Anda di halaman 1dari 2

Peranan Guru Sejarah dan Cabaran Masa Kini

Oleh: Mohamad Faris Bin Jasma

Minat pelajar terhadap subjek Sejarah sering dijadikan topik perbincangan dikalangan guru dalam
sesi Dialog Prestasi. Apakah penyebab pelajar kurang meminati subjek Sejarah di sekolah. Antara
cabaran guru adalah untuk mencambahkan minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Berdasarkan
pengalaman penulis sebagai tenaga pengajar, guru Sejarah perlu dibekalkan dengan Penyegaran Ilmu
Sejarah sebagai persediaan untuk menangani cabaran ini. Apa yang dimaksudkan dengan Penyegaran
Ilmu Sejarah dalam erti kata yang mudah, di kalangan guru seharusnya merenung dan mula muhasabah
diri atas kekurangan dalam cara pengajaran dan pembelajaran yang barang kali membantutkan minat
pelajar terhadap subjek Sejarah. Cara penyampaian guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat pelajar pelajar untuk memahami dan menyayangi Sejarah.

Dalam konteks penyesuaian keadaan masa kini, seorang guru Sejarah itu perlu menguasai
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dokumen ini harus dibaca dari kulit ke kulit
dalam erti kata 'hadam' oleh guru bagi membantu mereka menerapkan pelbagai kaedah pembelajaran
masa kini yang sesuai untuk merangsang Kemahiran Pemikiran Sejarah(KPS) pelajar. Bukan sahaja
DSKP ini membantu guru dalam memberi cadangan aktiviti yang boleh dijalankan bersama pelajar
tetapi membantu dalam aspek pembinaaan items untuk pentaksiran dan penilaian.

Berpandukan DSKP ini guru boleh 'berkarya' mengikut Teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan kecerdasan. Selain penggunaan buku teks dalam
pengajaran dan pemudahcara(PdPc), guru juga perlu bijak memilih Alat Bantu Mengajar (ABM) masa
kini yang sesuai untuk menarik minat pelajar dalam penerokaan ilmu sejarah. Cadangn penggunaan
ABM yang sesuai termasuklah seperti pengunaan peta, pemilihan bahan bacaan berkualiti dan
pemilihan Filem Sejarah yang bersesuian untuk merangsang minat dan kemahiran berfikir pelajar.

Mengingati kata-kata dari rakan guru senior bahawa sekecil-kecil perubahan sebenarnya bermula
dalam sebuah kelas. Di dalam kelas, di sinilah peranan guru sangat penting untuk menterjemahkan
aspirasi negara dalam usaha membina negara menerusi pemahaman dan pencambahan minat terhadap
Sejarah. Pnedekatan yang lapuk dengan bergantung sepenuhnya pada penggunaan buku teks tanpa
menggalakkan pelajar berfikir perlu di hindarkan. Nasihat yang selalunya di kongsi bersama pelajar
bahawa ilmu sejarah bukan hafalan fakta semata-mata, ianya menuntut pemahaman dan pemikiran
mencambah minda. Oleh itu perkara ini menuntut komitmen dalam di kalangan guru untuk melakukan
Penyegaran Ilmu Sejarah dalam diri mereka sendiri terlebih dahulu.

Peranan sebagai seorang guru Sejarah sangat penting dalam mengukuhkan pembinaan negara dan
bangsa. Apa yang kita lakukan di waktu ini akan memberi impak kepada negara Malaysia tercinta pada
masa dua puluh ke tiga puluh tahun yang akan datang. Sama ada kita berjaya memainkan peranan
memupuk semangat perpaduan untuk memastikan anak-anak yang mempunyai perbezaan latar
belakang dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni atau sebaliknya, saling prejudis antara satu sama
lain. Dalam ekosistem masyarakat di Malaysia, kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain
seumpama rantaian yang bersambungan, sekiranya ada yang terputus ianya sudah tentu akan
merosakkan yang lain. Orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Orang Asli hidup saling
memerlukan.

Sebagai guru peranan kita lebih dari memastikan kejayaan pencapaian akademik pelajar semata-
mata , tetapi mahu juga memastikan pelajar dapat manjadi warganegara yang baik.

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran Subjek Sejarah dan Politik. Penulis menerapkan kaedah komunikasi
antara pelajar berdasarkan DSKP

Tidak bergantung sepenuhnya dengan Buku Teks, kaedah ini dapat meransang KPS pelajar dalam
perbincangan subjek Sejarah

Anda mungkin juga menyukai