Anda di halaman 1dari 6

1

SKEMA JAWAPAN & PEMARKAHAN


MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2 NEGERI PAHANG TAHUN 2022
SYARIAH 2 (930/2)
__________________________________________________________________________________
(Bahagian A: Usul Fiqh)
1 (a) (i) Pengertian ijmak:
Persepakatan ulama’ mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan
baginda dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak. [2]
(ii) Dua jenis ijmak:
̶ Ijmak soreh:
- Persepakatan ulama’ mujtahid mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan
menyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas, sama ada secara lisan atau
perbuatan, yang menerangkan persetujuannya di atas mujtahid lain.
̶ Ijmak sukuti:
- Persepakatan sebahagian ulama’ mujtahid terhadap sesuatu hukum, sedangkan
sebahagian ulama’ mujtahid lain mendiamkan diri tanpa melahirkan persetujuan atau
bantahan secara jelas. [4]

(b) Pandangan ulama’ tentang kedudukan ijmak sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam:
1→ (Ijmak soreh);
̶ Jumhur ulama’ sepakat mengatakan ijmak soreh sebagai hujah yang diyakini dan wajib
berpegang dengannya dan haram menyalahinya.
̶ Sebahagian yang lain seperti Mu’tazilah & Syiah, ijmak soreh tidak boleh dijadikan hukum.

2→ (Ijmak sukuti);
̶ Imam Ahmad, ulama’ Hanafi dan sebahagian ulama’ Shafie menerimanya sebagai hujah
dan dalil dalam mengeluarkan hukum.
̶ Imam Shafie, dan ulama’ Maliki tidak menerima sebagi hujah
َ‫أ‬ ُ َ ْ ُ ََ ََ ْ ُ َ
(2 x 2 = ( 4)
ُ
̵ Dalil tentang ijmak ‫ِيعوا ٱ َلر ُسول َوأ ْو ِِل ٱۡل أم ِر مِنك أم‬
‫أطِيعوا ٱّلل وأط‬ (2)

(c) Pendapat jumhur ulama’ bahawa ijmak perlu mempunyai sandaran dalil:
➤- Ijmak tidak sah kecuali dengan mempunyai sandaran yang kuat. Ijmak tanpa sandaran
bererti memperkatakan urusan agama bersandarkan pemikiran dan nafsu.
- Menurut jumhur ulama’, sandaran ijmak sama ada dalil qat’ie (al-Quran atau hadis) atau
dalil zanni (hadis ahad dan qiyas).
- Dengan adanya sandaran, memberi kesan kepada hukum, iaitu menyebabkan hukum ijmak
bertaraf qatie, sedangkan hukum sebelum berlaku ijmak bertaraf zanni.

‫َ َأ ُ أ َُ َ ُ ُ أ َ ََ ُ ُ أ ََ َ َ ُ ُ أ‬
- Contoh ijmak: pengharaman mengahwini nenek dan cucu. Ia bersandarkan
kepada ayat al-Quran ... ‫ح ِّر َمت عليكم أمهَٰتكم وبناتكم وأخوَٰتكم‬
ُ yang menyatakan
pengharaman berkahwin dengan ibu dan anak-anak sendiri. (2 x 3 = (6)

̶ Rumusan / kesimpulan, ijmak tidak akan berlaku kecuali berasaskan kepada dalil qatie
atau zanni. [2]
2

2 (a) Maksud pernyataan yang diberikan berserta contoh:


̶ Pernyataan tersebut bermaksud : “Pengecualian satu furu’ daripada hukum yang bersifat
umum kerana terdapat dalil yang menghendaki ia terjadi. (2)
̶ Contoh, tidak sah memberi upah sekiranya diqiyaskan dengan jual beli, kerana antara syarat
sah jual beli ialah benda yang dijualkan wujud sewaktu akad, tetapi upah kerja belum wujud.
Ia sah digunakan berdasarkan konsep istihsan. (2)
(b) Bahagian istihsan berdasarkan contoh yang diberikan, berserta hujah:
i. Istihsan berasaskan maslahah, kerana golongan Bani Hashim pada masa dahulu tidak
diberikan zakat kerana mereka mendapat habuan daripada harta rampasan perang. Apabila
sudah tidak ada lagi peperangan, mereka menjadi golongan yang tidak mampu dan
mesti dibantu dan diberikan zakat.
ii. Istihsan berdasarkan ‘uruf, kerana perbuatan mewakafkan buku-buku agama telah menjadi
kebiasaan masyarakat, sekalipun ia bertentangan dengan syarat wakaf.
iii. Istihsan kerana darurat (terpaksa):kerana menimba sebahagian air atau semua air di dalam
perigi tersebut tidak memberi kesan atau tidak menyebabkan baki air yang ada itu bersih.
Ini akan menyebabkan kesukaran sekiranya perigi tersebut menjadi sumber air utama
kepada sesebuah masyarakat atau individu. Oleh itu, diharuskan megambil air dari perigi
tersebut kerana keadaan keperluan dan terdesak.
iv. Istihsan dengan nas: kerana terdapat hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang makan
atau minum secara tidak sengaja / terlupa semasa sedang berpuasa, maka ia merupakan
rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
[8]
(c) Pendapat ulama’ usul fiqh tentang kehujahan istihsan:

̶ Ulama yang menerima kehujahan istihsan : iaitu ulama’ Hanafi, Imam Malik, dan sebahagian
ulama’ Hanbali, mereka melihat istihsan juga adalah bersandarkan langsung kepada dalil dan
prinsip syarak.
̶ Ulama’ yang menolak kehujahan istihsan : iaitu Imam Shafie dan sebahagian daripada
ulama’ Hanbali.
Alasannya, istihsan tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk mengeluarkan hukum kerana
mereka melihat istihsan dengan maksud ia tidak bersandarkan langsung kepada dalil syarak.
̶ Kesimpulan / pandangan calon: Perbezaan hanya berlaku dari segi lafaz sahaja, sedangkan
dari segi hakikat tidak, kerana pihak yang menolak istihsan juga menerima setiap ketetapan
hukum yang bersandarkan dalil syarak. Oleh itu, istihsan yang dimaksudkan oleh pihak yang
menerima adalah tidak bertentangan dengan prinsip pihak yang menolak. [8]
3

3 (a) Pengertian ijtihad dan dalilnya:


̶ “Curahan tenaga secara bersungguh-sungguh oleh seseorang mujtahid dalam menyemak
dalil-dalil untuk mengeluarkan hukum syarak, bagi sesuatu masalah amali”. [2]
̶ Dalil (i) : Surah al-Hasyr, ayat 2

َٰ َ ‫َ أ َ ُ ْ ََٰٓ ُ ْ أ َ أ‬
/ ٢ ‫فٱعت ِِبوا يأو ِِل ٱۡلبص ِر‬... (atau)

̶ Dalil (ii): Hadis Muaz yang mana Rasulullah SAW memperakui tindakannya akan
menggunakan ijtihad, apabila menetapkan hukum jika sesuatu masalah tidak terdapat
dalam al-Quran dan al-Sunnah mengenai hukumnya [2]

(b) Empat faktor yang boleh membatalkan ijtihad seseorang mujtahid:


i- Apabila mujtahid melakukan ijtihad terhadap hukum, kenudiannya ternyata ijtihad tersebut
salah. Maka wajib mujtahid membatalkan ijtihad tersebut dan melakukan ijtihad lain serta
beramal dengan ijtihad baru itu.
ii- Sekiranya hukum yang diijtihad bercanggah dengan nas al-Quran.
iii- Hukum yang dijitihad bercanggah dengan ijmak ulama’.
iv- Ijtihad tersebut bercanggah dengan qiyas jali.
v- Sekiranya ijtihad tersebut bercanggah dengan kaedah umum (kaedah kulliyah).
[8]

(c) Persoalan penentuan awal puasa Ramadan:


̶ Ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan permulaan puasa atau awal Ramadan, kerana
masing-masing ada hadis yang dipegang dan juga hujah
̶ Oleh itu, persoalan penentuan awal puasa adalah termasuk dalam perkara ijtihadiyyah
̶ Penentuan awal puasa Ramadan dapat dilakukan dengan tiga cara iaitu;
i) Rukyah al-Hilal (Melihat anak bulan)
ii) Menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari
iii) Hisab (kiraan falak)
̶ Rukyah al-Hilal dilaksanakan pada 29 haribulan Sya’ban ketika matahari terbenam. Sekiranya
hilal (anak bulan) kelihatan, maka Ramadan dikira sudah bermula
̶ Sekiranya hilal tidak dapat dilihat pada petang hari berkenaan sama ada kerana keadaan langit
berawan atau mendung, maka pada keesokan harinya digenapkan bilangan Sya’ban menjadi
30 hari.
̶ Sebahagian ulama’ yang berpegang kepada kaedah hisab atau kiraan ilmu falak berdasarkan
lafaz “faqdiru lahu” pada hadis, yang bermaksud “maka perkirakanlah”.
̶ Di Malaysia, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menetapkan kaedah
penentuan awal Ramadan (dan Syawal) menggunakan kaedah “Rukyah dan Hisab”
berpandukan kriteria Imkan al-Rukyah (keboleh-nampakan anak bulan)
̶ JAKIM juga menyeru masyarakat Islam di Malaysia untuk mematuhi keputusan pengumuman
permulaan puasa oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu
̶ Kesimpulan / pandangan calon : [8]
4

(Bahagian B: Kaedah Fiqh)


4 (a) Penerangan hadis serta kaitan dengan kaedah fiqh yang bersesuaian, serta contoh:
i- Hadis ini bermaksud: “Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat”./
Setiap amalan perlu disertai dengan niat.Maka amalan yang tidak disertai dengan niat tidak
mendatangkan apa-apa kesan.
ii- Kaedah fiqh yang bersesuaian : )‫ ( األمور بمـقاصدهـا‬/ Setiap perkara diambil kira
berdasarkan niat.
iii- Contoh: Seseorang yang yang berwuduk / mengerjakan solat tanpa niat adalah tidak sah.
[6]

(b) Tiga syarat niat dalam melakukan ibadat:


i- Islam – Tidak sah niat dan ibadat orang kafir
ii- Mumayyiz – Tidak sah niat / ibadat kanak-kanak yang belum mumayyiz.
iii- Berakal / waras (tidak gila) – Tidak sah niat dan ibadat orang gila
iv- Mengetahui perkara yang diniatkan – Tidak sah bagi orang yang tidak mengetahui apa
yang diniatkannya.
v- Tidak melakukan perkara yang boleh menafikan niat iaitu dengan memutuskan ibadat
(3 isi x 2) =[6]

(c) (i) Kaedah berkaitan ialah : ‫ الفرض ال يتأدى بنية النفل‬/


(Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat).
Berdasarkan kaedah terbitan ini, mandi janabah Encik A tidak terangkat (tidak sah), kerana
mandi janabah adalah wajib, sedangkan niatnya adalah mandi sunat. Encik A wajib
mengulangi semula mandi janabahnya. [4]

(ii) Kaedah berkaitan ialah: ‫ مقاصد اللفظ على نية الالفظ‬/


(Maksud sesuatu lafaz adalah mengikut niat orang yang melafazkannya).
Jatuh satu talak. Ulangan itu tidak diambil kira kerana niat Encik D adalah bagi
meyakinkan isterinya. [4]
5

5 (a) ̶ Keterangan:
Sesuatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan semata-mata keraguan. Sesuatu yang telah
diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya, tetapi ia boleh
hilang dengan keyakinan sepertinya juga.
̶ Dalil:
i- Surah Yunus, ayat 36
‫َ أ‬ ‫أ‬ ‫َ ُأ‬ َ َ
َ ‫إِن ٱلظ َن َل يغِن م َِن ٱ‬
(atau) / ‫ۡل ِق شيا‬ ِ
ii- Hadis
‫ فليطرح الشك وليبن على ما استيقن‬,‫اذا شك أحدكم في صالته فلم يدر كم صلى أثالثا أم أربعا‬
̶ Contoh: Seseorang yang yakin telah berwuduk, kemudian ia syak dan ragu-ragu adakah
wuduknya telah batal atau tidak, maka dia dikira masih berwuduk, kecuali telah nyata
perkara-perkara yang membatalkan wuduknya
[6]

(b) Maksud ‫ األصل في كـل حـادث تقديره بأقرب زمـن‬berserta dengan dua contoh:
Maksud: Asal setiap perkara / kejadian diambil kira masa yang paling hampir (terdekat).
Contoh 1: Seorang yang melihat kesan air mani pada kainnya, sedangkan ia tidak ingat bila ia
bermimpi, maka wajiblah ia mandi dan menggantikan semua solatnya selepas tidurnya yang
terakhir.
Contoh 2: Seorang yang solat dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, dan
di hari berikutnya ia dapati ada bangkai binatang dalam perigi tersebut; Maka ia tidak wajib
mengqada’ semua solatnya, kecuali solat yang ia yakin dengan air bernajis.
[6]

(c) (i) ̶ Asalnya tiada keuntungan


(ii) ̶ Dakwaan murid tidak dikira. Asalnya tiada latihan tugasan dihantar
(iii) ̶ Asalnya tidak mendapat keizinan
(iv) ̶ Asalnya hutang itu dikira belum dijelaskan
[8]
6

6 (a) Maksud petikan ayat al-Quran dan perkaitan dengan kaedah fiqh yang bersesuaian:
̶ Ayat ini menjelaskan Allah inginkan kemudahan dan keringanan kepada manusia, dan tidak
menghendaki mereka menanggung kesukaran

̶ Kaedah fiqh yang bersesuaian ialah )‫(المشقة تجلب التيسير‬


̶ Contoh: Seorang yang sedang dalam musafir yang jaraknya sejauh dua marhalah atau lebih,
maka ia diharuskan berbuka puasa, melakukan solat secara qasar dan jamak.

[4]
(b) Empat sebab takhfif yang diharuskan syarak dalam ibadat:

Bil Sebab takhfif [1] Huraian / Contoh [1]


i Musafir Harus solat secara qasar dan jamak / berbuka puasa
ii Sakit Tayamum menggantikan wuduk / Solat fardu sambil duduk @ baring
iii Terlupa Dimaafkan orang yang makan @ minum secara terlupa ketika berpuasa
iv Kejahilan Huraian / contoh
v Paksaan Huraian / contoh
vi Kesukaran umum Huraian / contoh
(umum al-balwa)
vii Kekurangan Tidak dikenakan bebanan syarak ke atas orang gila, atau kanak-kanak
[8]

(c) Perbezaan antara kaedah ‫ إذا ضاق األمر اتسع‬dengan kaedah ‫إذا اتسع األمر ضاق‬, serta contoh:
Kaedah Perbezaan Contoh
‫إذا ضاق األمر اتسع‬ ̶ Sesuatu perkara apabila menjadi sempit, ̶ Diharuskan perempuan yang
maka hukumnya diperluaskan. ber’iddah keluar rumah apabila
̶ Iaitu ketika kemudaratan / kesukaran keadaan mendesak seperti
berlaku apabila beramal dengan hukum untuk bekerja bagi menyara
asal maka kelonggaran diberikan selama kehidupan.
mana masih wujud kemudaratan.

‫إذا اتسع األمر ضاق‬ ̶ Sesuatu perkara apabila menjadi luas, ̶ Tidak diharuskan lagi
maka hukumnya diperketatkan. perempuan yang ber’iddah
̶ Iaitu ketika hilang atau tiada lagi keluar rumah apabila keadaan
kemudaratan yang timbul maka perlu mendesak sudah tiada atau
beramal semula dengan hukum asal. dipenuhi.

[8]

Anda mungkin juga menyukai