Anda di halaman 1dari 105

Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 1 mjbookmaker by: http://jowo.jw.

lt Pagi-pagi lagi Siti sudah menjerang air dalam periuk besar. Sambil-sambil itu, t angannya pantas mengupas kulit pisang nipah yang sudah masak ranum. Isinya kuning, kalau digoren g garing memang membangkit selera. Lebih-lebih lagi dimakan waktu pagi-pagi begini.Kena dengan a ir kopi. Uhhh .Siti menelan liur. Dia membancuh tepung gandum. Dicampur sedikit dengan tepung beras. Kemudian, tel ur dipecahkan. Bubuh sedikit garam. Kemudian gaul rata-rata. Siti senyum puas. Dima sukkan satu persatu pisang yang telah dikupas kulitnya. Isinya elok, dan tidak bonyok. Biasanya pisa ng yang masak dipokok lebih manis rasanya dibandingkan dengan yang diperam dengan kobalt. Sebab itu di a tidak suka kalau emaknya beli pisang di luar. Kalau nak makan, tunggulah pisang-pisang keliling r umah masak. Kadangkadang dalam satu masa, 2-3 tandan pisang masak serentak . Jenuh pula hendak dimakan. K alau Kak Melah atau Abang Mohsin balik, mereka memang angkut ke bandar. Siti tahu, anak-a nak mereka memang suka makan pisang goring. Dulu, ada juga peraih datang naik lori, untuk bawa semua pisang-pisang ke bandar . Tapi, sejak kejadian banjir setahun lepas, banyak pokok-pokok pisang yang mati. Kalau ada pu n sepokok dua yang hidup subur tepi parit.Setelah minyak panas, Siti masukkan dua-tiga ketul pisang ke dalam kuali. Dia mejenguk seketika periuk besar yang berasap. Sekejap lagi, bila air masak, dia i ngin membancuh kopi pula. Lepas bancuh kopi, dia perlu menyidai kain di ampaian depan rumah.. Biasan ya pagi-pagi begini, emak yang menyidai kain. Tapi hari itu, pagi lagi emaknya sudah turun ke bawah. Ke kebun kelapa untuk memetik pucuk ubi. Entah apa angin emak, tiba-tiba teringin nak masak pucu k ubi. Siti bukannya suka sangat. Siti menjenguk ke luar. Kelibat emak tidak kelihatan. Siti perhatikan saja ke ar ah kebun kelapa tidak jauh dari rumahnya. Kelapa-kelapa di situ semuanya sudah tua-tua belaka. S udah tidak banyak hasilnya. Tapi di hujung kebun, ada sungai kecil yang airnya jernih tapi cetek. 2-3 ekor lembu bapa ditambat di situ. Siti cepat-cepat beralih ke dapur semula untuk mengangkat pisa ngnya. Dia membancuh kopi, dan meletakkannya di atas meja. Terlihat bapanya sedang mengelap topi keledar. Bapak nak kemana ni. Tak menoreh ke hari ni? Siti bersuara. Dilihat bapanya berpaka ian kemas pagi itu. Biasanya kalau ke kebun getah, bapa pakai baju kemeja pendek yang suda h capuk-capuk di seluruh bahagian. Seluar kain khaki pula sudah keras, berbintik-bintik hitam kes an susu getah yang melekat. Baunya tengik. Selalu bapa sangkutkan di dinding luar supaya kering di sapa angin.

Bapak nak ke bandar kejap. Mak kau mana? Mak cari pucuk ubi. Balas Siti pendek.Dituangnya air kopi ke dalam cawan. Asap berl egar-legar di permukaan cawan sebelum pecah dibawa angin pagi. Pergi teriak mak kau.. Bapanya tarik kerusi lalu duduk menyandar. Mak kat bawah sana .. Siti rasa malas sangat hendak turun ke bawah. Malam tadi hujan lebat. Tanah tepi sungai mesti becak dan selut. Pergi panggil mak kau Iyerlah..iyerlah .. Siti cepat-cepat beredar. Menyarung selipar jepun yang sudah haus tapaknya. Tapi baru beberapa langkah di atur, Siti tersenyum lebar bila melihat emak berja lan ke arahnya. Kau dah buat air Siti? Plastik berisi pucuk ubi di sangkut atas paku tepi pintu. Dah . Sidai kain? Belum Pergi bukak reban ayam. Tu hampas kelapa tu pi bagi ayam makan . Siti cepat-cepat masuk ke rumah, mencapai mangkuk plastik berisi hampas kelapa. Conit dengan Lonjang jangan kasi keluar. Nanti berak depan rumah. Busuk. Musim hu jan ni tanah lembab . Mak Jah mengibas muka dengan tuala kecil. Bapak panggil mak Siti bersuara sebaik selipar disarung semula. Mak Jah tidak menyah ut. Tapi Siti tahu, emaknya pasti bersarapan dengan bapa. Bapa memang tak suka sarapan at au makan sorangsorang. Walau jauhnya emak waktu itu, bapa akan suruh jugak Siti pergi mencari. Siti sud ah faham benar. Siti berjalan ke arah reban ayam yang diperbuat dari papan dan jaring dawai. Sek ali ditarik, pintu dawai terbuka. Bercempera haiwan-haiwan tersebut melepaskan diri. Suara riuh ren dah memecah hening pagi. Siti berundur ke belakang takut ayam-ayam itu menerpa ke arahnya. H ampas kelapa ditabur di sekeliling reban. Berceratuk ayam-ayam itu memagut hampas. Berebut se sama sendiri. Selesai semua hampas ditabur, Siti ke reban kecil di bawah pokok nangka. Dia mem bongkokkan badan. Conit dan Lonjang, dua ekor angsa kesayangannya menjulurkan kepala.Siti m enghulurkan tangannya dicelah-celah jaring. Dia tidak pernah rasa takut kalau-kalau angsa-an gsa itu memagut jemarinya. Rasa simpati melihat kedua-dua ekor angsanya. Siti berhasrat hendak membuka saja pintu reban tersebut. Dia lebih suka kalau Conit dan Lonjang dapat berjalan-jalan mencari ma kan sendiri sekeliling rumah. Tapi emak tidak benarkan. Emak marah kalau Conit dan Lonjang berak depan pintu. Busuk. Hari-hari emak terpaksa kambus tahi Conit dan Lonjang yang berlonggok depan pint u dapur. Conit dan Lonjang angsa manja. Walau dihalau pergi, tetap berkeliaran di sekitar depan dap ur rumah. Menunggununggu kalau dicampakkan nasi sejuk. Akhirnya pintu reban di buka. Conit dan Lonjang te rkedek-kedek keluar sambil leher panjangnya teroleng-oleng. Sekejap menjulur tinggi, sekejap menyudu-nyudu di tanah basah. Siti tersenyum lagi. Kalau emak marah, Siti janji akan kambus tahi

angsa-angsa itu. Walaupun Siti sendiri tidak suka dengan kerja itu. Siti kembali ke dapur. Dilihatnya bapa dan emaknya masih belum habis bersarapan. Siti menghampiri emaknya. Dah bagi ayam makan? Siti angguk perlahan. Dua ekor ayam yang dalam sangkar tu jangan dilepaskan pulak. Itu bapak kau nak se mbelih nanti Sambung Mak Jah lagi. Mak nak masak ayam ke hari ni? Tanya Siti lalu menarik kerusi. Mak nak buat rendang .nanti Siti tolong perah santan ye Siti angguk, tapi dia pelik. Kak Melah nak balik ke mak? Tanya Siti lagi. Tak lah . Habis tu? Air kopi dituang dalam cawan. Kawan bapak nak datang .Siti bukannye kenal pun Balas Mak Jah. Emmm ..patutlah bapak nak ke bandar. Bapak nak beli buah ye? Pak Seman tersengih mendengar pertanyaan anaknya itu. Dia mengangguk-angguk. Nanti Siti tolong sapu sikit depan rumah. Mak nak masak. Lepas tu Siti mandi, pak ai baju cantikcantik ye Siti renung mata Mak Jah. Pakai baju cantik-cantik? Siti semakin pelik. Kenapa m esti pakai baju cantik-cantik. Emak dan bapak nak berjalan jauhkah? Siti tinggalkan kedua orang tuanya menyambung bual. Dia tidak mahu masuk campur. Ada banyak kerja yang harus dia lakukan. Sejak Kak Melah berkahwin dan mengikut suaminya ke Melaka, Sitilah yang diharapkan untuk menolong emaknya. Kalau emak dan bapanya pergi menoreh, se hari suntuk Siti di dapur. Kadang-kadang sampai emak dan bapanya balik pun, dia belum sempat memasak. Pagi, dia membasuh kain, bagi ayam makan, mengemas rumah. Petang, dia melipat ka in. Kalau banyak sangat daun nangka yang gugur depan rumah, dia akan sapu sampai bersih. Kadang-k adang dia akan ikut emaknya ke kebun ubi tidak jauh depan rumah. Tapi biasanya dia akan curi-cu ri keluar waktu petang. Pergi ke padang bola sebelah Balai Raya. Di sana, ada ramai kawan-kawan sekolahnya yang suka berkumpul bersama.Di situ dia akan bertukar-tukar cerita terutamanya dengan kawan baiknya Murni dan Shidah. Murni dah Shidah sama nasib dengannya. Sehingga sekarang masih belum mendapat kerja. Untuk menyambung pelajaran, rasanya mustahil. Siti sudah putus asa setela h 4 kali permohonannya tidak ada sebarang jawapan. Siti tidak mahu menunggu lagi. Dia yak in permohonannya itu gagal. Siti bergegas ke depan rumah menyidai kain. Sambil itu dicapainya pen yapu lidi di bawah kolong rumah. Disapunya daun-daun nangka yang gugur di laman. Terasa berat tanga nnya menolak penyapu lidi itu. Tanah yang lembab menyalut helaian-helaian daun. Dia mengaut d edaun dengan pongkis rotan, lalu melonggokkannya di perdu pokok kelapa yang tinggal tunggul. Esok kalau hari cerah, dia akan baker sampah-sampah itu. Waktu hujan-hujan begin i, jirus sebotol minyak tanah pun, tak akan hidup api pada longgokan sampah tersebut. Sel esai semuanya, Siti masuk ke rumah semula. Diseka peluh didahi. Terasa melengas badannya. Sekejap la gi dia ingin mencurahkan tubuhnya dengan air kolah yang dingin. Pagi itu pasti bertambah ding

in dek hujan yang turun malam tadi. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 2 Dari celah tingkap biliknya, Siti melihat dua buah kereta masuk ke laman rumahny a. Dia menjadi pelik. Sejak bila pula bapanya punya kawan yang berkereta besar-besar begini? Di a tidak pernah nampak pun. Saudara mara? Tentunya tidak kerana dia mengenali kenderaan kepunyaa n saudara mara, baik belah emak atau bapanya. Paling mewah pun kereta Honda milik bapa saudarany a di Kuala Lumpur. Kak Melah dan Abang Mohsin pun hanya punya Kancil. Habis tu, siapa pula yang baw a kereta-kereta besar itu? Siti kembali mengadap cermin. Dia menyikat rambutnya yang basah baru disyamfu. Membuka gerobok kayu, sambil matanya tertancap pada helaian-helaian baju yang tersangkut . Satu persatu, tetapi tidak ada satupun yang berkenan di hati. Takkan tengahari buta nak pakai baju kebaya? Gila! Hari Raya pun aku tak pakai baju kebaya. Siti membelek-belek kebaya Kak Melah yang di wariskan kepadanya. Habis tu, nak pakai apa? Mak kata pakai baju cantik-cantik .ahhh lecehlah! Rengus Siti. Ditutup kembali gerobok tersebut lalu beralih pula pada rak rotan yang termuat pakaian b asahannya setiap hari. Emm .pakai yang ni je lah! Ditariknya sepasang baju kurung kedah dari lipatan. Ini pun cantik jugak apa! Tak pun susah-susah sangat, aku pakai je kain batik Dia tersengih memandang wajahnya di cermin. Dibelek-belek seketika tubuhnya yang hanya bersalut tuala paras lutut. Dia suka sekali merenung tubuhnya di balik cermin it u. Dia suka melihat pinggangnya yang ramping, kakinya yang panjang, pinggulnya yang penuh. Dan yang paling dia suka, melihat kulitnya yang putih mulus. Hanya rambutnya saja yang agak ikal. Dia tida k begitu menggemarinya. Dia lebih suka kalau rambutnya lurus seperti rambut Shidah. Dia s edikit cemburu melihat rambut Shidah secantik itu. Siti mengenakan baju kurung kedah itu ke tub uhnya. Rambutnya yang masih basah disimpul dengan tuala. Sedang membelek wajahnya, dia terdengar panggilan emaknya dari arah dapur. Cepat-cepat Siti menempek bedak bayi Johnson di pipinya . Buat apa lama sangat kat bilik tu? Siti tersengih malu. Rambutnya yang diseka perla han. Diperhatikan emaknya yang sedang mengatur hidangan dalam dulang. Semerbak bau re ndang ayam menusuk ke hidung. Tu, air tu tuang dalam cawan, bawak ke depan .. Mak Jah memuncung ke arah jag air. Hantar ke depan? Siti terkejut. Tolong mak hantar ke depan. Mak dah bentang tikar kat depan sana Balas Mak Jah. Alah Siti malaslah. Siti hantar sampai depan pintu je. Seganlah Mak .. Nak segan apa? Bukan tak ada batang hidung. Mak Jah angkat dulang berisi lauk pauk Siti merengus. Dia memang tak suka benar bab yang ini. Dia tak mahu menonjolkan dirin ya di depan tetamu-tetamu yang tak dikenalinya itu. Kalau boleh dia hendak memerap saja di d

alam bilik. Biarlah emak dan bapa saja yang melayan mereka itu. Tapi, dia tahu, dia tak boleh melawa n kata emaknya. Siapa lagi yang hendak diharap kalau bukan dia! Siti berjalan lambat-lambat menu ju ke ruang tamu. Dia perlu menaiki anak tangga untuk sampai ke situ. Dulang berisi minuman digenggam erat. Terasa berpeluh jari jemarinya. Dia seperti hendak menjerit memanggil emaknya, tapi mul utnya seperti terkunci. Perasaannya berdebar tatkala sampai di ruang tamu. Terasa semua mata b eralih ke arahnya serta merta. Ya Allah jangan terlepas dulang ni sudahlah ..Siti gigit bibir sampai sakit. Dah besar sangat Siti, ni Cik Jah .cantik . Satu suara kedengaran menegur.Ish!! Siti menc aricari suara itu. Siapa diorang ni? Boleh kenal pula aku? Sambil tangan lincah mengatur cawan, matanya sempat melingas mencari arah suara tadi. Sebaik terpandang wajah perempuan yang duduk menghadapnya itu, hati Siti semakin berdebar. Eh..macam kenal je makcik nih! Dahi Siti berkerut, cuba mengingatkan. Cepat-cepat d ia susun cawan dan mahu beredar. Siti tak makan sekali? Perempuan itu menegurnya lagi. Siti menoleh, pura-pura melem par senyum. Eh jemputlah makan, makcik. Saya baru lepas . Siti menunjukkan isyarat untuk berlalu. D ia rasa mukanya sudah naik merah. Dia pelik kenapa semua orang terarah kepadanya ta di. Atau aku ker yang perasan?..Siti menggeleng-geleng. Siti kembali ke bilik lalu merebahkan tub uhnya ke katil. Dia memandang atap zink yang bersawang sambil fikirannya mula mencongak sesuatu. Sia pa mereka ya? Hati Siti tertanya-tanya. Dia teringat perempuan yang menegurnya tadi. Rasa-rasa macam pernah lihat, tapi di mana?Agaknya saudara jauh .ahhh .biarlah buat apa nak sakit kepala fikir ni se mua? Petang ni jumpa Murni dan Shidah lagi bagus! Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu? Shidah memuncungkan mulutnya ke satu arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan ke ara h mereka.. Emm cik abe mu dah datang Mek Ti . Murni ketawa kecil.Dia menyinggul bahu Siti menyuruhnya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia memerhatikan saja langkah Huza ir satu persatu. Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Wajah Siti merona merah. Mek Ti, apa kau buat kat sini? Huzair menegur. Siti mendongak, menatap wajah anak m uda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti tahu setiap petang, Huzair bermain bol a di padang balai raya itu. Saja duduk-duduk . Balas Siti acuh tak acuh. Eh kan rumah kau ada orang datang? Mana kau tahu? Mata Siti membulat. Eh errr aku aku nampak tadi Huzair telan liur. Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku? Siti renung Huzair sungguh-sung guh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni dah Shidah sudah menekup mulut me nahan ketawa.

Aku lalu depan rumah kau tadi .. Huzair alih pandangan. Tak mahu bertentang mata deng an Siti. Aku nampak ada kereta besar depan rumah kau Kereta besar? Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus. Kawan bapak aku lah . . Siti menolak Murni yang menempel di sebelahnya. Aku tak kenal pun Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak? Shidah dah Murni ketawa serentak. Siti men dengus. Asal nampak kereta besar, orang datang pinang .Ishh .menyampah betullah .. Huzair dise belah tersenyum penuh makna. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 3 Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu? Shidah memuncungkan mulutnya ke satu arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan ke ara h mereka.. Emm cik abe mu dah datang Mek Ti . Murni ketawa kecil.Dia menyinggul bahu Siti enyuruhn ya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia memerhatikan saja langkah Huzair satu pers atu. Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Wajah Siti merona merah. Mek Ti, apa kau buat kat sini? Huzair menegur. Siti mendongak, menatap wajah anak m uda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti tahu setiap petang, Huzair bermain bol a di padang balai raya itu. Saja duduk-duduk . Balas Siti acuh tak acuh. Eh kan rumah kau ada orang datang? Mana kau tahu? Mata Siti membulat. Eh errr aku aku nampak tadi Huzair telan liur. Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku? Siti renung Huzair sungguh-sung guh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni dah Shidah sudah menekup mulut me nahan ketawa. Aku lalu depan rumah kau tadi .. Huzair alih pandangan. Tak mahu bertentang mata deng an Siti. Aku nampak ada kereta besar depan rumah kau Kereta besar? Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus. Kawan bapak aku lah .. Siti menolak Murni yang menempel di sebelahnya. Aku tak kenal pun Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak? Shidah dah Murni ketawa serentak. Siti men dengus. Asal nampak kereta besar, orang datang pinang .Ishh .menyampah betullah .. Huzair di s ebelah hanya tersenyum memerhatikan Siti. Wajah gadis itu yang berkerut ditatap dalam-d alam. Walau berkerut begitu, tetap ayu di matanya. "Habis, kalau betul orang pinang kau, macamana?"Shidah cuit bahu Siti. "Alah....sapa nak pinang aku tu....memang malang!"Siti mencebik. "Kenapa pulak?"Murni menyampuk. "Iyerlah....aku ni bukannyer ada kerja pun. Lagipun...sapa je yang nak kan aku n i. Aku takde kenal pun dengan lelaki-lelaki kat kampung ni. Kat luar kampung lagi lah..."Siti tarik muka. Dipandang nya Huzair yang sedari tadi asyik memerhatikannya. "Huzair ni ada!"Shidah tersengih. "Ishh...."Siti alih pandangan. Tapi Huzair hanya tersenyum. Dia tidak kisah kala u dilaga-laga dengan Siti begitu.

"Si Zair ni, tak nak lah aku!"Siti bangun. Dia sebenarnya rasa segan juga dengan lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa Murni dan Shidah selalu mengusik dia dengan Huzair. Padahal Hu zair tidak pernah cakap apa-apa pun tentang perasaan walaupun mereka memang selalu berjumpa berdua . "Eh, aku nak balik lah!"Siti bergegas menyarung selipar. "Eh, nantilah dulu Mek Ti"Huzair cuba menghalang. Cepat-cepat dia berdiri di dep an Siti. "Aku nak balik, nanti mak aku cari. Aku keluar ni pun curi-curi tau....mesti dia marah sebab aku tak tolong kemas..."Suara Siti mengendur. Dipandangnya ke arah Huzair yang berdi ri tegak di hadapannya. "Aku hantar kau nak?" "Tak payah lah...."Siti mula melangkah. "Murni, esok kau bawak novel yang kau be li hari tu, eh? Kau dah habis baca belum?"Berpaling ke arah Murni. "Sikit lagi. Malam ni aku try habiskan. Esok kau nak datang cepat sikit tau. Aku nak gi bandar la. Mak aku tu....suruh aku temank an dia beli rak pinggan.." Shidah ketawa kecil mendengar kata-kata Murni. "Okaylah....tak pun... kalau susah sangat...sebelum kau pegi bandar tu, kau singgah la rumah aku dulu...ya!"Murni m engangguk sambil memerhatikan langkah Siti yang diekori Huzair. Huzair berjalan beriringan. Cepat langkah Siti, cepat juga langkahnya. Siti buat -buat tak endah dengan kehadiran lelaki itu. Dia cuba melangkah dengan lebih cepat lagi."Mek Ti. .."Huzair memecah kesunyian. "Mek Ti....aku ada hal nak cakap ni..." "Emmm...apa dia?"Siti menoleh sekilas. "Aku.....err...aku...."Siti mengeluh. Apasal mamat ni? Tergagap-gagap aje. Selal u tak macam ni. "Kau nak cakap apa ni, Zair....dari tadi aku...aku....." "Tak pelah....Mek Ti balik le dulu...nanti Mek Ti tahu la..." "Tahu apa?" "Mmm....ala...nanti Mek Ti akan tahu juga..."Huzair tersenyum. Dia menunduk, cub a bersaing dengan Siti yang semakin laju. Minah ni, macam lipas kudung! "Habis tu, itu je yang kau nak cakap?" Siti berhenti di tepi jalan. Melihat ke k iri dan kanan sekilas sebelum meneruskan langkah. Mereka baru saja melalui kawasan perumahan kakitanga n guru.Kelihatan beberapa orang anak muda sedang bermain takraw di kawasan rumput di situ. "Mek Ti.."Huzair pegang lengan Siti. Siti sedikit terkejut. Langkahnya terhenti. Dipandangnya wajah lelaki itu. "Esok aku nak jumpa kau?" "Buat apa? Aku tak boleh janji" "Aku...aku nak tahu keputusan kau.." "Keputusan.....keputusan apa?"Siti makin bingung. "Mmm...keputusan kau..."Terdiam sejenak."Esok je lah kita cerita ok!"Huzair ters enyum sebelum berpaling melangkah. Siti mendengus. Pelik dengan sikap lelaki itu. Sasau ke apa ? ********************************************* Lepas habis makan malam itu, Siti berkira-kira untuk menonton rancangan "Bachelo r' siaran televisyen Singapura. Tapi bila dia menjenguk ke ruang tamu, kelihatan emak dan bapanya mas

ih tekun menonton tv. Siti gumam. Ah....tak dapat la aku tengok hero bujang aku tu.....Siti masuk semula ke dalam bilik. Direbahkannya tubuh ke katil besi yang selalu berkeriut. Kenapa mak dan bapak ma sih belum tidur? Selalunya waktu-waktu beginilah mereka sudah masuk tidur. Diorang ni tak ngantuk ke? Siti golek ke kiri, sekejap ke kanan pula. Matanya masih belum mengantuk. Kalau tidak silap dia, malam itu siaran terakhir siri tersebut. Dia ingin tahu siapakah wanita yang dip ilih oleh hero tersebut. Antara 2 orang wanita yang terakhir, siapakah yang berjaya menjadi pasangan hero handsome itu? Issh..kalau lah aku dapat lelaki sehensem itu! Siti tersenyum, cuba membayang se suatu. Wajah Huzair pula tiba-tiba menerpa. Cepat-cepat Siti menggeleng. Sedang bergolek-golek, dia terdengar namanya dipanggil. Siti bingkas. Dia berjal an perlahan ke ruang tamu. Emaknya yang masih lagi mengait, manakala bapanya pula sedang menggu lung rokok daun. Bau enak tembakau menerpa deria bau. "Mak panggil Siti ke?"Tegur Siti sebaik melabuhkan punggung. Mak Jah berhenti me ngait. Dipandangnya wajah Siti sejenak, kemudian beralih pula ke arah Pak Seman yang le ka menggulung rokok daun. Menunggu-nunggu kalau suaminya itu mahu membuka mulut. "Emm....."Mak Jah telan liur. Tak tahu bagaimana untuk memula bicara. "Paknya...awak jelah yang bagitahu..." Pak Seman angkat muka. "Awak je lah yang cakap....orang pompuan..."Pak Seman bersuara malas sambil meny alakan hujung rokok. Menyedutnya dalam-dalam. Ada kepuasan pada riak wajah orang tua it u sebaik asap dihembus keluar. Mak Jah mengerling Pak Seman yang buat tak tahu saja. "Ni ha....Siti....tadi petang yang datang ramai-ramai tu......makcik Zanariah da n suaminya..."Mak Jah memandang Siti yang duduk tegak macam patung. "Makcik Zanariah?"Dahi Siti berkerut."Siapa tu, mak?" "Zanariah....kau dah lupa ke. Anak Nek Selamah....atuk si Huzair" "Ha...."Mata Siti membulat. Kalau Zanariah itu emak kepada Huzair, dia memang ke nal. Kenal melalui gambar yang pernah ditunjukkan Huzair sewaktu dia datang beraya ke rumah neneknya tahun lepas. Patutlah dia rasa macam cam wajah perempuan itu petang tadi. "Buat apa dia datang ke sini, mak? Mak kenal dia ke?" "Apa pulak tak kenal.....masa kecik-kecik dulu kan...dia pernah duduk sini...lep as kawin aje dia pindah ke Kuala Lumpur ikut suaminya. Suaminya dulu kerja askar. Dah pencen dah...." Siti mengangguk. Dia maklum dan tahu serba sedikit tentang keluarga Huzair. Itup un Huzair yang selalu bercerita. Dia kenal Huzair sejak lelaki itu berpindah ke sini, tinggal d engan neneknya. Dia ingat waktu mula-mula Huzair mendaftar di sekolahnya. Ramai pelajar perempuan yang ter tarik padanya. Mungkin kerana Huzair orang bandar, caranya sedikit bergaya. "Ohhh..patutlah...."Siti mendengus. Patutlah Huzair beriya-iya mengingatkan dia tentang tetamu yang datang petang tadi. Dan patutlah dia boleh tahu semua itu. Yang datang berk ereta besar tadi adalah ahli keluarganya. Ohh...pandai dia mempermainkan aku ye! Siti gigit bibir

. Dipandangnya wajah emaknya sejenak. Tapi.....apa tujuan keluarga Huzair datang ke rumah? "Err....kenapa diorang datang, mak?"Mak Jah tersenyum. "Mak tak tahu pulak yang Siti berkawan dengan Huzair...."Balas Mak Jah perlahan. "Memang la Siti kawan dengan dia. Kan dia satu sekolah dengan Siti dulu...."Dada Siti mula berdebar-debar. Takut kalau mak dan bapanya melenting kerana dia berkawan dengan lelaki.Selama ini memang dia t "Mak ni bukannya apa...."Mak Jah terhenti, menoleh ke arah Pak Seman yang hanya mendengar. "Siti kan muda lagi. Belum pun bekerja. Tak tahu pulak mak, Siti kawan rapat den gan Huzair tu. Mak bukannya kenal sangat dengan Huzair tu. Dia pun baru je pindah ke kampung ni , kan?" Siti angguk. Debaran semakin terasa. Dia tak sanggup hendak menentang pandangan denga n kedua orang tuanya. "Tapi mak tahu dia baik...." "Kenapa mak ni, cerita pasal Huzair pulak?" "Keluarga Huzair datang petang tadi..... merisik Siti...." "Haa??"Siti tersentak. Dipandang ke wajah emaknya. Beralih ke arah bapanya pula. "Merisik?....merisik Siti...merisik untuk apa?"Soalan itu terpacul dari mulutnya . "Ish...budak ni...merisik untuk apa...merisik untuk anak dialah..si Huzair tu... ." Ya Allah! Siti bagai mahu tumbang. Betulke apa yang aku dengar ni? Matanya berpi nar-pinar. Huzair merisik aku? Alamak....mimpi apa pulak ni?...Siti tersandar kaku di atas sofa. Dia benar-benar terkejut. "Habis tu....mak cakap apa? Mak setuju ker?"Mati aku kalau mak setuju. "Mak dan bapak belum bagi keputusan lagi. Mak nak tanya Siti dulu. Betulke Siti berkawan dengan Huzai r tu..." Siti bangun. Dia jadi resah. Panas terasa meruap naik ke muka. Kembali dia duduk di sebelah Mak Jah. Ditekupkan mukanya di bahu Mak Jah. "Huzair ni gila la, mak..." "Kenapa pulak?" "Ish...gila...memang gila!"Siti bingkas bangun. Malas dia hendak menunggu lama d i situ.Dia tak sanggup hendak mendengar lagi. Ini semua mimpi ngeri! Huzair...sampai hati kau! Siti jerit dalam hati. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 4 Air yang mengalir di celah-celah batu itu amat jernih. Kelihatan lumut-lumut hij au di permukaan batu, beralun mengikut riak air. Dua tiga ekor ikan kecil berenang-renang di sek eliling lumut. Cuba melawan arus. Siti ambil batu kerikil kecil, lalu dilontarkan ke arah anak-anak ikan itu. Hatinya betulbetul pedih. "Janganlah baling ikan-ikan tu...mati nanti..." Siti tarik muka. Malas dia henda k menentang wajah lelaki itu. "Kenapa diam je ni, Mek Ti?" Huzair duduk di sebelah Siti. "Habis, aku nak cakap apa. Kau yang buat aku begini, kan?"Mata Siti bulat merenu ng Huzair. Huzair tersenyum.

"Mek Ti marah?" "Kau tak pernah cakap dengan aku. Tiba-tiba je kau buat macam ni. Kau ni gila!" Syy....janganlah kuat sangat. Nanti orang dengar..."Huzair memberi isyarat tanga n. "Biar orang dengar......" Huzair ketawa kecil. Suka dia melihat Siti marah-marah begitu. "Kenapa kau buat aku macam ni?"Siti bersuara lirih. "Buat apa?' "Kenapa kau suruh keluarga kau datang rumah aku. Aku tak suka lah...." "Biar mereka saling berkenalan...." "Untuk apa...." "Untuk memudahkan kerja di kemudian hari..." Siti mendengus. Dia bingkas bangun. Menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Ditepuk -tepuk baju kurungnya yang terpalit tanah. "Aku tak suka.."Siti berpaling. Cepat-cepat Huzair menarik tangan Siti. "Mek Ti, janganlah marah-marah aku macam ni, aku serius. Aku sukakan kau..." "Suka tak bermakna kau boleh pinang aku sesuka hati kau....tak bagitahu aku, tak bincang dengan aku...tiba-tiba je kau datang macam tu aje. Aku pun ada perasaan juga.." Siti meninggikan suara. "Mek Ti, aku minta maaf kalau cara aku itu tak betul. Tapi aku rasa itu cara yan g lebih baik. Aku sangka kau faham perasaan aku selama ini.." Huzair mendepani Siti. Siti tarik na fas dalam-dalam. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu saja dia tolak lelaki itu ke sungai. "Aku ni bukan ahli nujum yang boleh baca perasaan orang, Huzair. Aku tak tahu ha ti kau tu. Suka ke, benci ker....Aku tak reti nak tafsir perasaan orang. Yang aku tahu, hati aku sendiri. Aku belum bersedia nak bercinta..bertunang...berkahwin.... Itu semua takde dalam kepala ak u."Wajah Huzair mendung. Di tatapnya Siti lama. "Tapi aku sukakan kau Mek Ti....." "Aku tahu, aku tak kisah kalau kau suka kat aku....tapi aku tak boleh terima car a kau tu. Bercinta pun belum, kau dah hantar rombongan..." "Jadi, kita boleh bercinta?" Siti kehilangan kata. "Maksudnya, bermula dari saat ni, kita boleh mula bercinta..."Huzair tersenyum c eria. Siti menggeleng. Mula bercinta? Ishh..pelik betul ayat tu. Macamana nak memulakan cin ta. Boleh dirancang-rancangke? "Okay...mulai sekarang kita adalah pasangan kekasih..." "Cukup..cukup. Kau ni cerita merepek je la...pasangan kekasih apabenda...aku tak retilah nak berkasih-kasih ni...."Siti menarik tangannya. Dia merengus lagi. Rimas dia denga n pelakuan lelaki itu. Selama ini Huzair tidak pernah mahu meluahkan perasaan. Tapi bila sekali diluahk an, begitu beriya-iya lagaknya. Seram Siti dibuatnya. "Mek Ti...."Huzair mengeluh "Janganlah macam ni Zair. Nanti orang lain tahu, malu aku" "Apa yang nak dimalukan?"Huzair jengil mata. "Iyelah....aku ni belajar tak pas, keja pun tak dapat. Duk rumah pun mengadap ay am itik mak aku jer..."Siti telan liur."Tiba-tiba je nak kawin...nanti apa org cakap?" Huzair menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman. "Apalah yang Mek Ti pikir susah-s usah sangat

sampai ke situ. Biarlah orang nak pikir apa pun. Kau kan gadis pingitan. Duk rum ah, terus dipinang orang" Siti mendengus. Malas dia hendak mendengar omelan lelaki itu lagi. Dia bersedia untuk angkat kaki. Tapi sekali lagi jemari Huzair tersangkut di hujung baju kurungnya. "Aku nak tahu keputusan kau sebelum hujung bulan ni. Kalau kau setuju, aku akan balik KL" Siti tatap wajah Huzair tunak. "Lepas kita bertunang, aku akan balik KL untuk cari ke rja di sana. Kerja kat sini pun berapa sen sangat yang dapat. Lagipun, mama aku minta aku pulang ke KL dulu Dah 3 tahun aku kat sini..." Siti tidak bersuara. Dia berpaling, bersedia untuk melangkah. H uzair segera mengekori. Sama-sama menyusuri akar-akar kayu yang berselirat di permukaan tanah.Dedaun sem alu yang berduri menguncup terkena sapaan angin. Siti melangkah laju, mengelak dari terpijak duri semalu. "Mek Ti.....aku nak tahu keputusan kau.."Huzair bersuara. "Aku tak tahu."Balas Siti pendek. "Kau cuma perlu berkata ya atau tidak." "Kalau aku kata 'tidak'?"Huzair berhenti melangkah. "Tidak ada sedikit perasaan pun pada aku?" "Tidak buat masa sekarang..." "Akan datang?" Ish....Siti merengus. Banyak betul songehnya! "Bagi aku masa..." "Kau tak akan kecewakan aku, kan?"Siti tersengih. "Aku tunggu....."Jemari Huzair memaut jemari Siti. Siti menarik pantas. Baru bag i masa, dah nak pegang-pegang tangan! Siti merengus. "Kalau Mek Ti setuju...aku akan segera cari kerja di KL..."Sekali lagi Huzair me ngulangi. "Baru nak cari duit?"Siti ketawa kecil."Maknanya kau belum ada duit nak kahwin. Habis tu, kenapa pinang aku?" "Sebab aku tak nak kau di sambar orang!" Huzair renung Siti dalam-dalam Siti cep at-cepat alih pandangan. Udara malam itu agak panas. Siti membuka cermin tingkap biliknya luas-luas.Dari jauh dia melihat kerlipan cahaya lampu yang samar-samar dari luar.Sudah hampir jam 12. Ba nyak rumah-rumah sekeliling yang sudah bergelap. Dan baru sebentar tadi dia baru mematikan suis l ampu biliknya. Itupun setelah ditegur bapanya yang kebetulan ke bilik air. Siti rasa rimas malam itu. Awal-awal lagi dia sudah membalut tubuhnya dengan kai n batik. Angin tidak terasa langsung. Sebab itu dia lebih selesa berkemban begitu.Kipas meja pu la sudah agak uzur. Pusingannya yang menghasilkan bunyi keriut itu tidak mendinginkan suasana. Ahh.. .bilalah agaknya bapak nak ganti kipas buruk ni. Ish.. panas betul! Siti bingkas bangun, Dikibaskibasnya kain batik yang terikat paras dada. Agaknya, hati aku yang panas kot...Siti gumam. Dia kembali m erenung ke luar rumah. Bulan tidak kelihatan. Hanya cahaya lampu yang samar-samar. "Apa harus aku buat?"Siti mengeluh. Wajah Huzair yang bersungguh-sungguh menerpa di ruang mata. "Nak tolak....atau terima?"Dia telan liur.

"Nak tolak..kesian....tapi kalau nak terima.....mmmmm....aku suka kat dia ker?" Siti geleng kepala. "Aku suka pun....suka gitu-gitu jer....takdelah sampai nak kawin....si Zair ni.. .gila lah........" Siti sendiri tidak perasaan, bila masa Huzair punya perasaan terhadap dia. Merek a kenal bukannya lama. Walaupun sudah 3 tahun Huzair menetap di kampung itu, cuma setahun yang le pas mereka mula berkawan. Sejak Huzair bertukar ke kelas nya sewaktu di menengah 5. Kebetulan pu la Nek Selamah selalu membeli telur angsa untuk dibuat telur masin. Maka hampir setiap minggu, Huzairlah yang menjenguk ke rumahnya. Setiap kali Huzair datang, Sitilah yang terpaksa melayann ya. Kadang-kadang Siti sangkutkan saja bungkusan telur itu dipaku luar rumah. Tahulah Huzair menga mbilnya. Tahu-tahu esoknya Huzair hulurkan duit kepadanya. Sejak itu Huzair selalu senyum-senyum ke padanya. Dan selalu mereka berjumpa di tepi padang Balai Raya sambil disaksikan Shidah dan Murni. "Itu saja......setakat jumpa, borak-borak biasa.....takdelah aku jiwang-jiwang k at dia pun...."Siti gigit bibir. "Macamana dia boleh tergerak hati nak pinang aku pulak... pelik lah budak Zair n ie...." Siti biarkah cermin tingkap terus terbuka. Dia rebahkan badan semula ke atas kat il. Sambil melonggarkan ikatan kain batiknya, otaknya berpusing-pusing mencari alasan terba ik untuk menolak hasrat Huzair. Petang tadi, emaknya bertanya lagi. Ahhh....aku nak cakap apa? Na k tolak mentahmentah macam tu aje? "Nak bagi alasan sambung study.....study pun tak kemana. Nak kerja...kerja pun t ak dapat-dapat lagi.Duk rumah lama-lama, orang datang pinang pulak....ishh...payah betul lar ja di pompuan ni. "Siti tersengih dalam gelap. Dia cuba pejamkan matanya. Cuba memadamkan bayangan Huzai r yang semakin berasak-asak muncul dibenaknya. Sejak 2-3 hari ini, wajah lelaki itu ada di mana-mana! Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 5 "Siapa ni?"Suara di hujung talian kedengaran "Siti!" "Ohh...Siti...akak tengah masak ni..." "Ala..Kak La....orang nak cakap ngan kak La nie....."Siti sandar badan tepi bend ul pintu. "Kejap-kejap....akak nak kecikkan api dapur jap..."Siti tersenyum. Dia menanti s eketika sambil hujung jari menguit-nguit wayar telefon. "Ha..Siti, pagi-pagi dah telefon akak ni, ada apa?"Suara dihujung talian kedenga ran lagi. "Mm....Siti ada hal nak cakap ngan akak ni..."Siti toleh ke dapur. Takut kalau-k alau emaknya ada di situ. "Apa dia?" "Mmm....Siti nak kerjalah kak. Kat tempat akak ada kerja kosong tak?"Siti kebam bibir. "Hai...dulu akak suruh datang sini cari kerja, kau tak nak. La ni, dah tukar pik iran pulak.

Kenapa?"Melah ketawa kecil. "Takdelah...Siti dah boring duduk kat rumah jer. Mm...lagipun....Siti ada masala h ni..."Suara Siti mengendur. Dia tidak mahu emaknya tahu dia mengadu pada Kak Melah. "Masalah apa?" "Mmm...susah nak cakap.....malu laa..." "Ishh...kau ni. Masalah apa sampai nak cakap pun malu."Dengus Melah. "Masalah peribadi lah kak La......macam ni...eemm...errrr.." "Apa bendanya? Nak pakai duit ker?" "Eh, takdelah. Bukan pasal duit. Emm...macam ni. Hari tu, ada orang datang rumah " "Siapa?" "Ntah, sapa ntah. Siti tak kenal sangat...."Siti pejamkan mata. Dia tahu Kak Mel ah tak akan percaya kalau dia cerita perkara sebenarnya. "Habis tu, kenapa?" "Diorang kan....diorang datang...nak pinang Siti..."Siti rasa nak tergelak. "Pinang sapa?" "Pinang Siti!" Siti tutup muka kerana malu. Hujung talian senyap seketika "Kak La...dengar tak?"Siti kuatkan suara. "Pinang kau?"Siti angguk walaupun dia tahu Kak Melah takkan melihatnya. "Biar betul!" "Laa...tak percaya pulak. Tu yang masalahnya tu...."Siti mengeluh. Dia mendengar gelak tawa di hujung talian. "Ala...Kak La ni, ketawakan orang pulak...."Siti muncung. "Akak macam tak percaya pulak adik akak ni dah dipinang orang. Muda-muda lagi ka u dah bercinta ye Siti....."Masih ketawa. Siti jadi geram mendengar kata-kata kakaknya itu. "Oo...ingat muka cam kita ni takde orang nak ker?" "Habis tu, Siti nak ke?" "Siti tak nak......tapi tak tahu nak cakap macamana ngan bapak. Mak kata kalau d ah tak kerja, tak belajar baik kawin jer....tapi Siti tak naklah...."Siti julur tangannya untu k capai kerusi rotan tepi tv. Lenguh kakinya berdiri begitu. "Kalau tak nak...buat apa bercinta...jiwang sana jiwang sini...." "Mana ada! Orang tak bercinta pun lah...."Cepat-cepat dia tutup mulut bila menye dari suaranya semakin kuat. "Habis tu, kau nak lari ke sini la ye?"Siti sengih. Kalau dia dapat kerja, boleh lah dia bagi alasan pada orang tuanya untuk tolak pinangan tersebut. Bolehlah dia beritahu Huzair se bab dia tak mahu terikat sekarang. Dia dah dapat kerja! "Kak La carikanlah kerja.....nanti Siti boleh pergi sana....tak payah kawin..."S itimerengek. "Issh..budak ni..tak paham aku....kalau tak nak kawin...buat apa gatal bercinta. .." "Ala...Kak La..tak paham...nantilah kalau Kak La balik...Siti cerita...."Siti me rengek lagi. "Mmm....."Melah masih ketawa. "Siti nak akak pujuk mak supaya jangan terima pinangan tu ker?" Siti tarik nafas dalam-dalam. Kepalanya ligat berfikir. "Tak payah pujuk. Akak tolong carikan kerja je. Takpun....akak pura-pura bagitah u mak, ada kerja kosong untuk Siti. Mesti mak suruh Siti kerja dulu....." "Nak bohong kat mak ler ni?" "Ala....bohong sunat"Pandailah kau....."Melah meren gus. Seketika

dia terdiam. Siti menunggu kata-kata dari kakaknya itu. "Sebenarnya, hujung minggu ni memang kak Melah nak balik kampung pun. Abang Jais kau dapat cuti, tu yang ingat nak balik kampung sekali tu....."Melah bersuara semula. Senyum Siti melebar. "Betul ker....bestnya....kak La jangan lupa carikan kerja ye. Kerja sapu sampah pun jadiklah kak..."Siti ketawa halus. "Kang akak dah cari, kau jangan tolak pulak...."Siti geleng kepala. "Taklah.....Siti tak kisah kerja apa. Kali ni Siti tak nak tolak punya. Kalau bo leh Siti nak lari dari si Huzair tu.." "Sapa? Huzair? Budak yang pinang kau tu ker?"Alamak....dah terlepas cakap pulak. Siti gigit bibir. "Okaylah kak La. Bye...."Cepat-cepat Siti letak gagang. Dia bergegas masuk ke bi lik lalu menjenguk ke tingkap. Terlihat emaknya terbongkok-bongkok menyapu sampah depan r umah. Fuuhh.....Siti tarik nafas lega. **************************************** Kereta kancil putih meluncur perlahan memasuki perkarangan rumah. Siti yang seda ng menyidai kain tersenyum lebar. Dia bergegas masuk ke rumah setelah menyiapkan kerjanya. K ak Melah kelihatan sedang memunggah beg keluar dari bonet kereta. Si kecil Fariana, membontoti ibun ya. Manakala Abang Jais pula sedang menyalami emak. "Bapak mana mak?"Melah bersuara sebaik tangan emak disambut. "Bapak kau ke mana lagi. Ke kebun getah la..belum balik lagi..."Mak Jah mencium pipi si kecil Fariana. Meronta-ronta anak kecil itu dalam pelukan Mak Jah. Siti tersengih samb il menyambut huluran beg-beg dari kakaknya. "Bawak masuk bilik beg ni, Siti "Melah bersuara. Siti angguk. Setelah meletakkan beg dalam bilik, dia kembali mendapatkan mereka yang sedang berkumpul di meja makan. Tak sabar ra sanya hendak mendengar keputusan Kak Melah. Tapi Kak Melah hanya tersenyum padanya. "Lama ke cuti Melah?"Mak Jah bersuara. "3 hari mak. Tapi esok dah nak balik semula. Abang Jais ni nak singgah rumah aka k dia kat Melaka. Ada kenduri sikit.."Balas Melah perlahan "Pegi buat air Siti.."Mak Jah cuit bahu Siti. Siti hampir-hampir mengeluh. Tapi cepat-cepat dia bangun dari kerusi takut didengar emaknya. Silap-silap berbekas pehanya dikutil emak.Sambil membancuh minuman, sesekali dia memanjangkan lehernya, cuba mendengar perbualan mereka. Kalau-kalau mereka bercerita tentang dirinya. Tapi, Kak Melah tidak pula menyent uh hal peminangan tersebut. Siti menunggu-nunggu juga kalau Kak Melah bercerita tentang kerja koso ng yang dimintanya. Siti kembali ke meja makan lalu mengatur gelas minuman satu persatu. Abang Jais terus mengambil dan meneguknya laju. Siti tersengih. Dia kembali duduk di sebelah Mak Jah. "Esok Siti ikut Kak La balik KL "Tiba-tiba terpacul kata-kata dari Melah. Siti g amam. Dia pandang wajah Kak Melah bagai tidak percaya. Mak Jah juga sedikit terkejut. "Eh, kenapa nak bawa Siti ke KL pulak?"Mak Jah bersuara. "Ada kerja kosong kat KL mak, itupun kalau Siti nak...."Balas Melah.

"Nak, nak.."Siti tidak sedar dia telah menyampuk. "Ish budak ni..."Mak Jah tepuk tangan Siti. Siti tersengih. "Kerja apa kat sana tu, Melah?" "Emm...kerja kat rumah orang. Jaga budak. Macam babysister la. Bukannya orang la in. Sedara jugak dengan Abang Jais ni. Memang Melah kenal..."Melah bersuara lambat-lambat. Dia bimbang juga kalau emaknya tidak bersetuju. Siapa yang nak jadi orang gaji! "Jadi orang gaji?"Jengil Mak Jah. Siti gumam. Dia benar-benar terkejut. Tak ada kerja lain ke? Orang gaji? Jaga budak? Ishh...tak glamer langsung. "Bukanlah orang gaji betul, mak. Diorang memang dah ada orang gaji. Ni untuk jag a budak je. Tak lama. Sebulan dua. Kebetulan anak makcik tuan punya rumah tu sakit. Tengah b erubat kat luar negeri. Tak ada sapa nak jagakan anak dia....dia mintak tolong dengan Abang Jais carikan siapa-siapa yang boleh tolong untuk sebulan dua je ni. " Melah pandang Siti. Siti hanya menunduk. Dia tidak menyangka kerja yang Kak Mela h carikan seperti itu. Dia sangkakan kerja di ofis atau di kilang. Dapat juga dia melaram. Mak Jah mengeluh. Dipandangnya Melah sungguh-sungguh. Abang Jais bangun tiba-tib a. Mungkin dia tidak mahu ikut campur dengan urusan tersebut. Biasanya dalam hal keluarga, Abang Jais lebih banyak mendengar dari bersuara. Tapi seketika kemudian dia kembali semula duduk di sebelah Kak Melah sambil tangannya mengenggam sesuatu. "Ni ha.. .kalau mak nak tengok. Mereka ni ada pertalian saudara dengan sebelah a tuk saya. Tapi atuk dah meninggal."Abang Jais menghulurkan album gambar. Mak Jah mengambil albu m tersebut lalu menatap foto yang dimaksudkan. Siti memanjangkan lehernya. "Emm.....orang berada..."Mak Jah bersuara perlahan. "Ala...orang biasa je mak...."Abang Jais bersandar. "Apa sakit anaknya ni?"Tanya Mak Jah lagi. "Kanser...."Balas Melah. "Kesian mak. Dah lama dia sakit. Berubat kat sini, tak jalan.Seminggu lepas, mereka ke luar negeri. Tak tahulah berapa lama kat sana. Tu yang anak-ana k dia ditinggalkan kat rumah orang tuanya. Tapi Mak Engku tu dah dah uzur mak. Tak larat nak jaga cucucucu dia tu. Tu yang diorang suruh Abang Jais carikan penjaga untuk sebulan ni.."Melah teguk air seke tika. "Kenapa tak dihantar ke tempat orang jaga budak tu. Apa nama dia..." "Nurseri!"Celah Siti tiba-tiba. "Susah nak hantar sana mak. Pagi kena hantar, petang nak kena ambik semula. Yang dua orang tu pula dah bersekolah. Senang nak uruskan kalau tinggal di rumah. Kalau hantar nurseri susah pula nak ke sekolah nanti."Balas Melah lagi. Sesekali dipandangnya wajah Siti yang te kun mendengar. Siti ambil album gambar tersebut lalu menatap photo sebuah keluarga yang sedang duduk di kerusi mewah. Berlatar belakangkan sebuah ruang tamu yang luas. Emmm....memang k aya. Rumah besar...bisik hati Siti. Anak-anak pasangan itu comel-comel belaka. Tampak bahag ia. Tak sangka keluarga sebahagia itu sedang berperang dengan kesulitan yang amat. Siti tahu pe nyakit barah

bukanlah penyakit yang mudah diubati. Paling tidak, pasti harus menjalani pembed ahan atau proses kimoterapi yang selalu Siti baca diakhbar-akhbar. Amat menyeksakan! "Habis tu, kau nak Siti jaga budak-budak ni?"Mak Jah bangun dari kerusi. Menjeng uk ke pintu, kalau-kalau Pak Seman sudah pulang dari menoreh. "Dari Siti ni duduk rumah tak buat apa. Biarlah dia ke sana, mak. Bukannya lama. Sebulan je. Lagipun bukannya jauh sangat dari rumah saya. Abang Jais ni pun selalu ke sana t engok-tengokkan anak-anak mereka tu."Melah pandang Abang Jais yang sedang menyelak helaian akhba r. Mak Jah kembali duduk. Dia menarik nafas panjang. "Mak ni tak kisah kalau Siti ni nak bekerja. Kat bandar tu kan banyak kerja. Tap i dia tak nak. Nak ke KL jugak. KL tu lagi susah nak cari kerja..."Mak Jah renung Siti lama.Siti ja di serba salah. Dia pandang Kak Melah yang tersengih penuh makna. "Kerja kat rumah Mak Engku tu pun bagus jugak mak. Makan minum tempat tinggal se mua cukup. Gaji pun diberi. Saya pulak boleh tengok-tengokkan. Kalau kerja kilang ni ,saya tak percaya sangat budak-budak sekarang ni. Lagi-lagi macam Siti ni.." Siti jengil mata ke a rah Melah. "Siti ni nak ke kerja jaga budak ni? Tak percayalah mak. Masak pun tak reti...." Mak Jah muncung bibir. Siti gigit bibir sampai sakit. Dadanya berdebar tiba-tiba. Ahh...kalaulah mak tahu aku sanggup buat semua ni semata-semata kerana ingin lari dari Huzair! Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 6 Lama Siti menanti. Sudah lenguh lututnya berdiri di bawah pokok jambu batu tepi sungai itu. Sekejap dia menyandar, sekejap dia bertinggung. Sesekali dia memandang ke langit . Mencongak-congak sudah jam berapakah waktu itu. Seingat dia selepas Asar tadi dia terus bergegas ke situ. Sebelum itu dia sudah ingatkan Huzair melalui telefon. Dia ingat lagi suara ceria Huzair sebaik mendengar dia ingin be rjumpa. Agaknya dia ingat aku nak terima dia. Ahh....kesiannya....tapi! Dia memandang ke bawah. Sekejap-sekejap ke arah anak-anak ikan yang berenang di takungan jernih celah-celah batu. Sekejap-sekejap ke deretan semut-semut hitam yang susup sasap bawah daundaun kering. Sudah dua tiga kali juga kakinya pedih digigit semut-semut hitam itu. Te rgaru-garu dia menahan gatal sambil mulutnya mula membebel. Ahh..lain kali aku suruh bapak buat bangku kat sini. Senang aku nak dating! Getus Siti. "Si Huzair ni pun satu. Aku nak jumpa dia buat-buat lambat pulak. Kang aku pegi tak cakap ngan dia, merana pulak!"Siti toleh ke hujung jalan.Menanti kelibat Huzair. Malam tadi, sewaktu menonton tv, setelah puas dipujuk Siti dan panjang lebar dit erangkan Kak Melah, akhirnya emak bersetuju juga melepaskan dia ke KL. Itupun dengan berbakul pesanan yang Siti sendiri tidak berapa ingat. Yang dia ingat, emak bagi tempoh sebulan dua saja be kerja di rumah orang kaya itu. Bila mereka pulang dari luar negara, Siti harus berhenti kerja. Cari k

erja lain atau pulang saja ke kampung. Siti tersengih mendengarnya. Dia tahu dia akan pilih yang pertama da ri yang kedua. Dia akan cari kerja sampai dapat. Untuk balik ke kampung dan bersetuju untuk berkahw in dengan Huzair, adalah mustahil! Walaupun Siti sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana dia boleh menerima kerj a tersebut, tapi setelah difikir dalam-dalam, dia rasa itu adalah jalan yang paling baik bua t masa sekarang. Paling baik kerana dia sendiri tiada pilihan lain. Daripada duduk rumah dan menanti har i-hari untuk bergelar seorang isteri, lebih baik dia mengadap budak-budak tu. Lagipun tempohnya bukanl ah lama sangat. Kak Melah kata, pasangan tersebut ke luar negara untuk berubat mungkin mengambil mas a sebulan saja. Paling lama pun dua bulan. Dalam tempoh itu dia perlu menjaga dan menguruskan an ak-anak mereka. Sambil menjaga mereka, bolehlah dia memohon apa-apa kerja lain di bandar KL itu. Dalam masa sebulan tentu boleh dapat. Kak Melah dan Abang Jais pun boleh tolong carikan. Lagipun, apalah susah sangat jaga budak-budak tu......bisik hati Siti. Walaupun aku tak ada adik, tak pernah jaga budak kecil, itu bukan bermakna aku tak boleh buat. Setakat teng ok-tengok aje, kemaskan pakaian diorang, buatkan bekalan diorang, rasanya mudah saja!.Siti ters engih lagi.Dia pandang ke belakang sekali lagi. Isssh.....bencinya aku! Siti hentak kaki. Tak g una punya lelaki.Aku tunggu bagai nak gila, dia tak datang jugak. Tak apa, lepas ni kau tak dapat jum pa aku lagi! Siti beredar dari bawah pokok jambu batu itu. Dia berjalan laju. Baju kurungnya berkibar-kibar diterpa angin. Tangannya menyeluk kocek di tepi baju. Mengeluarkan sekeping kert as putih yang dilipat. Kertas itu disiapkannya malam tadi. Untuk diberikan kepada Huzair. Siti berlari-lari anak. Dia ingin ke rumah Shidah yang jauhnya hanya beberapa ba tang tiang lampu dari situ. Dia tahu Shidah ada dirumah kerana mereka tidak berjanji untuk keluar ke padang hari ini. Lainlah kalau Shidah ke bandar, menjaga kedai pengantin emaknya. " ...Shidah..."Siti mencungap sebaik tiba di laman rumah Shidah. Dia pandang ke arah tingkap yang terbuka. "Shidahh!!"Siti memanggil lagi. Pintu terbuka dan Shidah t erjengul dengan wajah mengantuk. "Kau ni mesti tengah tido!"Siti menapak ke depan pintu. Shidah tersengih. "Rumah aku tak ada orang lah....mak bapak aku pergi jemputan kawin kat kampung. Adik-adik aku semua gi main tak ingat nak balik rumah."Dia bertinggung depan pintu. "Habis tu, aku nak buat apa. Nak tengok tv tak ada cerita best. Baik aku tido....."Dia menguap lagi. "Aku datang ni nak ucapkan selamat tinggal kat kau...."Siti bersuara perlahan. S hidah mendongak,memandang Siti tanpa reaksi. "Aku nak pegi KL.." "Ada apa kau gi KL, kau gi dengan sapa?"Shidah bertanya malas. "Pegi dengan akak aku..."Balas Siti. "Emm....kau nak tanya aku nak kirim apa eh?"Shidah angkat kening."Emmm....nak ki rim apa

ek....." "Wei...tak payah nak kirim-kirim. Aku bukannya nak pegi makan angin. Aku nak dud uk rumah akak aku. Nak kerja kat sana..." "Haa?"Mata Shidah membulat. Dia bingkas bangun. "Kau nak duduk sana?" "Ha'ah....tu sebab aku jumpa kau ni. Kejap lagi aku nak bertolak dengan akak aku ." "Tiba-tiba je kau nak ke sana, kenapa? Kau dah dapat kerja ke?" Siti terdiam sej enak. Lama kemudian baru dia mengangguk. Eh...kerja apa ha?"Shidah tampak teruja. Siti mendengus. "Kerja apa?"Shidah goncang bahu Siti. Siti serba salah. "Emm...kerja kat...ofis mana ntah. "Siti senyum tawar. "Bestnya!"Shidah terlonjak."Dapat jugak kau kerja ye.....: "Alah.....akak aku yang carikan...."Balas Siti perlahan. "Kau nak pergi hari ni ker?"Shidah muram."Kenapa cepat sangat.....nanti tak dapa t jumpa kau lagi.." "Alah..bukannya aku tak balik lagi. Nanti kau kirim salam kat Murni ye. Aku tak sempat nak jumpa dia."Siti hulurkan kertas putih tadi."Emm...yang ni, kau tolong bagi pada Huzair ..." "Wow..surat apa ni?surat cinta eh?"Shidah cepat-cepat sambar kertas tersebut. "Surat cerai!"Siti ketawa."Kau jangan baca pulak....Okaylah..aku nak balik dulu. ."Siti depangkan tangannya. Shidah pantas memeluk erat temannya itu. Airmatanya hampir menitis. T ak dapatlah lagi mereka lepak-lepak dan bersembang seperti biasa. "Jangan lupa tepon eh!"Laung Shidah sebaik Siti mula beredar. Siti angkat tangan nya sebelum hilang dibalik rimbunan lalang. ***************************** "Kenapa lambat sangat ni?"Mak Jah menegur Siti sebaik melihat anaknya itu terkoc oh-kocoh memunggah beg. "Jumpa buah hati mak...."Sahut Melah bersahaja. "Mana ada. Orang pegi jumpa Shidah lah!"Siti tarik muka. Melah ketawa. Dia mendu kung anak kecilnya, Fariana yang terlena. "Dah cepat masukkan beg tu. Kita nak singgah Melaka ni. Takut terlepas kenduri t u nanti.." Melah buka pintu kereta lalu membaringkan anaknya di kerusi belakang. Abang Jais sudah menanti di dalam kereta. "Melah balik dulu, mak..."Melah mencium tangan Mak Jah. Mak Jah mengangguk. Tiba giliran Siti, dia mula mengesat mata. "Mak janganlah nangis. Siti pergi tak lama."Siti terharu. Dia menyeka air mata y ang tidak dapat ditahan lagi. Tubuh Mak Jah dirakul erat. Mak Jah mengusap rambut Siti. "Kat tempat orang nanti, perangai tu jaga elok-elok. Jangan melawan cakap..."Mak Jah mengingatkan. "Sembahyang jangan tinggal..." Siti terangguk-angguk. Dia menyeka air mata lalu mencium pipi kedut Mak Jah. Say u hatinya bila mengenangkan selepas ini hanya emak dan bapanya saja yang tinggal dirumah. Pasti emaknya kesunyian. Tapi apa boleh buat. Dia harus menurut kata hati. Dia juga ada kehend ak sendiri. Yang pasti

kehendaknya itu bukanlah untuk menerima sesiapa buat masa ini. Siti masuk ke dalam kereta. Sebaik kereta mula bergerak, dia melambai ke arah Ma k Jah yang tegak berdiri di tepi pintu. Dalam hati, dia sedikit terkilan kerana tidak sempa t bertemu bapanya. Bapanya mengikut jiran sebelah ke bandar atas sedikit urusan. Tapi bapanya awalawal sudah memberi keizinan untuk dia bekerja. Kerana itu walaupun dengan berat hati, Siti tetap be rasa lega kerana hasratnya tidak dihalang. Kereta mula meluncur laju. Semakin lama kampungnya ditinggalkan, semakin berdeba r perasaan di hati. Berdebar kerana dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dia nanti. Bagaimana dia akan hidup dalam sebuah rumah yang asing, dan dikelilingi manusiamanusia asing. Betahkah dia? Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi semua itu tetap mem erlukan penyesuaian. Bagaimana kalau dia tidak betah tinggal di situ. Atau dia tidak mam pu membuat kerja yang diamanahkan dengan baik? Walaupun menjaga budak-budak itu seperti satu kerj a yang enteng, tapi pasti menggugat kesabaran. Pasti mencabar dirinya yang langsung tidak punya pengalaman. Ahh...kenapalah kerja sebegini yang aku inginkan! "Kalau ngantuk, tidurlah Siti. Jauh lagi ni.."Melah bersuara, memecah kesunyian. Siti mengalih pandangan. Menatap wajah Fariana yang lena disebelahnya. Matanya juga sudah sema kin layu. Dia malas lagi hendak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi nanti.Bi arlah.Biarlah masa yang menentukan. Siti terlena seketika. Sehinggalah dia tersedar semula, ha ri sudah menggelap. Fariana sudah berada dipangkuan ibunya. Abang Jais pula masih tekun memandu. Sit i menggosok mata lalu memandang sekeliling. Deretan kereta di kiri kanan jalan menyaingi perjalan an mereka. Siti tersenyum.Sudah lama dia tidak berjalan jauh seperti ini. "Dah sampai mana ni, kak?"Tanya Siti. "Pagoh. Kejap lagi sampai la ni..."Siti pa ndang jam pada dashboard. Sudah jam 8.15. Dia kembali menyandar sambil mata tertancap pada lamp u di kiri kanan jalan. Semakin lama semakin layu. Akhirnya dia kembali terlelap. Sedar-sedar mereka sudah sampai di rumah kakak Abang Jais. Kenduri sudah pun ber mula. Oleh kerana orang sudah ramai di ruang tengah, Siti mengekori kakaknya masuk melalui dapur. Di dapur juga sudah ramai orang. Siti bersalaman dengan beberapa orang makcik di situ wal aupun dia sedikit segan dan tidak mengenali mereka. Selepas meletakkan beg di dalam bilik, dia dud uk bersama-sama tetamu lain yang sedang membaca surah Yassin. Kak Melah sudah hilang dari pandan gan. Tapi Siti sudah tidak mahu memikirkan. Dia cuma ingin cepat-cepat menyambung tidur dan tid ak sabar untuk menanti perjalanan ke Kuala Lumpur esok. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 7 Jam 8.30, Siti sudah siap mandi dan berdandan. Pagi itu dia mengenakan sepasang baju kurung

warna biru laut dan tudung juga berwarna biru, sedikit gelap. Seperti biasa, han ya bedak bayi Johnson tercalit di wajahnya. Dan sedikit pelembap bibir dioles pada dua bibir. Warna me rah samar. Teragak juga dia hendak mengenakan lipstik sekali kala,tapi sebatang lipstick pun dia tidak p unya. Hendak pinjam dengan Kak Melah, dia malu. Akhirnya, minyak wangi pemberian Shidah dan Murni pa da hari lahirnya tahun itu disembur di seluruh badan. Semerbak bau memenuhi ruang bilik yang keci l itu. Siti tersenyum puas. Beg tangan yang Kak Melah beri pada hari raya tahun lepas masih elok untuk dipak ai. Siti menyandang beg tangan tersebut lalu memandang dirinya dicermin. Dia tersenyum la gi. Dia rasa gelihati. Ahh....bersopannya aku! Macam nak jumpa mak mentua! Dia membelek-belek seketika sehingga puas. Kemudian,dia beredar ke ruang tamu menanti Kak Melah yang menghan tar anaknya Fariana ke rumah jiran sebelah. Sudah 2 tahun, makcik sebelah rumah itu menjaga Fariana. Perutnya sejak tadi berkeroncong, tapi dia malas untuk makan. Dia cuma sempat me neguk nescafe yang Kak Melah buat pagi tadi. Sarapan yang ada hanya roti dan jem. Dia kurang gemar menikmati sarapan seperti itu. Kalau dikampung,emak rajin buat jemput-jemput, go reng pisang atau nasi lemak. Kalau roti pun, dia lebih suka makan cicah sardin atau telur hancur goreng. Tiba-tiba dia berasa kecur bila teringat itu semua. Semakin berkeroncong perutnya dirasakan. Terdengar bunyi pagar rumah dibuka. Siti terus meluru keluar lalu menyarung sand al tali warna hitam. Mendapatkan kakaknya yang sedang menghidupkan enjin kereta. "Tolong kuncikan pintu, Siti" Melah menghulurkan seberkas anak kunci.Siti menuru t. Terkial-kial dia cuba mengunci mangga pintu tersebut. Kemudian, mengunci pagar rumah pula set elah kereta dikeluarkan. Sebaik dia masuk, kereta mula bergerak. Perjalanan yang dilalui agak lama juga. Siti tidak berapa pasti arah perjalanan mereka. Dia cuma nampak banyak signboard di kiri kanan jalan. Kereta pula berpusu-pusu bagai sali ng mengejar. Beberapa kali mereka terpaksa memperlahankan kereta dan terpaksa menunggu lama d i persimpangan lampu isyarat. Siti berasa agak rimas dengan keadaan itu. Apalagi pagi mula mema ncarkan terik matahari. Dia rasakan KL agak panas dibandingkan dengan kampungnya yang sejuk da n rimbun dengan tumbuhannya. Bagaimana dia dapat hidup dalam suasana kelam kabut seperti ini? Lepas dari lampu isyarat, mereka mula melalui jalan yang agak lengang dibandingk an di bandar tadi. Siti menarik nafas lega. Kali ini barulah matanya terbuka sedikit, melihat bandaraya KL yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi.Dia sedikit kagum dan menyedari betapa sudah lam anya dia tidak menjejak kaki ke daerah pesat itu. Paling akhir seingatnya, ketika mengikuti rom bongan sekolah ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu. Sudah terlalu lama! Tidak banyak perbualan antara mereka kerana Siti lebih asyik memerhatikan sekeli lingnya. Dia

begitu teruja melihat rumah-rumah yang tersergam indah di kiri kanan jalan. Dua tiga kali ganda besar dari rumahnya di kampung. Tinggi-tinggi pula.Siti terfikir, alangkah bertuahnya dia andai dapat memiliki rumah semewah itu. Seumur hidup pun mungkin dia tidak akan dapat memilikinya. Ru mah Kak Melah yang kecil itu pun sudah beribu harganya. Apalagi rumah-rumah semewah ini!Siti m enggeleng kepala. "Kita dah nak sampai ni..."Melah memecah sepi. Mereka sampai di satu selekoh. "K at sini?"Siti tertoleh. "Rumah mereka kat area-area ni jugak le..."Balas Melah, memperlahankan kereta ke tika melalui bonggol berbelang hitam kuning. "Kayanya diorang. Rumah kat sini besar-besar...."Gumam Siti. "Sini memang perumahan orang-orang kaya. Golongan elit...."Melah senyum. "Siti takutlah Kak.....orang kaya mesti sombong..."Siti kebam bibir.Melah ketawa . "Orang kaya ramai yang sombong. Tapi yang ni tak sombong langsung. Mak Ungku mem ang baik. Family dia semua okay...." Balas Melah. Dipandangnya wajah Siti yang berkerut. "Jangan risaulah. Akak kan ada." "Tapi akak jauh. Bukannya duduk satu rumah pun..." "Abang Jais kan selalu datang sini..." "Emm....."Siti terdiam. Hatinya semakin berdebar. Tatkala Melah memberhentikan k eretanya di depan sebuah rumah besar, Siti pejamkan mata seketika . Dia rasa seperti bermimp i. Beginikah rasanya orang yang baru mula bekerja? "Jom, cepatlah turun..."Melah ketuk cermin kereta. Dia sudah pun berdiri di tepi kereta. Siti mengeluh.Dia benar-benar rasa takut. Dia berjalan perlahan, lalu berdiri di samp ing Melah,memerhatikan pagar besi berukiran perak itu mula bergerak. Terbuka sedikit demi sedikit. Macam iklan yang pernah dia lihat di kaca tv suatu ketika dahulu. Tetapi yang ini saiz nya dua kali ganda besar lagi. Tidak mengeluarkan bunyi langsung. Melah menarik tangan Siti. Dia dapat rasakan jemari adiknya itu dingin bagai ais . Melah tersenyum. Dulu masa mula-mula Abang Jais bawa dia ke sini, dia juga seperti Sit i. Seram sejuk dan berdebar tak tentu pasal. Dia tidak pernah berhadapan dengan orang-orang mewah s eperti ini. Sekali, dia serba tak keruan. Dua kali, dia mula selesa. Hari-hari berikutnya, dia beras a senang setiap kali ke rumah itu. Berbual-bual dengan Mak Ungku yang peramah dan rajin bercerita. Walau pun orang berharta, mewah pula tetapi pergaulannya dengan orang-orang biasa sama saja. Tid ak sombong atau berlebihan.Mak Ungku seorang wanita yang terserlah sifat keibuannya. Sudah agaku zur tetapi masih kuat semangat dan jarang mengeluh. Walaupun hampir saban hari terpaksa menghabis kan masa di kerusi roda. Seorang wanita muda muncul dari tepi rumah. Memakai uniform dan apron putih. Sit i tersenyum melihat pakaian wanita itu yang tak ubah seperti jururawat zaman 70-an.Kot-kot a ku pun kena pakai macam ni. Ishh!

"Ooo Ibu Melah sudah sampai...."Sapanya ramah. "Puan sudah lama tunggu di atas.. ."Melah mengangguk. Wanita itu membuka pintu lalu mempersilakan mereka masuk.Sebaik mela ngkah, Siti gamam seketika. Matanya terpana melihat keindahan rumah tersebut. Benar-benar me wah.Melihat lampu kristal yang tergantung di siling ruang tersebut saja sudah membuatkan hat inya gerun. Agaknya harga lampu ni saja boleh beli sebiji motor bapak! bisik hatinya. "Ibu Melah bisa naik ke atas saja. Puan sudah tunggu di kamar bacanya." Wanita i tu bersuara sebaik mereka sampai di kepala tangga. Melah angguk sambil tersenyum. Dia tarik tangan Siti, ikut sama menaiki tangga. "Orang Indon ye kak?"Bisik Siti. Melah mengangguk. "Itu Kartini. Dialah yang memasak untuk orang rumah ni." "Nanti Siti kena pakai baju macam tu ke?" "Tak tahu pulak akak. Agaknya kot!" "Isshh...tak nak lah Siti. Kelakarlah pakai macam tu. Macam orang portugis zaman dulu..."Melah ketawa kecil mendengar omelan Siti. "Takkan jaga budak pun nak pakai formal maca m tu?" "Habis, kalau dah disuruh, nak buat macamana. Ikut je la..."Siti muncung mendeng ar jawapan kakaknya. "Ini bilik bacaan Mak Ungku....biasanya mereka sekeluarga suka membaca di sini.. ."Melah bersuara sebaik mereka sampai di depan pintu. Perlahan, dia mengetuk pintu. Ada suara menyahut dari dalam sana, menyuruh mereka masuk. Sekali lagi Siti terpegun. Rasa-rasanya, bilik bacaan tersebut tak ubah seperti perpustakaan di sekolahnya. Cuma bilik ini agak kecil sedikit. Tetapi susunan buku-buku di setia p bahagian dinding membuatkan ia kelihatan luas dan selesa. Seorang wanita berjubah kelihatan di te pi tingkap. Sedang duduk membaca sesuatu sambil menikmati minuman. Dia menoleh dan tersenyum memand ang mereka. Bila dihampiri ternyata bukanlah jubah yang dipakai wanita itu, tetapi kain teba l yang diselubung ke seluruh badan. Macam orang kesejukan di musim salji. "Apa khabar Mak Ungku?"Sapa Melah seraya menyambut huluran tangan wanita itu. Wa nita yang dipanggil Mak Ungku itu ketawa kecil. "Macam ni lah Melah. Sihat tak sihat, sakit pun tak sakit..."Melah ketawa sama. "Senyap sunyi je rumah ni Mak Ungku. Mana diorang semua?" "Emmm....Pak Amin baru kejap tadi hantar budak-budak tu ke sekolah.Lisa ke kelas . Wari biasalah. Pagi-pagi lagi dah keluar. Ke mana ntah. Katanya ikut kawan pergi konv oi. Tak tahulah makcik...."Mak Ungku menghampiri Siti. "Ni ke Siti yang Melah dan Jais cerita hari tu?"Matanya tunak memandang Siti. Si ti tersipu. "A'ha..ni lah adik saya kat kampung tu, Mak Ungku. Siti Nuranis. Panggil Siti bo leh, panggil Mek Ti pun boleh. " Isshh akak ni! Nama glamour aku kat kampung pun dia pergi kepoh! Re ngus Siti dalam hati. "Haa....muda lagi. Sebaya dengan Wari agaknya. Wari tahun ni masuk 24....." "Saya 20 tahun, Mak Ungku.."Siti bersuara.

"Oo...lebih kurang Lisa la. Lisa tahun ni baru nak ambil SPM" Siti terangguk-ang guk. "Habis tu, datang sini, mak izinkan tak?" "Mak izinkan. Lagipun bukannya lama sangat..."Siti tak tahu kata-katanya itu bet ul atau tidak. Nak bercakap pun dia teragak-agak. "Emm...memang tak lama. Anak makcik tengah berubat kat London. Makcik pun tak ta hu berapa lama mereka di sana. Mungkin sebulan dua. Jadi makcik minta, kalau Siti tak kebe ratan, Siti tolong jaga cucu-cucu makcik yang dua orang tu. Makcik yakin Melah sudah ceritakan pada Siti ..." Siti angguk lagi. "Budak dua orang tu nakal sikit. Tapi dengar cakap. Cuma kat rumah ni tak ada or ang nak tengoktengokkan. Si Kartini tu datangnya pagi. Basuh kain, masak, kemas rumah. Petang dia balik s emula. Malam kadang-kadang Lisa pergi tuition. Kadang-kadang tak balik rumah. Ada study group dengan kawan-kawan asrama dia. Si Wari pulak, memang tak lekat langsung kat rumah. Kala u tak pukul 12 memang tak nampak batang hidung. " Mak Ungku meneguk air seketika. Nampak sepert i keletihan. Uzur benar orang tua ni, bisik hati Siti. "Makcik ni dah tak kuat nak jaga budak-budak. Kalau kaki ni tak sakit,tak apa ju gak. Bila dah naik atas, rasa malas benar nak turun bawah. Tak ada orang nak tolong pimpin. Lisa tu ,nak ambil SPM. Dia malas sikit nak jaga budak-budak tu...."Sambungnya lagi. "Eh, kita turun bawahlah. Terperap kat dalam ni, tak bernafas...meh kita turun b awah..."Mak Ungku tarik tangan Siti. Siti sedikit terkejut. Tapi diturutkan saja. Kerusi rod a itu ditolak perlahan-lahan. Sampai di tangga,Mak Ungku bangun perlahan-lahan. Dia masih boleh berjalan. Cuma tidaklah selancar orang lain. Langkahnya mendengkot sedikit dan memerlukan sokongan orang lain. Me lah memeluk pinggang Mak Ungku sementara Siti mengampu bahu. Nasib baik tangga tidak terlalu tinggi. Mengah juga Siti dibuatnya. Dibawah rupanya terdapat sebuah lagi kerusi roda. Melah memimpin Mak Ungku duduk di kerusi roda tersebut lalu menyorongnya ke luar rumah. Mereka sampai di laman rumah yang dipenuhi pokokpokok bunga.Agak redup sedikit dan berangin. Di tengah laman ada kolam mandi yang airn ya jernih. Mata Siti terpaku memandang air kolam yang berkaca-kaca itu. Ahh....bahagianya h idup di dunia seperti ini! "Duduklah Siti, Melah..."Mak Ungku menunjuk ke arah kerusi batu berhampiran kola m renang. Siti duduk di sisi Mak Ungku. Diperhatikan sekeliling laman tersebut. Terasa seperti berada dalam dunia lain. Dia selalu menonton drama-drama televisyen yang memaparkan kehidupan seperti itu .Ada kolam renang, ada kerusi batu, ada bunga-bungaan. Tak sangka hari ini, dia merasai sem ua itu! "Kalau Siti setuju, Siti boleh terus tinggal di sini. Bilik Siti,makcik sudah su ruh Kartini siapkan. Nanti Kartini boleh tunjukkan. "Mak Ungku senyum pada Siti. "Kartini....kartini..."Suaranya sedikit kuat, memanggil Kartini.

"Ya, Puan!"Kartini muncul tergesa-gesa dari dalam. Tangannya memegang sudip. Sit i tersenyum gelihati melihat gelagat wanita Indon itu. "Tolong buat air ya. Kek yang Lisa beli semalam tolong keluarkan sekali..."Karti ni mengangguk "Hari ni, kamu masak apa? "Emm...seperti yang Puan pesan malam tadi. Ayam dimasak lemak cili padi. Ikan te rubuk harus dibakar. Saya juga ada buat percal...."Mak Ungku terangguk-angguk. "Ayam tu jangan dimasak semua. Separuh gorengkan untuk Didi dan Fifi.Dan telur g oreng kicap jangan lupa. Budak-budak tu memang suka sangat telur goreng kicap..." "Bisa saja Puan..."Balas Kartini terangguk-angguk. Dia masuk semula ke dalam. Si ti menelan liur. Teringat perutnya yang berkeroncong sejak tadi. Lepas ni, dia nak makan banyak-b anyak! "Emm...Mak Ungku, rasanya saya tak boleh lama di sini. Saya masuk kerja setengah hari ni. Saya ingat nakberansur dulu la..."Melah tiba-tiba bersuara. "Eh, tunggulah kejap. Kita makan kat sini..."Mak Ungku menahan Melah yang sudah bersedia untuk bangun. "Dah pukul 10 ni, Mak Ungku. Nak balik ofis ni, paling tidak pukul 12 baru sampa i. Saya gerak dulu la Mak Ungku.." "Minumlah dulu.....sekejap je lagi...."Mak Ungku tarik tangan Melah. Melah serba salah. "Emm..iya la..."Akhirnya dia mengalah. Dia pandang Siti sejenak. "Saya serahkan Siti ni pada Mak Ungku. Mak Ungku tolongla jaga dia ya.Kalau dia buat salah, Mak Ungku nasihatkanlah dia. Kalau nak marah pun, marahlah..."Melah renung Mak Ungku . Mak Ungku ketawa. "Apa nak marah pulak. Siti ni kan dah besar. Dah pandai buat kerja.Lagipun jaga budak bukannya payahbenar. Buat macam adik-adik jer..."Siti senyum mendengar kata-kata Mak Ungk u. Ternyata wanita separuh usia ini berhati lembut. Tutur katanya lunak. Benar kata Kak Melah. "Siti pun, janganlah malu-malu kat rumah makcik ni. Rumah ni memang besar, tapi tak ada orang. Kalau pagi-pagi macam ni memang senyap sunyi. Pukul 12 nanti, budak-budak tu balik, haa...barulah meriah sikit."Mak Ungku tepuk bahu Siti. Siti mengiyakan. Kartini muncul kembali menatang dulang berisi minuman. Siti memerhatikan gerak g eri wanita itu. Rasanya Kartini dalam lingkungan 30-an. Tubuhnya sedikit berisi tetapi kulitnya putih. Wajahnya agak cantik juga. Rambutnya kerinting kasar di ikat dua macam budak-budak sekolah. Du lu, Siti juga selalu tocang rambut begitu. Tocang ekor kuda. "Minumlah Melah...Siti.."Pelawa Mak Ungku. Siti mengangkat gelas berisi air lima u. Diteguknya laju. Kak Melah juga minum. Tapi dia minum sedikit saja. Mungkin dia perlu berge gas untuk ke tempat kerja. "Terima kasihlah Mak Ungku. Saya nak gerak sekarang ni..."Melah hulur tangan. Ma k Ungku merengus. "Melah ni selalu macam ni. Kalau datang rumah makcik, selalu nak balik cepat. Aj ak makan sekali

pun tak nak....."Mak Ungku muncung. Melah ketawa. Dia tahu Mak Ungku memang begi tu. "Saya bukan tak nak terima pelawaan Mak Ungku tu. Saya cuma minta cuti setengah hari je. Lain kali lah Mak Ungku ya..."Melah bangun. Siti turut bangun. Dia mengiringi Melah s ehingga ke pintu pagar. "Bawak beg ni masuk dalam.."Melah keluarkan beg besar berisi pakaian Siti. "Akak nak pergi kerja ni..." "Kak...Siti takutlah......" "Nak takut apa. Mak Ungku tu tak makan orang la. Siti tengok sendiri kan. Mak Un gku tu baik, tak sombong.."Melah berdiri di depan Siti. "Siti seganlah...." "Emm....mula-mula segan. Lama-lama nanti ok la. Kesian Mak Ungku tu.Keadaan dia macam tu, mana larat nak jaga cucu. Anak-anak dia pun dah besar panjang. Tak lekat kat rum ah. Siti duduk je la kat sini. Sementara budak-budak tu sekolah, Siti temankan Mak Ungku. Ajak dia be rbual." Siti tarik nafas panjang. "Jaga perangai elok-elok tau. Jangan buat benda tak senonoh. Ingat, ni rumah ora ng. " "Kalau diorang degil, Siti pukul-pukul aje....." "Ishh....anak orang. Tak baik buat macam tu...." "Ala...Kak La ni. Takkanlah orang nak buat macam tu. Nanti kena buang kerja pula k..."Siti tersengih. "Dah la....akak nak balik ni..."Siti mengangguk. Dia perhatikan saja Melah masuk ke kereta, hidupkan enjin,kemudian kereta mula bergerak. Siti melambai sehingga kereta hila ng dari pandangan. Hatinya mula berdebar kembali. Dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan dengan M ak Ungku nanti. Perlahan-lahan dia menghampiri Mak Ungku. Wajah tenang itu di tatap.Mulutnya ter kunci. Tidak tahu apa yang harus ditanyakan. Mak Ungku seperti mengerti keadaan Siti. Dia ter senyum "Siti takut ke?"Tanya Mak Ungku. Siti tersenyum malu. "Apa yang nak ditakutkan. Makcik tak makan orang...."Mak Ungku ketawa.Siti terta wa sama. Rasa debar mula mereda. "Saya tak biasa duduk rumah orang Mak Ungku...."Balas Siti perlahan. Mak Ungku m engangguk. "Melah kata, Siti ni anak manja. Mana pernah berenggang dengan emak.."Wajah Siti merona merah.Ah Kak Melah ni, apa saja yang dia cerita pada Mak Ungku? "Tak adalah Mak Ungku. Siti bukannya manja. Tapi sejak kecil memang duduk dengan mak. Tak pernah pergi mana-mana. KL ni pun baru dua kali datang termasuk yang ini. Siti n i memang asal kampung Mak Ungku" Siti merendah diri. "Kampung pun banyak istimewanya Siti. Mak Ungku pun ada kampung kat Perak sana. Tapi dah tak ada sapa-sapa kat sana. Lama dah tak balik. Sejak arwah suami makcik meningg al, makcik pulak sakit macam ni,memang makcik tak pernah lagi ke sana.."Dia merenung jauh. Bagai mengingati masa silam.

"Kadang-kadang rasa rindu juga pada kampung halaman...." Siti hanya menunduk. "Makcik ni kalau boleh nak cerita banyak benda pada Siti, ,tapi tak apalah. Siti pun baru sampai.Lain kalilah kita cerita panjang."Mak Ungku genggam jemari Siti.Terpancar sinaran kas ih dari matanya. Siti dapat rasakan. Hatinya tersentuh. "Mari masuk. Makcik nak tunjukkan bilik Siti. Nanti bila Didi dan Fifi balik, bo leh kita makan samasama.." Siti bangun lalu menyorong kerusi roda masuk ke rumah. "Didi dan Fifi tu nakal sikit. Biasalah budak-budak. Selalu nak bergaduh. Lisa m emang tak tahan dengan diorang tu. "Mak Ungku bercerita lagi. "Tapi diorang tu dengar kata.Kalau kita suruh makan, dia makan. Kalau suruh mandi dia mandi. Suruh tidur lagi senang."Siti tergelak kecil ."Saya tak ada adik kecil, Mak Ungku. Anak Kak La sorang tu la anak saudara saya. Pernah juga merasa jaga budak kecil masa Kak La berpantang dulu. Tapi tak adalah pandai sangat." "Ala...Didi dan Fifi tu tak susah jaganya. Cuma nak ditengok-tengokkan makan pak ai dia. Jadual belajar dia....Kalau tak dikawal, memang main saja sepanjang hari..." "Mari masuk. Makcik nak tunjukkan bilik Siti. Nanti bila Didi dan Fifi balik, bo leh kita Siti tergerak hati untuk bertanya lebih lanjut tentang anak Mak Ungku yang mengh idapi barah itu. Tapi hati Siti berbelah lagi. Dia takut kalau-kalau pertanyaannya itu nanti akan meng guris hati Mak Ungku. Atau mungkin Mak Ungku akan beranggapan dia seorang yang suka mengambil tahu hal orang lain. Banyak perkara yang hendak dia tanyakan, tapi lidahnya kelu.Wajarkah dia bertany a hal-hal keluarga itu pada hari pertama bekerja? Rasanya tidak wajar. Tunggulah sehari dua lagi. D ia ingin bertanyakan Mak Ungku tentang keluarganya. Tentang anak-anaknya,tentang cucu-cucunya. Tentan g kakinya yang separa lumpuh itu. Pasti Mak Ungku tidak keberatan menceritakannya. "Kartini!" Panggil Mak Ungku sebaik mereka sampai di ruang tamu. Siti nampak Kar tini berjalan lenggang lengguk dari arah dapur. "Ya, Puan..."Dia mendekati Mak Ungku. "Tunjukkan Siti bilik tidurnya. Saya nak naik ke atas."Dia berpaling ke arah Sit i pula. "Siti rehat dulu ya. Makcik pun nak berehat sekejap. Orang tua macam makcik ni cepat saja le tih. Nanti kita makan sama-sama. Lepas makan kita boleh berbual lagi ya.." "Mak Ungku nak naik sekarang ke?"Siti cepat-cepat memeluk pinggang Mak Ungku yan g terkialkial cuba berdiri. Siti cuba mengimbangi badannya agar tidak sama terdorong ke depan. Badan Mak Ungku sedikit gempal, tidak setara dengan tenaga Siti. Tetapi dia cuba juga untu k mengampu orang tua itu. Siti menoleh ke arah Kartini, tetapi wanita itu hanya memandang tanpa reaks i hendak menolong. Hati Siti sedikit geram. Tapi mulutnya tidak mampu bersuara. Dia memimpin Mak Un gku perlahan-lahan hingga sampai di atas.Setelah didudukkan di atas kerusi roda, Siti sorong pula h ingga ke dalam bilik. Bilik Mak Ungku begitu luas. Lengkap dengan set meja untuk bersantai dan juga te levisyen untuk menonton. Langsir yang beropol-ropol meredupkan suasana. Macam bilik pengantin!

bisik hati Siti.Rasarasanya bilik pengantin anak ketua kampungnya yang paling kaya itupun tidak setanding de ngan bilik Mak Ungku. "Mak Ungku nak baring?"Tanya Siti. "Eh, tak apalah Siti. Makcik boleh buat sendiri. Siti pergilah rehat dulu. Kalau nak mandi boleh mandi,kalau nak makan boleh minta dengan Kartina.."Siti tersenyum. Baik hati bet ul orang tua ni! Siti beredar dari bilik. Dia menuruni tangga lalu masuk ke ruang dapur. Ruang da pur juga luas. Di luar sana ada set meja makan. Di ruang dapur juga ada meja makan tetapi kecil se dikit. Tertarik dia melihat dinding yang dihiasi gambar buah-buahan. Kalau dia punya dapur secantik ini, pasti dia rajin memasak tiap-tiap hari. Pagi petang siang malam! Siti sengih lagi. Dia menghampi ri Kartina yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk besar. Semerbak bau masakannya menusuk h idung. "Kak Tini..."Tegur Siti. Kartini berpaling. Wajahnya berkerut sedikit memandang Siti. "Mau apa kamu?"Tanyanya dalam loghat Indonesia. "Emmm...bilik saya di mana? Boleh tunjukkan?"Balas Siti lambat-lambat. Dia berdi ri tegak menghadap Kartini. "Apa kamu tidak nampak saya sedang perbuat apa? Nggak bisa tungguin saya?"Kartin i merengus. Dikecilkan api dapur lalu menuju ke sinki, membasuh tangan. Siti terdiam sebentar. Aku salah cakap ke? "Tadi Mak Ungku suruh Kak Tini tunjukkan. Saya tidak tahu di mana biliknya...."S iti bersuara lagi. "Issh ... gaya apa kamu ini, terus-terusan nanyain saya."Dia sedikit meradang."A yo cepat, saya nggak punya banyak masa...!" Kartini berjalan laju. Siti mengekori dari belakang. Geram juga dia melihat gela gat pembantu rumah itu. Baru tanya sedikit, sudah mahu marah-marah. Aku tanya baik-baik, dia meradang pulak. Cengil! gerutu Siti. Tapi dia hanya diam saja. Walaupun hatinya sakit ditengking begitu, tapi dia sedar dia orang baru sedangkan Kartini sudah lama bekerja di situ. Jadi tidak wajar di a melawan kata-kata wanita itu. Teringat dia akan pesanan emaknya. Tapi....kenapa Kartini tiba-tiba marah-marah begitu. Tadi sewaktu mereka sampai,gayanya biasa-biasa saja. Nada suaranya juga agak lem but dan sopan. "Nah, di sini kamar kamu." Kartini menunjuk ke arah pintu coklat yang tertulis p erkataan 'WARINA'. Siti angkat beg besarnya lalu pintu bilik itu dibuka. Dia tercegat sek etika di muka pintu. Sedikit terkejut dia dengan keadaan bilik itu. Diperhatikannya satu persatu. Bilik itu memang luas. Katilnya besar dan ada tiang pada setiap penjuru katil. D i satu sudut terletak televisyen kecil yang menghala ke tingkap. Dari tingkap pula, terus men ghadap kekolam renang. Pemandangan di luar memang cantik. Agak redup melihat tumbuhan-tumbuhan hijau di luar sana. Siti tersenyum lega. Walaupun bilik itu letaknya di tingkat bawah, tapi ke dudukannya agak tersorok dari pandangan kerana terlindung oleh tangga.

Siti berpaling untuk mengucapkan terima kasih kepada Kartini, tetapi wanita itu sudah tiada. Sudah ke dapur agaknya, fikir Siti. Siti tutup pintu bilik lalu beg diletakkan d i tepi katil. Sekejap lagi dia akan kemaskan baju-bajunya.Dia buka pintu almari baju. Ada beberapa pasang baju tergantung di dalamnya. Dia membelek belek helaian pakaian tersebut. Semuanya singkat-singkat belaka. Takkan Kartini pakai baju macam ni pulak kot?...Siti kerut dahi. Baju Lisa agaknya.... Siti kembali ke katil. Direbahkan tubuhnya ke tilam. Dia tersenyum lebar. Seumur hidup rasanya tidak pernah dia tidur di katil seempuk itu. Bagai tenggelam tubuhnya. Bilik ora ng gaji pun sebegini besar, macamanalah agaknya bilik anak-anak Mak Ungku ya? Tentu lebih mewah lagi. Siti cuba membayangkan. Kalau dia punya duit yang banyak, tentu dia dapat belikan katil se cantik ini untuk emak dan bapanya. Tak payahlah lagi emak merungut rungut setiap kali tulang belikatny a sengal-sengal kerana tidur di katil uzur itu. Kesian mak! Bilalah agaknya aku dapat membahagia kan mereka? Siti renung siling yang berukiran. Jauh sekali bezanya dengan atap rumahnya yang bersawang.Tapi...secantik-cantik, semewah-mewah pun, bukannya rumah aku!. Rumah kat kampung lagi seronok. Walaupun serba kekurangan,tetap memberi ketenangan. Buat apalah ru mah besar kalau hati tak seronok. Siti pejamkan matanya. Wajah Huzair pula yang tiba-tiba muncul . Dia bingkas bangun. Rasa bersalah tiba-tiba bersarang dalam hati. Dia teringatkan lelaki itu. Apa ag aknya perasaan Huzair bila membaca surat terakhir dia itu? Kecewakah dia? Sakit hatikah? Mungkin Huzai r tidak sekali-kali menyangka dia akan diperlakukan sebegitu. Akan ditinggalkan begitu saja. Tapi..a ku dah terangkan semuanya dalam surat tu....hati kecil Siti berkata. Aku dah bagi alasan yang kuk uh. Aku dapat kerja dan ingin tinggal bersama Kak Melah. Huzair tiada hak untuk menghalang aku. "Huzair...maafkan aku...."Keluh Siti perlahan. Dia kembali berbaring.Dipejamkan matanya rapatrapat. Cuba menghapuskan bayangan Huzair. Dan akhirnya dia terlena. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 8 Dua wajah dihadapannya itu direnung lama. Mata mereka saling bertatapan. Lama ke lamaan senyuman mula terukir pada dua wajah itu. Siti tarik nafas lega. Wajah comel Did i dan Fifi bertukar menjadi ceria. "Nanti Kak Siti tolong jaga kita ke?"Didi mula bersuara. Siti angguk sambil seny um. Wajah Didi bulat. Rambutnya lurus keperangan. Fifi pula rambut ikal panjang. Cantik macam r ambut anak patung yang selalu Siti lihat di kedai-kedai. Tapi wajah Fifi tidak seceria Didi. Anak kecil itu lebih banyak menunduk sambil menyuap nasinya perlahan-lahan. Habis berterabur keliling pingga n. "Kita tak pernah nampak Kak Siti pun. Kak Siti duduk mana?"Tanya Didi agi dengan mulut penuh. "Kak Siti baru sampai pagi tadi....."Balas Siti. "Abih tu, Kak Siti duduk mana?" "Emmm.....Kak Siti duduk sini lah..."

"Dengan kita?" "Dengan Didi dan Fifi lah....boleh tak?" "Emm...boleh...tapi bilik kita kecik je......" "Kak Siti tak tidur ngan Didi, Kak Siti tidur kat bilik bawah...." "Ooo...kat bilik kak Rina....." "Bilik sapa?" "Bilik kak Rina...."Didi teguk air laju. "Kak Rina tu siapa?"Siti beralih pada Fifi yang senyap sejak tadi. "Kak Rina tu kawan Acik...." Siti toleh ke arah anak tangga. Kartini kelihatan sedang memimpin Mak Ungku turu n dari tanggga. Cepat-cepat Siti basuh tangan dan bergegas menuju ke arah mereka. Niat hatinya u ntuk sama-sama menolong. Tapi kelihatannya Kartini seperti tidak mengendahkan Siti. Dia mengerl ing dengan pandangan kurang mesra. Siti bungkam seketika. Tetapi dipegangnya juga tangan Ma k Ungku. Perlahan-lahan jalan beriringan ke meja makan. "Tadi saya masuk bilik Mak Ungku. Saya tengok Mak Ungku tengah tidur. Jadi saya tak kejutkan..." Siti bersuara sebaik Mak Ungku melabuhkan punggung. Mak Ungku terse nyum. Diperhatikan saja Kartini menyedukkan nasi ke dalam pinggannya. Wajahnya kelihat an segar selepas bangun tidur. "Tak apa, Siti. Biasanya Kartini yang kejutkan makcik untuk makan...."Siti anggu k perlahan. Dia beralih memandang Didi dan Fifi yang tekun menyuap. Anak-anak ini, tidaklah keli hatan nakal..bisik hatinya. "Emm...Didi, Fifi...dah kenal dengan Auntie Siti?"Mak Ungku pandang kedua-dua an ak kecil itu. "Dah!"Didi dan Fifi menjawab hampir serentak. "Tadi Kak Siti yang cedukkan nasi kita...."Didi angkat kepala."Nanti Kak Siti ja ga Didi ngan Fifi....tul ke nek?" "Emmm....Didi dan Fifi tak boleh nakal lagi lepas ni...." Mak Ungku usap kepala Didi. "Mana ada nakal.....Didi kan baik....adik yang nakal...." "Abang yang jahat....."Fifi terjerit kecil. Dia bangun, cuba memukul abangnya. "Fifi...jangan pukul abang...abang kan tengah makan. Tak baik pukul orang tengah makan."Fifi tidak jadi bangun. Dia kembali duduk dengan wajah muncung. Siti tersenyum. "Budak-budak ni memang selalu nak bergaduh. Mana taknya.Si abangnya kuat menyaka t. Adiknya pulak cengeng... Pantang diusik...."Mak Ungku ketawa. "Adik memang cengeng...."Didi menyampuk. "Dah..dah...jangan kacau adik...."Mak Ungku tepuk bahu Didi. "Lepas makan ni, ma ndi ya sayang....."Didi dah Fifi serentak mengangguk. Betul kata Mak Ungku. Mereka ni m endengar kata... bisik hati Siti. Selepas makan, Siti menemani mereka masuk ke dalam bilik. Sementara menunggu mer eka selesai mandi, Siti kemaskan bilik mereka yang bersepah. Buku-buku sekolah yang berterabur atas meja disusun semula. Selimut dan cadar katil dilipat cantik-cantik. Anak-anak pa tung dan permainan yang terselit di sana sini dimasukkan ke dalam kotak yang ada di situ. Penuh sat u kotak barang

permainan mereka. Kemudian, dia keluarkan pakaian mereka untuk dipakai hari itu. Di letakkan di atas katil. "Fifi dah mandi?"Siti senyum pada Fifi yang baru keluar dari bilik air. Didi men gekori dari belakang. "Lepas ni, Kak Siti kena mandikan Fifi. Fifi tak reti mandi sendiri."Didi mengel ap tubuhnya dengan tuala. "Iye ke? Kenapa tak cakap dengan Kak Siti tadi?"Siti dukung Fifi yang kesejukan. "Selalu Mama mandikan Fifi .... " "Emm...lepas ni, Kak Siti mandikan Fifi ye.."Siti cuit pipi Fifi yang tembam. Fi fi tidak senyum. Dia tersipu-sipu. Mungkin dia masih belum biasa dengan Siti. "Dah...cepat pakai baju tu.."Siti hulurkan pakaian pada Didi. Kemudian dia pakai kan Fifi baju gaunnya. Fifi tidak pula membantah. Siti sikatkan rambut dan sapu bedak pada pip i Fifi. Rambut ikalnya yang basah dibiarkan lepas. Siti cium pipi anak kecil itu bertalu-talu. Dia gera m melihat budak-budak sekecil itu. Comel. "Lepas ni, nak buat apa?"Siti tanya Didi. Dia memang tidak tahu jadual mereka be rdua. "Emm....tengok tv!"Didi terjerit riang. "Tengok tv?emm.....betul ke Fifi?" Fifi geleng. "Fifi boleh tengok tv...abang kena buat kerja sekolah.."Fifi bersuara. "Mana ada. Abang tak ada kerja sekolah lah!!"Didi menjerit. "Issh...janganlah jerit-jerit macam ni. Tak baik. Nanti nenek dengar. Jom kita t urun. Didi, bawak buku kerja sekali. Nanti Kak Siti tolong buat ye..."Siti keluar dari bilik sambi l mendukung Fifi. Dia tunggu Didi keluar dengan buku-bukunya. Kemudian mereka sama-sama turun ke bawah . Mak Ungku sedang berehat di ruang tamu. Dia tersenyum memandang Siti. "Dah mandikan budak-budak ni?"Siti angguk. Dia duduk di samping Mak Ungku sambil meriba Fifi. Anak kecil itu terlentok di bahunya. "Sejak Mamanya pergi ke London, Fifi selalu macam ni. Tak nak main. Makan pun ta k banyak...." "Dia rindukan Mama dia kut makcik..." "Dia memang manja dengan Mamanya.....tapi sejak penyakit barahnya semakin teruk, tak dapat dia nak luangkan masa dengan anak-anaknya. Didi tu dah besar. Dah boleh faham. S i Fifi ni...masih tidur dengan Mama dia lagi..." Siti mengangguk. "Di...tengok kat luar tu siapa yang datang?"Mak Ungku bersuara pada Didi yang le ka menonton tv. Didi segera bangun, terus berlari keluar. Siti terdengar bunyi enjin kereta berh enti di depan rumah. "Nek....Acik balik!"Didi muncul tergesa-gesa. Fifi yang berada di pangkuan Siti terus terjun ke bawah. Kanak-kanak itu tampak ceria benar. "Yeh...Acik balik..."Fifi menjerit riang. Mak Ungku hanya menggeleng kepala. "Diorang ni memang manja dengan Acik dia. Suka benar kalau Acik dia ada kat ruma h..."Mak Ungku bersuara. Siti hanya mengangguk. Sejurus kemudian, Didi dan Fifi kembali m asuk ke rumah. Tapi wajah mereka menjadi muram pula. Seorang lelaki muncul dari pintu memimpin kedua -dua kanakkanak itu.

"Eh...Ma..."Lelaki itu sedikit terkejut. Dia toleh ke arah Siti pula. "Kemana kau ni, Wari?"Mak Ungku pandang lelaki itu."Pagi-pagi lagi dah keluar... ." "Saya nak ke Langkawi ni, Ma..."Lelaki itu masuk. Seorang perempuan tiba-tiba mu ncul di tepi pintu. "Wari...cepat sikit. Diorang dah tunggu tu..."Dia terpandang Mak Ungku. "Eh..Mak Ungku...Mak Ungku sihat?"Mak Ungku tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. "Ada apa ke Langkawi?"Tanya Mak Ungku. "Emm..kitaorang konvoi ramai-ramai Ma...ke Kedah. Lepas tu, Ri ingat nak singgah Langkawi kejap. Tak lama la Ma... 2-3 hari je..."Matanya mengerling Siti. Siti bungkam. P ada fikirannya lelaki itu pasti anak Mak Ungku yang bernama Wari. Manakala perempuan yang tercegat tepi pi ntu itu teman wanitanya. Sekejap-sekejap mata Siti mengerling pakaian wanita itu. Siti tidak p ernah nampak orang berpakaian seksi sebegitu. Di kampung mana ada orang pakai macam tu. Di bandar p un tidak ada wanita Melayu yang berani berpakaian begitu. Selalu Siti tengok di televisyen sa ja. "Nak pergi dengan Rina ker?"Mak Ungku tarik nafas. "Ala...ramai-ramai Ma. Bukan pergi berdua je. Kawan-kawan Rina pun ikut sekali...."Wari bangun mendapatkan wanita yang dip anggil Rina itu. "You tunggu sekejap ye. I nak pack baju...2 minutes!"Rina senyum manja. Didi dan Fifi sudah duduk di sebelah Siti. Wajah kedua-dua mereka masam. Siti usap kepala kedua-dua kanak-kanak itu. Dia tidak tahu kenapa mereka tiba-tiba senyap padahal sebentar tadi kelihatan be gitu girang bila Acik mereka balik. Siti rasa tiba-tiba suasana menjadi sepi seketika. Mak Ungku hanya berdiam dan S iti sendiri tidak tahu apa yang boleh dijadikan modal untuk berbicara. Wanita bernama Rina itu pul a masih berdiri di tepi pintu. Nampak keresahan. Agaknya dia rimas menunggu Wari. Padahal Siti rasa, tid aklah begitu lama mereka baru sampai di situ. "Kak...duduklah dulu.."Terpacul ayat itu dari bibir Siti tiba-tiba. Rina menoleh . "Apa?"Dia angkat kening. "Duduklah dulu...."Pelawa Siti sekali lagi. "Emm..no thanks.."Balas Rina sambil tersenyum nipis. Siti rasakan betapa cantikn ya wanita bernama Rina itu. Cantik dan bergaya. "Didi....kenapa senyap ni. Kata nak buat homework?"Siti cuit hidung Didi. Didi m uncung. "Tak ada keja sekolah!"Balasnya pendek. "Betul? Takkan cikgu tak ada bagi langsung?"Siti cuba menduga. "Betul....."Balasnya lambat-lambat. "Ok, kalau betul....tak apa. Tapi kalau ada nanti...Kak Siti tak nak tolong..." "Alaa..Kak Siti ni...sama macam Acik!"Didi merengus lalu turun dari sofa. "Didi....nak pergi mana tu?"Mak Ungku bersuara. "Nak amik buku....nak wat kerja sekolah...."Siti tersenyum gelihati. "Pegi buat kat bilik komputer sana...." "Tak nak....Didi nak buat kat sini aje....."Didi berlari-lari anak mencapai beg sekolahnya. "Dengan Kak Siti"Beg diletakkan atas meja. Beberapa buah buku dikeluarkan..

"Ishh...budak ni....macamana nak belajar...tv depan mata..."Mak Ungku mengeluh. Siti ketawa kecil. Siti pandang ke anak tangga. Wari kelihatan tergesa-gesa menuruni tangga. Dua bu ah helmet ber'visor' gelap tersangkut di lengannya. Berjaket hitam dan berkaca mata juga h itam, Siti akui anak lelaki Mak Ungku itu punya wajah yang menarik. Walaupun ada sedikit garis-garis kesombongan pada riak wajahnya. Tapi Siti akui, tidak patut dia menyimpan tanggapan yang bukan-bu kan dengan hanya sekali memandang. Wari duduk di sebelah Mak Ungku lalu menyarung stoking kakinya . Mak Ungku pandang Wari tunak. "Nak pergi juga ke Wari?"Tanya Mak Ungku perlahan. Wari mengangguk. Dipandangnya Siti yang bertinggung tepi meja, sebelah Didi. "A'ha...Ma...."Balas Wari. "Ma jaga diri ba ik-baik ye..kalau ada apa-apa hal suruh Lisa call handphone Ri..."Dikucupnya dahi ibunya lama. Siti ha nya memerhati. "Jangan bawa motor laju-laju Ri...." "Mama janganlah risau. Bukannya baru ni Ri pergi konvoi macam ni..."Wari bangun. Dia hulurkan helmet pada Rina. "Emm....Ma, kereta Ri tinggalkan kat rumah. Jangan beri Lisa guna.." "Didi...Fifi..Acik nak sayang sikit..."Wari dukung Fifi lalu diciumnya pipi anak kecil itu lama. Meronta-ronta Fifi kelemasan. "Nanti Acik balik, bawak kapal terbang ye....." "Acik ni..asyik nak jalannnnnn.....ajelah..."Didi tiba-tiba menjerit. Wari ketaw a. Dia cuba memeluk Didi tapi Didi meronta-ronta minta dilepaskan. "Acik nak sayang sikit le...."Pujuk Wari. "Tak nak la....tak nak kawan dengan Acik..."Didi tolak dada Wari. Wari hampir-ha mpir tersungkur ke belakang. "Ooh.....tak nak kasi Acik sayang dia.....tak pe...Acik sayang orang lain le.... "Wari bangun. Dia mendapatkan Rina yang sudah tarik muka masam kerana lama menunggu. "Acik asyik sayang Kak Rina ajer...."Didi bersuara perlahan sebaik Wari dan Rina beredar. Siti tarik nafas panjang. Direnungnya wajah Didi lama. Kesian Didi. Patutlah dia mencuka. S iti jenguk kepala ke luar. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana Rina boleh menunggang motor dengan skirt pendek begitu. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 9 Selepas mengemas pakaiannya di dalam almari, Siti membersihkan dirinya dan menga mbil wuduk. Dia ingin solat Isyak awal-awal kerana bimbang akan tertidur nanti. Biasa nya bila sudah terlelap, dia rasa liat benar hendak bangun semula. Sebentar tadi dia sempat men jenguk Mak Ungku di biliknya dan menyemak buku sekolah Didi. Fifi sudah terlena di sofa, hanya Didi saja yang tekun menonton siri kegemarannya. Siti hanya membiarkan kerana dia tahu Didi sudah men yiapkan kerja sekolahnya dan jam pun baru pukul 9 malam. Pukul 10 nanti dia akan suruh Didi ma suk tidur. Itu yang

Mak Ungku pesan pada dia tadi. Kartini jam 7 lagi sudah pulang. Makan malam terpaksalah Siti yang menghidangkan . Tapi kerjanya tidaklah susah sangat kerana semua lauk pauk sudah disiapkan Kartini. S iti hanya memanaskan dan membancuh minuman. Biasanya sebelah malam, hanya Didi dan Fifi sa ja yang makan. Mak Ungku hanya minum milo panas dan roti bakar di biliknya. Terkocoh-koc oh Siti menyiapkan roti bakar tadi. Dia tidak berapa mahir menggunakan alat pembakar roti itu. Dika mpungnya tidak ada. Nasib baik Didi membantu menunjukkan cara-caranya. Bila diingat-ingat Siti rasa gelihati pula. Anak sekecil Didi pun tahu menggunakannya, tapi dia yang dah besar panjang masih terk ial-kial. Tak moden langsung! Selesai solat, Siti ke ruang tamu lalu duduk di sisi Didi. Didi angkat kepala da n tersenyum. Dia berganjak rapat kepada Siti lalu direbahkan kepalanya di ribaan Siti. Siti usap kepala anak kecil itu. Dia dapat rasakan sentuhan itu membangkitkan satu perasaan halus dalam dirinya. Dia tidak punya adik. Dan dia tidak pernah memanjai seorang adik. Terasa seperti satu pengalaman baru dalam hidupnya. Dia dapat rasakan betapa Didi mungkin merindui belaian ibunya. Mungkin tiada sesiapa yang boleh diharapkan buat masa ini untuk menggantikan kasih seorang ibu. Mak Ungku memang amat menyayangi cucu-cucunya ini tapi dia sendiri tidak begitu sihat untuk melayan ka renah mereka. Kartini pula hanya menyiapkan urusan di dapur. Sebelah malam dia tidak ada untuk meneman i. Wari pula, seperti kata Mak Ungku, jarang benar lekat di rumah. Ada-ada saja aktiviti luara nnya. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tidak balik ke rumah. Dan Mak Ungku sudah faham benar dengan per angai anak bujangnya itu. Lisa pula menurut Mak Ungku, agak panas baran dan gemar menghabis kan masa di luar. Tapi satu yang bagusnya tentang anak gadisnya itu ialah dia rajin dan bagus dala m pelajaran. Siti ingin sekali melihat Lisa kerana sejak pagi tadi gadis itu tidak pulang-pulang lagi. "Didi, nak minum susu ke?"Tanya Siti tiba-tiba. Didi mendongak lalu mengangguk. "Lepas minum susu, masuk tidur ye!" "Tapi cerita ni belum habis lagi.."Dia bangun. "Okay..okay....lepas habis cerita ni, baru masuk tidur...."Didi tersengih lebar. Siti ke dapur menyiapkan segelas susu. Diletakkan susu di atas meja depan tv. Ke mudian dia naik ke atas. Niat di hati untuk melihat Mak Ungku kalau-kalau dia perlukan sesuatu. Dia mengetuk pintu tapi tiada sahutan. Perlahan-lahan tombol pintu di tarik. Cahaya lampu agak sama r. Mak Ungku sedang bersandar di kepala katil dengan mata terpejam. Nafasnya turun naik. "Mak Ungku..."Siti menyentuh bahu orang tua itu. Mak Ungku buka mata. "Mak Ungku tak apa-apa?"Takut juga Siti kalau-kalau dia mengganggu lena Mak Ungk u. "Didi dah tidur?"Tanya Mak Ungku perlahan. "Belum, dia tengah tengok tv kat bawah.."Balas Siti. "Lisa?" "Emmm...Lisa belum balik lagi..."Siti gigit bibir. Mak Ungku tarik nafas panjang lalu dilepaskan

perlahan-lahan. "Lisa selalu sangat balik malam. Sekolah habis pukul 2, tapi tak pernah nak sampai rumah awal..."Keluh Mak Ungku tiba-tiba. "Wari pun bukannya nak ambik tahu hal adiknya. Asyik-asyik nak merayap......risa u Mak Ungku... "Siti diam.Dia tidak tahu apa yang hendak diperkata. "Nasib baik ada Siti sekarang ni. Kalau tak kesian budak-budak tu, tak ada sapa nak tengokkan..." Mak Ungku usap rambut Siti. Renungannya lembut masuk ke hati. "Emm...kenapa Kartini tak tinggal terus di sini, Mak Ungku?"Tanya Siti.Mak Ungku diam seketika. "Kalau dia tinggal di sini, boleh dia jaga budak-budak tu.."Sambung Siti lagi. "Lisa dan Wari tak mahu Kartini tinggal di rumah ni. Sejak arwah ayah mereka men inggal, memang kami tak ada pembantu rumah tetap. Kalau ada pun, cuma untuk masakkan mak anan makcik dan kemas rumah. Diorang tu bukannya selalu makan kat rumah. Tapi sekarang ni, b ila anak makcik Maria pindah ke sini, makcik kenalah cari orang untuk jaga anak-anak dia tu..." Siti angguk. "Kak Maria tu kerja apa, Mak Ungku?" "Anak makcik tu pengurus di syarikat arwah ayahnya. Bahagian kewangan. Makcik pu n tak tahu sangat. Suami makcik ada dua syarikat. Satu tu, suami Maria yang uruskan. Lagi s atu tu, adik ipar makcik tolong uruskan sebab si Wari tak nak jaga. Wari tu pandai. Belajar sampai ke luar negara, tapi bila balik bukannya nak kerja. Merayap saja yang dia tahu..."Mak Ungku geleng ke pala. Siti terbayangkan wajah Wari. "Makcik harapkan dia untuk uruskan syarikat ayahnya tu.Itu sajalah warisan kelua rga makcik. Tapi dah dekat 3 tahun dia habis belajar, kerja pun tak.....Nak harapkan Maria, dia p ula sakit..."Siti tarik nafas panjang. Sedih pula dia mendengar rintihan hati orang tua itu. Tapi apa ya ng boleh dia lakukan? Paling tidak, hanya mendengar. "Mak Ungku sabar je lah ye....kak Maria pasti sembuh...Siti dengar kat negeri om putih sana, ramai doktor yang hebat-hebat..."Mak Ungku senyum. "Pasal Didi dan Fifi, Mak Ungku janganlah risau. Siti boleh jaga mereka." Mak Un gku genggam jemari Siti. "Mak Ungku nak minum?" "Tak apalah Siti. Perut makcik ni rasa penuh."Dia tepuk-tepuk perutnya yang bunc it. Siti ketawa. "Kalau gitu, Siti turun dulu la ye."Siti bangun, menuju ke tingkap yang terdedah . Patutlah sejuk! bisik hatinya. Langsir tebal yang beropol-ropol itu ditarik ke dalam. Dia menjen guk keluar. Dari tingkap boleh menghala terus ke pintu pagar. Pandangan Siti seketika tertancap ke pintu pagar. Ada bayangbayang di situ. Bayangan dua susuk tubuh yang sedang berdiri. Lama Siti perhatikan. Dar i cahaya samar-samar kelihatan seorang gadis sedang berbual dengan seorang lelaki yang be rtenggek di atas motor. Lisa agaknya. Siti tutup kembali tingkap. Selepas menyelimutkan Mak Ungku, Siti turun ke bawah mendapatkan Didi yang masih belum tidur. Air susu masih tidak terusik. Siti menggeleng.

"Didi, kenapa tak minum susu tu, kan dah sejuk.." "Oppsss"Didi tutup mulut."Lupalah Kak Siti...."Dia bergegas mendapatkan susu lal u meneguknya laju. Gelihati Siti memerhatikannya. "Jom masuk bilik. Akak nak angkat Fifi ni..."Siti membongkokkan badannya untuk m emangku Fifi. Sebaik Fifi berada dipangkuannya, pintu depan terbuka. Seorang gadis terpacul di muka pintu. Siti terhenti. Pandangannya mereka bertembung. Berdebar juga hatinya melihat reaksi g adis itu. "Dik Su.."Didi menjerit keriangan. Gadis itu masuk lalu mencium Didi. "Didi tak tidur lagi?" "Didi nak tidur la ni. Tunggu Kak Siti..." "Awak ni siapa?"Lisa kembali memandang Siti. Wajahnya berkerut. "Errr...Siti.." "Siti Nurhaliza?" "Err..bukan...Siti Nuranis..."Balas Siti perlahan. "Apa awak buat kat sini?" "Apalah Dik Su ni....Kak Siti jaga Didi dan Fifi laa...."Didi tarik tangan Lisa. "Didi diam"Suara Lisa meninggi. Didi terdiam serta merta. Tangannya jatuh meloro t dari pegangan. "Apa awak buat kat sini?"Sekali lagi dia bertanya. "Ehhmm....saya datang untuk jaga Didi dan Fifi.....Mak Ungku yang..." "Ohh.....nilah babysitter yang Mama cakap ari tu?"Lisa tersengih. Direbahkan tub uhnya di atas sofa. Susuk tubuh Siti diperhatikan dari atas ke bawah. "Bila awak datang?" "Pagi tadi." "Dari kampung?"Siti angguk. Dia berdiri tegak sambil memangku Fifi. Terasa lengu h tangannya menampung tubuh anak kecil itu. "Boleh ke awak jaga budak dua orang ni?"Lisa besarkan mata. Siti diam. "Saya tanya, boleh ker awak jaga diorang ni?" "InsyaAllah..boleh.."Balas Siti perlahan. Lisa bangun lalu ketawa tiba-tiba. "Suka hati awak lah..."Dia capai kembali beg sandangnya yang dicampak atas sofa tadi. "Saya nak masuk tidur. Awak layanlah diaorang ni. Didi, pegi masuk bilik.." Lisa bergegas naik ke atas sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Siti hanya memerhatikan lagak gadis itu. Debar hatinya semakin menurun. Lisa, walaupun usia nya lebih muda darinya, tapi gayanya lebih dari itu. Tiada rasa hormat, bisik hati Siti. Tapi i ni kali pertama aku bertemunya. Tak patut aku anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Siti tarik na fas panjang. Dia mula mendaki tangga. Didi disebelah mengekori sambil jarinya mengenggam hujung b aju Siti. Kesian anak kecil itu. Patutlah selalu kesunyian. Lisa sendiri jarang menghabiskan masa dengan mereka. Siti membaringkan Fifi di atas katilnya. Kemudian dia memadamkan lampu besar. Me nghidupkan lampu kecil yang samar-samar. Jam loceng diletakkan bersebelahan katil Didi. Did i sudah boleh diharap untuk bangun pagi, tetapi masih memerlukan bantuan jam loceng. Setelah mempastik an semuanya berkeadaan baik, Siti keluar dari bilik. Dia juga ingin tidur cepat malam itu. N iat untuk menonton televisyen dilupakan. Tiba-tiba dia berasa begitu sunyi berada di dalam rumah me wah itu. Tidak seronok rasanya menonton seorang diri. Kalau di kampung, ada emaknya yang sama-sama meno

nton. Sementara menunggu bapa pulang dari kedai, emak akan bersembang-sembang denganny a. Kadangkadang dia akan buatkan jemput-jemput ikan bilis dengan air kopi untuk mereka makan ber sama. Walaupun hanya jemput-jemput, nikmatnya lebih terasa dari makan sedap-sedap seor ang diri dirumah besar ini. Siti sedang menuruni tangga bila ada satu suara menegurnya. Dia berpaling. Lisa sudah siap dengan baju tidurnya yang tipis. Terkejut Siti memandangnya. "Tolong buatkan aku air."Lisa bersuara. "Err....."Siti gamam. "Buatkan aku air...."Lisa mendengus. "Air apa, Lisa?" "Neslo panas. Kau tahu tak buatnya macamana. Milo campur nescaffe. "Siti angguk. "Tak payah bawak naik atas. Awak letak je kat depan tv tu...."Dia berpaling untu k masuk ke bilik semula. Siti berjalan lambat-lambat. Tiba-tiba dia berasa sedih dengan apa yang dia alam i untuk satu hari itu. Manusia-manusia yang ditemuinya aneh-aneh sekali. Bersifat yang tidak dijan gkakan. Kenapalah dia harus berhadapan dengan situasi sebegitu. Kalaulah bukan kerana Huzair, rasanya dia tidak akan sampai di situ. Kalau bukan kerana Huzair, tidak mungkin dia dengan senang hati menghambakan diri pada dunia yang asing ini. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 10 Sudah seminggu Siti menjadi penghuni baru di rumah besar itu. Setiap pagi dia ba ngun awal untuk siapkan bekalan Didi dan Fifi. Dia tidak harapkan Kartini untuk menyiapkan nya kerana kadangkadang Kartini juga lewat datang ke rumah. Pukul 7.30, Pak Amin akan menghantar Didi da n Fifi ke sekolah. Waktu pagi, tidak banyak kerja yang boleh Siti lakukan. Selain dari men gemas bilik, dia akan mencuci pakaiannya sendiri walaupun Kartini setiap pagi akan mengutip pakaian da ri setiap bilik. Dia tidak mahu meminta Kartini melakukannya kerana wanita seberang itu nampaknya tid aklah terlalu peramah. Jarang benar mereka berbual walaupun kadang-kadang Siti sengaja menyibu kkan dirinya di dapur. Ingin juga dia menolong atau melihat-lihat cara Kartini memasak. Boleh ju ga dia belajar serba sedikit. Tetapi sudah 2-3 hari Siti hampa. Kartini bagai tidak mengendahkannya. Terasa dirinya bagai dibenci pula. Paling tidak dia akan memerapkan diri di bilik, ataupun main air d i kolam. Hampir tengahari barulah dia menjenguk Mak Ungku, kerana Kartini sudah mengingatkan dia awal-awal supaya tidak mengganggu Mak Ungku pagi-pagi hari. Mak Ungku perlu waktu tidur yang panj ang. Pagi itu, Siti bercadang untuk menyiram pokok bunga di laman. Semalam, dia ada m elihat Pak Amin menyimpan penyodok tanah dan paip getah di belakang rumah. Sudah lama rasan ya Siti tidak bermain dengan bunga-bunga, Kalau di kampung, setiap hari dia akan menyiram bung

a-bunga yang ditanam emak. Sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang dia suka-suka mencantas dau n-daun yang kering sampai naik togel bunga-bunga emak dibuatnya. Bising mulut emak bila meli hat pokok-pokok bunganya sudah tak merimbun. Oleh kerana hari masih pagi lagi, Siti hanya mengikat sehelai 'key' di kepalanya bagi melindungi cahaya. Tambahan, keadaan di taman depan kolam itu tidaklah terlalu panas kerana banyak pokokpokok yang merimbun. Siti bertinggung di depan pasu bunga untuk menggembur tanah. Agak keras. Mungkin Pak Amin tidak banyak masa untuk menggemburnya. "Apa awak buat tu?"Satu suara kedengaran dibelakangnya. Siti sangkakan Pak Amin sudah pulang dari menghantar Didi ke sekolah. Dia menoleh sekilas. Darahnya tersirap. "Awak buat apa?"Sekali lagi dia bertanya. Siti gigit bibir. Dipandangnya Wari ya ng tercegat di depannya. Apa dia buat kat sini? Bila masa dia balik? "Err.....tak buat apa...tengok-tengokkan pokok-pokok ni aje..."Balas Siti lambat -lambat. Berpeluh tangannya menggenggam penyodok tanah itu. "Emm....ni kan kerja Pak Amin...biarlah dia yang buat..."Wari duduk di kerusi ba tu sambil berpeluk tubuh. Dia masih berjaket tebal. Agaknya baru sampai, bisik hati Siti. "Tak apalah....."Siti berganjak ke pasu lain yang lebih jauh. Dia tidak mahu War i memerhatikannya. Kekok rasanya. "Pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa..." Wari mengeluarkan sebatang rokok lalu disepit ke dua bibir. Matanya agak mengant uk, tetapi dia bercadang untuk menghabiskan sebatang dua rokok dulu. Lepas ini dia ingin tidur sepuas-puasnya. Letih memandu, ditambah dengan sakit hatinya sejak semalam. Kalaulah tidak keran a kejadian itu, rasanya dia masih bersuka ria di Langkawi. Menghabiskan masa dengan bermandi man da, barbeku, berpesta bersama yang lain-lain. Bukan mudah untuk mereka berkumpul beramai-rama i begitu. Dengan gadis-gadisnya yang peramah-peramah belaka. Sudah lama dia tidak enjoy begitu. Tapi semalam, dia bertekad untuk pulang saja. Walaupun ramai kawan-kawannya yang terkejut dengan keputusannya, tapi dia malas hendak memanjangkan cerita. Lebih baik dia d iam, dan cabut. Masalah peribadinya, tak perlu dihebahkan kepada semua. Walau sedih pun, biarlah dia yang menanggungnya sendiri. Dan semalam, dia nekad memandu seorang. Rina dibiarkan ti nggal di sana menghabiskan masa suka rianya. Balik nanti pandai-pandailah dia tumpang sesiapa. Pelik Siti melihat Wari yang asyik termenung sejak tadi.Sambil asap tidak hentihenti keluar dari mulut dan hidungnya. Asyik benar nampaknya anak muda itu melayan rokok tersebut. Nikmat sangat agaknya! gerutu Siti. Dia mengemas perkakasnya. Malas dia hendak berlama-lama di situ. Kekok dan segan. Dia tidak suka membuat kerja sambil diperhatikan begitu. Walaupun dia tah u Wari tampak seperti mengelamun jauh, tapi kehadiran dia di situ pagi itu, mematikan semangat Siti untuk meneruskan kerja. Biarlah Pak Amin saja yang buat kerja ni, Siti tergesa-gesa ba

ngun. Dia membuka ikatan 'key' nya lalu ditutup seluruh kepala. Dia sebenarnya segan juga kerana t idak bertudung di rumah itu. Cepat-cepat dia masukkan perkakas dalam baldi kecil kemudian menggulu ng kembali paip getah. "Dah siap ke?"Wari tersedar dari lamunan bila Siti lalu di sebelahnya. "Dah....."Balas Siti., terhenti langkahnya. Wari tersenyum sambil matanya memerh ati sekeliling. Tak berubah apa pun! "Tak siram pun pokok bunga ni?" "Kejap lagi Pak Amin akan siram..."Siti pandang ke pintu pagar. Pak Amin pun tak balik lagi. Hati Siti gundah gulana berhadapan dengan lelaki ini. Dia malu dengan keadaan dirinya . Apalah anggapan Wari terhadapku, bisik hati Siti. "Emm.....siapa nama awak ek?"Siti agak terkejut dengan pertanyaan itu. "Err...Siti..." "Siti?" "Siti Nuranis.." "Awak datang sini untuk jaga Didi dan Fifi ye?"Siti angguk. "Emm...mama ada cakap dulu. Baguslah....boleh awak tengok-tengokkan anak sedara saya tu. Tolong sekali tengokkan mama saya....dia tak berapa sihat..."Wari bersuara lagi. Suaranya lemah saja pada pendengaran Siti. Macam orang tak bermaya. Siti mengangguk. Dia melangkah s emula bila merasakan tiada lagi kata-kata yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Sampai di dalam rumah, dia menarik nafas lega. Niatnya untuk berkebun pagi itu, nampaknya terpaksa ditanggu hkan. Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba muncul di laman. Padahal baru 2-3 hari lepas dia bertolak. Agaknya dia risaukan Mak Ungku. Siti mencuci mukanya yang sedikit berpeluh. Dia menjenguk sebentar ke dapur, tet api Kartini tidak kelihatan. Mungkin menyidai kain di belakang. Siti bercadang untuk naik bi lik Mak Ungku. Teringin pula dia hendak berbual-bual dengan orang tua itu. Seronok mendengar cerita tent ang zaman mudanya, tentang anak-anaknya, tentang arwah suaminya yang tak pernah lekang dari bibirny a. Setiap cerita yang disampaikan pasti terselit nama arwah suaminya. Siti dapat rasakan betapa M ak Ungku amat menyanjungi arwah suaminya itu. Siti juga diperlihatkan gambar-gambar peribadi M ak Ungku sekeluarga. Sewaktu Lisa dan Wari kecil-kecil dulu. Memang mereka comel-comel be laka. Banyak mewarisi ketampanan ayah mereka. Dari cerita Mak Ungku, tahulah Siti serba sedikit salasiah keluarga itu. Mak Ung ku asalnya orang kaya keturunan kerabat dari negeri Perak, yang berkahwin dengan orang biasa, iai tu arwah Haji Zainudin. Tapi kata Mak Ungku, cinta mereka begitu sukar untuk disatukan kerana perbezaan taraf. Bertahun-tahun jugalah mereka mempertahankan cinta suci itu. Sampai Mak Ungku ha mpir putus asa dan ingin berpisah saja. Tapi suaminya seorang yang cekal dan kuat semangat. Raj in bekerja dan bercita-cita untuk memajukan diri. Walaupun pada peringkat awal hanya bekerja ma

kan gaji, akhirnya dengan bantuan Mak Ungku, mereka mula berniaga kecil-kecilan. Melihatkan keadaan itu, Mak Ungku nekad berkahwin dengan Haji Zainudin. Memang agak susah kehidupan awalnya. Apala gi sejak kelahiran Maria, pada waktu ekonomi rumahtangga mereka tidaklah begitu stabil. Tapi kelahi ran anak membawa rezeki. Haji Zainudin terpaksa berpisah sementara dengan Mak Ungku kerana berhij rah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan perniagaannya. 3 tahun selepas itu barulah mereka berasa sen ang sedikit. Mak Ungku membawa Maria ke Kuala Lumpur dan tinggal bahagia sehinggalah lahir Wari d an Lisa. Perniagaan yang semakin berkembang membuatkan Haji Zainudin selalu keluar ke mer ata tempat. Itulah yang terjadi sewaktu mereka kemalangan 8 tahun yang lalu. Perjala nan ke Pahang pada suatu pagi yang indah berakhir dengan keperitan yang meninggalkan kesan selamany a pada Mak Ungku. Kebetulan pula Mak Ungku ikut sama pada ketika itu, sedangkan pada hari-h ari lain Mak Ungku jarang menemani suaminya. Mungkin sudah ajal suaminya mati di ribaan. Apalah yan g lebih memberi trauma kepada seorang isteri sebaik mata dibuka, melihat kepala suami terlentok di kaki dalam keadaan berlumuran darah begitu. Dan kaki yang menjadi saksi itulah yang dengkot sehingg a kini. Kesian Mak Ungku, bisik hati Siti. Bukan mudah untuk melupakan kengerian itu. Be rtahun-tahun dia menjadi murung dan menyepikan diri. Cadangan kaum keluarga agar dia menikah lagi, tidak pernah diambil pusing. Bagaimana dia boleh melupakan suaminya? 10 tahun mereka memperta han cinta sebelum mendapat restu. 21 tahun menyulam bahagia seorang isteri, kemudian terpi sah kerana tragedi. Dalam masa setahun dia mahu berkahwin lagi? Mustahil, kata Mak Ungku. Dia tidak mahu berkahwin sampai bila-bila. Bukan kerana kecacatan kakinya itu. Walau ditakdirkan dia siha t selepas kemalangan itu pun, dia tidak akan menerima yang lain. Cinta pada arwah suaminya begitu utu h dan tak mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Hai....bagaimana agaknya kisah cintaku nanti? Adakah seutuh cinta Mak Ungku pada suaminya? Siti tersenyum sendiri. Dia tidak pernah bercinta dan tak pernah berniat untuk m erasai kemanisan bercinta. Entah. Hatinya tidak pernah terfikir untuk melalui itu. Perasaannya pa da Huzair juga tidak pernah wujud. Dia tidak pernah memuja atau mengkagumi lelaki itu. Cinta itu tak akan wujud. Dia yakin. Siti mengetuk pintu beberapa kali sebelum membukanya. Dia tahu Mak Ungku tidak a kan marah kalau dia masuk begitu. Selalunya Mak Ungkulah yang meminta dia agar kerap masuk ke bilik menemaninya. Rajin dia bercerita dan Siti pula senang mendengarnya. Melayan Mak Ungku mengingatkan dia pada emaknya di kampung. Baru seminggu, terasa begitu rindu. Ka k Melah belum lagi datang menjenguknya minggu itu. Hanya sekali dia menelefon beberapa hari le

pas. Mungkin hujung minggu ini dia dan Abang Jais akan bertandang. "Siti.."Mak Ungku menegurnya. Siti menghampiri. Darahnya tersirap lagi. Di birai katil, seorang lelaki sedang duduk di situ. Memerhatikan langkahnya. "Duduklah sini...."Gamit Mak Ungku. "Err...tak apalah Mak Ungku. Saya ingat Mak Ungku belum bangun lagi...."Siti ter agak-agak. "Si Wari ni yang kejutkan Mak Ungku tadi....."Mak Ungku tersenyum memerhatikan a nak bujangnya. "Mehlah minum sama..." "Kalau macam tu, saya turun dululah Mak Ungku.." "Ish..Siti meh sini, Mak Ungku ada hal nak cakap ni..."Hati Siti berdebar-debar. Aku ada buat salah ke? Kot-kot Wari mengadu pasal aku tak habiskan kerja menyiram pagi tadi. "Minggu depan, Mak Ungku cadang nak balik Perak."Mak Ungku bersuara."Siti ikut s ama ye?" "Saya?"Siti lihat Wari tersenyum. "Makcik ingat nak buat kenduri arwah kat rumah pusaka suami makcik. Siti kenalah ikut sekali sebab Didi dan Fifi pun makcik nak angkut sama..."Siti kebam bibir. Baru dia ber cadang nak ikut Kak Melah keluar berjalan. "Kamu pun ikut sekali, Wari..."Mak Ungku beralih pandang pada Wari. "Eh, saya tak boleh janji Ma. Mana tahu ada program lain nanti..."Wari menggelen g. "Wari....ni baru sekali Mama bercadang nak buat tahlil kat kampung. Lama Ma tak jenguk ke sana. Apa salahnya Wari ikut sekali?"Mak Ungku tarik nafas panjang. "Kalau saya free, saya ikut Ma..."Mak Ungku menggeleng. Agaknya malas dia nak be rtegang urat dengan anak dia yang kaki jalan itu. "Siti ikut sekali ye?"Siti mengangguk. Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia dapat tengok negeri orang. Kalau tak, bila masa lagi dia dapat jejak kaki ke Perak sana. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon dari celah poket Wari. Tergesa-gesa dia bangu n menyeluk seluarnya. Mukanya berkerut melihat nombor yang tertera pada telefom bimbit ters ebut. "Ha, you...nak apa?"Suara Wari tegas. Dia bangun menuju ke tepi tingkap. Mak Ung ku menggeleng melihat Wari. "Suka hati you nak stay sampai bila-bila.It's not my responsibility!"Siti jadi g erun mendengar suara Wari yang meninggi itu. Dia berganjak menghampiri Mak Ungku. "Fine. I'm not interested. I tak ada kat rumah. Jangan datang!"Wari bergegas ke pintu lalu menarik tombolnya dengan kasar. Sekali lagi Mak Ungku menggeleng. Mungkin sudah faham benar dengan perangai anaknya itu. Dari dalam bilik, mereka masih dapat mendengar suar a Wari yang membentak-bentak di luar. Marah benar nampaknya dia. "Mak Ungku nak turun bawah ke?"Siti bersuara, cuba mengurangkan ketegangan. "Tak apalah Siti. Kejap lagi Mak Ungku turun. Wari ada, dia boleh bawa Mak Ungku .."Siti mengangguk. Dia meminta diri untuk beredar. Lagipun dia kurang selesa dengan kea daan di situ. Takut dia melihat Wari yang bertukar menjadi garang tiba-tiba. Siapalah yang dimarah s angat itu. Siti membuka pintu dan menuju ke tangga. Sewaktu kakinya mencecah ke anak tanggg

a ke dua, satu objek melayang betul-betul di depan matanya. Menyentuh pipinya lalu jatuh d i hujung kaki. Siti tidak sempat mengelak sewaktu dirasakan bahang panas itu menyentuh pipinya. Dili hatnya objek yang berderai di hujung kaki. Telefon? Siti terkejut. "Oh..shit!"Wari tergesa-gesa menghampiri Siti sehingga Siti terdorong ke belakan g. "Siti tak apa-apa?"Wari benar-benar cemas. Siti terdiam. Dia masih terkejut deng an keadaan itu. Diperhatikan saja Wari yang terbongkok-bongkok mengutip serpihan telefon itu. "Sori....saya tak sengaja!Sori..."Suaranya bergetar. Ada nada marah dan menyesal . Siti gosok pipinya yang pedih. Nasib baik tak kena kat mata. Ganas betul lah lelaki ni! Tel efon pun dibaling sesuka hati. Nasib baik telefon, kalau pasu ker.....tv ker...pecah kepala aku! Gerutu S iti. "Siti okay tak?"Tangan Wari menyentuh pipi Siti. Siti cepat-cepat mengelak. Rasa marah juga dia pada lelaki itu. Kalau iye pun mengamuk, janganlah dijahanamkan telefon ini. Tah ulah orang kaya! "Tak pe...tak pe...."Siti menepis. Dia mula menuruni tangga. "Siti.."Panggil Wari. Siti berpaling. "Sori ye...saya tak bermaksud nak baling Siti tadi. Tak sengaja, tengah geram sa ngat."Wari kerutkan dahi. Iyelah tuh! tengah marah konon. Kau marah, bolehlah baling-baling telefon. Esok lusa boleh beli yang baru. Aku ni marah, nak baling apa? Kalau dah panas sangat, kolam renang tu terbentang luas. Terjun dan berendam je kat dalam tu! Hati Siti mendengus. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 11 Kesian gadis kecil itu. Tak pasal-pasal berjalur pipinya terkena balingan telefo nku. Aku pun satu. Kalau iya pun marah, buat apa telefon itu yang aku baling. Lebur RM1,200 sekelip mata. Tapi.....aku betul-betul geram! Geram dengan Rina. Kerana perempuan itu, hancur telefon bimbi tku, langsung tak boleh diguna lagi. Kerana Rina, malu aku pada Siti! Wari bangun dari katil. Di tebarkan pandangannya ke rimbunan pokok-pokok di lama n. Cahaya lampu samar-samar di tengah taman. Dia ingin turun ke bawah. Menikmati makan mal am bersama Didi dan Fifi. Hadiah yang dibeli di Langkawi untuk mereka berdua masih berbungkus di dalam beg besarnya. Tapi dia rasa segan. Segan hendak berhadapan dengan Siti. Petang tadi waktu dia turun ke dapur, dia nampak kesan merah pada pipi Siti sewaktu gadis itu sedang melayan Didi dan Fifi . Walaupun dia sudah minta maaf, hatinya masih terselit rasa bersalah. Walaupun dia lihat Siti sepert i biasa gayanya, tidak menunjukkan tanda marah tapi dia pasti gadis itu tentu beranggapan yang bukan-bu kan terhadap dirinya. Pasti dia ingat aku ini lelaki panas baran yang tak reti nak control di ri sendiri! Wari menggeleng kepala. Sakit hatinya pada Rina masih berbekas. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia marah sangat dengan Rina. Bukan tidak pernah gadis itu melakukan perkara-perkara sedemikian. Sudah a

capkali. Sudah jenuh benar. Tapi kali ini betul-betul menaikkan darahnya. Dia sudah ingatkan Ri na banyak kali. Jangan biarkan dirinya sesuka hati ditarik, disentuh atau dipeluk begitu. Tapi Rina bia rkan juga. Dia sudah ingatkan juga Rina supaya jangan minum terlalu banyak. Tapi Rina lupa diri. Dita rik, dipeluk oleh manamana lelaki dia masih dapat kawal diri. Tapi bila melihat Rina tidur sampai ke pagi d alam dakapan lelaki lain, Wari sudah tidak sabar lagi. Pagi itu juga dia angkat kaki. Dia tidak pedu li, walau dia sendiri masih pening-pening lalat. Dia gagahkan diri memandu seorang diri. Dan pagi ini, dia lepaskan kemarahan pada Siti. Kesian gadis itu. Bercalar di pi pi. Ishh.....kejam betul aku ni! Wari bingkas menarik beg besarnya. Dibuka zip beg lalu dikeluarkan bungkusanbungkusan hadiah. Satu bungkusan kecil sebenarnya dibelikan khas buat Rina. Dia sengaja be li tanpa pengetahuan gadis itu. Ingatkan nak buat surprise, tapi nampaknya aku yang surpr ise, gerutu Wari. Dia terfikir untuk memberikan saja hadiah itu kepada Siti, Sebagai tanda minta maaf. .apa salahnya. Wari turun ke ruang makan mendapatkan Didi dan Fifi. Kedua-dua anak itu berteria k melihat bungkusan hadiah yang dibawa. Didi segera bangun untuk mendapatkan hadiah terseb ut. "Didi.....habiskan makan dulu....Acik letak hadiah ni kat depan .."Wari letakkan hadiah tersebut depan tv. "Acik beli apa?"Didi kembali ke meja makan. "Nanti Didi bukalah..tengok apa bendanya...."Wari menarik kerusi. Di jenguk ke d apur, tetapi tiada kelibat Siti. "Kak Siti mana?"Tanya Wari perlahan. "Kak Siti bagi nenek makan..."Balas Didi."Nenek tak nak turun...." "Banyak Kak Tini masak hari ni"Wari menyeduk lauk satu persatu. "Yang ni Kak Tini masak...yang ni Kak Siti masak..."Didi menunjuk pada lauk yang terhidang. "Iye?"Wari tersengih. "Macam sedap je!" "Sedap!"Didi dan Fifi bersuara serentak. "Kalau sedap makan banyak-banyak eh...." Wari memulakan suapan. Rasanya sudah lama juga dia tidak makan di rumah. Biasany a waktuwaktu begini dia sedang bersiap-siap untuk keluar. Dia lebih berselera makan di luar b erbanding di rumah. Sejak Mamanya sakit dan jarang memasak, Wari memang kurang makan di rumah . Entah kenapa. Dia kurang berselera dengan masakan Kartini. Bukannya tidak sedap. Tetap i dia rindu dengan masakan-masakan ala kampung yang selalu Mama masak dulu-dulu. Kartini kurang dal am bab itu. Biasanya Kartini masak yang mudah-mudah untuk Didi dan Fifi. Sebab itu dia lebih suka makan di luar. "Eh Abang!"Satu suara menegurnya. Wari berpaling. Melihat Lisa yang merah padam mukanya. "Kau ke mana Lisa? Berpeluh-peluh macam ni, kena kejar anjing ker?"Lisa ketawa. "Orang pegi jogging ler...."Balasnya lalu duduk di sebelah Wari. "Malam-malam buta berjongging....."Wari menggeleng. "Orang dah lama balik....orang lepak kat depan tu..."Lisa muncung. Dicuitnya ceb isan ayam lalu dimasukkan ke dalam mulut."Angin apa abang kat rumah ni? Biasa abang dah blah ma

lam-malam macam ni.." "Kejap lagi abang nak keluar la ni...." "Tak payah keluar la....ajar orang buat Add Math tue..." "Ishh...malas abang. Kata pegi tuisyen tetiap hari....takkan tak reti nak buat s endiri?"Wari mencedok nasi ke dalam pinggan. "Pemalas lah abang ni...tak boleh harap!"Lisa bangun dari kerusi. Muncung. "Suruh lah Kak Siti ajar....Kak Siti kan pandai..."Didi bersuara tiba-tiba. Lisa berpaling memandang Didi. Dahinya berkerut. "Kak Siti mana pandai. Dia ajar Didi boleh ler...."Kepala Didi diusapnya. "Tu Kak Siti....pegilah tanya..." Wari dan Lisa menoleh serentak. Siti terhenti langkah, menyedari pandangan Wari dan Lisa ke arahnya. Dadanya mula berdebar-debar. Apasal diorang berdua ni, tengok aku semac am jer? Baju aku koyak ker? "Kak Siti, jomlah makan!"Didi berteriak. Siti tersipu-sipu. Dia rasa segan denga n Wari dan Lisa. "Emm....Lisa tak makan sekali?"Lisa sedikit terkejut dengan pertanyaan Siti. "Er..makan la dulu. Lisa nak naik atas..nak mandi...panas!"Lisa angkat kening. S iti jadi serba salah. Takkan dia nak makan berdua dengan Wari. Walaupun budak dua orang itu ada , mereka bukannya tahu apa-apa. "Didi dan Fifi makan dulu ye.....Kak Siti nak cuci pinggan nenek ni...."Siti ber sedia untuk melangkah ke dapur. Dibawanya sekali pinggan kotor. Hatinya sedikit gembira bila Mak Ungku berselera makan tadi. Habis juga nasi yang dibawanya. Siti membersihkan ruang dapur yang agak berselerak sejak tadi. Sebentar tadi, bi la Kartini pulang, Siti cepat-cepat menyiapkan bahan untuk membuat gulai asam pedas. Sudah lama dia teragak untuk makan asam pedas. Hendak minta Kartini yang masakkan, dia rasa segan. Lagi pun dia tengok bahan-bahan untuk memasak cukup di dalam peti ais. Ikan parang yang dia nampak p agi tadi dikeluarkan awal-awal. Sudah siap disiang, tinggal dicampak dalam periuk saja. D icampur juga dengan ikan kembung dua tiga ekor. Biar senang budak-budak dua orang itu makan. Ikan pa rang banyak tulang. Silap-silap boleh tercekik kalau asyik sangat makan. Siti menoleh ke belakang bila dirasakan ada seseorang sedang berdiri di situ. "Err..Siti.."Wari menghampiri. Siti kerut dahi pandang lelaki itu. "Emm...ni ada barang untuk Siti. "Dia menghulurkan kotak kecil warna merah. Siti sedikit teragak. "Untuk Siti ?"Wari angguk. "Saya kalau ke mana-mana memang suka beli barang sebagai kenangan. Untuk Kartini pun ada..." Wari telan liur. Dia rasa janggal pula. "Ni Siti punya....ambillah....em m...lagipun saya nak minta maaf pasal pagi tadi..." Siti senyum. "Kan...awak dah minta maaf tadi. Tapi...tak apalah..terima kasih.."Siti capai ko tak kecil itu."Terima kasih ye...."Wari tersenyum puas. "Siti tak makan ke?" "Ni..nak makan le ni..."Siti ketawa kecil lalu beredar meninggalkan Wari. Wari m emandang Siti

dengan rasa lega. Dia harap pemberian hadiah itu dapat menebus silapnya pagi tad i. ********************************************** "Eh..Kak Rina...masuklah.."Siti sedikit gamam memandang wanita tinggi lampai di depannya itu. Pintu dikuak lebih besar. Rina segera masuk tanpa membuka kasut. "Wari mana?"Tanyanya tanpa memandang Siti. "Emm...dalam bilik.."Balas Siti perlahan. Dipandangnya gadis itu yang kelihatan buru-buru melangkah. Wajahnya juga mencuka. Tiada secalit senyuman pun kelihatan. Rina sudah menghilang ke atas. Mungkin ke bilik Wari. Siti bergegas ke ruang tam u. Mengemas majalah-majalah yang berselerak atas meja. Rasa-rasanya majalah-majalah tersebut kepunyaan Lisa. Kalau Kartini nampak, mesti bising mulutnya nanti. Tadi pagi saja Kartini sudah membebel bila lada kisarnya sudah habis Siti gunakan malam tadi. Siti sudah janji untuk merebus cil i kering dan mengisarnya sebentar lagi. Kadang-kadang Siti tidak faham kenapa Kartini selalu marah-marah begitu. Tak pernah dia hendak berlembut dengan aku! gerutu Siti. Siti mendengar derap langkah di hujung tangga. Wari kelihatan turun tergesa-gesa . Dengan seluar pendek dan singlet putih. Baru bangun tidur agaknya, fikir Siti. Rina di belakang mengekori. "Ri.....listen to me first...."Rina menggapai tangannya. Cuba memaut lengan Wari . Wari langsung tidak berpaling. Langkahnya laju, melintasi Siti yang terkebil-kebil memandang. "I dah cakap, jangan datang rumah!"Suara Wari keras. "So!...I called you banyak kali tau. Tak pernah dapat. I datanglah sini.."Rina m endengus. "Tak payah call I lagi..."Wari berpaling. "You marah sangat ni, kenapa?" "You tanya kenapa? You tanyalah diri you sendiri"Jari telunjuknya diacu ke muka Rina. Rina menepis. "Kan I dah minta maaf. I'm so sorry, okay!" "You selalu macam ni. Buat salah, lepas tu say sorry. And then you buat lagi. I dah muak peel you ni!" Rina gelisah. Sekejap bercekak pinggang. Sekejap dia berpeluk tubuh. Setiap kali dia ingin menyentuh tangan Wari, lelaki itu menepis. "You pun join jugak malam tu, kan. Kenapa pulak you nak marah-marah? You pun sam a aje, Wari!" "Tapi I tak over macam you, Rina. I tak tidur dengan betina kat sana!" Siti pejamkan matanya. Dia tidak sanggup mendengar dan melihat pertelingkahan me reka. Rasa malu pun ada. Lebih baik aku cabut dulu. Siti kumpulkan semua majalah dan letakk an di bawah meja. Dia berjalan laju, melintasi mereka berdua. Dia sedar kerlingan mata Rina ketika dia lalu di depan gadis itu. Siti terus masuk ke bilik. Direbahkan tubuhnya ke atas katil. Lega rasanya selep as berjaya melepaskan diri dari situasi tadi. Dia rasa ngeri. Tidak pernah dia melihat oran g bertengkar dengan menengking-nengking begitu. Satu rumah boleh dengar rasanya. Kalau masa bercinta sudah berani tengking-tengking begitu, bagaimana bila sudah berkahwin nanti? Ishh...ngerinya

nak kawin! Pintu bilik terkuak tiba-tiba. Siti serta merta terbangun. Rina muncul dengan wa jah merah padam. Dia masuk tanpa menghiraukan Siti yang agak terkejut dengan tindakan gadis itu. Rina membuka almari pakaian. Diselaknya pakaian yang tergantung dengan kasar. Sesekali dia me rengus. "Mana pegi semua baju I kat dalam ni?"Rina berpaling pada Siti. Siti segera bang un. "Emm...baju yang pendek tu ker?" "Iyelah...semua I simpan kat sini!"Balasnya keras. "Ada kat sini...."Siti cepat-cepat buka laci kecil. "Sapa suruh you lipat baju-baju ni?"Rina pandang Siti dengan mata terjengil. Sit i kebam bibir. Dadanya berdebar kencang. "Rina, yang you marah budak tu buat apa?"Satu suara kedengaran di muka pintu. Wa ri tercegat sambil bercekak pinggang. "Baju I ni, I gantung elok-elok. Buat apa dilipat?"Rina tarik baju dari dalam la ci. "You ambik cepat, lepas tu you balik!"Suara Wari keras. Siti mengundurkan diri. Dia betul-betul bingung dengan keadaan itu. "You nak halau I, Wari? Dah lah bilik ni pun you bagi orang lain duduk. Sekarang , you halau I pula?" "Dah you yang nak ambil semua barang you, kan....." "Ok...fine..."Rina mengendung baju-bajunya. Pintu almari dibiarkan terbuka luas. Dia berlalu keluar tanpa menoleh lagi. Siti tarik nafas panjang. Badannya jadi seram sejuk. Dia memandang Wari yang masih tercegat di muka pintu. Lelaki itu tersenyum tawar. Siti kembali menutup pintu. Dia masih dapat mendengar suara mereka berdua yang l antang di luar. Biarlah! Biarlah mereka bertekak sampai putus urat. Bukannya urusan aku! Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 12 Perjalanan pagi itu agak lancar. Selepas Subuh tadi, Siti sempat menggoreng cucu r bilis untuk dibuat bekalan. Selepas menyiapkan Didi dan Fifi dia membancuh kopi panas pula u ntuk disimpan dalam termos. Boleh diminum bila-bila masa dalam perjalanan nanti. Beg pakaiannya awal -awal sudah dimasukkan ke dalam Pajero milik Maria yang ditinggalkan di situ. Menurut Mak Un gku, kalau bertolak pagi, mereka akan sampai di Perak sebelah tengahari. Jauh juga perjalanannya itu . Siti risau kalaukalau dia mabuk nanti. Sebab itu dia sanggup sediakan bekalan untuk mengisi perut nant i. Di luar, Wari sudah menunggu di tepi kereta. Lisa sudah terlentok di dalam Pajer o. Pagi tadi dia merungut-rungut kerana terpaksa bangun awal. Hari minggu, biasanya tengahari bar u nampak batang hidungnya. Didi dan Fifi kelihatan riang dan tak sabar-sabar hendak memulakan pe rjalanan. Mak Ungku ceria melihat telatah cucu-cucunya itu. Dia rasa lega kerana Wari bersetuju untu k ikut sama. Tinggallah Pak Amin seorang di rumah. Pak Amin tidak boleh ikut sama kerana perlu menjaga r umah selama 2 hari itu. Kartini pula tidak mahu ikut serta walaupun sudah dipelawa Mak Ungku. Ingin

istirehat, katanya. Untunglah Kartini kerana minggu ini dia dapat cuti percuma. Selepas menelefon Kak Melah dan emak di kampung, memaklumkan pemergiannya ke Per ak, Siti masuk ke dalam Pajero dan duduk di sebelah Mak Ungku. Mak Ungku menggenggam jema ri Siti. Siti rasa hiba tiba-tiba. "Minggu depan, Makcik izinkan Siti balik kampung...."Mak Ungku bersuara perlahan .Siti tersenyum kembali. Hampir sebulan dia menetap di rumah itu, rasa rindu pada kamp ung dan orang tuanya semakin membuak. Dia tidak betah tinggal lama-lama di situ. Tapi apakan d aya, mengenangkan Mak Ungku yang baik hati, tak sampai hati dia nak mintak cuti balik kampung. "Mak cik tahu....Siti dah rindu kat mak dan ayah Siti, kan?"Siti tersipu. Dia me lemparkan pandangan ke luar. Pagi yang hening. Masih belum banyak kenderaan yang lalu lala ng. "Rindu jugak Mak Ungku....saya mana pernah berjauhan lama macam ni..."Balas Siti kemudian. Wari di depan memanjangkan lehernya. Dari cermin pandang, dia dapat melihat waja h Siti. Sesekali dia mencuri pandang. "Habis tu, dah bagitahu Kak Melah nak balik minggu depan? "Belum lagi Mak Ungku. Tak tahulah Kak Melah nak balik sekali atau tak. Kalau Kak Melah tak balik pun, Siti boleh n aik bas" "Ish....buat apa naik bas. Jauh tu. Nanti Pak Amin boleh hantarkan. Tak pun Si W ari ni pun boleh hantar kejap...."Siti terdiam seketika. Dia menyandarkan badan. Sesekali matanya terpandang cermin, hatinya berdebar tiba-tiba. Renungan Wari tertangkap oleh matanya. Siti cepat-ce pat alih pandangan. Dalam perjalanan Siti terlelap seketika. Dia tersedar bila Pajero berhenti di sa tu kawasan perhentian yang terdapat banyak kenderaan lain singgah di situ. Siti mengeliat. Dia memerhatikan sekeliling. Wari tiada di dalam kereta. Lisa di luar melayan Didi dan Fifi. Mak Ungku juga tidak kelihatan. "Mana Mak Ungku, Lisa?"Tanya Siti sebaik turun dari Pajero. "Mama ke tandas.."Balas Lisa perlahan. Lemah saja suaranya. Mungkin masih mengan tuk. "Didi dan Fifi lapar tak?"Kedua-dua anak kecil itu menerpa ke arah Siti. "Lapar!"Jawab mereka serentak. Siti mengerling jam di tangan. Hampir pukul 10. D ia mengeluarkan air kopi dan cucur bilis yang di simpan dalam bakul. "Meh la makan jemput-jemput ni, Lisa...."Siti gamit Lisa yang bersandar pada pin tu Pajero. Mulanya Lisa seperti keberatan, tetapi dia melangkah juga. "Dah sejuk sikit...tapi boleh la buat alas perut..."Siti hulurkan bekas tupperwa re tersebut. Lisa ambil sebiji lalu mengunyahnya perlahan. Dahinya berkerut-kerut. "Fifi nak minum susu tak?"Fifi angguk kepala. Leka dia menikmati cucur bilis. Si ti membancuh susu perasa coklat kegemaran Fifi. Semua keperluan mereka telah Siti siapkan awa l-awal tadi termasuk air panas untuk membancuh susu. "Kak Siti....."Siti toleh ke arah Lisa. Gadis itu tampak ragu-ragu. "Lisa nak air kopi ni?"Siti hulurkan cawan plastik berisi kopi. "Lisa minta maaf ye...kalau selama ni Lisa cakap kasar-kasar dengan kak Siti."Li

sa telan liur sambil memandang Siti sungguh-sungguh. Siti tersenyum. "Mana ada Lisa cakap kasar dengan Kak Siti..." "Selalu......"Balas Lisa perlahan. "Kak Siti mesti kecik hati..." "Tak lah....kalau Kak Siti kecik hati, mesti Kak Siti tak tegur Lisa, kan?"Lisa senyum nipis. "Tapi.....peel Lisa memang macam ni.....kasar sikit. Kak Siti jangan ambil hati ye?"Siti angguk sambil tersenyum sama. "Cucur kak Siti ni dah sejuk....tapi sedap!"Siti ketawa. "Kalau sedap, makanlah lagi..." "Memanglah nak makan, tapi...Lisa malu...Lisa selalu marah-marah Kak Siti...tapi bab makan....Lisa balun pulak..."Lisa senyum malu. Dicapai sebiji cucur lagi. "Itu nenek!"Didi menjerit tiba-tiba.Mereka sama-sama menoleh. Mak Ungku berjalan terdengkotdengkot sambil dipimpin oleh Wari. Wajahnya kelihatan segar dipanah matahari pagi. "Ma....minum dulu Ma..."Lisa hulurkan kopi kepada Mamanya."Ada cucur....Kak Siti buat.."Wari tersengih.Dia ambil juga sebiji sebaik Lisa hulurkan ke arahnya. Wajah Siti dipa ndang sekilas. Entah kenapa sejak pagi tadi, berlainan sungguh perasaannya setiap kali memandang waja h gadis itu. "Nak gerak sekarang ke, Ma?"Wari bersuara tiba-tiba. "Tunggulah budak-budak ni habis minum dulu.."Mak Ungku usap kepala Didi dan Fifi ."Dah tak jauh sangat ni. Pukul 11.30 boleh sampai ni..."Wari angguk. Siti simpan kembali bakul ke dalam Pajero. Dia mendukung Fifi masuk ke dalam. Ta k lama kemudian, Pajero mula bergerak meninggalkan kawasan rehat tersebut. Siti rasa le ga kerana dia tidak berasa pening sepanjang perjalanan itu. Dapatlah dia menikmati perjalanan walaup un hanya pemandangan yang sama sejak tadi. Sesekali mereka melewati kawasan perkampungan, Siti berasa seronok sekali. Melihat rumah-rumah kayu di kiri kanan jalan, ingatannya segera ke kampung yang telah sebulan dia tinggalkan. Minggu depan dia akan pulang juga walaupun Kak Mel ah tidak ikut sama. Dia sanggup naik bas walaupun memakan masa yang lama. Dia sudah begitu rindu. Pa da emak dan abah, pada Murni dan Shidah. Juga pada Lonjang dan Conit! Siti tersengih sendiri . Seketika, wajah Huzair pula menerpa. Menyapu semua wajah-wajah yang dia kenang tadi. Ishh!...Sit i muncung. Wari di depan menggeleng. Apa kena Siti ni? Sekejap tersenyum, sekejap muncung! Dia membetulkan cermin pandang. Rimas dia asyik nak memandang ke belakang. Nanti mat a ke mana, kereta ke mana! ********************************* Sebuah rumah kayu tersergam indah di laman rumput yang luas. Rumput yang menghij au dihiasi pokok-pokok kertas bermacam warna. Di kiri kanan laman ada pokok-pokok rambutan yang sedang berbunga lebat. Ada juga rimbunan pandan dan serai yang tumbuh subur. Di sebelah belakang pula banyak pokok-pokok pisang yang berbuah lebat. Besar-besar tandannya seakan ingin menyembah bumi. Tunggu masa saja untuk ditebang. Tak ubah macam kebun di belakang rumahnya.

"Cantik rumah ni, macam ada orang yang jaga..."Siti bersuara sewaktu menaiki tan gga batu. olongnya juga bersih, seolah disapu setiap hari. "Memang ada yang jaga pun...."B alas Wari tanpa di duga. Mak Ungku tersenyum. "Mak cik upah orang jaga rumah ni. Tu yang bersih je. Kalau tak dijaga, memang d ah jadi hutan belukar rumah ni, Siti.."Sambung Mak Ungku pula. "Mana pulak Pak Din ni? Mama da h bagitahu kita sampai tengahari..."Mata Mak Ungku melilau ke sekeliling. "Kat kebun lagi tak, M a.."Balas Wari, memanjangkan leher. "Agaknya laa...ni Wari cuba bukak pintu ni....."Mak Ungku se rahkan kunci pada Wari. Nasib baik pintu boleh dibuka. Mereka masuk ke dalam rumah yang nampak kel am kerana semua tingkat bertutup. Bahang panas mula terasa. Siti buka tingkat satu persatu. Udar a mula masuk, menjadikan suasana dingin sedikit. Siti duduk di kerusi rotan yang masih elok. K emas tidak berhabuk walau sudah ditinggal bertahun lamanya. Mungkin setiap hari Pak Din membersihkan nya. Cuma sebahagian perabut ditutup dengan kain putih. "Tak berubah macam dulu jugak...."Mak Ungku berdiri tepi tingkap. Wajahnya bertu kar menjadi hiba. Mungkin dia terkenang kembali suatu ketika dahulu sewaktu mereka suami ist eri masih menetap di sini. "Pokok rambutan yang Papa kamu tanam, dah berbunga pun...dulu masa kami tinggalk an rumah ni, baru tumbuh tunas..."Mak Ungku mengesat pelupuk mata. Sedih pula Siti meliha tnya. Wari dan Lisa hanya diam mendengar keluhan Mama mereka. "Kalau tak Pak Din yang jaga.....takkan menjadi jugak pokok-pokok tu...."Sambung nya lagi. "Ma...jangan diri lama-lama sangat...."Lisa sorongkan kerusi roda yang baru diba wa turun oleh Wari. Mak Ungku melabuhkan punggungnya. Wajahnya masih sayu. "Bawa Mama masuk bilik, Lisa...."Lisa cepat-cepat sorong kerusi. Masuk ke bilik besar yang langsir pintunya berwarna biru. Tinggal Siti dan Wari saja di ruang tamu itu. Di di dan Fifi masih di laman, mungkin sedang seronok bermain di bawah pokok rambutan yang redup. Siti r asa janggal dengan keadaan itu. Dia bergegas bangun, mencapai bakul dan beg besar lalu di ba wa ke dapur. Ruang dapur kecil, agak curam. Ngeri rasanya menuruni tangga kayu yang tinggi itu. Tap i periuk dan kuali masih bersusun kemas. Juga tidak berhabuk. Tong gas juga ada. Mungkin Pak Din su dah siapkan semuanya sejurus mengetahui kepulangan Mak Ungku sekeluarga. Siti buka pintu dapur yang dibuat dari zink. Berkeriut bunyinya. Dia melebarkan pandangan ke kebun pisang di belakang rumah. Geram dia melihat tandan pisang yang besar-besar melayut di perdunya. Hampir-hampir menyembah bumi. Kalau di kampung mesti dah lama dicantas bapa. Pisang nipah kuning yang besar-besar begitu kalau dibuat kerepek memang manis rasanya. Siti berhasrat untuk meninjau-ninjau sekeliling kebun tersebut. Kebetulan ada se lipar jepun lusuh ditepi pintu. Segera disarungnya. Dia berjalan perlahan-lahan sambil memerhatika

n sekeliling. Terhibur hatinya melihat pokok-pokok cili, pokok kacang botol yang subur dan gemuk-gemuk buahnya. Subur benar tanah di kawasan tersebut. Sesuai dibuat bercucuk tanam. Tentu Pak Din seo rang yang rajin berkebun. Kalau tidak, masakan pokok-pokok sayur tersebut boleh membesar dan ber buah lebat. Siti belek-belek cili api yang memerah. Ada yang sudah kuning dan busuk tidak dipetik . Dan banyak pula yang gugur ke bumi. Agaknya Pak Din tidak sempat mengutipnya. Mungkin dia sendir i punya kebun yang perlu diuruskan. Petang nanti, kalau sempat, dia ingin minta izin Pak Din u ntuk petik cili-cili tersebut. Ada lebih boleh dibawa balik ke KL. Sayang kalau dibiar layu begitu sa ja. Siti terbongkok-bongkok di bawah pokok pisang yang menyenget itu. Sambil diperha tikan daun pisang muda, kalau-kalau ada gulungan daun di celah-celah pelepahnya. Kalau dulu , masa kecil-kecil suka benar dia mencari ulat daun pisang yang terdapat pada celah-celah daunnya y ang bergulung. Pantang nampak, dia akan cantas pelepah pisang. Koyakkan daun yang bergulung. Di kumpul banyakbanyak sebelum di bawa ke belakang rumah Shidah. Disitulah ulat-ulat itu dikeluarkan da n disusun banyak. Melentik-melentik ulat hijau berkepala hitam itu. Badannya yang bersalut bebenang warna putih menguit-menguit bila dicuit. Di situlah mereka bina rumah tanah, jambatan batang pisang dan lubanglubang kecil tempat laluan ulat-ulat tersebut. Mereka gembira melihat ulat-ulat itu menguit-nguit bila terkena panahan matahari . Suka melihat cairan hijau yang keluar dari badannya yang penyek dipijak. Issh....jahat betul aku masa tu! Siti tersenyum sendiri. Macamana aku boleh berani sangat main ulat-ulat tu? Kalau sek arang ni campak kat aku agaknya, pecut 100 meter le gamaknya. Siti terhenti seketika. Di hujung kaki nya ada longkang kecil yang mengalir air jernih. Merenek-renek airnya terkena sinaran mentari. " !"Suara garau terdengar dari arah belakang. Siti terkejut, spontan dia berpali ng. Seorang anak muda, berkulit sawo matang tunak memandangnya. Di dahinya ada binti k-bintik peluh yang halus. "Awak ni, anak Makcik Latifah ker?"Siti masih gamam. Mulutnya terkumat kamit. Ma kcik Latifah? Siapa pula? "Anak Haji Zainudin?" Oh! Siti baru teringat. "Bukan!....errr..saya bukan anak Mak Ungku..."Siti teragak-agak. Wajah lelaki it u berkerut. "Habis tu, saya nampak awak keluar dari rumah Makcik Latifah tadi?" "Ohh....eemmm...saya ni..."Siti garu kepala. Takkan aku nak cakap aku babysitter cucu Mak Ungku! "Tak apalah....saya tahu Makcik nak balik hari ni. Ayah saya yang bagitahu..."Le laki itu tersenyum." yah saya ada kat rumah tu...." "Awak ni siapa?"Siti berganjak. Takut juga dia berhadapan lelaki yang tak dikena li itu. "Saya Hadi, anak Pak Din.."Dia senyum lagi.

"Oh....anak Pak Din..."Siti tersenyum malu.Dia mula mengatur langkah. Dah lama s angat rasanya dia di luar.Takut Mak Ungku tercari-cari. "Awak nak balik ke?"Siti angguk. Hadi jalan sama. "Siapa nama awak?" "Emm..Siti...." "Siti ....siti aje?" "Siti Nuranis..."Siti kerling sekilas lelaki itu. Rambutnya ikalnya basah disimb ahi peluh. "Awak tidur sini ke malam ni?"Siti angguk. "Iyelah....habis nak tidur mana pulak?" "Tak adalah. Rumah Pakcik Zainudin ni dah lama kosong. Baguslah kalau awak tidur di sini..." "Mak Ungku memang nak bermalam di sini. Malam ni kan ada kenduri tahlil?"Hadi te ranggukangguk. "Ayah saya dah jemput orang-orang kampung. Barang-barang untuk masak pun dah sia p. Petang nanti dalam pukul 2 saya hantarlah barang-barang dapur."Siti senyum nipis. Peram ah betul mamat ni! Aku tak tanya pun, dia sibuk bercerita. "Pokok-pokok pisang tu, ayah awak ke yang tanam?"Hadi tersenyum lebar. "Ayah say a yang tanam. Tanah belakang tu luas sangat. Sayang kalau dibiar bersemak. Sebab tu aya h tanam pisang, rambutan, sayur. Ada jugak hasilnya...." "Rajin ayah awak ye.."Hadi ketawa. "Orang kampung memang macam ni la, Siti. Kerja sendiri. Tanam sayur, berkebun... .."Perbualan mereka terhenti sebaik mereka sampai di laman rumah. Ada sebuah motor kapcai di tepi tangga. Motor Pakcik Din agaknya, fikir Siti. Siti dan Hadi naik ke atas rumah. "Siti ke mana?"Mak Ungku bersuara sebaik Siti masuk ke dalam.Tersipu-sipu Siti d ibuatnya Apalagi Wari dan Lisa juga ada di situ. Semua mata memandang ke arahnya dan Hadi . "Saya kat belakang tadi, Mak Ungku. Tengok-tengok kebun pisang. Terjumpa Hadi, a nak Pakcik Din ni.."Balas Siti lalu duduk di sebelah Mak Ungku. "Ni Pakcik Din, ayah si Hadi ni...."Lelaki tua bermisai lebat itu tersenyum. Ber sih wajahnya walaupun urat-urat sudah berselirat di setiap tubuh. Siti bersalaman dengan lela ki itu. "Petang ni bolehlah kita gotong royong masak lauk. Barang-barang semua dah siap tu.."Pak Din bersuara sambil ketawa. "Terima kasih lah Pak Din sebab susah-susah siapkan semua ni..."Mak Ungku bersua ra perlahan. Wajah sayunya mula kelihatan. "Apa yang susahnya..Ungku..bukannya selalu Ungku balik. Ni...nak dekat 10 tahun baru nampak muka. Sesekali balik apa salahnya kita buat kenduri besar sikit..."Pak Din tarik nafas. "Lagipun...saya ni memegang amanat Zainudin....rumah ni rumah pusaka, kenalah dijaga..." "Kalau boleh saya nak duduk terus di sini, Pak Din. Tapi Pak Din tahulah....pern iagaan arwah kat KL tu....kena ditengok-tengokkan jugak..."Pakcik Din mengangguk tersenyum. "Tak apalah Ungku. Selagi hayat saya, bolehlah saya jaga rumah ni. Esok lusa kan g, anak saya Hadi ni pulak jadi pewarisnya...." Hadi tersenyum manis. Walaupun kulitnya agak gelap sedikit, tapi wajahnya yang m

anis, menyejukkan pandangan. Saling tak tumpah wajah Pakcik Din yang bersih itu. Melih at wajah Hadi, Siti terkenangkan kawan-kawan sekampungnya. Begitulah perwatakannya. Serba sederhana. ****************************************** Kenduri tahlil selesai hampir pukul 10 malam. Orang-orang kampung sudah mula ber edar setelah menjamah hidangan. Mak Ungku cukup gembira dan bersyukur dengan kehadiran orangorang kampung. Walaupun Mak Ungku jarang benar balik ke situ, tetapi orang-orang kampu ng tetap menghormati dia. Masih mengingati arwah suaminya. Jiran-jiran terdekat juga ring an tangan samasama memasak lauk pauk dan mengemas pinggan mangkuk. Semuanya berjalan dengan lancar. Siti masih lagi belum selesai mencuci pinggan. Banyak lagi periuk belanga yang b elum digosok. Lenguh pinggangnya mencangkung tepi paip di luar rumah. Lisa yang tadi ada bersa manya sudah tidak kelihatan. Mana peginya budak ni? Curi tulang agaknya! Siti merengus. Dia menyin gsing lengan baju kurungnya tinggi-tinggi. Sudah basah separuh. "Banyak lagi ker yang nak dibasuh?"Satu suara menegur. Siti mendongak. Wajah Had i samarsamar dalam kegelapan malam itu. "Banyak...."Balas Siti lemah. "Kesian...mehlah saya tolong.."Hadi pula menyingsing lengan baju melayunya. "Eh, tak apalah. Awak balik lah dulu..." "Tak apa. Biar saya habiskan. Periuk ni biar saya yang basuh. Siti tolong bilas aje..."Siti tersenyum. Dalam hati dia sedikit lega. Bolehlah dia tarik nafas sekejap. Baik h ati betul si Hadi ni. Dahlah peramah, ringan tulang pulak tu. Nak harapkan Wari, ntah mana dia pegi. D ari tadi tak nampak batang hidung! Wari yang berdiri di muka pintu, terhenti langkahnya. Pinggan kotor di tangannya dipegang kejap. Pandangannya tertancap pada dua susuk tubuh di pili air. Hatinya jadi tawar. Sem angatnya yang berkobar-kobar sebentar tadi padam tiba-tiba. Dia masuk semula ke rumah. Tak san ggup dia melihat kemesraan yang telah berputik itu. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 13 "Mek Ti!!!!!"Dua tubuh itu menerpa ke arahnya. Siti terdorong ke belakang, cuba mengimbangi badannya dari jatuh. "Wei, korang nih!"Siti terjerit. "Lemas aku!" "Bila kau balik Mek Ti?"Shidah melepaskan pelukan. Murni di sebelah tersengih le bar. Siti menarik nafas panjang. Semput dia dibuatnya. Wajah dua teman baiknya itu dipandang silih berganti. "Pagi tadi!"Siti senyum. "Kau balik sorang ke? Naik bas?" "Taklah...dengan akak aku....dia mana kasi aku naik bas...."Shidah dan Murni tar ik tangan Siti duduk atas pangkin bawah pokok buah saga. "Ingatkan tak nak balik sini lagi...."Murni bersuara pula. "Eh, apa pulak. Kalau boleh tiap-tiap minggu aku nak balik tau. Tapi, mana boleh . Ini pun bos aku baik hati kasi cuti."

"Hari minggu kan hari cuti. Nak balik tiap-tiap minggu pun boleh, kan."Shidah me ndengus. "Macamana kerja kau, best tak?" Siti telan liur. Bab ni yang dia malas nak jawab . "Kerja aku biasa jer......."Balasnya perlahan. "Mesti best kerja kat ofis besar. Pakai cantik-cantik. Tengok baju dia ni...ni m esti baju baru...." "Mana ada!"Siti geleng kepala. Baju ni Lisa yang bagi dia sebelum dia bertolak b alik semalam. Entah apa angin gadis itu, tiba-tiba dia bersungguh-sungguh minta Siti ambil saj a baju tersebut. Katanya baju itu sudah lama tak dipakai. Daripada disimpan, baik diserahkan kepa da orang lain. "Mesti gaji kau besar, kan Siti?"Murni menyampuk. "Tak adalah.....gaji aku kecik jer...nantilah kalau ada masa aku belanja korang makan eh. Tapi sekarang ni kita citer pasal lain pulak. Aku malaslah nak citer pasal keja aku t u.."Dengus Siti. Dia bangun dari pangkin. Berjalan mundar mandir di depan Shidah dan Murni. "Ala..Mek Ti...kitaorang nak tahu juga kau duduk KL tu macamana...best ker tak best. Pakwe-pakwe kat sana hen sem-hensem tak?"Siti ketawa. Manalah ada pakwe sangat. Paling tak pun si Wari saja yang dia jumpa. Lainlah kalau dia ke sana ke mari. Mesti ramai lelaki yang dia temui. "Kau jumpa pakwe baru, m eranalah Huzair.. "Siti telan liur. Mendengar nama Huzair hatinya mula berdebar. Dia tidak nampak kelibat Huzair di padang petang itu. Kemana dia? Masih adakah lagi dia di kampung ini? "Huzair...mana?"Tanya Siti perlahan. Ditebarkan pandangannya ke tengah padang. B eberapa susuk tubuh terkinja-kinja mengejar bola sesama sendiri. Tidak pula terlihat Huz air. Siti paling kenal susuk tubuh lelaki itu. Tegap dan sasa, jauh beza dengan saiz budak-budak kampun g. Dan kulitnya yang putih kemerahan itu terlihat jelas setiap kali dia bermandikan peluh. "Zair dah balik KL..."Shidah turut bangun. Rambutnya yang lurus itu berkibar-kib ar di tiup angin petang. "Balik KL?"Siti gigit bibir. "Bila?" "2-3 hari lepas kau bertolak ke KL, dia pun pergi sama."Balas Shidah lagi. "Kesi an dia....lain macam je aku tengok. Apa yang berlaku antara korang ha, Siti?" "Emm...tak ada apa-apa. "Siti geleng kepala."Dia ada cakap dengan aku dia nak ke rja kat KL." Itupun kalau aku terima pinangan dia dulu! Siti tarik nafas panjang. Tapi aku da h tolak. Dia pergi KL nak cari aku ker? Isssh....mustahil. Bukankah mak ayah dia ada di KL. Buat apa dia s usah payah nak cari aku. Lagipun dia bukan tahu aku kerja di mana. Mungkin dia betul-betul nak menca ri kerja di sana. Siapa tahu? Dia tahu Huzair kecewa, mungkin. Tapi itu semua bukan salah dia. Dia tidak perna h menganggap lelaki itu lebih dari sepatutnya. Huzair saja yang punya perasan itu. Tapi tidak dia. Jadi, salahkah dia kiranya menolak hasrat murni Huzair itu. Rasanya tidak. Dia ada hak. Hak untuk m emilih jalan hidupnya sendiri. Kalau ditakdirkan jodohnya dengan Huzair pun, dia boleh terima, tetapi bukan buat masa ini.

Dia terlalu muda untuk melalui semua itu. Dan Wari? Tempohari, selepas balik dari Perak, lelaki itu menghilang diri. Hampir 2-3 hari lamanya. Lisa kata mungkin dia ke rumah Rina. Buat apa? Bukankah mereka baru lepas bertengkar beber apa hari yang lepas. Adakah Wari bermalam di sana? Adakah itu memang cara hidup mereka. Atau m ereka sudah berbaik-baik semula. Kenapa dia harus mengambil tahu. Semua itu tidak ada kaitan dengan dirinya. Tapi dia selalu memikirkannya. Kenapa ya? Kadang-kadang dia merasakan dirinya begitu tidak adil. Dia cuba menjauhi Huzair dengan alasan dirinya belum bersedia, belum layak untuk melalui semua itu . Tapi dalam masa yang sama, hatinya sering berkata-kata. Berkata-kata tentang lelaki lain. Tentan g Wari. Kenapa aku jadi begini?? "Siti!"Siti tergegau. Didongakkan wajahnya. Wajah Kak Melah nampak berbalam. "Apa duduk dalam gelap ni?"Suis lampu dipetik. Siti mengesat pelupuk matanya. "P etang tadi pergi mana?" "Jumpa Shidah dan Murni..."Balas Siti perlahan. Dia bangun, mencapai tualanya. "Huzair?" "Issh..akak ni!"Siti merengus. Melah ketawa. "Siti kemaskan dulu baju. Esok kita balik pagi...." "Kenapa nak balik pagi pulak kak....kata balik petang...." "Malam Mak Ungku nak amik anak dia kat airport...."Balas Melah sambil tangan pan tas menutup tingkap satu persatu. "Maria?" "Maria balik malam ni. Baru tadi dapat tahu...." "Pembedahan dia tu dah habis ye, kak?" "Agaknya.....dah sebulan.....takkan tak siap lagi...."Siti senyum tawar. Maria d ah balik, bernama tugasnya akan berakhir pada bila-bila masa. Bermakna dia akan pulang ke kampung semula. Menjadi seperti dulu-dulu. Bermakna dia tidak akan bertemu lagi anak-anak kecil itu. Mak Ungku, Lisa dan..... .Wari. **************************************************** "Kenapa dengan aku ni?" Wari bingkas dari katil. Dia menjengah ke tingkap. Tiada apa-apa yang menarik pe rhatian. Hanya kesuraman malam disinari lampu neon keliling kolam. Wari menarik nafas panjang. Ditebarkan pandangannya. Malam minggu begini alangkah seronoknya dapat berlibur bersama tem an-teman. Seperti yang selalu dia lakukan. Mengunjungi pub-pub yang sentiasa dipenuhi manu sia-manusia yang kehausan. Kehausan hiburan. Atau menghabiskan masa sepanjang malam bersama Rina. Menghadiri pesta atau makan-makan. Ahh...Rina! Gadis itu terlalu mudah untuk ditewaskan. Cu kup dengan sebotol minuman dan belanja makan, dampingilah dia sepanjang malam. Walau dengan aku, at au lain-lain jantan! Wari kertap bibir. Bayangan dua susuk tubuh yang terdampar di sofa malam itu bukan mudah untuk dia lupakan. Walau hanya di atas sofa! Rina mabuk malam itu. Dia tahu. Dia juga sudah pening-pening lalat. Dia tidak se dar apa-apa

saat dia tersembam atas lantai itu. Dan biarkan Rina bersama-sama lelaki lain. "Ri, you pun mabuk malam tu. You pun tidur ramai-ramai dengan betina-betina lain !"Jerit Rina, tidak dapat mengawal perasaannya. "So, apa yang you nak marah sangat!" "I, tak tidur dengan siapa-siapa. Even dengan you sekalipun I tak pernah, isn't it? Apa lagi dengan perempuan lain." "I mabuk, I tak ingat apa-apa. I cuma tidur, dan bila bangun Fadzli dah ada sebe lah I."Rina mencemik."Ri, I tak sengaja. I'm so sorry...."Digenggamnya jemari Wari lalu diku cup berkali-kali. "Lagipun, kitaorang tertidur kat sofa. Mimi dan Darlin pun ada sekali." "Tapi dia peluk you..." "I tahu....that's why I mintak maaf sangat...I tak sengaja. Please...."Rengek Ri na. "Fadzli ada call you?" "Handphone I dah hancur....tak payah nak call..."Wari tarik tangannya lantas dic apainya helmet atas meja. "You nak balik ke? Malam ni?"Rina mengekori Wari ke pintu. "Malam ni I tak ada mood. Kirim salam kat parents you. Sorry I tak dapat tunggu. ."Rina hanya terkebil-kebil memandang Wari. Wari tahu dia tak sepatutnya marah Rina begitu. Bukan salah Rina seratus peratus pun. Salah dia juga. Dia juga yang bawa Rina ke tempat-tempat begitu. Jadi dia harus tanggung r isikonya. Dia yang ajar Rina dengan kehidupan begitu. Dia yang ajar atau Rina yang banyak mempengar uhinya? Anak Datuk itu memang lincah. Hidupnya lepas bebas. Aku yang selalu hanyut bila disam pingnya. Wari menggeleng. Tekaknya terasa perit. Sejak balik dari Perak tempohari, badannya le tih lesu. Mungkin penat memandu. Dia juga kurang tidur. Mungkin matanya yang selalu berjaga hingga ke pagi sudah payah benar untuk dilelapkan. Itulah kesannya kalau suka jadi kutu embun. Esok Kak Maria pulang dari London. Bagaimana keadaan dia. Sudah sihat ke? Atau s emakin teruk. Harap-harap Kak Maria masih ada harapan. Kalau Kak Maria terus-terusan sakit, si apa yang akan menggantikan tempatnya. Siapa yang akan menguruskan syarikat arwah Papa? Dia? Di a belum bersedia dan dia tidak mahu memikul tanggungjawab besar itu. Dia masih muda dan tak mahu masa mudanya terikat dengan bebanan itu. Dia masih perlukan masa untuk menyiapkan dir i. Dan esok mungkin antara hari-hari terakhir Siti di sini. Kak Maria sudah balik, tentu Siti akan pulang ke kampung. Siti tak akan menjaga Didi dan Fifi lagi. Dan dia tak akan ti nggal di sini lagi. Aku bagaimana? Wari tarik nafas panjang. Kenapa perasaan aku jadi begini? Apa yang a ku risaukan? Siti bukan sesiapa di rumah ini. Dia orang asing. Kenapa aku marah bila dia bersama Hadi tempohari? Kenapa hati aku jadi sakit beg itu. Aku benci melihat kemesraan mereka berdua. Aku benci melihat renungan Hadi yang penuh makn a itu. Dan aku jadi benci bila melihat Siti melayannya mesra. Kenapa tidak aku? Kenapa Siti tid ak senyum dan ketawa seperti itu. Siti takut melihatku. Siti takut pada renunganku.

Sememangnya hati ini tiba-tiba jadi kalut begini. Adakah kerana marahku pada Rin a? Adakah aku amat sakit hati pada Rina sehingga aku sengaja beralih pada Siti. Adakah aku sen gaja jadikan gadis itu tempelan untuk menutup sakit hatiku ini? Siti terlalu berbeza. Mustahil untuk ak u jatuh hati padanya. Terlalu pantas. Dan dia akan pergi selepas ini. Dan perasaan ini? *************************************** "Kak Maria...."Lisa memeluk tubuh kurus di hadapannya. Lama pelukan itu. Siti ja di terharu menyaksikannya. Wajah Maria yang cengkung itu ditatap lama. "Didi dan Fifi tak ikut sama?"Matanya meliar ke sekeliling. "Tak. Fifi dah tidur...tak sampai hati nak kejutkan dia.."Maria tersenyum. Walau wajah cengkung, matanya bercahaya. Nampak kegembiraan terpancar di situ. "Mama sihat?"Dia beralih pada Wari pula. Wari mendakap kakaknya lama. "Mama makin sihat...."Balas Lisa tersenyum. "Akak macamana?" "Okay!"Maria mengangkat ibu jarinya. "Abang Min mana?" "Dia tunggu beg tadi....ha tu pun dia!"Semua mata beralih ke belakang. Seorang l elaki sedang menyorong troli menuju ke arah mereka. Senyuman lebar terukir di bibir. "Lama betul tunggu beg-beg ni..."Dia bersuara sebaik berdiri di sebelah Maria. D ipeluknya bahu wanita itu. "Jom, Mama dah lama tunggu kat rumah tu..."Wari menurunkan beg dari troli. "Haa....lupa nak kenalkan kak Mar....ni Siti, dialah yang jaga Didi dan Fifi mas a akak kat sane..."Lisa tarik tangan Siti ke depan. "Abang Min, kejaplah....nak kenalkan Kak Siti ni..." Maria memandang Siti tunak. Siti melemparkan senyuman. Rasa serba salah dengan penerimaan Maria nanti. "Oh, ni Siti yang Mama citer dulu. Adik Melah, kan?"Siti angguk pantas. Maria me ndekati Siti. Digenggam erat jemari Siti. "Terima kasih sebab tolong jaga Didi dan Fifi. Mereka tu nakal. Mesti Siti penat jaga mereka, kan?" "Eh, taklah Kak Mar. Diorang tu baik sangat..nakal sikit-sikit jer.."Siti ketawa halus. Maria memeluk bahu Siti, sambil berjalan beriringan ke pintu keluar. Wari sudah hilang dari penglihatan. Mungkin dia mendapatkan kereta yang diparking agak jauh dari pintu masuk. Perjalanan malam itu agak lancar dengan Maria rancak bercerita tentang pengalama nnya di sana. Siti hanya mematikan diri. Tidak ada satu pun perbualan mereka yang membolehkan dia mencelah. Cuma sesekali dia turut ketawa bila ada sesuatu yang lucu dipendengarannya. Dia rasakan ada baiknya dia tinggal di rumah saja tadi, tak perlu ikut serta menjemput Maria. Selepas me ngangkat Fifi ke bilik tadi, dia berkira-kira untuk terus melelapkan mata, sementelah dia rasa terlalu letih sepanjang perjalanan dari kampung ke KL pagi tadi. Tapi ajakan Lisa yang beriya-iya tidak mampu ditolak. Kata Lisa dia tidak mahu pergi berdua dengan Wari kerana lelaki itu 'moody' sejak akh ir-akhir ini.Kalau ada dia, bolehlah dibuat teman berbual. Sampai di rumah, Siti menolong sama memunggah beg dari bonet kereta. Maria sudah

naik ke atas bertemu Mamanya. Lisa juga sudah tidak kelihatan. Siti cepat-cepat masukan beg ke dalam rumah dan bersedia untuk masuk ke bilik. Dia sudah mengantuk benar. Bantal dan katil s udah terbayangbayang di ruang mata. "Siti..."Siti sedikit terkejut. Langkahnya terhenti, lalu dia berpaling. Wari be rdiri di hadapannya. "Boleh buatkan minuman. Kopi ker....nescafe ker..."Siti terangguk-angguk. "Untuk Wari?" "Untuk semua..."Satu suara menambah. Azimin yang berdiri di muka pintu, tersenyu m. Pandangan matanya bercahaya. memandang Siti penuh makna. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 14 Sejak dua tiga hari yang lepas, Siti sudah mula mengemas barang-barangnya. Bajubaju kurung yang rasanya tidak dipakai lagi telah dilipat elok-elok untuk disimpan dalam beg . Dia sudah bersedia untuk dipanggil bila-bila masa oleh Mak Ungku. Kalau hari ini juga disuruh pulan g ke kampung, dia tidak akan menolaknya. Dia tahu khidmatnya tidak diperlukan lagi. Maria sudah kembali. Dia sudah punya banyak masa untuk mengurus anak-anaknya sendiri. Didi dan Fifi pula sudah jarang bersamanya. Mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama Mama mereka. Cuma sesekali anak-an ak itu meminta dibawakan ke taman permainan di taman tersebut, Siti akan tetap menjadi peneman setia. Anak-anak itu tetap manja dengannya. Maria sejak pulang dari London, masih belum keluar ke mana-mana. Ke pejabat juga tidak. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Mak Ungku. Setiap pagi selepas menghantar suaminya di muka pintu, dia akan kembali ke kamar, mengurung diri. Didi dan Fifi tetap Siti yang uruskan. Bila tengahari, dia akan turun sebentar. Menjamah makanan sedikit, sambil menunggu an ak-anaknya pulang. Wajah Maria pucat benar. Kadang-kadang Siti kasihan melihatnya. Dibandin gkan dengan Azimin yang segak itu, terlihat benar perbezaannya. Derita sungguh dia menanggung kesak itan itu. Sehingga memamah kecantikan dan kesegaran tubuh badannya. Tapi Siti tidak tahu, sampai bila dia harus menunggu. Sehingga kini, Mak Ungku b elum lagi memanggilnya untuk memperkatakan tentang khidmatnya di rumah itu. Setiap kali di a bawakan sarapan ke bilik, tidak pula Mak Ungku menyebut tentang penamatan khidmatnya itu . Mak Ungku tetap seperti biasa. Rajin berbual dan ramah bercerita. Kadang-kadang bila dia bersama Maria mengambil angin di tepi kolam, Siti diajak sama minum petang. Siti turutkan juga. Manalah tahu Mak Ungku izinkan dia untuk pulang ke kampung, dan tak perlu menjaga Didi dan Fifi lagi. Tapi Mak Ungku tetap tidak sebut apa-apa. Tergerak juga hati Siti untuk menanyakan sendiri pada Mak Ungku, bila dia akan i berhentikan.Bila dia boleh segera pulang ke kampung. Tapi lidahnya kelu bila berhadapan dengan or ang tua itu. Tak

sampai hati. Tak patut rasanya kalau dia memulakannya.Nampak sangat aku yang hen dak berhenti cepat-cepat. Apa anggapan Mak Ungku nanti. Maria pun belum pulih benar. Wajahnya masih pucat, dan semalam dia muntah-muntah lagi. Kasihan! Sudahnya, Siti masih meneruskan tugasnya di rumah tersebut. Selain menguruskan k edua anak kecil itu, Siti cuba-cuba membantu Kartini. Walaupun Kartini memandang endah tak endah padanya, tetapi Siti tebalkan muka juga. Dia cuba beramah mesra. Sudah sebulan di situ, s ukar benar rasanya menjalin hubungan dengan wanita itu. Apalah yang dia pandang rendah sangat kat a ku nih! Siti selalu mengeluh begitu. Tapi Siti tidak pernah ambil hati. Dia cuba membuang anggapan y ang bukan-bukan terhadap Kartini. Walaupun dia sendiri hairan. Sejak Maria pulang, kerap kali Ka rtini hilang dari pandangan. ************************ "Awak kata tadi, Lisa nak ikut sama?"Siti muncung. Dia rasa tertipu petang itu. Mati-mati dia ingat Wari akan mengambil Lisa di sekolahnya. Kalau dia tahu awal-awal, sumpah dia tak nak ikut. "Lisa dah balik naik bas....nak buat macamana?"Wari menjawab malas. Tidak dipand angnya wajah gadis itu. Dalam hati dia ketawa sendiri. "Kalau macam tu, kita balik sajalah...."Siti bungkam lagi. Dia teringatkan Didi dan Fifi yang pastinya sudah sampai di rumah waktu-waktu begini. Siapa yang akan melayan makan mereka? "Dah alang-alang keluar ni, kita pergi je lah terus...."Balas Wari lagi. Tumpuan nya tetap di jalan raya. Tak berani pula rasanya memandang wajah gadis itu. Dia tahu Siti marah. Ta pi, bukan mudah bagi alasan untuk ajak dia keluar. Kalau tak gunakan nama Lisa, pasti gadis itu menol ak ajakannya. Sebelum Siti pulang ke kampung, baik dia mulakan dulu tindakan gilanya itu. "Awak nak pergi mana sebenarnya?"Siti toleh ke arah Wari. "Siti temankan saya pergi ke ofis ye..." "Ofis siapa?" "Ofis kak Mar....ofis arwah Papa....."Wari menoleh sekilas. Siti cepat-cepat ali h pandangan. "Kenapa bawa saya, seganlah...."Dengus Siti. Hujung bajunya ditarik-tarik perlah an. "Saja....saya pun dah lama tak jenguk ofis Papa....."Balasnya lagi. "Saya nak tunjukkan pada Siti. Mana tahu satu hari nanti Siti boleh kerja kat si tu...." Siti ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Manalah layak aku bekerja di pejabat yang besar-be sar begitu. Setakat SPM aku ni, jadi pembantu rumah jelah nampaknya. "Kenapa Siti diam?"Siti menggeleng. "Tak ada apa-apa....."Balasnya perlahan. Pandangan tertancap ke depan. Dadanya y ang berdebardebar sejak tadi sudah mula mereda. "Siti marah ke saya bawak Siti keluar ni?"Siti geleng lagi. "Tak lah.....buat apa saya nak marah. Saya tak ada hak nak marah....sebagai peke rja, saya kenalah ikut apa saja arahan majikan...." "Siapa majikan Siti. Saya?"Wari tertawa besar. "Siti bekerja dengan Mama, bukan dengan saya.

Saya tak rasa pulak Siti ni bekerja dengan kami semua. "Dia menarik nafas panjan g. "Siti cuma menolong saja, kan....bukan bekerja..." "Tapi saya diberi gaji.." "Itu imbuhan....sebagai rasa terima kasih....bukan gaji.."Wari ketawa lagi. Dipa ndangnya wajah Siti yang bungkam. "Kenapa tiba-tiba awak jadi baik macam ni?"Siti mendongak. Me nentang wajah lelaki itu. "Baik?"Wari telan liur. Dia terdiam sebentar. "Iyelah...tiba-tiba je awak jadi peramah dengan saya ni, kenapa?"Wari garu kepal a yang tidak gatal. Sombong dipersoal, jadi baik pun dipersoal. "Tak ada apa-apa....saya....memang macam ni....salahke?"Wari memperlahankan kere tanya. Siti memandang bangunan besar di hadapannya. Tinggi memuncak. Agaknya ini syarikat mi lik keluarga Wari. Dia menjengukkan kepalanya. "Buat apa jenguk-jenguk macam tu, kita dah sampai pun....jom!"Wari mematikan enj in kereta. "Saya tunggu kat bawah je la...."Siti bersuara sebaik turun dari kereta. Wari me mandang Siti dengan dahi berkerut. "Tak nak ikut saya naik atas ke?"Siti menggeleng. "Siti tunggu kat dalam la. Sejuk sikit.."Siti menuruti langkah Wari. "Saya naik atas kejap ambik barang....tak lama..."Wari bergegas menekan punat li f. Siti melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia disitu. Ruang yang dingin itu b enar-benar memberi kesegaran. Dia memerhatikan sekeliling. Cantik sungguh pemandangan sekitarnya. K alaulah dia dapat bekerja di situ! Wari masuk ke pejabat di tingkat 10. Sudah lama rasanya dia tidak menjejak kaki di situ. Kalaulah bukan kerana permintaan Maria, rasanya berat hati untuk dia memulakan kerjaya di situ. Dia belum bersedia lagi untuk melalui suasana yang formal sebegitu. Dia tidak teruja walau pun jawatan yang dijanjikan nanti bukan calang-calang bagi seorang graduan sepertinya. Tapi otakn ya sendiri sudah tepu, dan payah untuk diasak dengan isu-isu politik kerja begitu. Kalau boleh dia ingi n bebas memilih kerjaya sendiri. Tapi apa boleh buat. Tak sanggup dia melihat airmata Maria yang menitis tempohari. Maria dah tak berdaya untuk menyambung usaha Papa. Maria ingin bersara walaupun masih terl alu awal rasanya. Wari mengambil dokumen di atas meja di dalam biliknya. Bilik itu masih dalam per ingkat baik pulih. Bingkai-bingkai gambar masih belum digantung. Kerusi dan meja juga masih belum ditukar baru. Menurut Azimin, proses pemasangan tersebut mungkin mengambil masa selama 2-3 har i. Wari tidak kisah berapa lama pun. Lagi lambat lagi bagus. Dia tidak suka bergelar orang kor porat terlalu awal. Dunia korporat bukan dunia dambaannya. Lainlah Azimin. Pejabat Azimin di tingkat 8. Tetapi Wari tidak bercadang untuk menjenguk abang i parnya itu. Entah kenapa, sejak dulu, dia memang tidak begitu rapat dengan lelaki itu. Walau pun sudah bertahun usia perkahwinannya dengan Maria, sehingga lahir Didi dan Fifi, Wari tetap beras

a janggal dengan lelaki itu. Mungkin kerana jarak usia mereka yang tidak berbeza. Azimin muda dua tahun dari Maria. Sebelum berkahwin, jawatannya bukanlah mewah sangat. Selepas Papa meninggal, barulah dia menjadi pengurus besar di bahagian kewangan. Dan setelah Maria jatuh sakit, segala kuasa mutlak jatuh di bahunya. Wari tidak pula keberatan. Walaupun dia tidak berapa gemar dengan peran gai Azimin, tetapi dia tidak pula melarang Azimin daripada menguruskan syarikat tersebut. Sekurangkurangnya ada orang yang boleh diharapkan selain dia. Nak harapkan dia, berbuih mulut Mama men asihatkannya. Ini pun, kalau tak kerana Maria, memang dia tak akan sentuh dokumen-dokumen yang han ya memeningkan kepalanya nanti. Wari turun ke bawah semula. Dokumen dalam fail dikepit kemas. Dia bercadang untu k makan dahulu sebelum menghantar Siti pulang. Walaupun sekejap, dapat juga dia keluar d engan gadis itu hari ini. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Mana tahu esok lusa Siti sudah pulan g ke kampung. Ahh....Siti..., teruslah tinggal di sini. Tak perlu pergi! Sampai di tingkat bawah, dia memerhatikan sekeliling. Tiada kelibat Siti di situ . Kemana dia? Aku naik pun, bukannya lama sangat. Dah hilang dah...Gerutu Wari. Dia menjenguk ke l uar. Tapi Siti tidak kelihatan di dalam kereta. Pastinya kerana kereta itu telah dikunci sebaik merek a keluar tadi. Takkan diculik pulak? Mustahil. Ahh....gadis secomel itu, pak guard Bangla ni pun boleh sapu agaknya. Wari menghela nafas panjang. Dia duduk di atas kerusi sambil membuka fail biru d i tangan. Berkerut dahinya menatap angka-angka yang tercatit di setiap helaian. Sesekali d ia menggeleng. Betul ker aku nak study benda ni, semua? Issh.... Dia melemparkan pandangan ke pintu l if yang terbuka. Seorang gadis berjalan perlahan ke arahnya. "Siti ke mana?"Wari bingkas bangun. "Kenapa? Cari Siti ker?"Siti sedikit terkejut. "Iyelah....saya turun Siti tak ada....ingatkan dah kena culik.."Wari tersengih. Siti ketawa kecil. Wajahnya memerah. "Emm..saya ke surau tadi....tu ada signboard dia....kat tingkat 1..."Balas Siti. "Minta maaflah kalau buat awak tercari-cari... Wari tarik nafas lega. Dia mendekati Siti. "Buat apa kat surau?"Siti kerut dahi. Wajah Wari dipandang lama. Buat apa? "Errr...solat...solat zuhur..."Wari tergegau. Wajahnya merah padam. Bodohnya aku nih.....pergi surau tentulah nak solat. Apalah aku bagi soalan bawah umur macam tu. "Emm....awak tak pergi solat dulu ker?"Wari tersengih tawar. Dia menggaru kepala nya. Terasa wajahnya sudah mula membiru. ***************************** Macamana nak solat, tubuh aku ni penuh dengan benda haram! Mengalir di segenap u ratku. Telah menjadi darah dan dagingku. Dan memang sudah sekian lamanya aku tidak pernah suj ud di sejadah itu. Menghadap Tuhanku. Wari menelentang atas katil. Dia meraup wajahnya dua-tiga kali. Rasa panas menja

lar ke segenap tubuh. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihelanya perlahan. Fikirannya terawang. Dia rasa malu pada Siti. Malu pada diri sendiri. Ya, malu pada diri sendiri. Set elah sekian lama, dia tidak pernah sedar dan menginsafi diri. Sudah terlalu lama dia tidak menghadap Y ang Esa. Sudah terlalu lama dia tidak mengalunkan bacaan-bacaan suci yang suatu masa yang lampau dulu, dia amat suka membacanya. Sudah terlalu lama wajah dan tubuhnya tidak dibasahi air suci wuduk. Agghh..... berdosanya aku! Macamana dia ingat itu semua kalau setiap malam dia lebih suka terkinja-kinja di ruang dansa, menikmati cahaya lampu yang bertukar-tukar warna. Setiap malam rela membasahi ke rongkong dengan air setan yang berbusa. Setiap malam diulit tubuh-tubuh gebu yang rela menemani hingga ke pagi. Bagaimana dia ingat untuk sujud nasuha kalau malam-malam yang dilalui terasa sin gkat benar. Dingin nya subuh tidak pernah menggamit tidurnya untuk menghadap yang Maha Pencipta. Pe ncipta siang dan malam. Dingin subuh baginya adalah saat yang paling enak untuk menutup mata. Terlalu jauh perjalanan hidupnya dahulu. Perjalanan hidup yang banyak dicemari d engan pengisian material, bukan kerohanian. Kerohanian yang sering diajar oleh arwah P apa dulu-dulu. Arwah Papa yang tidak jemu-jemu mengingatkan dia tentang ketakwaan dan kehambaan. Buka nkah tangan Papa yang sering memiat telinganya dulu-dulu, tiap kali dia tersasul membaca Muk addam. Tangannya juga yang selalu menjentik hujung hidung ini tiap kali malas bangun di Subuh har i. Tegasnya Papa waktu itu. Tapi tegasnya itu tidak kekal lama. Bila Papa pergi, dia sendiri lupa . Sendiri hanyut. Kasihan Papa. Kalau dia masih hidup sekarang ini, pasti dia berduka hati. Pasti dia kecewa dengan sikap anaknya ini. Tapi Papa telah pergi! Apa yang ada pada Papa sekarang ini? P apa tidak punya apaapa. Papa hanya punya anak-anak yang tidak pernah menitipkan doa untuk kesejahteraann ya di sana. Papa punya anak-anak yang mewah tapi tidak mampu menghadiahkan walau sekalung do a atau bacaan surah. Papa punya anak-anak yang lupa diri. Ya Allah! Wari mengesat pelupuk mata. Pandangannya berkaca. Dia mengalih mata.. Menghadap potret besar di atas meja. Potret mereka sekeluarga. Dia lihat wajah Maria yang segar bugar dulu. Maria yang dulu juga terkinja-kinja, kini hanya memencil diri. Tiada lagi hilai tawany a. Tiada lagi lagak lincahnya. Sekelip mata saja nikmat yang diberi diambil semula. Kini, wang yang banyak juga tidak mampu mengembalikan tawanya. Wang yang banyak tidak mampu mengembalikan bahagian ya. Apa yang ada pada Maria kini? Hanya sisa-sisa pengharapan. Dan keajaiban dari Tu han. Kalau itu yang Tuhan mahu. Sekelip mata! Wari menggeleng kepala. Sesak di dadanya semakin terasa. ***************************************************** "Mama dah cakap dengan Siti?"Maria melabuh punggung di sisi Mak Ungku. Wajah tua itu

dipandang lembut. Mak Ungku tersenyum sambil menggeleng. "Belum lagi..nantilah..."Balas Mak Ungku. "Mama cakaplah awal-awal....takut nanti dia mintak berhenti pulak..."Maria menga lih pandang. Melihat Siti yang tekun memerhatikan Didi menyiapkan kerja sekolah. "Tak lah...Ma tak rasa Siti nak mintak berhenti. Ma tengok dia seronok di sini.. ." "Hati orang Ma....bukannya kita tahu. Lagipun janjinya dulu sampai Mar balik, ka n... "Nantilah...ada kesempatan nanti Ma cakaplah......".Maria tarik nafas panjang. K alau boleh dia sendiri yang ingin bercakap dengan Siti. Tapi Mamanya melarang. Tunggulah, kalau diberitahu baik-baik, pasti Siti setuju. Pasti Siti tidak kisah untuk tinggal di rumah itu untuk sebul an dua lagi. "Kamu dah fikir masak-masak ke, Mar?"Maria mengangkat muka. Dihela nafasnya panj ang. "Dah Ma....Mar rasa Mar tak salah pilihan...." "Azimin?" Sepi. "Bagaimana dengan Azimin? Dia tak cakap apa-apa?" "Azimin setuju Ma..."Balas Maria lambat-lambat. "Dia tak kisah. Lagipun kami dah bincangkan hal ni lama dulu....Mulanya dia tak nak juga.....tapi sampai bila Ma?" Mak Ungku tarik nafas. Dipandangnya wajah Maria tunak. Wajah yang segar bugar da n sering didandan rapi suatu ketika dahulu kini pucat lesi. Tulang pipi menonjol. Mata ya ng galak juga telah cengkung. Redup pandangan mengundang simpati. "Mama tak kisah?"Mak Ungku tersentak. Dikertap bibirnya, menahan sebak dihati. S eketika dia menggeleng. "Ma buat apa saja untuk Maria.....asal Maria bahagia...." Bahagia? Apa erti bahagia bagiku? Maria memejamkan matanya. Padanya bahagia mili knya kini hampir pergi. Bahagia itu telah jauh. Ini saja yang mampu dia lakukan untuk mere but kembali bahagia itu. Walau mungkin bukan untuknya. Biarlah dia berkorban! *************************************** Langkah kakinya terhenti. Dipandangnya wajah wanita yang tercegat dihadapannya. Ada riak kesedihan. "Ri!"Gadis itu meluru ke arahnya. Wari tidak mampu bergerak. Terasa tubuhnya han gat dalam dakapan. "Rina, buat apa you kat sini?"Wari melonggarkan pelukan. "Mana you tahu I ada ka t sini?" Ditariknya tangan Rina ke satu sudut. Tidak mahu mata-mata memandang ke arah mer eka. Hari pertama dia masuk ke pejabat, Rina sudah muncul di hadapannya. "I call rumah....someone inform you masuk ofis hari ni....bila you start kerja.. .kenapa tak bagitahu I?"Rina goncang tangan Wari. Wari tarik nafas panjang. "Rina..please...this is my first day okay....I sibuk...I nak pergi meeting ni... "Wari melepaskan tangannya. Mata Rina yang merah berair di pandangnya. Mabuk lagi ke perempuan ni ? "Ri...jangan tinggalkan I please....Fadzli...Fadzli dan Remy dah tak ada!"Air ma tanya berlinang. "What?" "Diorang accident. Mati!"Rina teresak.

"Bila?"Dada Wari berdebar. "Pagi semalam. Kitaorang konvoi ke Port Dickson..treler langgar diorang. It was so horrible Wari. Depan mata I...."Rina mengesat matanya. Wari terpaku. Sekelip mata nyawa melayang! Ya Allah..andainya itu nyawaku! "Ri...."Rina menyebamkan muka di dada Wari. Terasa hangat dadanya dibasahi airma ta. Wari kertap bibir sampai sakit. Perlahan rambut Rina diusapnya. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 15 Renungan mata lelaki itu tunak ke arah langit sana. Polos. Siti melabuhkan pungg ungnya di sebelah. Sambil matanya sesekali dilemparkan di tengah padang. Didi dan Fifi ter kinja-kinja sambil tertawa riang. Sejuk hatinya melihat gelagat anak-anak itu. Dialihkan semula pan dangan ke wajah lelaki itu. Yang kosong. "Apa yang awak pandang tu?" "Langit" "Cari apa?" "Tuhan!" "Issh...."Wari menunduk, menentang mata Siti. Dia tersenyum tawar. "Jangan fikir dimana Dia....yang penting di sini....."Siti tekap dadanya. "Biar Dia sentiasa ada di sini...."Siti tersenyum sama. "Saya tahu....saya dah lama tak mengingati-Nya...."Keluhnya perlahan. Helaan naf asnya kedengaran. "Maksud awak?" Wari diam. Dia meregut helaian rumput lalu ditenyeh-tenyeh dengan hujung jari. "Saya hanyut....." Siti tarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Untuk bertany a lebih lanjut, takut Wari anggap dia suka mengambil tahu. Tapi untuk buat endah tak endah, kasi han pula dia pada lelaki itu. Wajahnya muram benar. Sejak semalam, ada kekeruhan wajah itu. Apa ya ng hendak dia luahkan? "Siti tahu tak...."Dia bersuara semula. Siti toleh, menghadap lelaki itu. Mungki n ada sesuatu yang hendak dikongsi olehnya. "Saya jarang sembahyang...."Keluhnya. Wajah Siti dipandang tunak. Siti kehilanga n kata. Dia tergamam. Lelaki ini! "Emm...err..kenapa?"Betulke soalan aku ni? "Saya....lupa pada kewajipan-kewajipan yang patut saya buat....sebagai seorang I slam..."Dia menggeleng. "Lepas arwah Papa meninggal, saya abaikan nasihatnya. Mama selalu ta k sihat. Dia tak dapat nak control kitaorang setiap masa." Siti angguk kepala. "Saya selalu kelua r rumah. Malas sembahyang... minum..." Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Siti tarik nafa s panjang. Tidak disangka lelaki didepannya itu punya sejarah harian yang memualkan. Siti sendiri benci dengan manusia yang kaki minum. Yang suka berpeleseran antara lelaki dan perempuan. Anak orang kaya, banyak duit. Beginilah caranya. Tapi.....dia tahu dia tidak boleh menghukum Wari atas perbuat annya itu. Sesuatu yang aneh bagi seorang lelaki mengakui segala ketelanjurannya di depan seorang w

anita. Calang-calang manusia untuk melakukannya. Dan Wari pasti punya sebab tertentu membuka segala k eaibannya itu. "Tentu Siti tak sangka, kan?"Wari renung Siti dengan mata berkaca. Siti geleng k epala. "Kenapa awak ceritakan semua ini pada saya?"Siti mengalih pandangan ke tengah pa dang. Hilai tawa Didi dan Fifi kuat kedengaran. "Saya tak tahu."Terhenti sebentar."Saya tak tahu kenapa saya luahkan semua ini p ada awak. Saya rasa awaklah orang yang paling sesuai untuk mendengarnya. Saya tahu, saya tak pa tut nyusahkan awak untuk dengar ini semua.."Dia berpaling untuk bangun. "Wari..saya tak kisah kalau awak nak berkongsi cerita dengan saya..."Siti turut bangun. Dia berdiri betul-betul di depan Wari. "Kalau awak ada masalah......"Siti terhenti. Dadanya mula berdebar. "Saya sudi mendengarnya..." Wari menapak beberapa langkah ke depan. Dia menghela nafas panjang. Kedua tangan diseluk ke kocek seluar. Dari arah belakang, Siti dapat me lihat susuk sebenar lelaki itu. Dia punya segalanya bagi seorang lelaki. Mungkin itu juga salah satu sebab yang membuatkan dia lupa diri. Kecantikan yang dianugerah Tuhan, selalu disalahguna. "Siti rasa, terampunkah dosa-dosa saya?" "Kenapa tidak?" "Sudah terlalu lama saya melakukannya..." "Sebesar mana pun..selagi awak ikhlas dan nekad tidak mahu mengulanginya.....ins yaAllah... bukankah Allah Maha Pemurah?"Siti berganjak ke depan. "Tapi, saya rasa diri saya ini terlalu kotor....."Wari mengeluh. "Jadi, bersihkan ia. Banyak caranya. Yang penting niat dan azam awak harus kuat. .." "Apa yang harus saya buat?" "Jangan ulangi perbuatan kotor awak tu. Tinggalkan semuanya. Semua itu bukannya memberi manfaat pada diri awak. Malah merosakkan...."Wari renung wajah Siti lama. "Sekarang ni apa anggapan Siti pada saya?" "Biasa saja..." "Maksud Siti ?" "Saya tak berhak menghukum apa-apa. Malah saya berterima kasih sebab awak sudi b erkongsi cerita dengan saya. Untuk menjadi seorang yang jujur seperti ini bukannya mudah. Ia juga memerlukan niat dan azam yang kuat bukan?" Wari tersenyum lebar. Wajah Siti ditatap sepenuh hati. Terasa dada dan fikirannya menjadi lapang kini. ************************************************************** Ternyata Wari benar-benar berazam untuk mengubah dirinya. Siti mula sedari itu. Kerana hampir setiap malam, dia melihat Wari tidak pernah keluar rumah lagi. Pulang dari pejab at, dia membersihkan diri. Makan malam bersama Didi dan Fifi. Selepas itu menonton tv. Kadang-kadang, dia menghabiskan masanya di bilik bacaan. Mungkin banyak urusan pejabat yang perlu dibereskannya. Siti sedikit gembira dengan perubahan itu. Walau dia sendiri tidak tahu apa yang mendorong lelaki itu berubah haluan, tetapi dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Wari sudah boleh menjadi or ang harapan

sekarang. Mak Ungku ternyata amat gembira dengan perubahan anak bujangnya itu. W ari yang dulu keras kepala, kini sudah mula berminat untuk bekerja. Kalau dulu setiap malam pu langnya jam 3-4 pagi, kini dia sentiasa ada di sisinya. Tidak perlu lagi Siti atau Kartini terki al-kial memimpin orang tua itu menuruni tangga, kerana tenaga Wari sudah cukup untuk menampung mamanya itu. "Abang Acik dah lain la sekarang...."Lisa bersuara suatu hari sewaktu menolongny a menghidangkan makan malam."Dah berubah sangat..." "Kan bagus macam tu....Lisa pun suka, kan?" Balas Siti. "Tapi pelik....tiba-tiba je....mesti Acik dah putus ngan Rina...."Gumam Lisa per lahan. Siti hanya diam. Dia sendiri tidak berapa tahu tentang hubungan Wari dan Rina. Sejak perten gkaran di rumah suatu masa dulu, Rina tidak pernah singgah di rumah itu lagi. Samada mereka bena r-benar putus atau sebaliknya, Siti tidak pernah tahu. Wari juga seperti tidak mahu menyentuh perka ra tersebut. Banyak perkara yang Siti ketahui adalah dari mulut Lisa. Lisa yang tidak berapa gemarka n Rina. Ternyata gadis itu cukup gembira kalau benar abangnya tidak menjalin hubungan lagi dengan Rina. "Kenapa tak suka Rina?"Siti cuba mengorek suatu hari. "Emm....Rina tu, tak friendly sangat la kak Siti. Kalau jumpa Lisa kat bandar me mang dia tak tegur...."Lisa memuncungkan mulut. "Iye?...Kot-kot dia tak nampak Lisa tak?" "Tak nampak apanye. Bersinggul bahu lagi. One more thing, dia suka lepak disko l e Kak Siti..." "Mana Lisa tahu?" "Lisa ramai member kat saner....." "Oo....Lisa pun selalu lepak sana le ya?"Lisa tersengih, tersipu-sipu. "Takdelah selalu kak Siti. Sesekali jer...itupun dulu-dulu.."Siti menggeleng. Ap a yang best sangat disko tu pun, dia tak tahu. Wari juga sekarang ini agak rajin mengajaknya keluar . Kadang-kadang dengan Lisa. Kadang-kadang dengan Didi dan Fifi. Kalau tak ke taman permainan, m ereka akan pergi ke kompleks-kompleks membeli belah. Ada jugalah sehelai dua pakaian yang Siti beli hasil dari duit yang diberi oleh Mak Ungku tempohari. Separuh telah dikirimkan ke kampung, separuh di serahkan kepada Melah untuk disimpan. Siti hanya simpan sedikit saja untuk kegunaan harian. Dia masih ingat lagi katakata Mak Ungku sewaktu menyerahkan sampul berisi wang gajinya itu. "Siti, kalau Mak Ungku minta Siti terus kerja di sini untuk sebulan dua ni, maca mana?"Siti tergamam seketika. Wajah Mak Ungku yang jernih itu ditatap lama. "Sambung kerja? "Mak Ungku mengangguk. "Emm....kak Maria tak kisah ke?" "Maria yang mahu Siti terus di sini. Dia belum sihat sepenuhnya, Siti. Makcik pu n risau dengan kesihatannya itu. Sebab tu makcik suruh dia duduk di sini dulu. Tak payah balik ke rumahnya di Bangi tu.."Mak Ungku mengeluh. "Emmm....saya...saya kena tanya dengan emak dulu, Mak Ungku. Sebab hari tu janji dengan mak, sebulan aje..."Siti gigit bibir. 'Kalau macam tu, baguslah.....minta izin dengan orang tua dulu. Makcik tak paksa

...." Dan akhirnya Siti keluarkan kembali pakaian-pakaiannya yang telah siap dikemas t empohari. Nampaknya dia terpaksa bersetuju untuk terus menetap di situ. Dia tidak sampai h ati hendak menghampakan permintaan Mak Ungku. Selebihnya dia simpati pada Maria. Dia tahu M aria masih belum sembuh sepenuhnya. Pembedahan itu nampaknya tidak sepenuhnya berjaya. Itu yang d iberitahu Wari kepadanya tempohari. Ahh..Wari....Hati Siti berdebar setiap kali membayangkan le laki itu. Lelaki yang berbeza kini. Lelaki yang renungannya begitu berlainan sekali. Seakan ingin mene robos ke seluruh jantungnya. Dan Siti akui hatinya bukannya kuat sangat untuk menahan perasaan te rsebut. Hatinya belum cukup tega. "Siti..."Wari menghampirinya suatu hari. Siti tergamam seketika. Wari yang segak berbaju melayu, sedang berdiri betul-betul di hadapannya. "Wari nak makan ker?"Siti cepa t-cepat mencapai pinggan di rak. "Nak....tapi dengan Siti..."Balas lelaki itu lembut. "Emm....Sit i makan kejap lagi. Tunggu Didi dan Fifi sekali..."Suara Siti bergetar. Dia cuba mengawal perasaan. Kenapa gemuruh semacam? "Tak....Wari nak ajak Siti makan .....kat luar.."Wari tersenyum. Siti pandang Wa ri, cuba mengesan riak wajah lelaki itu. "Dengan Lisa sekali?" "Tak.....dengan Siti. Lisa makan dengan budak-budak tu nanti.." "Tapi...." "Saya dah bagitahu Lisa. Janganlah risau sangat...."Wari ketawa kecil. "Lisa volunteer nak jaga budak-budak tu...." Siti tarik nafas panjang. Ni mesti Lisa dah berpakat dengan abangnya. Lisa meman g beriya-iya mencadangkan agar dia keluar dengan abangnya itu. Memang Lisa suka melaga-lagaka n dia dengan Wari. Kadang-kadang Siti jadi malu dengan usikan Lisa yang melulu itu. Walau di depan Wari. Tapi Wari tidak pula menunjukkan tanda-tanda marah. Malah, senyuman lelaki benar-benar men ggetarkan jiwa. Kenapa lelaki itu berubah tiba-tiba. Mana keegoan dan kesombongan dia dulu. Adak ah kerana perwatakannya yang telah berubah kini, telah menghasilkan satu suasana yang berl ainan? Sesuatu yang indah mungkin? Untuk pertama kalinya, malam itu Siti memberanikan diri keluar berdua dengan lel aki itu. Itupun setelah Wari beriya-iya mengatakan telah memaklumkan kepada Mak Ungku. Dan berja nji untuk pulang sebelum jam sebelas. Hanya makan-makan, begitu kata Wari waktu dia masuk ke dala m kereta. Lisa di muka pintu mengenyitkan mata. Suka benar gadis itu. Dan Siti, hanya mendiamkan d iri, selain memikirkan bagaimana keadaan dia malam itu. Solekan nipis di wajahnya hasil tang an Lisa, adakah berlebihan? Blouse dan skirt kembangnya adakah berpadanan? Ahh...segala-galanya diluar kawalan. Dia seperti menjadi dirinya yang lain. Dia seperti sengaja membohongi hatinya. Melar ikan diri dari seorang lelaki untuk menerima seorang lelaki. Kenapalah aku ni lemah sangat! Siti menghe

la nafas. "Kenapa Siti?"Wari menoleh sekilas."Kenapa mengeluh? Penat ye?" "Eh, taklah...."Balas Siti perlahan. Dia mengangkat muka, memandang polos ke had apan. "Kita pergi kat depan ni je. Tak payah jauh-jauh. Sini pun makanannya sedap-seda p...."Wari bersuara disulami ketawa kecil. Dalam hati dia berasa senang sekali. Penerimaan Siti malam itu bagai membuka ruang baru dalam hidupnya. "Kalau makan ramai-ramai seronok juga.."Siti bersuara. "Makan ramai-ramai dah selalu. Kali ni Wari nak kita berdua je..."Ishh....Siti j adi takut mendengar perkataan tersebut. Dia gigit bibir kuat-kuat. Cuba meredakan debar di dadanya. Janganlah dia nak beromantis pulak dengan aku.... Wari memperlahankan keretanya sebelum berhenti betul-betul di depan sebuah tasik . Siti keluar, dan merasakan kedinginan malam itu. Bintang di langit bertaburan, tetapi angin m alam seolah-olah membawa petanda hujan. Dia mengekori langkah Wari yang bersahaja. Agaknya Wari s udah selalu berkunjung ke sini. Kalau bukan dengan Lisa, pasti dengan Rina. Tiba-tiba Siti t erbayangkan Rina. Bagaimana hubungan mereka berdua. Kenapa Wari mengajaknya keluar tidak Rina. Sud ah putuskah mereka? "Kita duduk sini je lah..."Suara Wari kedengaran. Siti tarik kerusi lalu melabuh kan punggung. "Siti nak makan apa?"Tanya Wari sebaik pelayan lelaki berbaju batik datang kepad a mereka. "Apa-apa saja..."Wari angkat kening. Dia tersengih. Gabra semacam je Siti ni.... ..dia takut dengan aku ke? "Saya order, jangan Siti tak makan pulak...."Siti senyum sama. Silap-silap aku m inum aje. Malu punya pasal! Terasa bagai tak lalu makan dibuatnya. Biasanya waktu makan begini, ada Didi dan Fifi yang memeriahkan suasana. Kadang-kadang ada Lisa kalau dia tidak ke mana-mana. Kali i ni hanya mereka berdua. Dalam suasana, yang Siti tidak pernah membayangkan. Kalau dulu, Wari sel alu memberi alasan yang bukan-bukan bila mengajaknya keluar, kali ini nampaknya dia berterus terang . Seolah ada keyakinan pada diri lelaki itu akhir-akhir ini. Tutur katanya lembut, dan riak w ajah ada ketenangan kini berbanding sewaktu awal pertemuan mereka. Siti dapat rasakan perbezaan itu. "Banyak perkara yang saya nak tahu pasal Siti sebenarnya...."Wari bersuara. "Emm?"Siti angkat kening. "Kampung Siti di mana?" "Emmm..."Siti telan liur. "Kat Kota Tinggi.." "Kota Tinggi tu kat Johor, kan?"Siti angguk. "Mak ayah Siti?" "Ada lagi." "Mak ayah kerja apa?" "Bapak noreh getah je. Mak tak kerja."Balas Siti jujur. Minuman yang dipesan sam pai. Siti menyedutnya seketika. "Saya pernah ke Johor, Desaru Resort. Masa tu saya konvoi ke sana ramai-ramai ma sa hari

merdeka..." "Oh....itu dah dekat sangat dengan rumah saya tu..."Siti tersenyum ceria. "Dekat sangat?" "Emmm..kalau ke Desaru, lalu kawasan kampung saya dulu...." "Kalau gitu, boleh saya singgah rumah Siti..."Siti ketawa. "Boleh....kalau awak datang Johor, jemputlah ke rumah saya..."Balas Siti lancar. "Emm...minggu depan?" "Ha?"Siti angkat muka. Wajah Wari dipandang lama. Biar betul mamat nih! Aku caka p main-main je. Dia serius ke? "Kenapa, tak boleh ke?" Dia ketawa kecil. "Eh, awak ni, jangan main-main la...."Siti tarik muka. "Takkan tak boleh saya nak datang rumah awak. Saya pun nak merasa kehidupan di k ampung sana..." "Nak menoreh?"'Siti tergelak sama. Debarnya sudah menghilang. Dia rasa semakin s elesa berbual dengan lelaki itu. Ternyata Siti, benar-benar berlainan dengan Rina. Wari dapat merasakannya. Dia tidak berasa terdesak, atau rungsing. Berbanding dengan Rina yang selalu membentak dan sedikit mendesak. Yang gemarkan liburan. Yang tidak pernah memikirkan realiti kehidupan selain dar i keseronokan semata-mata. Sesuatu yang hilang dulu terasa terisi kembali. Hatinya yang kering , kini basah disirami. "Emm...itu gelang yang saya bagi hari tu ke?"Mata Wari tertancap pada pergelanga n tangan Siti yang bersinar. Siti cepat-cepat tarik tangannya. Dia tersipu. Ahh...kenapa lupa nak tanggalkan? "Semalam keluar lupa nak tanggalkan..." "Kenapa nak tanggalkan pulak. Biarlah ia kekal di situ...kalau boleh sampai bila -bila..."Siti hampir tersedak mendengarnya. Dia memalingkan wajah. Tak sanggup dia menentang renungan lelaki. ssh....lain benar bunyinya. Hati Siti berdebar-debar. "Emm....yang warna hijau tu, mesti Mak Siti yang bagi?"Wari menunjuk ke arah seu tas lagi gelang yang melingkar di pergelangan tangan Siti. Siti menggeleng. "Yang ni...."Dia teragak-agak. "Emm...Hadi yang beri hari tu....sebelum balik ke sini..." Wari tarik nafas panjang. Tiba-tiba dia rasa menyesal mengemukakan pertanyaan it u . Ahh...hati... bertenanglah. Kenapa perlu gugup, kenapa perlu berdebar. Wari cuba meredakan perasaannya yang sudah mula tidak menentu. "Siti suka pada Hadi, tu?"Wari tidak teragak-agaknya bertanya. Dia ingin tahu ha ti gadis ini yang sebenar. "Eh, tak lah...."Siti sedikit terkejut. Sekali berjumpa, takkan terus suka! "Emm .....tapi..dia tu baik orangnya. Dengarnya....dah nak bertunang.." "Iyer?"Wari agak terkejut. Dalam hatinya sedikit riang, tetapi dia cuba mengawal agar tidak ketara kelihatan. Rasanya dia ingin tertawa sepuas hati mendengar perkhabaran it u. Siti perasan perubahan wajah Wari bila mendengar katanya itu. Dia sedikit lega, walaupun dala m hati rasa bersalah juga kerana membohongi lelaki itu. Dia tidak pernah tahu samada Hadi sudah berpu nya atau sebaliknya. Apatah lagi ingin bertunang. Dia cuma ingat kata-kata Hadi sebelum d

ia bertolak pulang dahulu. Lelaki muda itu ternyata ingin menjalin hubungan yang lebih istimewa den gannya. Bukan sekadar kenalan singkat. Semua itu dinyatakan di dalam surat yang dilampirkan be rsama gelang hijau tersebut. Kalaulah Siti tahu maksud sebenar yang tersirat di hati Hadi, sumpah d ia tak akan mengambil pemberian tersebut. Dia takut Hadi salah sangka. Dan kini, berhadapan dengan Wari, sesuatu yang sukar juga. Dia tidak ingin Wari anggap dia punya apa-apa hubungan dengan Hadi. Dia seperti dapat rasakan perasaan Wari yang berbunga terhadapnya. Dan perasaannya juga! ********************************** "Betul ker kau nak ke Johor, Wari?"Mak Ungku kerut dahi memandang Wari yang keli hatan ceria petang itu. "Boleh tak Ma?"Wari duduk di sebelah, memaut bahu Mak Ungku. "Nak buat apa?" "Emm..saja. Nak rasa hidup di kampung. Siti kata sekarang ni musim durian."Mak U ngku menggeleng. Hatinya sedikit berat melepaskan Wari. "Lagipun, Wari bukan pergi sorang. Lisa pun ikut sama. Minggu depan kan cuti sek olah."Wari memicit-micit bahu Mamanya. "Lisa tu cuti. Tapi Wari kan kena ke pejabat. Siapa nak uruskan pejabat nanti?" "Ala.....itu Ma jangan risau. Kat sana ramai pembantu Wari. Sebelum ni pun merek a yang uruskan. Lagipun, Wari dah bagitahu Azimin......"Wari bangun, membetulkan seluar nya. "Nanti apa kata keluarga Siti, Wari? Kau tak segan ke.." "Ish...Ma ni....kan saya pergi dengan Lisa. Lagipun bukannya lama sangat...2-3 h ari je..."Wari membelek-belek wajahnya dicermin. Senyum tak putus-putus terukir di dua bibirnya . Sekejap-kejap dia melihat jam tangannya. "Ni bersiap-siap nak ke mana. Baru balik...dah nak keluar?"Mak Ungku tarik nafas panjang melihat gelagat anak bujangnya itu. Perubahannya ketara benar. Dari liar, dia me njadi sopan. Dari pemarah, menjadi girang begitu. Sedikit sebanyak dia berasa gembira dengan perub ahan itu. Tapi kadang kala, dia curiga juga. "Saya nak keluar ni......nak gi tengok wayang!" "Dengan Rina?"Wari tersengih. "Tak, dengan Siti!" Mak Ungku beristighfar dalam hati. Dia menghela nafas panjang. Ternyata apa yang dia takutkan selama ini telah terjadi. Wari, Siti itu bukan untukmu! ********************************** Genggaman tangan mereka terlerai. Siti tersenyum malu. Dia tidak tahu kenapa dia membiarkan Wari menyentuh tangannya. Kalau boleh dia tidak mahu semua itu berlaku. Dia berl ari-lari anak. Meninggalkan Wari di gigi pantai. Terasa berat kakinya di selaputi debu-debu pan tai yang halus. Seketika dia menghela nafas. Angin yang bertiup menyegarkan badan. Pandangannya dilemparkan. Memerhatikan susuk Wari yang membongkok, mengutip kerikil-kerikil tajam. Bila Wa ri menoleh ke arahnya, Siti melambai tangan.

Ahh...terlalu jauh aku dibawa keadaan. Tapi perasaan ini....bukan boleh disisihk an! "Nak balik ker?"Wari mencungap bila sampai di depan Siti. "Jom!"Siti membetulkan tudungnya. "Cepat sangat la.."Muncung. "Kata nak cari durian? Lisa dah lama tunggu kat rumah tu. Nanti dia merajuk."Sit i tarik muka. Mesti Lisa marah sebab tak ajak dia ke Desaru petang itu. Tapi Wari yang berkera s tidak mahu membawa Lisa sama. Tak ada privacy, katanya. "Esok kita pergi lagi...?" "Esok kita dah balik KL...jangan perasan...."Siti ketawa kecil. "Lain kali, saya nak datang sini lagi...."Wari mempercepatkan langkah, menyaingi Siti. "Awak kawin le dengan orang Johor....tiap-tiap minggu boleh balik.." "Dengan Siti?"Siti terdiam. Dia mengerling ke wajah Wari. "Tak nak la..."Siti juih bibir. "Ohh....lupa..Siti tak nak sebab...nak tunggu siapa tu...Zair...Huzair?" "Wari!"Sepantas kilat jemari Siti sudah mengutil lengan Wari. Wari mengeliat kes akitan. "Kan saya dah cakap jangan ungkit lagi cerita tu. Kalau saya tahu macam ni, tak nak saya cerita kat awak!"Siti melajukan langkah. Dia terdengar derai ketawa Wari di belakang. "Okay..okay..."Wari memaut lengan Siti. Siti membalikkan badan. Wajah mereka ber tentangan." Saya tak ungkit lagi....tapi ada syaratnya..." "Apa syaratnya?" "Jadi milik saya!" Siti tersenyum. Dia tidak mahu menjawabnya, Biarlah hati saja yang berkata 'ya' *********************************** Azimin resah di bangku. Melihat Maria yang masih lena di perbaringan. Pemandanga n yang biasa waktu petang-petang begini. Dia melonggarkan tali lehernya. Nafasnya yang turun naik dibiarkan reda seketika. Perasaannya menjadi hampa. Bukan dia tidak pernah berasa begitu. Tapi kali ini lebih-lebih lagi. Malah, mengetahui kepulangan Siti ke kampung bersama Wari sebentar tadi, s eakan meruntun segenap perasaannya. Apalah yang Wari buat di sana? Kerja di pejabat ditinggalka n, semuanya dibiarkan orang lain yang uruskan. Azimin berasa sebal dengan perangai Wari seja k akhir-akhir ini. Dia turun ke dapur sebentar untuk mengambil minuman. Seketika pandangannya berte mbung dengan kelibat Kartini yang muncul dari bilik air. Kartini tersenyum penuh makna sebelum masuk ke bilik belakang. Azimin menggeleng. Butang kemeja mula dibuka satu persatu. Perla han-lahan dia menyusup masuk ke bilik yang sama. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 16 Hari-hari yang dilalui semakin bermakna bagi Siti. Dia dapat merasakan semangatn ya yang berkobar-kobar tiap kali memulakan harinya. Perasaannya berkembang, sesuatu yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Amat berlainan. Dia ingin tersenyum setiap masa. Malah adak alanya dia tertawa sendirian. Mengenangkan percutiannya tempohari di kampung. Sesuatu yang lucu unt uk diingat kini. Wajah Wari kini sentiasa di ruang matanya. Entah kenapa. Perasaan halus yang men

usuk-nusuk dalam hatinya kini semakin bercambah. Kalau dulu, dia sering tertanya-tanya rasa apakah yang selalu bermain dalam hatinya itu. Kini dia mula menyedari. Rasa yang hadir, adalah rasa ingin memiliki dan dimiliki. Dimiliki seseorang. Dan disayangi. Seperti yang Huzair selalu sebut-se butkan dulu. Dan kini, dia telah faham keinginan itu. Wari, lelaki yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk terus bertapak d alam hati. Terlalu cepat dirasakan. Dia telah tewas dengan perasaannya sendiri. Walau dia seboleh-b olehnya tidak mahu perasaan itu terus wujud dalam dirinya. Tapi Wari telah memulakan segalanya. War i telah menyuburkan rasa di segenap ruang hatinya. Ahh....kalaulah orang tahu! Kalaulah Kak Melah ta hu. Kalaulah Mak Ungku tahu. Alangkah tak patutnya dia menyimpan perasaan sedemikian! Alangkah ti dak bertimbangrasanya dia. Alangkah tidak amanahnya! Hadirnya dia di sini adalah unt uk mencari sesuap nasi. Bukan untuk mencari cinta. Bukan untuk menjalin hubungan terlarang dengan sesiapa. Siti cuba buangkan perasaannya jauh-jauh walaupun dia rasakan perasaan itu semak in berkembang dalam dirinya. Setiap kali memandang lelaki itu, getar-getar dadanya semakin membuak. Seakan ingin dia dampingi lelaki itu setiap masa. Seakan ingin dia sentiasa di d epan mata. Ahh.... indahnya perasaan ini! Tidak pernah dia merasakannya. Bagaimana untuk dia sengaj a membiarkan ia terbuang begitu saja. Sedangkan ia terlalu indah! Jadi milik saya! Siti tersenyum lagi. Bagai terngiang-ngiang perkataan itu dipen dengarannya. Walaupun dia tidak pernah berkata 'ya', tapi senyum dan riak wajahnya sudah meng gambarkan segalanya. Cukuplah hanya itu. Cukuplah hanya itu jawapan darinya. Dia pasti War i telah tahu segalanya. Tidak perlulah ungkapan cinta dari dua bibirnya. Cukuplah hanya hati masing-masing yang mengerti antaranya. Siti pasti Wari tahu apa yang bergejolak dalam hatinya. Wari tahu apa yang dia rasa. Dan begitu juga dia. Dia tahu apa yang Wari rasa. Apa yang bergejolak dala m hatinya. Tuhan, andai ini nikmat dari-Mu. Restuilah ia! ********************************* Lenggok gadis itu tertangkap oleh matanya. Masih seperti dulu. Begitu lembut dan mempesona kan. Suatu masa dulu lenggang lenggok itulah yang telah menghanyutkan dirinya. L emas dalam menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu. Kalaulah tidak kerana dia sedar awal. Pas tinya nasibnya masih seperti dulu. Terus hanyut, terus lemas. Wari menggeleng. Dia memerhatikan langkah gadis itu yang semakin mendekat. Pandangan mereka bertembung. "Lama tunggu?"Suara halus itu kedengaran. Wari menggeleng, membetulkan duduknya. "You nampak lain..."Rina merenung Wari lama. Wari hanya tersengih. "I biasa je..."Wari mengalih pandangan. Malas dia hendak bertentang mata dengan perempuan itu. Tujuannya hari itu hanya satu. Memberi kata putus. Dia tidak mahu Rina teru s mencarinya.

"I ada hal nak cakap dengan you..." "Kalau ya pun...tunggulah I order minum dulu. You tak nak makan ke?" Rina mengangkat tangannya pada waitress. "Tak. I dah makan...."Balas Wari malas. Dia menunggu Rina selesai memberi pesana n. "Tunggu I makan, okay. I lapar!"Rina ketawa kecil. Matanya galak bersinar, meren ung Wari. "I tak boleh lama, Rina.." "You sengaja nak lari dari I...susah nak jumpa you sekarang. Hari ni, angin apa tiba-tiba ajak I keluar?" Rina bersandar penuh gaya. Wari tarik nafas panjang. "I nak ini pertemuan kita yang terakhir..." "Maksud you?" "Kita dah tak sama haluan, Rina. You lain, I lain....masa dah berubah..."Rina ke tawa sinis. Bibirnya menjuih. "You nak jadi pak lebai, ke Wari?"Tawanya kedengaran. "Patutlah sekarang ni I ta k pernah lagi nampak you kat tempat kita. Member-member semua tanya pasal you, Wari!" Wari menggeleng. Dia menentang mata Rina. Rasanya perasaannya dia terhadap gadis itu telah terhapus sama sekali. Dan dirasakan selama ini dia tidak pernah mencintai gadis itu. Mungkin apa yang dia rasa selama ini hanyalah keseronokan semata-mata. "Rina, dua orang kawan kita dah meninggal, Rina. You tak rasa insaf ke?"Suara Wa ri lembut, cuba memujuk gadis itu. "Diorang tu accident. Tak ada siapa sangka..."Balas Rina. "Hari tu, you jugak yang sedih sangat..." "Sebab I terkejut. "Rina muncung. "Memang I sedih....tapi yang pergi tetap pergi . Kita yang hidup...teruskan hidup..." "Tapi bukan dengan cara yang sama.."Rina mengeluh. Dia menggeleng. "I suka dengan life I sekarang ni.." "Nyawa kita ni bila-bila masa je boleh melayang , Rina..." "Sudahlah Wari....you jumpa I ni nak suruh I jadi macam you ker? You nak berubah , you berubah sorang-sorang. I belum lagi..."Rina menarik gelas minuman yang baru diletak wait ress. Dia menyedutnya lama. "I nak you jangan buat lagi benda-benda yang kita enjoy kan dulu...semua tu maks iat, ina..."Rina tarik muka, malas hendak mendengar. Wajahnya dipaling ke arah lain. Hasratnya un tuk melepaskan rindu pada lelaki itu, hancur berkecai. Kali ini Wari benar-benar lain. Betul ap a yang dikatakan kawankawan mereka. Wari sudah berubah. Sudah jadi orang berkerjaya. Gaya, pemikiran semua s udah berubah. Dan kini dia cuba mengubah dirinya pula. Mana boleh dia tinggalkan semu a itu dalam sekelip mata. Gila! "I lakukan ini kerana I anggap you sebagai kawan baik I..." Rina mendengus. "Hanya kawan?"Suaranya meninggi. "You dah usung I sana sini, sekarang you anggap I hanya kawan?" "Rina...I rasa apa yang kita lakukan selama ini adalah satu kesilapan. Kita hany a inginkan keseronokan....kita tidak pernah serius dalam hubungan ini, bukan?"Wari memandan g tepat wajah Rina yang mencuka. Hilang kemanisan wajah itu.

"I serius...." "Tidak....kalau you serius, you takkan keluar dengan lelaki-lelaki lain...." "Tapi diorang tu semua member-member kita!"Suara Rina meninggi. Satu sikap Rina yang paling Wari tidak gemari. Suka membentak. "Itu sebab I tak rasa you serius dengan satu-satu perhubungan. Bagi you semua hu bungan sama saja. Asal dapat keseronokan..." "You menghina I?" "Tidak Rina....I nak kembali pada diri I seperti dulu-dulu....sebelum I kenal yo u....."Wari bersuara perlahan. "You nak tinggalkan I?"Rina tarik jemari Wari. "I tak tinggalkan you. Kita tetap kawan. Tapi cara kita dah berbeza. Kita tak bo leh jadi macam dulu lagi....."Rina menggeleng. Wajahnya memerah. "Tapi....I sayangkan you Wari.....I nak kita macam dulu......"Jemari Wari dikucu pnya. Wari mengeluh. Dia menarik kembali tangannya. Mengeluarkan not RM20, lalu disisipkan di tepi gelas. "I tak dapat tunggu you makan. I kena balik ofis..."Wari bersedia untuk bangun. Sepantas kilat Rina menarik kembali tangan Wari. Wari merenung Rina tajam. "I akan tetap cari you ....."Rina tersenyum nipis. "Jangan Rina. Antara kita dah tak ada apa-apa. Biar I hidup dengan cara I. Dan.. ..jangan cari I lagi.."Wari merengus. Dia berpaling kasar, meninggalkan Rina terkebil-kebil send irian. ******************************* "Kak Siti!"Lisa terjengol tengah pintu. Siti bangun dari katil serta merta. Dia baru bercadang untuk tidur sebentar petang itu. "Kenapa Lisa?"Siti menghampiri Lisa yang berbun gkus kepalanya dengan tuala. Baru dicuci mungkin. Haruman syamfoo menerpa ke deria bau. "Kak Mar panggil Kak Siti" "Ha? Ada apa?"Dada Siti mula berdebar. Lisa menggeleng. "Tak tahu. Pergilah naik atas. Kak Mar tunggu kat bilik dia..."Lisa berpaling la lu beredar. Siti tahu Lisa perlu hadiri kelas tuisyen petang itu. Sebab itu dia tampak kelam kabut saj a. Siti terpacak seketika depan pintu. Dia tarik nafas panjang. Dadanya semakin ber debar. Tak pernah-pernah Maria memanggilnya tergesa-gesa begitu. Apa yang tak kena? Apa yan g telah dia buat? Didi dan Fifi mengadu pasal aku ke? Siti rasa takut tiba-tiba. Dia bergegas menu kar pakaian. Menggantikannya dengan baju kurung biasa. Mungkin Maria tahu dia selalu keluar s ejak akhir-akhir ini. Mungkin Maria rasakan anak-anaknya terabai. Ahh....aku juga yang ikutkan sangat ajakan Wari tu! Siti menapak ke tingkat atas. Suasana petang yang sunyi itu menambahkan kekaluta n hatinya. Petang-petang begini, kalau tak menonton tv, Siti lebih suka melelapkan mata. Ke rana Mak Ungku dan Maria juga lebih suka memerap di bilik mereka. Hendak harapkan Kartini untuk dia jak berbual kosong, jangan diharap. Sejak akhir-akhir ini semakin bergaya nampaknya wanita seberang itu. Solekannya juga agak berlebihan. Siti perasan juga, tapi dia tidak berani bertanya lebih-lebih. Siti mengetuk pintu

beberapa kali. Tanpa menunggu jawapan dari dalam, Siti memulas tombol. Suasana b ilik tersebut agak suram kerana langsir tebal menutupi keseluruhan tingkap. Bau ubat-ubatan mula me nyengat hidung. Siti sudah terbiasa dengan keadaan itu. Dia melihat Maria bersandar di kerusi em puk. Dengan buku tebal ditangan. Senyuman terukir di bibirnya yang lesu. Tiada riak kemarahan pad a wajah itu. Siti sedikit lega. "Kak Mar panggil saya?"Siti bersuara perlahan. Maria mengangguk. Buku tebal dile tak atas meja kecil sebelah katil. "Mari duduk dekat Kak Mar...."Suaranya perlahan, seakan berbisik saja kedengaran nya. Siti menapak ke depan. Duduk di birai katil, menghadap Maria. Dalam hatinya berdebar juga. Entah apa yang hendak disampaikan Maria sebentar nanti. "Emm.....macamana kerja kat sini, ok tak?"Maria memulakan bicara. Siti sedikit t erkejut dengan pertanyaan itu. Sudah hampir tiga bulan dia bekerja di situ. Baru hari ini Maria bertanyakan perasaannya. "Ok saja, Kak Mar..."Balas Siti pendek. "Betul?"Siti angguk. "Kak Mar minta sambung keja 2-3 bulan lagi, Siti tak kisah?" "Tak kisah, Kak Mar. Mak izinkan.."Maria tersenyum. "Siti sayang pada Didi dan F ifi?" Siti kerut dahi. Wajah Maria ditatap lama. Dia memang sayang pada Didi dan Fifi. Anak-anak kecil itu amat akrab dengannya. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama. Dengan anak sauda ra sendiri pun Siti tidak pernah rapat selama itu. "Saya memang sayangkan mereka, Kak Mar. Dah lama saya dengan diorang.....kalau s aya berhenti nanti, mesti saya rindukan mereka...." Maria bangun tiba-tiba. Dia menapak ke tingkap. Menarik kain langsir, menjadikan suasana bilik itu bertukar wajah. Jadi terang sedikit. Dia bersandar di tepi tingkap sambil ba dannya menghadap ke arah Siti. Memandang Siti dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan Siti. "Kalau Siti terus menjaga Didi dan Fifi sampai bila-bila, mahukah Siti?"Maria be rsuara satu-satu. "Sampai bila-bila?"Siti bangun. "Maksud Kak Mar?" Maria menghampiri Siti. "Kak Mar mahu saya terus bekerja di sini?"Siti sedikit gusar. Dia mengalih panda ngan. "Bukanlah macam tu...."Maria tersenyum lalu memaut bahu Siti. Mengajak dia duduk kembali di birai katil. Maria menggenggam tangan Siti erat. Pelakuan Maria hari itu benar-b enar membuat Siti keliru. "Siti tahu kan........keadaan Kak Mar ni, memang dah tak ada harapan lagi...."Ma ria mengeluh lirih. Matanya mula berkaca. "Kak Mar janganlah cakap macam tu. Kan Kak Mar makin sihat ni..."Siti membalas g enggaman tangan Maria. Maria tersenyum tawar. "Akak dah tak ada harapan Siti. Penyakit akak ni dah tahap kronik. Walaupun dah berjaya dibedah, tapi sel barah akak tak mati sepenuhnya. Bila-bila masa ia boleh menyer ang semula. Akak

hanya tunggu masa!"Maria mengesat pelupuk matanya yang bergenang. "Kak Mar..."Siti tarik nafas, menahan pilu di dada. Simpatinya membuak-buak. "Ta k baik cakap macam ni, Kak Mar. Kak Mar janganlah berputus asa...." "Akak bukan berputus asa......cuma.....akak redha..kalau dah memang ajal akak... ." "Ajal dan maut di tangan Tuhan, kak...." "Akak tahu.....tapi sebagai manusia....bukankah kita diberi petanda. Dan penyaki t ini...sebagai petanda..." "Dah la kak....jangan cakap pasal ni...." Siti geleng kepala. Hatinya ikut sebak mendengar rintihan wanita itu. Maria menarik nafas panjang. Jemari Siti masih dalam genggaman. Dipegang erat ba gai tak ingin dilepaskan. Siti merenung wajah lesu itu. Matanya yang bengkak. Tulang pipi meno njol, sudah cukup menggambarkan betapa menderitanya dia menanggung sakitnya itu. Siti tidak dapat bayangkan andai dia berada di tempat itu. "Apa yang akak risaukan selama ini, adalah Didi dan Fifi. "Dia terhenti sebentar , melemparkan pandangan ke tingkap yang terdedah. "Mereka masih kecil dan masih perlukan kasih sayang dan belaian seorang ibu. Sudah terlalu lama rasanya akak tidak mencurahkan semua itu...." "Mereka faham akak tengah sakit..." "Mereka terlalu kecil Siti. Akak tak sanggup nak tinggalkan mereka...."Maria mul a teresak. Dia menutup wajahnya dengan tapak tangan. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangisa n. Siti menyeka air matanya di hujung mata. Dia ikut sebak. "Akak tak nak mereka hilang kasih sayang seorang ibu. Akak tak nak mereka hilang perhatian...." Siti peluk bahu Maria, cuba menenangkannya. "Akak tak nak mereka jatuh ke tangan orang lain, yang tak bertanggungjawab. Yang tak dapat menjaga mereka dengan baik.." "Sudahlah kak....jangan pikir yang bukan-bukan. Ak ak akan tetap jaga mereka...." "Siti....."Maria mengalih pandangan. Menentang wajah Siti. Air matanya tak putus -putus mengalir. "Mahukan Siti terus menjaga Didi dan Fifi?"Siti termangu. Lidahnya kelu tiba-tib a. "Mahukah Siti?" "Emmm....err..Siti akan jaga mereka...janganlah akak risau..." "Walaupun selepas ketiadaan akak nanti?"Siti terdiam. Dia tidak tahu apa yang pe rlu dijawab. "Mahukah Siti menjadi ibu kepada mereka?"Maria pegang kedua-dua bahu Siti. "Maksud kak Mar?" Maria melepaskan pegangan. Dia bingkas, lalu berjalan ke arah tingkap. Sekejap b erpeluk tubuh. Sekejap dia berjalan mundar mandir depan Siti. Siti berdebar-debar melihat sikap Maria yang berlainan itu. Apa yang mengganggu fikirannya? "Sudikah Siti menjaga mereka sebagai anak-anak Siti?" "Saya tak faham Kak Mar..." "Ganti tempat akak..."Maria terhenti, menelan liur. "Jadi ibu kepada mereka. Aka k rasa Sitilah orang yang paling sesuai untuk menggantikan tempat akak...." "Gantikan tempat akak?"Siti jadi tidak sedap hati. Kenapa harus menggantikan tem

pat Maria. Bukankah sekarang dia masih berkerja menjaga anak-anaknya. Bukankah itu sudah me madai. "Harapan akak, agar Siti dapat terus berada di sini, bersama mereka."Maria terse nyum. "Tapi, itu mustahil kak. Lambat laun saya akan berhenti juga, dan pergi dari sin i...."Siti menggeleng. Mustahil bagi dia untuk terus menetap di sini. Sampai bila? Dia teta p orang asing dalam rumah ini. "Siti, akak ingin melamar Siti..." "Melamar?"Dahi Siti berkerut. "Melamar Siti bagi pihak Abang Min..."Maria mendekati Siti, lalu bertinggung di depan Siti yang duduk di birai katil. "Sudikah Siti menjadi isteri Abang Min?" Siti kaku. Soalan apa ini? Wajah Maria yang murung di renung lagi. Benarkah apa yang aku dengar? "Jadilah isteri Abang Min, dan jadilah ibu kepada Didi dan Fifi....."Maria terse du. "Jangan hampakan akak!" Pandangan Siti berpinar. Dia tak sanggup untuk mendengar lagi. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 17 Permintaan itu terlalu berat baginya. Malah kalau dihempap batu sekalipun dia ma sih mampu menampungnya. Tetapi yang satu ini bagai meregut segala ketenangannya selama ini . Bagaimana dia harus memikirkannya? Bagaimana dia harus berkata 'ya' sedang dalam hatinya berpe rang dengan segala kekusutan. Kekusutan yang bersimpul-simpul dan akhirnya hanya menyesakkan kepala. Kenapalah dia harus menghadapi semua ini? Kenapa dia harus tersepit dalam permai nan ini? Sudah ditakdirkankah? Adakah takdirnya sekusut ini? Siti menghela nafas. Airmata yang tersisa di hujung mata diseka lagi. Dia mendon gak, menatap syilling yang berukir bunga teratai. Sudah ada bintik-bintik hitam pada permukaa n syiling itu. Mungkin begitu juga bintik-bintik hitam yang telah wujud dalam hidupnya. Yang telah mera gut ketenangannya selama ini. Siti jadi sesak nafas. Dia ngilu memikirkan permintaan Maria siang t adi. Jantungnya bagai mahu luruh. Dia ingin lari kuat-kuat tinggalkan bilik itu. Kalau boleh dia ingin lari terus dari rumah itu. Rumah indah yang telah menjerat dirinya sendiri. Sampai hati Kak Mar! Tahukah Maria yang dia begitu menghormati wanita itu? Begitu terhutang budi pada dia dan Mak Ungku. Hinggakan untuk berkata 'tidak' pun dia jadi kelu. Untuk menggeleng pun d ia tak mampu. Sampai hatikah dia untuk menolak permintaan gila itu? Jadi isteri Azimin? Ya, Al lah.....dia tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Apa yang Maria fikirkan tentang dirinya? Pengganti yang layak untuk menjadi ibu kepada Didi dan Fifi? Mustahil! "Akak dah tak mampu bahagiakan Abang Min....akak rasa berdosa abaikan dia....aka k...."Maria tersedu lagi. Siti gigit bibir sampai sakit. Kalau boleh dia tidak mahu mendenga r lagi.

"Akak nak Siti dapat jaga Didi dan Fifi....abang Min...."Siti pejamkan matanya r apat-rapat. Fikirannya terus melayang. Dia sayangkan Didi dan Fifi. Dia sanggup untuk menjaga mereka. Tapi untuk mengah wini Azimin.....dia tidak yakin dapat melakukannya. Lagipun dia tidak mengenali Azimi n langsung. Kenapa Maria begitu tekad ingin menyerahkan Azimin kepada orang lain. Sanggup bermadu s emata-mata mahu melihat suaminya bahagia kembali. Berbaloikah pengorbanannya itu? Setakat untuk menjaga Didi dan Fifi dia masih boleh menggaji pembantu rumah khusus untuk anak-anaknya itu. Kena pa mesti menyuruh suaminya berkahwin lagi? Tidak kecewakah dia? "Akak sudah lama izinkan Abang Min berkahwin lain, sebab akak dah tak dapat jala nkan tugas seorang isteri dengan sempurna. Sedangkan Abang Min masih perlukan itu semua. Ma kan pakai dia pun tak terurus....."Maria bersuara lagi bila melihat Siti hanya mendiamkan diri. "C uma akak nak pastikan calon pilihannya adalah tepat. Bukan saja untuk menjaga dirinya....tetapi juga D idi dan Fifi.....itu yang lebih penting..." "Biarlah Abang Min saja yang tentukan kak....biarlah dia yang cari calonnya send iri...." "Abang Min pilih Siti...."Siti bulatkan mata. Dia bagai tidak percaya. "Maafkan akak Siti. Akak yang cadangkan Siti....dan Abang Min setuju....dia tak kisah...." Apalah yang hendak dikata! Siti bagai bermimpi. Azimin telah memilih dirinya. Be gitu mudahnya. Tidak terfikirkah lelaki itu untuk mencari gadis yang lebih sesuai untuk dirinya . Gadis korporat, atau gadis berkerjaya yang setaraf dengan kedudukannya. Kenapa mesti dia? Adakah kera na cadangan Maria? Ahh.....Kak Mar...kenapa dia juga yang menjadi pilihan? "Jangan hampakan akak, Siti....sebelum akak tutup mata..." "Kak Mar, janganlah cakap macam tu.....akak buat saya serba salah...."Siti mengg eleng kepala. "Siti sudah ada orang lainkah?"Siti menggeleng lagi. "Siti tak nak khianati akak...."Maria pegang kedua-dua bahu Siti. Dia tersenyum tawar. "Bukan Siti khianati akak....itu permintaan akak sendiri...." "Akak tak kecewa?" "Akak lebih kecewa kalau Siti menolaknya" Siti tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan. Dia jadi buntu. Maria sedi kit mendesak. Sampai begitu sekalikah harapan Maria terhadapnya? ************************* "Makcik tak paksa Siti untuk terima cadangan Maria tu..."Mak Ungku merenung waja h Siti yang sembap. Semalaman Siti tidak lena tidur memikirkan keputusannya. Pagi itu dia be tul-betul rasa lemah dan tak bermaya. Dia rasa bagai ingin demam. "Tapi, makcik pun tak dapat nak halang hasrat Maria..."Dia mengeluh, menunduk se ketika. Riakriak air kolam yang tenang sesekali bersinar terkena cahaya matahari pagi. Pagi yang dingin. Sedingin perasaan Siti. "Sudah lama Maria berhasrat untuk mencari pengganti dirinya. Dia tahu dia tak lama. Dia benarkan Azimin berkahwin lain, kerana Maria sendiri sudah tidak dapat memenuhi

tanggungjawabnya sebagai isteri. Sudah 2 tahun dia menanggung sakit. Kali ini keadaan dia semakin membimbangkan." Siti mendiamkan diri, mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Mak Ungk u. Dia sendiri kehilangan kata. "Maria menghidap barah rahim. Rahimnya telah dibuang masa pembedahan pertama dul u. Dia tidak boleh mengandung lagi..."Mak Ungku menarik nafas panjang. Matanya mula ber kaca. "Hasratnya hanya satu. Ingin melihat Didi dan Fifi mendapat kasih sayang dari or ang yang sepatutnya. Dia memilih Siti kerana percaya Siti dapat memikul tanggungjawab itu .." "Saya....."Siti telan liur. "Makcik cuba halang hasratnya dulu, tapi dia berkeras. Katanya ini pengorbananny a yang terakhir. Dia terlalu sayangkan suami dan anak-anaknya...."Air mata diseka perlahan. Wajah tua itu murung, sarat dengan kesedihan. "Makcik tahu, amat sukar bagi Siti..." "Saya..."Siti menggeleng kepala. "Saya ...tak tahu nak buat apa, Mak Ungku...Say a buntu." "Jangan paksa diri Siti. Semuanya terpulang pada Siti...." "Saya perlukan masa, Mak Ungku.."Hanya itu yang mampu dia katakan. Dia tidak bol eh berjanji apa-apa. Hatinya berbelah bagi. Antara pendirian dan simpati. Mak Ungku genggam tangan Siti. Renungan mereka bertaut. Siti jadi resah sendiri. Dia tahu, dia tidak akan sampai hati untuk menghampakan Mak Ungku. Walaupun orang tua itu tida k memaksa, tetapi jauh di sudut hatinya, Siti tahu dia juga mengharapkan kebahagiaan Maria. Membahagiakan Maria dengan cara memenuhi permintaannya. Permintaan terakhir, bolehkah dianggap begit u? Maria begitu tega. Merelakan dirinya untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Tidak sedihkah Maria bila melihat suaminya bergandingan dengan wanita lain. Tidak kecil hatikah dia bila melihat a nak-anaknya bermanja dengan orang lain. Dan sanggupkah Siti menjadi orang pengantara itu? Melukakan h ati Maria sekaligus meragut kasih sayang mereka. Tapi...Maria juga yang bersungguh-sungguh mengharap kan dia. Maria yang nekad. Dia ikhlas ingin membahagiakan suaminya. Itu yang dia kata. Azimin b agaimana? Kenapa dia tidak membantah saranan gila Maria itu. Ataupun kalau benar dia ingin berkah win lain, kenapa tidak dicari wanita-wanita yang lebih sesuai dengannya. Kenapa pilih dia? ********************************************** Wari hairan. Sejak 2-3 hari kebelakangan ini Siti kelihatan berlainan benar. Kal au dia pulang dari pejabat, jarang benar dia melihat Siti di luar. Kalau dulu Siti selalu menyambut nya di kerusi batu tepi kolam. Dan gadis itu akan tersipu-sipu tiap kali disapa olehnya. Wajahnya memera h, terserlah disebalik senyumannya itu. Dan Wari berasakan getaran dadanya semakin kuat setiap kali ber hadapan dengan gadis itu. Ahh....tak sanggup lagi rasanya menyimpan rasa! Hari ini Siti suram lagi. Wari jadi lesu. Dia jadi tidak bersemangat. Senyuman S iti tidak kelihatan

lagi. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang membuat dia berubah laku? Wari sedari Si ti seakan ingin menjauhkan diri darinya. Sudah mahu lari-lari. Kalau di meja makan, dia hanya di am. Tiada lagi renungan mata yang penuh makna. Atau senyuman yang menggegar jiwa. Siti jadi sep erti dulu-dulu, waktu kali pertama berjumpa. Polos dan dingin. Kenapa dengan dia? Perlukah dia bertemu Siti dan bertanyakan masalahnya? Atau perlukah dia curahkan perasaannya saat itu juga? Mustahil Siti tidak menyedarinya. Mustahil Siti tidak mengendahka nnya. Kenangan di kampung tempohari masih segar dalam ingatannya. Layanan mesra Siti dan keluargan ya bukankah menggambarkan perasaan gadis itu terhadapnya. Atau Siti hanya berpura-pura? Berp ura-pura mesra dengannya supaya dia tidak hanyut kembali kepada zaman silamnya. Berpura-pura un tuk memberi semangat kepadanya. Kemudian, setelah dia mendapat keyakinan, Siti akan berlalu pergi. Begitu? Mustahil. Mustahil Siti hanya berpura-pura. Kerana dia sendiri yakin akan perasa an Siti terhadap nya. Walaupun gadis itu tidak pernah mengiyakan, apatah lagi melafazkan, tapi ge rak lakunya sudah cukup menggambarkan segalanya. Wari yakin. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Ta pi kenapa gadis itu menjauhkan diri tiba-tiba. Apa yang telah dia lakukan? Adakah Siti tahu pertemua nnya dengan Rina tempohari? Mustahil! Wari tidak fikir Siti menjauhkan diri darinya kerana Rina. Gadis itu telah lama dia tinggalkan. Dan dia memang bercadang untuk memberitahu Siti tentang hubungannya dengan Rina yang telah berakhir. Selepas itu dia bercadang untuk memaklumkan hasratnya kepada Mama. Hasrat untuk memiliki Siti. Dia ingin Siti jadi miliknya. Dia ingin Mama tahu dan sekaligus merestuiny a. Sudah kerap kali dia membawa Siti keluar tanpa pengetahuan Mama. Dia tidak mahu Mamanya beranggapan b ukan-bukan terhadap mereka, lebih-lebih lagi terhadap Siti. Kerana itu Wari bercadang untuk menemui Mamanya nanti. Dia inginkan hubungan yang lebih bermakna dengan Siti. Kerana dia rasakan hatinya cukup bersedia untuk itu. Bila Mama tanya tentang hubungannya dengan Rina, dia akan ka takan semuanya telah selesai. Dia dan Rina sudah berpisah, atas kehendak hatinya sendiri. Pasti Mama juga gembira kerana sedari dulu dia kurang berkenan dengan pelakuan Rina. Wari sedari itu. Wari tidak kisah walau Siti gadis kampung. Yang kecil-kecilnya dulu ralit bermai n dengan getah sekerap. Yang pakaiannya saban hari hanya baju kurung atau berkain batik. Dia ti dak kisah semua itu. Baginya yang penting hati dan perasaan. Perasaannya terhadap gadis itu bukan dib uat-buat. Dia serius. Dia ingin tinggalkan semua kegiatan silamnya yang bukan-bukan. Dia ingin jadi or ang yang lebih bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya kalau bukan pada orang lain, pada dirinya s endiri. Dan saat ini, dia berasakan sudah sampai masanya untuk dia mendampingi seseorang yang diperluk an sepanjang hidupnya. Dan orang itu adalah Siti.

******************** Mak Jah melepaskan helaan nafas. Wajah anak daranya yang bersandar di tepi pintu di pandang lama. Rasa kesian pula dia pada Siti. Tidak habis-habis dia dibebankan dengan ma salah seperti ini. Kalau dengan Huzair dulu, dapatlah juga dia memberi alasan. Kali ini nampaknya p ayah benar dia hendak membuat keputusan. Mak Jah sendiri tidak tahu, siapakah yang Siti inginka n. Setahunya Siti tidak berkawan dengan sesiapa. Lelaki yang dibawa balik tempohari itu, juga dina fikan. Walaupun Mak Jah suka benar dengan anak muda itu. Sopan dan tidak banyak kerenah walaupun ter paksa tinggal di rumah buruk mereka itu. Selalunya anak-anak orang senang ini tidak betah tinggal lama-lama di rumah kampung begitu. Kemudahan kurang, tak ada hiburan. Tetapi anak muda tempohari ge mbira benar menghabiskan cuti di sini. "Kesian Kak Mar tu, mak....."Siti memecah kesunyian. Pandangannya tidak beralih, masih tertancap ke luar sana. "Habis tu...Siti nak terima semata-mata kesian?"Mak Jah mendengus. Tangannya lig at memarut batang ubi, untuk dibuat opak-opak. "Siti tak sampai hati..." "Itulah Ti.....selalu tak sampai hati. Dulu Huzair tu, boleh pulak Siti tolak... ."Siti toleh ke arah Mak Jah. Dia muncungkan mulut. "Huzair lain mak. Dia boleh cari lain. Tapi Kak Mar ni.....beriya-iya sangat.... " "Mana ada orang beriya-iya nak bermadu, Siti?"Mak Jah berhenti memarut. Rasa len guh pula tangan tuanya. "Ini...siap dicarikan madu untuk suaminya...sanggup dia..." "Entahlah mak, Kak Mar tu macam dah putus asa...."Balas Siti lemah."Kesian Siti tengok dia..." "Tak habis-habis kesian dengan orang, diri sendiri yang merana..."Rungut Mak Jah , melunjurkan kakinya seketika. Tinggal 2-3 biji ubi lagi yang perlu diparut. Siti berinsut mendekati ibunya. Tangannya menguis-nguis sisa ubi kayu yang berke cah sekeliling dulang. Bau ubi kayu yang diparut kuat menusuk hidung. Pagi esok dia akan kembal i semula ke KL. Dia akan berterus terang dengan Maria tentang keputusannya. Dia sudah bincangkan per kara itu dengan kedua orang tuanya. Entah. Agaknya inilah suratan hidupnya yang telah ditentukan . Mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu? "Abang akan cuba kenali Siti, dan Siti pun cubalah kenali abang secara perlahanlahan.......abang takkan paksa Siti untuk terima abang..."Azimin bersuara sewaktu menghantarnya ke puduraya empohari. Kali pertama dia berbual dengan lelaki itu setelah diizinkan Maria. "Cinta tak boleh dipaksa...tapi..abang ikhlas terima Siti.."Siti mendongak, mena tap wajah lelaki itu. Pandangan yang bertaut, masih sukar dimengertikan. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 18 Pagi itu, Siti terjaga awal kerana mendengar keriuhan di luar bilik. Dia menjeng uk ke luar tingkap melihat pemandangan yang masih kelam. Jam loceng di atas meja dikerling sekilas.

Baru pukul 6.00 pagi. Apa yang kecoh sangat? Dia menguap sambil mengeliat. Membiarkan tulang tem ulangnya mengeluarkan bunyi, yang sedikit melegakan. Seketika dia bersandar di dinding, d engan kaki melunjur, masih dengan selimut paras pinggang. Pagi itu tidak hujan, tetapi dinginnya menu suk ke tulang hitam. Siti mengeliat sekali lagi sebelum merebahkan kembali tubuhnya. Dia ingin mengha biskan sedikit masa lagi. Sementara Didi dan Fifi masih bercuti, dia punya sedikit masa untuk menyam bung tidur. Tidak perlu terkocoh-kocoh menyiapkan mereka berdua. Biasanya waktu cuti sekolah, jam 8 atau 9 baru mereka bangun mandi. Malam tadi, sebaik sampai dari kampung, dia tidak sempat menemui Maria bagi meny atakan keputusannya. Maria telah lama lena. Wari juga tidak kelihatan, walaupun kadangk ala Siti rasakan perasaannya seperti terdesak untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Dan berbua l-bual seperti biasa. Sudah lama rasanya mereka tidak berbicara. Siti rasakan satu kejanggalan, tapi d ia tahu itu yang sepatutnya berlaku antara mereka. Jangan biarkan perasaan itu terus menguasai ji wa mereka. Kelopak matanya yang semakin memberat mula dirasakan tidak mampu lagi ditahan. S iti membetulkan duduk kepalanya, bila sayup-sayup dihujung telinga dia mendengar ket ukan di pintu. Siti mengamati lama. Ada suara garau di luar sana. Siti bingkas semula. Dia menguap s ekali lagi. Rasa marah tiba-tiba menerjah dalam hati. Tapi digerakkan juga kakinya melangkah ke p intu. Kalau bukan Kartini, pasti Lisa yang mengganggunya pagi-pagi itu. "Siti..."Suara itu kedengaran sebaik pintu dibuka. Siti mendongak. Wajah Azimin yang segar, dengan baju sejuk tebal terjengul depan mata. Siti sedikit kaget. "Err..."Suaranya bagai tersekat di kerongkong. "Maaflah kalau menganggu Siti pagi-pagi ni.....err....boleh tak Siti tolong siap kan Didi dan Fifi?" "Nak ke mana?"Siti membetulkan rambutnya. Sedikit segan dia dengan keadaannya pa gi itu. "Abang nak ke hospital, nak hantar Maria..."Azimin menunduk. "Kenapa dengan Kar Mar? "Suara Siti sedikit kuat. "Dia pitam dalam bilik air pagi tadi...abang kena hantar sekarang. Siti tolong k ejutkan Didi dan Fifi, suruh mereka bersiap. Pukul 8 nanti, abang balik ambil mereka." "Ya Allah..."Keluh Siti. Dia menggeleng kepala. Terbayang wajah Maria yang pucat lesu. Azimin berpaling, tetapi menoleh kembali setelah menapak beberapa langkah. Dia m erenung Siti lama. "Err...Siti jangan lupa bersiap sekali ye. Kita pergi sama-sama.."Azimin terseny um. Siti mengangguk, tapi masih lagi tercegat di muka pintu. Dia memerhatikan langkah Azi min yang pantas tapi kemas. Kasihan Azimin! Begitu sabar melayan sakit pening Maria. Mungkin jug a kesetiaan Azimin itulah yang membuatkan Maria rela untuk berkongsi kasih. Rela untuk berkorban de mi kebahagiaan suaminya

Siti membersihkan diri dan mengemas bilik sebelum naik ke tingkat atas. Dia meng ejutkan Didi dan Fifi yang masih lena. Menyuruh mereka mandi dan bersiap sementara menunggu A zimin pulang. Sementara itu , Siti turun ke dapur semula menyiapkan sarapan. Sekadar roti baka r dan susu, rasanya cukup untuk mengalas perut. Dia tidak sempat untuk menggoreng mee atau cucur kod ok. Kartini pula kelihatannya seperti baru sampai pagi itu. Dia kelihatan seperti tidak cukup tid ur. Tetapi sempat melemparkan senyuman pada Siti. Sesuatu yang tidak terduga oleh Siti. "Tak sihat ke, Kak Tini?"Tegur Siti. "Emm...biasa-biasa saja.."Dia membalas agak ramah. Beg berisi pakaiannya di leta k atas meja. "Kejap lagi, saya nak ke hospital dengan Didi dan Fifi..."Siti memasukkan roti b akar dalam bekas kecil. "Ke rumah sakit?"Siti angguk. "Emm...Kar Mar tak sihat....kena masuk hospital..."Balas Siti lagi. Kartini diam . "Kamu pergi dengan siapa, Wari ya?" "Tak...dengan Abang Min. Kejap lagi dia balik ambil Didi dan Fifi. Kak Tini mahu ikut sekali?" "Err..eh ...nggak usah lor. Kok makannya siapa yang mahu bikin...Mak Ungku butuh saya di sini...."Siti senyum. "Kalau gitu, saya naik atas dulu ye. Tengok budak-budak tu...."Kartini tidak men yahut. Siti naik semula ke atas mendapatkan Didi dan Fifi. Mengajak mereka turun untuk bersarapan. Selesai sarapan mereka menunggu Azimin di ruang tamu. Hampir jam 9 baru kereta A zimin masuk ke perkarangan rumah. Azimin kelihatan sedikit mengantuk, tetapi dia tersenyum bila terpandang Siti. Didi dan Fifi terus mendapatkan Papa mereka. "Kita nak ke mana ni, Pa?"Didi mendongak, menarik tangan Azimin. "Kita ke hospit al ye sayang. Mama ada di sana..."Azimin mengusap rambut Didi, kemudian dia mendukung Fifi. "S iti masuk kereta dulu, Abang naik atas kejap, jumpa Mama..." "Abang nak bawak Mak Ungku sekali, ke?"Tanya Siti. "Tak lah...abang nak bagitahu Mama supaya jangan bimbang. Petang nanti lepas zoh or, baru Mama datang..."Balas Azimin sebelum melangkah. Mereka sampai di Hospital pakar jam 10. Maria ditempatkan di wad pertama. Sampai di sana, mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik kerana Maria masih dalam rawatan. Setenga h jam kemudian barulah doktor keluar dari bilik. Doktor berbangsa Sigh itu bercakap sesuatu pad a Azimin. Berkerutkerut wajah Azimin mendengar kata-kata doktor tersebut. Siti hanya memerhati dari jauh . Sambil memangku Fifi yang masih menangis sedari tadi. Setelah doktor beredar, Azimin me nggamit mereka masuk ke dalam bilik. Maria yang terlantar masih belum sedarkan diri. Urat-urat mengandungi cecair ber selirat di pergelangan tangan. Wajahnya pucat, dan ada kesan lebam di dahi. Menurut Azimin, dahi Maria terhantuk di tub mandi ketika dia jatuh tersembam. Fifi menangis sambil memeluk

Mamanya yang kaku itu. Terpaksa pula Siti memujuknya, takut-takut kalau Maria terjaga dengan tangi san Fifi itu. "Kita tunggu sampai Kak Mar sedar ye?"Azimin menarik kerusi ke arah Siti. Siti s egera melabuhkan punggung sambil meriba Fifi. Renungan Azimin tepat di wajahnya. "Siti lapar?"Siti menggeleng. "Dah sarap kat rumah tadi dengan Didi dan Fifi..."Dia melemparkan senyuman. "Abang minta maaf kalau menyusahkan Siti..." "Tak laa..." "Siti sedia tanggung ini semua?" "Maksud abang?" "Permintaan Kak Maria..."Siti menunduk. Hatinya jadi tidak keruan. Dia jadi serb a salah. Dia sudah maklumkan pada Azimin tempohari. Dia perlukan sedikit masa untuk lebih men genali lelaki itu. Mereka perlu menyesuaikan diri. Siti sendiri akan cuba memperuntukkan masa untuk mendekati lelaki itu. Mungkin dengan cara itu mereka akan lebih kenal diri masing-masing. Mereka perlu saling mengenali sebelum perkahwinan itu berlangsung. Dan perkara itu yang hendak dinya takan kepada Maria nanti. Malangnya Maria sudah tidak sedarkan diri. "Kenapa abang terima permintaan Kak Mar?"Siti mendongak kembali, menentang mata Azimin. Azimin tarik nafas panjang. "Kerana abang dah jumpa calon yang sesuai..."Balasnya lambat-lambat. "Siti?"Dia mengangguk. "Tapi abang baru saja jumpa Siti. Abang belum mengenali Siti..." "Sebab itu abang ingin kenal Siti lebih dekat lagi. Bila Kak Mar cadangkan abang supaya berkahwin lain, abang tak nak fikirkan sangat. Lagipun, abang tak jumpa lagi ora ng yang sesuai untuk menjaga anak-anak abang. Tapi, abang kasihankan Maria....."Dia melemparkan panda ngan ke luar. "Abang tak nak lukakan hati dia, tapi dia yang mendesak abang supaya berka hwin lain. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan abang......" "Tapi, abang tidak mencintai Siti bukan?"Siti memberanikan diri bertanya. Dia me mandang Azimin, mencari reaksi lelaki itu. Azimin gigit bibir. Dia merenung Siti lama. B ibirnya mengukir senyuman. "Siapa kata?"Siti diam. Hatinya jadi tidak keruan. Dia jadi tidak berani menenta ng wajah lelaki itu. "Cinta boleh dipupuk, Siti. Yang pasti, abang sukakan Siti sejak pertama kali ju mpa Siti di airport dulu....."Sambungnya, tersenyum nipis. Siti memeluk Fifi erat. Sambil itu direnungnya wajah Maria yang tidur lena. Seti ap kali memandang wajah itu, dia jadi serba salah. Dia tidak tahu adakah keputusannya it u betul atau sebaliknya. Dalam keadaan Maria begini, adakah dia patut meneruskan permintaanny a itu. Adakah wajar? Ah...Kak Mar...sedarlah cepat. Banyak perkara yang Siti ingin katakan ini ! Pintu diketuk dari luar, dan mereka serentak mengalih pandangan. Wajah Wari yang terjengol di muka pintu, sedikit mengejutkan Siti. Pandangan mereka bertembung, dan Siti liha t ada kekerutan pada

wajah lelaki itu. Wari masuk, tersenyum tawar. Nyata, dia sendiri gamam melihat dua manusia di bilik itu. Hatinya jadi berdebar. Sudah lama rasanya dia tidak berbicara dengan Siti. Dan kali ini mereka bertemu semula, tetapi dalam suasana yang sungguh tidak disangka. Kenapa Siti be rada di sini? Adakah dia menemani Didi dan Fifi atau Azimin sendiri. Hati Wari jadi geram tiba-tiba. Cepat-cepat pandangannya dialihkan kepada Azimin. Perlahan dia mendekati lelaki itu. "Ri dengar Kak Mar jatuh kat bilik air tadi?"Suaranya mendatar. Azimin menganggu k. "Subuh tadi, abang tengah tidur masa tu...dia ke bilik air..."Balas Azimin. "Macamana keadaan dia?" "Belum sedar lagi....tapi doktor kata tak berapa bagus...."Wari menghela nafas. "Mama tak ikut sekali?" "Petang nanti abang ambil dia....pagi ni biarlah Mama rehat je...kau dari mana n i?"Wari duduk di sebelah Azimin. Pandangannya terarah kepada Siti. Siti cuba tersenyum tapi tiada balasan. "Dari ofis...." "Kau kemana semalam? Mama cakap kau tak balik rumah?"Azimin berkerut memandang W ari. Wari terdiam seketika, memainkan hujung jarinya. Seperti keberatan dia untuk men jawab. "Tak kemana..."Balasnya malas. "Lepak rumah member jap...." "Abang ingat tak balik ofis ari ni...nanti Wari tolong jumpa Mr. Hendra, suppose d abang ada appointment dengan dia hari ni..."Wari tidak menjawab. Hanya matanya yang tancap memandang Siti. Sehingga Siti jadi serba salah sendiri. Tak sanggup rasanya dia bertentang mata dengan lelaki itu. Perasaannya bergejolak. Kalau ikutkan hati, dia ingin keluar saja dari bilik itu . Tak mahu dia berhadapan dengan kedua-dua lelaki ini. "Siti buat apa kat sini?"Wari bersuara semula. "Abang ajak dia tadi. Temankan Didi dan Fifi ni...."Azimin membalas. Wari hanya tersengih. Dia menggeleng kepala beberapa kali. ********************************* "Kak Mar tu dah gila ke Ma?"Wari bangun dari kerusi. Hatinya panas, bagai disimb ah dengan api. "Kenapa ni, Wari?"Mak Ungku pandang wajah Wari yang memerah. Terkejut dia bila t iba-tiba Wari masuk ke bilik dan marah-marah begitu. Semalaman dia tidak pulang ke rumah, bali k-balik terus meninggikan suara. "Wari dengar Azimin nak kawin dengan Siti?"Wari berpaling, menatap wajah ibunya. Mak Ungku mengeluh. "Betul ke Ma?" "Kenapa Ri tak tanyakan sendiri pada Maria?" "Wari pergi ke hospital tadi. Kak Mar belum sedar lagi. Lagipun Azimin dengan Si ti pun ada kat sana...." "Habis tu, kenapa tak tanyakan pada Azimin?"Wari mendengus. "Saya nak tanya pada Mama...betulke diorang tu nak kawin?"Wari berganjak ke arah Mak Ungku. "Emm....dah Maria yang minta begitu..." "Tapi, kenapa?" Mak Ungku menggeleng. Dia sendiri sukar untuk menjawabnya. Biarlah Maria saja ya

ng menerangkan kepada adiknya ini. "Takkan Kak Mar senang-senang bagi Azimin kawin. Kak Mar kan tengah sakit..." "Wari...."Mak Ungku sentuh bahu Wari. "Ini atas persetujuan Maria sendiri. Dia m ahu suaminya berkahwin lain. Maria dah lama sakit, Wari. Azimin pula perlukan seseorang yang dapat menguruskannya. Mama dah cuba pujuk Maria, tapi dia tetap bertegas. Dia mahu Sit i jaga anak-anak dia..." "Tapi kenapa Siti, Ma?" "Kenapa? Wari tak suka ke? "Mak Ungku renung sayu wajah Wari. Dia bagai dapat me neka hati anaknya itu. "Kenapa tak orang lain?" "Wari sukakan Siti?"Wari mendongak. Bibirnya kelu tiba-tiba. Dia tarik nafas pan jang. Kalaulah Mamanya tahu! "Kenapa Kak Mar sanggup bermadu?"Wari tekup muka dengan tapak tangan. Diraup waj ahnya beberapa kali. Yang sebenarnya, dia tidak kisah kalau Azimin ingin berkahwin lag i. Dia sendiri tahu, keadaan Maria yang tidak mengizinkannya untuk melayan suaminya. Tambahan, Maria sudah tidak mampu melahirkan zuriat. Sebagai lelaki, Azimin ada hak untuk berkahwini lain. T api kenapa memilih Siti. Bukankah ramai lagi perempuan lain yang boleh dijadikan isteri. Kenapa mes ti Siti? "Siti setuju?"Mak Ungku menggeleng. "Mama tak tahu..Wari tanyalah dengan Siti sendiri..." Wari tekup mukanya. Dia rasa benar-benar kecewa. Patutlah Siti menjauhkan diri d arinya. Ruparupanya kasihnya telah beralih arah. Andainya benar begitu! **************************************************** Maria menggenggam tangan Siti erat. Siti rasakan kedinginan tangan itu. Tapi hat inya sedikit gembira. Maria sudah mula sedar, dah bibir lesunya masih mampu mengukir senyuman walaupun tampak payah benar. Siti berganjak mendekatkan telinganya ke mulut Maria. Mulut Maria bergerakgerak membisikkan sesuatu. "Abang Min......" "Abang Min keluar makan, Kak Mar....dengan Didi dan Fifi..."Siti tersenyum. "Siti... tak makan?" "Belum...."Siti menggeleng. "Siti nak temankan Kak Mar. Tapi Siti dah minta aban g Min bungkuskan untuk Siti..."Siti urut-urut tangan Maria. Wajah Maria sudah tidak se pucat tadi. Maria merenung Siti lama. Air matanya mengalir menuruni pipi. Cepat-cepat Siti sapu de ngan tuala kecil. Renungan Maria begitu sayu, menusuk ke tangkai hati. Perlahan, dia menarik tanga n Siti ke dadanya. "Siti...janji...jaga Didi dan ....Fifi....ye.."Suaranya tersekat-sekat. "Kak Mar..jangan banyak cakap. Kar Mar masih lemah....akak rehat la dulu......"S iti membetulkan kedudukan bantal. Diperkemaskan selimut yang membalut tubuh Maria. "Siti...."Maria bersuara lirih. "Bila akak dah tak ada nanti.....Siti jaga Didi...Fifi...abang Min.." "Syyyy...."Siti menutup mulut Maria dengan jari telunjuk, menggeleng kepala. "Ka k Mar jangan

bimbang...Siti akan jaga mereka..."Maria senyum. "Siti....terima abang Min..?"Matanya membesar, tampak keriangan pada riak wajah itu. Siti menggangguk. "InsyaAllah....."Balas Siti perlahan. Hanya itu yang mampu dia katakan. Dia tida k mahu hati Maria terlalu rungsing memikirkan perkara itu. Biarlah dia berkorban dan terima saja. Asalkan itu dapat menggembirakan Maria. "Terima kasih Siti..."Dia tersenyum gembira. Hati Wari sebal melihat barang-bara ng perhiasan yang tersusun cantik di ruang tamu. Ada gubahan bunga, kotak-kotal kecil berenda , dan mangkukmangkuk kaca yang berhias manik-manik halus. Semuanya tersusun indah. Menggamit setiap m ata yang memandang. Setiap kali pulang ke rumah, dan melihat semua itu, hati Wari ba gai disiat-siat. Dia jadi panas. Ingin saja dia menjerit memberitahu seisi rumah tentang hatinya. Ten tang marahnya. Tapi lidahnya kelu. Dia berasakan perasaannya begitu membuak, tapi semuanya hanya ter pendam. Ingin marah, tapi pada siapa. Pada Siti, atau Azimin, atau Maria sendiri? Sedangkan Si ti sendiri merelakan. Azimin apatah lagi. Maria pula, dia yang mencadangkan! Aggghhhh....apa haknya un tuk menghalang! Sakitnya hati melihat kemesraan mereka berdua. Saban petang bersama. Makan bersa ma. Keluar bersama. Tergamaknya mereka bersuka ria begitu dalam keadaan Maria terlantar di katil. Sampai hatinya mereka! Tidakkah mereka sedar, perbuatan mereka itu hanya akan mengguris perasaan Maria. Maria yang sedang berjuang dengan nyawanya, dan mereka berdua masih sempat kelua r mencari barang-barang perkahwinan mereka? Manusia apakah Azimin itu? Jenis suami apakah dia? Tidak terfikirkah dia pada saat-saat seperti itu tempatnya adalah di sisi Maria. Membe ri semangat dan katakata harapan kepada isterinya itu. Bukannya mengulit gadis lain, dan berseronok-seron ok begitu. Wari tidak percaya kalau Siti sendiri merelakan. Dia dapat merasakan perasaan Si ti yang berperang. Gadis itu tak sepenuhnya rela. Dia tahu. Dia tahu hati Siti masih pad anya. Sinar matanya masih seperti dulu, walaupun sengaja dielakkan. Walaupun dia tampak gembira bers ama Azimin. Tapi Wari yakin, semua itu pura-pura. Kenapa Siti harus mensia-siakan masa depan nya demi memenuhi permintaan orang lain? "Siti...."Wari nekad untuk mencelah masuk ke bilik Siti pada suatu pagii. Terkej ut gadis itu dengan kemunculannya. "Wari, kenapa masuk sini, tak manis kalau orang nampak...."Siti sedikit gelisah. Dia berganjak ke belakang. "Maafkan Wari.."Wari berdiri di tepi pintu. "Wari perlu bercakap dengan Siti.... " "Cakap apa...cepatlah...nanti Kartini nampak macamana..."Siti mengeluh. Wari men ghampiri Siti. Berdiri betul-betul di depan gadis itu. Wajahnya sedikit sayu, merenung tunak ke mata Siti.

"Kenapa Siti buat ni semua?" "Buat apa?" "Kenapa Siti korbankan perasaan Siti semata-mata untuk kebahagiaan orang lain?"S iti menunduk. Dia kertap bibirnya sampai sakit. "Kenapa Siti berubah?" "Siti tak berubah apa-apa pun...." "Termasuk perasaan Siti?"Wari mengeluh. "Wari tahu, perasaan Siti tak akan berub ah. Siti masih seperti dulu, hati Siti masih pada...." "Siti tak nak cakap pasal ni.."Siti berpaling. "Siti..."Wari tangkap pergelangan tangan Siti. Ada sedikit rontaan di situ. "Ber terus teranglah pada Wari. Siti tak akan mengahwini Azimin..."Siti menggeleng."Siti tidak cintak an Azimin bukan? Jangan ikutkan sangat permintaan Maria..." "Siti lakukan dengan kerelaan Siti sendiri..." "Mustahil!"Wari mendengus. Genggaman dilepaskan. "Mustahil Siti boleh cintakan A zimin sekelip mata." "Cinta boleh dipupuk, Wari....."Siti mendongak, kembali menghadap Wari. "Ohh...jadi sekarang ni tengah memupuk cinta dengan Azimin? Laki orang beranak d ua?"Wari menjuih. "Yang bininya tengah terlantar sakit, dan korang bersuka ria, membelahbelah...beli itu dan ini.." "Wari!"Siti meninggikan suara. "Siti lakukan ini semua demi Kak Mar sendiri..." "Ini namanya kerja gila! Tergamak Siti bermadu, menjadi bini ke dua. Menjaga ana k-anaknya... Siti merampas kebahagiaan orang lain..." "Terpulang pada Wari untuk cakap apa pun. Bagi Siti, ini pengorbanan Siti.." "Pengorbanan!"Wari ketawa sinis. "Pengorbanan apa kalau hanya melukakan perasaan sendiri, dan perasaan orang lain..." Siti mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air jernih. Dia rasa sakit hati, dah sedikit terguris dengan kata-kata Wari. Mengapa Wari tidak mahu faham. Dia lakukan ini d emi Maria, kakaknya juga. Kakaknya yang sedang menyabung nyawa. Dia bukan sengaja. Dia sendiri terse pit,dan sengaja melupakan segala keterpaksaan yang dia lakukan. Dan kini persiapan sudah mula di lakukan. Walaupun hatinya kadangkala terasa berat, tapi dia tidak dapat berpatah semula. Azimin pu n sudah beriya benar. Ada saja barang-barang yang hendak dibelinya. Bagai meraikan perkahwinannya yang pertama. Siti serba salah, tapi apa lagi yang boleh dia lakukan. Dia sudah menyatakan persetuj uan pada Maria. Mak Ungku juga sudah dimaklumi. Minggu depan, Azimin akan mengikutnya pulang ke kamp ung untuk bertemu kedua ibubapanya. Memohon restu mungkin. Entah apalah perasaan orang tua nya bila mengenangkan anak dara mereka yang bakal menjadi isteri kedua. "Siti..."Suara Wari bergetar, sedikit sebak. "Siti tahukan perasaan Wari...."Ter henti seketika. "Wari harapkan sesuatu dari hubungan ini..." "Anggap saja kita tak ada jodoh Wari..."Siti tarik nafas panjang. Hujung mata di seka sekali lagi. Dia tidak sanggup menentang wajah Wari. "Jodoh kita kuat Siti...Wari dapat rasakan..."

"Sudah lah Wari. Jangan keruhkan lagi keadaan....semuanya dalam persiapan sekara ng..."Siti berpaling ke pintu. Dia menunggu kalau Wari bersedia untuk keluar. "Sampai hati kau Siti..."Bisik hati Wari pedih. Dan itu adalah kali terakhir dia bertemu Siti. Selepas itu, rumah besar ini suda h tidak bermakna lagi baginya. Bahang panas yang wujud dalam hatinya makin hari makin membengkak. Dia benci tiap kali melihat kelibat Azimin. Dia benci pada Maria dan Mama yang tidak mahu faham perasaannya. Dan pada Siti pula, dia jadi benci dengan pendirian gadis itu. Terlalu mudah goyah h anya kerana budi dan simpati. Simpati pada Maria bukan begini caranya. Tidak perlu berkorban jiwa rag a dan perasaan untuk membalas budi yang tidak seberapa. Dia ada hak yang perlu dipertahankan. Sukar b enarkah untuk berkata 'tidak'. Hanya kerana simpati, semua permintaan harus dituruti? Biarlah mereka mencarinya. Biarlah mereka risau dengan kehilangannya. Sudah semi nggu dia tidak pulang ke rumah, dan urusan pejabat juga sudah lama dia tinggalkan. Biarla h Azimin saja yang menguruskan. Biarlah semuanya dikuasai lelaki itu. Dia sudah tidak peduli lagi. Perkahwinan mereka juga, tidak akan dia hadiri. Wari sudah bulat hati. ****************************** Airmata Siti mengalir lagi. Rindunya dia pada Wari, hanya Tuhan yang satu. Sesek ali perasaan itu menusuk dalam hatinya. Sudah seminggu lamanya dia tidak melihat wajah lelaki itu . Kecewakah dia? Patah hatikah dia? Tidak mahu kembali lagikah dia ke rumah ini. Sudah seminggu M ak Ungku cuba menghubungi. Lisa juga keluar untuk mencari. Kawan-kawan lamanya juga tidak tahu kemana Wari pergi. Kenapa sampai jadi begini? Besar benarkah perasaan Wari terhadapnya, sampai dia nekad bertindak begini? Kua t benarkah hatinya untuk dia? Kenapa Wari mesti menghilangkan diri? Kenapa buat tindakah bo doh begini? Siti naik bingung bila memikirkan hari-hari bahagianya yang akan menjelang tiba. Semakin m endekat, semakin tak keruan hatinya. Kadang-kadang dia fikirkan betapa tidak patutnya pernikahan itu dijalankan sedangkan Maria masih terlantar. Walaupun Maria sendiri telah mengizinkan, dan b erkali-kali meminta pernikahan dijalankan, sebelum apa-apa yang buruk berlaku terhadapnya. Sebelum a jal menjemputnya. Mengapa Maria terlalu yakin pada ajalnya itu? Bukankah manusia dilarang untuk be rputus asa. Bukankah manusia digalakkan berusaha selagi terdaya. Siti sedar, setelah beberapa minggu cuba mengenali Azimin, perasaannya tetap sam a. Tetap seperti dulu. Dia telah cuba untuk menyukai lelaki itu. Walaupun sedikit dirasak an penerimaan terhadap lelaki itu, dia masih tidak dapat mengikis nama Wari dari hatinya. Ternyata lela ki itu sendiri tahu akan perasaannya. Cuma dia yang tidak mahu mengakuinya. Dia berpura-pura menjauhkan d iri dari lelaki itu. Cuba melupakannya. Tapi ternyata dia tidak pernah berjaya membuangnya. Perasaan itulah yang pertama kali tumbuh dalam hatinya.

Wari, maafkan aku.... Minggu ini, minggu terakhir dia di sini. Selepas itu dia akan pulang ke kampung. Melakukan persiapan terakhir sambil menanti hari bersejarahnya. Dan kemudian dia akan kemb ali ke rumah ini semula. Bukan sebagai babysitter, tetapi sebagai isteri Azimin, ibu kepada Didi dan Fifi. Siti sendiri tidak pasti apakah warna hari-hari mendatangnya nanti. Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 19 Hujan masih turun. Sebentar tadi masih renyai, dan kini sudah mula mencurah. Ada petir yang mendesingkan telinga di luar sana. Siti tarik nafas panjang. Nafasnya jadi sesak . Kalaulah dia tahu akan hujan begini....tidak akan dia jejak kaki di situ. Tidak akan dimintanya Pak Ami n pulang ke rumah dulu. Perginya pun bukannya lama. Apa salahnya dia minta saja Pak Amin tunggu dia di l uar. Tidaklah dia perlu meredah hujan pagi-pagi begitu. Bayang teksi yang ditunggu-tunggu pun tida k kelihatan lagi. Siti jadi keresahan sendiri. Dia memang bercadang untuk singgah di situ. Sebelum pulang ke kampung esok lusa, dia ingin beli sedikit barang untuk emak di kampung. Sebab itu, pagi tadi selepas menghant ar Didi dan Fifi ke sekolah, Siti minta Pak Amin hantarkan dia ke pasaraya tersebut. Dia berpesan ke pada Pak Amin supaya tidak perlu menunggunya. Dia boleh dapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Bukanny a jauh sangat. Lagipun, Lisa pernah mengajarnya pulang ke rumah menaiki teksi. Rasa-rasanya dia masih ingat selok belok jalan yang perlu dilalui. Beberapa orang yang masih beratur didepannya, sedang sabar menunggu giliran. Sit i mengangkat kainnya tinggi-tinggi. Percikan hujan membasahi hujung kaki. Sebuah teksi berger ak perlahan di depannya. Cepat-cepat Siti berlari anak membuka pintu. Nafas ditarik lega sebaik berada di dalam perut teksi. "Bukit Antarabangsa.."Dia bersuara perlahan sebaik teksi bergerak. Matanya terta ncap ke arah bintik-bintik halus di cermin tingkap. Mengkaburi pandangan. Perlahan dia menyan darkan tubuhnya, sambil tersenyum lega. Fikirannya sedikit lapang kini. Sampai di rumah nanti, di a ingin menelefon Azimin, memaklumkan kepada lelaki itu yang dia telah pun selamat sampai di rumah . Tidak perlulah Azimin menjemputnya petang nanti. Kerana pada awalnya Siti bercadang untuk ke ru mah Kak Melah selepas membeli barang dan Azimin pula ingin menjemputnya di rumah Kak Melah pet ang nanti. Tapi Siti jadi risau pula dengan hujan yang semakin lebat itu. Dia bercadang untuk pu lang saja. Malam nanti, dia boleh telefon Kak Melah untuk datang mengambil barang-barangnya. Dua minggu dia akan bercuti dan pulang ke kampung. Ahh....segala-galanya terasa begitu pantas dan janggal. D apatkah dia berhadapan dengan semua kejanggalan ini? Wajah Azimin yang redup dan sentiasa tenang itu, menggamit perasaan. Walaupun sa mpai saat

ini Siti sendiri tidak tahu perasaan apakah yang ada dalam hatinya.Sukakah. Benc ikah. Atau terpaksa....dia sendiri keliru. Dia sudah melangkah dua tapak ke hadapan dan unt uk berundur walau setapak pun dia sudah tidak mampu. Cinta dan kehidupannya telah diatur kini. Har i-hari bahagianya akan menjelang tiba. Kalau itulah yang dikatakan bahagia. Dia tidak tahu kenapa dalam hidupnya selalu diberi pilihan yang tidak adil. Memilih atau tidak, keadaannya tidak banyak beza . Terima atau tolak, kedua-dua pasti menjerut lehernya juga. Kalaulah dulu dia terima saja lamaran Hu zair. Tidak perlu dia menghadapi semua ini. Mungkin saat ini dia juga sedang menanti hari bahagia. Bez anya dengan Huzair, yang terang-terang mencintainya. Bukan dengan Azimin yang dia sendiri tidak tahu hati budinya. Ikhlaskah dia. Relakah dia. Atau semuanya dilakukan untuk memenuhi hasrat Maria semata-mata. Adakah masing-masing terpaksa? Teksi terus meluncur laju, dengan keadaan hujan yang semakin lebat. Siti memeluk tubuh, cuba mengimbangi kedinginan penghawa dingin. Sesekali dia memejamkan mata. Membayangk an wajahwajah yang berada disekelilingnya. Wajah-wajah yang menuntut pengorbanannya. Wajah pen gharapan. Wajah Wari yang muncul, menyapu semua wajah. Rindunya pada Wari, tapi apalah gun anya dia menyimpan perasaan itu lagi. Semuanya sudah tidak bererti. Apa yang mampu dia la kukan, cuba sedaya upaya mengalihkan perasaannya dari Wari kepada Azimin. Kalaulah itu yang mampu dia lakukan. Teksi berhenti depan rumah. Siti membayar tambang, lantas buru-buru keluar. Nasi b baik dia bawa kunci rumah. Kalau tidak, berhujanlah dia diluar. Mak Ungku dan Maria pasti masih belum terjaga. Hujan-hujan begini alangkah seronoknya dapat melengkar bawah selimut. Sampai ke tengahari pun tak apa. Siti masuk ke ruang tamu dengan kaki dan kain yang masih basah. Dia menjeng ket ke dapur, mencari alas kaki. Tubuhnya sedikit menggigil, cepat-cepat dia masuk ke bilik, m encapai tuala. Diserkup rambutnya yang masih menitiskan manik-manik jernih. Pakaian dilucutkan satu pers atu. Hanya tinggal tuala membalut tubuh. Dia mencapai kain batik lalu disarungkan ke tubuhnya. Huja n-hujan begini memang sejuk hendak mandi. Tapi dia selalu ingat pesan emak dulu-dulu. Kalau ditimpa hujan, jangan lupa mandi dan cuci kepala bila pulang ke rumah. Sup aya tidak diserang demam atau pening. Siti ingin cepat-cepat mandi dan naik ke atas menjen guk Mak Ungku dan Maria. Keadaan Maria yang masih tidak berubah sejak keluar dari hospital semingg u yang lalu. Malah semakin melarat sampai makan dan minum pun terpaksa disuap. Siti baru teringat p agi itu dia belum sempat memasak bubur untuk Maria. Entah Kartini sudah sampai atau belum. Mungkin belum kerana hujan lebat di luar. Biasanya kalau hujan lebat begini, Kartini akan telefon mem inta Pak Amin datang menjemput. Tapi pagi ini, Siti sendiri tidak perasan samada Pak Amin sudah pulan

g ke rumah atau belum. Dalam keadaan terkocoh-kocoh tadi, dia tidak sempat melihat ke garaj kere ta, kalau-kalau ada kereta yang selalu dipandu Pak Amin. Yang dia yakin, kereta Azimin tidak ada, ke rana dia sendiri yang melihat lelaki itu telah ke pejabat pagi-pagi tadi. Siti mengutip pakaian basahnya. Bakul kain kotor yang separuh penuh, di pikul te pi pinggang. Rasanya pakaian kotor tersebut perlu cepat dibasuh. Mana tahu esok lusa hujan la gi. Bila masa pula dia hendak menjemurnya. Hujung minggu pula sudah pulang ke kampung. Kak Melah yang d iharap untuk membawa beg-beg pakaiannya pulang ke kampung entah kan datang atau tidak. Siti k eluar dari bilik, menuju ke dapur. Bilik air terletak bersebelahan dapur, harus melewati bilik kec il yang dikhaskan untuk pembantu rumah. Bilik tersebut memang tidak ada penghuninya, tetapi Kartin i menjadikannya sebagai bilik persalinan. Kadang-kadang Siti lihat Kartini tidur di bilik terseb ut waktu tengahari selepas siap memasak. Bilik tersebut walaupun hanya untuk orang gaji, tetapi luas dan le ngkap dengan perabutnya. Tidak banyak beza dengan biliknya sendiri. Siti memperlahankan langk ahnya. Matanya melingas, melihat cahaya samar-samar dari celah pintu yang tidak tertutup rapat. Deru hujan membataskan pendengaran. Tapi dia bagaikan dapat menangkap suara-suara lirihan d ari arah pintu sana. "Kartini sudah sampai ke?"Bisik hatinya. Diletakkan bakul kain di atas lantai de pan pintu. Suara mendesah semakin jelas. Hati Siti jadi berdebar. Tangannya terketar saat mengham piri pintu. Lirihan halus berselang seli rengekan kecil. Jelas sekali. Siti berdiri sejenak. Menatap daun pintu seketika. Dia nekad. Pintu ditolak sekuat hati sambil mata dipejamkan. Takut pada apa yang bak al dilihat. Dua tubuh tanpa seurat benang sedang bergelut di atas katil sana. "Ya Allah!" Jeritan kecilnya mengejutkan tubuh yang sedang bersatu itu. Siti ter gamam. Kartini menolak tubuh Azimin yang sedang menindihnya. Dia buru-buru mencapai pak aian dan bergegas menutup tubuhnya. Azimin pula langsung tidak bergerak. Dia terkaku deng an wajah pucat. Siti menggeleng. Tidak sanggup dia menunggu lagi. Bakul kain tersepak oleh kakin ya. Dan pakaian basah jatuh berselerakan. **************************************************** Biarlah apa mereka nak kata! Sudah dua hari Siti berada di sini. Memerhatikan an ak-anak ikan yang meliuk di permukaan air jernih. Anak-anak ikan yang tetap sama seperti dulu . Sama seperti waktu dia di situ, bersama Huzair. Ah...Huzair.Terlalu lama rasanya dia tidak berpampa san dengan anak muda itu. Menghilang teruskah dia? Tidak mahu kembali lagi ke kampung ini lagikah dia ? Ahh...perlu apa dia kembali. Tempat ini tidak punya apa-apa. Hanya anak ikan dan air sungai yang men galir jernih. Hanya pohon jambu yang saban hari menggugurkan daunnya yang kering. Hanya semut-semut hitam yang

berderet di celah-celah daun kering. Pun semua itu tidak mendamaikan lagi saat d ia telah pergi. Huzair tidak perlukan semua ini, cintanya telah dibawa pergi. Biarlah emak mencarinya. Atau Shidah dan Murni yang mengejarnya. Dia bukannya ke manamana. Dia cuma di sini. Di bawah pokok, di tepi sungai. Batu tempat dia berpijak dulu pun sudah banyak berlumut. Sudah hijau dan berbau hamis. Kalau berdiri di situ boleh jatuh tergelincir. Jatuh terhempas bagai hatinya saat itu. Siti tidak tahu perasaannya. Dia tidak sedih atau kecewa. Cuma dia rasa sedikit bingung dengan tindakannya. Tapi, apa lagi yang boleh dia lakukan? Meninggalkan rumah besar itu tanpa pesanan, mungkin satu-satunya tindakan paling awal dia fikirkan. Cukup dengan sekeping su rat, rasanya dia tidak mahu jejak kaki lagi ke rumah itu. Hatinya tekad. Dalam hujan yang menggila itu, dia capai barangbarangnya. Sumbat semua pakaian yang ada. Dia dengar suara Azimin memanggilnya. Tapi perset an! Dia tidak cemburu. Dia tidak cemburu melihat Azimin mengulit perempuan itu. Tapi dia begitu geram. Marah dan rasa terhina. Menyaksikan pelakuan munafik itu, mungkin akan menjadi s alah satu perkara jijik dalam hidupnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana lelaki kotor itu harus menjadi suaminya. Biarlah berbuih mulut emak bertanya, dia tetap dengan keputusannya. Biarlah wala u kad jemputan telah dilayang. Dia tidak akan melalui hari pernikahan tersebut. Semuan ya batal! "Tinggal dua minggu lagi, Siti....semua persiapan dah dilakukan....kad dah edar. ."Mak Jah menggeleng kepala. Sudah kering tekaknya memarahi Siti. "Ampunkan Siti, mak...Siti tak nak!" "Tapi kenapa?" "Siti...."Dia terhenti. Tidak berani untuk berkata-kata lagi. Biarlah semua orang tertanya-tanya. Semua orang membenci tindakannya. Dan walaup un dia tahu tindakannya itu hanya akan memalit rasa malu kedua orang tuanya, tapi rasan ya itu saja jalan terbaik baginya. Biarlah orang kampung mengata. Dia lebih rela mendengar itu sem ua dari berhadapan dengan lelaki dua muka itu. Tapi hari-hari melihat wajah sugul emaknya, Siti jad i tak sampai hati. Melihat mata berkaca orang tua itu, Siti jadi bersalah yang amat sangat. Lantas suatu pagi, Siti mendapatkan emaknya yang sedang termenung atas pangkin bawah pokok nangka. Didak apnya tubuh tua itu sepenuh hati. Air mata luruh di pipi tua Mak Jah. "Maafkan Mek Ti, mak....."Siti hela nafas lega, sebaik dia selesai bercerita. Te rasa ringan kepalanya setelah apa yang terpendam diluahkan. Mak Jah mengangguk lemah. "Maafk an Mek Ti kerana malukan mak...bapak..." "Tak Siti....Siti tak malukan siapa-siapa..."Mak Jah peluk tubuh Siti erat-erat. Dia faham. Dia faham perasaan anaknya. Dia tidak kisah, walau berhabis wang harta, walau tebal muka dikata. Siti tidak jadi kawin, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah dia sekeluarga menanggung malu seketika daripada

membiarkan Siti menderita. ******************************* Telefon masih berdering lagi. Siti panggung kepala. Malas rasanya dia hendak men capai gagang telefon tersebut. Dia menutup matanya kembali. Seminggu memerap di rumah, tanpa membuat apaapa terasa bosan juga. Petang-petang begini, kalau tak ke kebun ubi emak, dia lebih suka melelapkan mata. Ke padang pun dia sudah jarang-jarang. Dia tidak ada semangat untuk menemu i sesiapa. Dia tidak mahu mereka terus-terusan bertanya. Bertanya tentang kisah cintanya mungki n. Ahh...cinta apa! Matanya redup, merenung kepingan kad warna merah jambu yang tertulis cantik nama nya. Kad harum yang bertulisan perak itu, ditempah khas oleh Lisa sebulan yang lalu. Suda h habis diedarkan kepada orang kampung. Saudara mara juga pasti telah menatapnya. Cantik. Mungkin itu pandangan mereka. Tapi apalah gunanya. Tiap kali mendengar bapanya menelefon saudara mara seorang demi seorang, memaklumkan pembatalan majlis tersebut, terasa bagai ingin luruh jantun g Siti. Kalau boleh biarlah dia saja yang menanggungnya. Tak sanggup rasanya menatap wajah kedua ora ng tuanya dan membiarkan mereka menanggung sama. "Bapak akan teruskan juga kenduri tu...."Pak Seman bersuara, memecah kesunyian, sewaktu mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok nangka semalam. "Orang kampung pun dah dijemput...tak baik pulak rasanya nak batalkan macam tu a jer..."Siti terkebil-kebil menatap wajah bapanya. "Habis tu, macamana bang.....nak teruskan jugak?"Mak Jah mendengus. "Kita buat k enduri aje...makan-makan, jamu orang kampung makan. Apa salahnya....macam kenduri kesyu kuran tu. Lagipun, barang-barang dapur pun banyak yang dah dibeli, kan.."Pak Seman tarik n afas panjang. "Daripada membazir, biarlah kita bersedekah" Siti gigit bibir sampai sakit. Hatinya menangis, siapalah yang tahu! Syukurlah k edua orang tuanya memahami. Deringan telefon menyentap lamunan. Masih tidak berhenti rupanya. Siti mengeluh. Dia bangun lambat-lambat menghampiri meja telefon. Gagang telefon diangkat perlahan. "Hello" "Kak Siti, assalamualaikum!"Siti tersenyum tawar. Dia kenal suara itu. Lisa yang tidak jemu-jemu menelefon. Memintanya kembali ke Kuala Lumpur. "Lisa, ada apa?" "Kak Siti...."Ada sendu dihujung talian. "Kenapa Lisa?"Hati Siti berdebar. "Kak Siti balik sini ye. Kak Mar dah meninggal...." Gagang hampir terlepas. ******************************** Sayu hati Siti melihat Mak Ungku yang masih tidak berganjak. Air matanya terus-t erusan mengalir. Lisa di sisi memeluk erat Mamanya. Dia teresak sama. Siti berdiri agak jauh. Dia hanya memerhatikan saja. Dalam hati dia rasa sedikit bersalah. Menurut Lisa, sebaik Si ti meninggalkan rumah,

keadaan Maria semakin tenat. Dia begitu sedih dengan tindakan Siti. Bila ditanya pada Azimin, lelaki itu pula hanya membisu. Dua hari Azimin hilang sampai Maria menghembuskan nafasnya. Dan hari ini untuk kesekian kalinya dia berhadapan dengan lelaki itu. Hati Siti jadi panas. I ngin saja dia menampar muka lelaki itu. Geram hatinya bukan kerana Azimin berpura-pura dengannya, tetap i kerana sikap Azimin yang curang pada isterinya. Kesian Maria. Sampai ke mati dia tidak tahu p erangai setan suaminya itu. Dan Azimin pula masih bersikap selamba. Bukannya mahu minta maaf a tau pun menyesal. Mahu saja Siti menghebahkan nya pada semua orang. Biar satu keluargany a tahu. Kalau ikutkan, berat hatinya untuk sama-sama menziarahi pusara itu. Dia tahu pan dangan sinis Mak Ungku dan Lisa terhadapnya. Lebih-lebih lagi renungan tajam lelaki di sisi M ak Ungku itu. Wari! Ahh...lelaki itu telah muncul kini. Lama rasanya dia tidak menatap wajah lelaki itu. Yang kini sudah ditumbuhi roma-roma kasar. Berceratuk di wajah yang dulu bersih. Tiada secalit s enyuman pada bibirnya, tatkala pandangan mereka bertaut. Terasa ingin pecah dada Siti menahan rasa. Berat kakinya melangkah, namun dipaksakan juga. Tatkala menjejaki semula rumah b esar tersebut, Didi dan Fifi yang melihat terus menerpa ke arahnya. Siti peluk dan ku cup kedua anak kecil itu. Kemudian mereka sama-sama masuk ke dalam rumah. "Saya minta maaf, Mak Ungku..."Siti capai jemari Mak Ungku. Dikucupnya lama. Mak Ungku diam, tiada reaksi. Hati Siti hiba tiba-tiba. "Saya tak terniat nak khianat pada Mak Ungku sekeluarga....saya..." "Dah la tu..tak payah nak menangis-nangis pulak. "Wari menyampuk tiba-tiba. "Sek ejap nak, sekejap tak nak. Tiba-tiba je hilang macam tu ajer....sampai Kak Mar tu mati dib uatnya..." "Wari...."Mak Ungku bersuara. "Kalau dari dulu cakap tak nak kan senang. Tak payah Mama sibuk-sibuk nak buat n i semua. Ini, bila semua benda dah beli, persiapan dah dibuat tiba-tiba dia cabut macam tu aje ....menipu namanya tu Ma..."Suara Wari keras. Siti geleng kepala. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba meng awal debaran di dada. "Saya akan pulangkan semua barang-barang...ganti rugi..." "Tak payah. Mama sedekah aje!"Wari mendengus. "Wari...cubalah dengar dulu apa Siti nak cakap...."Mak Ungku mengeluh, menggelen g kepala. "Nak cakap apa lagi Ma.....dah dia tak nak kawin. Sebab perangai dia la....Kak M ar kecewa, terkejut...terus...." "Wari!"Suara Mak Ungku meninggi. Direnungnya Wari tajam. "Kalau dia tak lari dari rumah hari tu, Kak Mar tak jadi macam ni, Mama...." "Maria meninggal bukan kerana Siti, Wari...." "Tapi Kak Mar terus tenat bila dapat tahu Siti cabut dari rumah hari tu....hilan g macam tu ajerr....Kenapa tak jumpa Kak Mar cakap terus terang....kenapa tipu Kak Mar..." Air mata Siti tumpah juga. Cepat-cepat disekanya. Dia tidak berani menatap wajah Wari. Rasa

malu, bersalah dan entah apa-apa lagi. Kerdilnya dirinya dirasakan saat itu. Bag ai pesalah menanti hukuman. "Kenapa Siti keluar rumah tanpa beritahu. Semua orang cari Siti....kami betul-be tul terkejut Siti..."Mak Ungku bersuara, lembut. Siti angkat kepala. Menatap wajah Mak Ungku yang tenang tetapi sedikit sugul. "Ada yang tak kena ke, sampai Siti balik kampung tiba-tiba....tak bagitahu Makci k, atau Lisa..." Siti diam. "Siti ada masalah....cuba bagitahu Makcik..."Siti geleng kepala. "Saya terpaksa batalkan perkahwinan saya dengan Abang Min, Mak Ungku...." "Tapi kenapa?"Mak Ungku mengeluh. "Kenapa dulu Siti terima, sekarang Siti batalk an pula? Ada apa-apa yang tak kena ke?" "Tak ada apa-apa Mak Ungku. Saya yang berubah fikiran...." "Uh...senang-senang je ubah fikiran. Dia ingat kerja kawin ni kerja main-main... boleh buat dan batal sesuka hati?"Wari menyampuk. Dia bangun, meluru ke luar. Langkahnya pantas , tidak menoleh lagi. Mak Ungku menggeleng. "Siti ada masalah dengan Azimin ke?"Siti geleng lagi. "Mak cik tanyakan Azimin, dia kata tak ada apa-apa pula...." Memanglah tak ada apa-apa. Mana lelaki itu nak mengaku! Mahu s aja Siti buka mulut tentang kecurangan Azimin dengan Kartini. Kartini! Mata Siti melingas . Sejak di tanah perkuburan tadi Siti tidak nampak pula kelibat wanita seberang itu. Sudah berhen ti kerjakah dia? Atau sengaja tidak mahu menonjolkan diri? Takut kisahnya didedahkan? Kenapa Azimin me layan perempuan itu? Tidak cukupkah keizinan Maria untuk berkahwin lain, sampai dia perlu melalu i pintu belakang begitu? Ah...Azimin, wajah kacak itu penuh dengan kepuraan.Kalaulah Maria tahu! Tapi Maria pun sudah tiada. Sudah pergi membawa penderitaannya. Dan kini, dia yang menanggung segalagalanya. Bukan niatnya untuk menyeksa Maria begitu. Dia tidak tahu ajal Maria akan sampai selep as dia keluar dari rumah itu. Bukan dia penyebabnya! "Kalau ada masalah...cerita pada makcik.....jangan pendamkan Siti...."Mak Ungku elus rambut Siti. "Siti cuma harap Mak Ungku sekeluarga tak salahkan Siti atas kematian Kak Mar... " "Siti, makcik tak pernah beranggapan begitu. Maria meninggal kerana ajalnya suda h sampai. Siapa-siapa tak boleh pertikaikan. Cuma makcik nak tahu, kenapa Siti tiba-tiba b atalkan pernikahan dengan Azimin. Siti kan tahu, Didi dan Fifi perlukan kasih sayang seorang ibu."S uara Mak Ungku begitu lembut. "Siti tak dapat nak tunaikan permintaan itu. Siti minta maaf..." "Tapi kenapa Siti?"Mak Ungku menghela nafas. "Errr....Siti belum bersedia untuk kawin...."Siti menggeleng. Wari dihujung pintu, menjuih bibir. Sakit betul hatinya pada gadis itu! Tuesday, June 06, 2006 Bukan Cinta Biasa - Part 20 (Finale) Dia sakit hati. Sakit hati melihat wajah gadis itu. Tapi dia bukan membenci. Tid

ak. Sesekali tidak pernah terlintas rasa benci dalam hatinya. Walaupun Siti telah pernah melukakan hatinya. Dia sakit hati kerana setelah susah payah dia mengubat luka, tiba-tiba pula Siti membatalkan ha sratnya. Kenapa tidak dari dulu lagi dia menolaknya? Kenapa setelah dia hampir putus asa, benar-benar kecewa, gadis itu bertukar fikiran tiba-tiba dan membatalkan perkahwinannya. Kenapa Siti perlu men yakiti hatinya dengan berdolak dalih begitu. Bukankah mudah kiranya dia menolak perkahwinan itu dari awal-awal lagi. Banyak perkara dapat dielakkan. Dan mungkin Maria dapat diselamatkan. Mung kin Maria tidak akan kecewa. Tapi............ahh...kematian Maria bukan disebabkan Siti. Tak pat ut dia menyalahkan gadis itu begitu. Tetapi tindakan Siti telah meninggalkan kesan yang tersendiri. Wari sendiri tidak tahu apa muslihat Siti, menerima kemudian menolaknya. Seolah perkahwinan itu satu permainan. Atau hatinya tidak pernah tetap pada keputusan. Cintanya bol eh berubah dalam sekelip mata? Atau dia sengaja mempermainkan Maria, Mama ataupun Azimin? Kesian Mama, yang terpaksa menanggung malu. Nasib baik kad masih belum diedar lagi. Sebetulnya Mam a memang ingin melakukan upacara pernikahan itu secara kecil-kecilan kerana ia merupakan pernik ahan kali kedua Azimin, tetapi pastinya perkara seperti itu juga telah dihebahkan kepada rakan-r akan atau saudara mara terdekat. Jadi, bagaimana harus mereka sekeluarga menghadapi semua itu. Dan satu lagi yang menjengkelkan Wari. Sikap Azimin sendiri. Kalau dulu, dia yang beriya-iya, berse tuju untuk mengahwini Siti. Tetapi kini, hanya berdiam diri. Langsung tidak menghalang keputusan Siti. Malah, bila ditanya, dia seolah cuba mengelak diri. Apa yang terjadi antara mereka sebenarnya? Wari jadi bingung sendiri. Walaupun dalam hati dia sedikit lega kerana akhirnya Siti tidak menjadi milik Azimin, tetapi dalam masa yang sama dia juga sebal dengan sikap Siti yang tidak menentu itu. Dia kecewa kerana Maria telah pergi. Tanggungjawab yang besar kini tertanggung di ba hunya. Untuk menguruskan keluarga, lebih-lebih lagi syarikat arwah bapanya. Semuanya dalam se kelip mata berpindah kepadanya. Kalau dulu, semasa Maria terlantar dia masih mengharap agar Maria sembuh dan meneruskan usahanya mengembangkan syarikat. Tetapi kini, tiada siapa lagi yang b oleh diharapkan selain darinya. Azimin pula, kedudukannya samar-samar. Setelah Maria meninggal, Wari tidak tahu kedudukan Azimin. Adakah dia masih berhak menguruskan syarikat itu, sedangkan se tahu Wari, Azimin tidak punya apa-apa saham di dalam syarikat, selain dari ihsan Maria yang member i jawatan selesa kepada suaminya itu. Walaupun ikatan kekeluargaan mereka tidak akan putus kerana Azimin tetap abang iparnya, Fifi dan Didi tetap anak saudaranya walaupun suatu hari nanti ana k-anak kecil itu akan memperoleh ibu baru. Dan Wari tahu, bukan Siti yang akan mengambil tempat itu. ***************************** "Siti nak ke mana ni? " Mak Jah cepat-cepat menghampiri Siti yang sedang menyaru

ng selipar. "Mek Ti nak pergi rumah Shidah, Mak. "Siti angkat muka. "Mek Ti nak tidur kat sana" "Kenapa nak tidur kat sana pulak. Tidur je la kat rumah. Mak Ngah baru sampai tu ..."Siti tarik nafas panjang. Tangannya mengepit beg plastik warna hitam. "Siti tak nak la duduk rumah, Mak. Nanti macam-macam diorang tanya. Apa Siti nak jawab?"Balas Siti perlahan. Mak Jah mengeluh. Mulutnya sendiri dah berbuih memberi alasan. Setiap pertanyaan yang singgah di cuping telinga, bagai api yang membakar. Kadang-kadang mahu saja dia berteriak satu rumah. Memberitahu semua orang yang pernikahan anaknya tidak akan berlangsung. S udah dibatalkan Dan kenduri tersebut hanyalah kenduri kesyukuran, sementelah kad pun sudah dilay ang. Jadi hendak tak hendak, segan tak segan, ia tetap diteruskan. Biarlah orang mengata. Dia sud ah tua. Telinganya sudah lali dengan umpat keji orang. Tapi anaknya itu! Siti manalah biasa dengan keadaan ini. Hatinya masih rapuh. Kesian anak itu terpaksa menghadapi keadaan seperti ini. Biarlah di a membawa diri. Mak Jah sendiri jadi serba salah. Sejak orang ramai datang ke rumah, Siti lebih bany ak memerap di bilik. Hendak keluar pun segan-segan. Takut kalau-kalau orang sibuk bertanya tentang ba kal suaminya yang tak jadi datang itu. Orang mana, kerja apa. Mak Jah sendiri terkial-kial hendak menjawab. Bukankah sudah dibatalkan. Kenapa mesti sibuk bertanya, memanjang-manjangkan cerita. Kala u diikutkan, mahu saja Mak Jah cili mulut orang yang tak penat-penat bertanya. Dijemput sudah diki ra untung. Hormatlah tuan rumah sedikit! Mak Jah mendengus. "Boleh tak mak?"Siti goncang tangan Mak Jah. Mak Jah tersedar. "Emm....pergilah. ..tapi pagi esok balik cepat..."Mak Jah membalas. Dia tersenyum tawar. Melihat Siti yang mula mel angkah. "Kalau ada apa-apa, mak telefonlah rumah Shidah ye!"Siti menoleh sebelum meneruskan langkah . Dia susup sasap di bawah pokok rambutan. Sengaja dia melalui jalan singkat belakang rumah. Jalan tersebut kecil, bersemak tetapi terlindung dari pandangan luar. Dia tidak mahu melalui jalan bia sa. Dia segan kalau terserempak orang-orang kampung yang pastinya akan bertanya tentang dirinya. Ten tang perkahwinan nya. Kalau boleh esok, pada hari kenduri tersebut dia tak mahu menjenguk muka. B iarlah orang tuanya saja yang menguruskan. Dia lebih rela memencilkan diri dari berdepan dengan oran g ramai yang pasti akan mempertikaikan keputusannya. 10 minit meredah semak, Siti sampai di atas bukit. Di bawah sana, padang hijau y ang terbentang, masih seperti dulu. Siti lihat Shidah sedang menopang dagu di bawah pokok saga t epi padang. Pandangannya asyik ke tengah padang. Melihat tubuh-tubuh yang terkinja-kinja di sana. Angin petang yang nyaman, menggugurkan daun-daun saga,dan biji-biji merah berselerakan bawah pokok. Siti melajukan langkah.

"Lambat la kau!"Shidah menoleh, menyedari kedatangan Siti. "Aku keluar senyap-se nyap. Takut orang nampak.."Balas Siti perlahan lalu melabuhkan punggung di sebelah Shidah. B eg plastik di letak tepi akar yang berbonjol. "Kenapa keluar senyap-senyap? Mak kau tahu, tak?"Shida h mengerut dahi. Siti angguk kepala. "Mak aku tahu. Tapi rumah aku tu dah ramai orang. Tu yang aku curi-curi keluar.. .kalau tak nanti diorang banyak tanya.." "Siapa je kat rumah kau tu..?" "Sedara mara belah mak aku dah datang. Jiran-jiran sebelah pun ada. Diorang rewa ng kopek bawang. Aku rimaslah Shidah....aku rasa semua mata macam tertumpu kat aku...pand ang sinis kat aku...."Siti tarik nafas panjang. Shidah menggeleng. "Perasaan kau aje kot...." "Tak...aku tahu...diorang mesti cakap bukan-bukan pasal aku.." "Pedulikan je laa....." "Aku kesian kat mak bapak aku tu....mesti diorang malu. Habis, bapak aku tu nak teruskan jugak kenduri ni...aku kenalah ikut..."Siti melemparkan pandangan ke tengah padang. Si nar matahari hampir jatuh. Bayang pokok saga nampak memanjang. Redup. "Kesian kau, Mek Ti..."Shidah renung wajah Siti lama. "Dah nasib aku..." "Tapi...aku sokong tindakan kau tu. Kalau aku jadi kau...aku pun tak nak kawin d engan lelaki tu..."Siti tersenyum tawar. Dia sedikit gembira kerana Shidah dan Murni tidak me nyalahkan tindakannya setelah dia menceritakan perkara sebenar. Dia tahu, dia tidak boleh mengelak dar i dua kawannya itu. Lambat laun dia akan terpaksa menceritakannya juga. Dan dia bersyukur kerana ked ua mereka memahami. Biarlah orang lain tidak memahaminya asalkan Shidah dan Murni tahu kea daannya. "Kau sedih Mek Ti?" "Emm....entah!"Siti ketawa kecil. Shidah ketawa sama. Dia bangun, mengibas-ngiba s punggung. "Jom, balik rumah aku. Malam ni kita buat kek lapis yang kau nak belajar buat tu "Siti mendongak. Dia menghulurkan tangannya lalu disambut Shidah. Bersungguh Shidah cuba menarik Siti bangun. Akhirnya mereka ketawa sama. "Alamak Mek Ti, aku lupa nak bagitahu kau...."Shidah kebam bibir. Matanya mengec il, memandang Siti. "Kenapa?" "Emm...aku lupa nak bagitahu...mamat tu balik sini mlm tadi...."Shidah sengih. "Siapa?" "Tuu...."Shidah memuncungkan bibir. Siti berpaling ke belakang. Senyuman terukir di ulas bibir lelaki itu. Siti membulatkan mata. Huzair! ****************************************************************** "Aku dengar, kau nak kawin?"Siti masih berdiam. Cuma tangannya saja yang ligat m encarik daundaun hijau di sekelilingnya. Pandangannya menunduk. Tak sanggup dia menentang wajah l elaki itu. Tidak disangka, setelah terpisah beberapa ketika, dia masih ada peluang menatap

wajah lelaki itu. Sangkanya Huzair tidak akan kembali lagi ke kampung. "Aku ada dapat kad jemputan kau.." "Ahhhh...."Siti mendengus. Dia benci untuk terus mengulang ayat-ayat itu. Dia ma las untuk menyatakannya lagi. Pernikahannya telah batal. Batal! "Kenapa Mek Ti?"Huzair mendekat. "Tak ada apa-apa..."Siti menggeleng. "Tahniah dari aku.."Huzair hulur tangan. Siti mendongak, menentang pandangan Huz air. Dia tidak menyambut huluran tangan itu. Untuk apa? Dia tidak akan berkahwin dengan siapa-s iapa. Tidakkah Huzair tahu itu? "Aku balik ni sebab nak tengok kau bersanding. Nenek yang bagitahu aku. Aku sebe narnya segan juga nak jumpa kau ni. Mana tahu kau tak sudi..."Huzair tersengih. "Maafkan aku Zair, sebab lari dari kau dulu..."Siti mengeluh. Dia rasa segan. Ta k patut dia buat Huzair begitu. Pergi tanpa jawapan. Mungkin ini balasan yang diperoleh akibat me ngecewakan hati orang. Huzair menyandarkan belakang badannya ke pokok jambu. Dia berpeluk tubuh. Matany a masih tancap. Merenung Siti penuh makna. Siti akui lelaki itu sudah banyak berubah. Di a tampak dewasa kini. Terserlah pada rona wajahnya itu. "Aku tahu, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jangan dicari. Lambat laun ia akan sam pai sendiri. Suatu masa dulu aku yakin cinta yang aku cari telah hadir pada diri ini..tetapi.."Dia menarik nafas, terhenti seketika. "Aku terlalu mentah untuk menilai cinta. Cinta itu terlalu muda, dan akhirnya ak u kehilangannya..." Siti kertap bibir. Dia jadi tidak keruan. Adakah Huzair memperkatakan tentang di rinya? Tentang cintanya yang tidak kesampaian? "Aku kecewa kau pergi tinggalkan aku dulu..."Suara Huzair mengendur. "Maafkan aku Zair.."Lirih Siti. Pandangan mereka bertaut. Siti jadi serba salah. Bersalah kerana menolak Huzair dulu. "Tapi aku gembira juga akhirnya kau jumpa orang yang kau cinta.."Siti tersenyum tawar. Dia rasa seperti ingin menangis. Kalaulah Huzair tahu hal sebenar! "Lepas ni, kau tinggal di mana. KL?" Siti tidak menjawab. Dia biarkan saja Huzai r terusan bertanya. "Kalau di KL, bolehlah kita berjumpa..."Huzair ketawa kecil. "Tapi masa tu kau d ah jadi kepunyaan orang lain. Tentu payahkan...." "Zair..sudahlah..jangan cakap macam tu. Apa-apa yang terjadi pun, kita tetap kaw an...."Siti mendongak, menentang mata Huzair. "Ya, sebab aku ingat kawan lah..aku datang hari ni untuk jumpa kau.." "Terima kasih!" "Aku nak jumpa bakal suami kau nanti...." "Untuk apa?" "Untuk ucapkan tahniah...." "Zair...."Siti menggeleng, dia mendekati Huzair. "Datanglah rumah aku esok. Kau akan tahu perkara sebenarnya.."

"Memang aku nak datang"Huzair tersenyum. "Dan bersyukurlah kalau kau dapat jumpa aku masa tu.." "Kenapa kau cakap macam tu?" Siti mengeluh. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. Sukarnya untuk meluah kan perasaan, apatah lagi membuat keputusan. Dia sendiri tidak tahu adakah dia kuat untuk menghadapi hari esok. Kenduri pernikahannya yang hanya atas nama! Kalau boleh, dia ingin la ri saja.Lari sekali lagi, kali ini dari semua orang. Biarlah...mungkin dia tidak layak mencintai atau dici ntai sesiapa. Cintanya bukan cinta biasa mungkin! ****************************************************** "Mama! "Wari masukkan beg ke dalam kereta. "Sempat lagi tak ni, Ma?" "Ya Allah Wari...kenapa kelam kabut sangat ni?"Mak Ungku menggeleng kepala. Dihu lurkan begnya kepada Wari. Wari menarik pantas lalu dicampakkan ke dalam bonet kereta. "Bawak-bawak la bersabar sikit...."Mak Ungku merungut. "Takut tak sempat, Mama..."Balas Wari. "Entah Acik ni....kalut la.."Lisa memuncung. Dia bercekak pinggang, memerhatikan gelagat abangnya. "Baru pukul berapa ni...sempat lagi laa..." "Dah Lisa...cepat masuk kereta...."Wari mengeluarkan rokok, dikepitkan di dua bi bir. "Kejap haa..orang nak masukkan barang-barang ni laaa..."Lisa mendengus. Dia masu k semula ke dalam rumah sambil merungut-rungut. Mak Ungku menggeleng, sedang Wari sudah pun enak menghembus asap. Ada sedikit kepuasan pada wajah itu. Dia mengepal-ngepal penumb uknya. Melihat sendi jemarinya yang sedikit kemerah-merahan. Peristiwa semalam masih je las di ruang matanya. Saat penumbuknya jatuh bertubi-tubi di muka Azimin. Dia sudah tidak dap at kawal diri saat itu. Kalaulah tidak kerana Pak Amin datang menghalang, rasanya pecah muka Azimin dikerjakannya. Walau lembam dan sengal-sengal jemarinya, tetapi dia puas. Puas kerana akhirnya sisa kemarahannya dilepaskan kepada orang yang sepatutnya. Dia ingat airmata Mama yang mengalir tatkala melihat Azimin tersembam dengan cai ran darah di muka. Tersengguk-sengguk orang tua itu menahan sebak melihat menantunya itu terk ial-kial untuk bangun. Azimin yang bersandar di dinding, mengesat darah yang keluar dari hujung hidung. Ditatapnya Wari dengan pandangan tajam. Ada kemarahan yang tersemat, tapi dia tidak mampu b erbuat apa. Tubuhnya longlai benar. Kepalanya berpinar dan rasa panas membuak seluruh badan. Azimin rasa bagai ingin pitam. "Apa yang dah jadi ni, Wari?"Terjerit Mak Ungku melihat adegan tadi. Dia mendeng ar keriuhan di bawah tadi. Cepat-cepat dia panggil Lisa untuk memapahnya turun. "Apa yang kau d ah buat ni?" Wari mendengus. Dia memandang Azimin yang terkapar. Kemudian beralih kepada Pak Amin yang mengurut dada. Lisa di sisi Mak Ungku menekup mulut. "Wari...apa yang kau dah buat ni..."Mak Ungku tersedu. Baru berapa hari Maria me ninggal, keadaan dah menjadi kucar kacir.

"Mama jangan tanya saya, tanya jantan ni!"Wari mendengus.Dia menghela nafas panj ang. Tenaganya banyak terbuang tadi. "Kenapa Azimin...Wari..kenapa gaduh macam ni..?' Azimin mendengus. Diseka hidungnya yang berair sekali lagi. Terkial-kial dia ing in bangun, tetapi akhirnya kembali bersandar di dinding. Rasa geram pada Wari begitu membuak. Tapi , apa yang boleh dia buat. Kalau tak kerana perempuan Indon tu, tak akan dia jadi begini. Kurang ajar Kartini! "Saya dah tahu Mama...."Wari bersuara keras. Mak Ungku mendongak, menatap wajah Wari yang basah. "Saya tahu kenapa Siti tak nak kawin dengan jantan ni.." "Wari..kenapa cakap kurang ajar macam tu..." "Memang patut Ma!"Wari jerit kecil. "Jantan ni la yang menyebabkan Kak Mar terse ksa, sampai meninggal dibuatnya.." "Astagfirullah al azim.....apa yang Wari cakap ni?"Mak Ungku menolak kerusi roda nya. "Saya tak nak cakap!"Wari masuk ke dapur, datang kembali sambil menarik tangan K artini. Kartini yang teresak sambil menutup muka."Biar perempuan ni yang cakap!" Mak Ungku memandang Kartini penuh tanda tanya. Lisa di sebelah juga sedikit terk ejut. Apa kaitan perkara ini dengan Kartini? Kenapa Kartini menangis begitu? "Biar dia yang bagitahu.."Wari menarik kerusi, duduk dengan nafas mengah. Dia me mandang Kartini, menanti wanita itu membuka mulut. Kartini masih tersedu. Sudah banyak a irmatanya yang keluar mungkin. Dia melihat semua kejadian tadi. Dia melihat Azimin yang dipukul bertubi-tubi. Dia tidak sangka Wari akan naik berang begitu. "Kartini, cakaplah apa yang awak cakap pada saya pagi tadi.."Suara Wari mengendu r. Dadanya kembali tenang kini. Kartini mengangkat muka. Matanya yang merah berair memandan g Wari. Kemudian kepada Mak Ungku. Bila beralih kepada Azimin, dia mencebik dan manik je rnih meluncur lagi. "Saya....saya...sama Azimin.."Dia teragak-agak. Tidak berani dia memandang Mak U ngku. "Kenapa kamu dan Azimin?"Mak Ungku tidak sabar. "Azimin.... sama saya!"Kartini menekup muka. Azimin gelisah. Kalau boleh ingin s aja dia menampar mulut Kartini. Tidak pandai simpan rahsia! "Maksud kamu?" "Kami....berselingkuh!"Mak Ungku terdiam. Matanya saja yang terkebil-kebil meman dang Kartini. "Sudah lama...sejak Azimin pindah ke mari. Saya sama sekali tidak keberatan bu!. ." "Astagfirullah al azim...."Mak Ungku tersandar di kerusi roda. Dia mengurut-meng urut dadanya. Wajahnya sebak, sambil menggeleng kepala dia memandang Azimin yang menunduk. "Ya Allah Azimin...."Mak Ungku menyeka matanya yang berair. Tak disangka menantu yang paling diharap, yang selama ini bersopan, melayan Maria dengan penuh kasih sayang, rupa nya berbeza perangai di belakang. Sukar bagi dia untuk mempercayai. "Kenapa selama ini kamu berdiam. Kenapa sekarang baru kamu ceritakan? Kerana Mar ia sudah meninggal?"Mak Ungku sedikit kesal.

"Tidak.."Kartini menggeleng. "Saya takut bu...saya sangka Azimin akan menikahi s aya....tapi dia nggak mau...saya takut...lagi pula saya sudah......" "Sudah apa?" "Saya sudah hamil, bu!"Kartini mula menangis lagi."Saya mahu Azimin nikahi saya. ..tapi dia nggak mahu....maka saya nekad beritahu Wari...saya tahu dia cinta sama Siti. Sit i tak bersalah bu!" Azimin bangun serta merta. Wajahnya memerah. "Mama jangan percaya cakap dia ni Ma, dia tak mengandung!!"Azimin bersuara keras . "Benar bu, saya sudah 2 bulan tidak datang bulan...saya takut..."Kartini melutut depan Mak Ungku. Dia teresak-esak di situ. "Masa buat, kamu tak takut?"Jengil Mak Ungku. Semakin kuat esakan Kartini. "Saya salah bu..ampunkan saya..."Suaranya tenggelam timbul. Azimin menghampiri K artini.Cuba menarik tangan wanita itu. Kartini mengesot ke arah Mak Ungku. "Azimin..."Mak Ungku bersuara. "Betul apa yang Kartini cakap? Azimin diam. Dia menunduk, wajah penuh kekeruhan. Tapi untuk menafikan, dia tida k punya alasan. Sedangkan Siti sendiri telah menyaksikan kecurangannya. Dan Maria juga t elah mengetahuinya. Ahhh..Maria mati kerana dia. Dia yang menyeksa hidup isterinya itu. Tapi dia sen diri tidak mampu mengawal dirinya. Kartini terlalu menggodanya. Tidak perlu banyak rintangan atau wang, Kartini sendiri rela menyerahkan. Dan dia yang telah lama kehausan, sukar untuk menolaknya. Dia perlu melampiaskan keinginan batinnya. Dia tahu dengan Siti dia tidak akan peroleh itu . Siti gadis yang baik dan dia ingin mengahwininya. Tapi dalam masa yang sama dia tidak dapat menghinda ri Kartini. Dia memang kecewa kerana Siti telah melihat perbuatannya, dan akhirnya dia kehilanga n gadis itu. "Azimin....., Mama nak kamu bertanggungjawab atas perkara ini. Kamu mesti nikah dengan Kartini. Kerana dia sedang mengandungkan anak kamu. Mama memang kecewa sekali de ngan sikap kamu ni. Kamu curang pada Maria!"Mak Ungku terhenti. Cuba mengawal nada suaranya . "Mama masih boleh terima kamu kerana kamu bapa kepada cucu-cucu Mama. Kalau tida k kerana Didi dan Fifi, Mama dah halau kamu....." "Ma...."Azimin mengeluh. Wari puas hati. Dia sudah tahu kini, kenapa Azimin hanya berdiam diri bila Siti lari. Dia tidak langsung mengambil tindakan apa-apa. Kerana semuanya berpunca dari dirinya sendi ri. Mana mungkin dia boleh memaksa Siti mengahwininya sedangkan dia manusia kotor. Yang hanya mem uaskan nafsu sendiri. Tak mungkin Siti menjadi milik orang seperti itu. Wari percaya, S iti sengaja tidak mahu menghebahkannya. Dia tidak mahu menjatuhkan maruah Azimin. Tapi kenapa? Kenapa S iti tidak berterus terang kepada mereka. Kenapa sanggup menerima kemarahan orang lain sema ta-mata untuk melindungi manusia yang tidak berhati perut seperti Azimin? Atau hati gadis itu terlalu lembut sampai tidak sanggup melukakan hati orang lain? Kecewakah Siti bila mengetahui sikap se

benar Azimin? Ahh...pastinya Siti lebih kecewa lagi dengan sikap aku ini. Yang membuta tuli me nuduh dan memarahinya. Menyalahkan dia atas kematian Maria. Ah, Siti, maafkan aku...kerana berkasar denganmu. Kalaulah aku dapat temui kau sekarang juga... "Acik, acik! cepatlah!"Didi dan Fifi menjerit dari dalam kereta. Rimas mereka me nunggu dari tadi. Wari tergegau. Rokok di tangan di baling ke tanah lalu ditenyeh dengan kasut. Di a memandang ke pintu yang masih terbuka. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Bayang Siti menerjah mindanya. Tak sabar hendak menemui dia! Wari senyum dalam hati. *********************************************** Siti sudah membaringkan tubuhnya di atas tilam. Dia bergolek ke kanan. Shidah ma sih belum kelihatan. Rasanya Shidah masih menonton tv kerana malam masih awal lagi. Belum pun jam sepuluh. Tapi Siti tidak larat lagi melayan matanya. Fikirannya kusut. Dia terkenangkan e sok hari, yang terpaksa dia lalui. Bagaimanakah keadaannya nanti? Berjalan lancarkan segalanya. Bagaiman akah tanggapan orang ramai terhadap keluarganya? Akan terkeluarkah kata-kata cemuhan atau tohma han-tohmahan liar atas pembatalan pernikahan itu?Dan sanggupkah keluarganya menghadapi semua itu? Ahhhh...bapanya pun silap. Kenapa mesti diteruskan juga majlis tersebut. Batalka n saja dan mereka boleh lari ke Kuala Lumpur esok hari. Bila keadaan reda nanti, mereka bol eh kembali lagi. Tak payahlah mereka menjawab setiap pertanyaan nanti. Tapi, bapak orang lama di kamp ung ini. Tak patut dia lepas tangan begitu. Lagipun bukan salah bapak. Bukan kehendak keluarganya. Mereka mangsa keadaan, kalaupun bukan mangsa Azimin yang menconteng arang. Sampai hati Azimin bersikap dusta begitu. Kenapa dia tidak berterus terang tentang perbuatannya dengan Kartini dul u-dulu. Kenapa mesti bersetuju berkahwin sedangkan nafsunya untuk orang lain. Sia-sia pengorbanannya selama ini. Mengorbankan kasihnya pada Wari untuk memenuhi permintaan orang lain. Memenuhi h asrat Maria. Dan Maria sendiri tidak sempat menyaksikan hasil pengorbanannya itu. Benarkah Ma ria meninggal kerana perbuatannnya? Ahh....tak mungkin! Siti menarik selimut menutupi sebahagian tubuh. Dia merenung zink rumah yang ada lubanglubang halus. Sudah ada yang berkarat, dan sawang putih memenuhi kayu bestos yang dijad ikan alang rumah. Sama seperti zink rumahnya. Dan orang-orang kampung yang lain. Jauh bezan ya dengan rumah-rumah di bandar sana. Terutama rumah Mak Ungku.Ahhh...rumah besar itu, tid ak akan dijejaki lagi. Tidak akan dilihat lagi taman bunga yang redup itu, air kolam yang merenek di bawah pancaran mentari, silingnya yang berukiran halus, dan manusia-manusia yang mendiaminya. R indunya pada mereka masih berbekas. Pada Lisa yang keletah, pada Fifi dan Didi yang nakal, pa da Mak Ungku yang baik hati dan....pada lelaki itu! Biarlah apa pun tanggapan mereka terhadap diri

nya, dia akan tetap rindu pada mereka. Siti mendengar derap langkah di luar sana. Dia menoleh ke arah pintu yang tidak tertutup, hanya dibatasi dengan langsir. Shidah terjengul, wajah agak cemas. "Siti, jom turun bawah jap!"Shidah berdiri tepi pintu. "Ada apa?" "Mak kau ada kat bawah tu.." "Hah?"Siti bangun serta merta. Dia bergegas turun dari katil. "Mak aku? ada apa dia datang. Aku cakap tadi kalau ada apa-apa hal telefon aje.. ."Gerutu Siti. Risau juga dia dalam hati. Mesti ada kecemasan. ataupun dia perlu pulang ke ruma h semula. "Aku pun terkejut tengok mak kau datang tadi. Mak aku pun tak balik lagi dari ru mah kau...."Mereka menuruni tangga. Siti menerjah ke beranda rumah. Dia melihat emak nya ada di situ. Bapanya pun ada sekali. Hati Siti jadi berdebar. "Mak?"Sapa Siti, mendapatkan Mak Jah. Pandangannya beralih ke laman rumah. Sebua h kereta tersergam di situ, dan Siti kenal benar kereta itu. "Kak Siti!"Didi dan Fifi menerpa ke arah Siti. Siti terkejut. Dia tegak berdiri memandang Didi dan Fifi yang berlari ke arahnya. Anak-anak kecil itu memaut pinggangnya erat. Siti gamam. "Kak Siti, naper tak balik umah kita lagi?"Didi mendongak, menggoncang tangan Si ti. Siti terharu. Dia rasa seperti ingin menangis. Diusapnya kepala Didi. "Kak Siti tak boleh balik sana. Rumah Kak Siti kat sini..."Balas Siti perlahan. Dia menjeling ke dalam kereta. Mak Ungku sudah turun, sambil dipimpin Lisa. Dan lelaki yang duduk di bahagian pemandu itu, sedang merenung tajam ke arahnya. Siti cepat-cepat alih pandangan. "Mak Ungku.."Siti memeluk Mak Ungku. Dan Siti rasakan Mak Ungku membalasnya deng an erat. Bahu Siti jadi panas. Ada cairan menitis di bahunya. "Mak Ungku apa khabar?" "Mak Ungku baik, Siti"Pelukan dilepaskan. Siti masih bingung dan tidak percaya d engan kehadiran mereka. Apa yang menyebabkan mereka datang ke sini, pada malam-malam buta begini . Adakah Azimin yang menyuruhnya? Tapi dia tidak melihat kelibat Azimin di dalam kereta. "Masuklah Mak Ungku...."Siti pimpin tangan Mak Ungku. Tapi Mak Ungku tidak berganjak. "Kenapa Mak Ungku?"Siti sedikit terkejut. "Siti, ada orang yang benar-benar ingin berjumpa Siti...biarlah Siti jumpa dia d ulu ye...."Mak Ungku senyum."Nanti kita borak panjang.." "Siapa?" "Pergilah..."Mak Ungku menunjuk arah kereta. Wari baru saja menutup pintu. Panda ngannya jatuh ke wajah Siti. Siti jadi serba salah. "Makcik masuk dalam dulu...."Mak Ungku berjalan ke dalam rumah. Diikuti Lisa, em ak dan bapanya. Tinggal Siti saja, dan Wari yang sedang melangkah ke arahnya. Nasib bai k ada Didi dan Fifi. Walaupun mereka tidak tahu apa-apa, sekurang-kurangnya ia dapat meredakan debara n Siti. Entah kenapa, hatinya betul-betul tidak keruan. Dia jadi takut berhadapan dengan lelak i itu. Apalah yang

hendak dia marahkan lagi. Mungkin Wari masih beranggapan dialah penyebab kematia n Maria. Kalau itulah tujuan dia datang ke sini dia lebih sanggup tidur dari berjumpa dengan le laki ini. "Siti..."Wari berhenti betul-betul di depan Siti. Degup nafasnya bagaikan terden gar. "Mesti Siti terkejut saya datang malam-malam begini. Maafkan saya..."Suaranya pe rlahan, sedikit bergetar. Siti masih diam. "Saya nak minta maaf pada Siti atas sikap saya tempohari. Saya berkasar pada Sit i, dan saya tahu saya tak patut buat macam tu.."Ada nada kekesalan pada suara itu. Siti mend ongak dan pandangan mereka bertaut. "Saya dah tahu perkara sebenar...." "Maksud awak?"Wari menarik nafas. "Tentang Azimin dan Kartini...."Siti sedikit terkejut. "Bagaimana awak tahu?" "Kartini telah ceritakan semuanya...." "Pelik...kenapa Kartini ceritakan semua ni..." "Mereka akan bernikah tak lama lagi...." "Azimin dan Kartini?"Wari angguk. Ada senyuman pada bibirnya. "Kartini minta maaf pada Siti.....dia rasa bersalah..sebab itu dia ceritakan hal sebenar.." "Baguslah kalau mereka akan bernikah....ada orang yang akan jaga Didi dan Fifi.. .."Siti tersenyum nipis, lalu menarik sebuah kerusi. Dia menoleh sekilas ke dalam rumah. Agak ranc ak perbualan Mak Ungku dan ibubapanya. Apalah yang mereka borakkan, hati Siti tertanya-tanya. Sen gaja tinggalkan aku sorang-sorang dengan lelaki ni! "Tapi, kalau boleh, saya nak Siti yang jaga Didi dan Fifi" Wari datang mendekat. Duduk di hadapan Siti. "Gila! Biarlah Kartini yang jaga. Takkan awak nak hantar Didi dan Fifi ke kampun g ni, suruh saya jaga pulak...."Siti tarik muka. Wari tersengih. "Tak....bukan Didi dan Fifi yang datang sini, tapi awak yang duduk kat rumah say a.." "Oh, awak nak saya jadi orang gaji Azimin pulak?" Siti jengil mata. Wari tidak mampu bersabar lagi. Ditariknya tangan Siti lalu digenggam erat. Siti terkejut, cuba menarik kembali tangannya. Takut kalau-kalau dilihat ibubapanya.Tapi genggaman j emari Wari terasa erat, seperti tidak mahu dilepaskan. "Siti, saya nak awak balik semula ke KL. Tinggal bersama saya. Jadi milik saya!" Wari dekatkan wajahnya ke wajah Siti. Siti jadi makin tidak keruan. Mampus aku, kalau mak namp ak! "Wari, janganlah macam ni...." "Siti, dengar sini. Saya bersalah marahkan awak hari tu. Tapi saya rasa marah sa ngat sebab awak telah kecewakan saya. Awak tolak saya semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Saya tahu awak tak cintakan Azimin..." "Mana awak tahu?" "Saya tahu cinta awak pada orang lain....."Wari menghela nafas. "Pada saya..." S iti terdiam. Dia menunduk.

"Jadi milik saya?"Wari mengerutkan wajahnya. "Semuanya dah terlambat, Wari.." "Belum...belum terlambat. Saya percaya jodoh kita ada. Awak sayangkan saya, buka n?"Siti diam. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Kalaulah dia katakan semua itu benar! "Kita nikah esok!" Siti serta merta bangun. Genggaman terlepas. "Awak dah gila!" "Saya tak gila Siti. Tolonglah percaya pada saya. Pada Mama, pada Lisa, pada Did i dan Fifi. Kami semua mengharapkan kepulangan Siti. Saya tak akan datang malam-malam begini kala u saya tak ikhlas. Saya cintakan awak Siti!" Siti menoleh. Pandangan mereka bertaut lama. Hati Siti jadi sebak. Akhirnya, kau lafazkan jua! "Saat awak terima Azimin pun, cinta saya tak pernah mati."Wari menunduk. Walau a pa cara sekalipun, dia akan dapatkan Siti. Inilah peluangnya yang masih ada. "Wari...."Siti cuba tenangkan dirinya. "Terima kasih kerana berterus terang deng an saya.....saya hargainya.." "Jadi..?" "Saya akan fikirkan dulu..." "Jangan hampakan saya Siti..." "Kalau awak sanggup tunggu sampai esok?"Wari mula tersenyum. Rasa seperti ingin dipeluknya Siti saat itu. "Kenapa awak senyum? Saya belum habis cakap lagi. Kalau dulu Azimin jumpa mak da n bapak saya sebab nak kawin dengan saya. Kalau awak sanggup buat macam tu.." "Lebih dari itu...."Wari ketawa kecil. "Tapi ada syaratnya...." "Syarat? hai...awak yang nak, awak yang bagi syarat?" "Sebab bukan saya seorang yang nak, awak pun nak, kan. Siti, katakan sekali saja ....."Wari mendekati Siti. Menatap wajah Siti sungguh-sungguh. "Katakan yang awak pun sayan gkan saya.." Siti tarik nafas panjang. Hatinya berdegup kencang. Dia tidak sanggup lafazkanny a. "Saya akan lafazkannya...."Siti tatap matanya Wari lama. "Saya akan lafazkannya setelah awak lafazkan akad nya...." Wari tersenyum lebar. Segala gundah dan resahnya hilang pergi. Terasa malam yang pekat menjadi terang benderang. Dia ingin ketawa sepuas hati. Digenggamnya jemari Siti erat. Dan Siti hanya membiarkan saja. Biarlah. Biarlah kali ini hanya hati yang berkata 'ya'. Tamat.... :: Mahligai Kasih Abadi :: [PROLOG] mjbookmaker by: http://jowo.jw.lt

Anda mungkin juga menyukai