Anda di halaman 1dari 10

Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld.

XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

PENGGUNAAN e-NOTE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS


INTRODUCTION TO INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

IFANIZA BINTI IBRAHIM1; AZMI BIN MOHAMMAD2


12
Politeknik Mukah, km 7.5 Jalan Oya 96400, Mukah Sarawak

Article history: Received:07 May 2019 Received in revised form: 26 September 2019 Accepted: 31 November 2019 Published online: 31
December 2019

_________________________________________________________________________

ABSTRAK

e-Note merupakan satu aplikasi dan penghasilan mobile learning yang dibangunkan bertujuan
untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan khususnya di
Politeknik Mukah. Dengan penghasilannya, ia dikaji mengenai kebolehgunaannya terhadap
para pelajar yang menggunakannya. e-Note ini dihasilkan untuk para pelajar semester 2
Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil Kursus Introduction to Industrialised Building
System (IBS). Soal selidik digunakan sebagai medium untuk mengukur sejauh mana
kebolehgunaan e-Note kepada para pelajar. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tinjauan
dalam menggunakan e-Note sebagai nota pengajaran dan pembelajaran. Secara
keseluruhannya, para pelajar memberikan maklumbalas yang sangat positif dan menyatakan
bahawa inovasi e-Note ini membantu dan memudahkan mereka untuk mengulangkaji
pelajaran. Aplikasi yang mudah untuk digunapakai serta menarik minat dengan kepelbagaian
kerana interaktif yang terkandung didalamnnya. Ini dapat dibuktikan dengan nilai min purata
yang diperolehi adalah pada tahap tinggi iaitu 4.544. Ini Sejajar dengan pembangunan
pendidikan pembelajaran pada masa kini, mobile learning menjadi salah satu bahan inovasi
yang digunakan seiring dengan perkembangan teknologi yang kreatif, inovatif dan interaktif.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-Note ini berjaya dibangunkan
dan berpotensi untuk dilaksanakan bagi semua Politeknik yang mengambil Kursus
Introduction to Industrialised Building System (IBS) ini.

Kata Kunci: e-Note, Inovasi, mobile learning, kebolehgunaan

110
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

USE OF E-NOTE IN EDUCATION AND TEACHING OF INTRODUCTION COURSE TO


INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

ABSTRACT

e-Note is an application of mobile learning that develop to facilitating the learning and teaching
process implemented purposely in Politeknik Mukah. The result will be observed from student
that used the application. e-Note has developed for student semester 2 Diploma Kejuruteraan
Awam for courses Introduction to Industrialised Building System (IBS). The questionnaire was
used as a medium to measure the effectiveness of e-Note for students. The method uses in
this research in by a case study on using e-Note as teaching and learning note. Overall, the
students provided very positive feedback and stated that e-Note application helped and
facilitated them in the study lesson. This application is easy to used or friendly user and
attracted. It can be proving by average mean value is 4.544 which is the highest. Mobile
learning is one of the developments of creative, innovative and interactive technologies. In
conclusion, teaching and learning process using e-Note application has been successful
developed and has potential to be fulfil for all polytechnics that has Introduction to
Industrialised Building System IBS course.

Keyword: e-Note, innovation, mobile learning, effectiveness

111
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

PENGENALAN

Sistem pendidikan telah mengalami evolusi besar dalam teknologi pendidikan pada masa kini.
Ianya berlaku apabila pembelajaran berkonsepkan mudah alih atau lebih kenali sebagai M-
Learning (Mobile Learning) diperkenalkan. Dalam pengenalan sistem pembelajaran ini, ianya
sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran. Malah dapat
dibuktikan dengan penyataan dari Sun & Cheng, (2017) bahawa dengan penggunaan M-
learning, ianya dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana ianya diolah dengan audio,
teks, gambar sekaligus merubah corak pembelajaran dari kaedah konvesional kepada kaedah
elektronik.

Menurut Bob Little (2012) dalam kajiannya yang berkaitan dengan perkembangan terkini
dalam reka bentuk, pembangunanan dana penggunaan teknologi sebagai alat pembelajaran
pada masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran menggunakan teknologi
sedang membangun dengan cepat dari segi apliksai, falsafah dan piawaian. Selain itu,
pembelajaran menggunakan teknologi juga telah memberi impak yang hebat kepada para
pelajar kerana menjadi sebagai penyambung pengetahuan dan kepakaran yang mereka
perlukan tidak kira masa dan tempat. Hal ini kerana penggunaan teknologi seperti telefon
bimbit adalah mudah dan boleh di bawa ke mana sahaja. Dengan yang demikian, penggunaan
alat mudah alih lebih mudah menjadikan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan
tempat berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan
lama, (Ahmad Sobri 2010).

Konsep pembelajaran menggunakan M-learning ini, kebanyakkannya menggunakan telefon


bimbit yang mana ianya telah menjadi satu keperluan. Ini dibuktinya dengan penyataan dari
Chiang Wei Luan & Mohd Jasmy Abd Rahman (2016) bahawa telefon bimbit telah menjadi
sebahagian teknologi yang penting dalam seharian kita dan agak sukar untuk melarikan diri
dari teknologi ini. Manakala menurut Hamdan, Din & Abdul Manaf, (2012) pula telefon bimbit
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi
dan telah berjaya menarik minat golongan muda. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa
penggunaan m-learning dalam pembelajaran adalah lebih mudah, mesra pengguna dan
sinonim dengan sikap remaja pada masa kini yang menyukai perkara-perkara baharu yang
membolehkan mereka meneroka terutamanya pembelajaran yang sedang mereka hadapi.

Berkisar dengan teknologi dan trend terkini, maka aplikasi e-Note dihasilkan. Aplikasi ini
direka khusus untuk para pelajar semester 2 yang mengambil Kursus DCC2052 Kursus
Introduction to Industrialised Building System IBS, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik
Mukah. Aplikasi ini digunakan oleh pelajar sebagai medium rujukan serta latihan dimana
didalamnya terkandung nota, kuiz dan juga video yang boleh dilihat serta dimuat turun sebagai
proses mengulangkaji pelajaran untuk para pelajar ini.

PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran masa kini yang berteraskan kepada teknologi terkini memberi pilihan kepada
pengkaji dengan menggunakan m-learning sebagai satu medium pembelajaran kepada para
pelajar. Ianya seiring dengan teknologi komunikasi mudah alih yang senang untuk diperolehi

112
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

disamping harga yang boleh dikatakan mampu untuk para pelajar miliki dan boleh digunakan
dimana sahaja. Selari dengan pernyataan Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah, (2013) bahawa m-
learning itu sendiri terbentuk hasil dari kaedah pembelajaran jarak jauh (d-Learning) dan
pembelajaran secara elektronik (e-Learning) yang bertujuan untuk menjadikan proses
pembelajaran lebih fleksibel dan mudah alih. Peralatan mudah alih ini menjadikan m-learning
boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja berbanding dengan penggunaan buku
nota yang mudah rosak (Ahmad Sobri, 2010). Sehubungan dengan itu, berikut merupakan
permasalahan yang cuba dikawal dan diatasi ketika proses pembelajaran dan pengajaran
berlaku:

i) Nota sukar untuk di muat turun kerana tiada talian internet


ii) Nota terlalu banyak dan mengalami kekurangan kewangan untuk difotokopi
iii) Nota seringkali hilang, rosak, basah, koyak dan sebagainya.
iv) Terlupa ataupun tertinggal nota di asrama atau dirumah.

TUJUAN KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk


i) Membangunkan aplikasi e-Note menggunakan MIT Apps.
ii) Menilai kebolehgunaan e-Note kepada pelajar Semester 2 kursus IBS.
iii) Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar menggunakan e-Note dalam
pembelajaran.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang disasarkan pengkaji dalam kajian ini adalah:


1. Adakah penggunaan E-Note ini dapat membantu pelajar?
2. Adakah penggunaan E-Note digemari?

KAJIAN LITERATUR

Proses pengajaran kebiasaanya akan melibatkan beberapa aktiviti yang penting antaranya
aktiviti perancangan, aktiviti pelaksanaan, aktiviti menilai dan sebagainya. aktiviti ini perlu
dilaksanakan bagi melangkapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam aktiviti ini,
para pendidik akan mencari satu kaedah yang mudah dan pantas bagi menyampaikan
maklumat atau kursus kepada para pelajarnya. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat
pelbagai jenis pembelajaran yang telah diperkenalkan antaranya pembelajaran secara
konvesional dan kaedah E-Learning.

Dengan kepelbagaian kaedah pembelajaran maka lahirlah M-Learning, kerana ianya


melibatkan teknologi yang sering diguna pakai tanpa hadnya. Ianya juga mudah untuk
diterokai dengan lebih meluas disamping memperolehi sesuatu yang baru tanpa memerlukan
tempat yang sempurna. M-learning membawa maksud suatu konsep baru dalam proses

113
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

pembelajaran di mana ianya memberikan penekanan untuk memberi keupayaan dalam


memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal di mana proses
pembelajaran berlaku. Dalam erti kata lain, para pelajar boleh melaksanakan proses
pembelajaran dimana-mana sahaja tanpa memerlukan tempat yang sempurna ataupun kelas.
Malah M-Learning bukan sahaja mampu menukarkan modul tradisional, kos program dan bilik
darjah dalam bentuk versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi dalam e-pembelajaran
boleh menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel
(Hasifah Abdul Aziz, 2011).

Pengunaan M-Learning di negara-negara maju telah berkembang luas dan terbukti akan
keberkesanannya. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perkongsian bahan pembelajaran di
antara pelajar yang telah dimudahkan dan lebih pantas penyebarannya dengan
menggunakan alatan mudah alih seperti telefon pintar (Norliza, 2013). Apabila perkara ini
berlaku, ianya menjadi satu keperluan kepada golongan remaja, secara tidak langsung M-
Learning mudah untuk diaplikasikan dalam pembelajaran tanpa had kepada golongan mereka
ini.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian ini adalah jenis diskriptif iaitu satu tinjauan sampel dengan menggunakan
soalselidik sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian. Kajian ini dijalankan adalah
untuk menentukan kebolehgunaan aplikasi mudah alih ini. Pengkaji menggunakan soal selidik
yang telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for The Social Science
(SPSS) versi 21 untuk menilai kebolehgunaan aplikasi ini. Soal selidik menggunakan skala
Likert Lima mata iaitu 1= Sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = Neutral, 4= setuju dan 5 =
sangat setuju. Statistik diskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Skala interpretasi Skor Min (Pallant, 2007) adalah seperti dalam jadual 1 berikut:

Jadual 1
Skala Interprestasi Min

Nilai Min Tahap Interprestasi Min


1.0 - 1.66 Tahap Rendah

1.67 – 3.33 Tahap Sederhana


3.33 – 5.00 Tahap Tinggi

PEMBANGUNAN APLIKASI E-NOTE

Aplikasi e-Note ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MIT Apps. Didalam perisian
ini terdapat pelbagai kaedah pembelajaran boleh digunakan dan dikombinasikan. Antara yang
terkandung didalam aplikasi ini adalah kuiz, nota dan juga video. Nota yang dimuat turun
dalam aplikasi ini menggunakan Google drive. Perisian ini adalah dalam bentuk format .APK
(android application package). Format APK ini boleh dimuat naik (install) di mana-mana

114
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

telefon bimbit yang disokong oleh Google Corporation, iaitu sebuah syarikat carian terkemuka
dunia.

KAJIAN RINTIS

Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang pelajar Kejuruteraan Awam yang dipilih
secara rawak untuk menguji kebolehpercayaan soalan-soalan yang diutarakan. Kajian rintis
ini dijalankan bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti kekurangan dan memperbaiki
soalan untuk digunakan dalam kajian penyelidikan. Data yang diperolehi dari kajian ini adalah
0.79 dengan merujuk dari skala penilai (Cronback Alpha) menyatakan soalan mempunyai
kekuatan hubungan yang baik.

SAMPEL KAJIAN

Responden kajian ini seramai 70 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kejuruteraan
Awam Semester 2 yang mengambil kursus Introduction of Industrialised Building System
(IBS) di Politeknik Mukah. Pemilihan responden kajian ini berdasarkan beberapa ciri-ciri yang
sama iaitu pelajar yang mengambil Kursus IBS serta mempunyai telefon pintar sendiri.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 2
Penilaian Pelajar terhadap Aplikasi

Peratus (%)
Sisihan
Bil Item f Min
Piawai
STS TS N S SS
1 Aplikasi e-Note mesra pengguna 0 0 8.6 51.4 40.0 4.314 0.626
(0) (0) (6) (36) (28)
2 Aplikasi e-Note ini mudah digunakan 0 0 0 47.1 52.9 4.529 0.503
(0) (0) 0 (33) (37)
3 Aplikasi e-Note boleh digunakan pada bila-bila 0 0 0 50 50 4.500 0.504
masa dan dimana sahaja (0) (0) 0 (35) (35)
4 Penggunaan aplikasi e-Note ini dapat 0 0 0 41.4 58.6 4.586 0.496
meningkatkan pengetahuan bagi kursus IBS (0) (0) 0 (29) (41)
5 Dapat mengurangkan kos fotokopi nota 0 0 0 25.7 74.3 4.743 0.440
(0) (0) 0 (18) (52)
6 Tidak perlu mempunyai akses internet untuk 0 0 0 28.6 71.4 4.714 0.455
mengulangkaji bagi kursus IBS (0) (0) 0 (20) (50)
7 Nota mudah diakses kerana ianya telah dimuat 0 0 1.4 32.9 65.7 4.643 0.512
turun dalam telefon pintar (0) (0) (1) (23) (45)
8 Kaedah pembelajaran yang berbeza, maklumat 0 0 0 44.3 55.7 4.557
yang ringkas, padat dan mudah untuk difahami (0) (0) 0 (31) (39) 0.500
9 Maklumat yang dipaparkan menarik minat dan 0 0 2.9 45.7 51.4 4.486 0.558
mempunyai gaya persembahan tersendiri (0) (0) (2) (32) (36)
10 Pembelajaran yang lebih selesa dan pantas 0 0 11.4 40 48.6 4.371 0.685
(0) (0) (8) (28) (34)
Purata 4.544

115
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

Jadual 2 menunjukkan data yang diperolehi daripada analisis penilaian pelajar yang
menggunakan aplikasi e-Note bagi Kursus IBS. Secara keseluruhannya, nilai min purata
adalah 4.544 dan berada dalam tahap yang tinggi.

Bagi item no 1 dan 2 menunjukkan nilai min purata adalah 4.314 dab 4.529 serta peratusan
reponden adalah setuju dan sangat setuju walaupun ada 8.63% bersifat neutral untuk item 1.
Ini menunjukkan bahawa, aplikasi ini memberi kemudahan kepada para pelajar untuk
menggunakannya serta ianya mesra pengguna kerana tidak sukar untuk mengendalikannya
walaupun tiada sebarang manual diberikan.

Akses internet tidak diperlukan, item no 6 dengan peratusan setuju 28.6% dan sangat setuju
71.4% serta nilai min purata adalah 4.714. Ini kerana aplikasi ini tidak memerlukan akses
internet setiap kali untuk digunakan.

Berkaitan dengan item no 3 dan 5 pula, masing-masing menunjukkan nilai min purata 4.500
dan 4.743 dengan respon dari responden adalah setuju dan sangat setuju. Ini kerana
penggunaan aplikasi e-Nota boleh digunakan dimana sahaja tanpa mengira masa dan tempat
serta tidak memerlukan kewangan untuk proses fotokopi bagi nota-nota pembelajaran bagi
tujuan mengulangkaji pelajaran untuk kursus IBS ini.

Manakala bagi item no 7, hanya 1.4% sahaja yang bersifat neutral mengenai nota yang mudah
diakses setelah dimuat turun ke dalam telefon pintar. Manakala responden lain bersetuju
32.9% dan sangat setuju 65.7%. Ini disebabkan oleh nota-nota yang terkandung didalam
aplikasi boleh dimuat turun dan ianya kekal ada didalam telefon pintar serta mudah digunakan
walaupun berulang-ulang kali.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian adalah adalah berdasarkan kepada objektif kajian iaitu:

a) Menilai kebolehgunaan e-Note kepada pelajar Semester 2 kursus IBS

Disentuh mengenai kebolehgunaan aplikasi e-Note kepada para pelajar, item no 2, 3, 5 dan
6 menunjukkan bahawa responden setuju dan sangat setuju dengan peratusan diantara 25%
hingga 75% bahawa e-Note mudah untuk digunakan dimana sahaja, pada bila-bila masa,
mengurangkan kos fotokopi dan tidak memerlukan akses internet untuk mereka mengulang
kaji pelajaran. Daripada penilaian yang dilaksanakan dapat dijelaskan bahawa
kebolehgunaan e-Note untuk proses pembelajaran adalah amat memudahkan dan
memberikan galakan yang baik untuk para pelajar mengulangkaji pelajar selepas tamat waktu
kuliah dijalankan. Oleh hal yang demikian, Amin Ilias (2010) beranggapan bahawa
penggunaan M-learning menjadi satu pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan secara bersemuka atau kaedah konvensional.

Berdasarkan persoalan yang disasarkan, secara keseluruhannya e-Note ternyata membantu


para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran kerana mereka tidak perlu membawa banyak
benda untuk belajar serta rata-rata gemar untuk menggunakan aplikasi ini bagi proses

116
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

pembelajaran dan mengulangkaji pelajaran mereka. Ini kerana dengan pelaksanaan M-


learning ini adalah lebih mudah dan praktikal disebabkan pembelajaran boleh berlaku dimana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini dapat dijelaskan oleh Sakina Baharom & Raja
Maznah Hussain (2013), aktiviti M-learning tidak memerlukan sambungan kepada mana-
mana rangkaian pada masa tertentu.

Dengan sebab itu, penggunaan aplikasi yang bersifat interaktif, mesra pengguna adalah
sangat penting kerana sesebuah aplikasi yang tidak menarik, tidak mesra pengguna dan tidak
peka kepada kumpulan sasaran akan menyebabkan pengguna bosan dan cepat berputus asa
untuk menggunakannya (Ahmad Fkrudin et al, 2014).

b) Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar menggunakan e-Note dalam pembelajaran

Aplikasi e-Note yang digunakan oleh para pelajar dalam kursus ini dapat diterima sepenuhnya
oleh mereka dengan merujuk kepada item no 7, 8, 9 dan 10. Dari data yang ditunjukkan,
peratus persetujuan responden adalah 30% hingga 65% menyatakan setuju dan sangat
setuju bahawa e-Note mudah diakses kerana telah dimuat turun ke dalam telefon pintar,
maklumat yang menarik, kaedah pembelajaran yang berbeza serta dan selesa. Ianya
berpadanan dengan Normahdiah (2010) yang menyatakan bahawa sesebuah aplikasi akan
lebih mudah digunakan jika mempunyai unsur-unsur yang sepadan dan tepat serta mengelak
daripada penggunaan unsur yang kompleks. Selain itu, aplikasi ini memberikan satu kebaikan
kepada para pelajar kerana tidak memerlukan bahan yang banyak untuk mereka
mengulangkaji dan secara tinjauan secara rawak didapati para pelajar gemar menggunakan
aplikasi ini kerana mudah dan menarik untuk digunakan. Penghasilan aplikasi seperti ini akan
memberikan satu impak yang besar bukan sahaja kepada para pelajar tetapi kepada
penggunaan seperti kontraktor terutamanya yang terlibat dalam pembinaan menggunakan
IBS ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi sistem m-learning ini
dapat digunakan dengan lebih efektif. Antaranya adalah:
i) Penggunaan sistem m-learning ini pelu dilaksanakan secara menyuruh meliputi
semua kursus yang ditawarkan.
ii) Pemantauan dari segi latihan dan kuiz dapat ditingkatkan bagi mengetahui tahap
penguasaan pelajar.
iii) Keberkesanan penggunaan m-learning ini dalam kalangan pelajar.

KESIMPULAN

Hasil dapatan daripada kajian ini telah membuka ruang dalam dunia pendidikan pada hari ini,
bahawa teknologi pendidikan bukan sahaja berkisar dengan kaedah dan penyampaian guru
ataupun pensyarah (kaedah tradisional). Malah ianya telah diinovasikan dengan kreatif dan
interaktif dalam menarik minat para pelajar untuk terus fokus dan menyelami apa yang ingin

117
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan penghasilan aplikasi
yang digunakan (e-Note). Bertepatan dengan kajian Sang Mulyaman & Arief Budiman (2013),
menyatakan bahawa m-learning adalah pembelajaran yang sangat prospektif dengan
pemahaman terhadap sesuatu pembelajaran lebih efektif dan bersedia. Pelajar fokus,
berminat dan seronok dengan proses pembelajaran yang digunakan menjadi satu impak yang
positif apabila aplikasi mobile learning ini digunakan. Ini dapat dilihat dari kajian Auzar (2012)
menyatakan bahawa kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih dapat dirasai
keseronokan pembelajaran yang dapat dilaksanakan dimana sahaja tanpa dibatasi had,
tempat dan waktu. Penghasilan e-Note yang kreatif, inovatif dan kreatif menjadikan para
pelajar tidak bosan dan terbeban untuk menggunakannya Oleh yang demikian, kepuasaan
dan kebolehgunaan e-Note adalah bergantung kepada tahap ianya mudah dicapai dan
diaplikasikan.

RUJUKAN

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Wan Norina Wan Hamat. (2014).
Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia Interaktif
pengurusan Jenazah Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. 2(2):
11-25.

Ahmad Sobri Shuib. (2010). Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah:
Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in
Information and Communication Technology 2010, hlm. 652-665.

Amin Ilias (2010). Pelaksanaan e-Pembelajaran menggunakan SPIN: Panduan amalan


pengajaran & pembelajaran berkesan. City, 161-174.

Auzar, (2012). Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA Online™ Journal
Of Language Studies, 12(2): 629-644

Bob Little (2012). Effective and efficient mobile learning: issues and tips for developer. Dicapai
pada Oktober 20, 2012 dari doi:org/10.1108/00197851211267983.

Chiang Wei Luan & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2016). Aplikasi Media Sosial Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah (KSSR). Media Sosial:
Pembelajaran Abad 21. Penerbit UKM

Hamdan, A., Din, R. & Abdul Manaf, S. Z. (2012). Penerimaam M-Pembelajaran dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia. The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology
(UTAUT): Satu Analisis Literatur. UKM, Malaysia 1st International Conference on Mobil
Learning, Applications, and services (mobilcase2012).

Hasifah Abdul Aziz (2011). Keberkesanan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem
E-learning: Kajian kes pelajar tahun 4spi. (Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan).
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

118
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXI, (Dis)
ISSN 1511 5828 2019
E-ISSN-2637-1065

Norliza A. Rahim. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan


Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Tesis Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional. UTHM.

Normahdiah Sheik Said. (2010). Multimedia Integrasi Reka Bentuk Berpusat Pengguna.
Penerbit UPM.

J. Pallant. (2007). SPSS Survival Manual, 3rd Edition, Crows West, New South Wales.

Sang Mulyawan & Arief Budiman. (2013). Perancangan aplikasi Pembelajaran Tentang
Tindak Pidana Korupsi Berbasis Mobile. Seminar Nasional Teknologi Informasi dan
Komunikasi 2013 (SENTIKA 2013.

Sakina Baharom & Raja Maznah Raja Hussain (2013). An Exploration of the Mobile Learning
Environment to Support Teacher Training. Mobile Learning: Malaysian Initiatives
& Research Findings (pp. 103 – 110)

Sun, O,C., & Cheng, H.K. (2017). The design of instructional multimedia in e-learning: A media
Richness Theory-based approach. Computers & Education, 49(3),662-676

119

Anda mungkin juga menyukai