Anda di halaman 1dari 7

Kandungan

1. Definisi alam kubur 1

2. Perpindahan alam 2

3. Kenikmatan di alam kubur 3

4. Kesimpulan 6
DEFINISI ALAM KUBUR { BARZAKH}

Alam barzakh disebut juga sebagai alam kubur. Selain itu, erti kata lain sebagai alam kiamat
kecil. Alam barzakh merupakan sebuah pemisah antara dunia dengan akhirat. Lantaran sesudah
mengalami kematian, manusia bakal berada disini sebelum menuju akhirat.

Di dalam Al-Qur'an, penjelasan tentang barzakh terdapat didalam surah Al-Mukminun ayat 99-
100.
Melalui firman-Nya, disebutnya:

َ ‫اِئه ْم َبرْ َز ٌخ ِإلَ ٰى َي ْو ِم ُي ْب َع ُث‬


‫ون‬ ِ ‫ت ۚ َكاَّل ۚ ِإ َّن َها َك ِل َم ٌة ه َُو َقاِئلُ َها ۖ َومِنْ َو َر‬ َ ‫ُون َل َعلِّي َأعْ َم ُل‬
ُ ‫صالِحً ا فِي َما َت َر ْك‬ ُ ‫َح َّت ٰى ِإ َذا َجا َء َأ َحدَ ُه ُم ْال َم ْو‬
ِ ‫ت َقا َل َربِّ ارْ ِجع‬
bermaksud: "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada
seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal
yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan
yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada tembok sampai hari mereka dibangkitkan,".
Selain itu, kata tentang alam barzakh juga terdapat didalam surah Furqan ayat 53 serta surah Al-
Rahman ayat 20.

Pada dasarnya, semua manusia di bumi ditakdirkan untuk mengalami kematian. Sebelum
mereka dikumpulkan di hari akhir atau kiamat, manusia lebih dulu berada di alam kubur hingga
dibangkitkan kembali menuju hari akhir mendatang.
Surah Ar-Rum ayat 55 menjelaskan,

"Saat Hari Kiamat tiba, Allah membangkitkan makhluk-makhluk dari kubur mereka. Saat itu orang-orang
musyrik bersumpah bahwa mereka tidak tinggal di bumi kecuali dalam waktu yang pendek. "Mereka
berdusta dalam sumpah mereka sebagaimana mereka juga telah berdusta di dunia dan mereka
mengingkari kebenaran yang dibawa rasul-rasul kepada mereka,".

PERPINDAHAN ALAM
Proses Keluarnya Ruh dan Kehidupan di Alam Barzakh Ketika ajal akan datang atau saat bakal
mengalami kematian, Allah SWT mengutus malaikat Izrail untuk mencabut nyawa sesuai dengan
perintah-Nya. Setelah berpisahnya ruh dari badan tersebut, kemudian ruh ini berada di alam barzakh
atau alam kubur. Dalam kurun waktu tersebut, roh akan tetap berada disini hingga datang hari akhir
untuk menimbang antara amal baik dan amal buruk yang selama ini dilakukan manusia di dunia sebelum
menuju ke akhirat.
Secara bahasa, barzakh berarti penghalang atau pemisah antara dua hal. Sedangkan
secara istilah, barzakh mempunyai pengertian sebagai jarak pemisah antara akhir kehidupan di dunia
hingga mulainya kehidupan akhirat. Kehidupan di alam tersebut merupakan proses pemurnian bagi
manusia. Maksudnya, dibersihkan dari segala dosa selama ini dan dianggap sebagai awal untuk melihat
hasil amal yang selama ini dilakukan di dunia. Melalui salah satu riwayat, disebutkan juga tentang
terjadinya siksa kubur.
Dari 'Aisyah radliallahu 'anha (berkata);
Ada seorang wanita Yahudi menemuinya lalu menceritakan perihal siksa kubur kemudian berkata
(kepada Aisyah radliallahu 'anha); "Semoga Allah melindungimu dari siksa kubur". Kemudian setelah itu
'Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW perihal siksa kubur, maka Beliau menjawab: "Ya benar, siksa
kubur itu ada". Kemudian 'Aisyah berkata: "Maka sejak itu aku tidak melihat Rasulullah
Shallallahu'alaihiwasallam setelah melaksanakan solat kecuali Beliau memohon perlindungan dari siksa
kubur". Ghundar menambhakan: "Siksa kubur itu benar adanya" (HR Al-Bukhari).

Dalam versi lain, dari Ibnu Umar berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika
seorang telah meninggal, maka akan dinampakkan padanya tempatnya pada pagi hari dan pada
malamnya. Jika dari penduduk syurga, maka akan dinampakkan syurga, jika dia ahli neraka maka akan
dinampakkan neraka. Dikatakan kepadanya; 'Ini adalah tempatmu sampai Allah membangkitkanmu
pada Hari Kiamat'." Abu Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan sahih." (HR At-Tirmidzi).

KENIKMATAN DI ALAM KUBUR { BARZAKH}


Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang thabit buktinya
melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir. (Lihat Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah, hlm. 394)
Antaranya:

Kuburnya diterangi cahaya dan dilapangkan.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

‫ذا‬8َ 8‫و ُل فِي َه‬88ُ‫ َما ُك ْنتَ َتق‬: ‫واَل ِن‬8‫ َف َي ُق‬، ‫ ال َّنكِي ُر‬: ‫ ُر‬8‫اآلخ‬ َ ‫ َو‬، ‫ ُر‬8‫ ْال ُم ْن َك‬: ‫ ُي َقا ُل َأل َح ِد ِه َما‬، ‫ان‬ ِ ‫ان َأ ْز َر َق‬ِ َ‫ان َأسْ َود‬
ِ ‫ َأ َتاهُ َملَ َك‬، ‫ َأ َح ُد ُك ْم‬: ‫ َأ ْو َقا َل‬، ‫ِّت‬
ُ ‫ِإ َذا قُ ِب َر ْال َمي‬
‫ذا‬8 َ 8‫و ُل َه‬88ُ‫ك َتق‬ َ ‫ َق ْد ُك َّنا َنعْ لَ ُم َأ َّن‬: ‫والن‬
ِ ُ‫ َف َيق‬. ‫ َوَأنَّ م َُح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َرسُولُ ُه‬، ُ ‫ َأ ْش َه ُد َأنْ ال ِإلَ َه ِإال هَّللا‬، ‫ ه َُو َع ْب ُد هَّللا ِ َو َرسُولُ ُه‬: ‫ان َيقُو ُل‬ َ ‫الرَّ ج ُِل ؟ َف َيقُو ُل َما َك‬
‫ َن ْم‬: ‫ ُث َّم ُي َقا ُل لَ ُه‬، ‫ ُث َّم ُي َن َّو ُر لَ ُه فِي ِه‬، ‫ِين‬
َ ‫ُون ذ َِراعًا فِي َس ْبع‬ َ ‫ ُث َّم ُي ْف َس ُح لَ ُه فِي َقب ِْر ِه َس ْبع‬،

Maksudnya: Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua
malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan
seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai
lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang
layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-
Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.”
Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi
cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”

Riwayat al-Tirmizi (1071) dan Ibn Hibban (3117)

Syeikh al-Mubarakfuri menyebut: Kemudian dilapangkan dengan sighah majhul dengan maksud
diluaskan sejarak 70 hasta kali 70 hasta dari segi panjang dan lebarnya. Begitu juga seperti kata al-Tibi,
asalnya dilapangkan kuburnya dengan kadar 70 hasta, maka dijadikan kubur sebagai zhorof (‫ )ظرف‬bagi
70 hasta dan disandarkan kepada 70 hasta pada sebutan sebagai menggambarkan mubalaghah atau
amat luas. Kemudian dicahayakan baginya dengan maksud, Allah menjadikan cahaya untuknya pada
kuburnya yang telah diluaskan itu. Mengikut riwayat Ibn Hibban, dicahayakan baginya seperti bulan
penuh purnama. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/156)

Setiap pagi dan petang, akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya di Syurga di dalam
kubur tersebut.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW
bersabda:

‫ُك َح َّتى‬ َ ‫ د‬8‫ذا َم ْق َع‬8 َ ‫ا ُل َه‬8‫ار َف ُي َق‬ ‫َأ‬ َ ‫ ِل ْال َج َّن ِة َوِإنْ َك‬8ْ‫ان مِنْ َأهْ ِل ْال َج َّن ِة َفمِنْ َأه‬ َ ‫ِإنَّ َأ َحدَ ُك ْم ِإ َذا َماتَ ع ُِر‬
َ ‫ض َعلَ ْي ِه َم ْق َع ُدهُ ِب ْال َغدَ ا ِة َو ْالعَشِ يِّ ِإنْ َك‬
ِ ‫ ِل ال َّن‬8ْ‫ان مِنْ ه‬8
‫ك هَّللا ُ َي ْو َم ْالقِ َيا َم ِة‬َ ‫َيب َْع َث‬

Maksudnya: Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati akan diperlihatkan kepadanya
kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan
seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah
tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (1379) dan Muslim (2866)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Ibn al-Tin berkata; Andaian yang dikehendaki pada waktu pagi dan
petang iaitu sekali pagi dan sekali petang yang diperlihatkannya. Sedangkan makna sehingga Allah
bangkitkan kamu, iaitu tidaklah sampai kepadanya sehingga hari Kiamat. Al-Qurtubi berkata: Harus
pembentangan ini kepada ruh sahaja dan harus berlaku kepada sejuzuk daripada badan. Katanya lagi:
Dikehendaki dengan pagi dan petang iaitu waktu kedua-duanya. Kalau tidak maka orang mati tiada
baginya pagi dan petang. Ini pada hak orang mukmin dan orang kafir amat jelas. (Lihat Fath al-Bari,
3/243)

Memperoleh wangian dan haruman daripada Syurga serta kuburnya diluaskan sejauh mata
memandang.
Dalam sebuah hadis yang panjang, yang diriwayatkan daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, katanya: Kami
pernah bersama Rasulullah SAW mengiringi jenazah seorang lelaki Ansar sehinggalah kami sampai di
kuburan dan menunggu disiapkan liang lahad. Rasulullah SAW duduk dan kami duduk di sekeliling
baginda seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Pada tangan Rasulullah SAW terdapat satu tongkat
yang dicacak ke tanah. Nabi SAW bersabda (antaranya):

َ ‫ ُل الَّذِي ُبع‬8ُ‫ َذا الرَّ ج‬8‫ َما َه‬:‫واَل ِن‬8‫ َف َي ُق‬،‫اَل ُم‬8‫ دِين َِي اِإْل ْس‬:‫و ُل‬8‫ك؟ َف َي ُق‬ َ ‫ َو َما دِي ُن‬:‫ َف َي ُقواَل ِن‬،ُ‫ َرب َِّي هللا‬:‫ك؟ َف َي ُقو ُل‬
َ ‫ َمنْ َر ُّب‬:‫ان َفيُجْ ل َِسا ِن ِه َف َي ُقواَل ِن‬ ‫ْأ‬
...‫ِث‬ ِ ‫َف َي تِي ِه َم َل َك‬
ْ‫ َما ِء َأن‬8‫الس‬ ُ ‫ َّد ْق‬8‫ص‬
َّ ‫ا ٍد م َِن‬88‫ادِي ُم َن‬88‫ َف ُي َن‬:‫ا َل‬88‫ َق‬،‫ت‬ َ ‫ت بِ ِه َو‬ُ ‫آ َم ْن‬88‫ َّل َف‬8‫ َّز َو َج‬8‫هللا َع‬
ِ ‫اب‬ َ ‫ت ِك َت‬ ‫ْأ‬
ُ ‫ َق َر‬:‫يك؟ َف َيقُو ُل‬ َ ‫ َو َما ي ُْد ِر‬:‫ َف َيقُواَل ِن‬،ِ‫فِي ُك ْم؟ َف َيقُو ُل ه َُو َرسُو ُل هللا‬
‫ص ِر ِه‬ َ ْ ‫ْأ‬
َ ‫ َو ُيف َس ُح ل ُه فِي َقب ِْر ِه َم َّد َب‬،‫ َواف َتحُوا ل ُه َبابًا م َِن ال َجن ِة َف َي تِي ِه مِنْ َر ْو ِح َها َوطِ ِيب َها‬،ِ‫ َوَأ ْل ِبسُوهُ م َِن ال َجنة‬،ِ‫شوهُ م َِن ْال َج َّنة‬
َّ ْ َ ْ َّ ْ ُ ‫صدَ قَ َع ْبدِي َفا ْف ِر‬ َ ،

Maksudnya: ...Kemudian dua orang malaikat datang kepada roh dan duduk di sisi. Kedua-duanya
bertanya: Siapakah tuhan kamu? Lalu roh mukmin menjawab: Tuhanku ialah Allah. Mereka bertanya
lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Agamaku Islam. Mereka bertanya lagi: Siapakah orang ini
yang dibangkitkan dalam kalangan kamu? Roh menjawab: Dia ialah utusan Allah. Mereka bertanya lagi:
Bagaimana engkau mengetahuinya? Dia menjawab: Aku membaca Kitabullah Azza wa Jalla, lalu aku
beriman dan mempercayainya.
Lalu penyeru menyeru daripada langit: “Hambaku benar! Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia
dengan pakaian daripada syurga. Bukakanlah pintu syurga untuknya.” Dia pun mendapat wangian dan
harumnya angin syurga, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang.

Riwayat Abu Daud (4753) dan Ahmad (4/287)

KESIMPULAN
Inilah sebahagian daripada nikmat kubur yang menjadi taman-taman Syurga seperti yang termaktub
dalam sebuah hadis:

‫اض َ َأ‬ ِ ‫ض ٌة مِنْ ِر َي‬


ِ ‫الج َّن ِة ْو ُح ْف َرةٌ مِنْ ُح َف ِر ال َّن‬
‫ار‬ َ ‫ِإ َّن َما ال َق ْب ُر َر ْو‬

Maksudnya: Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada
gaung-gaung neraka.

Riwayat al-Tirmizi (2460) Kata Imam al-Tirmizi, hadis ini gharib. Tidak aku ketahui kecuali jalan ini. Al-
Hafiz Ibn Hajar berkata: Sanad ini amat dha'if. Ini kerana Athiyyah ibn Sa'd al-'Aufi al-Qisi dha'if dan
didha'ifkannya oleh al-Nasa'ie, Abu Zur'ah, al-Saji dan lain-lain. (Lihat al-Tahzib, 7/200-202)

Kami tegaskan di sini bahawa isu azab kubur ataupun nikmat, ia termasuk dalam perkara ghaibiyyat yang
tidak mungkin dikiaskan dengan hukum dunia semata-mata berdasarkan penglihatan atau pancaindera
kerana alam tersebut dikenali sebagai alam barzakh yang sifatnya berbeza dengan alam dunia.

Semoga Allah kurniakan kepada kita nikmat kubur sehingga membawa kita ke syurga. Amin. Kami akhiri
dengan doa:

ِ ‫ك مِنْ فِ ْت َن ِة ْال َمحْ َيا َو ْال َم َما‬ ُ ‫ال َوَأع‬ ْ ُ ‫ب ْال َقبْر َوَأع‬
ِ ‫ك مِنْ َع َذا‬ ُ ‫ب َج َه َّن َم َوَأع‬
ِ ‫ك مِنْ َع َذا‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم ِإ َّنا َنع‬
‫ت‬ َ ‫ُوذ ِب‬ ِ ِ‫ك مِنْ فِ ْت َن ِة المَس‬
ِ َّ‫يح ال َّدج‬ َ ‫ُوذ ِب‬ ِ َ ‫ُوذ ِب‬ َ ‫ُوذ ِب‬

Maksudnya: “Ya Allah! Kami berlindung dengan-Mu daripada seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur
dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah dajjal dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah
hidup dan mati.”

Anda mungkin juga menyukai