaan bilik itu. Diperhatikannya satu persatu.

Bilik itu memang luas. Katilnya besar dan ada tiang pada setiap penjuru katil. Di satu sudut
terletak televisyenkecil yang menghala ke tingkap. Dari tingkap pula, terus menghadap
kekolam renang. Pemandangan di luar memang cantik. Agak redup melihat tumbuhan-

26
tumbuhan hijau di luar sana. Siti tersenyum lega. Walaupun bilik itu letaknya di tingkat
bawah, tapi kedudukannya agak tersorok dari pandangan kerana terlindung oleh tangga.

Siti berpaling untuk mengucapkan terima kasih kepada Kartini, tetapi wanita itu sudah
tiada. Sudah ke dapur agaknya, fikir Siti. Siti tutup pintu bilik lalu beg diletakkan di tepi
katil. Sekejap lagi dia akan kemaskan baju-bajunya.Dia buka pintu almari baju. Ada
beberapa pasang baju tergantung di dalamnya. Dia membelek belek helaian pakaian
tersebut. Semuanya singkat-singkat belaka. Takkan Kartini pakai baju macam ni pulak
kot?...Siti kerut dahi. Baju Lisa agaknya....

Siti kembali ke katil. Direbahkan tubuhnya ke tilam. Dia tersenyum lebar. Seumur hidup
rasanya tidak pernah dia tidur di katil seempuk itu. Bagai tenggelam tubuhnya. Bilik orang
gaji pun sebegini besar, macamanalah agaknya bilik anak-anak Mak Ungku ya? Tentu lebih
mewah lagi. Siti cuba membayangkan. Kalau dia punya duit yang banyak, tentu dia dapat
belikan katil secantik ini untuk emak dan bapanya. Tak payahlah lagi emak merungut
rungut setiap kali tulang belikatnya sengal-sengal kerana tidur di katil uzur itu. Kesian mak!
Bilalah agaknya aku dapat membahagiakan mereka?

Siti renung siling yang berukiran. Jauh sekali bezanya dengan atap rumahnya yang
bersawang.Tapi...secantik-cantik, semewah-mewah pun, bukannya rumah aku!. Rumah kat
kampung lagi seronok. Walaupun serba kekurangan,tetap memberi ketenangan. Buat
apalah rumah besar kalau hati tak seronok. Siti pejamkan matanya. Wajah Huzair pula yang
tiba-tiba muncul. Dia bingkas bangun. Rasa bersalah tiba-tiba bersarang dalam hati. Dia
teringatkan lelaki itu. Apa agaknya perasaan Huzair bila membaca surat terakhir dia itu?
Kecewakah dia? Sakit hatikah? Mungkin Huzair tidak sekali-kali menyangka dia akan
diperlakukan sebegitu. Akan ditinggalkan begitu saja. Tapi..aku dah terangkan semuanya
dalam surat tu....hati kecil Siti berkata. Aku dah bagi alasan yang kukuh. Aku dapat kerja
dan ingin tinggal bersama Kak Melah. Huzair tiada hak untuk menghalang aku.

"Huzair...maafkan aku...."Keluh Siti perlahan. Dia kembali berbaring.Dipejamkan matanya


rapat-rapat. Cuba menghapuskan bayangan Huzair. Dan akhirnya dia terlena.

Sedutan Episod 8 :

"Eh...Ma..."Lelaki itu sedikit terkejut. Dia toleh ke arah Siti pula.


"Kemana kau ni, Wari?"Mak Ungku pandang lelaki itu.
"Pagi-pagi lagi dah keluar...."
"Saya nak ke Langkawi ni, Ma..."Lelaki itu masuk. Seorang perempuan tiba-tiba muncul di
tepi pintu.
"Wari...cepat sikit. Diorang dah tunggu tu..."Dia terpandang Mak Ungku.
"Eh..Mak Ungku...Mak Ungku sihat?"Mak Ungku tidak menjawab. Dia hanya tersenyum.
"Ada apa ke Langkawi?"Tanya Mak Ungku.
"Emm..kitaorang konvoi ramai-ramai Ma...ke Kedah. Lepas tu, Ri ingat nak singgah
Langkawi kejap. Tak lama la Ma... 2-3 hari je..."Matanya mengerling Siti. Siti bungkam. Pada
fikirannya lelaki itu pasti anak Mak Ungku yang bernama Wari.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 8 ::.


Posted on: Mar 24, 2004 - 02:16 AM by BF

27
Dua wajah dihadapannya itu direnung lama. Mata mereka saling bertatapan. Lama
kelamaan senyuman mula terukir pada dua wajah itu. Siti tarik nafas lega. Wajah comel Didi
dan Fifi bertukar menjadi ceria.

"Nanti Kak Siti tolong jaga kita ke?"Didi mula bersuara. Siti angguk sambil senyum. Wajah
Didi bulat. Rambutnya lurus keperangan. Fifi pula rambut ikal panjang. Cantik macam
rambut anak patung yang selalu Siti lihat di kedai- kedai. Tapi wajah Fifi tidak seceria Didi.
Anak kecil itu lebih banyak menunduk sambil menyuap nasinya perlahan-lahan. Habis
berterabur keliling pinggan.

"Kita tak pernah nampak Kak Siti pun. Kak Siti duduk mana?"Tanya Didi lagi dengan mulut
penuh.
"Kak Siti baru sampai pagi tadi....."Balas Siti.
"Abih tu, Kak Siti duduk mana?"
"Emmm.....Kak Siti duduk sini lah..."
"Dengan kita?"
"Dengan Didi dan Fifi lah....boleh tak?"
"Emm...boleh...tapi bilik kita kecik je......"
"Kak Siti tak tidur ngan Didi, Kak Siti tidur kat bilik bawah...."
"Ooo...kat bilik kak Rina....."
"Bilik sapa?"
"Bilik kak Rina...."Didi teguk air laju.
"Kak Rina tu siapa?"Siti beralih pada Fifi yang senyap sejak tadi.
"Kak Rina tu kawan Acik...."

Siti toleh ke arah anak tangga. Kartini kelihatan sedang memimpin Mak Ungku turun dari
tanggga. Cepat-cepat Siti basuh tangan dan bergegas menuju ke arah mereka. Niat hatinya
untuk sama-sama menolong. Tapi kelihatannya Kartini seperti tidak mengendahkan Siti. Dia
mengerling dengan pandangan kurang mesra. Siti bungkam seketika. Tetapi dipegangnya
juga tangan Mak Ungku. Perlahan-lahan jalan beriringan ke meja makan.

"Tadi saya masuk bilik Mak Ungku. Saya tengok Mak Ungku tengah tidur. Jadi saya tak
kejutkan..."Siti bersuara sebaik Mak Ungku melabuhkan punggung. Mak Ungku tersenyum.
Diperhatikan saja Kartini menyedukkan nasi ke dalam pinggannya. Wajahnya kelihatan
segar selepas bangun tidur.

"Tak apa, Siti. Biasanya Kartini yang kejutkan makcik untuk makan...."Siti angguk perlahan.
Dia beralih memandang Didi dan Fifi yang tekun menyuap. Anak-anak ini, tidaklah
kelihatan nakal..bisik hatinya.
"Emm...Didi, Fifi...dah kenal dengan Auntie Siti?"Mak Ungku pandang kedua-dua anak
kecil itu.
"Dah!"Didi dan Fifi menjawab hampir serentak.
"Tadi Kak Siti yang cedukkan nasi kita...."Didi angkat kepala.
"Nanti Kak Siti jaga Didi ngan Fifi....tul ke nek?"
"Emmm....Didi dan Fifi tak boleh nakal lagi lepas ni...."Mak Ungku usap kepala Didi.
"Mana ada nakal.....Didi kan baik....adik yang nakal...."
"Abang yang jahat....."Fifi terjerit kecil. Dia bangun, cuba memukul abangnya.
"Fifi...jangan pukul abang...abang kan tengah makan. Tak baik pukul orang tengah
makan."Fifi tidak jadi bangun. Dia kembali duduk dengan wajah muncung. Siti tersenyum.

28
"Budak-budak ni memang selalu nak bergaduh. Mana taknya.Si abangnya kuat menyakat.
Adiknya pulak cengeng...Pantang diusik...."Mak Ungku ketawa.
"Adik memang cengeng...."Didi menyampuk.
"Dah..dah...jangan kacau adik...."Mak Ungku tepuk bahu Didi. "Lepas makan ni, mandi ya
sayang....."Didi dah Fifi serentak mengangguk. Betul kata Mak Ungku. Mereka ni
mendengar kata...bisik hati Siti.

Selepas makan, Siti menemani mereka masuk ke dalam bilik. Sementara menunggu mereka
selesai mandi, Siti kemaskan bilik mereka yang bersepah. Buku-buku sekolah yang
berterabur atas meja disusun semula. Selimut dan cadar katil dilipat cantik-cantik. Anak-
anak patung dan permainan yang terselit di sana sini dimasukkan ke dalam kotak yang ada
di situ. Penuh satu kotak barang permainan mereka. Kemudian, dia keluarkan pakaian
mereka untuk dipakai hari itu. Di letakkan di atas katil.

"Fifi dah mandi?"Siti senyum pada Fifi yang baru keluar dari bilik air. Didi mengekori dari
belakang.
"Lepas ni, Kak Siti kena mandikan Fifi. Fifi tak reti mandi sendiri."Didi mengelap tubuhnya
dengan tuala.
"Iye ke? Kenapa tak cakap dengan Kak Siti tadi?"Siti dukung Fifi yang kesejukan.
"Selalu Mama mandikan Fifi .... "
"Emm...lepas ni, Kak Siti mandikan Fifi ye.."Siti cuit pipi Fifi yang tembam. Fifi tidak
senyum. Dia tersipu-sipu. Mungkin dia masih belum biasa dengan Siti.
"Dah...cepat pakai baju tu.."Siti hulurkan pakaian pada Didi.

Kemudian dia pakaikan Fifi baju gaunnya. Fifi tidak pula membantah. Siti sikatkan rambut
dan sapu bedak pada pipi Fifi. Rambut ikalnya yang basah dibiarkan lepas. Siti cium pipi
anak kecil itu bertalu-talu. Dia geram melihat budak-budak sekecil itu. Comel.

"Lepas ni, nak buat apa?"Siti tanya Didi. Dia memang tidak tahu jadual mereka berdua.
"Emm....tengok tv!"Didi terjerit riang.
"Tengok tv?emm.....betul ke Fifi?" Fifi geleng.
"Fifi boleh tengok tv...abang kena buat kerja sekolah.."Fifi bersuara.
"Mana ada. Abang tak ada kerja sekolah lah!!"Didi menjerit.
"Issh...janganlah jerit-jerit macam ni. Tak baik. Nanti nenek dengar. Jom kita turun. Didi,
bawak buku kerja sekali. Nanti Kak Siti tolong buat ye..."Siti keluar dari bilik sambil
mendukung Fifi. Dia tunggu Didi keluar dengan buku-bukunya.

Kemudian mereka sama-sama turun ke bawah. Mak Ungku sedang berehat di ruang tamu.
Dia tersenyum memandang Siti.

"Dah mandikan budak-budak ni?"Siti angguk. Dia duduk di samping Mak Ungku sambil
meriba Fifi. Anak kecil itu terlentok di bahunya.
"Sejak Mamanya pergi ke London, Fifi selalu macam ni. Tak nak main. Makan pun tak
banyak...."
"Dia rindukan Mama dia kut makcik..."
"Dia memang manja dengan Mamanya.....tapi sejak penyakit barahnya semakin teruk, tak
dapat dia nak luangkan masa dengan anak-anaknya. Didi tu dah besar. Dah boleh faham. Si
Fifi ni...masih tidur dengan Mama dia lagi..." Siti mengangguk.
"Di...tengok kat luar tu siapa yang datang?"Mak Ungku bersuara pada Didi yang leka
menonton tv. Didi segera bangun, terus berlari keluar. Siti terdengar bunyi enjin kereta
berhenti di depan rumah.

29
"Nek....Acik balik!"Didi muncul tergesa-gesa. Fifi yang berada di pangkuan Siti terus terjun
ke bawah. Kanak-kanak itu tampak ceria benar.
"Yeh...Acik balik..."Fifi menjerit riang. Mak Ungku hanya menggeleng kepala.
"Diorang ni memang manja dengan Acik dia. Suka benar kalau Acik dia ada kat
rumah..."Mak Ungku bersuara. Siti hanya mengangguk.

Sejurus kemudian, Didi dan Fifi kembali masuk ke rumah. Tapi wajah mereka menjadi
muram pula. Seorang lelaki muncul dari pintu memimpin kedua-dua kanak-kanak itu.

"Eh...Ma..."Lelaki itu sedikit terkejut. Dia toleh ke arah Siti pula.


"Ke mana kau ni, Wari?"Mak Ungku pandang lelaki itu."Pagi-pagi lagi dah keluar...."
"Saya nak ke Langkawi ni, Ma..."Lelaki itu masuk. Seorang perempuan tiba-tiba muncul di
tepi pintu.
"Wari...cepat sikit. Diorang dah tunggu tu..."Dia terpandang Mak Ungku.
"Eh..Mak Ungku...Mak Ungku sihat?"Mak Ungku tidak menjawab. Dia hanya tersenyum.
"Ada apa ke Langkawi?"Tanya Mak Ungku.
"Emm..kitaorang konvoi ramai-ramai Ma...ke Kedah. Lepas tu, Ri ingat nak singgah
Langkawi kejap. Tak lama la Ma... 2-3 hari je..."Matanya mengerling Siti. Siti bungkam.

Pada fikirannya lelaki itu pasti anak Mak Ungku yang bernama Wari. Manakala perempuan
yang tercegat tepi pintu itu teman wanitanya. Sekejap-sekejap mata Siti mengerling pakaian
wanita itu. Siti tidak pernah nampak orang berpakaian seksi sebegitu. Di kampung mana
ada orang pakai macam tu. Di bandar pun tidak ada wanita Melayu yang berani berpakaian
begitu. Selalu Siti tengok di televisyen saja.

"Nak pergi dengan Rina ker?"Mak Ungku tarik nafas.


"Ala...ramai-ramai Ma. Bukan pergi berdua je. Kawan-kawan Rina pun ikut sekali...."Wari
bangun mendapatkan wanita yang dipanggil Rina itu.
"You tunggu sekejap ye. I nak pack baju...2 minutes!"Rina senyum manja. Didi dan Fifi
sudah duduk di sebelah Siti. Wajah kedua-dua mereka masam. Siti usap kepala kedua-dua
kanak-kanak itu. Dia tidak tahu kenapa mereka tiba-tiba senyap padahal sebentar tadi
kelihatan begitu girang bila Acik mereka balik.

Siti rasa tiba-tiba suasana menjadi sepi seketika. Mak Ungku hanya berdiam dan Siti sendiri
tidak tahu apa yang boleh dijadikan modal untuk berbicara. Wanita bernama Rina itu pula
masih berdiri di tepi pintu. Nampak keresahan. Agaknya dia rimas menunggu Wari.
Padahal Siti rasa, tidaklah begitu lama mereka baru sampai di situ.

"Kak...duduklah dulu.."Terpacul ayat itu dari bibir Siti tiba-tiba. Rina menoleh.
"Apa?"Dia angkat kening.
"Duduklah dulu...."Pelawa Siti sekali lagi.
"Emm..no thanks.."Balas Rina sambil tersenyum nipis. Siti rasakan betapa cantiknya wanita
bernama Rina itu. Cantik dan bergaya.
"Didi....kenapa senyap ni. Kata nak buat homework?"Siti cuit hidung Didi. Didi muncung.
"Tak ada keja sekolah!"Balasnya pendek.
"Betul? Takkan cikgu tak ada bagi langsung?"Siti cuba menduga.
"Betul....."Balasnya lambat-lambat.
"Ok, kalau betul....tak apa. Tapi kalau ada nanti...Kak Siti tak nak tolong..."
"Alaa..Kak Siti ni...sama macam Acik!"Didi merengus lalu turun dari sofa.
"Didi....nak pergi mana tu?"Mak Ungku bersuara.

30
"Nak amik buku....nak wat kerja sekolah...."Siti tersenyum gelihati.
"Pegi buat kat bilik komputer sana...."
"Tak nak....Didi nak buat kat sini aje....."Didi berlari-lari anak mencapai beg sekolahnya.
"Dengan Kak Siti"Beg diletakkan atas meja. Beberapa buah buku dikeluarkan..
"Ishh...budak ni....macamana nak belajar...tv depan mata..."Mak Ungku mengeluh. Siti
ketawa kecil.

Siti pandang ke anak tangga. Wari kelihatan tergesa-gesa menuruni tangga. Dua buah
helmet ber'visor' gelap tersangkut di lengannya. Berjaket hitam dan berkaca mata juga
hitam, Siti akui anak lelaki Mak Ungku itu punya wajah yang menarik. Walaupun ada
sedikit garis-garis kesombongan pada riak wajahnya. Tapi Siti akui, tidak patut dia
menyimpan tanggapan yang bukan-bukan dengan hanya sekali memandang. Wari duduk
di sebelah Mak Ungku lalu menyarung stoking kakinya. Mak Ungku pandang Wari tunak.

"Nak pergi juga ke Wari?"Tanya Mak Ungku perlahan. Wari mengangguk. Dipandangnya
Siti yang bertinggung tepi meja, sebelah Didi.
"A'ha...Ma...."Balas Wari. "Ma jaga diri baik-baik ye..kalau ada apa-apa hal suruh Lisa call
handphone Ri..."Dikucupnya dahi ibunya lama. Siti hanya memerhati.
"Jangan bawa motor laju-laju Ri...."
"Mama janganlah risau. Bukannya baru ni Ri pergi konvoi macam ni..."Wari bangun. Dia
hulurkan helmet pada Rina.
"Emm....Ma, kereta Ri tinggalkan kat rumah. Jangan beri Lisa guna.."
"Didi...Fifi..Acik nak sayang sikit..."Wari dukung Fifi lalu diciumnya pipi anak kecil itu lama.
Meronta-ronta Fifi kelemasan.
"Nanti Acik balik, bawak kapal terbang ye....."
"Acik ni..asyik nak jalannnnnn.....ajelah..."Didi tiba-tiba menjerit. Wari ketawa. Dia cuba
memeluk Didi tapi Didi meronta-ronta minta dilepaskan.
"Acik nak sayang sikit le...."Pujuk Wari.
"Tak nak la....tak nak kawan dengan Acik..."Didi tolak dada Wari. Wari hampir-hampir
tersungkur ke belakang.
"Ooh.....tak nak kasi Acik sayang dia.....tak pe...Acik sayang orang lain le...."Wari bangun.
Dia mendapatkan Rina yang sudah tarik muka masam kerana lama menunggu.

"Acik asyik sayang Kak Rina ajer...."Didi bersuara perlahan sebaik Wari dan Rina beredar.

Siti tarik nafas panjang. Direnungnya wajah Didi lama. Kesian Didi. Patutlah dia mencuka.
Siti jenguk kepala ke luar. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana Rina boleh
menunggang motor dengan skirt pendek begitu.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 9 ::.


Posted on: Mar 29, 2004 - 02:13 PM by BF

Selepas mengemas pakaiannya di dalam almari, Siti membersihkan dirinya dan mengambil
wuduk. Dia ingin solat Isyak awal-awal kerana bimbang akan tertidur nanti. Biasanya bila
sudah terlelap, dia rasa liat benar hendak bangun semula. Sebentar tadi dia sempat
menjenguk Mak Ungku di biliknya dan menyemak buku sekolah Didi. Fifi sudah terlena di
sofa, hanya Didi saja yang tekun menonton siri kegemarannya. Siti hanya membiarkan
kerana dia tahu Didi sudah menyiapkan kerja sekolahnya dan jam pun baru pukul 9 malam.
Pukul 10 nanti dia akan suruh Didi masuk tidur. Itu yang Mak Ungku pesan pada dia tadi.

31
Kartini jam 7 lagi sudah pulang. Makan malam terpaksalah Siti yang menghidangkan. Tapi
kerjanya tidaklah susah sangat kerana semua lauk pauk sudah disiapkan Kartini. Siti hanya
memanaskan dan membancuh minuman. Biasanya sebelah malam, hanya Didi dan Fifi saja
yang makan. Mak Ungku hanya minum milo panas dan roti bakar di biliknya. Terkocoh-
kocoh Siti menyiapkan roti bakar tadi. Dia tidak berapa mahir menggunakan alat pembakar
roti itu. Dikampungnya tidak ada. Nasib baik Didi membantu menunjukkan cara-caranya.
Bila diingat-ingat Siti rasa gelihati pula. Anak sekecil Didi pun tahu menggunakannya, tapi
dia yang dah besar panjang masih terkial-kial. Tak moden langsung!

Selesai solat, Siti ke ruang tamu lalu duduk di sisi Didi. Didi angkat kepala dan tersenyum.
Dia berganjak rapat kepada Siti lalu direbahkan kepalanya di ribaan Siti. Siti usap kepala
anak kecil itu. Dia dapat rasakan sentuhan itu membangkitkan satu perasaan halus dalam
dirinya. Dia tidak punya adik. Dan dia tidak pernah memanjai seorang adik. Terasa seperti
satu pengalaman baru dalam hidupnya. Dia dapat rasakan betapa Didi mungkin merindui
belaian ibunya. Mungkin tiada sesiapa yang boleh diharapkan buat masa ini untuk
menggantikan kasih seorang ibu.

Mak Ungku memang amat menyayangi cucu-cucunya ini tapi dia sendiri tidak begitu sihat
untuk melayan karenah mereka. Kartini pula hanya menyiapkan urusan di dapur. Sebelah
malam dia tidak ada untuk menemani. Wari pula, seperti kata Mak Ungku, jarang benar
lekat di rumah. Ada-ada saja aktiviti luarannya. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tidak balik
ke rumah. Dan Mak Ungku sudah faham benar dengan perangai anak bujangnya itu. Lisa
pula menurut Mak Ungku, agak panas baran dan gemar menghabiskan masa di luar. Tapi
satu yang bagusnya tentang anak gadisnya itu ialah dia rajin dan bagus dalam pelajaran. Siti
ingin sekali melihat Lisa kerana sejak pagi tadi gadis itu tidak pulang-pulang lagi.

"Didi, nak minum susu ke?"Tanya Siti tiba-tiba. Didi mendongak lalu mengangguk.
"Lepas minum susu, masuk tidur ye!"
"Tapi cerita ni belum habis lagi.."Dia bangun.
"Okay..okay....lepas habis cerita ni, baru masuk tidur...."Didi tersengih lebar.

Siti ke dapur menyiapkan segelas susu. Diletakkan susu di atas meja depan tv. Kemudian
dia naik ke atas. Niat di hati untuk melihat Mak Ungku kalau-kalau dia perlukan sesuatu.
Dia mengetuk pintu tapi tiada sahutan. Perlahan-lahan tombol pintu di tarik. Cahaya lampu
agak samar. Mak Ungku sedang bersandar di kepala katil dengan mata terpejam. Nafasnya
turun naik.

"Mak Ungku..."Siti menyentuh bahu orang tua itu. Mak Ungku buka mata.
"Mak Ungku tak apa-apa?"Takut juga Siti kalau-kalau dia mengganggu lena Mak Ungku.
"Didi dah tidur?"Tanya Mak Ungku perlahan.
"Belum, dia tengah tengok tv kat bawah.."Balas Siti.
"Lisa?"
"Emmm...Lisa belum balik lagi..."Siti gigit bibir. Mak Ungku tarik nafas panjang lalu
dilepaskan perlahan-lahan.
"Lisa selalu sangat balik malam. Sekolah habis pukul 2, tapi tak pernah nak sampai rumah
awal..."Keluh Mak Ungku tiba-tiba.
"Wari pun bukannya nak ambik tahu hal adiknya. Asyik-asyik nak merayap......risau Mak
Ungku..."Siti diam.Dia tidak tahu apa yang hendak diperkata.

32
"Nasib baik ada Siti sekarang ni. Kalau tak kesian budak-budak tu, tak ada sapa nak
tengokkan..."Mak Ungku usap rambut Siti. Renungannya lembut masuk ke hati.
"Emm...kenapa Kartini tak tinggal terus di sini, Mak Ungku?"Tanya Siti. Mak Ungku diam
seketika.
"Kalau dia tinggal di sini, boleh dia jaga budak-budak tu.."Sambung Siti lagi.
"Lisa dan Wari tak mahu Kartini tinggal di rumah ni. Sejak arwah ayah mereka meninggal,
memang kami tak ada pembantu rumah tetap. Kalau ada pun, cuma untuk masakkan
makanan makcik dan kemas rumah. Diorang tu bukannya selalu makan kat rumah. Tapi
sekarang ni, bila anak makcik Maria pindah ke sini, makcik kenalah cari orang untuk jaga
anak-anak dia tu..." Siti angguk.
"Kak Maria tu kerja apa, Mak Ungku?"
"Anak makcik tu pengurus di syarikat arwah ayahnya. Bahagian kewangan. Makcik pun tak
tahu sangat. Suami makcik ada dua syarikat. Satu tu, suami Maria yang uruskan. Lagi satu
tu, adik ipar makcik tolong uruskan sebab si Wari tak nak jaga. Wari tu pandai. Belajar
sampai ke luar negara, tapi bila balik bukannya nak kerja. Merayap saja yang dia tahu..."
Mak Ungku geleng kepala. Siti terbayangkan wajah Wari.

"Makcik harapkan dia untuk uruskan syarikat ayahnya tu.Itu sajalah warisan keluarga
makcik. Tapi dah dekat 3 tahun dia habis belajar, kerja pun tak.....Nak harapkan Maria, dia
pula sakit..."Siti tarik nafas panjang. Sedih pula dia mendengar rintihan hati orang tua itu.
Tapi apa yang boleh dia lakukan? Paling tidak, hanya mendengar.

"Mak Ungku sabar je lah ye....kak Maria pasti sembuh...Siti dengar kat negeri omputih sana,
ramai doktor yang hebat-hebat..."Mak Ungku senyum.
"Pasal Didi dan Fifi, Mak Ungku janganlah risau. Siti boleh jaga mereka." Mak Ungku
genggam jemari Siti.
"Mak Ungku nak minum?"
"Tak apalah Siti. Perut makcik ni rasa penuh."Dia tepuk-tepuk perutnya yang buncit. Siti
ketawa.
"Kalau gitu, Siti turun dulu la ye."Siti bangun, menuju ke tingkap yang terdedah. Patutlah
sejuk! bisik hatinya. Langsir tebal yang beropol-ropol itu ditarik ke dalam. Dia menjenguk
keluar. Dari tingkap boleh menghala terus ke pintu pagar.

Pandangan Siti seketika tertancap ke pintu pagar. Ada bayang-bayang di situ. Bayangan dua
susuk tubuh yang sedang berdiri. Lama Siti perhatikan. Dari cahaya samar-samar kelihatan
seorang gadis sedang berbual dengan seorang lelaki yang bertenggek di atas motor. Lisa
agaknya. Siti tutup kembali tingkap.

Selepas menyelimutkan Mak Ungku, Siti turun ke bawah mendapatkan Didi yang masih
belum tidur. Air susu masih tidak terusik. Siti menggeleng.

"Didi, kenapa tak minum susu tu, kan dah sejuk.."


"Oppsss"Didi tutup mulut."Lupalah Kak Siti...."Dia bergegas mendapatkan susu lalu
meneguknya laju. Gelihati Siti memerhatikannya.
"Jom masuk bilik. Akak nak angkat Fifi ni..."Siti membongkokkan badannya untuk
memangku Fifi. Sebaik Fifi berada dipangkuannya, pintu depan terbuka. Seorang gadis
terpacul di muka pintu. Siti terhenti. Pandangannya mereka bertembung. Berdebar juga
hatinya melihat reaksi gadis itu.

"Dik Su.."Didi menjerit keriangan. Gadis itu masuk lalu mencium Didi.
"Didi tak tidur lagi?"

33
"Didi nak tidur la ni. Tunggu Kak Siti..."
"Awak ni siapa?"Lisa kembali memandang Siti. Wajahnya berkerut.
"Errr...Siti.."
"Siti Nurhaliza?"
"Err..bukan...Siti Nuranis..."Balas Siti perlahan.
"Apa awak buat kat sini?"
"Apalah Dik Su ni....Kak Siti jaga Didi dan Fifi laa...."Didi tarik tangan Lisa.
"Didi diam"Suara Lisa meninggi. Didi terdiam serta merta. Tangannya jatuh melorot dari
pegangan.

"Apa awak buat kat sini?"Sekali lagi dia bertanya.


"Ehhmm....saya datang untuk jaga Didi dan Fifi.....Mak Ungku yang..."
"Ohh.....nilah babysitter yang Mama cakap ari tu?"Lisa tersengih. Direbahkan tubuhnya di
atas sofa. Susuk tubuh Siti diperhatikan dari atas ke bawah.
"Bila awak datang?"
"Pagi tadi."
"Dari kampung?"Siti angguk. Dia berdiri tegak sambil memangku Fifi. Terasa lenguh
tangannya menampung tubuh anak kecil itu.
"Boleh ke awak jaga budak dua orang ni?"Lisa besarkan mata. Siti diam.
"Saya tanya, boleh ker awak jaga diorang ni?"
"InsyaAllah..boleh.."Balas Siti perlahan. Lisa bangun lalu ketawa tiba-tiba.
"Suka hati awak lah..."Dia capai kembali beg sandangnya yang dicampak atas sofa tadi.
"Saya nak masuk tidur. Awak layanlah diaorang ni. Didi, pegi masuk bilik.."

Lisa bergegas naik ke atas sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Siti hanya memerhatikan lagak
gadis itu. Debar hatinya semakin menurun. Lisa, walaupun usianya lebih muda darinya,
tapi gayanya lebih dari itu. Tiada rasa hormat, bisik hati Siti. Tapi ini kali pertama aku
bertemunya. Tak patut aku anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Siti tarik nafas
panjang. Dia mula mendaki tangga. Didi disebelah mengekori sambil jarinya mengenggam
hujung baju Siti. Kesian anak kecil itu. Patutlah selalu kesunyian. Lisa sendiri jarang
menghabiskan masa dengan mereka.

Siti membaringkan Fifi di atas katilnya. Kemudian dia memadamkan lampu besar.
Menghidupkan lampu kecil yang samar-samar. Jam loceng diletakkan bersebelahan katil
Didi. Didi sudah boleh diharap untuk bangun pagi, tetapi masih memerlukan bantuan jam
loceng. Setelah mempastikan semuanya berkeadaan baik, Siti keluar dari bilik. Dia juga
ingin tidur cepat malam itu. Niat untuk menonton televisyen dilupakan. Tiba-tiba dia berasa
begitu sunyi berada di dalam rumah mewah itu. Tidak seronok rasanya menonton seorang
diri. Kalau di kampung, ada emaknya yang sama-sama menonton. Sementara menunggu
bapa pulang dari kedai, emak akan bersembang-sembang dengannya. Kadang-kadang dia
akan buatkan jemput-jemput ikan bilis dengan air kopi untuk mereka makan bersama.
Walaupun hanya jemput-jemput, nikmatnya lebih terasa dari makan sedap-sedap seorang
diri di rumah besar ini.

Siti sedang menuruni tangga bila ada satu suara menegurnya. Dia berpaling. Lisa sudah siap
dengan baju tidurnya yang tipis. Terkejut Siti memandangnya.

"Tolong buatkan aku air."Lisa bersuara.


"Err....."Siti gamam.
"Buatkan aku air...."Lisa mendengus.
"Air apa, Lisa?"

34
"Neslo panas. Kau tahu tak buatnya macamana. Milo campur nescaffe.
"Siti angguk.
"Tak payah bawak naik atas. Awak letak je kat depan tv tu...."Dia berpaling untuk masuk ke
bilik semula.

Siti berjalan lambat-lambat. Tiba-tiba dia berasa sedih dengan apa yang dia alami untuk satu
hari itu. Manusia-manusia yang ditemuinya aneh-aneh sekali. Bersifat yang tidak
dijangkakan. Kenapalah dia harus berhadapan dengan situasi sebegitu. Kalaulah bukan
kerana Huzair, rasanya dia tidak akan sampai di situ. Kalau bukan kerana Huzair, tidak
mungkin dia dengan senang hati menghambakan diri pada dunia yang asing ini.

Sedutan Episod 10 :

"Apa awak buat tu?"Satu suara kedengaran dibelakangnya. Siti sangkakan Pak Amin sudah
pulang dari menghantar Didi ke sekolah. Dia menoleh sekilas. Darahnya tersirap.
"Awak buat apa?"Sekali lagi dia bertanya. Siti gigit bibir.
Dipandangnya Wari yang tercegat di depannya. Apa dia buat kat sini? Bila masa dia balik?

*hero dah mai dah hehe

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 10 ::.


Posted on: Mar 31, 2004 - 01:16 AM by BF

Sudah seminggu Siti menjadi penghuni baru di rumah besar itu. Setiap pagi dia bangun
awal untuk siapkan bekalan Didi dan Fifi. Dia tidak harapkan Kartini untuk menyiapkannya
kerana kadang-kadang Kartini juga lewat datang ke rumah. Pukul 7.30, Pak Amin akan
menghantar Didi dan Fifi ke sekolah. Waktu pagi, tidak banyak kerja yang boleh Siti
lakukan. Selain dari mengemas bilik, dia akan mencuci pakaiannya sendiri walaupun
Kartini setiap pagi akan mengutip pakaian dari setiap bilik. Dia tidak mahu meminta Kartini
melakukannya kerana wanita seberang itu nampaknya tidaklah terlalu peramah. Jarang
benar mereka berbual walaupun kadang-kadang Siti sengaja menyibukkan dirinya di dapur.
Ingin juga dia menolong atau melihat-lihat cara Kartini memasak. Boleh juga dia belajar
serba sedikit. Tetapi sudah 2-3 hari Siti hampa. Kartini bagai tidak mengendahkannya.
Terasa dirinya bagai dibenci pula.
Paling tidak dia akan memerapkan diri di bilik, ataupun main air di kolam. Hampir
tengahari barulah dia menjenguk Mak Ungku, kerana Kartini sudah mengingatkan dia
awal-awal supaya tidak mengganggu Mak Ungku pagi-pagi hari. Mak Ungku perlu waktu
tidur yang panjang.

Pagi itu, Siti bercadang untuk menyiram pokok bunga di laman. Semalam, dia ada melihat
Pak Amin menyimpan penyodok tanah dan paip getah di belakang rumah. Sudah lama
rasanya Siti tidak bermain dengan bunga-bunga, Kalau di kampung, setiap hari dia akan
menyiram bunga-bunga yang ditanam emak. Sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang dia
suka-suka mencantas daun-daun yang kering sampai naik togel bunga-bunga emak
dibuatnya. Bising mulut emak bila melihat pokok-pokok bunganya sudah tak merimbun.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, Siti hanya mengikat sehelai 'key' di kepalanya bagi
melindungi cahaya. Tambahan, keadaan di taman depan kolam itu tidaklah terlalu panas
kerana banyak pokok-pokok yang merimbun. Siti bertinggung di depan pasu bunga untuk
menggembur tanah. Agak keras. Mungkin Pak Amin tidak banyak masa untuk
menggemburnya.

35
"Apa awak buat tu?"Satu suara kedengaran dibelakangnya. Siti sangkakan Pak Amin sudah
pulang dari menghantar Didi ke sekolah. Dia menoleh sekilas. Darahnya tersirap.
"Awak buat apa?"Sekali lagi dia bertanya. Siti gigit bibir.
Dipandangnya Wari yang tercegat di depannya. Apa dia buat kat sini? Bila masa dia balik?
"Err.....tak buat apa...tengok-tengokkan pokok-pokok ni aje..."Balas Siti lambat-lambat.
Berpeluh tangannya menggenggam penyodok tanah itu.
"Emm....ni kan kerja Pak Amin...biarlah dia yang buat..."Wari duduk di kerusi batu sambil
berpeluk tubuh. Dia masih berjaket tebal. Agaknya baru sampai, bisik hati Siti.
"Tak apalah....."Siti berganjak ke pasu lain yang lebih jauh. Dia tidak mahu Wari
memerhatikannya. Kekok rasanya.
"Pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa..."

Wari mengeluarkan sebatang rokok lalu disepit ke dua bibir. Matanya agak mengantuk,
tetapi dia bercadang untuk menghabiskan sebatang dua rokok dulu. Lepas ini dia ingin
tidur sepuas-puasnya. Letih memandu, ditambah dengan sakit hatinya sejak semalam.
Kalaulah tidak kerana kejadian itu, rasanya dia masih bersuka ria di Langkawi.
Menghabiskan masa dengan bermandi manda, barbeku, berpesta bersama yang lain-lain.
Bukan mudah untuk mereka berkumpul beramai-ramai begitu. Dengan gadis-gadisnya
yang peramah-peramah belaka. Sudah lama dia tidak enjoy begitu.

Tapi semalam, dia bertekad untuk pulang saja. Walaupun ramai kawan-kawannya yang
terkejut dengan keputusannya, tapi dia malas hendak memanjangkan cerita. Lebih baik dia
diam, dan cabut. Masalah peribadinya, tak perlu dihebahkan kepada semua. Walau sedih
pun, biarlah dia yang menanggungnya sendiri. Dan semalam, dia nekad memandu seorang.
Rina dibiarkan tinggal di sana menghabiskan masa suka rianya. Balik nanti pandai-
pandailah dia tumpang sesiapa.

Pelik Siti melihat Wari yang asyik termenung sejak tadi.Sambil asap tidak henti-henti keluar
dari mulut dan hidungnya. Asyik benar nampaknya anak muda itu melayan rokok tersebut.
Nikmat sangat agaknya! gerutu Siti. Dia mengemas perkakasnya. Malas dia hendak
berlama-lama di situ. Kekok dan segan. Dia tidak suka membuat kerja sambil diperhatikan
begitu. Walaupun dia tahu Wari tampak seperti mengelamun jauh, tapi kehadiran dia di situ
pagi itu, mematikan semangat Siti untuk meneruskan kerja. Biarlah Pak Amin saja yang buat
kerja ni, Siti tergesa-gesa bangun.

Dia membuka ikatan 'key' nya lalu ditutup seluruh kepala. Dia sebenarnya segan juga
kerana tidak bertudung di rumah itu. Cepat-cepat dia masukkan perkakas dalam baldi kecil
kemudian menggulung kembali paip getah.

"Dah siap ke?"Wari tersedar dari lamunan bila Siti lalu di sebelahnya.
"Dah....."Balas Siti., terhenti langkahnya. Wari tersenyum sambil matanya memerhati
sekeliling. Tak berubah apa pun!
"Tak siram pun pokok bunga ni?"
"Kejap lagi Pak Amin akan siram..."Siti pandang ke pintu pagar. Pak Amin pun tak balik
lagi. Hati Siti gundah gulana berhadapan dengan lelaki ini. Dia malu dengan keadaan
dirinya. Apalah anggapan Wari terhadapku, bisik hati Siti.
"Emm.....siapa nama awak ek?"Siti agak terkejut dengan pertanyaan itu.
"Err...Siti..."
"Siti?"
"Siti Nuranis.."

36
"Awak datang sini untuk jaga Didi dan Fifi ye?"Siti angguk.
"Emm...mama ada cakap dulu. Baguslah....boleh awak tengok-tengokkan anak sedara saya
tu. Tolong sekali tengokkan mama saya....dia tak berapa sihat..."Wari bersuara lagi.
Suaranya lemah saja pada pendengaran Siti. Macam orang tak bermaya. Siti mengangguk.
Dia melangkah semula bila merasakan tiada lagi kata-kata yang akan keluar dari mulut
lelaki itu.

Sampai di dalam rumah, dia menarik nafas lega. Niatnya untuk berkebun pagi itu,
nampaknya terpaksa ditangguhkan. Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba muncul di laman.
Padahal baru 2-3 hari lepas dia bertolak. Agaknya dia risaukan Mak Ungku.

Siti mencuci mukanya yang sedikit berpeluh. Dia menjenguk sebentar ke dapur, tetapi
Kartini tidak kelihatan. Mungkin menyidai kain di belakang. Siti bercadang untuk naik bilik
Mak Ungku. Teringin pula dia hendak berbual-bual dengan orang tua itu. Seronok
mendengar cerita tentang zaman mudanya, tentang anak-anaknya, tentang arwah suaminya
yang tak pernah lekang dari bibirnya. Setiap cerita yang disampaikan pasti terselit nama
arwah suaminya. Siti dapat rasakan betapa Mak Ungku amat menyanjungi arwah suaminya
itu. Siti juga diperlihatkan gambar-gambar peribadi Mak Ungku sekeluarga. Sewaktu Lisa
dan Wari kecil-kecil dulu. Memang mereka comel-comel belaka. Banyak mewarisi
ketampanan ayah mereka.

Dari cerita Mak Ungku, tahulah Siti serba sedikit salasiah keluarga itu. Mak Ungku asalnya
orang kaya keturunan kerabat dari negeri Perak, yang berkahwin dengan orang biasa, iaitu
arwah Haji Zainudin. Tapi kata Mak Ungku, cinta mereka begitu sukar untuk disatukan
kerana perbezaan taraf. Bertahun-tahun jugalah mereka mempertahankan cinta suci itu.
Sampai Mak Ungku hampir putus asa dan ingin berpisah saja. Tapi suaminya seorang yang
cekal dan kuat semangat. Rajin bekerja dan bercita-cita untuk memajukan diri. Walaupun
pada peringkat awal hanya bekerja makan gaji, akhirnya dengan bantuan Mak Ungku,
mereka mula berniaga kecil-kecilan. Melihatkan keadaan itu, Mak Ungku nekad berkahwin
dengan Haji Zainudin. Memang agak susah kehidupan awalnya.
Apalagi sejak kelahiran Maria, pada waktu ekonomi rumahtangga mereka tidaklah begitu
stabil. Tapi kelahiran anak membawa rezeki. Haji Zainudin terpaksa berpisah sementara
dengan Mak Ungku kerana berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan
perniagaannya. 3 tahun selepas itu barulah mereka berasa senang sedikit. Mak Ungku
membawa Maria ke Kuala Lumpur dan tinggal bahagia sehinggalah lahir Wari dan Lisa.

Perniagaan yang semakin berkembang membuatkan Haji Zainudin selalu keluar ke merata
tempat. Itulah yang terjadi sewaktu mereka kemalangan 8 tahun yang lalu. Perjalanan ke
Pahang pada suatu pagi yang indah berakhir dengan keperitan yang meninggalkan kesan
selamanya pada Mak Ungku. Kebetulan pula Mak Ungku ikut sama pada ketika itu,
sedangkan pada hari-hari lain Mak Ungku jarang menemani suaminya. Mungkin sudah
ajal suaminya mati di ribaan. Apalah yang lebih memberi trauma kepada seorang isteri
sebaik mata dibuka, melihat kepala suami terlentok di kaki dalam keadaan berlumuran
darah begitu. Dan kaki yang menjadi saksi itulah yang dengkot sehingga kini.

Kesian Mak Ungku, bisik hati Siti. Bukan mudah untuk melupakan kengerian itu. Bertahun-
tahun dia menjadi murung dan menyepikan diri. Cadangan kaum keluarga agar dia
menikah lagi, tidak pernah diambil pusing. Bagaimana dia boleh melupakan suaminya? 10
tahun mereka mempertahan cinta sebelum mendapat restu. 21 tahun menyulam bahagia
seorang isteri, kemudian terpisah kerana tragedi. Dalam masa setahun dia mahu berkahwin
lagi? Mustahil, kata Mak Ungku. Dia tidak mahu berkahwin sampai bila-bila. Bukan kerana

37
kecacatan kakinya itu. Walau ditakdirkan dia sihat selepas kemalangan itu pun, dia tidak
akan menerima yang lain. Cinta pada arwah suaminya begitu utuh dan tak mungkin dia
lupakan sampai bila-bila.

Hai....bagaimana agaknya kisah cintaku nanti? Adakah seutuh cinta Mak Ungku pada
suaminya? Siti tersenyum sendiri. Dia tidak pernah bercinta dan tak pernah berniat untuk
merasai kemanisan bercinta. Entah. Hatinya tidak pernah terfikir untuk melalui itu.
Perasaannya pada Huzair juga tidak pernah wujud. Dia tidak pernah memuja atau
mengkagumi lelaki itu. Cinta itu tak akan wujud. Dia yakin.

Siti mengetuk pintu beberapa kali sebelum membukanya. Dia tahu Mak Ungku tidak akan
marah kalau dia masuk begitu. Selalunya Mak Ungkulah yang meminta dia agar kerap
masuk ke bilik menemaninya. Rajin dia bercerita dan Siti pula senang mendengarnya.
Melayan Mak Ungku mengingatkan dia pada emaknya di kampung. Baru seminggu, terasa
begitu rindu. Kak Melah belum lagi datang menjenguknya minggu itu. Hanya sekali dia
menelefon beberapa hari lepas. Mungkin hujung minggu ini dia dan Abang Jais akan
bertandang.

"Siti.."Mak Ungku menegurnya. Siti menghampiri. Darahnya tersirap lagi. Di birai katil,
seorang lelaki sedang duduk di situ. Memerhatikan langkahnya.
"Duduklah sini...."Gamit Mak Ungku.
"Err...tak apalah Mak Ungku. Saya ingat Mak Ungku belum bangun lagi...."Siti teragak-agak.
"Si Wari ni yang kejutkan Mak Ungku tadi....."Mak Ungku tersenyum memerhatikan anak
bujangnya.
"Mehlah minum sama..."
"Kalau macam tu, saya turun dululah Mak Ungku.."
"Ish..Siti meh sini, Mak Ungku ada hal nak cakap ni..."Hati Siti berdebar-debar. Aku ada
buat salah ke? Kot-kot Wari mengadu pasal aku tak habiskan kerja menyiram pagi tadi.
"Minggu depan, Mak Ungku cadang nak balik Perak."Mak Ungku bersuara."Siti ikut sama
ye?"
"Saya?"Siti lihat Wari tersenyum.
"Makcik ingat nak buat kenduri arwah kat rumah pusaka suami makcik. Siti kenalah ikut
sekali sebab Didi dan Fifi pun makcik nak angkut sama..."Siti kebam bibir. Baru dia
bercadang nak ikut Kak Melah keluar berjalan.
"Kamu pun ikut sekali, Wari..."Mak Ungku beralih pandang pada Wari.
"Eh, saya tak boleh janji Ma. Mana tahu ada program lain nanti..."Wari menggeleng.
"Wari....ni baru sekali Mama bercadang nak buat tahlil kat kampung. Lama Ma tak jenguk
ke sana. Apa salahnya Wari ikut sekali?"Mak Ungku tarik nafas panjang.
"Kalau saya free, saya ikut Ma..."Mak Ungku menggeleng. Agaknya malas dia nak bertegang
urat dengan anak dia yang kaki jalan itu.
"Siti ikut sekali ye?"Siti mengangguk. Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia dapat tengok
negeri orang. Kalau tak, bila masa lagi dia dapat jejak kaki ke Perak sana.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon dari celah poket Wari. Tergesa-gesa dia bangun
menyeluk seluarnya. Mukanya berkerut melihat nombor yang tertera pada telefom bimbit
tersebut.

"Ha, you...nak apa?"Suara Wari tegas. Dia bangun menuju ke tepi tingkap. Mak Ungku
menggeleng melihat Wari.
"Suka hati you nak stay sampai bila-bila.It's not my responsibility!"Siti jadi gerun mendengar
suara Wari yang meninggi itu. Dia berganjak menghampiri Mak Ungku.

38
"Fine. I'm not interested. I tak ada kat rumah. Jangan datang!"Wari bergegas ke pintu lalu
menarik tombolnya dengan kasar. Sekali lagi Mak Ungku menggeleng. Mungkin sudah
faham benar dengan perangai anaknya itu. Dari dalam bilik, mereka masih dapat
mendengar suara Wari yang membentak-bentak di luar. Marah benar nampaknya dia.

"Mak Ungku nak turun bawah ke?"Siti bersuara, cuba mengurangkan ketegangan.
"Tak apalah Siti. Kejap lagi Mak Ungku turun. Wari ada, dia boleh bawa Mak Ungku.."Siti
mengangguk. Dia meminta diri untuk beredar. Lagipun dia kurang selesa dengan keadaan
di situ. Takut dia melihat Wari yang bertukar menjadi garang tiba-tiba. Siapalah yang
dimarah sangat itu.

Siti membuka pintu dan menuju ke tangga. Sewaktu kakinya mencecah ke anak tanggga ke
dua, satu objek melayang betul-betul di depan matanya. Menyentuh pipinya lalu jatuh di
hujung kaki. Siti tidak sempat mengelak sewaktu dirasakan bahang panas itu menyentuh
pipinya. Dilihatnya objek yang berderai di hujung kaki. Telefon? Siti terkejut.

"Oh..shit!"Wari tergesa-gesa menghampiri Siti sehingga Siti terdorong ke belakang.


"Siti tak apa-apa?"Wari benar-benar cemas. Siti terdiam. Dia masih terkejut dengan keadaan
itu. Diperhatikan saja Wari yang terbongkok-bongkok mengutip serpihan telefon itu.
"Sori....saya tak sengaja!Sori..."Suaranya bergetar. Ada nada marah dan menyesal. Siti gosok
pipinya yang pedih. Nasib baik tak kena kat mata. Ganas betul lah lelaki ni! Telefon pun
dibaling sesuka hati. Nasib baik telefon, kalau pasu ker.....tv ker...pecah kepala aku! Gerutu
Siti.

"Siti okay tak?"Tangan Wari menyentuh pipi Siti. Siti cepat-cepat mengelak. Rasa marah juga
dia pada lelaki itu. Kalau iye pun mengamuk, janganlah dijahanamkan telefon ini. Tahulah
orang kaya!
"Tak pe...tak pe...."Siti menepis. Dia mula menuruni tangga.
"Siti.."Panggil Wari. Siti berpaling.
"Sori ye...saya tak bermaksud nak baling Siti tadi. Tak sengaja, tengah geram sangat.
"Wari kerutkan dahi.

Iyelah tuh! tengah marah konon. Kau marah, bolehlah baling-baling telefon. Esok lusa boleh
beli yang baru. Aku ni marah, nak baling apa? Kalau dah panas sangat, kolam renang tu
terbentang luas. Terjun dan berendam je kat dalam tu! Hati Siti mendengus.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 11 ::.


Posted on: Apr 16, 2004 - 06:06 PM by BF

Kesian gadis kecil itu. Tak pasal-pasal berjalur pipinya terkena balingan telefonku. Aku pun
satu. Kalau iya pun marah, buat apa telefon itu yang aku baling. Lebur RM1,200 sekelip
mata. Tapi.....aku betul-betul geram! Geram dengan Rina. Kerana perempuan itu, hancur
telefon bimbitku, langsung tak boleh diguna lagi. Kerana Rina, malu aku pada Siti!

Wari bangun dari katil. Di tebarkan pandangannya ke rimbunan pokok-pokok di laman.


Cahaya lampu samar-samar di tengah taman. Dia ingin turun ke bawah. Menikmati makan
malam bersama Didi dan Fifi. Hadiah yang dibeli di Langkawi untuk mereka berdua masih
berbungkus di dalam beg besarnya. Tapi dia rasa segan. Segan hendak berhadapan dengan
Siti. Petang tadi waktu dia turun ke dapur, dia nampak kesan merah pada pipi Siti sewaktu
gadis itu sedang melayan Didi dan Fifi. Walaupun dia sudah minta maaf, hatinya masih

39
terselit rasa bersalah. Walaupun dia lihat Siti seperti biasa gayanya, tidak menunjukkan
tanda marah tapi dia pasti gadis itu tentu beranggapan yang bukan-bukan terhadap dirinya.
Pasti dia ingat aku ini lelaki panas baran yang tak reti nak control diri sendiri! Wari
menggeleng kepala.

Sakit hatinya pada Rina masih berbekas. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia marah sangat
dengan Rina. Bukan tidak pernah gadis itu melakukan perkara-perkara sedemikian. Sudah
acapkali. Sudah jenuh benar. Tapi kali ini betul-betul menaikkan darahnya. Dia sudah
ingatkan Rina banyak kali. Jangan biarkan dirinya sesuka hati ditarik, disentuh atau dipeluk
begitu. Tapi Rina biarkan juga. Dia sudah ingatkan juga Rina supaya jangan minum terlalu
banyak. Tapi Rina lupa diri. Ditarik, dipeluk oleh mana-mana lelaki dia masih dapat kawal
diri. Tapi bila melihat Rina tidur sampai ke pagi dalam dakapan lelaki lain, Wari sudah
tidak sabar lagi. Pagi itu juga dia angkat kaki. Dia tidak peduli, walau dia sendiri masih
pening-pening lalat. Dia gagahkan diri memandu seorang diri.

Dan pagi ini, dia lepaskan kemarahan pada Siti. Kesian gadis itu. Bercalar di pipi.
Ishh.....kejam betul aku ni! Wari bingkas menarik beg besarnya. Dibuka zip beg lalu
dikeluarkan bungkusan-bungkusan hadiah. Satu bungkusan kecil sebenarnya dibelikan
khas buat Rina. Dia sengaja beli tanpa pengetahuan gadis itu. Ingatkan nak buat surprise,
tapi nampaknya aku yang surprise, gerutu Wari. Dia terfikir untuk memberikan saja hadiah
itu kepada Siti, Sebagai tanda minta maaf..apa salahnya.

Wari turun ke ruang makan mendapatkan Didi dan Fifi. Kedua-dua anak itu berteriak
melihat bungkusan hadiah yang dibawa. Didi segera bangun untuk mendapatkan hadiah
tersebut.

"Didi.....habiskan makan dulu....Acik letak hadiah ni kat depan.."Wari letakkan hadiah


tersebut depan tv.
"Acik beli apa?"Didi kembali ke meja makan.
"Nanti Didi bukalah..tengok apa bendanya...."Wari menarik kerusi. Dijenguk ke dapur,
tetapi tiada kelibat Siti.
"Kak Siti mana?"Tanya Wari perlahan.
"Kak Siti bagi nenek makan..."Balas Didi."Nenek tak nak turun...."
"Banyak Kak Tini masak hari ni"Wari menyeduk lauk satu persatu.
"Yang ni Kak Tini masak...yang ni Kak Siti masak..."Didi menunjuk pada lauk yang
terhidang.
"Iye?"Wari tersengih. "Macam sedap je!"
"Sedap!"Didi dan Fifi bersuara serentak.
"Kalau sedap makan banyak-banyak eh...."

Wari memulakan suapan. Rasanya sudah lama juga dia tidak makan di rumah. Biasanya
waktu-waktu begini dia sedang bersiap-siap untuk keluar. Dia lebih berselera makan di luar
berbanding di rumah. Sejak Mamanya sakit dan jarang memasak, Wari memang kurang
makan di rumah. Entah kenapa. Dia kurang berselera dengan masakan Kartini. Bukannya
tidak sedap. Tetapi dia rindu dengan masakan-masakan ala kampung yang selalu Mama
masak dulu-dulu. Kartini kurang dalam bab itu. Biasanya Kartini masak yang mudah-
mudah untuk Didi dan Fifi. Sebab itu dia lebih suka makan di luar.

"Eh Abang!"Satu suara menegurnya. Wari berpaling. Melihat Lisa yang merah padam
mukanya.

40
"Kau ke mana Lisa? Berpeluh-peluh macam ni, kena kejar anjing ker?"Lisa ketawa.
"Orang pegi jogging ler...."Balasnya lalu duduk di sebelah Wari.
"Malam-malam buta berjongging....."Wari menggeleng.
"Orang dah lama balik....orang lepak kat depan tu..."Lisa muncung. Dicuitnya cebisan ayam
lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Angin apa abang kat rumah ni? Biasa abang dah blah malam-malam macam ni.."
"Kejap lagi abang nak keluar la ni...."
"Tak payah keluar la....ajar orang buat Add Math tue..."
"Ishh...malas abang. Kata pegi tuisyen setiap hari....takkan tak reti nak buat sendiri?"Wari
mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Pemalas lah abang ni...tak boleh harap!"Lisa bangun dari kerusi. Muncung.
"Suruh lah Kak Siti ajar....Kak Siti kan pandai..."Didi bersuara tiba-tiba. Lisa berpaling
memandang Didi. Dahinya berkerut.
"Kak Siti mana pandai. Dia ajar Didi boleh ler...."Kepala Didi diusapnya.
"Tu Kak Siti....pegilah tanya..."

Wari dan Lisa menoleh serentak. Siti terhenti langkah, menyedari pandangan Wari dan Lisa
ke arahnya. Dadanya mula berdebar-debar. Apasal diorang berdua ni, tengok aku semacam
jer? Baju aku koyak ker?

"Kak Siti, jomlah makan!"Didi berteriak. Siti tersipu-sipu. Dia rasa segan dengan Wari dan
Lisa.
"Emm....Lisa tak makan sekali?"Lisa sedikit terkejut dengan pertanyaan Siti.
"Er..makan la dulu. Lisa nak naik atas..nak mandi...panas!"Lisa angkat kening.

Siti jadi serba salah. Takkan dia nak makan berdua dengan Wari. Walaupun budak dua
orang itu ada, mereka bukannya tahu apa-apa.

"Didi dan Fifi makan dulu ye.....Kak Siti nak cuci pinggan nenek ni...."Siti bersedia untuk
melangkah ke dapur. Dibawanya sekali pinggan kotor. Hatinya sedikit gembira bila Mak
Ungku berselera makan tadi. Habis juga nasi yang dibawanya.

Siti membersihkan ruang dapur yang agak berselerak sejak tadi. Sebentar tadi, bila Kartini
pulang, Siti cepat-cepat menyiapkan bahan untuk membuat gulai asam pedas. Sudah lama
dia teragak untuk makan asam pedas. Hendak minta Kartini yang masakkan, dia rasa segan.
Lagipun dia tengok bahan-bahan untuk memasak cukup di dalam peti ais. Ikan parang yang
dia nampak pagi tadi dikeluarkan awal-awal. Sudah siap disiang, tinggal dicampak dalam
periuk saja. Dicampur juga dengan ikan kembung dua tiga ekor. Biar senang budak-budak
dua orang itu makan. Ikan parang banyak tulang. Silap-silap boleh tercekik kalau asyik
sangat makan.

Siti menoleh ke belakang bila dirasakan ada seseorang sedang berdiri di situ.

"Err..Siti.."Wari menghampiri. Siti kerut dahi pandang lelaki itu.


"Emm...ni ada barang untuk Siti. "Dia menghulurkan kotak kecil warna merah. Siti sedikit
teragak.
"Untuk Siti ?"Wari angguk.
"Saya kalau ke mana-mana memang suka beli barang sebagai kenangan. Untuk Kartini pun
ada..."Wari telan liur. Dia rasa janggal pula.
"Ni Siti punya....ambillah....emm...lagipun saya nak minta maaf pasal pagi tadi..." Siti
senyum.

41
"Kan...awak dah minta maaf tadi. Tapi...tak apalah..terima kasih.."Siti capai kotak kecil
itu."Terima kasih ye...."Wari tersenyum puas.
"Siti tak makan ke?"
"Ni..nak makan le ni..."Siti ketawa kecil lalu beredar meninggalkan Wari. Wari memandang
Siti dengan rasa lega. Dia harap pemberian hadiah itu dapat menebus silapnya pagi tadi.

**********************************************
"Eh..Kak Rina...masuklah.."Siti sedikit gamam memandang wanita tinggi lampai di
depannya itu. Pintu dikuak lebih besar. Rina segera masuk tanpa membuka kasut.
"Wari mana?"Tanyanya tanpa memandang Siti.
"Emm...dalam bilik.."Balas Siti perlahan. Dipandangnya gadis itu yang kelihatan buru-buru
melangkah. Wajahnya juga mencuka. Tiada secalit senyuman pun kelihatan.

Rina sudah menghilang ke atas. Mungkin ke bilik Wari. Siti bergegas ke ruang tamu.
Mengemas majalah-majalah yang berselerak atas meja. Rasa-rasanya majalah-majalah
tersebut kepunyaan Lisa. Kalau Kartini nampak, mesti bising mulutnya nanti. Tadi pagi saja
Kartini sudah membebel bila lada kisarnya sudah habis Siti gunakan malam tadi. Siti sudah
janji untuk merebus cili kering dan mengisarnya sebentar lagi. Kadang-kadang Siti tidak
faham kenapa Kartini selalu marah-marah begitu. Tak pernah dia hendak berlembut dengan
aku! gerutu Siti.
Siti mendengar derap langkah di hujung tangga. Wari kelihatan turun tergesa-gesa. Dengan
seluar pendek dan singlet putih. Baru bangun tidur agaknya, fikir Siti. Rina di belakang
mengekori.

"Ri.....listen to me first...."Rina menggapai tangannya. Cuba memaut lengan Wari. Wari


langsung tidak berpaling. Langkahnya laju, melintasi Siti yang terkebil-kebil memandang.
"I dah cakap, jangan datang rumah!"Suara Wari keras.
"So!...I called you banyak kali tau. Tak pernah dapat. I datanglah sini.."Rina mendengus.
"Tak payah call I lagi..."Wari berpaling.
"You marah sangat ni, kenapa?"
"You tanya kenapa? You tanyalah diri you sendiri"Jari telunjuknya diacu ke muka Rina.
Rina menepis.
"Kan I dah minta maaf. I'm so sorry, okay!"
"You selalu macam ni. Buat salah, lepas tu say sorry. And then you buat lagi. I dah muak
peel you ni!"

Rina gelisah. Sekejap bercekak pinggang. Sekejap dia berpeluk tubuh. Setiap kali dia ingin
menyentuh tangan Wari, lelaki itu menepis.

"You pun join jugak malam tu, kan. Kenapa pulak you nak marah-marah? You pun sama aje,
Wari!"
"Tapi I tak over macam you, Rina. I tak tidur dengan betina kat sana!"

Siti pejamkan matanya. Dia tidak sanggup mendengar dan melihat pertelingkahan mereka.
Rasa malu pun ada. Lebih baik aku cabut dulu. Siti kumpulkan semua majalah dan letakkan
di bawah meja. Dia berjalan laju, melintasi mereka berdua. Dia sedar kerlingan mata Rina
ketika dia lalu di depan gadis itu.

Siti terus masuk ke bilik. Direbahkan tubuhnya ke atas katil. Lega rasanya selepas berjaya
melepaskan diri dari situasi tadi. Dia rasa ngeri. Tidak pernah dia melihat orang bertengkar
dengan menengking-nengking begitu. Satu rumah boleh dengar rasanya. Kalau masa

42
bercinta sudah berani tengking-tengking begitu, bagaimana bila sudah berkahwin nanti?
Ishh...ngerinya nak kawin!

Pintu bilik terkuak tiba-tiba. Siti serta merta terbangun. Rina muncul dengan wajah merah
padam. Dia masuk tanpa menghiraukan Siti yang agak
terkejut dengan tindakan gadis itu. Rina membuka almari pakaian.
Diselaknya pakaian yang tergantung dengan kasar. Sesekali dia merengus.

"Mana pegi semua baju I kat dalam ni?"Rina berpaling pada Siti. Siti segera bangun.
"Emm...baju yang pendek tu ker?"
"Iyelah...semua I simpan kat sini!"Balasnya keras.
"Ada kat sini...."Siti cepat-cepat buka laci kecil.
"Sapa suruh you lipat baju-baju ni?"Rina pandang Siti dengan mata terjengil. Siti kebam
bibir. Dadanya berdebar kencang.
"Rina, yang you marah budak tu buat apa?"Satu suara kedengaran di muka pintu. Wari
tercegat sambil bercekak pinggang.
"Baju I ni, I gantung elok-elok. Buat apa dilipat?"Rina tarik baju dari dalam laci.
"You ambik cepat, lepas tu you balik!"Suara Wari keras. Siti mengundurkan diri. Dia betul-
betul bingung dengan keadaan itu.
"You nak halau I, Wari? Dah lah bilik ni pun you bagi orang lain duduk. Sekarang, you
halau I pula?"
"Dah you yang nak ambil semua barang you, kan....."
"Ok...fine..."Rina mengendung baju-bajunya. Pintu almari dibiarkan terbuka luas. Dia
berlalu keluar tanpa menoleh lagi. Siti tarik nafas panjang. Badannya jadi seram sejuk. Dia
memandang Wari yang masih tercegat di muka pintu. Lelaki itu tersenyum tawar.

Siti kembali menutup pintu. Dia masih dapat mendengar suara mereka berdua yang lantang
di luar. Biarlah! Biarlah mereka bertekak sampai putus urat. Bukannya urusan aku!

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 12 ::.


Posted on: Apr 22, 2004 - 01:28 AM by BF

Perjalanan pagi itu agak lancar. Selepas Subuh tadi, Siti sempat menggoreng cucur bilis
untuk dibuat bekalan. Selepas menyiapkan Didi dan Fifi dia membancuh kopi panas pula
untuk disimpan dalam termos. Boleh diminum bila-bila masa dalam perjalanan nanti. Beg
pakaiannya awal-awal sudah dimasukkan ke dalam Pajero milik Maria yang ditinggalkan di
situ. Menurut Mak Ungku, kalau bertolak pagi, mereka akan sampai di Perak sebelah
tengahari. Jauh juga perjalanannya itu. Siti risau kalau-kalau dia mabuk nanti. Sebab itu dia
sanggup sediakan bekalan untuk mengisi perut nanti.

Di luar, Wari sudah menunggu di tepi kereta. Lisa sudah terlentok di dalam Pajero. Pagi tadi
dia merungut-rungut kerana terpaksa bangun awal. Hari minggu, biasanya tengahari baru
nampak batang hidungnya. Didi dan Fifi kelihatan riang dan tak sabar-sabar hendak
memulakan perjalanan. Mak Ungku ceria melihat telatah cucu-cucunya itu. Dia rasa lega
kerana Wari bersetuju untuk ikut sama. Tinggallah Pak Amin seorang di rumah. Pak Amin
tidak boleh ikut sama kerana perlu menjaga rumah selama 2 hari itu. Kartini pula tidak
mahu ikut serta walaupun sudah dipelawa Mak Ungku. Ingin istirehat, katanya. Untunglah
Kartini kerana minggu ini dia dapat cuti percuma.

Selepas menelefon Kak Melah dan emak di kampung, memaklumkan pemergiannya ke

43
Perak, Siti masuk ke dalam Pajero dan duduk di sebelah Mak Ungku. Mak Ungku
menggenggam jemari Siti. Siti rasa hiba tiba-tiba.

"Minggu depan, Makcik izinkan Siti balik kampung...."Mak Ungku bersuara perlahan.

Siti tersenyum kembali. Hampir sebulan dia menetap di rumah itu, rasa rindu pada
kampung dan orang tuanya semakin membuak. Dia tidak betah tinggal lama-lama di situ.
Tapi apakan daya, mengenangkan Mak Ungku yang baik hati, tak sampai hati dia nak
mintak cuti balik kampung.

"Mak cik tahu....Siti dah rindu kat mak dan ayah Siti, kan?"Siti tersipu. Dia melemparkan
pandangan ke luar. Pagi yang hening. Masih belum banyak kenderaan yang lalu lalang.

"Rindu jugak Mak Ungku....saya mana pernah berjauhan lama macam ni..."Balas Siti
kemudian. Wari di depan memanjangkan lehernya. Dari cermin pandang, dia dapat melihat
wajah Siti. Sesekali dia mencuri pandang.
"Habis tu, dah bagitahu Kak Melah nak balik minggu depan?
"Belum lagi Mak Ungku. Tak tahulah Kak Melah nak balik sekali atau tak. Kalau Kak Melah
tak balik pun, Siti boleh naik bas"
"Ish....buat apa naik bas. Jauh tu. Nanti Pak Amin boleh hantarkan. Tak pun Si Wari ni pun
boleh hantar kejap...."Siti terdiam seketika. Dia menyandarkan badan. Sesekali matanya
terpandang cermin, hatinya berdebar tiba-tiba. Renungan Wari tertangkap oleh matanya.
Siti cepat-cepat alih pandangan.

Dalam perjalanan Siti terlelap seketika. Dia tersedar bila Pajero berhenti di satu kawasan
perhentian yang terdapat banyak kenderaan lain singgah di situ. Siti mengeliat. Dia
memerhatikan sekeliling. Wari tiada di dalam kereta. Lisa di luar melayan Didi dan Fifi.
Mak Ungku juga tidak kelihatan.

"Mana Mak Ungku, Lisa?"Tanya Siti sebaik turun dari Pajero.


"Mama ke tandas.." Balas Lisa perlahan. Lemah saja suaranya. Mungkin masih mengantuk.
"Didi dan Fifi lapar tak?"Kedua-dua anak kecil itu menerpa ke arah Siti.
"Lapar!"Jawab mereka serentak. Siti mengerling jam di tangan. Hampir pukul 10. Dia
mengeluarkan air kopi dan cucur bilis yang di simpan dalam bakul.
"Meh la makan jemput-jemput ni, Lisa...."Siti gamit Lisa yang bersandar pada pintu Pajero.
Mulanya Lisa seperti keberatan, tetapi dia melangkah juga.
"Dah sejuk sikit...tapi boleh la buat alas perut..."Siti hulurkan bekas tupperware tersebut.
Lisa ambil sebiji lalu mengunyahnya perlahan. Dahinya berkerut-kerut.
"Fifi nak minum susu tak?"Fifi angguk kepala. Leka dia menikmati cucur bilis. Siti
membancuh susu perasa coklat kegemaran Fifi. Semua keperluan mereka telah Siti siapkan
awal-awal tadi termasuk air panas untuk membancuh susu.
"Kak Siti....."Siti toleh ke arah Lisa. Gadis itu tampak ragu-ragu.
"Lisa nak air kopi ni?"Siti hulurkan cawan plastik berisi kopi.
"Lisa minta maaf ye...kalau selama ni Lisa cakap kasar-kasar dengan kak Siti."Lisa telan liur
sambil memandang Siti sungguh-sungguh. Siti tersenyum.
"Mana ada Lisa cakap kasar dengan Kak Siti..."
"Selalu......"Balas Lisa perlahan. "Kak Siti mesti kecik hati..."
"Tak lah....kalau Kak Siti kecik hati, mesti Kak Siti tak tegur Lisa, kan?"Lisa senyum nipis.
"Tapi.....peel Lisa memang macam ni.....kasar sikit. Kak Siti jangan ambil hati ye?"Siti angguk
sambil tersenyum sama.
"Cucur kak Siti ni dah sejuk....tapi sedap!"Siti ketawa.

44
"Kalau sedap, makanlah lagi..."
"Memanglah nak makan, tapi...Lisa malu...Lisa selalu marah-marah Kak Siti...tapi bab
makan....Lisa balun pulak..."Lisa senyum malu. Dicapai sebiji cucur lagi.

"Itu nenek!"Didi menjerit tiba-tiba.Mereka sama-sama menoleh. Mak Ungku berjalan


terdengkot-dengkot sambil dipimpin oleh Wari. Wajahnya kelihatan segar dipanah matahari
pagi.
"Ma....minum dulu Ma..."Lisa hulurkan kopi kepada Mamanya.
"Ada cucur....Kak Siti buat.."Wari tersengih.

Dia ambil juga sebiji sebaik Lisa hulurkan ke arahnya. Wajah Siti dipandang sekilas. Entah
kenapa sejak pagi tadi, berlainan sungguh perasaannya setiap kali memandang wajah gadis
itu.
"Nak gerak sekarang ke, Ma?"Wari bersuara tiba-tiba.
"Tunggulah budak-budak ni habis minum dulu.."Mak Ungku usap kepala Didi dan Fifi.
"Dah tak jauh sangat ni. Pukul 11.30 boleh sampai ni..."Wari angguk. Siti simpan kembali
bakul ke dalam Pajero. Dia mendukung Fifi masuk ke dalam.

Tak lama kemudian, Pajero mula bergerak meninggalkan kawasan rehat tersebut. Siti rasa
lega kerana dia tidak berasa pening sepanjang perjalanan itu. Dapatlah dia menikmati
perjalanan walaupun hanya pemandangan yang sama sejak tadi. Sesekali mereka melewati
kawasan perkampungan, Siti berasa seronok sekali. Melihat rumah-rumah kayu di kiri
kanan jalan, ingatannya segera ke kampung yang telah sebulan dia tinggalkan. Minggu
depan dia akan pulang juga walaupun Kak Melah tidak ikut sama. Dia sanggup naik bas
walaupun memakan masa yang lama. Dia sudah begitu rindu. Pada emak dan abah, pada
Murni dan Shidah. Juga pada Lonjang dan Conit! Siti tersengih sendiri. Seketika, wajah
Huzair pula menerpa. Menyapu semua wajah-wajah yang dia kenang tadi. Ishh!...Siti
muncung.

Wari di depan menggeleng. Apa kena Siti ni? Sekejap tersenyum, sekejap muncung! Dia
membetulkan cermin pandang. Rimas dia asyik nak memandang ke belakang. Nanti mata
ke mana, kereta ke mana!

*********************************
Sebuah rumah kayu tersergam indah di laman rumput yang luas. Rumput yang menghijau
dihiasi pokok-pokok kertas bermacam warna. Di kiri kanan laman ada pokok-pokok
rambutan yang sedang berbunga lebat. Ada juga rimbunan pandan dan serai yang tumbuh
subur. Di sebelah belakang pula banyak pokok-pokok pisang yang berbuah lebat. Besar-
besar tandannya seakan ingin menyembah bumi. Tunggu masa saja untuk ditebang. Tak
ubah macam kebun di belakang rumahnya.

"Cantik rumah ni, macam ada orang yang jaga..."Siti bersuara sewaktu menaiki tangga
batu.Kolongnya juga bersih, seolah disapu setiap hari.
"Memang ada yang jaga pun...."Balas Wari tanpa di duga. Mak Ungku tersenyum.
"Mak cik upah orang jaga rumah ni. Tu yang bersih je. Kalau tak dijaga, memang dah jadi
hutan belukar rumah ni, Siti.."Sambung Mak Ungku pula. "Mana pulak Pak Din ni? Mama
dah bagitahu kita sampai tengahari..."Mata Mak Ungku melilau ke sekeliling.
"Kat kebun lagi tak, Ma.."Balas Wari, memanjangkan leher.
"Agaknya laa...ni Wari cuba bukak pintu ni....."Mak Ungku serahkan kunci pada Wari.

45
Nasib baik pintu boleh dibuka. Mereka masuk ke dalam rumah yang nampak kelam kerana
semua tingkat bertutup. Bahang panas mula terasa. Siti buka tingkat satu persatu. Udara
mula masuk, menjadikan suasana dingin sedikit. Siti duduk di kerusi rotan yang masih elok.
Kemas tidak berhabuk walau sudah ditinggal bertahun lamanya. Mungkin setiap hari Pak
Din membersihkannya. Cuma sebahagian perabut ditutup dengan kain putih.
"Tak berubah macam dulu jugak...."Mak Ungku berdiri tepi tingkap.

Wajahnya bertukar menjadi hiba. Mungkin dia terkenang kembali suatu ketika dahulu
sewaktu mereka suami isteri masih menetap di sini.

"Pokok rambutan yang Papa kamu tanam, dah berbunga pun...dulu masa kami tinggalkan
rumah ni, baru tumbuh tunas..."Mak Ungku mengesat pelupuk mata. Sedih pula Siti
melihatnya. Wari dan Lisa hanya diam mendengar keluhan Mama mereka.
"Kalau tak Pak Din yang jaga.....takkan menjadi jugak pokok-pokok tu...."Sambungnya lagi.
"Ma...jangan diri lama-lama sangat...."Lisa sorongkan kerusi roda yang baru dibawa turun
oleh Wari. Mak Ungku melabuhkan punggungnya. Wajahnya masih sayu.
"Bawa Mama masuk bilik, Lisa...."Lisa cepat-cepat sorong kerusi. Masuk ke bilik besar yang
langsir pintunya berwarna biru.

Tinggal Siti dan Wari saja di ruang tamu itu. Didi dan Fifi masih di laman, mungkin sedang
seronok bermain di bawah pokok rambutan yang redup. Siti rasa janggal dengan keadaan
itu. Dia bergegas bangun, mencapai bakul dan beg besar lalu di bawa ke dapur. Ruang
dapur kecil, agak curam. Ngeri rasanya menuruni tangga kayu yang tinggi itu. Tapi periuk
dan kuali masih bersusun kemas. Juga tidak berhabuk. Tong gas juga ada. Mungkin Pak Din
sudah siapkan semuanya sejurus mengetahui kepulangan Mak Ungku sekeluarga.

Siti buka pintu dapur yang dibuat dari zink. Berkeriut bunyinya. Dia melebarkan
pandangan ke kebun pisang di belakang rumah. Geram dia melihat tandan pisang yang
besar-besar melayut di perdunya. Hampir-hampir menyembah bumi. Kalau di kampung
mesti dah lama dicantas bapa. Pisang nipah kuning yang besar-besar begitu kalau dibuat
kerepek memang manis rasanya.

Siti berhasrat untuk meninjau-ninjau sekeliling kebun tersebut. Kebetulan ada selipar jepun
lusuh ditepi pintu. Segera disarungnya. Dia berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan
sekeliling. Terhibur hatinya melihat pokok-pokok cili, pokok kacang botol yang subur dan
gemuk-gemuk buahnya. Subur benar tanah di kawasan tersebut. Sesuai dibuat bercucuk
tanam. Tentu Pak Din seorang yang rajin berkebun. Kalau tidak, masakan pokok-pokok
sayur tersebut boleh membesar dan berbuah lebat. Siti belek-belek cili api yang memerah.
Ada yang sudah kuning dan busuk tidak dipetik. Dan banyak pula yang gugur ke bumi.
Agaknya Pak Din tidak sempat mengutipnya. Mungkin dia sendiri punya kebun yang perlu
diuruskan. Petang nanti, kalau sempat, dia ingin minta izin Pak Din untuk petik cili-cili
tersebut. Ada lebih boleh dibawa balik ke KL. Sayang kalau dibiar layu begitu saja.

Siti terbongkok-bongkok di bawah pokok pisang yang menyenget itu. Sambil diperhatikan
daun pisang muda, kalau-kalau ada gulungan daun di celah-celah pelepahnya. Kalau dulu,
masa kecil-kecil suka benar dia mencari ulat daun pisang yang terdapat pada celah-celah
daunnya yang bergulung. Pantang nampak, dia akan cantas pelepah pisang. Koyakkan daun
yang bergulung. Dikumpul banyak-banyak sebelum di bawa ke belakang rumah Shidah.
Disitulah ulat-ulat itu dikeluarkan dan disusun banyak. Melentik-melentik ulat hijau
berkepala hitam itu. Badannya yang bersalut bebenang warna putih menguit-menguit bila
dicuit. Di situlah mereka bina rumah tanah, jambatan batang pisang dan lubang-lubang kecil

46
tempat laluan ulat-ulat tersebut.

Mereka gembira melihat ulat-ulat itu menguit-nguit bila terkena panahan matahari. Suka
melihat cairan hijau yang keluar dari badannya yang penyek dipijak. Issh....jahat betul aku
masa tu! Siti tersenyum sendiri. Macamana aku boleh berani sangat main ulat-ulat tu? Kalau
sekarang ni campak kat aku agaknya, pecut 100 meter le gamaknya. Siti terhenti seketika. Di
hujung kakinya ada longkang kecil yang mengalir air jernih. Merenek-renek airnya terkena
sinaran mentari.

"Assalamualaikum!"Suara garau terdengar dari arah belakang. Siti terkejut, spontan dia
berpaling. Seorang anak muda, berkulit sawo matang tunak memandangnya. Di dahinya
ada bintik-bintik peluh yang halus.
"Awak ni, anak Makcik Latifah ker?"Siti masih gamam. Mulutnya terkumat kamit. Makcik
Latifah? Siapa pula?
"Anak Haji Zainudin?" Oh! Siti baru teringat.
"Bukan!....errr..saya bukan anak Mak Ungku..."Siti teragak-agak. Wajah lelaki itu berkerut.
"Habis tu, saya nampak awak keluar dari rumah Makcik Latifah tadi?"
"Ohh....eemmm...saya ni..."Siti garu kepala. Takkan aku nak cakap aku babysitter cucu Mak
Ungku!
"Tak apalah....saya tahu Makcik nak balik hari ni. Ayah saya yang bagitahu..."Lelaki itu
tersenyum."Ayah saya ada kat rumah tu...."
"Awak ni siapa?"Siti berganjak. Takut juga dia berhadapan lelaki yang tak dikenali itu.
"Saya Hadi, anak Pak Din.."Dia senyum lagi.
"Oh....anak Pak Din..."Siti tersenyum malu.Dia mula mengatur langkah. Dah lama sangat
rasanya dia di luar.Takut Mak Ungku tercari-cari.
"Awak nak balik ke?"Siti angguk. Hadi jalan sama.
"Siapa nama awak?"
"Emm..Siti...."
"Siti ....siti aje?"
"Siti Nuranis..."Siti kerling sekilas lelaki itu. Rambutnya ikalnya basah disimbahi peluh.
"Awak tidur sini ke malam ni?"Siti angguk.
"Iyelah....habis nak tidur mana pulak?"
"Tak adalah. Rumah Pakcik Zainudin ni dah lama kosong. Baguslah kalau awak tidur di
sini..."
"Mak Ungku memang nak bermalam di sini. Malam ni kan ada kenduri tahlil?"Hadi
terangguk-angguk.
"Ayah saya dah jemput orang-orang kampung. Barang-barang untuk masak pun dah siap.
Petang nanti dalam pukul 2 saya hantarlah barang-barang dapur."Siti senyum nipis.
Peramah betul mamat ni! Aku tak tanya pun, dia sibuk bercerita.
"Pokok-pokok pisang tu, ayah awak ke yang tanam?"Hadi tersenyum lebar.
"Ayah saya yang tanam. Tanah belakang tu luas sangat. Sayang kalau dibiar bersemak.
Sebab tu ayah tanam pisang, rambutan, sayur. Ada jugak hasilnya...."
"Rajin ayah awak ye.."Hadi ketawa.
"Orang kampung memang macam ni la, Siti. Kerja sendiri. Tanam sayur, berkebun....."

Perbualan mereka terhenti sebaik mereka sampai di laman rumah. Ada sebuah motor kapcai
di tepi tangga. Motor Pakcik Din agaknya, fikir Siti. Siti dan Hadi naik ke atas rumah.

"Siti ke mana?"Mak Ungku bersuara sebaik Siti masuk ke dalam.Tersipu-sipu Siti dibuatnya
Apalagi Wari dan Lisa juga ada di situ. Semua mata memandang ke arahnya dan Hadi.
"Saya kat belakang tadi, Mak Ungku. Tengok-tengok kebun pisang. Terjumpa Hadi, anak

47
Pakcik Din ni.."Balas Siti lalu duduk di sebelah Mak Ungku.
"Ni Pakcik Din, ayah si Hadi ni...."Lelaki tua bermisai lebat itu tersenyum. Bersih wajahnya
walaupun urat-urat sudah berselirat di setiap tubuh. Siti bersalaman dengan lelaki itu.
"Petang ni bolehlah kita gotong royong masak lauk. Barang-barang semua dah siap tu.."Pak
Din bersuara sambil ketawa.
"Terima kasih lah Pak Din sebab susah-susah siapkan semua ni..."Mak Ungku bersuara
perlahan. Wajah sayunya mula kelihatan.
"Apa yang susahnya..Ungku..bukannya selalu Ungku balik. Ni...nak dekat 10 tahun baru
nampak muka. Sesekali balik apa salahnya kita buat kenduri besar sikit..."Pak Din tarik
nafas. "Lagipun...saya ni memegang amanat Zainudin....rumah ni rumah pusaka, kenalah
dijaga..."
"Kalau boleh saya nak duduk terus di sini, Pak Din. Tapi Pak Din tahulah....perniagaan
arwah kat KL tu....kena ditengok-tengokkan jugak..."Pakcik Din mengangguk tersenyum.
"Tak apalah Ungku. Selagi hayat saya, bolehlah saya jaga rumah ni.
Esok lusa kang, anak saya Hadi ni pulak jadi pewarisnya...."

Hadi tersenyum manis. Walaupun kulitnya agak gelap sedikit, tapi wajahnya yang manis,
menyejukkan pandangan. Saling tak tumpah wajah Pakcik Din yang bersih itu. Melihat
wajah Hadi, Siti terkenangkan kawan-kawan sekampungnya. Begitulah perwatakannya.
Serba sederhana.

******************************************
Kenduri tahlil selesai hampir pukul 10 malam. Orang-orang kampung sudah mula beredar
setelah menjamah hidangan. Mak Ungku cukup gembira dan bersyukur dengan kehadiran
orang-orang kampung. Walaupun Mak Ungku jarang benar balik ke situ, tetapi orang-orang
kampung tetap menghormati dia. Masih mengingati arwah suaminya. Jiran-jiran terdekat
juga ringan tangan sama-sama memasak lauk pauk dan mengemas pinggan mangkuk.
Semuanya berjalan dengan lancar.

Siti masih lagi belum selesai mencuci pinggan. Banyak lagi periuk belanga yang belum
digosok. Lenguh pinggangnya mencangkung tepi paip di luar rumah. Lisa yang tadi ada
bersamanya sudah tidak kelihatan. Mana peginya budak ni? Curi tulang agaknya! Siti
merengus. Dia menyingsing lengan baju kurungnya tinggi-tinggi. Sudah basah separuh.

"Banyak lagi ker yang nak dibasuh?"Satu suara menegur. Siti mendongak. Wajah Hadi
samar-samar dalam kegelapan malam itu.
"Banyak...."Balas Siti lemah.
"Kesian...mehlah saya tolong.."Hadi pula menyingsing lengan baju melayunya.
"Eh, tak apalah. Awak balik lah dulu..."
"Tak apa. Biar saya habiskan. Periuk ni biar saya yang basuh. Siti tolong bilas aje..."Siti
tersenyum. Dalam hati dia sedikit lega. Bolehlah dia tarik nafas sekejap. Baik hati betul si
Hadi ni. Dahlah peramah, ringan tulang pulak tu. Nak harapkan Wari, ntah mana dia pegi.
Dari tadi tak nampak batang hidung!

Wari yang berdiri di muka pintu, terhenti langkahnya. Pinggan kotor di tangannya
dipegang kejap. Pandangannya tertancap pada dua susuk tubuh di pili air. Hatinya jadi
tawar. Semangatnya yang berkobar-kobar sebentar tadi padam tiba-tiba. Dia masuk semula
ke rumah. Tak sanggup dia melihat kemesraan yang telah berputik itu.

bersambung lagi..

48
.:: Bukan Cinta Biasa - Part 13 ::.
Posted on: Apr 26, 2004 - 02:47 PM by BF

"Mek Ti!!!!!"Dua tubuh itu menerpa ke arahnya. Siti terdorong ke belakang, cuba
mengimbangi badannya dari jatuh.
"Wei, korang nih!"Siti terjerit. "Lemas aku!"
"Bila kau balik Mek Ti?"Shidah melepaskan pelukan. Murni di sebelah tersengih lebar. Siti
menarik nafas panjang. Semput dia dibuatnya. Wajah dua teman baiknya itu dipandang
silih berganti.
"Pagi tadi!"Siti senyum.
"Kau balik sorang ke? Naik bas?"
"Taklah...dengan akak aku....dia mana kasi aku naik bas...."Shidah dan Murni tarik tangan
Siti duduk atas pangkin bawah pokok buah saga.
"Ingatkan tak nak balik sini lagi...."Murni bersuara pula.
"Eh, apa pulak. Kalau boleh tiap-tiap minggu aku nak balik tau. Tapi, mana boleh. Ini pun
bos aku baik hati kasi cuti."

"Hari minggu kan hari cuti. Nak balik tiap-tiap minggu pun boleh, kan."Shidah mendengus.
"Macamana kerja kau, best tak?" Siti telan liur. Bab ni yang dia malas nak jawab.
"Kerja aku biasa jer......."Balasnya perlahan.
"Mesti best kerja kat ofis besar. Pakai cantik-cantik. Tengok baju dia ni...ni mesti baju baru...."
"Mana ada!"Siti geleng kepala. Baju ni Lisa yang bagi dia sebelum dia bertolak balik
semalam. Entah apa angin gadis itu, tiba-tiba dia bersungguh-sungguh minta Siti ambil saja
baju tersebut. Katanya baju itu sudah lama tak dipakai. Daripada disimpan, baik diserahkan
kepada orang lain.
"Mesti gaji kau besar, kan Siti?"Murni menyampuk.
"Tak adalah.....gaji aku kecik jer...nantilah kalau ada masa aku belanja korang makan eh.
Tapi sekarang ni kita citer pasal lain pulak. Aku malaslah nak citer pasal keja aku
tu.."Dengus Siti. Dia bangun dari pangkin. Berjalan mundar mandir di depan Shidah dan
Murni.

"Ala..Mek Ti...kitaorang nak tahu juga kau duduk KL tu macamana...best ker tak best.
Pakwe-pakwe kat sana hensem-hensem tak?"Siti ketawa. Manalah ada pakwe sangat. Paling
tak pun si Wari saja yang dia jumpa. Lainlah kalau dia ke sana ke mari. Mesti ramai lelaki
yang dia temui.
"Kau jumpa pakwe baru, meranalah Huzair.."Siti telan liur. Mendengar nama Huzair
hatinya mula berdebar. Dia tidak nampak kelibat Huzair di padang petang itu. Kemana dia?
Masih adakah lagi dia di kampung ini?
"Huzair...mana?"Tanya Siti perlahan. Ditebarkan pandangannya ke tengah padang.
Beberapa susuk tubuh terkinja-kinja mengejar bola sesama sendiri. Tidak pula terlihat
Huzair. Siti paling kenal susuk tubuh lelaki itu. Tegap dan sasa, jauh beza dengan saiz
budak-budak kampung. Dan kulitnya yang putih kemerahan itu terlihat jelas setiap kali dia
bermandikan peluh.
"Zair dah balik KL..."Shidah turut bangun. Rambutnya yang lurus itu berkibar-kibar di tiup
angin petang.
"Balik KL?"Siti gigit bibir. "Bila?"
"2-3 hari lepas kau bertolak ke KL, dia pun pergi sama."Balas Shidah lagi. "Kesian dia....lain
macam je aku tengok. Apa yang berlaku antara korang ha, Siti?"
"Emm...tak ada apa-apa. "Siti geleng kepala."Dia ada cakap dengan aku dia nak kerja kat

49
KL." Itupun kalau aku terima pinangan dia dulu! Siti tarik nafas panjang. Tapi aku dah
tolak. Dia pergi KL nak cari aku ker?

Isssh....mustahil. Bukankah mak ayah dia ada di KL. Buat apa dia susah payah nak cari aku.
Lagipun dia bukan tahu aku kerja di mana. Mungkin dia betul-betul nak mencari kerja di
sana. Siapa tahu?

Dia tahu Huzair kecewa, mungkin. Tapi itu semua bukan salah dia. Dia tidak pernah
menganggap lelaki itu lebih dari sepatutnya. Huzair saja yang punya perasan itu. Tapi tidak
dia. Jadi, salahkah dia kiranya menolak hasrat murni Huzair itu. Rasanya tidak. Dia ada hak.
Hak untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Kalau ditakdirkan jodohnya dengan Huzair
pun, dia boleh terima, tetapi bukan buat masa ini. Dia terlalu muda untuk melalui semua
itu. Dan Wari?

Tempohari, selepas balik dari Perak, lelaki itu menghilang diri. Hampir 2-3 hari lamanya.
Lisa kata mungkin dia ke rumah Rina. Buat apa? Bukankah mereka baru lepas bertengkar
beberapa hari yang lepas. Adakah Wari bermalam di sana? Adakah itu memang cara hidup
mereka. Atau mereka sudah berbaik-baik semula.

Kenapa dia harus mengambil tahu. Semua itu tidak ada kaitan dengan dirinya. Tapi dia
selalu memikirkannya. Kenapa ya? Kadang-kadang dia merasakan dirinya begitu tidak adil.
Dia cuba menjauhi Huzair dengan alasan dirinya belum bersedia, belum layak untuk
melalui semua itu. Tapi dalam masa yang sama, hatinya sering berkata-kata. Berkata-kata
tentang lelaki lain. Tentang Wari.

Kenapa aku jadi begini??

"Siti!"Siti tergegau. Didongakkan wajahnya. Wajah Kak Melah nampak berbalam.


"Apa duduk dalam gelap ni?"Suis lampu dipetik. Siti mengesat pelupuk matanya.
"Petang tadi pergi mana?"
"Jumpa Shidah dan Murni..."Balas Siti perlahan. Dia bangun, mencapai tualanya.
"Huzair?"
"Issh..akak ni!"Siti merengus. Melah ketawa.
"Siti kemaskan dulu baju. Esok kita balik pagi...."
"Kenapa nak balik pagi pulak kak....kata balik petang...."
"Malam Mak Ungku nak amik anak dia kat airport...."Balas Melah sambil tangan pantas
menutup tingkap satu persatu.
"Maria?"
"Maria balik malam ni. Baru tadi dapat tahu...."
"Pembedahan dia tu dah habis ye, kak?"
"Agaknya.....dah sebulan.....takkan tak siap lagi...."Siti senyum tawar. Maria dah balik,
bernama tugasnya akan berakhir pada bila-bila masa. Bermakna dia akan pulang ke
kampung semula. Menjadi seperti dulu-dulu. Bermakna dia tidak akan bertemu lagi anak-
anak kecil itu. Mak Ungku, Lisa dan......Wari.

****************************************************

"Kenapa dengan aku ni?"

Wari bingkas dari katil. Dia menjengah ke tingkap. Tiada apa-apa yang menarik perhatian.
Hanya kesuraman malam disinari lampu neon keliling kolam. Wari menarik nafas panjang.

50
Ditebarkan pandangannya. Malam minggu begini alangkah seronoknya dapat berlibur
bersama teman-teman. Seperti yang selalu dia lakukan. Mengunjungi pub-pub yang sentiasa
dipenuhi manusia-manusia yang kehausan. Kehausan hiburan. Atau menghabiskan masa
sepanjang malam bersama Rina. Menghadiri pesta atau makan-makan. Ahh...Rina! Gadis itu
terlalu mudah untuk ditewaskan. Cukup dengan sebotol minuman dan belanja makan,
dampingilah dia sepanjang malam. Walau dengan aku, atau lain-lain jantan! Wari kertap
bibir. Bayangan dua susuk tubuh yang terdampar di sofa malam itu bukan mudah untuk dia
lupakan. Walau hanya di atas sofa!

Rina mabuk malam itu. Dia tahu. Dia juga sudah pening-pening lalat. Dia tidak sedar apa-
apa saat dia tersembam atas lantai itu. Dan biarkan Rina bersama-sama lelaki lain.
"Ri, you pun mabuk malam tu. You pun tidur ramai-ramai dengan betina-betina lain!"Jerit
Rina, tidak dapat mengawal perasaannya.

"So, apa yang you nak marah sangat!"


"I, tak tidur dengan siapa-siapa. Even dengan you sekalipun I tak pernah, isn't it? Apa lagi
dengan perempuan lain."
"I mabuk, I tak ingat apa-apa. I cuma tidur, dan bila bangun Fadzli dah ada sebelah I."Rina
mencemik."Ri, I tak sengaja. I'm so sorry...."Digenggamnya jemari Wari lalu dikucup berkali-
kali. "Lagipun, kitaorang tertidur kat sofa. Mimi dan Darlin pun ada sekali."
"Tapi dia peluk you..."
"I tahu....that's why I mintak maaf sangat...I tak sengaja. Please...."Rengek Rina.
"Fadzli ada call you?"
"Handphone I dah hancur....tak payah nak call..."Wari tarik tangannya lantas dicapainya
helmet atas meja.
"You nak balik ke? Malam ni?"Rina mengekori Wari ke pintu.
"Malam ni I tak ada mood. Kirim salam kat parents you. Sorry I tak dapat tunggu.."Rina
hanya terkebil-kebil memandang Wari.

Wari tahu dia tak sepatutnya marah Rina begitu. Bukan salah Rina seratus peratus pun.
Salah dia juga. Dia juga yang bawa Rina ke tempat-tempat begitu. Jadi dia harus tanggung
risikonya. Dia yang ajar Rina dengan kehidupan begitu. Dia yang ajar atau Rina yang
banyak mempengaruhinya? Anak Datuk itu memang lincah. Hidupnya lepas bebas. Aku
yang selalu hanyut bila disampingnya. Wari menggeleng. Tekaknya terasa perit. Sejak balik
dari Perak tempohari, badannya letih lesu. Mungkin penat memandu. Dia juga kurang tidur.
Mungkin matanya yang selalu berjaga hingga ke pagi sudah payah benar untuk dilelapkan.
Itulah kesannya kalau suka jadi kutu embun.

Esok Kak Maria pulang dari London. Bagaimana keadaan dia. Sudah sihat ke? Atau semakin
teruk. Harap-harap Kak Maria masih ada harapan. Kalau Kak Maria terus-terusan sakit,
siapa yang akan menggantikan tempatnya. iapa yang akan menguruskan syarikat arwah
Papa? Dia? Dia belum bersedia dan dia tidak mahu memikul tanggungjawab besar itu. Dia
masih muda dan tak mahu masa mudanya terikat dengan bebanan itu. Dia masih perlukan
masa untuk menyiapkan diri.

Dan esok mungkin antara hari-hari terakhir Siti di sini. Kak Maria sudah balik, tentu Siti
akan pulang ke kampung. Siti tak akan menjaga Didi dan Fifi lagi. Dan dia tak akan tinggal
di sini lagi. Aku bagaimana? Wari tarik nafas panjang. Kenapa perasaan aku jadi begini?
Apa yang aku risaukan? Siti bukan sesiapa di rumah ini. Dia orang asing.

Kenapa aku marah bila dia bersama Hadi tempohari? Kenapa hati aku jadi sakit begitu. Aku

51
benci melihat kemesraan mereka berdua. Aku benci melihat renungan Hadi yang penuh
makna itu. Dan aku jadi benci bila melihat Siti melayannya mesra. Kenapa tidak aku?
Kenapa Siti tidak senyum dan ketawa seperti itu. Siti takut melihatku. Siti takut pada
renunganku.

Sememangnya hati ini tiba-tiba jadi kalut begini. Adakah kerana marahku pada Rina?
Adakah aku amat sakit hati pada Rina sehingga aku sengaja beralih pada Siti. Adakah aku
sengaja jadikan gadis itu tempelan untuk menutup sakit hatiku ini? Siti terlalu berbeza.
Mustahil untuk aku jatuh hati padanya. Terlalu pantas. Dan dia akan pergi selepas ini.

Dan perasaan ini?

***************************************

"Kak Maria...."Lisa memeluk tubuh kurus di hadapannya. Lama pelukan itu. Siti jadi terharu
menyaksikannya. Wajah Maria yang cengkung itu ditatap lama.
"Didi dan Fifi tak ikut sama?"Matanya meliar ke sekeliling.
"Tak. Fifi dah tidur...tak sampai hati nak kejutkan dia.."Maria tersenyum. Walau wajah
cengkung, matanya bercahaya. Nampak kegembiraan terpancar di situ.
"Mama sihat?"Dia beralih pada Wari pula. Wari mendakap kakaknya lama.
"Mama makin sihat...."Balas Lisa tersenyum.
"Akak macamana?"
"Okay!"Maria mengangkat ibu jarinya.
"Abang Min mana?"
"Dia tunggu beg tadi....ha tu pun dia!"Semua mata beralih ke belakang. Seorang lelaki
sedang menyorong troli menuju ke arah mereka. Senyuman lebar terukir di bibir.
"Lama betul tunggu beg-beg ni..."Dia bersuara sebaik berdiri di sebelah Maria. Dipeluknya
bahu wanita itu.
"Jom, Mama dah lama tunggu kat rumah tu..."Wari menurunkan beg dari troli.
"Haa....lupa nak kenalkan kak Mar....ni Siti, dialah yang jaga Didi dan Fifi masa akak kat
sane..."Lisa tarik tangan Siti ke depan.
"Abang Min, kejaplah....nak kenalkan Kak Siti ni..." Maria memandang Siti tunak. Siti
melemparkan senyuman. Rasa serba salah dengan penerimaan Maria nanti.
"Oh, ni Siti yang Mama citer dulu. Adik Melah, kan?"Siti angguk pantas. Maria mendekati
Siti. Digenggam erat jemari Siti.
"Terima kasih sebab tolong jaga Didi dan Fifi. Mereka tu nakal. Mesti Siti penat jaga mereka,
kan?"
"Eh, taklah Kak Mar. Diorang tu baik sangat..nakal sikit-sikit jer.."Siti ketawa halus. Maria
memeluk bahu Siti, sambil berjalan beriringan ke pintu keluar. Wari sudah hilang dari
penglihatan. Mungkin dia mendapatkan kereta yang diparking agak jauh dari pintu masuk.

Perjalanan malam itu agak lancar dengan Maria rancak bercerita tentang pengalamannya di
sana. Siti hanya mematikan diri. Tidak ada satu pun perbualan mereka yang membolehkan
dia mencelah. Cuma sesekali dia turut ketawa bila ada sesuatu yang lucu
dipendengarannya. Dia rasakan ada baiknya dia tinggal di rumah saja tadi, tak perlu ikut
serta menjemput Maria. Selepas mengangkat Fifi ke bilik tadi, dia berkira-kira untuk terus
melelapkan mata, sementelah dia rasa terlalu letih sepanjang perjalanan dari kampung ke
KL pagi tadi. Tapi ajakan Lisa yang beriya-iya tidak mampu ditolak. Kata Lisa dia tidak
mahu pergi berdua dengan Wari kerana lelaki itu 'moody' sejak akhir-akhir ini.Kalau ada
dia, bolehlah dibuat teman berbual.
Sampai di rumah, Siti menolong sama memunggah beg dari bonet kereta. Maria sudah naik

52
ke atas bertemu Mamanya. Lisa juga sudah tidak kelihatan. Siti cepat-cepat masukan beg ke
dalam rumah dan bersedia untuk masuk ke bilik. Dia sudah mengantuk benar. Bantal dan
katil sudah terbayang-bayang di ruang mata.

"Siti..."Siti sedikit terkejut. Langkahnya terhenti, lalu dia berpaling. Wari berdiri di
hadapannya.
"Boleh buatkan minuman. Kopi ker....nescafe ker..."Siti terangguk-angguk.
"Untuk Wari?"
"Untuk semua..."Satu suara menambah. Azimin yang berdiri di muka pintu,
tersenyum.Pandangan matanya bercahaya, memandang Siti penuh makna.

bersambung..

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 14 ::.


Posted on: Apr 28, 2004 - 08:40 PM by BF

Sejak dua tiga hari yang lepas, Siti sudah mula mengemas barang-barangnya. Baju-baju
kurung yang rasanya tidak dipakai lagi telah dilipat elok-elok untuk disimpan dalam beg.
Dia sudah bersedia untuk dipanggil bila-bila masa oleh Mak Ungku. Kalau hari ini juga
disuruh pulang ke kampung, dia tidak akan menolaknya. Dia tahu khidmatnya tidak
diperlukan lagi. Maria sudah kembali. Dia sudah punya banyak masa untuk mengurus
anak-anaknya sendiri. Didi dan Fifi pula sudah jarang bersamanya. Mereka lebih banyak
menghabiskan masa bersama Mama mereka. Cuma sesekali anak-anak itu meminta
dibawakan ke taman permainan di taman tersebut, Siti akan tetap menjadi peneman setia.
Anak-anak itu tetap manja dengannya.

Maria sejak pulang dari London, masih belum keluar ke mana-mana. Ke pejabat juga tidak.
Dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Mak Ungku. Setiap pagi selepas menghantar
suaminya di muka pintu, dia akan kembali ke kamar, mengurung diri. Didi dan Fifi tetap
Siti yang uruskan. Bila tengahari, dia akan turun sebentar. Menjamah makanan sedikit,
sambil menunggu anak-anaknya pulang. Wajah Maria pucat benar. Kadang-kadang Siti
kasihan melihatnya. Dibandingkan dengan Azimin yang segak itu, terlihat benar
perbezaannya. Derita sungguh dia menanggung kesakitan itu. Sehingga memamah
kecantikan dan kesegaran tubuh badannya.

Tapi Siti tidak tahu, sampai bila dia harus menunggu. Sehingga kini, Mak Ungku belum lagi
memanggilnya untuk memperkatakan tentang khidmatnya di rumah itu. Setiap kali dia
bawakan sarapan ke bilik, tidak pula Mak Ungku menyebut tentang penamatan khidmatnya
itu. Mak Ungku tetap seperti biasa. Rajin berbual dan ramah bercerita. Kadang-kadang bila
dia bersama Maria mengambil angin di tepi kolam, Siti diajak sama minum petang. Siti
turutkan juga. Manalah tahu Mak Ungku izinkan dia untuk pulang ke kampung, dan tak
perlu menjaga Didi dan Fifi lagi. Tapi Mak Ungku tetap tidak sebut apa-apa.

Tergerak juga hati Siti untuk menanyakan sendiri pada Mak Ungku, bila dia akan
diberhentikan.Bila dia boleh segera pulang ke kampung. Tapi lidahnya kelu bila berhadapan
dengan orang tua itu. Tak sampai hati. Tak patut rasanya kalau dia memulakannya.Nampak
sangat aku yang hendak berhenti cepat-cepat. Apa anggapan Mak Ungku nanti. Maria pun
belum pulih benar. Wajahnya masih pucat, dan semalam dia muntah-muntah lagi. Kasihan!

Sudahnya, Siti masih meneruskan tugasnya di rumah tersebut. Selain menguruskan kedua

53
anak kecil itu, Siti cuba-cuba membantu Kartini. Walaupun Kartini memandang endah tak
endah padanya, tetapi Siti tebalkan muka juga. Dia cuba beramah mesra. Sudah sebulan di
situ, sukar benar rasanya menjalin hubungan dengan wanita itu. Apalah yang dia pandang
rendah sangat kat aku nih! Siti selalu mengeluh begitu. Tapi Siti tidak pernah ambil hati. Dia
cuba membuang anggapan yang bukan-bukan terhadap Kartini. Walaupun dia sendiri
hairan. Sejak Maria pulang, kerap kali Kartini hilang dari pandangan.

************************

"Awak kata tadi, Lisa nak ikut sama?"Siti muncung. Dia rasa tertipu petang itu. Mati-mati
dia ingat Wari akan mengambil Lisa di sekolahnya. Kalau dia tahu awal-awal, sumpah dia
tak nak ikut.
"Lisa dah balik naik bas....nak buat macamana?"Wari menjawab malas. Tidak dipandangnya
wajah gadis itu. Dalam hati dia ketawa sendiri.
"Kalau macam tu, kita balik sajalah...."Siti bungkam lagi. Dia teringatkan Didi dan Fifi yang
pastinya sudah sampai di rumah waktu-waktu begini. Siapa yang akan melayan makan
mereka?
"Dah alang-alang keluar ni, kita pergi je lah terus...."Balas Wari lagi. Tumpuannya tetap di
jalan raya. Tak berani pula rasanya memandang wajah gadis itu. Dia tahu Siti marah. Tapi,
bukan mudah bagi alasan untuk ajak dia keluar. Kalau tak gunakan nama Lisa, pasti gadis
itu menolak ajakannya. Sebelum Siti pulang ke kampung, baik dia mulakan dulu tindakan
gilanya itu.
"Awak nak pergi mana sebenarnya?"Siti toleh ke arah Wari.
"Siti temankan saya pergi ke ofis ye..."
"Ofis siapa?"
"Ofis kak Mar....ofis arwah Papa....."Wari menoleh sekilas. Siti cepat-cepat alih pandangan.
"Kenapa bawa saya, seganlah...."Dengus Siti. Hujung bajunya ditarik-tarik perlahan.
"Saja....saya pun dah lama tak jenguk ofis Papa....."Balasnya lagi.
"Saya nak tunjukkan pada Siti. Mana tahu satu hari nanti Siti boleh kerja kat situ...."
Siti ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Manalah layak aku bekerja di pejabat yang besar-
besar begitu. Setakat SPM aku ni, jadi pembantu rumah jelah nampaknya.

"Kenapa Siti diam?"Siti menggeleng.


"Tak ada apa-apa....."Balasnya perlahan. Pandangan tertancap ke depan. Dadanya yang
berdebar-debar sejak tadi sudah mula mereda.
"Siti marah ke saya bawak Siti keluar ni?"Siti geleng lagi.
"Tak lah.....buat apa saya nak marah. Saya tak ada hak nak marah....sebagai pekerja, saya
kenalah ikut apa saja arahan majikan...."
"Siapa majikan Siti. Saya?"Wari tertawa besar. "Siti bekerja dengan Mama, bukan dengan
saya. Saya tak rasa pulak Siti ni bekerja dengan kami semua. "Dia menarik nafas panjang.
"Siti cuma menolong saja, kan....bukan bekerja..."
"Tapi saya diberi gaji.."
"Itu imbuhan....sebagai rasa terima kasih....bukan gaji.."Wari ketawa lagi. Dipandangnya
wajah Siti yang bungkam.
"Kenapa tiba-tiba awak jadi baik macam ni?"Siti mendongak. Menentang wajah lelaki itu.
"Baik?"Wari telan liur. Dia terdiam sebentar.
"Iyelah...tiba-tiba je awak jadi peramah dengan saya ni, kenapa?"Wari garu kepala yang
tidak gatal. Sombong dipersoal, jadi baik pun dipersoal.
"Tak ada apa-apa....saya....memang macam ni....salahke?"Wari memperlahankan keretanya.
Siti memandang bangunan besar di hadapannya. Tinggi memuncak. Agaknya ini syarikat
milik keluarga Wari. Dia menjengukkan kepalanya.

54
"Buat apa jenguk-jenguk macam tu, kita dah sampai pun....jom!"Wari mematikan enjin
kereta.
"Saya tunggu kat bawah je la...."Siti bersuara sebaik turun dari kereta. Wari memandang Siti
dengan dahi berkerut.
"Tak nak ikut saya naik atas ke?"Siti menggeleng.
"Siti tunggu kat dalam la. Sejuk sikit.."Siti menuruti langkah Wari.
"Saya naik atas kejap ambik barang....tak lama..."Wari bergegas menekan punat lif. Siti
melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia disitu. Ruang yang dingin itu benar-
benar memberi kesegaran. Dia memerhatikan sekeliling. Cantik sungguh pemandangan
sekitarnya. Kalaulah dia dapat bekerja di situ!

Wari masuk ke pejabat di tingkat 10. Sudah lama rasanya dia tidak menjejak kaki di situ.
Kalaulah bukan kerana permintaan Maria, rasanya berat hati untuk dia memulakan kerjaya
di situ. Dia belum bersedia lagi untuk melalui suasana yang formal sebegitu. Dia tidak teruja
walaupun jawatan yang dijanjikan nanti bukan calang-calang bagi seorang graduan
sepertinya. Tapi otaknya sendiri sudah tepu, dan payah untuk diasak dengan isu-isu politik
kerja begitu. Kalau boleh dia ingin bebas memilih kerjaya sendiri. Tapi apa boleh buat. Tak
sanggup dia melihat airmata Maria yang menitis tempohari. Maria dah tak berdaya untuk
menyambung usaha Papa. Maria ingin bersara walaupun masih terlalu awal rasanya.

Wari mengambil dokumen di atas meja di dalam biliknya. Bilik itu masih dalam peringkat
baik pulih. Bingkai-bingkai gambar masih belum digantung. Kerusi dan meja juga masih
belum ditukar baru. Menurut Azimin, proses pemasangan tersebut mungkin mengambil
masa selama 2-3 hari. Wari tidak kisah berapa lama pun. Lagi lambat lagi bagus. Dia tidak
suka bergelar orang korporat terlalu awal. Dunia korporat bukan dunia dambaannya.
Lainlah Azimin.

Pejabat Azimin di tingkat 8. Tetapi Wari tidak bercadang untuk menjenguk abang iparnya
itu. Entah kenapa, sejak dulu, dia memang tidak begitu rapat dengan lelaki itu. Walaupun
sudah bertahun usia perkahwinannya dengan Maria, sehingga lahir Didi dan Fifi, Wari tetap
berasa janggal dengan lelaki itu. Mungkin kerana jarak usia mereka yang tidak berbeza.
Azimin muda dua tahun dari Maria. Sebelum berkahwin, jawatannya bukanlah mewah
sangat. Selepas Papa meninggal, barulah dia menjadi pengurus besar di bahagian
kewangan. Dan setelah Maria jatuh sakit, segala kuasa mutlak jatuh di bahunya. Wari tidak
pula keberatan. Walaupun dia tidak berapa gemar dengan perangai Azimin, tetapi dia tidak
pula melarang Azimin daripada menguruskan syarikat tersebut. Sekurang-kurangnya ada
orang yang boleh diharapkan selain dia. Nak harapkan dia, berbuih mulut Mama
menasihatkannya. Ini pun, kalau tak kerana Maria, memang dia tak akan sentuh dokumen-
dokumen yang hanya memeningkan kepalanya nanti.

Wari turun ke bawah semula. Dokumen dalam fail dikepit kemas. Dia bercadang untuk
makan dahulu sebelum menghantar Siti pulang. Walaupun sekejap, dapat juga dia keluar
dengan gadis itu hari ini. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Mana tahu esok lusa Siti
sudah pulang ke kampung. Ahh....Siti..., teruslah tinggal di sini. Tak perlu pergi!
Sampai di tingkat bawah, dia memerhatikan sekeliling. Tiada kelibat Siti di situ. Kemana
dia? Aku naik pun, bukannya lama sangat. Dah hilang dah...Gerutu Wari. Dia menjenguk ke
luar. Tapi Siti tidak kelihatan di dalam kereta. Pastinya kerana kereta itu telah dikunci
sebaik mereka keluar tadi. Takkan diculik pulak? Mustahil. Ahh....gadis secomel itu, pak
guard Bangla ni pun boleh sapu agaknya.

Wari menghela nafas panjang. Dia duduk di atas kerusi sambil membuka fail biru di tangan.

55
Berkerut dahinya menatap angka-angka yang tercatit di setiap helaian. Sesekali dia
menggeleng. Betul ker aku nak study benda ni, semua? Issh.... Dia melemparkan pandangan
ke pintu lif yang terbuka. Seorang gadis berjalan perlahan ke arahnya.

"Siti ke mana?"Wari bingkas bangun.


"Kenapa? Cari Siti ker?"Siti sedikit terkejut.
"Iyelah....saya turun Siti tak ada....ingatkan dah kena culik.."Wari tersengih. Siti ketawa kecil.
Wajahnya memerah.
"Emm..saya ke surau tadi....tu ada signboard dia....kat tingkat 1..."Balas Siti. "Minta maaflah
kalau buat awak tercari-cari... Wari tarik nafas lega. Dia mendekati Siti.
"Buat apa kat surau?"Siti kerut dahi. Wajah Wari dipandang lama. Buat apa?
"Errr...solat...solat zuhur..."Wari tergegau. Wajahnya merah padam. Bodohnya aku
nih.....pergi surau tentulah nak solat. Apalah aku bagi soalan bawah umur macam tu.
"Emm....awak tak pergi solat dulu ker?"Wari tersengih tawar. Dia menggaru kepalanya.
Terasa wajahnya sudah mula membiru.

*****************************

Macamana nak solat, tubuh aku ni penuh dengan benda haram! Mengalir di segenap uratku.
Telah menjadi darah dan dagingku. Dan memang sudah sekian lamanya aku tidak pernah
sujud di sejadah itu. Menghadap Tuhanku.

Wari menelentang atas katil. Dia meraup wajahnya dua-tiga kali. Rasa panas menjalar ke
segenap tubuh. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihelanya perlahan. Fikirannya terawang.

Dia rasa malu pada Siti. Malu pada diri sendiri. Ya, malu pada diri sendiri. Setelah sekian
lama, dia tidak pernah sedar dan menginsafi diri. Sudah terlalu lama dia tidak menghadap
Yang Esa. Sudah terlalu lama dia tidak mengalunkan bacaan-bacaan suci yang suatu masa
yang lampau dulu, dia amat suka membacanya. Sudah terlalu lama wajah dan tubuhnya
tidak dibasahi air suci wuduk. Agghh.....berdosanya aku!

Macamana dia ingat itu semua kalau setiap malam dia lebih suka terkinja-kinja di ruang
dansa, menikmati cahaya lampu yang bertukar-tukar warna. Setiap malam rela membasahi
kerongkong dengan air setan yang berbusa. Setiap malam diulit tubuh-tubuh gebu yang rela
menemani hingga ke pagi. Bagaimana dia ingat untuk sujud nasuha kalau malam-malam
yang dilalui terasa singkat benar. Dinginnya subuh tidak pernah menggamit tidurnya untuk
menghadap yang Maha Pencipta. Pencipta siang dan malam. Dingin subuh baginya adalah
saat yang paling enak untuk menutup mata.

Terlalu jauh perjalanan hidupnya dahulu. Perjalanan hidup yang banyak dicemari dengan
pengisian material, bukan kerohanian. Kerohanian yang sering diajar oleh arwah Papa dulu-
dulu. Arwah Papa yang tidak jemu-jemu mengingatkan dia tentang ketakwaan dan
kehambaan. Bukankah tangan Papa yang sering memiat telinganya dulu-dulu, tiap kali dia
tersasul membaca Mukaddam. Tangannya juga yang selalu menjentik hujung hidung ini
tiap kali malas bangun di Subuh hari. Tegasnya Papa waktu itu. Tapi tegasnya itu tidak
kekal lama. Bila Papa pergi, dia sendiri lupa. Sendiri hanyut.

Kasihan Papa. Kalau dia masih hidup sekarang ini, pasti dia berduka hati. Pasti dia kecewa
dengan sikap anaknya ini. Tapi Papa telah pergi! Apa yang ada pada Papa sekarang ini?
Papa tidak punya apa-apa. Papa hanya punya anak-anak yang tidak pernah menitipkan doa
untuk kesejahteraannya di sana. Papa punya anak-anak yang mewah tapi tidak mampu

56
menghadiahkan walau sekalung doa atau bacaan surah. Papa punya anak-anak yang lupa
diri.

Ya Allah! Wari mengesat pelupuk mata. Pandangannya berkaca. Dia mengalih mata..
Menghadap potret besar di atas meja. Potret mereka sekeluarga. Dia lihat wajah Maria yang
segar bugar dulu. Maria yang dulu juga terkinja-kinja, kini hanya memencil diri. Tiada lagi
hilai tawanya. Tiada lagi lagak lincahnya. Sekelip mata saja nikmat yang diberi diambil
semula. Kini, wang yang banyak juga tidak mampu mengembalikan tawanya. Wang yang
banyak tidak mampu mengembalikan bahagianya. Apa yang ada pada Maria kini? Hanya
sisa-sisa pengharapan. Dan keajaiban dari Tuhan.

Kalau itu yang Tuhan mahu. Sekelip mata!

Wari menggeleng kepala. Sesak di dadanya semakin terasa.

*****************************************************

"Mama dah cakap dengan Siti?"Maria melabuh punggung di sisi Mak Ungku. Wajah tua itu
dipandang lembut. Mak Ungku tersenyum sambil menggeleng.
"Belum lagi..nantilah..."Balas Mak Ungku.
"Mama cakaplah awal-awal....takut nanti dia mintak berhenti pulak..."Maria mengalih
pandang. Melihat Siti yang tekun memerhatikan Didi menyiapkan kerja sekolah.
"Tak lah...Ma tak rasa Siti nak mintak berhenti. Ma tengok dia seronok di sini..."
"Hati orang Ma....bukannya kita tahu. Lagipun janjinya dulu sampai Mar balik, kan...
"Nantilah...ada kesempatan nanti Ma cakaplah......".Maria tarik nafas panjang. Kalau boleh
dia sendiri yang ingin bercakap dengan Siti. Tapi Mamanya melarang. Tunggulah, kalau
diberitahu baik-baik, pasti Siti setuju. Pasti Siti tidak kisah untuk tinggal di rumah itu untuk
sebulan dua lagi.
"Kamu dah fikir masak-masak ke, Mar?"Maria mengangkat muka. Dihela nafasnya panjang.
"Dah Ma....Mar rasa Mar tak salah pilihan...."
"Azimin?" Sepi.
"Bagaimana dengan Azimin? Dia tak cakap apa-apa?"
"Azimin setuju Ma..."Balas Maria lambat-lambat.
"Dia tak kisah. Lagipun kami dah bincangkan hal ni lama dulu....Mulanya dia tak nak
juga.....tapi sampai bila Ma?"

Mak Ungku tarik nafas. Dipandangnya wajah Maria tunak. Wajah yang segar bugar dan
sering didandan rapi suatu ketika dahulu kini pucat lesi. Tulang pipi menonjol. Mata yang
galak juga telah cengkung. Redup pandangan mengundang simpati.

"Mama tak kisah?"Mak Ungku tersentak. Dikertap bibirnya, menahan sebak dihati. Seketika
dia menggeleng.
"Ma buat apa saja untuk Maria.....asal Maria bahagia...."

Bahagia? Apa erti bahagia bagiku? Maria memejamkan matanya. Padanya bahagia miliknya
kini hampir pergi. Bahagia itu telah jauh. Ini saja yang mampu dia lakukan untuk merebut
kembali bahagia itu. Walau mungkin bukan untuknya. Biarlah dia berkorban!

***************************************

57
Langkah kakinya terhenti. Dipandangnya wajah wanita yang tercegat dihadapannya. Ada
riak kesedihan.

"Ri!"Gadis itu meluru ke arahnya. Wari tidak mampu bergerak. Terasa tubuhnya hangat
dalam dakapan.
"Rina, buat apa you kat sini?"Wari melonggarkan pelukan.
"Mana you tahu I ada kat sini?" Ditariknya tangan Rina ke satu sudut. Tidak mahu mata-
mata memandang ke arah mereka. Hari pertama dia masuk ke pejabat, Rina sudah muncul
di hadapannya.
"I call rumah....someone inform you masuk ofis hari ni....bila you start kerja...kenapa tak
bagitahu I?"Rina goncang tangan Wari. Wari tarik nafas panjang.
"Rina..please...this is my first day okay....I sibuk...I nak pergi meeting ni..."Wari melepaskan
tangannya.

Mata Rina yang merah berair dipandangnya. Mabuk lagi ke perempuan ni?

"Ri...jangan tinggalkan I please....Fadzli...Fadzli dan Remy dah tak ada!"Air matanya


berlinang.
"What?"
"Diorang accident. Mati!"Rina teresak.
"Bila?"Dada Wari berdebar.
"Pagi semalam. Kitaorang konvoi ke Port Dickson..treler langgar diorang. It was so horrible
Wari. Depan mata I...."Rina mengesat matanya. Wari terpaku.

Sekelip mata nyawa melayang! Ya Allah..andainya itu nyawaku!

"Ri...."Rina menyebamkan muka di dada Wari. Terasa hangat dadanya dibasahi airmata.
Wari kertap bibir sampai sakit. Perlahan rambut Rina diusapnya.

bersambung...

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 15 ::.


Posted on: May 06, 2004 - 05:04 PM by BF

Renungan mata lelaki itu tunak ke arah langit sana. Polos. Siti melabuhkan punggungnya di
sebelah. Sambil matanya sesekali dilemparkan di tengah padang. Didi dan Fifi terkinja-kinja
sambil tertawa riang. Sejuk hatinya melihat gelagat anak-anak itu. Dialihkan semula
pandangan ke wajah lelaki itu. Yang kosong.
"Apa yang awak pandang tu?"
"Langit"
"Cari apa?"
"Tuhan!"
"Issh...."Wari menunduk, menentang mata Siti. Dia tersenyum tawar.
"Jangan fikir dimana Dia....yang penting di sini....."Siti tekap dadanya. "Biar Dia sentiasa ada
di sini...."Siti tersenyum sama.

"Saya tahu....saya dah lama tak mengingati-Nya...."Keluhnya perlahan. Helaan nafasnya


kedengaran.
"Maksud awak?" Wari diam. Dia meregut helaian rumput lalu ditenyeh-tenyeh dengan
hujung jari.

58
"Saya hanyut....." Siti tarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Untuk
bertanya lebih lanjut, takut Wari anggap dia suka mengambil tahu. Tapi untuk buat endah
tak endah, kasihan pula dia pada lelaki itu. Wajahnya muram benar. Sejak semalam, ada
kekeruhan wajah itu. Apa yang hendak dia luahkan?

"Siti tahu tak...."Dia bersuara semula. Siti toleh, menghadap lelaki itu. Mungkin ada sesuatu
yang hendak dikongsi olehnya.
"Saya jarang sembahyang...."Keluhnya. Wajah Siti dipandang tunak. Siti kehilangan kata.
Dia tergamam. Lelaki ini!
"Emm...err..kenapa?"Betulke soalan aku ni?
"Saya....lupa pada kewajipan-kewajipan yang patut saya buat....sebagai seorang Islam..."Dia
menggeleng.
"Lepas arwah Papa meninggal, saya abaikan nasihatnya. Mama selalu tak sihat. Dia tak
dapat nak control kitaorang setiap masa." Siti angguk kepala.
"Saya selalu keluar rumah. Malas sembahyang...minum..."Dia menekup mukanya dengan
tapak tangan. Siti tarik nafas panjang.

Tidak disangka lelaki didepannya itu punya sejarah harian yang memualkan. Siti sendiri
benci dengan manusia yang kaki minum. Yang suka berpeleseran antara lelaki dan
perempuan. Anak orang kaya, banyak duit. Beginilah caranya. Tapi.....dia tahu dia tidak
boleh menghukum Wari atas perbuatannya itu. Sesuatu yang aneh bagi seorang lelaki
mengakui segala ketelanjurannya di depan seorang wanita. Calang-calang manusia untuk
melakukannya. Dan Wari pasti punya sebab tertentu membuka segala keaibannya itu.

"Tentu Siti tak sangka, kan?"Wari renung Siti dengan mata berkaca. Siti geleng kepala.
"Kenapa awak ceritakan semua ini pada saya?"Siti mengalih pandangan ke tengah padang.
Hilai tawa Didi dan Fifi kuat kedengaran.
"Saya tak tahu."Terhenti sebentar."Saya tak tahu kenapa saya luahkan semua ini pada awak.
Saya rasa awaklah orang yang paling sesuai untuk mendengarnya. Saya tahu, saya tak patut
nyusahkan awak untuk dengar ini semua.."Dia berpaling untuk bangun.
"Wari..saya tak kisah kalau awak nak berkongsi cerita dengan saya..."Siti turut bangun. Dia
berdiri betul-betul di depan Wari.
"Kalau awak ada masalah......"Siti terhenti. Dadanya mula berdebar.
"Saya sudi mendengarnya..." Wari menapak beberapa langkah ke depan. Dia menghela
nafas panjang. Kedua tangan diseluk ke kocek seluar. Dari arah belakang, Siti dapat melihat
susuk sebenar lelaki itu. Dia punya segalanya bagi seorang lelaki. Mungkin itu juga salah
satu sebab yang membuatkan dia lupa diri. Kecantikan yang dianugerah Tuhan, selalu
disalahguna.

"Siti rasa, terampunkah dosa-dosa saya?"


"Kenapa tidak?"
"Sudah terlalu lama saya melakukannya..."
"Sebesar mana pun..selagi awak ikhlas dan nekad tidak mahumengulanginya.....insyaAllah...
bukankah Allah Maha Pemurah?"Siti berganjak ke depan.
"Tapi, saya rasa diri saya ini terlalu kotor....."Wari mengeluh.
"Jadi, bersihkan ia. Banyak caranya. Yang penting niat dan azam awak harus kuat..."
"Apa yang harus saya buat?"
"Jangan ulangi perbuatan kotor awak tu. Tinggalkan semuanya. Semua itu bukannya
memberi manfaat pada diri awak. Malah merosakkan...."Wari renung wajah Siti lama.
"Sekarang ni apa anggapan Siti pada saya?"
"Biasa saja..."

59
"Maksud Siti ?"
"Saya tak berhak menghukum apa-apa. Malah saya berterima kasih sebab awak sudi
berkongsi cerita dengan saya. Untuk menjadi seorang yang jujur seperti ini bukannya
mudah. Ia juga memerlukan niat dan azam yang kuat bukan?" Wari tersenyum lebar. Wajah
Siti ditatap sepenuh hati. Terasa dada dan fikirannya menjadi lapang kini.

**************************************************************

Ternyata Wari benar-benar berazam untuk mengubah dirinya. Siti mula sedari itu. Kerana
hampir setiap malam, dia melihat Wari tidak pernah keluar rumah lagi. Pulang dari pejabat,
dia membersihkan diri. Makan malam bersama Didi dan Fifi. Selepas itu menonton tv.
Kadang-kadang, dia menghabiskan masanya di bilik bacaan. Mungkin banyak urusan
pejabat yang perlu dibereskannya. Siti sedikit gembira dengan perubahan itu. Walau dia
sendiri tidak tahu apa yang mendorong lelaki itu berubah haluan, tetapi dia tetap bersyukur
kerana sekurang-kurangnya Wari sudah boleh menjadi orang harapan sekarang. Mak
Ungku ternyata amat gembira dengan perubahan anak bujangnya itu. Wari yang dulu keras
kepala, kini sudah mula berminat untuk bekerja. Kalau dulu setiap malam pulangnya jam 3-
4 pagi, kini dia sentiasa ada di sisinya. Tidak perlu lagi Siti atau Kartini terkial-kial
memimpin orang tua itu menuruni tangga, kerana tenaga Wari sudah cukup untuk
menampung mamanya itu.

"Abang Acik dah lain la sekarang...."Lisa bersuara suatu hari sewaktu menolongnya
menghidangkan makan malam.
"Dah berubah sangat..."
"Kan bagus macam tu....Lisa pun suka, kan?" Balas Siti.
"Tapi pelik....tiba-tiba je....mesti Acik dah putus ngan Rina...."Gumam Lisa perlahan. Siti
hanya diam.

Dia sendiri tidak berapa tahu tentang hubungan Wari dan Rina. Sejak pertengkaran di
rumah suatu masa dulu, Rina tidak pernah singgah di rumah itu lagi. Samada mereka
benar-benar putus atau sebaliknya, Siti tidak pernah tahu. Wari juga seperti tidak mahu
menyentuh perkara tersebut. Banyak perkara yang Siti ketahui adalah dari mulut Lisa. Lisa
yang tidak berapa gemarkan Rina. Ternyata gadis itu cukup gembira kalau benar abangnya
tidak menjalin hubungan lagi dengan Rina.

"Kenapa tak suka Rina?"Siti cuba mengorek suatu hari.


"Emm....Rina tu, tak friendly sangat la kak Siti. Kalau jumpa Lisa kat bandar memang dia tak
tegur...."Lisa memuncungkan mulut.
"Iye?...Kot-kot dia tak nampak Lisa tak?"
"Tak nampak apanye. Bersinggul bahu lagi. One more thing, dia suka lepak disko le Kak
Siti..."
"Mana Lisa tahu?"
"Lisa ramai member kat saner....."
"Oo....Lisa pun selalu lepak sana le ya?"Lisa tersengih, tersipu-sipu.
"Takdelah selalu kak Siti. Sesekali jer...itupun dulu-dulu.."Siti menggeleng. Apa yang best
sangat disko tu pun, dia tak tahu.

Wari juga sekarang ini agak rajin mengajaknya keluar. Kadang-kadang dengan Lisa.
Kadang-kadang dengan Didi dan Fifi. Kalau tak ke taman permainan, mereka akan pergi ke
kompleks-kompleks membeli belah. Ada jugalah sehelai dua pakaian yang Siti beli hasil dari
duit yang diberi oleh Mak Ungku tempohari. Separuh telah dikirimkan ke kampung,

60
separuh di serahkan kepada Melah untuk disimpan. Siti hanya simpan sedikit saja untuk
kegunaan harian. Dia masih ingat lagi kata-kata Mak Ungku sewaktu menyerahkan sampul
berisi wang gajinya itu.

"Siti, kalau Mak Ungku minta Siti terus kerja di sini untuk sebulan dua ni, macamana?"Siti
tergamam seketika. Wajah Mak Ungku yang jernih itu ditatap lama.
"Sambung kerja?"Mak Ungku mengangguk.
"Emm....kak Maria tak kisah ke?"
"Maria yang mahu Siti terus di sini. Dia belum sihat sepenuhnya, Siti. Makcik pun risau
dengan kesihatannya itu. Sebab tu makcik suruh dia duduk di sini dulu. Tak payah balik ke
rumahnya di Bangi tu.."Mak Ungku mengeluh.
"Emmm....saya...saya kena tanya dengan emak dulu, Mak Ungku. Sebab hari tu janji dengan
mak, sebulan aje..."Siti gigit bibir.
”Kalau macam tu, baguslah.....minta izin dengan orang tua dulu. Makcik tak paksa...."

Dan akhirnya Siti keluarkan kembali pakaian-pakaiannya yang telah siap dikemas
tempohari. Nampaknya dia terpaksa bersetuju untuk terus menetap di situ. Dia tidak
sampai hati hendak menghampakan permintaan Mak Ungku. Selebihnya dia simpati pada
Maria. Dia tahu Maria masih belum sembuh sepenuhnya. Pembedahan itu nampaknya tidak
sepenuhnya berjaya. Itu yang diberitahu Wari kepadanya tempohari. Ahh..Wari....Hati Siti
berdebar setiap kali membayangkan lelaki itu. Lelaki yang berbeza kini. Lelaki yang
renungannya begitu berlainan sekali. Seakan ingin menerobos ke seluruh jantungnya. Dan
Siti akui hatinya bukannya kuat sangat untuk menahan perasaan tersebut. Hatinya belum
cukup tega.

"Siti..."Wari menghampirinya suatu hari. Siti tergamam seketika. Wari yang segak berbaju
melayu, sedang berdiri betul-betul di hadapannya.
"Wari nak makan ker?"Siti cepat-cepat mencapai pinggan di rak.
"Nak....tapi dengan Siti..."Balas lelaki itu lembut.
"Emm....Siti makan kejap lagi. Tunggu Didi dan Fifi sekali..."Suara Siti bergetar. Dia cuba
mengawal perasaan. Kenapa gemuruh semacam?
"Tak....Wari nak ajak Siti makan .....kat luar.."Wari tersenyum. Siti pandang Wari, cuba
mengesan riak wajah lelaki itu.
"Dengan Lisa sekali?"
"Tak.....dengan Siti. Lisa makan dengan budak-budak tu nanti.."
"Tapi...."
"Saya dah bagitahu Lisa. Janganlah risau sangat...."Wari ketawa kecil.
"Lisa volunteer nak jaga budak-budak tu...."

Siti tarik nafas panjang. Ni mesti Lisa dah berpakat dengan abangnya. Lisa memang beriya-
iya mencadangkan agar dia keluar dengan abangnya itu. Memang Lisa suka melaga-lagakan
dia dengan Wari. Kadang-kadang Siti jadi malu dengan usikan Lisa yang melulu itu. Walau
di depan Wari. Tapi Wari tidak pula menunjukkan tanda-tanda marah. Malah, senyuman
lelaki benar-benar menggetarkan jiwa. Kenapa lelaki itu berubah tiba-tiba. Mana keegoan
dan kesombongan dia dulu. Adakah kerana perwatakannya yang telah berubah kini, telah
menghasilkan satu suasana yang berlainan? Sesuatu yang indah mungkin?

Untuk pertama kalinya, malam itu Siti memberanikan diri keluar berdua dengan lelaki itu.
Itupun setelah Wari beriya-iya mengatakan telah memaklumkan kepada Mak Ungku. Dan
berjanji untuk pulang sebelum jam sebelas. Hanya makan-makan, begitu kata Wari waktu
dia masuk ke dalam kereta. Lisa di muka pintu mengenyitkan mata. Suka benar gadis itu.

61
Dan Siti, hanya mendiamkan diri, selain memikirkan bagaimana keadaan dia malam itu.
Solekan nipis di wajahnya hasil tangan Lisa, adakah berlebihan? Blouse dan skirt
kembangnya adakah berpadanan? Ahh...segala-galanya diluar kawalan. Dia seperti menjadi
dirinya yang lain. Dia seperti sengaja membohongi hatinya. Melarikan diri dari seorang
lelaki untuk menerima seorang lelaki. Kenapalah aku ni lemah sangat! Siti menghela nafas.

"Kenapa Siti?"Wari menoleh sekilas."Kenapa mengeluh? Penat ye?"


"Eh, taklah...."Balas Siti perlahan. Dia mengangkat muka, memandang polos ke hadapan.
"Kita pergi kat depan ni je. Tak payah jauh-jauh. Sini pun makanannya sedap-sedap...."Wari
bersuara disulami ketawa kecil.

Dalam hati dia berasa senang sekali. Penerimaan Siti malam itu bagai membuka ruang baru
dalam hidupnya.

"Kalau makan ramai-ramai seronok juga.."Siti bersuara.


"Makan ramai-ramai dah selalu. Kali ni Wari nak kita berdua je..."Ishh....Siti jadi takut
mendengar perkataan tersebut. Dia gigit bibir kuat-kuat. Cuba meredakan debar di
dadanya. Janganlah dia nak beromantis pulak dengan aku....

Wari memperlahankan keretanya sebelum berhenti betul-betul di depan sebuah tasik. Siti
keluar, dan merasakan kedinginan malam itu. Bintang di langit bertaburan, tetapi angin
malam seolah-olah membawa petanda hujan. Dia mengekori langkah Wari yang bersahaja.
Agaknya Wari sudah selalu berkunjung ke sini. Kalau bukan dengan Lisa, pasti dengan
Rina. Tiba-tiba Siti terbayangkan Rina. Bagaimana hubungan mereka berdua. Kenapa Wari
mengajaknya keluar tidak Rina. Sudah putuskah mereka?

"Kita duduk sini je lah..."Suara Wari kedengaran. Siti tarik kerusi lalu melabuhkan
punggung.
"Siti nak makan apa?"Tanya Wari sebaik pelayan lelaki berbaju batik datang kepada mereka.
"Apa-apa saja..."Wari angkat kening. Dia tersengih. Gabra semacam je Siti ni......dia takut
dengan aku ke?
"Saya order, jangan Siti tak makan pulak...."Siti senyum sama. Silap-silap aku minum aje.
Malu punya pasal!

Terasa bagai tak lalu makan dibuatnya. Biasanya waktu makan begini, ada Didi dan Fifi
yang memeriahkan suasana. Kadang-kadang ada Lisa kalau dia tidak ke mana-mana. Kali
ini hanya mereka berdua. Dalam suasana, yang Siti tidak pernah membayangkan. Kalau
dulu, Wari selalu memberi alasan yang bukan-bukan bila mengajaknya keluar, kali ini
nampaknya dia berterus terang. Seolah ada keyakinan pada diri lelaki itu akhir-akhir ini.
Tutur katanya lembut, dan riak wajah ada ketenangan kini berbanding sewaktu awal
pertemuan mereka. Siti dapat rasakan perbezaan itu.

"Banyak perkara yang saya nak tahu pasal Siti sebenarnya...."Wari bersuara.
"Emm?"Siti angkat kening.
"Kampung Siti di mana?"
"Emmm..."Siti telan liur. "Kat Kota Tinggi.."
"Kota Tinggi tu kat Johor, kan?"Siti angguk.
"Mak ayah Siti?"
"Ada lagi."
"Mak ayah kerja apa?"
"Bapak noreh getah je. Mak tak kerja."Balas Siti jujur. Minuman yang dipesan sampai. Siti

62
menyedutnya seketika.
"Saya pernah ke Johor, Desaru Resort. Masa tu saya konvoi ke sana ramai-ramai masa hari
merdeka..."
"Oh....itu dah dekat sangat dengan rumah saya tu..."Siti tersenyum ceria.
"Dekat sangat?"
"Emmm..kalau ke Desaru, lalu kawasan kampung saya dulu...."
"Kalau gitu, boleh saya singgah rumah Siti..."Siti ketawa.
"Boleh....kalau awak datang Johor, jemputlah ke rumah saya..."Balas Siti lancar.
"Emm...minggu depan?"
"Ha?"Siti angkat muka. Wajah Wari dipandang lama. Biar betul mamat nih! Aku cakap
main-main je. Dia serius ke?
"Kenapa, tak boleh ke?" Dia ketawa kecil.
"Eh, awak ni, jangan main-main la...."Siti tarik muka.
"Takkan tak boleh saya nak datang rumah awak. Saya pun nak merasa kehidupan di
kampung sana..."
"Nak menoreh?"'Siti tergelak sama. Debarnya sudah menghilang. Dia rasa semakin selesa
berbual dengan lelaki itu.

Ternyata Siti, benar-benar berlainan dengan Rina. Wari dapat merasakannya. Dia tidak
berasa terdesak, atau rungsing. Berbanding dengan Rina yang selalu membentak dan sedikit
mendesak. Yang gemarkan hiburan. Yang tidak pernah memikirkan realiti kehidupan selain
dari keseronokan semata-mata. Sesuatu yang hilang dulu terasa terisi kembali. Hatinya yang
kering, kini basah disirami.

"Emm...itu gelang yang saya bagi hari tu ke?"Mata Wari tertancap pada pergelangan tangan
Siti yang bersinar. Siti cepat-cepat tarik tangannya. Dia tersipu. Ahh...kenapa lupa nak
tanggalkan?
"Semalam keluar lupa nak tanggalkan..."
"Kenapa nak tanggalkan pulak. Biarlah ia kekal di situ...kalau boleh
sampai bila-bila..."Siti hampir tersedak mendengarnya. Dia memalingkan wajah. Tak
sanggup dia menentang renungan lelaki. Issh....lain benar bunyinya. Hati Siti berdebar-
debar.
"Emm....yang warna hijau tu, mesti Mak Siti yang bagi?"Wari menunjuk ke arah seutas lagi
gelang yang melingkar di pergelangan tangan Siti. Siti menggeleng.
"Yang ni...."Dia teragak-agak. "Emm...Hadi yang beri hari tu....sebelum balik ke sini..."

Wari tarik nafas panjang. Tiba-tiba dia rasa menyesal mengemukakan pertanyaan itu .
Ahh...hati... bertenanglah. Kenapa perlu gugup, kenapa perlu berdebar. Wari cuba
meredakan perasaannya yang sudah mula tidak menentu.

"Siti suka pada Hadi, tu?"Wari tidak teragak-agaknya bertanya. Dia ingin tahu hati gadis ini
yang sebenar.
"Eh, tak lah...."Siti sedikit terkejut. Sekali berjumpa, takkan terus suka! "Emm.....tapi..dia tu
baik orangnya. Dengarnya....dah nak bertunang.."
"Iyer?"Wari agak terkejut. Dalam hatinya sedikit riang, tetapi dia cuba mengawal agar tidak
ketara kelihatan. Rasanya dia ingin tertawa sepuas hati mendengar perkhabaran itu.

Siti perasan perubahan wajah Wari bila mendengar katanya itu. Dia sedikit lega, walaupun
dalam hati rasa bersalah juga kerana membohongi lelaki itu. Dia tidak pernah tahu samada
Hadi sudah berpunya atau sebaliknya. Apatah lagi ingin bertunang. Dia cuma ingat kata-
kata Hadi sebelum dia bertolak pulang dahulu. Lelaki muda itu ternyata ingin menjalin

63
hubungan yang lebih istimewa dengannya. Bukan sekadar kenalan singkat. Semua itu
dinyatakan di dalam surat yang dilampirkan bersama gelang hijau tersebut. Kalaulah Siti
tahu maksud sebenar yang tersirat di hati Hadi, sumpah dia tak akan mengambil pemberian
tersebut. Dia takut Hadi salah sangka.

Dan kini, berhadapan dengan Wari, sesuatu yang sukar juga. Dia tidak ingin Wari anggap
dia punya apa-apa hubungan dengan Hadi. Dia seperti dapat rasakan perasaan Wari yang
berbunga terhadapnya. Dan perasaannya juga!

**********************************
"Betul ker kau nak ke Johor, Wari?"Mak Ungku kerut dahi memandang Wari yang kelihatan
ceria petang itu.
"Boleh tak Ma?"Wari duduk di sebelah, memaut bahu Mak Ungku.
"Nak buat apa?"
"Emm..saja. Nak rasa hidup di kampung. Siti kata sekarang ni musim durian." Mak Ungku
menggeleng. Hatinya sedikit berat melepaskan Wari.
"Lagipun, Wari bukan pergi sorang. Lisa pun ikut sama. Minggu depan kan cuti
sekolah."Wari memicit-micit bahu Mamanya.
"Lisa tu cuti. Tapi Wari kan kena ke pejabat. Siapa nak uruskan pejabat nanti?"
"Ala.....itu Ma jangan risau. Kat sana ramai pembantu Wari. Sebelum ni pun mereka yang
uruskan. Lagipun, Wari dah bagitahu Azimin......"Wari bangun, membetulkan seluarnya.
"Nanti apa kata keluarga Siti, Wari? Kau tak segan ke.."
"Ish...Ma ni....kan saya pergi dengan Lisa. Lagipun bukannya lama sangat...2-3 hari je..."Wari
membelek-belek wajahnya dicermin. Senyum tak putus-putus terukir di dua bibirnya.
Sekejap-kejap dia melihat jam tangannya.
"Ni bersiap-siap nak ke mana. Baru balik...dah nak keluar?"Mak Ungku tarik nafas panjang
melihat gelagat anak bujangnya itu. Perubahannya ketara benar. Dari liar, dia menjadi
sopan. Dari pemarah, menjadi girang begitu. Sedikit sebanyak dia berasa gembira dengan
perubahan itu. Tapi kadang kala, dia curiga juga.
"Saya nak keluar ni......nak gi tengok wayang!"
"Dengan Rina?"Wari tersengih.
"Tak, dengan Siti!"

Mak Ungku beristighfar dalam hati. Dia menghela nafas panjang. Ternyata apa yang dia
takutkan selama ini telah terjadi. Wari, Siti itu bukan untukmu!

**********************************
Genggaman tangan mereka terlerai. Siti tersenyum malu. Dia tidak tahu kenapa dia
membiarkan Wari menyentuh tangannya. Kalau boleh dia tidak mahu semua itu berlaku.
Dia berlari-lari anak. Meninggalkan Wari di gigi pantai. Terasa berat kakinya di selaputi
debu-debu pantai yang halus. Seketika dia menghela nafas. Angin yang bertiup
menyegarkan badan. Pandangannya dilemparkan. Memerhatikan susuk Wari yang
membongkok, mengutip kerikil-kerikil tajam. Bila Wari menoleh ke arahnya, Siti melambai
tangan.

Ahh...terlalu jauh aku dibawa keadaan. Tapi perasaan ini....bukan boleh disisihkan!

"Nak balik ker?"Wari mencungap bila sampai di depan Siti.


"Jom!"Siti membetulkan tudungnya.
"Cepat sangat la.."Muncung.
"Kata nak cari durian? Lisa dah lama tunggu kat rumah tu. Nanti dia merajuk."Siti tarik

64
muka. Mesti Lisa marah sebab tak ajak dia ke Desaru petang itu. Tapi Wari yang berkeras
tidak mahu membawa Lisa sama. Tak ada privacy, katanya.
"Esok kita pergi lagi...?"
"Esok kita dah balik KL...jangan perasan...."Siti ketawa kecil.
"Lain kali, saya nak datang sini lagi...."Wari mempercepatkan langkah, menyaingi Siti.
"Awak kawin le dengan orang Johor....tiap-tiap minggu boleh balik.."
"Dengan Siti?"Siti terdiam. Dia mengerling ke wajah Wari.
"Tak nak la..."Siti juih bibir.
"Ohh....lupa..Siti tak nak sebab...nak tunggu siapa tu...Zair...Huzair?"
"Wari!"Sepantas kilat jemari Siti sudah mengutil lengan Wari. Wari mengeliat kesakitan.
"Kan saya dah cakap jangan ungkit lagi cerita tu. Kalau saya tahu macam ni, tak nak saya
cerita kat awak!"Siti melajukan langkah. Dia terdengar derai ketawa Wari di belakang.
"Okay..okay..."Wari memaut lengan Siti. Siti membalikkan badan. Wajah mereka
bertentangan."Saya tak ungkit lagi....tapi ada syaratnya..."
"Apa syaratnya?"
"Jadi milik saya!"

Siti tersenyum. Dia tidak mahu menjawabnya, Biarlah hati saja yang berkata 'ya'

***********************************

Azimin resah di bangku. Melihat Maria yang masih lena di perbaringan. Pemandangan yang
biasa waktu petang-petang begini. Dia melonggarkan tali lehernya. Nafasnya yang turun
naik dibiarkan reda seketika. Perasaannya menjadi hampa. Bukan dia tidak pernah berasa
begitu. Tapi kali ini lebih-lebih lagi. Malah, mengetahui kepulangan Siti ke kampung
bersama Wari sebentar tadi, seakan meruntun segenap perasaannya. Apalah yang Wari buat
di sana? Kerja di pejabat ditinggalkan, semuanya dibiarkan orang lain yang uruskan.
Azimin berasa sebal dengan perangai Wari sejak akhir-akhir ini.

Dia turun ke dapur sebentar untuk mengambil minuman. Seketika pandangannya


bertembung dengan kelibat Kartini yang muncul dari bilik air. Kartini tersenyum penuh
makna sebelum masuk ke bilik belakang. Azimin menggeleng. Butang kemeja mula dibuka
satu persatu. Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke bilik yang sama.

bersambung

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 16 ::.


Posted on: May 08, 2004 - 08:34 PM by BF

Hari-hari yang dilalui semakin bermakna bagi Siti. Dia dapat merasakan semangatnya yang
berkobar-kobar tiap kali memulakan harinya. Perasaannya berkembang, sesuatu yang tidak
pernah dia rasakan sebelum ini. Amat berlainan. Dia ingin tersenyum setiap masa. Malah
adakalanya dia tertawa sendirian. Mengenangkan percutiannya tempohari di kampung.
Sesuatu yang lucu untuk diingat kini.

Wajah Wari kini sentiasa di ruang matanya. Entah kenapa. Perasaan halus yang menusuk-
nusuk dalam hatinya kini semakin bercambah. Kalau dulu, dia sering tertanya-tanya rasa
apakah yang selalu bermain dalam hatinya itu. Kini dia mula menyedari. Rasa yang hadir,
adalah rasa ingin memiliki dan dimiliki. Dimiliki seseorang. Dan disayangi. Seperti yang
Huzair selalu sebut-sebutkan dulu. Dan kini, dia telah faham keinginan itu.

65
Wari, lelaki yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk terus bertapak dalam hati.
Terlalu cepat dirasakan. Dia telah tewas dengan perasaannya sendiri. Walau dia seboleh-
bolehnya tidak mahu perasaan itu terus wujud dalam dirinya. Tapi Wari telah memulakan
segalanya. Wari telah menyuburkan rasa di segenap ruang hatinya. Ahh....kalaulah orang
tahu! Kalaulah Kak Melah tahu. Kalaulah Mak Ungku tahu. Alangkah tak patutnya dia
menyimpan perasaan sedemikian! Alangkah tidak bertimbangrasanya dia. Alangkah tidak
amanahnya! Hadirnya dia di sini adalah untuk mencari sesuap nasi. Bukan untuk mencari
cinta. Bukan untuk menjalin hubungan terlarang dengan sesiapa.

Siti cuba buangkan perasaannya jauh-jauh walaupun dia rasakan perasaan itu semakin
berkembang dalam dirinya. Setiap kali memandang lelaki itu, getar-getar dadanya semakin
membuak. Seakan ingin dia dampingi lelaki itu setiap masa. Seakan ingin dia sentiasa di
depan mata. Ahh....indahnya perasaan ini! Tidak pernah dia merasakannya. Bagaimana
untuk dia sengaja membiarkan ia terbuang begitu saja. Sedangkan ia terlalu indah!

Jadi milik saya! Siti tersenyum lagi. Bagai terngiang-ngiang perkataan itu
dipendengarannya. Walaupun dia tidak pernah berkata 'ya', tapi senyum dan riak wajahnya
sudah menggambarkan segalanya. Cukuplah hanya itu. Cukuplah hanya itu jawapan
darinya. Dia pasti Wari telah tahu segalanya. Tidak perlulah ungkapan cinta dari dua
bibirnya. Cukuplah hanya hati masing-masing yang mengerti antaranya. Siti pasti Wari tahu
apa yang bergejolak dalam hatinya. Wari tahu apa yang dia rasa. Dan begitu juga dia. Dia
tahu apa yang Wari rasa. Apa yang bergejolak dalam hatinya.
Tuhan, andai ini nikmat dari-Mu. Restuilah ia!

*********************************
Lenggok gadis itu tertangkap oleh matanya. Masih seperti dulu. Begitu lembut dan
mempesonakan. Suatu masa dulu lenggang lenggok itulah yang telah menghanyutkan
dirinya. Lemas dalam menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu. Kalaulah tidak kerana dia
sedar awal. Pastinya nasibnya masih seperti dulu. Terus hanyut, terus lemas. Wari
menggeleng. Dia memerhatikan langkah gadis itu yang semakin mendekat. Pandangan
mereka bertembung.

"Lama tunggu?"Suara halus itu kedengaran. Wari menggeleng, membetulkan duduknya.


"You nampak lain..."Rina merenung Wari lama. Wari hanya tersengih.
"I biasa je..."Wari mengalih pandangan. Malas dia hendak bertentang mata dengan
perempuan itu. Tujuannya hari itu hanya satu. Memberi kata putus. Dia tidak mahu Rina
terus mencarinya.
"I ada hal nak cakap dengan you..."
"Kalau ya pun...tunggulah I order minum dulu. You tak nak makan ke?" Rina mengangkat
tangannya pada waitress.
"Tak. I dah makan...."Balas Wari malas. Dia menunggu Rina selesai memberi pesanan.
"Tunggu I makan, okay. I lapar!"Rina ketawa kecil. Matanya galak bersinar, merenung Wari.
"I tak boleh lama, Rina.."
"You sengaja nak lari dari I...susah nak jumpa you sekarang. Hari ni, angin apa tiba-tiba ajak
I keluar?" Rina bersandar penuh gaya. Wari tarik nafas panjang.
"I nak ini pertemuan kita yang terakhir..."
"Maksud you?"
"Kita dah tak sama haluan, Rina. You lain, I lain....masa dah berubah..."Rina ketawa sinis.
Bibirnya menjuih.
"You nak jadi pak lebai, ke Wari?"Tawanya kedengaran.

66
"Patutlah sekarang ni I tak pernah lagi nampak you kat tempat kita. Member-member semua
tanya pasal you, Wari!"

Wari menggeleng. Dia menentang mata Rina. Rasanya perasaannya dia terhadap gadis itu
telah terhapus sama sekali. Dan dirasakan selama ini dia tidak pernah mencintai gadis itu.
Mungkin apa yang dia rasa selama ini hanyalah keseronokan semata-mata.

"Rina, dua orang kawan kita dah meninggal, Rina. You tak rasa insaf ke?"Suara Wari
lembut, cuba memujuk gadis itu.
"Diorang tu accident. Tak ada siapa sangka..."Balas Rina.
"Hari tu, you jugak yang sedih sangat..."
"Sebab I terkejut. "Rina muncung. "Memang I sedih....tapi yang pergi tetap pergi. Kita yang
hidup...teruskan hidup..."
"Tapi bukan dengan cara yang sama.."Rina mengeluh. Dia menggeleng.
"I suka dengan life I sekarang ni.."
"Nyawa kita ni bila-bila masa je boleh melayang , Rina..."
"Sudahlah Wari....you jumpa I ni nak suruh I jadi macam you ker? You nak berubah, you
berubah sorang-sorang. I belum lagi..."Rina menarik gelas minuman yang baru diletak
waitress. Dia menyedutnya lama.
"I nak you jangan buat lagi benda-benda yang kita enjoy kan dulu...semua tu maksiat,
Rina..."Rina tarik muka, malas hendak mendengar. Wajahnya dipaling ke arah lain.
Hasratnya untuk melepaskan rindu pada lelaki itu, hancur berkecai. Kali ini Wari benar-
benar lain. Betul apa yang dikatakan kawan-kawan mereka. Wari sudah berubah. Sudah
jadi orang berkerjaya. Gaya, pemikiran semua sudah berubah. Dan kini dia cuba mengubah
dirinya pula. Mana boleh dia tinggalkan semua itu dalam sekelip mata. Gila!

"I lakukan ini kerana I anggap you sebagai kawan baik I..." Rina mendengus.
"Hanya kawan?"Suaranya meninggi. "You dah usung I sana sini, sekarang you anggap I
hanya kawan?"
"Rina...I rasa apa yang kita lakukan selama ini adalah satu kesilapan. Kita hanya inginkan
keseronokan....kita tidak pernah serius dalam hubungan ini, bukan?"Wari memandang tepat
wajah Rina yang mencuka. Hilang kemanisan wajah itu.
"I serius...."
"Tidak....kalau you serius, you takkan keluar dengan lelaki-lelaki lain...."
"Tapi diorang tu semua member-member kita!"Suara Rina meninggi. Satu sikap Rina yang
paling Wari tidak gemari. Suka membentak.
"Itu sebab I tak rasa you serius dengan satu-satu perhubungan. Bagi you semua hubungan
sama saja. Asal dapat keseronokan..."
"You menghina I?"
"Tidak Rina....I nak kembali pada diri I seperti dulu-dulu....sebelum I kenal you....."Wari
bersuara perlahan.
"You nak tinggalkan I?"Rina tarik jemari Wari.
"I tak tinggalkan you. Kita tetap kawan. Tapi cara kita dah berbeza. Kita tak boleh jadi
macam dulu lagi....."Rina menggeleng. Wajahnya memerah.
"Tapi....I sayangkan you Wari.....I nak kita macam dulu......"Jemari Wari dikucupnya. Wari
mengeluh. Dia menarik kembali tangannya. Mengeluarkan not RM20, lalu disisipkan di tepi
gelas.
"I tak dapat tunggu you makan. I kena balik ofis..."Wari bersedia untuk bangun. Sepantas
kilat Rina menarik kembali tangan Wari. Wari merenung Rina tajam.
"I akan tetap cari you ....."Rina tersenyum nipis.
"Jangan Rina. Antara kita dah tak ada apa-apa. Biar I hidup dengan cara I. Dan....jangan cari

67
I lagi.."Wari merengus. Dia berpaling kasar, meninggalkan Rina terkebil-kebil sendirian.

*******************************
"Kak Siti!"Lisa terjengol tengah pintu. Siti bangun dari katil serta merta. Dia baru bercadang
untuk tidur sebentar petang itu.
"Kenapa Lisa?"Siti menghampiri Lisa yang berbungkus kepalanya dengan tuala. Baru dicuci
mungkin. Haruman syamfoo menerpa ke deria bau.
"Kak Mar panggil Kak Siti"
"Ha? Ada apa?"Dada Siti mula berdebar. Lisa menggeleng.
"Tak tahu. Pergilah naik atas. Kak Mar tunggu kat bilik dia..."Lisa berpaling lalu beredar. Siti
tahu Lisa perlu hadiri kelas tuisyen petang itu. Sebab itu dia tampak kelam kabut saja.

Siti terpacak seketika depan pintu. Dia tarik nafas panjang. Dadanya semakin berdebar. Tak
pernah-pernah Maria memanggilnya tergesa-gesa begitu. Apa yang tak kena? Apa yang
telah dia buat? Didi dan Fifi mengadu pasal aku ke? Siti rasa takut tiba-tiba. Dia bergegas
menukar pakaian. Menggantikannya dengan baju kurung biasa. Mungkin Maria tahu dia
selalu keluar sejak akhir-akhir ini. Mungkin Maria rasakan anak-anaknya terabai. Ahh....aku
juga yang ikutkan sangat ajakan Wari tu!

Siti menapak ke tingkat atas. Suasana petang yang sunyi itu menambahkan kekalutan
hatinya. Petang-petang begini, kalau tak menonton tv, Siti lebih suka melelapkan mata.
Kerana Mak Ungku dan Maria juga lebih suka memerap di bilik mereka. Hendak harapkan
Kartini untuk diajak berbual kosong, jangan diharap. Sejak akhir-akhir ini semakin bergaya
nampaknya wanita seberang itu. Solekannya juga agak berlebihan. Siti perasan juga, tapi dia
tidak berani bertanya lebih-lebih.

Siti mengetuk pintu beberapa kali. Tanpa menunggu jawapan dari dalam, Siti memulas
tombol. Suasana bilik tersebut agak suram kerana langsir tebal menutupi keseluruhan
tingkap. Bau ubat-ubatan mula menyengat hidung. Siti sudah terbiasa dengan keadaan itu.
Dia melihat Maria bersandar di kerusi empuk. Dengan buku tebal ditangan. Senyuman
terukir di bibirnya yang lesu. Tiada riak kemarahan pada wajah itu. Siti sedikit lega.

"Kak Mar panggil saya?"Siti bersuara perlahan. Maria mengangguk. Buku tebal diletak atas
meja kecil sebelah katil.
"Mari duduk dekat Kak Mar...."Suaranya perlahan, seakan berbisik saja kedengarannya. Siti
menapak ke depan. Duduk di birai katil, menghadap Maria. Dalam hatinya berdebar juga.
Entah apa yang hendak disampaikan Maria sebentar nanti.
"Emm.....macamana kerja kat sini, ok tak?"Maria memulakan bicara. Siti sedikit terkejut
dengan pertanyaan itu. Sudah hampir tiga bulan dia bekerja di situ. Baru hari ini Maria
bertanyakan perasaannya.
"Ok saja, Kak Mar..."Balas Siti pendek.
"Betul?"Siti angguk.
"Kak Mar minta sambung keja 2-3 bulan lagi, Siti tak kisah?"
"Tak kisah, Kak Mar. Mak izinkan.."Maria tersenyum.
"Siti sayang pada Didi dan Fifi?" Siti kerut dahi. Wajah Maria ditatap lama.

Dia memang sayang pada Didi dan Fifi. Anak-anak kecil itu amat akrab dengannya. Setiap
hari mereka menghabiskan masa bersama. Dengan anak saudara sendiri pun Siti tidak
pernah rapat selama itu.

68
"Saya memang sayangkan mereka, Kak Mar. Dah lama saya dengan diorang.....kalau saya
berhenti nanti, mesti saya rindukan mereka...."

Maria bangun tiba-tiba. Dia menapak ke tingkap. Menarik kain langsir, menjadikan suasana
bilik itu bertukar wajah. Jadi terang sedikit. Dia bersandar di tepi tingkap sambil badannya
menghadap ke arah Siti. Memandang Siti dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan
Siti.

"Kalau Siti terus menjaga Didi dan Fifi sampai bila-bila, mahukah Siti?"Maria bersuara satu-
satu.
"Sampai bila-bila?"Siti bangun. "Maksud Kak Mar?" Maria menghampiri Siti.
"Kak Mar mahu saya terus bekerja di sini?"Siti sedikit gusar. Dia mengalih pandangan.
"Bukanlah macam tu...."Maria tersenyum lalu memaut bahu Siti. Mengajak dia duduk
kembali di birai katil. Maria menggenggam tangan Siti erat. Pelakuan Maria hari itu benar-
benar membuat Siti keliru.
"Siti tahu kan........keadaan Kak Mar ni, memang dah tak ada harapan lagi...."Maria
mengeluh lirih. Matanya mula berkaca.
"Kak Mar janganlah cakap macam tu. Kan Kak Mar makin sihat ni..."Siti membalas
genggaman tangan Maria. Maria tersenyum tawar.

"Akak dah tak ada harapan Siti. Penyakit akak ni dah tahap kronik. Walaupun dah berjaya
dibedah, tapi sel barah akak tak mati sepenuhnya. Bila-bila masa ia boleh menyerang
semula. Akak hanya tunggu masa!"Maria mengesat pelupuk matanya yang bergenang.

"Kak Mar..."Siti tarik nafas, menahan pilu di dada. Simpatinya membuak-buak. "Tak baik
cakap macam ni, Kak Mar. Kak Mar janganlah berputus asa...."
"Akak bukan berputus asa......cuma.....akak redha..kalau dah memang ajal akak...."
"Ajal dan maut di tangan Tuhan, kak...."
"Akak tahu.....tapi sebagai manusia....bukankah kita diberi petanda. Dan penyakit
ini...sebagai petanda..."
"Dah la kak....jangan cakap pasal ni...."Siti geleng kepala. Hatinya ikut sebak mendengar
rintihan wanita itu.

Maria menarik nafas panjang. Jemari Siti masih dalam genggaman. Dipegang erat bagai tak
ingin dilepaskan. Siti merenung wajah lesu itu. Matanya yang bengkak. Tulang pipi
menonjol, sudah cukup menggambarkan betapa menderitanya dia menanggung sakitnya
itu. Siti tidak dapat bayangkan andai dia berada di tempat itu.

"Apa yang akak risaukan selama ini, adalah Didi dan Fifi. "Dia terhenti sebentar,
melemparkan pandangan ke tingkap yang terdedah.
"Mereka masih kecil dan masih perlukan kasih sayang dan belaian seorang ibu. Sudah
terlalu lama rasanya akak tidak mencurahkan semua itu...."
"Mereka faham akak tengah sakit..."
"Mereka terlalu kecil Siti. Akak tak sanggup nak tinggalkan mereka...."Maria mula teresak.
Dia menutup wajahnya dengan tapak tangan. Terhinggut-hinggut bahunya menahan
tangisan. Siti menyeka air matanya di hujung mata. Dia ikut sebak.
"Akak tak nak mereka hilang kasih sayang seorang ibu. Akak tak nak mereka hilang
perhatian...."Siti peluk bahu Maria, cuba menenangkannya.
"Akak tak nak mereka jatuh ke tangan orang lain, yang tak bertanggungjawab. Yang tak
dapat menjaga mereka dengan baik.."
"Sudahlah kak....jangan pikir yang bukan-bukan. Akak akan tetap jaga mereka...."

69
"Siti....."Maria mengalih pandangan. Menentang wajah Siti. Air matanya tak putus-putus
mengalir.
"Mahukan Siti terus menjaga Didi dan Fifi?"Siti termangu. Lidahnya kelu tiba-tiba.
"Mahukah Siti?"
"Emmm....err..Siti akan jaga mereka...janganlah akak risau..."
"Walaupun selepas ketiadaan akak nanti?"Siti terdiam. Dia tidak tahu apa yang perlu
dijawab.
"Mahukah Siti menjadi ibu kepada mereka?"Maria pegang kedua-dua bahu Siti.
"Maksud kak Mar?"

Maria melepaskan pegangan. Dia bingkas, lalu berjalan ke arah tingkap. Sekejap berpeluk
tubuh. Sekejap dia berjalan mundar mandir depan Siti. Siti berdebar-debar melihat sikap
Maria yang berlainan itu. Apa yang mengganggu fikirannya?

"Sudikah Siti menjaga mereka sebagai anak-anak Siti?"


"Saya tak faham Kak Mar..."
"Ganti tempat akak..."Maria terhenti, menelan liur. "Jadi ibu kepada mereka. Akak rasa
Sitilah orang yang paling sesuai untuk menggantikan tempat akak...."
"Gantikan tempat akak?"Siti jadi tidak sedap hati. Kenapa harus menggantikan tempat
Maria. Bukankah sekarang dia masih berkerja menjaga anak-anaknya. Bukankah itu sudah
memadai.
"Harapan akak, agar Siti dapat terus berada di sini, bersama mereka."Maria tersenyum.
"Tapi, itu mustahil kak. Lambat laun saya akan berhenti juga, dan pergi dari sini...."Siti
menggeleng. Mustahil bagi dia untuk terus menetap di sini. Sampai bila? Dia tetap orang
asing dalam rumah ini.
"Siti, akak ingin melamar Siti..."
"Melamar?"Dahi Siti berkerut.
"Melamar Siti bagi pihak Abang Min..."Maria mendekati Siti, lalu bertinggung di depan Siti
yang duduk di birai katil.
"Sudikah Siti menjadi isteri Abang Min?"

Siti kaku. Soalan apa ini? Wajah Maria yang murung di renung lagi. Benarkah apa yang aku
dengar?

"Jadilah isteri Abang Min, dan jadilah ibu kepada Didi dan Fifi....."Maria tersedu. "Jangan
hampakan akak!"

Pandangan Siti berpinar. Dia tak sanggup untuk mendengar lagi.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 17 ::.


Posted on: May 11, 2004 - 06:08 PM by BF

Permintaan itu terlalu berat baginya. Malah kalau dihempap batu sekalipun dia masih
mampu menampungnya. Tetapi yang satu ini bagai meregut segala ketenangannya selama
ini. Bagaimana dia harus memikirkannya? Bagaimana dia harus berkata 'ya' sedang dalam
hatinya berperang dengan segala kekusutan. Kekusutan yang bersimpul-simpul dan
akhirnya hanya menyesakkan kepala. Kenapalah dia harus menghadapi semua ni? Kenapa
dia harus tersepit dalam permainan ini? Sudah ditakdirkankah?

Adakah takdirnya sekusut ini?

70
Siti menghela nafas. Airmata yang tersisa di hujung mata diseka lagi. Dia mendongak,
menatap syilling yang berukir bunga teratai. Sudah ada bintik-bintik hitam pada permukaan
syiling itu. Mungkin begitu juga bintik-bintik hitam yang telah wujud dalam hidupnya.
Yang telah meragut ketenangannya selama ini. Siti jadi sesak nafas. Dia ngilu memikirkan
permintaan Maria siang tadi. Jantungnya bagai mahu luruh. Dia ingin lari kuat-kuat
tinggalkan bilik itu. Kalau boleh dia ingin lari terus dari rumah itu. Rumah indah yang telah
menjerat dirinya sendiri. Sampai hati Kak Mar!

Tahukah Maria yang dia begitu menghormati wanita itu? Begitu terhutang budi pada dia
dan Mak Ungku. Hinggakan untuk berkata 'tidak' pun dia jadi kelu. Untuk menggeleng pun
dia tak mampu. Sampai hatikah dia untuk menolak permintaan gila itu? Jadi isteri Azimin?
Ya, Allah.....dia tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Apa yang Maria fikirkan tentang
dirinya? Pengganti yang layak untuk menjadi ibu kepada Didi dan Fifi? Mustahil!

"Akak dah tak mampu bahagiakan Abang Min....akak rasa berdosa abaikan dia....akak...."
Maria tersedu lagi. Siti gigit bibir sampai sakit. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar lagi.
"Akak nak Siti dapat jaga Didi dan Fifi....abang Min...."Siti pejamkan matanya rapat-rapat.
Fikirannya terus melayang.

Dia sayangkan Didi dan Fifi. Dia sanggup untuk menjaga mereka. Tapi untuk mengahwini
Azimin.....dia tidak yakin dapat melakukannya. Lagipun dia tidak mengenali Azimin
langsung. Kenapa Maria begitu tekad ingin menyerahkan Azimin kepada orang lain.
Sanggup bermadu semata-mata mahu melihat suaminya bahagia kembali. Berbaloikah
pengorbanannya itu? Setakat untuk menjaga Didi dan Fifi dia masih boleh menggaji
pembantu rumah khusus untuk anak-anaknya itu. Kenapa mesti menyuruh suaminya
berkahwin lagi? Tidak kecewakah dia?

"Akak sudah lama izinkan Abang Min berkahwin lain, sebab akak dah tak dapat jalankan
tugas seorang isteri dengan sempurna. Sedangkan Abang Min masih perlukan itu semua.
Makan pakai dia pun tak terurus....."Maria bersuara lagi bila melihat Siti hanya mendiamkan
diri.
"Cuma akak nak pastikan calon pilihannya adalah tepat. Bukan saja untuk menjaga
dirinya....tetapi juga Didi dan Fifi.....itu yang lebih penting..."
"Biarlah Abang Min saja yang tentukan kak....biarlah dia yang cari calonnya sendiri...."
"Abang Min pilih Siti...."Siti bulatkan mata. Dia bagai tidak percaya.
"Maafkan akak Siti. Akak yang cadangkan Siti....dan Abang Min setuju....dia tak kisah...."

Apalah yang hendak dikata! Siti bagai bermimpi. Azimin telah memilih dirinya. Begitu
mudahnya. Tidak terfikirkah lelaki itu untuk mencari gadis yang lebih sesuai untuk dirinya.
Gadis korporat, atau gadis berkerjaya yang setaraf dengan kedudukannya. Kenapa mesti
dia? Adakah kerana cadangan Maria? Ahh.....Kak Mar...kenapa dia juga yang menjadi
pilihan?

"Jangan hampakan akak, Siti....sebelum akak tutup mata..."


"Kak Mar, janganlah cakap macam tu.....akak buat saya serba salah...."Siti menggeleng
kepala.
"Siti sudah ada orang lainkah?"Siti menggeleng lagi.
"Siti tak nak khianati akak...."Maria pegang kedua-dua bahu Siti. Dia tersenyum tawar.
"Bukan Siti khianati akak....itu permintaan akak sendiri...."
"Akak tak kecewa?"

71
"Akak lebih kecewa kalau Siti menolaknya"

Siti tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan. Dia jadi buntu. Maria sedikit mendesak.
Sampai begitu sekalikah harapan Maria terhadapnya?

*************************
"Makcik tak paksa Siti untuk terima cadangan Maria tu..."Mak Ungku merenung wajah Siti
yang sembap. Semalaman Siti tidak lena tidur memikirkan keputusannya. Pagi itu dia betul-
betul rasa lemah dan tak bermaya. Dia rasa bagai ingin demam.
"Tapi, makcik pun tak dapat nak halang hasrat Maria..."Dia mengeluh, menunduk seketika.
Riak-riak air kolam yang tenang sesekali bersinar terkena cahaya matahari pagi. Pagi yang
dingin. Sedingin perasaan Siti.

"Sudah lama Maria berhasrat untuk mencari pengganti dirinya. Dia tahu dia tak lama. Dia
benarkan Azimin berkahwin lain, kerana Maria sendiri sudah tidak dapat memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri. Sudah 2 tahun dia menanggung sakit. Kali ini keadaan dia
semakin membimbangkan." Siti mendiamkan diri, mendengar butir-butir kata yang keluar
dari mulut Mak Ungku. Dia sendiri kehilangan kata.

"Maria menghidap barah rahim. Rahimnya telah dibuang masa pembedahan pertama dulu.
Dia tidak boleh mengandung lagi..."Mak Ungku menarik nafas panjang. Matanya mula
berkaca.
"Hasratnya hanya satu. Ingin melihat Didi dan Fifi mendapat kasih sayang dari orang yang
sepatutnya. Dia memilih Siti kerana percaya Siti dapat memikul tanggungjawab itu.."
"Saya....."Siti telan liur.
"Makcik cuba halang hasratnya dulu, tapi dia berkeras. Katanya ini pengorbanannya yang
terakhir. Dia terlalu sayangkan suami dan anak-anaknya...."Air mata diseka perlahan. Wajah
tua itu murung, sarat dengan kesedihan.
"Makcik tahu, amat sukar bagi Siti..."
"Saya..."Siti menggeleng kepala.
"Saya ...tak tahu nak buat apa, Mak Ungku...Saya buntu."
"Jangan paksa diri Siti. Semuanya terpulang pada Siti...."
"Saya perlukan masa, Mak Ungku.."Hanya itu yang mampu dia katakan. Dia tidak boleh
berjanji apa-apa. Hatinya berbelah bagi. Antara pendirian dan simpati.

Mak Ungku genggam tangan Siti. Renungan mereka bertaut. Siti jadi resah sendiri. Dia tahu,
dia tidak akan sampai hati untuk menghampakan Mak Ungku. Walaupun orang tua itu
tidak memaksa, tetapi jauh di sudut hatinya, Siti tahu dia juga mengharapkan kebahagiaan
Maria. Membahagiakan Maria dengan cara memenuhi permintaannya. Permintaan terakhir,
bolehkah dianggap begitu? Maria begitu tega. Merelakan dirinya untuk berkongsi kasih
dengan wanita lain. Tidak sedihkah Maria bila melihat suaminya bergandingan dengan
wanita lain. Tidak kecil hatikah dia bila melihat anak-anaknya bermanja dengan orang lain.
Dan sanggupkah Siti menjadi orang pengantara itu? Melukakan hati Maria sekaligus
meragut kasih sayang mereka. Tapi...Maria juga yang bersungguh-sungguh mengharapkan
dia. Maria yang nekad. Dia ikhlas ingin membahagiakan suaminya. Itu yang dia kata.
Azimin bagaimana? Kenapa dia tidak membantah saranan gila Maria itu. Ataupun kalau
benar dia ingin berkahwin lain, kenapa tidak dicari wanita-wanita yang lebih sesuai
dengannya. Kenapa pilih dia?

**********************************************
Wari hairan. Sejak 2-3 hari kebelakangan ini Siti kelihatan berlainan benar. Kalau dia pulang

72
dari pejabat, jarang benar dia melihat Siti di luar. Kalau dulu Siti selalu menyambutnya di
kerusi batu tepi kolam. Dan gadis itu akan tersipu-sipu tiap kali disapa olehnya. Wajahnya
memerah, terserlah disebalik senyumannya itu. Dan Wari berasakan getaran dadanya
semakin kuat setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Ahh....tak sanggup lagi rasanya
menyimpan rasa!

Hari ini Siti suram lagi. Wari jadi lesu. Dia jadi tidak bersemangat. Senyuman Siti tidak
kelihatan lagi. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang membuat dia berubah laku? Wari sedari
Siti seakan ingin menjauhkan diri darinya. Sudah mahu lari-lari. Kalau di meja makan, dia
hanya diam. Tiada lagi renungan mata yang penuh makna. Atau senyuman yang
menggegar jiwa. Siti jadi seperti dulu-dulu, waktu kali pertama berjumpa. Polos dan dingin.
Kenapa dengan dia?

Perlukah dia bertemu Siti dan bertanyakan masalahnya? Atau perlukah dia curahkan
perasaannya saat itu juga? Mustahil Siti tidak menyedarinya. Mustahil Siti tidak
mengendahkannya. Kenangan di kampung tempohari masih segar dalam ingatannya.
Layanan mesra Siti dan keluarganya bukankah menggambarkan perasaan gadis itu
terhadapnya. Atau Siti hanya berpura-pura? Berpura-pura mesra dengannya supaya dia
tidak hanyut kembali kepada zaman silamnya. Berpura-pura untuk memberi semangat
kepadanya. Kemudian, setelah dia mendapat keyakinan, Siti akan berlalu pergi. Begitu?

Mustahil. Mustahil Siti hanya berpura-pura. Kerana dia sendiri yakin akan perasaan Siti
terhadapnya. Walaupun gadis itu tidak pernah mengiyakan, apatah lagi melafazkan, tapi
gerak lakunya sudah cukup menggambarkan segalanya. Wari yakin. Dia tidak bertepuk
sebelah tangan. Tapi kenapa gadis itu menjauhkan diri tiba-tiba. Apa yang telah dia
lakukan? Adakah Siti tahu pertemuannya dengan Rina tempohari? Mustahil! Wari tidak
fikir Siti menjauhkan diri darinya kerana Rina. Gadis itu telah lama dia tinggalkan. Dan dia
memang bercadang untuk memberitahu Siti tentang hubungannya dengan Rina yang telah
berakhir.

Selepas itu dia bercadang untuk memaklumkan hasratnya kepada Mama. Hasrat untuk
memiliki Siti. Dia ingin Siti jadi miliknya. Dia ingin Mama tahu dan sekaligus merestuinya.
Sudah kerap kali dia membawa Siti keluar tanpa pengetahuan Mama. Dia tidak mahu
Mamanya beranggapan bukan-bukan terhadap mereka, lebih-lebih lagi terhadap Siti.
Kerana itu Wari bercadang untuk menemui Mamanya nanti. Dia inginkan hubungan yang
lebih bermakna dengan Siti. Kerana dia rasakan hatinya cukup bersedia untuk itu. Bila
Mama tanya tentang hubungannya dengan Rina, dia akan katakan semuanya telah selesai.
Dia dan Rina sudah berpisah, atas kehendak hatinya sendiri. Pasti Mama juga gembira
kerana sedari dulu dia kurang berkenan dengan pelakuan Rina. Wari sedari itu.

Wari tidak kisah walau Siti gadis kampung. Yang kecil-kecilnya dulu ralit bermain dengan
getah sekerap. Yang pakaiannya saban hari hanya baju kurung atau berkain batik. Dia tidak
kisah semua itu. Baginya yang penting hati dan perasaan. Perasaannya terhadap gadis itu
bukan dibuat-buat. Dia serius. Dia ingin tinggalkan semua kegiatan silamnya yang bukan-
bukan. Dia ingin jadi orang yang lebih bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya kalau
bukan pada orang lain, pada dirinya sendiri. Dan saat ini, dia berasakan sudah sampai
masanya untuk dia mendampingi seseorang yang diperlukan sepanjang hidupnya. Dan
orang itu adalah Siti.

********************
Mak Jah melepaskan helaan nafas. Wajah anak daranya yang bersandar di tepi pintu di

73
pandang lama. Rasa kesian pula dia pada Siti. Tidak habis-habis dia dibebankan dengan
masalah seperti ini. Kalau dengan Huzair dulu, dapatlah juga dia memberi alasan. Kali ini
nampaknya payah benar dia hendak membuat keputusan. Mak Jah sendiri tidak tahu,
siapakah yang Siti inginkan. Setahunya Siti tidak berkawan dengan sesiapa. Lelaki yang
dibawa balik tempohari itu, juga dinafikan. Walaupun Mak Jah suka benar dengan anak
muda itu. Sopan dan tidak banyak kerenah walaupun terpaksa tinggal di rumah buruk
mereka itu. Selalunya anak-anak orang senang ini tidak betah tinggal lama-lama di rumah
kampung begitu. Kemudahan kurang, tak ada hiburan. Tetapi anak muda tempohari
gembira benar menghabiskan cuti di sini.

"Kesian Kak Mar tu, mak....."Siti memecah kesunyian. Pandangannya tidak beralih, masih
tertancap ke luar sana.
"Habis tu...Siti nak terima semata-mata kesian?"Mak Jah mendengus. Tangannya ligat
memarut batang ubi, untuk dibuat opak-opak.
"Siti tak sampai hati..."
"Itulah Ti.....selalu tak sampai hati. Dulu Huzair tu, boleh pulak Siti tolak...."Siti toleh ke arah
Mak Jah. Dia muncungkan mulut.
"Huzair lain mak. Dia boleh cari lain. Tapi Kak Mar ni.....beriya-iya sangat...."
"Mana ada orang beriya-iya nak bermadu, Siti?"Mak Jah berhenti memarut. Rasa lenguh
pula tangan tuanya.
"Ini...siap dicarikan madu untuk suaminya...sanggup dia..."
"Entahlah mak, Kak Mar tu macam dah putus asa...."Balas Siti lemah.
"Kesian Siti tengok dia..."
"Tak habis-habis kesian dengan orang, diri sendiri yang merana..."Rungut Mak Jah,
melunjurkan kakinya seketika. Tinggal 2-3 biji ubi lagi yang perlu diparut.

Siti berinsut mendekati ibunya. Tangannya menguis-nguis sisa ubi kayu yang berkecah
sekeliling dulang. Bau ubi kayu yang diparut kuat menusuk hidung. Pagi esok dia akan
kembali semula ke KL. Dia akan berterus terang dengan Maria tentang keputusannya. Dia
sudah bincangkan perkara itu dengan kedua orang tuanya. Entah. Agaknya inilah suratan
hidupnya yang telah ditentukan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu?

"Abang akan cuba kenali Siti, dan Siti pun cubalah kenali abang secara perlahan-lahan.......
abang takkan paksa Siti untuk terima abang..."Azimin bersuara sewaktu menghantarnya ke
puduraya tempohari. Kali pertama dia berbual dengan lelaki itu setelah diizinkan Maria.

"Cinta tak boleh dipaksa...tapi..abang ikhlas terima Siti.."Siti mendongak, menatap wajah
lelaki itu. Pandangan yang bertaut, masih sukar dimengertikan.

bersambung...

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 18 ::.


Posted on: May 20, 2004 - 01:12 AM by BF

Pagi itu, Siti terjaga awal kerana mendengar keriuhan di luar bilik. Dia menjenguk ke luar
tingkap melihat pemandangan yang masih kelam. Jam loceng di atas meja dikerling sekilas.
Baru pukul 6.00 pagi. Apa yang kecoh sangat? Dia menguap sambil mengeliat. Membiarkan
tulang temulangnya mengeluarkan bunyi, yang sedikit melegakan. Seketika dia bersandar
di dinding, dengan kaki melunjur, masih dengan selimut paras pinggang. Pagi itu tidak
hujan, tetapi dinginnya menusuk ke tulang hitam. Siti mengeliat sekali lagi sebelum

74
merebahkan kembali tubuhnya. Dia ingin menghabiskan sedikit masa lagi. Sementara Didi
dan Fifi masih bercuti, dia punya sedikit masa untuk menyambung tidur. Tidak perlu
terkocoh-kocoh menyiapkan mereka berdua. Biasanya waktu cuti sekolah, jam 8 atau 9 baru
mereka bangun mandi.
Malam tadi, sebaik sampai dari kampung, dia tidak sempat menemui Maria bagi
menyatakan keputusannya. Maria telah lama lena. Wari juga tidak kelihatan, walaupun
kadangkala Siti rasakan perasaannya seperti terdesak untuk bertentang mata dengan lelaki
itu. Dan berbual-bual seperti biasa. Sudah lama rasanya mereka tidak berbicara. Siti rasakan
satu kejanggalan, tapi dia tahu itu yang sepatutnya berlaku antara mereka. Jangan biarkan
perasaan itu terus menguasai jiwa mereka.

Kelopak matanya yang semakin memberat mula dirasakan tidak mampu lagi ditahan. Siti
membetulkan duduk kepalanya, bila sayup-sayup dihujung telinga dia mendengar ketukan
di pintu. Siti mengamati lama. Ada suara garau di luar sana. Siti bingkas semula. Dia
menguap sekali lagi. Rasa marah tiba-tiba menerjah dalam hati. Tapi digerakkan juga
kakinya melangkah ke pintu. Kalau bukan Kartini, pasti Lisa yang mengganggunya
pagi-pagi itu.

"Siti..."Suara itu kedengaran sebaik pintu dibuka. Siti mendongak. Wajah Azimin yang
segar, dengan baju sejuk tebal terjengul depan mata. Siti sedikit kaget.
"Err..."Suaranya bagai tersekat di kerongkong.
"Maaflah kalau menganggu Siti pagi-pagi ni.....err....boleh tak Siti tolong siapkan Didi dan
Fifi?"
"Nak ke mana?"Siti membetulkan rambutnya. Sedikit segan dia dengan keadaannya pagi
itu.
"Abang nak ke hospital, nak hantar Maria..."Azimin menunduk.
"Kenapa dengan Kar Mar? "Suara Siti sedikit kuat.
"Dia pitam dalam bilik air pagi tadi...abang kena hantar sekarang. Siti tolong kejutkan Didi
dan Fifi, suruh mereka bersiap. Pukul 8 nanti, abang balik ambil mereka."
"Ya Allah..."Keluh Siti. Dia menggeleng kepala. Terbayang wajah Maria yang pucat lesu.

Azimin berpaling, tetapi menoleh kembali setelah menapak beberapa langkah. Dia
merenung Siti lama.

"Err...Siti jangan lupa bersiap sekali ye. Kita pergi sama-sama.."Azimin tersenyum. Siti
mengangguk, tapi masih lagi tercegat di muka pintu. Dia memerhatikan langkah Azimin
yang pantas tapi kemas. Kasihan Azimin! Begitu sabar melayan sakit pening Maria.
Mungkin juga kesetiaan Azimin itulah yang membuatkan Maria rela untuk berkongsi kasih.
Rela untuk berkorban demi kebahagiaan suaminya.

Siti membersihkan diri dan mengemas bilik sebelum naik ke tingkat atas. Dia mengejutkan
Didi dan Fifi yang masih lena. Menyuruh mereka mandi dan bersiap sementara menunggu
Azimin pulang. Sementara itu , Siti turun ke dapur semula menyiapkan sarapan. Sekadar
roti bakar dan susu, rasanya cukup untuk mengalas perut. Dia tidak sempat untuk
menggoreng mee atau cucur kodok. Kartini pula kelihatannya seperti baru sampai pagi itu.
Dia kelihatan seperti tidak cukup tidur. Tetapi sempat melemparkan senyuman pada Siti.
Sesuatu yang tidak terduga oleh Siti.

"Tak sihat ke, Kak Tini?"Tegur Siti.


"Emm...biasa-biasa saja.."Dia membalas agak ramah. Beg berisi pakaiannya di letak atas
meja.

75
"Kejap lagi, saya nak ke hospital dengan Didi dan Fifi..."Siti memasukkan roti bakar dalam
bekas kecil.
"Ke rumah sakit?"Siti angguk.
"Emm...Kar Mar tak sihat....kena masuk hospital..."Balas Siti lagi. Kartini diam.
"Kamu pergi dengan siapa, Wari ya?"
"Tak...dengan Abang Min. Kejap lagi dia balik ambil Didi dan Fifi. Kak Tini mahu ikut
sekali?"
"Err..eh ...nggak usah lor. Kok makannya siapa yang mahu bikin...Mak Ungku butuh saya di
sini...."Siti senyum.
"Kalau gitu, saya naik atas dulu ye. Tengok budak-budak tu...."Kartini tidak menyahut.

Siti naik semula ke atas mendapatkan Didi dan Fifi. Mengajak mereka turun untuk
bersarapan. Selesai sarapan mereka menunggu Azimin di ruang tamu. Hampir jam 9 baru
kereta Azimin masuk ke perkarangan rumah. Azimin kelihatan sedikit mengantuk, tetapi
dia tersenyum bila terpandang Siti. Didi dan Fifi terus mendapatkan Papa mereka.

"Kita nak ke mana ni, Pa?"Didi mendongak, menarik tangan Azimin.


"Kita ke hospital ye sayang. Mama ada di sana..."Azimin mengusap rambut Didi, kemudian
dia mendukung Fifi.
"Siti masuk kereta dulu, Abang naik atas kejap, jumpa Mama..."
"Abang nak bawak Mak Ungku sekali, ke?"Tanya Siti.
"Tak lah...abang nak bagitahu Mama supaya jangan bimbang. Petang nanti lepas zohor, baru
Mama datang..."Balas Azimin sebelum melangkah.

Mereka sampai di Hospital pakar jam 10. Maria ditempatkan di wad pertama. Sampai di
sana, mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik kerana Maria masih dalam rawatan. Setengah
jam kemudian barulah doktor keluar dari bilik. Doktor berbangsa Sigh itu bercakap sesuatu
pada Azimin. Berkerut-kerut wajah Azimin mendengar kata-kata doktor tersebut. Siti hanya
memerhati dari jauh. Sambil memangku Fifi yang masih menangis sedari tadi. Setelah
doktor beredar, Azimin menggamit mereka masuk ke dalam bilik.

Maria yang terlantar masih belum sedarkan diri. Urat-urat mengandungi cecair berselirat di
pergelangan tangan. Wajahnya pucat, dan ada kesan lebam di dahi. Menurut Azimin, dahi
Maria terhantuk di tub mandi ketika dia jatuh tersembam. Fifi menangis sambil memeluk
Mamanya yang kaku itu. Terpaksa pula Siti memujuknya, takut-takut kalau Maria terjaga
dengan tangisan Fifi itu.

"Kita tunggu sampai Kak Mar sedar ye?"Azimin menarik kerusi ke arah Siti. Siti segera
melabuhkan punggung sambil meriba Fifi. Renungan Azimin tepat di wajahnya.
"Siti lapar?"Siti menggeleng.
"Dah sarap kat rumah tadi dengan Didi dan Fifi..."Dia melemparkan senyuman.
"Abang minta maaf kalau menyusahkan Siti..."
"Tak laa..."
"Siti sedia tanggung ini semua?"
"Maksud abang?"
"Permintaan Kak Maria..."Siti menunduk. Hatinya jadi tidak keruan. Dia jadi serba salah.
Dia sudah maklumkan pada Azimin tempohari. Dia perlukan sedikit masa untuk lebih
mengenali lelaki itu. Mereka perlu menyesuaikan diri. Siti sendiri akan cuba
memperuntukkan masa untuk mendekati lelaki itu. Mungkin dengan cara itu mereka akan
lebih kenal diri masing-masing. Mereka perlu saling mengenali sebelum perkahwinan
itu berlangsung. Dan perkara itu yang hendak dinyatakan kepada Maria nanti. Malangnya

76
Maria sudah tidak sedarkan diri.

"Kenapa abang terima permintaan Kak Mar?"Siti mendongak kembali, menentang mata
Azimin. Azimin tarik nafas panjang.
"Kerana abang dah jumpa calon yang sesuai..."Balasnya lambat-lambat.
"Siti?"Dia mengangguk.
"Tapi abang baru saja jumpa Siti. Abang belum mengenali Siti..."

"Sebab itu abang ingin kenal Siti lebih dekat lagi. Bila Kak Mar cadangkan abang supaya
berkahwin lain, abang tak nak fikirkan sangat. Lagipun, abang tak jumpa lagi orang yang
sesuai untuk menjaga anak-anak abang. Tapi, abang kasihankan Maria....."Dia melemparkan
pandangan ke luar.

"Abang tak nak lukakan hati dia, tapi dia yang mendesak abang supaya berkahwin lain. Dia
rasa bersalah kerana mengabaikan abang......"
"Tapi, abang tidak mencintai Siti bukan?"Siti memberanikan diri bertanya. Dia memandang
Azimin, mencari reaksi lelaki itu. Azimin gigit bibir. Dia merenung Siti lama. Bibirnya
mengukir senyuman.
"Siapa kata?"Siti diam. Hatinya jadi tidak keruan. Dia jadi tidak berani menentang wajah
lelaki itu.
"Cinta boleh dipupuk, Siti. Yang pasti, abang sukakan Siti sejak pertama kali jumpa Siti di
airport dulu....."Sambungnya, tersenyum nipis.

Siti memeluk Fifi erat. Sambil itu direnungnya wajah Maria yang tidur lena. Setiap kali
memandang wajah itu, dia jadi serba salah. Dia tidak tahu adakah keputusannya itu betul
atau sebaliknya. Dalam keadaan Maria begini, adakah dia patut meneruskan permintaannya
itu. Adakah wajar? Ah...Kak Mar...sedarlah cepat. Banyak perkara yg Siti ingin katakan ini!

Pintu diketuk dari luar, dan mereka serentak mengalih pandangan. Wajah Wari yang
terjengol di muka pintu, sedikit mengejutkan Siti. Pandangan mereka bertembung, dan Siti
lihat ada kekerutan pada wajah lelaki itu. Wari masuk, tersenyum tawar. Nyata, dia sendiri
gamam melihat dua manusia di bilik itu. Hatinya jadi berdebar. Sudah lama rasanya dia
tidak berbicara dengan Siti. Dan kali ini mereka bertemu semula, tetapi dalam suasana yang
sungguh tidak disangka. Kenapa Siti berada di sini? Adakah dia menemani Didi dan Fifi
atau Azimin sendiri. Hati Wari jadi geram tiba-tiba. Cepat-cepat pandangannya dialihkan
kepada Azimin. Perlahan dia mendekati lelaki itu.

"Ri dengar Kak Mar jatuh kat bilik air tadi?"Suaranya mendatar. Azimin mengangguk.
"Subuh tadi, abang tengah tidur masa tu...dia ke bilik air..."Balas Azimin.
"Macamana keadaan dia?"
"Belum sedar lagi....tapi doktor kata tak berapa bagus...."Wari menghela nafas.
"Mama tak ikut sekali?"
"Petang nanti abang ambil dia....pagi ni biarlah Mama rehat je...kau dari mana ni?"Wari
duduk di sebelah Azimin. Pandangannya terarah kepada Siti. Siti cuba tersenyum tapi tiada
balasan.
"Dari ofis...."
"Kau kemana semalam? Mama cakap kau tak balik rumah?"Azimin berkerut memandang
Wari. Wari terdiam seketika, memainkan hujung jarinya. Seperti keberatan dia untuk
menjawab.
"Tak kemana..."Balasnya malas. "Lepak rumah member jap...."

77
"Abang ingat tak balik ofis ari ni...nanti Wari tolong jumpa Mr. Hendra, supposed abang ada
appointment dengan dia hari ni..."Wari tidak menjawab.

Hanya matanya yang tancap memandang Siti. Sehingga Siti jadi serba salah sendiri. Tak
sanggup rasanya dia bertentang mata dengan lelaki itu. Perasaannya bergejolak. Kalau
ikutkan hati, dia ingin keluar saja dari bilik itu. Tak mahu dia berhadapan dengan kedua-
dua lelaki ini.

"Siti buat apa kat sini?"Wari bersuara semula.


"Abang ajak dia tadi. Temankan Didi dan Fifi ni...."Azimin membalas. Wari hanya tersengih.
Dia menggeleng kepala beberapa kali.

*********************************
"Kak Mar tu dah gila ke Ma?"Wari bangun dari kerusi. Hatinya panas, bagai disimbah
dengan api.
"Kenapa ni, Wari?"Mak Ungku pandang wajah Wari yang memerah. Terkejut dia bila tiba-
tiba Wari masuk ke bilik dan marah-marah begitu. Semalaman dia tidak pulang ke rumah,
balik-balik terus meninggikan suara.
"Wari dengar Azimin nak kawin dengan Siti?"Wari berpaling, menatap wajah ibunya. Mak
Ungku mengeluh.
"Betul ke Ma?"
"Kenapa Ri tak tanyakan sendiri pada Maria?"
"Wari pergi ke hospital tadi. Kak Mar belum sedar lagi. Lagipun Azimin dengan Siti pun
ada kat sana...."
"Habis tu, kenapa tak tanyakan pada Azimin?"Wari mendengus.
"Saya nak tanya pada Mama...betulke diorang tu nak kawin?"Wari berganjak ke arah Mak
Ungku.
"Emm....dah Maria yang minta begitu..."
"Tapi, kenapa?"

Mak Ungku menggeleng. Dia sendiri sukar untuk menjawabnya. Biarlah Maria saja yang
menerangkan kepada adiknya ini.

"Takkan Kak Mar senang-senang bagi Azimin kawin. Kak Mar kan tengah sakit..."
"Wari...."Mak Ungku sentuh bahu Wari. "Ini atas persetujuan Maria sendiri. Dia mahu
suaminya berkahwin lain. Maria dah lama sakit, Wari. Azimin pula perlukan seseorang
yang dapat menguruskannya. Mama dah cuba pujuk Maria, tapi dia tetap bertegas. Dia
mahu Siti jaga anak-anak dia..."
"Tapi kenapa Siti, Ma?"
"Kenapa? Wari tak suka ke? "Mak Ungku renung sayu wajah Wari. Dia bagai dapat meneka
hati anaknya itu.
"Kenapa tak orang lain?"
"Wari sukakan Siti?"Wari mendongak. Bibirnya kelu tiba-tiba. Dia tarik nafas panjang.
Kalaulah Mamanya tahu!
"Kenapa Kak Mar sanggup bermadu?"Wari tekup muka dengan tapak tangan. Diraup
wajahnya beberapa kali. Yang sebenarnya, dia tidak kisah kalau Azimin ingin berkahwin
lagi. Dia sendiri tahu, keadaan Maria yang tidak mengizinkannya untuk melayan suaminya.
Tambahan, Maria sudah tidak mampu melahirkan zuriat. Sebagai lelaki, Azimin ada hak
untuk berkahwini lain. Tapi kenapa memilih Siti. Bukankah ramai lagi perempuan lain yang
boleh dijadikan isteri. Kenapa mesti Siti?
"Siti setuju?"Mak Ungku menggeleng.

78
"Mama tak tahu..Wari tanyalah dengan Siti sendiri..."

Wari tekup mukanya. Dia rasa benar-benar kecewa. Patutlah Siti menjauhkan diri darinya.
Rupa-rupanya kasihnya telah beralih arah. Andainya benar begitu!

****************************************************
Maria menggenggam tangan Siti erat. Siti rasakan kedinginan tangan itu. Tapi hatinya
sedikit gembira. Maria sudah mula sedar, dah bibir lesunya masih mampu mengukir
senyuman walaupun tampak payah benar. Siti berganjak mendekatkan telinganya ke mulut
Maria. Mulut Maria bergerak-gerak membisikkan sesuatu.
"Abang Min......"
"Abang Min keluar makan, Kak Mar....dengan Didi dan Fifi..."Siti tersenyum.
"Siti... tak makan?"
"Belum...."Siti menggeleng.
"Siti nak temankan Kak Mar. Tapi Siti dah minta abang Min bungkuskan untuk Siti..."Siti
urut-urut tangan Maria. Wajah Maria sudah tidak sepucat tadi.

Maria merenung Siti lama. Air matanya mengalir menuruni pipi. Cepat-cepat Siti sapu
dengan tuala kecil. Renungan Maria begitu sayu, menusuk ke tangkai hati. Perlahan, dia
menarik tangan Siti ke dadanya.

"Siti...janji...jaga Didi dan ....Fifi....ye.."Suaranya tersekat-sekat.


"Kak Mar..jangan banyak cakap. Kar Mar masih lemah....akak rehat la dulu......"Siti
membetulkan kedudukan bantal. Diperkemaskan selimut yang membalut tubuh Maria.
"Siti...."Maria bersuara lirih.
"Bila akak dah tak ada nanti.....Siti jaga Didi...Fifi...abang Min.."
"Syyyy...."Siti menutup mulut Maria dengan jari telunjuk, menggeleng kepala.
"Kak Mar jangan bimbang...Siti akan jaga mereka..."Maria senyum.
"Siti....terima abang Min..?"Matanya membesar, tampak keriangan pada riak wajah itu. Siti
menggangguk.
"InsyaAllah....."Balas Siti perlahan. Hanya itu yang mampu dia katakan. Dia tidak mahu hati
Maria terlalu rungsing memikirkan perkara itu. Biarlah dia berkorban dan terima saja.
Asalkan itu dapat menggembirakan Maria.

"Terima kasih Siti..."Dia tersenyum gembira.

***********************************************
Hati Wari sebal melihat barang-barang perhiasan yang tersusun cantik di ruang tamu. Ada
gubahan bunga, kotak-kotal kecil berenda, dan mangkuk-mangkuk kaca yang berhias
manik-manik halus. Semuanya tersusun indah. Menggamit setiap mata yang memandang.
Setiap kali pulang ke rumah, dan melihat semua itu, hati Wari bagai disiat-siat. Dia jadi
panas. Ingin saja dia menjerit memberitahu seisi rumah tentang hatinya. Tentang marahnya.
Tapi lidahnya kelu. Dia berasakan perasaannya begitu membuak, tapi semuanya hanya
terpendam. Ingin marah, tapi pada siapa. Pada Siti, atau Azimin, atau Maria sendiri?
Sedangkan Siti sendiri merelakan. Azimin apatah lagi. Maria pula, dia yang mencadangkan!
Aggghhhh....apa haknya untuk menghalang!
Sakitnya hati melihat kemesraan mereka berdua. Saban petang bersama. Makan bersama.
Keluar bersama. Tergamaknya mereka bersuka ria begitu dalam keadaan Maria terlantar di
katil. Sampai hatinya mereka! Tidakkah mereka sedar, perbuatan mereka itu hanya akan
mengguris perasaan Maria. Maria yang sedang berjuang dengan nyawanya, dan mereka
berdua masih sempat keluar mencari barang-barang perkahwinan mereka? Manusia apakah

79
Azimin itu? Jenis suami apakah dia? Tidak terfikirkah dia pada saat-saat seperti itu
tempatnya adalah di sisi Maria. Memberi semangat dan kata-kata harapan kepada isterinya
itu. Bukannya mengulit gadis lain, dan berseronok-seronok begitu.

Wari tidak percaya kalau Siti sendiri merelakan. Dia dapat merasakan perasaan Siti yang
berperang. Gadis itu tak sepenuhnya rela. Dia tahu. Dia tahu hati Siti masih padanya. Sinar
matanya masih seperti dulu, walaupun sengaja dielakkan. Walaupun dia tampak gembira
bersama Azimin. Tapi Wari yakin, semua itu pura-pura. Kenapa Siti harus mensia-siakan
masa depannya demi memenuhi permintaan orang lain?

"Siti...."Wari nekad untuk mencelah masuk ke bilik Siti pada suatu pagii. Terkejut gadis itu
dengan kemunculannya.
"Wari, kenapa masuk sini, tak manis kalau orang nampak...."Siti sedikit gelisah. Dia
berganjak ke belakang.
"Maafkan Wari.."Wari berdiri di tepi pintu. "Wari perlu bercakap dengan Siti...."
"Cakap apa...cepatlah...nanti Kartini nampak macamana..."Siti mengeluh.

Wari menghampiri Siti. Berdiri betul-betul di depan gadis itu. Wajahnya sedikit sayu,
merenung tunak ke mata Siti.

"Kenapa Siti buat ni semua?"


"Buat apa?"
"Kenapa Siti korbankan perasaan Siti semata-mata untuk kebahagiaan orang lain?"Siti
menunduk. Dia kertap bibirnya sampai sakit.
"Kenapa Siti berubah?"
"Siti tak berubah apa-apa pun...."
"Termasuk perasaan Siti?"Wari mengeluh. "Wari tahu, perasaan Siti tak akan berubah. Siti
masih seperti dulu, hati Siti masih pada...."
"Siti tak nak cakap pasal ni.."Siti berpaling.
"Siti..."Wari tangkap pergelangan tangan Siti. Ada sedikit rontaan di situ.
"Berterus teranglah pada Wari. Siti tak akan mengahwini Azimin..."Siti menggeleng.
"Siti tidak cintakan Azimin bukan? Jangan ikutkan sangat permintaan Maria..."
"Siti lakukan dengan kerelaan Siti sendiri..."
"Mustahil!"Wari mendengus. Genggaman dilepaskan.
"Mustahil Siti boleh cintakan Azimin sekelip mata."
"Cinta boleh dipupuk, Wari....."Siti mendongak, kembali menghadap Wari.
"Ohh...jadi sekarang ni tengah memupuk cinta dengan Azimin? Laki orang beranak dua?"
Wari menjuih. "Yang bininya tengah terlantar sakit, dan korang bersuka ria, membelah-
belah...beli itu dan ini.."
"Wari!"Siti meninggikan suara. "Siti lakukan ini semua demi Kak Mar sendiri..."
"Ini namanya kerja gila! Tergamak Siti bermadu, menjadi bini ke dua. Menjaga anak-
anaknya....Siti merampas kebahagiaan orang lain..."
"Terpulang pada Wari untuk cakap apa pun. Bagi Siti, ini pengorbanan Siti.."
"Pengorbanan!"Wari ketawa sinis. "Pengorbanan apa kalau hanya melukakan perasaan
sendiri, dan perasaan orang lain..."

Siti mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air jernih. Dia rasa sakit hati, dah sedikit
terguris dengan kata-kata Wari. Mengapa Wari tidak mahu faham. Dia lakukan ini demi
Maria, kakaknya juga. Kakaknya yang sedang menyabung nyawa. Dia bukan sengaja. Dia
sendiri tersepit, dan sengaja melupakan segala keterpaksaan yang dia lakukan. Dan kini
persiapan sudah mula dilakukan. Walaupun hatinya kadangkala terasa berat, tapi dia tidak

80
dapat berpatah semula. Azimin pun sudah beriya benar. Ada saja barang-barang yang
hendak dibelinya. Bagai meraikan perkahwinannya yang pertama. Siti serba salah, tapi apa
lagi yang boleh dia lakukan. Dia sudah menyatakan persetujuan pada Maria. Mak Ungku
juga sudah dimaklumi. Minggu depan, Azimin akan mengikutnya pulang ke kampung
untuk bertemu kedua ibubapanya. Memohon restu mungkin. Entah apalah perasaan orang
tuanya bila mengenangkan anak dara mereka yang bakal menjadi isteri kedua.

"Siti..."Suara Wari bergetar, sedikit sebak. "Siti tahukan perasaan Wari...."Terhenti seketika.
"Wari harapkan sesuatu dari hubungan ini..."
"Anggap saja kita tak ada jodoh Wari..."Siti tarik nafas panjang. Hujung mata diseka sekali
lagi. Dia tidak sanggup menentang wajah Wari.
"Jodoh kita kuat Siti...Wari dapat rasakan..."
"Sudah lah Wari. Jangan keruhkan lagi keadaan....semuanya dalam persiapan sekarang..."
Siti berpaling ke pintu. Dia menunggu kalau Wari bersedia untuk keluar.
"Sampai hati kau Siti..."Bisik hati Wari pedih.

Dan itu adalah kali terakhir dia bertemu Siti. Selepas itu, rumah besar ini sudah tidak
bermakna lagi baginya. Bahang panas yang wujud dalam hatinya makin hari makin
membengkak. Dia benci tiap kali melihat kelibat Azimin. Dia benci pada Maria dan Mama
yang tidak mahu faham perasaannya. Dan pada Siti pula, dia jadi benci dengan pendirian
gadis itu. Terlalu mudah goyah hanya kerana budi dan simpati. Simpati pada Maria bukan
begini caranya. Tidak perlu berkorban jiwa raga dan perasaan untuk membalas budi yang
tidak seberapa. Dia ada hak yang perlu dipertahankan. Sukar benarkah untuk berkata
'tidak'. Hanya kerana simpati, semua permintaan harus dituruti?

Biarlah mereka mencarinya. Biarlah mereka risau dengan kehilangannya. Sudah seminggu
dia tidak pulang ke rumah, dan urusan pejabat juga sudah lama dia tinggalkan. Biarlah
Azimin saja yang menguruskan. Biarlah semuanya dikuasai lelaki itu. Dia sudah tidak
peduli lagi. Perkahwinan mereka juga, tidak akan dia hadiri. Wari sudah bulat hati.

******************************
Airmata Siti mengalir lagi. Rindunya dia pada Wari, hanya Tuhan yang satu. Sesekali
perasaan itu menusuk dalam hatinya. Sudah seminggu lamanya dia tidak melihat wajah
lelaki itu. Kecewakah dia? Patah hatikah dia? Tidak mahu kembali lagikah dia ke rumah ini.
Sudah seminggu Mak Ungku cuba menghubungi. Lisa juga keluar untuk mencari. Kawan-
kawan lamanya juga tidak tahu kemana Wari pergi. Kenapa sampai jadi begini?

Besar benarkah perasaan Wari terhadapnya, sampai dia nekad bertindak begini? Kuat
benarkah hatinya untuk dia? Kenapa Wari mesti menghilangkan diri? Kenapa buat tindakah
bodoh begini? Siti naik bingung bila memikirkan hari-hari bahagianya yang akan menjelang
tiba. Semakin mendekat, semakin tak keruan hatinya. Kadang-kadang dia fikirkan betapa
tidak patutnya pernikahan itu dijalankan sedangkan
Maria masih terlantar. Walaupun Maria sendiri telah mengizinkan, dan berkali-kali
meminta pernikahan dijalankan, sebelum apa-apa yang buruk berlaku terhadapnya.
Sebelum ajal menjemputnya. Mengapa Maria terlalu yakin pada ajalnya itu? Bukankah
manusia dilarang untuk berputus asa. Bukankah manusia digalakkan berusaha selagi
terdaya.

Siti sedar, setelah beberapa minggu cuba mengenali Azimin, perasaannya tetap sama. Tetap
seperti dulu. Dia telah cuba untuk menyukai lelaki itu. Walaupun sedikit dirasakan
penerimaan terhadap lelaki itu, dia masih tidak dapat mengikis nama Wari dari hatinya.

81
Ternyata lelaki itu sendiri tahu akan perasaannya. Cuma dia yang tidak mahu
mengakuinya. Dia berpura-pura menjauhkan diri dari lelaki itu. Cuba melupakannya.
Tapi ternyata dia tidak pernah berjaya membuangnya. Perasaan itulah yang pertama kali
tumbuh dalam hatinya.

Wari, maafkan aku....


Minggu ini, minggu terakhir dia di sini. Selepas itu dia akan pulang ke kampung.
Melakukan persiapan terakhir sambil menanti hari bersejarahnya. Dan kemudian dia akan
kembali ke rumah ini semula. Bukan sebagai babysitter, tetapi sebagai isteri Azimin, ibu
kepada Didi dan Fifi. Siti sendiri tidak pasti apakah warna hari-hari mendatangnya
nanti.

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 19 ::.


Posted on: May 26, 2004 - 01:00 AM by BF

Hujan masih turun. Sebentar tadi masih renyai, dan kini sudah mula mencurah. Ada petir
yang mendesingkan telinga di luar sana. Siti tarik nafas panjang. Nafasnya jadi sesak.
Kalaulah dia tahu akan hujan begini....tidak akan dia jejak kaki di situ. Tidak akan
dimintanya Pak Amin pulang ke rumah dulu. Perginya pun bukannya lama. Apa salahnya
dia minta saja Pak Amin tunggu dia di luar. Tidaklah dia perlu meredah hujan pagi-pagi
begitu. Bayang teksi yang ditunggu-tunggu pun tidak kelihatan lagi. Siti jadi keresahan
sendiri.

Dia memang bercadang untuk singgah di situ. Sebelum pulang ke kampung esok lusa, dia
ingin beli sedikit barang untuk emak di kampung. Sebab itu, pagi tadi selepas menghantar
Didi dan Fifi ke sekolah, Siti minta Pak Amin hantarkan dia ke pasaraya tersebut. Dia
berpesan kepada Pak Amin supaya tidak perlu menunggunya. Dia boleh dapatkan teksi
untuk pulang ke rumah. Bukannya jauh sangat. Lagipun, Lisa pernah mengajarnya pulang
ke rumah menaiki teksi. Rasa-rasanya dia masih ingat selok belok jalan yang perlu dilalui.

Beberapa orang yang masih beratur didepannya, sedang sabar menunggu giliran. Siti
mengangkat kainnya tinggi-tinggi. Percikan hujan membasahi hujung kaki. Sebuah teksi
bergerak perlahan di depannya. Cepat-cepat Siti berlari anak membuka pintu. Nafas ditarik
lega sebaik berada di dalam perut teksi.

"Bukit Antarabangsa.."Dia bersuara perlahan sebaik teksi bergerak.

Matanya tertancap ke arah bintik-bintik halus di cermin tingkap. Mengkaburi pandangan.


Perlahan dia menyandarkan tubuhnya, sambil tersenyum lega. Fikirannya sedikit lapang
kini. Sampai di rumah nanti, dia ingin menelefon Azimin, memaklumkan kepada lelaki itu
yang dia telah pun selamat sampai di rumah. Tidak perlulah Azimin menjemputnya petang
nanti. Kerana pada awalnya Siti bercadang untuk ke rumah Kak Melah selepas membeli
barang dan Azimin pula ingin menjemputnya di rumah Kak Melah petang nanti. Tapi Siti
jadi risau pula dengan hujan yang semakin lebat itu. Dia bercadang untuk pulang saja.
Malam nanti, dia boleh telefon Kak Melah untuk datang mengambil barang-barangnya. Dua
minggu dia akan bercuti dan pulang ke kampung. Ahh....segala-galanya terasa begitu pantas
dan janggal. Dapatkah dia berhadapan dengan semua kejanggalan ini?

Wajah Azimin yang redup dan sentiasa tenang itu, menggamit perasaan. Walaupun sampai
saat ini Siti sendiri tidak tahu perasaan apakah yang ada dalam hatinya.Sukakah. Bencikah.

82
Atau terpaksa....dia sendiri keliru. Dia sudah melangkah dua tapak ke hadapan dan untuk
berundur walau setapak pun dia sudah tidak mampu. Cinta dan kehidupannya telah diatur
kini. Hari-hari bahagianya akan menjelang tiba. Kalau itulah yang dikatakan bahagia. Dia
tidak tahu kenapa dalam hidupnya selalu diberi pilihan yang tidak adil. Memilih atau tidak,
keadaannya tidak banyak beza. Terima atau tolak, kedua-dua pasti menjerut lehernya juga.
Kalaulah dulu dia terima saja lamaran Huzair. Tidak perlu dia menghadapi semua ini.
Mungkin saat ini dia juga sedang menanti hari bahagia. Bezanya dengan Huzair, yang
terang-terang mencintainya. Bukan dengan Azimin yang dia sendiri tidak tahu hati budinya.
Ikhlaskah dia. Relakah dia. Atau semuanya dilakukan untuk memenuhi hasrat Maria
semata-mata. Adakah masing-masing terpaksa?

Teksi terus meluncur laju, dengan keadaan hujan yang semakin lebat. Siti memeluk tubuh,
cuba mengimbangi kedinginan penghawa dingin. Sesekali dia memejamkan mata.
Membayangkan wajah-wajah yang berada disekelilingnya. Wajah-wajah yang menuntut
pengorbanannya. Wajah pengharapan. Wajah Wari yang muncul, menyapu semua wajah.
Rindunya pada Wari, tapi apalah gunanya dia menyimpan perasaan itu lagi. Semuanya
sudah tidak bererti. Apa yang mampu dia lakukan, cuba sedaya upaya mengalihkan
perasaannya dari Wari kepada Azimin. Kalaulah itu yang mampu dia lakukan.

Teksi berhenti depan rumah. Siti membayar tambang, lantas buru-buru keluar. Nasib baik
dia bawa kunci rumah. Kalau tidak, berhujanlah dia diluar. Mak Ungku dan Maria pasti
masih belum terjaga. Hujan-hujan begini alangkah seronoknya dapat melengkar bawah
selimut. Sampai ke tengahari pun tak apa. Siti masuk ke ruang tamu dengan kaki dan kain
yang masih basah. Dia menjengket ke dapur, mencari alas kaki. Tubuhnya sedikit
menggigil, cepat-cepat dia masuk ke bilik, mencapai tuala. Diserkup rambutnya yang masih
menitiskan manik-manik jernih. Pakaian dilucutkan satu persatu. Hanya tinggal tuala
membalut tubuh. Dia mencapai kain batik lalu disarungkan ke tubuhnya. Hujan-hujan
begini memang sejuk hendak mandi. Tapi dia selalu ingat pesan emak dulu-dulu. Kalau
ditimpa hujan, jangan lupa mandi dan cuci kepala bila pulang ke rumah. Supaya tidak
diserang demam atau pening. Siti ingin cepat-cepat mandi dan naik ke atas menjenguk Mak
Ungku dan Maria. Keadaan Maria yang masih tidak berubah sejak keluar dari hospital
seminggu yang lalu. Malah semakin melarat sampai makan dan minum pun terpaksa
disuap. Siti baru teringat pagi itu dia belum sempat memasak bubur untuk Maria. Entah
Kartini sudah sampai atau belum. Mungkin belum kerana hujan lebat di luar. Biasanya
kalau hujan lebat begini, Kartini akan telefon meminta Pak Amin datang menjemput. Tapi
pagi ini, Siti sendiri tidak perasan samada Pak Amin sudah pulang ke rumah atau belum.
Dalam keadaan terkocoh-kocoh tadi, dia tidak sempat melihat ke garaj kereta, kalau-kalau
ada kereta yang selalu dipandu Pak Amin. Yang dia yakin, kereta Azimin tidak ada, kerana
dia sendiri yang melihat lelaki itu telah ke pejabat pagi-pagi tadi.

Siti mengutip pakaian basahnya. Bakul kain kotor yang separuh penuh, di pikul tepi
pinggang. Rasanya pakaian kotor tersebut perlu cepat dibasuh. Mana tahu esok lusa hujan
lagi. Bila masa pula dia hendak menjemurnya. Hujung minggu pula sudah pulang ke
kampung. Kak Melah yang diharap untuk membawa beg-beg pakaiannya pulang ke
kampung entah kan datang atau tidak. Siti keluar dari bilik, menuju ke dapur. Bilik air
terletak bersebelahan dapur, harus melewati bilik kecil yang dikhaskan untuk pembantu
rumah. Bilik tersebut memang tidak ada penghuninya, tetapi Kartini menjadikannya sebagai
bilik persalinan. Kadang-kadang Siti lihat Kartini tidur di bilik tersebut waktu tengahari
selepas siap memasak. Bilik tersebut walaupun hanya untuk orang gaji, tetapi luas dan
lengkap dengan perabutnya. Tidak banyak beza dengan biliknya sendiri. Siti
memperlahankan langkahnya. Matanya melingas, melihat cahaya samar-samar dari celah

83
pintu yang tidak tertutup rapat. Deru hujan membataskan pendengaran. Tapi dia bagaikan
dapat menangkap suara-suara lirihan dari arah pintu sana.

"Kartini sudah sampai ke?"Bisik hatinya. Diletakkan bakul kain di atas lantai depan pintu.
Suara mendesah semakin jelas. Hati Siti jadi berdebar. Tangannya terketar saat
menghampiri pintu. Lirihan halus berselang seli rengekan kecil. Jelas sekali. Siti berdiri
sejenak. Menatap daun pintu seketika. Dia nekad. Pintu ditolak sekuat hati sambil mata
dipejamkan. Takut pada apa yang bakal dilihat.

Dua tubuh tanpa seurat benang sedang bergelut di atas katil sana.

"Ya Allah!" Jeritan kecilnya mengejutkan tubuh yang sedang bersatu itu. Siti tergamam.

Kartini menolak tubuh Azimin yang sedang menindihnya. Dia buru-buru mencapai pakaian
dan bergegas menutup tubuhnya. Azimin pula langsung tidak bergerak. Dia terkaku
dengan wajah pucat. Siti menggeleng. Tidak sanggup dia menunggu lagi. Bakul kain
tersepak oleh kakinya. Dan pakaian basah jatuh berselerakan.

****************************************************
Biarlah apa mereka nak kata!

Sudah dua hari Siti berada di sini. Memerhatikan anak-anak ikan yang meliuk di permukaan
air jernih. Anak-anak ikan yang tetap sama seperti dulu. Sama seperti waktu dia di situ,
bersama Huzair. Ah...Huzair.Terlalu lama rasanya dia tidak berpampasan dengan anak
muda itu. Menghilang teruskah dia? Tidak mahu kembali lagi ke kampung ini lagikah dia?
Ahh...perlu apa dia kembali. Tempat ini tidak punya apa-apa. Hanya anak ikan dan air
sungai yang mengalir jernih. Hanya pohon jambu yang saban hari menggugurkan daunnya
yang kering. Hanya semut-semut hitam yang berderet di celah-celah daun kering. Pun
semua itu tidak mendamaikan lagi saat dia telah pergi. Huzair tidak perlukan semua ini,
cintanya telah dibawa pergi.

Biarlah emak mencarinya. Atau Shidah dan Murni yang mengejarnya. Dia bukannya ke
mana-mana. Dia cuma di sini. Di bawah pokok, di tepi sungai. Batu tempat dia berpijak
dulu pun sudah banyak berlumut. Sudah hijau dan berbau hamis. Kalau berdiri di situ boleh
jatuh tergelincir. Jatuh terhempas bagai hatinya saat itu.

Siti tidak tahu perasaannya. Dia tidak sedih atau kecewa. Cuma dia rasa sedikit bingung
dengan tindakannya. Tapi, apa lagi yang boleh dia lakukan? Meninggalkan rumah besar itu
tanpa pesanan, mungkin satu-satunya tindakan paling awal dia fikirkan. Cukup dengan
sekeping surat, rasanya dia tidak mahu jejak kaki lagi ke rumah itu. Hatinya tekad. Dalam
hujan yang menggila itu, dia capai barang-barangnya. Sumbat semua pakaian yang ada. Dia
dengar suara Azimin memanggilnya. Tapi persetan! Dia tidak cemburu. Dia tidak cemburu
melihat Azimin mengulit perempuan itu. Tapi dia begitu geram. Marah dan rasa terhina.
Menyaksikan pelakuan munafik itu, mungkin akan menjadi salah satu perkara jijik dalam
hidupnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana lelaki kotor itu harus menjadi suaminya.

Biarlah berbuih mulut emak bertanya, dia tetap dengan keputusannya. Biarlah walau kad
jemputan telah dilayang. Dia tidak akan melalui hari pernikahan tersebut. Semuanya batal!

"Tinggal dua minggu lagi, Siti....semua persiapan dah dilakukan....kad dah edar.."Mak Jah
menggeleng kepala. Sudah kering tekaknya memarahi Siti.

84
"Ampunkan Siti, mak...Siti tak nak!"
"Tapi kenapa?"
"Siti...."Dia terhenti. Tidak berani untuk berkata-kata lagi.

Biarlah semua orang tertanya-tanya. Semua orang membenci tindakannya. Dan walaupun
dia tahu tindakannya itu hanya akan memalit rasa malu kedua orang tuanya, tapi rasanya
itu saja jalan terbaik baginya. Biarlah orang kampung mengata. Dia lebih rela mendengar itu
semua dari berhadapan dengan lelaki dua muka itu. Tapi hari-hari melihat wajah sugul
emaknya, Siti jadi tak sampai hati. Melihat mata berkaca orang tua itu, Siti jadi bersalah
yang amat sangat. Lantas suatu pagi, Siti mendapatkan emaknya yang sedang termenung
atas pangkin bawah pokok nangka. Didakapnya tubuh tua itu sepenuh hati. Air mata luruh
di pipi tua Mak Jah.

"Maafkan Mek Ti, mak....."Siti hela nafas lega, sebaik dia selesai bercerita. Terasa ringan
kepalanya setelah apa yang terpendam diluahkan. Mak Jah mengangguk lemah.
"Maafkan Mek Ti kerana malukan mak...bapak..."
"Tak Siti....Siti tak malukan siapa-siapa..."Mak Jah peluk tubuh Siti erat-erat.

Dia faham. Dia faham perasaan anaknya. Dia tidak kisah, walau berhabis wang harta, walau
tebal muka dikata. Siti tidak jadi kawin, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah dia sekeluarga
menanggung malu seketika daripada membiarkan Siti menderita.

*******************************
Telefon masih berdering lagi. Siti panggung kepala. Malas rasanya dia hendak mencapai
gagang telefon tersebut. Dia menutup matanya kembali. Seminggu memerap di rumah,
tanpa membuat apa-apa terasa bosan juga. Petang-petang begini, kalau tak ke kebun ubi
emak, dia lebih suka melelapkan mata. Ke padang pun dia sudah jarang-jarang. Dia tidak
ada semangat untuk menemui sesiapa. Dia tidak mahu mereka terus-terusan bertanya.
Bertanya tentang kisah cintanya mungkin. Ahh...cinta apa!

Matanya redup, merenung kepingan kad warna merah jambu yang tertulis cantik namanya.
Kad harum yang bertulisan perak itu, ditempah khas oleh Lisa sebulan yang lalu. Sudah
habis diedarkan kepada orang kampung. Saudara mara juga pasti telah menatapnya. Cantik.
Mungkin itu pandangan mereka. Tapi apalah gunanya. Tiap kali mendengar bapanya
menelefon saudara mara seorang demi seorang, memaklumkan pembatalan majlis tersebut,
terasa bagai ingin luruh jantung Siti. Kalau boleh biarlah dia saja yang menanggungnya. Tak
sanggup rasanya menatap wajah kedua orang tuanya dan membiarkan mereka
menanggung sama.

"Bapak akan teruskan juga kenduri tu...."Pak Seman bersuara, memecah kesunyian, sewaktu
mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok nangka semalam.
"Orang kampung pun dah dijemput...tak baik pulak rasanya nak batalkan macam tu
ajer..."Siti terkebil-kebil menatap wajah bapanya.
"Habis tu, macamana bang.....nak teruskan jugak?"Mak Jah mendengus.
"Kita buat kenduri aje...makan-makan, jamu orang kampung makan. Apa salahnya....macam
kenduri kesyukuran tu. Lagipun, barang-barang dapur pun banyak yang dah dibeli,
kan.."Pak Seman tarik nafas panjang.
"Daripada membazir, biarlah kita bersedekah"

Siti gigit bibir sampai sakit. Hatinya menangis, siapalah yang tahu! Syukurlah kedua orang
tuanya memahami.

85
Deringan telefon menyentap lamunan. Masih tidak berhenti rupanya. Siti mengeluh. Dia
bangun lambat-lambat menghampiri meja telefon. Gagang telefon diangkat perlahan.

"Hello"
"Kak Siti, assalamualaikum!"Siti tersenyum tawar. Dia kenal suara itu. Lisa yang tidak jemu-
jemu menelefon. Memintanya kembali ke Kuala Lumpur.
"Lisa, ada apa?"
"Kak Siti...."Ada sendu dihujung talian.
"Kenapa Lisa?"Hati Siti berdebar.
"Kak Siti balik sini ye. Kak Mar dah meninggal...."

Gagang hampir terlepas.

********************************
Sayu hati Siti melihat Mak Ungku yang masih tidak berganjak. Air matanya terus-terusan
mengalir. Lisa di sisi memeluk erat Mamanya. Dia teresak sama. Siti berdiri agak jauh. Dia
hanya memerhatikan saja. Dalam hati dia rasa sedikit bersalah. Menurut Lisa, sebaik Siti
meninggalkan rumah, keadaan Maria semakin tenat. Dia begitu sedih dengan tindakan Siti.
Bila ditanya pada Azimin, lelaki itu pula hanya membisu. Dua hari Azimin hilang sampai
Maria menghembuskan nafasnya. Dan hari ini untuk kesekian kalinya dia berhadapan
dengan lelaki itu. Hati Siti jadi panas. Ingin saja dia menampar muka lelaki itu. Geram
hatinya bukan kerana Azimin berpura-pura dengannya, tetapi kerana sikap Azimin yang
curang pada isterinya. Kesian Maria. Sampai ke mati dia tidak tahu perangai setan suaminya
itu. Dan Azimin pula masih bersikap selamba. Bukannya mahu minta maaf atau pun
menyesal. Mahu saja Siti menghebahkannya pada semua orang. Biar satu keluarganya tahu.

Kalau ikutkan, berat hatinya untuk sama-sama menziarahi pusara itu. Dia tahu pandangan
sinis Mak Ungku dan Lisa terhadapnya. Lebih-lebih lagi renungan tajam lelaki di sisi Mak
Ungku itu. Wari! Ahh...lelaki itu telah muncul kini. Lama rasanya dia tidak menatap wajah
lelaki itu. Yang kini sudah ditumbuhi roma-roma kasar. Berceratuk di wajah yang dulu
bersih. Tiada secalit senyuman pada bibirnya, tatkala pandangan mereka bertaut. Terasa
ingin pecah dada Siti menahan rasa.

Berat kakinya melangkah, namun dipaksakan juga. Tatkala menjejaki semula rumah besar
tersebut, Didi dan Fifi yang melihat terus menerpa ke arahnya. Siti peluk dan kucup kedua
anak kecil itu. Kemudian mereka sama-sama masuk ke dalam rumah.

"Saya minta maaf, Mak Ungku..."Siti capai jemari Mak Ungku. Dikucupnya lama. Mak
Ungku diam, tiada reaksi. Hati Siti hiba tiba-tiba.
"Saya tak terniat nak khianat pada Mak Ungku sekeluarga....saya..."
"Dah la tu..tak payah nak menangis-nangis pulak. "Wari menyampuk tiba-tiba. "Sekejap nak,
sekejap tak nak. Tiba-tiba je hilang macam tu ajer....sampai Kak Mar tu mati dibuatnya..."
"Wari...."Mak Ungku bersuara.
"Kalau dari dulu cakap tak nak kan senang. Tak payah Mama sibuk-sibuk nak buat ni
semua. Ini, bila semua benda dah beli, persiapan dah dibuat tiba-tiba dia cabut macam tu
aje....menipu namanya tu Ma..."Suara Wari keras. Siti geleng kepala. Nafas ditarik dalam-
dalam, cuba mengawal debaran di dada.
"Saya akan pulangkan semua barang-barang...ganti rugi..."
"Tak payah. Mama sedekah aje!"Wari mendengus.
"Wari...cubalah dengar dulu apa Siti nak cakap...."Mak Ungku mengeluh, menggeleng

86
kepala.
"Nak cakap apa lagi Ma.....dah dia tak nak kawin. Sebab perangai dia la....Kak Mar kecewa,
terkejut...terus...."
"Wari!"Suara Mak Ungku meninggi. Direnungnya Wari tajam.
"Kalau dia tak lari dari rumah hari tu, Kak Mar tak jadi macam ni, Mama...."
"Maria meninggal bukan kerana Siti, Wari...."
"Tapi Kak Mar terus tenat bila dapat tahu Siti cabut dari rumah hari tu....hilang macam tu
ajerr....Kenapa tak jumpa Kak Mar cakap terus terang....kenapa tipu Kak Mar..."

Air mata Siti tumpah juga. Cepat-cepat disekanya. Dia tidak berani menatap wajah Wari.
Rasa malu, bersalah dan entah apa-apa lagi. Kerdilnya dirinya dirasakan saat itu. Bagai
pesalah menanti hukuman.

"Kenapa Siti keluar rumah tanpa beritahu. Semua orang cari Siti....kami betul-betul terkejut
Siti..."Mak Ungku bersuara, lembut. Siti angkat kepala. Menatap wajah Mak Ungku yang
tenang tetapi sedikit sugul.

"Ada yang tak kena ke, sampai Siti balik kampung tiba-tiba....tak bagitahu Makcik, atau
Lisa..." Siti diam.
"Siti ada masalah....cuba bagitahu Makcik..."Siti geleng kepala.
"Saya terpaksa batalkan perkahwinan saya dengan Abang Min, Mak Ungku...."
"Tapi kenapa?"Mak Ungku mengeluh.
"Kenapa dulu Siti terima, sekarang Siti batalkan pula? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Tak ada apa-apa Mak Ungku. Saya yang berubah fikiran...."
"Uh...senang-senang je ubah fikiran. Dia ingat kerja kawin ni kerja main-main...boleh buat
dan batal sesuka hati?"Wari menyampuk. Dia bangun, meluru ke luar. Langkahnya pantas,
tidak menoleh lagi. Mak Ungku menggeleng.

"Siti ada masalah dengan Azimin ke?"Siti geleng lagi.


"Mak cik tanyakan Azimin, dia kata tak ada apa-apa pula...." Memanglah tak ada apa-apa.
Mana lelaki itu nak mengaku! Mahu saja Siti buka mulut tentang kecurangan Azimin
dengan Kartini. Kartini! Mata Siti melingas. Sejak di tanah perkuburan tadi Siti tidak
nampak pula kelibat wanita seberang itu. Sudah berhenti kerjakah dia? Atau sengaja tidak
mahu menonjolkan diri? Takut kisahnya didedahkan? Kenapa Azimin melayan perempuan
itu? Tidak cukupkah keizinan Maria untuk berkahwin lain, sampai dia perlu melalui pintu
belakang begitu? Ah...Azimin, wajah kacak itu penuh dengan kepuraan.Kalaulah Maria
tahu! Tapi Maria pun sudah tiada. Sudah pergi membawa penderitaannya. Dan kini, dia
yang menanggung segala-galanya. Bukan niatnya untuk menyeksa Maria begitu. Dia tidak
tahu ajal Maria akan sampai selepas dia keluar dari rumah itu. Bukan dia penyebabnya!

"Kalau ada masalah...cerita pada makcik.....jangan pendamkan Siti...."Mak Ungku elus


rambut Siti.
"Siti cuma harap Mak Ungku sekeluarga tak salahkan Siti atas kematian Kak Mar..."
"Siti, makcik tak pernah beranggapan begitu. Maria meninggal kerana ajalnya sudah sampai.
Siapa-siapa tak boleh pertikaikan. Cuma makcik nak tahu, kenapa Siti tiba-tiba batalkan
pernikahan dengan Azimin. Siti kan tahu, Didi dan Fifi perlukan kasih sayang seorang
ibu."Suara Mak Ungku begitu lembut.
"Siti tak dapat nak tunaikan permintaan itu. Siti minta maaf..."
"Tapi kenapa Siti?"Mak Ungku menghela nafas.
"Errr....Siti belum bersedia untuk kawin...."Siti menggeleng.

87
Wari dihujung pintu, menjuih bibir. Sakit betul hatinya pada gadis itu!

Note: One more episod :)

.:: Bukan Cinta Biasa - Part 20 (Final) ::.


Posted on: May 28, 2004 - 11:00 AM by BF

Dia sakit hati. Sakit hati melihat wajah gadis itu. Tapi dia bukan membenci. Tidak. Sesekali
tidak pernah terlintas rasa benci dalam hatinya. Walaupun Siti telah pernah melukakan
hatinya. Dia sakit hati kerana setelah susah payah dia mengubat luka, tiba-tiba pula Siti
membatalkan hasratnya. Kenapa tidak dari dulu lagi dia menolaknya? Kenapa setelah dia
hampir putus asa, benar-benar kecewa, gadis itu bertukar fikiran tiba-tiba dan membatalkan
perkahwinannya. Kenapa Siti perlu menyakiti hatinya dengan berdolak dalih begitu.
Bukankah mudah kiranya dia menolak perkahwinan itu dari awal-awal lagi. Banyak
perkara dapat dielakkan. Dan mungkin Maria dapat diselamatkan. Mungkin Maria tidak
akan kecewa. Tapi............ahh...kematian Maria bukan disebabkan Siti. Tak patut dia
menyalahkan gadis itu begitu. Tetapi tindakan Siti telah meninggalkan kesan yang
tersendiri.

Wari sendiri tidak tahu apa muslihat Siti, menerima kemudian menolaknya. Seolah
perkahwinan itu satu permainan. Atau hatinya tidak pernah tetap pada keputusan.
Cintanya boleh berubah dalam sekelip mata? Atau dia sengaja mempermainkan Maria,
Mama ataupun Azimin? Kesian Mama, yang terpaksa menanggung malu. Nasib baik kad
masih belum diedar lagi. Sebetulnya Mama memang ingin melakukan upacara pernikahan
itu secara kecil-kecilan kerana ia merupakan pernikahan kali kedua Azimin, tetapi pastinya
perkara seperti itu juga telah dihebahkan kepada rakan-rakan atau saudara mara terdekat.
Jadi, bagaimana harus mereka sekeluarga menghadapi semua itu. Dan satu lagi yang
menjengkelkan Wari. Sikap Azimin sendiri. Kalau dulu, dia yang beriya-iya, bersetuju untuk
mengahwini Siti. Tetapi kini, hanya berdiam diri. Langsung tidak menghalang keputusan
Siti. Malah, bila ditanya, dia seolah cuba mengelak diri. Apa yang terjadi antara mereka
sebenarnya?

Wari jadi bingung sendiri. Walaupun dalam hati dia sedikit lega kerana akhirnya Siti tidak
menjadi milik Azimin, tetapi dalam masa yang sama dia juga sebal dengan sikap Siti yang
tidak menentu itu. Dia kecewa kerana Maria telah pergi. Tanggungjawab yang besar kini
tertanggung di bahunya. Untuk menguruskan keluarga, lebih-lebih lagi syarikat arwah
bapanya. Semuanya dalam sekelip mata berpindah kepadanya. Kalau dulu, semasa Maria
terlantar dia masih mengharap agar Maria sembuh dan meneruskan usahanya
mengembangkan syarikat. Tetapi kini, tiada siapa lagi yang boleh diharapkan selain
darinya. Azimin pula, kedudukannya samar-samar. Setelah Maria meninggal, Wari tidak
tahu kedudukan Azimin. Adakah dia masih berhak menguruskan syarikat itu, sedangkan
setahu Wari, Azimin tidak punya apa-apa saham di dalam syarikat, selain dari ihsan Maria
yang memberi jawatan selesa kepada suaminya itu. Walaupun ikatan kekeluargaan mereka
tidak akan putus kerana Azimin tetap abang iparnya, Fifi dan Didi tetap anak saudaranya
walaupun suatu hari nanti anak-anak kecil itu akan memperoleh ibu baru. Dan Wari tahu,
bukan Siti yang akan mengambil tempat itu.

*****************************
"Siti nak ke mana ni? " Mak Jah cepat-cepat menghampiri Siti yang sedang menyarung
selipar.

88
"Mek Ti nak pergi rumah Shidah, Mak. "Siti angkat muka. "Mek Ti nak tidur kat sana"
"Kenapa nak tidur kat sana pulak. Tidur je la kat rumah. Mak Ngah baru sampai tu..."Siti
tarik nafas panjang. Tangannya mengepit beg plastik warna hitam.
"Siti tak nak la duduk rumah, Mak. Nanti macam-macam diorang tanya. Apa Siti nak
jawab?"Balas Siti perlahan.

Mak Jah mengeluh. Mulutnya sendiri dah berbuih memberi alasan. Setiap pertanyaan yang
singgah di cuping telinga, bagai api yang membakar. Kadang-kadang mahu saja dia
berteriak satu rumah. Memberitahu semua orang yang pernikahan anaknya tidak akan
berlangsung. Sudah dibatalkan Dan kenduri tersebut hanyalah kenduri kesyukuran,
sementelah kad pun sudah dilayang. Jadi hendak tak hendak, segan tak segan, ia tetap
diteruskan. Biarlah orang mengata. Dia sudah tua. Telinganya sudah lali dengan umpat keji
orang. Tapi anaknya itu! Siti manalah biasa dengan keadaan ini. Hatinya masih rapuh.
Kesian anak itu terpaksa menghadapi keadaan seperti ini. Biarlah dia membawa diri. Mak
Jah sendiri jadi serba salah. Sejak orang ramai datang ke rumah, Siti lebih banyak memerap
di bilik. Hendak keluar pun segan-segan. Takut kalau-kalau orang sibuk bertanya tentang
bakal suaminya yang tak jadi datang itu. Orang mana, kerja apa. Mak Jah sendiri terkial-kial
hendak menjawab. Bukankah sudah dibatalkan. Kenapa mesti sibuk bertanya, memanjang-
manjangkan cerita. Kalau diikutkan, mahu saja Mak Jah cili mulut orang yang tak penat-
penat bertanya. Dijemput sudah dikira untung. Hormatlah tuan rumah sedikit! Mak Jah
mendengus.

"Boleh tak mak?"Siti goncang tangan Mak Jah. Mak Jah tersedar.
"Emm....pergilah...tapi pagi esok balik cepat..."Mak Jah membalas. Dia tersenyum tawar.
Melihat Siti yang mula melangkah.
"Kalau ada apa-apa, mak telefonlah rumah Shidah ye!"Siti menoleh sebelum meneruskan
langkah. Dia susup sasap di bawah pokok rambutan. Sengaja dia melalui jalan singkat
belakang rumah. Jalan tersebut kecil, bersemak tetapi terlindung dari pandangan luar. Dia
tidak mahu melalui jalan biasa. Dia segan kalau terserempak orang-orang kampung yang
pastinya akan bertanya tentang dirinya. Tentang perkahwinannya. Kalau boleh esok, pada
hari kenduri tersebut dia tak mahu menjenguk muka. Biarlah orang tuanya saja yang
menguruskan. Dia lebih rela memencilkan diri dari berdepan dengan orang ramai yang
pasti akan mempertikaikan keputusannya.

10 minit meredah semak, Siti sampai di atas bukit. Di bawah sana, padang hijau yang
terbentang, masih seperti dulu. Siti lihat Shidah sedang menopang dagu di bawah pokok
saga tepi padang. Pandangannya asyik ke tengah padang. Melihat tubuh-tubuh yang
terkinja-kinja di sana. Angin petang yang nyaman, menggugurkan daun-daun saga,dan
biji-biji merah berselerakan bawah pokok. Siti melajukan langkah.

"Lambat la kau!"Shidah menoleh, menyedari kedatangan Siti.


"Aku keluar senyap-senyap. Takut orang nampak.."Balas Siti perlahan lalu melabuhkan
punggung di sebelah Shidah. Beg plastik di letak tepi akar yang berbonjol.
"Kenapa keluar senyap-senyap? Mak kau tahu, tak?"Shidah mengerut dahi. Siti angguk
kepala.
"Mak aku tahu. Tapi rumah aku tu dah ramai orang. Tu yang aku curi-curi keluar...kalau tak
nanti diorang banyak tanya.."
"Siapa je kat rumah kau tu..?"
"Sedara mara belah mak aku dah datang. Jiran-jiran sebelah pun ada. Diorang rewang kopek
bawang. Aku rimaslah Shidah....aku rasa semua mata macam tertumpu kat aku...pandang
sinis kat aku...."Siti tarik nafas panjang. Shidah menggeleng.

89
"Perasaan kau aje kot...."
"Tak...aku tahu...diorang mesti cakap bukan-bukan pasal aku.."
"Pedulikan je laa....."
"Aku kesian kat mak bapak aku tu....mesti diorang malu. Habis, bapak aku tu nak teruskan
jugak kenduri ni...aku kenalah ikut..."Siti melemparkan pandangan ke tengah padang. Sinar
matahari hampir jatuh. Bayang pokok saga nampak memanjang. Redup.
"Kesian kau, Mek Ti..."Shidah renung wajah Siti lama.
"Dah nasib aku..."
"Tapi...aku sokong tindakan kau tu. Kalau aku jadi kau...aku pun tak nak kawin dengan
lelaki tu..."Siti tersenyum tawar. Dia sedikit gembira kerana Shidah dan Murni tidak
menyalahkan tindakannya setelah dia menceritakan perkara sebenar. Dia tahu, dia tidak
boleh mengelak dari dua kawannya itu. Lambat laun dia akan terpaksa menceritakannya
juga. Dan dia bersyukur kerana kedua mereka memahami. Biarlah orang lain tidak
memahaminya asalkan Shidah dan Murni tahu keadaannya.
"Kau sedih Mek Ti?"
"Emm....entah!"Siti ketawa kecil. Shidah ketawa sama. Dia bangun, mengibas-ngibas
punggung.
"Jom, balik rumah aku. Malam ni kita buat kek lapis yang kau nak belajar buat tu"Siti
mendongak. Dia menghulurkan tangannya lalu disambut Shidah. Bersungguh Shidah cuba
menarik Siti bangun. Akhirnya mereka ketawa sama.

"Alamak Mek Ti, aku lupa nak bagitahu kau...."Shidah kebam bibir. Matanya mengecil,
memandang Siti.
"Kenapa?"
"Emm...aku lupa nak bagitahu...mamat tu balik sini mlm tadi...."Shidah sengih.
"Siapa?"
"Tuu...."Shidah memuncungkan bibir. Siti berpaling ke belakang. Senyuman terukir di ulas
bibir lelaki itu. Siti membulatkan mata.

Huzair!

******************************************************************
"Aku dengar, kau nak kawin?"Siti masih berdiam. Cuma tangannya saja yang ligat mencarik
daun-daun hijau di sekelilingnya. Pandangannya menunduk. Tak sanggup dia menentang
wajah lelaki itu. Tidak disangka, setelah terpisah beberapa ketika, dia masih ada peluang
menatap wajah lelaki itu. Sangkanya Huzair tidak akan kembali lagi ke kampung.
"Aku ada dapat kad jemputan kau.."
"Ahhhh...."Siti mendengus. Dia benci untuk terus mengulang ayat-ayat itu. Dia malas untuk
menyatakannya lagi. Pernikahannya telah batal. Batal!
"Kenapa Mek Ti?"Huzair mendekat.
"Tak ada apa-apa..."Siti menggeleng.
"Tahniah dari aku.."Huzair hulur tangan. Siti mendongak, menentang pandangan Huzair.
Dia tidak menyambut huluran tangan itu. Untuk apa? Dia tidak akan berkahwin dengan
siapa-siapa. Tidakkah Huzair tahu itu?
"Aku balik ni sebab nak tengok kau bersanding. Nenek yang bagitahu aku. Aku sebenarnya
segan juga nak jumpa kau ni. Mana tahu kau tak sudi..."Huzair tersengih.
"Maafkan aku Zair, sebab lari dari kau dulu..."Siti mengeluh. Dia rasa segan. Tak patut dia
buat Huzair begitu. Pergi tanpa jawapan. Mungkin ini balasan yang diperoleh akibat
mengecewakan hati orang.

Huzair menyandarkan belakang badannya ke pokok jambu. Dia berpeluk tubuh. Matanya

90
masih tancap. Merenung Siti penuh makna. Siti akui lelaki itu sudah banyak berubah. Dia
tampak dewasa kini. Terserlah pada rona wajahnya itu.

"Aku tahu, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jangan dicari. Lambat laun ia akan sampai sendiri.
Suatu masa dulu aku yakin cinta yang aku cari telah hadir pada diri ini..tetapi.."Dia menarik
nafas, terhenti seketika.
"Aku terlalu mentah untuk menilai cinta. Cinta itu terlalu muda, dan akhirnya aku
kehilangannya..."

Siti kertap bibir. Dia jadi tidak keruan. Adakah Huzair memperkatakan tentang dirinya?
Tentang cintanya yang tidak kesampaian?

"Aku kecewa kau pergi tinggalkan aku dulu..."Suara Huzair mengendur.


"Maafkan aku Zair.."Lirih Siti. Pandangan mereka bertaut. Siti jadi serba salah. Bersalah
kerana menolak Huzair dulu.
"Tapi aku gembira juga akhirnya kau jumpa orang yang kau cinta.."Siti tersenyum tawar.
Dia rasa seperti ingin menangis. Kalaulah Huzair tahu hal sebenar!
"Lepas ni, kau tinggal di mana. KL?" Siti tidak menjawab. Dia biarkan saja Huzair terusan
bertanya.
"Kalau di KL, bolehlah kita berjumpa..."Huzair ketawa kecil.
"Tapi masa tu kau dah jadi kepunyaan orang lain. Tentu payahkan...."
"Zair..sudahlah..jangan cakap macam tu. Apa-apa yang terjadi pun, kita tetap kawan...."Siti
mendongak, menentang mata Huzair.
"Ya, sebab aku ingat kawan lah..aku datang hari ni untuk jumpa kau.."
"Terima kasih!"
"Aku nak jumpa bakal suami kau nanti...."
"Untuk apa?"
"Untuk ucapkan tahniah...."
"Zair...."Siti menggeleng, dia mendekati Huzair.
"Datanglah rumah aku esok. Kau akan tahu perkara sebenarnya.."
"Memang aku nak datang"Huzair tersenyum.
"Dan bersyukurlah kalau kau dapat jumpa aku masa tu.."
"Kenapa kau cakap macam tu?"

Siti mengeluh. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. Sukarnya untuk meluahkan
perasaan, apatah lagi membuat keputusan. Dia sendiri tidak tahu adakah dia kuat untuk
menghadapi hari esok. Kenduri pernikahannya yang hanya atas nama! Kalau boleh, dia
ingin lari saja. Lari sekali lagi, kali ini dari semua orang. Biarlah...mungkin dia tidak layak
mencintai atau dicintai sesiapa. Cintanya bukan cinta biasa mungkin!

******************************************************
"Mama! "Wari masukkan beg ke dalam kereta. "Sempat lagi tak ni, Ma?"
"Ya Allah Wari...kenapa kelam kabut sangat ni?"Mak Ungku menggeleng kepala.
Dihulurkan begnya kepada Wari. Wari menarik pantas lalu dicampakkan ke dalam bonet
kereta.
"Bawak-bawak la bersabar sikit...."Mak Ungku merungut.
"Takut tak sempat, Mama..."Balas Wari.
"Entah Acik ni....kalut la.."Lisa memuncung. Dia bercekak pinggang, memerhatikan gelagat
abangnya. "Baru pukul berapa ni...sempat lagi laa..."
"Dah Lisa...cepat masuk kereta...."Wari mengeluarkan rokok, dikepitkan di dua bibir.

91
"Kejap haa..orang nak masukkan barang-barang ni laaa..."Lisa mendengus. Dia masuk
semula ke dalam rumah sambil merungut-rungut. Mak Ungku menggeleng, sedang Wari
sudah pun enak menghembus asap. Ada sedikit kepuasan pada wajah itu. Dia mengepal-
ngepal penumbuknya. Melihat sendi jemarinya yang sedikit kemerah-merahan. Peristiwa
semalam masih jelas di ruang matanya. Saat penumbuknya jatuh bertubi-tubi di muka
Azimin. Dia sudah tidak dapat kawal diri saat itu. Kalaulah tidak kerana Pak Amin datang
menghalang, rasanya pecah muka Azimin dikerjakannya. Walau lembam dan sengal-sengal
jemarinya, tetapi dia puas. Puas kerana akhirnya sisa kemarahannya dilepaskan kepada
orang yang sepatutnya.

Dia ingat airmata Mama yang mengalir tatkala melihat Azimin tersembam dengan cairan
darah di muka. Tersengguk-sengguk orang tua itu menahan sebak melihat menantunya itu
terkial-kial untuk bangun. Azimin yang bersandar di dinding, mengesat darah yang keluar
dari hujung hidung. Ditatapnya Wari dengan pandangan tajam. Ada kemarahan yang
tersemat, tapi dia tidak mampu berbuat apa. Tubuhnya longlai benar. Kepalanya berpinar
dan rasa panas membuak seluruh badan. Azimin rasa bagai ingin pitam.

"Apa yang dah jadi ni, Wari?"Terjerit Mak Ungku melihat adegan tadi. Dia mendengar
keriuhan di bawah tadi. Cepat-cepat dia panggil Lisa untuk memapahnya turun.

"Apa yang kau dah buat ni?" Wari mendengus. Dia memandang Azimin yang terkapar.
Kemudian beralih kepada Pak Amin yang mengurut dada. Lisa di sisi Mak Ungku menekup
mulut.
"Wari...apa yang kau dah buat ni..."Mak Ungku tersedu. Baru berapa hari Maria meninggal,
keadaan dah menjadi kucar kacir.
"Mama jangan tanya saya, tanya jantan ni!"Wari mendengus.Dia menghela nafas panjang.
Tenaganya banyak terbuang tadi.
"Kenapa Azimin...Wari..kenapa gaduh macam ni..?'

Azimin mendengus. Diseka hidungnya yang berair sekali lagi. Terkial-kial dia ingin bangun,
tetapi akhirnya kembali bersandar di dinding. Rasa geram pada Wari begitu membuak.
Tapi, apa yang boleh dia buat. Kalau tak kerana perempuan Indon tu, tak akan dia jadi
begini. Kurang ajar Kartini!

"Saya dah tahu Mama...."Wari bersuara keras. Mak Ungku mendongak, menatap wajah Wari
yang basah. "Saya tahu kenapa Siti tak nak kawin dengan jantan ni.."
"Wari..kenapa cakap kurang ajar macam tu..."
"Memang patut Ma!"Wari jerit kecil. "Jantan ni la yang menyebabkan Kak Mar terseksa,
sampai meninggal dibuatnya.."
"Astagfirullah al azim.....apa yang Wari cakap ni?"Mak Ungku menolak kerusi rodanya.
"Saya tak nak cakap!"Wari masuk ke dapur, datang kembali sambil menarik tangan Kartini.
Kartini yang teresak sambil menutup muka.
"Biar perempuan ni yang cakap!"

Mak Ungku memandang Kartini penuh tanda tanya. Lisa di sebelah juga sedikit terkejut.
Apa kaitan perkara ini dengan Kartini? Kenapa Kartini menangis begitu?

"Biar dia yang bagitahu.."Wari menarik kerusi, duduk dengan nafas mengah. Dia
memandang Kartini, menanti wanita itu membuka mulut. Kartini masih tersedu. Sudah
banyak airmatanya yang keluar mungkin. Dia melihat semua kejadian tadi. Dia melihat
Azimin yang dipukul bertubi-tubi. Dia tidak sangka Wari akan naik berang begitu.

92
"Kartini, cakaplah apa yang awak cakap pada saya pagi tadi.."Suara Wari mengendur.
Dadanya kembali tenang kini. Kartini mengangkat muka. Matanya yang merah berair
memandang Wari. Kemudian kepada Mak Ungku. Bila beralih kepada Azimin, dia
mencebik dan manik jernih meluncur lagi.

"Saya....saya...sama Azimin.."Dia teragak-agak. Tidak berani dia memandang Mak Ungku.


"Kenapa kamu dan Azimin?"Mak Ungku tidak sabar.
"Azimin.... sama saya!"Kartini menekup muka. Azimin gelisah. Kalau boleh ingin saja dia
menampar mulut Kartini. Tidak pandai simpan rahsia!
"Maksud kamu?"
"Kami....berselingkuh!"Mak Ungku terdiam. Matanya saja yang terkebil-kebil memandang
Kartini.
"Sudah lama...sejak Azimin pindah ke mari. Saya sama sekali tidak keberatan bu!.."
"Astagfirullah al azim...."Mak Ungku tersandar di kerusi roda. Dia mengurut-mengurut
dadanya. Wajahnya sebak, sambil menggeleng kepala dia memandang Azimin yang
menunduk.
"Ya Allah Azimin...."Mak Ungku menyeka matanya yang berair. Tak disangka menantu
yang paling diharap, yang selama ini bersopan, melayan Maria dengan penuh kasih sayang,
rupanya berbeza perangai di belakang. Sukar bagi dia untuk mempercayai.
"Kenapa selama ini kamu berdiam. Kenapa sekarang baru kamu ceritakan? Kerana Maria
sudah meninggal?"Mak Ungku sedikit kesal.
"Tidak.."Kartini menggeleng. "Saya takut bu...saya sangka Azimin akan menikahi saya....tapi
dia nggak mau...saya takut...lagi pula saya sudah......"
"Sudah apa?"
"Saya sudah hamil, bu!"Kartini mula menangis lagi.
"Saya mahu Azimin nikahi saya...tapi dia nggak mahu....maka saya nekad beritahu Wari...
saya tahu dia cinta sama Siti. Siti tak bersalah bu!" Azimin bangun serta merta. Wajahnya
memerah.

"Mama jangan percaya cakap dia ni Ma, dia tak mengandung!!"Azimin bersuara keras.
"Benar bu, saya sudah 2 bulan tidak datang bulan...saya takut..."Kartini melutut depan Mak
Ungku. Dia teresak-esak di situ.
"Masa buat, kamu tak takut?"Jengil Mak Ungku. Semakin kuat esakan Kartini.
"Saya salah bu..ampunkan saya..."Suaranya tenggelam timbul. Azimin menghampiri
Kartini.Cuba menarik tangan wanita itu. Kartini mengesot ke arah Mak Ungku.
"Azimin..."Mak Ungku bersuara. "Betul apa yang Kartini cakap?

Azimin diam. Dia menunduk, wajah penuh kekeruhan. Tapi untuk menafikan, dia tidak
punya alasan. Sedangkan Siti sendiri telah menyaksikan kecurangannya. Dan Maria juga
telah mengetahuinya.

Ahhh..Maria mati kerana dia. Dia yang menyeksa hidup isterinya itu. Tapi dia sendiri tidak
mampu mengawal dirinya. Kartini terlalu menggodanya. Tidak perlu banyak rintangan atau
wang, Kartini sendiri rela menyerahkan. Dan dia yang telah lama kehausan, sukar untuk
menolaknya. Dia perlu melampiaskan keinginan batinnya. Dia tahu dengan Siti dia tidak
akan peroleh itu. Siti gadis yang baik dan dia ingin mengahwininya. Tapi dalam masa yang
sama dia tidak dapat menghindari Kartini. Dia memang kecewa kerana Siti telah melihat
perbuatannya, dan akhirnya dia kehilangan gadis itu.

"Azimin....., Mama nak kamu bertanggungjawab atas perkara ini. Kamu mesti nikah dengan

93
Kartini. Kerana dia sedang mengandungkan anak kamu. Mama memang kecewa sekali
dengan sikap kamu ni. Kamu curang pada Maria!"Mak Ungku terhenti. Cuba mengawal
nada suaranya.

"Mama masih boleh terima kamu kerana kamu bapa kepada cucu-cucu Mama. Kalau tidak
kerana Didi dan Fifi, Mama dah halau kamu....."
"Ma...."Azimin mengeluh.

Wari puas hati. Dia sudah tahu kini, kenapa Azimin hanya berdiam diri bila Siti lari. Dia
tidak langsung mengambil tindakan apa-apa. Kerana semuanya berpunca dari dirinya
sendiri. Mana mungkin dia boleh memaksa Siti mengahwininya sedangkan dia manusia
kotor. Yang hanya memuaskan nafsu sendiri. Tak mungkin Siti menjadi milik orang seperti
itu. Wari percaya, Siti sengaja tidak mahu menghebahkannya. Dia tidak mahu menjatuhkan
maruah Azimin. Tapi kenapa? Kenapa Siti tidak berterus terang kepada mereka. Kenapa
sanggup menerima kemarahan orang lain semata-mata untuk melindungi manusia yang
tidak berhati perut seperti Azimin? Atau hati gadis itu terlalu lembut sampai tidak sanggup
melukakan hati orang lain? Kecewakah Siti bila mengetahui sikap sebenar Azimin?

Ahh...pastinya Siti lebih kecewa lagi dengan sikap aku ini. Yang membuta tuli menuduh dan
memarahinya. Menyalahkan dia atas kematian Maria. Ah, Siti, maafkan aku...kerana
berkasar denganmu. Kalaulah aku dapat temui kau sekarang juga...

"Acik, acik! cepatlah!"Didi dan Fifi menjerit dari dalam kereta. Rimas mereka menunggu
dari tadi. Wari tergegau. Rokok di tangan di baling ke tanah lalu ditenyeh dengan kasut. Dia
memandang ke pintu yang masih terbuka. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Bayang
Siti menerjah mindanya. Tak sabar hendak menemui dia! Wari senyum dalam hati.

***********************************************
Siti sudah membaringkan tubuhnya di atas tilam. Dia bergolek ke kanan. Shidah masih
belum kelihatan. Rasanya Shidah masih menonton tv kerana malam masih awal lagi. Belum
pun jam sepuluh. Tapi Siti tidak larat lagi melayan matanya. Fikirannya kusut. Dia
terkenangkan esok hari, yang terpaksa dia lalui. Bagaimanakah keadaannya nanti? Berjalan
lancarkan segalanya. Bagaimanakah tanggapan orang ramai terhadap keluarganya? Akan
terkeluarkah kata-kata cemuhan atau tohmahan-tohmahan liar atas pembatalan pernikahan
itu?Dan sanggupkah keluarganya menghadapi semua itu?

Ahhhh...bapanya pun silap. Kenapa mesti diteruskan juga majlis tersebut. Batalkan saja dan
mereka boleh lari ke Kuala Lumpur esok hari. Bila keadaan reda nanti, mereka boleh
kembali lagi. Tak payahlah mereka menjawab setiap pertanyaan nanti. Tapi, bapak orang
lama di kampung ini. Tak patut dia lepas tangan begitu. Lagipun bukan salah bapak. Bukan
kehendak keluarganya. Mereka mangsa keadaan, kalaupun bukan mangsa Azimin yang
menconteng arang. Sampai hati Azimin bersikap dusta begitu. Kenapa dia tidak berterus
terang tentang perbuatannya dengan Kartini dulu-dulu. Kenapa mesti bersetuju berkahwin
sedangkan nafsunya untuk orang lain. Sia-sia pengorbanannya selama ini. Mengorbankan
kasihnya pada Wari untuk memenuhi permintaan orang lain. Memenuhi hasrat Maria. Dan
Maria sendiri tidak sempat menyaksikan hasil pengorbanannya itu. Benarkah Maria
meninggal kerana perbuatannnya? Ahh....tak mungkin!

Siti menarik selimut menutupi sebahagian tubuh. Dia merenung zink


rumah yang ada lubang-lubang halus. Sudah ada yang berkarat, dan sawang
putih memenuhi kayu bestos yang dijadikan alang rumah. Sama seperti

94
zink rumahnya. Dan orang-orang kampung yang lain. Jauh bezanya dengan
rumah-rumah di bandar sana. Terutama rumah Mak Ungku.Ahhh...rumah besar
itu, tidak akan dijejaki lagi. Tidak akan dilihat lagi taman bunga yang
redup itu, air kolam yang merenek di bawah pancaran mentari, silingnya
yang berukiran halus, dan manusia-manusia yang mendiaminya. Rindunya
pada mereka masih berbekas. Pada Lisa yang keletah, pada Fifi dan Didi
yang nakal, pada Mak Ungku yang baik hati dan....pada lelaki itu!
Biarlah apa pun tanggapan mereka terhadap dirinya, dia akan tetap rindu
pada mereka.

Siti mendengar derap langkah di luar sana. Dia menoleh ke arah pintu yang tidak tertutup,
hanya dibatasi dengan langsir. Shidah terjengul, wajah agak cemas.

"Siti, jom turun bawah jap!"Shidah berdiri tepi pintu.


"Ada apa?"
"Mak kau ada kat bawah tu.."
"Hah?"Siti bangun serta merta. Dia bergegas turun dari katil.

"Mak aku? ada apa dia datang. Aku cakap tadi kalau ada apa-apa hal telefon aje..."Gerutu
Siti.Risau juga dia dalam hati. Mesti ada kecemasan. ataupun dia perlu pulang ke rumah
semula.

"Aku pun terkejut tengok mak kau datang tadi. Mak aku pun tak balik lagi dari rumah
kau...."Mereka menuruni tangga. Siti menerjah ke beranda rumah. Dia melihat emaknya ada
di situ. Bapanya pun ada sekali. Hati Siti jadi berdebar.

"Mak?"Sapa Siti, mendapatkan Mak Jah. Pandangannya beralih ke laman rumah. Sebuah
kereta tersergam di situ, dan Siti kenal benar kereta itu.

"Kak Siti!"Didi dan Fifi menerpa ke arah Siti. Siti terkejut. Dia tegak berdiri memandang Didi
dan Fifi yang berlari ke arahnya. Anak-anak kecil itu memaut pinggangnya erat. Siti gamam.

"Kak Siti, naper tak balik umah kita lagi?"Didi mendongak, menggoncang tangan Siti. Siti
terharu. Dia rasa seperti ingin menangis. Diusapnya kepala Didi.

"Kak Siti tak boleh balik sana. Rumah Kak Siti kat sini..."Balas Siti perlahan. Dia menjeling ke
dalam kereta. Mak Ungku sudah turun, sambil dipimpin Lisa. Dan lelaki yang duduk di
bahagian pemandu itu, sedang merenung tajam ke arahnya. Siti cepat-cepat alih pandangan.

"Mak Ungku.."Siti memeluk Mak Ungku. Dan Siti rasakan Mak Ungku membalasnya
dengan erat. Bahu Siti jadi panas. Ada cairan menitis di bahunya.

"Mak Ungku apa khabar?"


"Mak Ungku baik, Siti"Pelukan dilepaskan.

Siti masih bingung dan tidak percaya dengan kehadiran mereka. Apa yang menyebabkan
mereka datang ke sini, pada malam-malam buta begini. Adakah Azimin yang
menyuruhnya? Tapi dia tidak melihat kelibat Azimin di dalam kereta.

95
"Masuklah Mak Ungku...."Siti pimpin tangan Mak Ungku. Tapi Mak Ungku
tidak berganjak.
"Kenapa Mak Ungku?"Siti sedikit terkejut.
"Siti, ada orang yang benar-benar ingin berjumpa Siti...biarlah Siti jumpa dia dulu ye...."Mak
Ungku senyum.
"Nanti kita borak panjang.."
"Siapa?"
"Pergilah..."Mak Ungku menunjuk arah kereta. Wari baru saja menutup pintu.
Pandangannya jatuh ke wajah Siti. Siti jadi serba salah.

"Makcik masuk dalam dulu...."Mak Ungku berjalan ke dalam rumah. Diikuti Lisa, emak dan
bapanya. Tinggal Siti saja, dan Wari yang sedang melangkah ke arahnya. Nasib baik ada
Didi dan Fifi.

Walaupun mereka tidak tahu apa-apa, sekurang-kurangnya ia dapat meredakan debaran


Siti. Entah kenapa, hatinya betul-betul tidak keruan. Dia jadi takut berhadapan dengan lelaki
itu. Apalah yang hendak dia marahkan lagi. Mungkin Wari masih beranggapan dialah
penyebab kematian Maria. Kalau itulah tujuan dia datang ke sini dia lebih sanggup tidur
dari berjumpa dengan lelaki ini.

"Siti..."Wari berhenti betul-betul di depan Siti. Degup nafasnya bagaikan terdengar.


"Mesti Siti terkejut saya datang malam-malam begini. Maafkan saya..."Suaranya perlahan,
sedikit bergetar. Siti masih diam.

"Saya nak minta maaf pada Siti atas sikap saya tempohari. Saya berkasar pada Siti, dan saya
tahu saya tak patut buat macam tu.."Ada nada kekesalan pada suara itu. Siti mendongak
dan pandangan mereka bertaut.
"Saya dah tahu perkara sebenar...."
"Maksud awak?"Wari menarik nafas.
"Tentang Azimin dan Kartini...."Siti sedikit terkejut.
"Bagaimana awak tahu?"
"Kartini telah ceritakan semuanya...."
"Pelik...kenapa Kartini ceritakan semua ni..."
"Mereka akan bernikah tak lama lagi...."
"Azimin dan Kartini?"Wari angguk. Ada senyuman pada bibirnya.
"Kartini minta maaf pada Siti.....dia rasa bersalah..sebab itu dia ceritakan hal sebenar.."
"Baguslah kalau mereka akan bernikah....ada orang yang akan jaga Didi dan Fifi...."Siti
tersenyum nipis, lalu menarik sebuah kerusi.

Dia menoleh sekilas ke dalam rumah. Agak rancak perbualan Mak Ungku dan ibubapanya.
Apalah yang mereka borakkan, hati Siti tertanya-tanya. Sengaja tinggalkan aku sorang-
sorang dengan lelaki ni!

"Tapi, kalau boleh, saya nak Siti yang jaga Didi dan Fifi" Wari datang mendekat. Duduk di
hadapan Siti.
"Gila! Biarlah Kartini yang jaga. Takkan awak nak hantar Didi dan Fifi ke kampung ni,
suruh saya jaga pulak...."Siti tarik muka. Wari tersengih.
"Tak....bukan Didi dan Fifi yang datang sini, tapi awak yang duduk kat rumah saya.."
"Oh, awak nak saya jadi orang gaji Azimin pulak?" Siti jengil mata.

Wari tidak mampu bersabar lagi. Ditariknya tangan Siti lalu digenggam erat. Siti terkejut,

96
cuba menarik kembali tangannya. Takut kalau-kalau dilihat ibubapanya.Tapi genggaman
jemari Wari terasa erat, seperti tidak mahu dilepaskan.

"Siti, saya nak awak balik semula ke KL. Tinggal bersama saya. Jadi milik saya!"Wari
dekatkan wajahnya ke wajah Siti. Siti jadi makin tidak keruan. Mampus aku, kalau mak
nampak!

"Wari, janganlah macam ni...."


"Siti, dengar sini. Saya bersalah marahkan awak hari tu. Tapi saya rasa marah sangat sebab
awak telah kecewakan saya. Awak tolak saya semata-mata untuk puaskan hati orang lain.
Saya tahu awak tak cintakan Azimin..."
"Mana awak tahu?"
"Saya tahu cinta awak pada orang lain....."Wari menghela nafas.
"Pada saya..." Siti terdiam. Dia menunduk.
"Jadi milik saya?"Wari mengerutkan wajahnya.
"Semuanya dah terlambat, Wari.."
"Belum...belum terlambat. Saya percaya jodoh kita ada. Awak sayangkan saya, bukan?"Siti
diam. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Kalaulah dia katakan semua itu benar!
"Kita nikah esok!" Siti serta merta bangun. Genggaman terlepas.
"Awak dah gila!"
"Saya tak gila Siti. Tolonglah percaya pada saya. Pada Mama, pada Lisa, pada Didi dan Fifi.
Kami semua mengharapkan kepulangan Siti. Saya tak akan datang malam-malam begini
kalau saya tak ikhlas. Saya cintakan awak Siti!"

Siti menoleh. Pandangan mereka bertaut lama. Hati Siti jadi sebak. Akhirnya, kau lafazkan
jua!
"Saat awak terima Azimin pun, cinta saya tak pernah mati."Wari menunduk. Walau apa cara
sekalipun, dia akan dapatkan Siti. Inilah peluangnya yang masih ada.
"Wari...."Siti cuba tenangkan dirinya. "Terima kasih kerana berterus terang dengan saya.....
saya hargainya.."
"Jadi..?"
"Saya akan fikirkan dulu..."
"Jangan hampakan saya Siti..."
"Kalau awak sanggup tunggu sampai esok?"Wari mula tersenyum. Rasa seperti ingin
dipeluknya Siti saat itu.
"Kenapa awak senyum? Saya belum habis cakap lagi. Kalau dulu Azimin jumpa mak dan
bapak saya sebab nak kawin dengan saya. Kalau awak sanggup buat macam tu.."
"Lebih dari itu...."Wari ketawa kecil. "Tapi ada syaratnya...."
"Syarat? hai...awak yang nak, awak yang bagi syarat?"
"Sebab bukan saya seorang yang nak, awak pun nak, kan. Siti, katakan sekali saja....."Wari
mendekati Siti. Menatap wajah Siti sungguh-sungguh.
"Katakan yang awak pun sayangkan saya.." Siti tarik nafas panjang. Hatinya berdegup
kencang. Dia tidak sanggup lafazkannya.
"Saya akan lafazkannya...."Siti tatap matanya Wari lama. "Saya akan lafazkannya setelah
awak lafazkan akad nya...."

Wari tersenyum lebar. Segala gundah dan resahnya hilang pergi. Terasa malam yang pekat
menjadi terang benderang. Dia ingin ketawa sepuas hati. Digenggamnya jemari Siti erat.
Dan Siti hanya membiarkan saja. Biarlah. Biarlah kali ini hanya hati yang berkata 'ya'.

97
Thanks for reading.

Note: Semoga Terhibur :)

98

Anda mungkin juga menyukai