Anda di halaman 1dari 2

BIOMEKANIK DALAM SUKAN (SHPR 3813)

REFLEKSI (8%)

Nama : MOHAMAD FAIZ BIN MOHD HATA


No. K/P : 990908015401 No Matrik : A19HP0051 Seksyen : 02

Arahan:
Renungkan kembali apa yang telah anda lalui sepanjang kursus ini dan jawab soalan di bawah.
Aspek jawapan anda tidak semestinya tertumpu kepada aspek ilmu pengetahuan tetapi juga boleh
melibatkan aspek lain seperti kemahiran generic dsb.

1. Apakah cabaran yang anda hadapi sepanjang kursus ini? Apakah tindakan yang anda ambil
untuk mengatasinya?

Sepenjang semester untuk subjek Biomekanik ini, terdapat beberapa cabaran yang saya
hadapi. Yang pertama, saya mengalami masalah tenang pengiraan yang terdapat di dalam
topik biomekanik seperti pengiraan projectile dan momentum. Hal ini kerana, saya
merupakan bukan pelajar dari kelulusan fizik sebelum memasuki pengajian degree ini.
Namun itu bukan penghalang untuk saya tidak berusaha memahami pengiraan tersebut.
Jadi, apa yang mampu saya lakukan ialah dengan memperbanyakkan latihan. Saya
melakukan latihan yang diberi oleh dr izwyn dan juga mencari contoh-contoh soalan di
internet.

Selain itu, cabaran yang saya hadapi ialah cabaran melakukan kinovea untuk assignment
kumpulan. Cabaran yang saya haapi ialah saya perlu memperhatikan pergerakan anggota
badan saya dengan teliti bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan valid.
Tindakan saya dan ahli kumpulan untuk memahami cara melakukan kinvea adalah dengan
melihat youtube dan bertanyakan dr izwyn. Kami juga ada menanyakan kumpulan yang lain
bagi mendapat kepastian dan berkongsi kefahaman.

Cabaran ketiga ialah cabaran kekurangan kelas kerana cuti yang tidak dapat dielakkan. Kami
memahami keadaan Dr Izwyn yang mengalami masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan
dan kami amat berterima kasih kepada Dr kerana sanggup melakukan kelas online walaupun
tidak sihat. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk memahami nota secara sendiri dan
melayari internet untuk mencari bahan kefahaman yang lain. Namun saya masih tidak
mampu faham 100% kerana ianya tidak sama seperti belajar di dalam kelas.
2. Apakah yang anda telah pelajari/dapati sepanjang kursus ini? Apakah pencapaian diri yang
paling anda banggakan sepanjang kursus ini?

Perkara asas yang saya pelajari ialah setiap lakuan melibatkan manusia dan mekanik. Saya
juga mempelajari kiraan-kiraan yang terdapat dalam biomekanik. Biomekanik sukan amat
penting kerana ia membantu meningkatkan prestasi sukan terutama sukan-sukan yang
melibatkan banyak pergerakan pada anggota badan. Sebagai contoh, momentum, projectile,
gravity, stability, dan balance semuanya memainkan peranan penting dalam sukan.

Pencapaian yang amat saya banggakan ialah saya mampu memahami penggunaan kinovea
dalam waktu yang singkat. Saya dapat memahami cara mendapatkan data melalui kinovea
dengan lebih tepat dan cepat. Selain itu, saya juga berbangga mendapat markah yang agak
memuaskan bagi saya di dalam ujian yang diberikan oleh Dr Izwyn. Walaupun tidak sebegitu
tinggi namun saya masih merasakan memadai dengan kebolehan yang ada pada saya.

Akhir sekali, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Dr Izwyn kerana telah mencurahkan ilmunya kepada saya sepanjang
semester ini. Terima kasih kepada Dr kerana sudi melayan kerenah kami sekelas dan
sentiasa memberikan terbaik di dalam kelas. Saya juga memohon maaf jika terdapat
kekurangan dari saya dan berharap Dr dapat menghalalkan segala ilmu yang telah diberi
kepada saya. Berharap dapat bertemu lagi di lain semester dr. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai