Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5600: PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


DALAM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU: 

Penilaian Kendiri : Genogram

PENSYARAH :
DR. DHARATUL NISSA BINTI PUAD MOHD KARIM

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)

1
PENGENALAN

Genogram keluarga merupakan salah satu intervensi moden sebagai alat bantuan dalam

penilaian kendiri seseorang individu berdasarkan tiga generasi keluarga sekurang-kurangnya

(McGoldrick, 2016). Tambahan pula, pelbagai maklumat dapat dikenal pasti melalui genogram

tersebut seperti latar belakang keluarga, taraf pendidikan dan juga kerjaya. Selain itu, ia juga

dapat memberikan informasi mengenai berapa jumlah anakyang dimiliki oleh setiap keluarga

dan status perhubungan suami isteri. Selain itu, pembinaan genogram ini dapat meningkatkan

“kesalingfahaman dan toleransi” antara mereka (Niles, 2017). Maklumat yang terdapat pada

genogram tersebut akan digunakan untuk menerangkan sistem keluarga dengan lebih terperinci

dan juga dapat membantu klien untuk lebih memahami dengan lebih baik melalui beberapa

persamaan hubungan yang menonjol dan dinamik dalam keluarga.

Seterusnya, genogram adalah alat yang digunakan untuk memahami dan belajar tentang klien

dalam masa yang singkat di mana ia merupakan gambaran visual unit keluarga dari generasi ke

generasi. Genogram keluarga dapat menunjukkan corak yang berkembang dari masa ke masa di

mana pada permulaannya mungkin agak samar tetap ia akan menjadi lebih jelas selepas

membuat genogram tersebut (McGoldrick, Petro & Carter, 2016). Proses genogram juga dapat

membantu untuk mendorong pengembangan hubungan kepercayaan dan mengenal pasti

kekuatan serta kelemahan klien yang akan membantu untuk mencapai matlamat mereka. Oleh

itu, genogram mampu memberi celik akal kepada klien dengan menggunakan rajah keluarga

untuk menjelaskan corak hubungan yang berlaku ( Storlie et.al, 2019)

2
GENOGRAM KELUARGA SAYA

Gambarajah di bawah merupakan genogram bagi keluarga saya yang terdiri daripada tiga lapisan

generasi. Bermula daripada generasi pertama iaitu generasi ayah dan emak, kemudian generasi

kedua adalah generasi adik-beradik saya yang terdiri enam orang adik beradik dan masing-

masing sudah berkahwin. Akhir sekali generasi ketiga iaitu generasi anak buah bagi keluarga

saya seramai empat belas orang kesemuanya.

Generasi pertama (Ayah dan emak)

Ayah merupakan anak tunggal daripada keluarganya dan mempunyai adik angkat yang kini

menetap di Singapura. Ayah adalah warganegara Singapura dan sudah menetap di Malaysia

lebih 20 tahun sejak berkahwin dengan emak serta sudah mempunyai warganegara tetap di sini.

Perwatakan ayah agak panas baran, cepat melenting dan sensitif tetapi ayah mudah mesra dengan

orang lain, suka membantu dan pemurah. Ayah telah meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat

kegagalan jantung pada tahun 2015.

Manakala emak merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik beradiknya dan berasal

daripada Bukit Gambir, Johor. Emak berkahwin dengan ayah ketika berumur 14 tahun dan

mempunyai anak seramai 6 orang. Perwatakan emak yang lemah lembut dan penyayang

menyebabkan anak-anak lebih mudah berbicara dengan emak. Emak telah mendapat kanser

rahim peringkat kedua pada tahun 2019 dan hasil rawatan kimoterapi yang dilalui, keadaan

kanser rahim emak telah baik dan pulih sepenuhnya namun perlu menjaga pemakanan dan

kesihatan agar kanser tidak kembali semula.

3
Generasi kedua (Adik beradik)

Generasi kedua merupakan generasi adik beradik bagi keluarga saya yang terdiri 4 orang lelaki

dan 2 orang perempuan. Abang Syahril yang sulung merupakan anak pertama, kedua kakak Lily

adalah anak kedua, seterusnya kakak Ani adalah anak ketiga, seterusnya abang Anuar adalah

anak keempat dan saya dengan adik bongsu merupakan anak kembar dalam keluarga saya.

Hubungan kami sesama adik beradik adalah baik dan harmoni serta saling menjaga hubungan

antara satu sama lain.

Abang Syahril (anak pertama)

Abang Syahril merupakan anak pertama dalam keluarga saya dan kini mempunyai dua orang

anak iaitu anak perempuan dan anak lelaki. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, mereka

dikurniakan seorang anak perempuan. Usia perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana isteri

pertama mempunyai masalah jantung berlubang sejak kecil lagi dan telah meninggal dunia pada

tahun 2008. Setahun kemudian, abang telah berkahwin buat kali kedua dengan isteri baharu dan

dikurniakan seorang anak lelaki. Perwatakan abang juga sama seperti ayah yang cepat panas

baran, mudah marah dan agak sensitif namun abang sentiasa mengambil berat tentang keadaan

adik beradiknya yang lain. Dari segi produktif kerja pula, abang seorang yang sangat perfectionis

iaitu sangat mementingkan ketelitian dan kekemasan sama ada di rumah mahu pun di tempat

kerja.

Kakak Lily (anak kedua)

Kakak Lily pula merupakan anak kedua dalam keluarga saya selepas abang Syahril. Kakak Lily

mempunyai perwatakan yang agak tegas dan kadang kala berselisih faham dengan abang Syahril.

4
Tetapi kakak mudah untuk dibawa berbincang dan selalu memberikan pandangan yang bernas

serta terbuka jika ada permasalahan sesama adik beradik dan keluarga. Kakak melalui dua fasa

perkahwinan dalam hidupnya. Perkahwinan kali pertama dikurniakan dua orang anak perempuan

dan kakak bercerai hidup dengan suami pertamanya. Kakak agak lama menjadi janda kerana

lebih mengutamakan urusan membesarkan kedua-dua anak perempuannya. Perkahwinan kakak

kali kedua setelah bertemu dengan bakal suami yang merupakan seorang duda anak dua orang.

Suaminya boleh menerima keadaan anak-anaknya yang sudah besar dan boleh serasi dalam ahli

keluarga saya.

Kakak Ani (anak ketiga)

Kakak Ani merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik kami. Hasil

perkahwinannya mereka mempunyai 4 orang anak iaitu 1 lelaki dan 3 perempuan. Kakak Ani

seorang kakak yang periang, mesra dan mudah bergaul dengan adik beradik. Dia cepat marah

dan terasa tetapi mudah dipujuk serta cepat sejuk. Apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia

akan buat dengan bersungguh- sungguh hingga membuahkan hasil yang diinginkan. Kakak Ani

juga seorang yang sangat rapat dengan semua adik-beradiknya.

Abang Anuar (anak keempat)

Abang Anuar merupakan anak keempat dalam keluarga saya. Dia seorang yang suka buat lawak,

suka membantu dan sangat komited serta kuat bekerja dalam melakukan pekerjaan. Dia juga

seorang yang sangat sensitif, mudah tersentuh dan mudah marah. Hasil perkahwinannya, mereka

telah dikurniakan sepasang anak iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Abang Anuar juga

mempunyai masalah berat badan obesiti yang agak berat dan mudah mendapat penyakit.

5
Fadli (anak kelima-saya) dan Kamal (anak keenam)

Saya dengan Kamal merupakan anak kembar dalam keluarga saya. Hubungan kami sangat rapat

dan masing-masing mempunyai naluri yang sangat kuat. Perwatakan kami berdua hampir sama

dan keinginan kami lebih kurang sama sahaja. Hasil perkahwinan saya dengan isteri, kami

mempunyai 3 orang anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki manakala adik kembar saya

mempunyai seorang anak perempuan. Sejak kecil, kami sering bersaing antara satu sama lain

sama ada akademik mahupun bidang sukan. Oleh kerana itu, emak saya selalu membelikan

pakaian yang sama dengan adik kembar saya. Cuma dari segi perkahwinan tidak sama yang

mana saya berkahwin dengan isteri saya yang sama umur manakala adik kembar saya berkahwin

dengan isterinya yang lebih berusia.

Generasi ketiga (anak saudara)

Hasil perkahwinan kesemua adik beradik saya, kami telah mendapat seramai 14 orang anak

saudara iaitu terdiri 4 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Mereka lebih rapat dengan sepupu

yang lebih kurang sebaya dengannya yang mana boleh saya simpulkan kepada 3 kategori iaitu

peringkat usia awal dewasa (universiti atau kolej), peringkat remaja (sekolah menengah) dan

kanak-kanak (sekolah rendah).

PERKAITAN ANTARA SETIAP GENERASI

Apabila saya menyiapkan genogram keluarga saya, saya cuba untuk memahami setiap perkaitan

antara generasi ke generasi bermula daripada ayah dan emak hingga ke anak saudara saya.

6
Sehubungan dengan itu, saya mula faham jenis perhubungan yang berlaku pada kepada keluarga

saya.

Konflik

Dalam dapatan saya, saya mendapati hubungan ayah dengan abang yang sulung kerap kali

berlaku konflik dan sering berselisih pendapat. Ini adalah kerana sikap ayah yang sangat tegas

dan garang dan apa jua perintahnya mesti dituruti dan ianya berbeza dengan sikap dan

pandangan abang saya. Jadi, masing-masing akan menunjukkan autonomi dan egoan dalam

memberikan pendapat dan mempunyai pendirian yang berbeza. Sama juga dengan kakak saya

yang sering kali menimbulkan konflik dan bertindak mengikut emosi. Tindakan kakak

menyebabkan ayah kurang senang menyebabkan hubungan mereka berdua agak renggang serta

dingin. Di dalam genogram tersebut, saya mendapat bahawa kerap kali berlaku konflik antara

ayah dan abang dengan abang ipar saya yang merupakan suami kepada kakak saya. Ini adalah

kerana ada peristiwa pahit yang berlaku pada suatu ketika dahulu yang menyebabkan hubungan

mereka tidak begitu baik sehingga kini yang akhirnya berlaku perceraian.

Harmoni

Hubungan harmoni ini dapat dilihat apabila emak menjaga hubungan dengan anak-anak dan juga

menantunya. Begitu juga ayah menjaga hubungan harmoni dengan anak-anak yang lain serta

menantu. Anak-anak melihat banyak berlaku konflik pada anak yang terdahulu menyebabkan

masing-masing mengekalkan hubungan dan mengikut kata ayah. Hubungan dengan ipar duai

juga adalah baik antara satu sama lain.

Sangat rapat

7
Jika dilihat anak yang ketiga iaitu kakak saya sangat rapat dengan kakaknya, begitu juga anak

buah saya yang sangat rapat dengan anak kembar saya. Ini adalah kerana adik kembar saya

hanya mempunyai seorang anak dan tiada adik-beradik lain serta jarak perbezaan umur hanyalah

setahun. Oleh itu, perhubungan mereka berdua adalah sangat rapat.

Perceraian

Di dalam keluarga saya terdapat dua perceraian yang berlaku iaitu abang yang sulung dan juga

kakak iaitu anak yang kedua. Perceraian abang adalah disebabkan cerai mati yang mana kakak

ipar adalah masalah jantung berlubang setelah melahirkan anak yang pertama tidak lama selepas

itu. Manakala kakak pula berlakunya cerai hidup setelah mendapat anak kedua yang mana

banyak berlaku persengketaan dan masalah dalam perkahwinannya. Akhirnya berlaku perceraian

setelah cuba bertahan sekian lama. Kini, masing-masing mempunyai pasangan hidup yang

baharu.

Kematian

Terdapat dua kematian yang berlaku dalam keluarga saya iaitu ayah yang meninggal akibat

kegagalan jantung berfungsi dan juga faktor usia tua. Manakala kakak ipar pula yang mengalami

masalah jantung berlubang sejak kecil lagi dan mempunyai tempoh hayat hidup tidak lama.

HUBUNGAN EMOSI ANTARA GENERASI

Berdasarkan genogram yang diberikan, saya dapat memahami hubungan emosi yang terbentuk

dalam gambarajah tersebut. Pelbagai kisah lampau yang berlaku yang mengaitkan hubungan

emosi antara generasi. Ini dapat dilihat dengan begitu jelas apa yang berlaku kepada anak

8
pertama dan kedua yang mana banyak timbulnya konflik di antara ayah dengan anak-anaknya.

Emosi panas baran, kemarahan, selisih faham, kecewa dan sedih sehingga berlaku ketegangan

dan perceraian. Mungkin terdapat ketidaksamaan dari segi prinsip, nilai, moral, pendirian dan

ketegasan yang ada pada diri seorang ayah kepada anak-anaknya. Ketidaksamaan ini

memerlukan sedikit perubahan di antara kedua-dua generasi agar perhubungan dapat diperbaiki

dengan lebih baik. Tetapi hubungan emosi ini tidak terjadi kepada anak-anak seterusnya iaitu

anak ketiga hingga anak bongsu. Mungkin adalah kerana peristiwa yang telah dilalui dahulu

telah dijadikan pengajaran dan iktibar oleh anak-anak yang lain. Setelah itu, perhubungan emosi

telah berjalan dengan harmoni. Namun ia berbeza di sebelah emak pula, sikap yang ada pada diri

emak yang sabar, lemah lembut dan mementingkan perhubungan baik dan sejahtera dengan

kesemua anaknya. Emak lebih terbuka dan menerima seadanya yang menyebabkan anak-anak

lebih selesa untuk berinteraksi dengan emak berbanding dengan ayah. Selain itu, hubungan

emosi dengan anak saudara juga adalah baik dan masing-masing menjaga hubungan di antara

sepupu-sepupunya.

BAGAIMANA GENOGRAM MEMBANTU ANDA MEMAHAMI PERSONALITI

ANDA

Setelah melakukan genogram keluarga saya, saya mendapati personaliti saya lebih kepada

sebelah emak. Ini dapat dilihat perwatakan saya banyak terarah kepada personaliti emak iaitu

bersikap sabar dalam segala hal, menjaga perhubungan sesama generasi, tidak panas baran, lebih

memahami dan membantu dengan seadaanya. Perwatakan emak yang banyak bertolak ansur

kerana tidak mahu timbulnya konflik yang boleh menganggu ketidakstabilan emosi. Selain itu,

sikap penyayang pada diri emak telah diterapkan sejak kecil lagi yang menyebabkan anak-anak

9
lebih menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. Oleh sebab itu, personaliti saya

lebih cenderung kepada personaliti emak. Walau bagaimana pun, terdapat sedikit personaliti

yang saya ikut sebelah ayah iaitu dari segi ketelitian dan kekemasan yang mana ayah saya lebih

cenderung ke arah itu. Akhirnya, saya dapat memahami genogram ini sebenarnya banyak

membantu corak hubungan dan kepercayaan di antara individu dengan individu yang lain.

10
Gambarajah 1 : Genogram Keluarga Saya

11
12

Anda mungkin juga menyukai