Anda di halaman 1dari 15

PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

PEMBINAAN LANTAI
BANGUNAN

OBJEKTIF AM

TOPIK

1
Memahami ciri pembinaan lantai bagi bangunan
komersil dan rumah kediaman (domestik).

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 Mengenalpasti ciri-ciri yang di perlukan dalam


pembinaan lantai.

 Menerangkan lantai bawah padu.

 Memahami pembinaan lantai gantung.

 Mengenalpasti lantai tingkat atas konkrit.

 Menjelaskan bahagian lantai kayu tingkat atas.

1
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

INPUT

1.0 PENGENALAN

Lantai merupakan permukaan dasar bangunan yang menerima segala


aktiviti penghuni dan beban yang lain. Terdapat pelbagai jenis lantai dan
penggunaannya serta fungsi lantai. Fungsi setiap lantai pada bangunan
ditentukan mengikut tahap aras atau tingkat bangunan (bagi bangunan
yang melebihi satu tingkat. Berikut adalah fungsi dan ciri utama bagi lantai
mengikut aras dan kedudukan lantai;

1.1 LANTAI ARAS TANAH (GROUND FLOOR)

Lantai aras ini biasanya menggalas beban seperti beban hidup dan
beban mati. Lantai aras ini dapat menggelakkan dari tumbuh-
tumbuhan liar yang wujud dari dalam tanah ke permukaan lantai.
Selain itu juga lantai dapat mengekang sebarang penembusan
berupa lembapan dengan cara memasang lapisan membran kalis
lembap.
Ciri utama yang perlu ada pada pembinaan lantai adalah
kestabilan, kekuatan, ketahan-lasakan dan keselesaan serta
kebersihan.

1.2 LANTAI ARAS ATAS (UPPER FLOOR)

Antara fungsi lantai aras atas adalah seperti beikut ;

2
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

 Menyokong beban sendiri, siling dan beban kenaan dari


aras atas (super-imposed load).
 Menghalang dari berlakunya kebakaran terutama bangunan
yang tinggi.
 Menghalang dari bunyi yang terhasil dari tingkat atau aras
yang lain.
 Menyediakan lapisan atau permukaan yang baik dari segi
penyenggaraan, keselesaan dan tahan lasak.

2.0 LANTAI BAWAH PADU

` Bangunan domestik amnya terbahagi kepada dua jenis lantai utama bagi
kedudukan dan jenis tanah sama ada lantai bawah padu yang menyokong
terus dari tanah atau lantai gantung. Lantai bawah padu ini dilihat lebih
ekonomi, tidak memerlukan pengudaraan / ventilasi bawah lantai dan
mengurangkan kadar kehilangan haba lantai.
Lantai bawah padu dibina di atas tanah terdiri daripada beberapa lapisan,
antaranya lapisan asas, lapisan pasir, lapisan tapak konkrit, lapisan kalis
lembap dan lapisan kemasan (finishing).

2.1 LAPISAN ASAS

Terdiri daripada batu kelikir, batu-batuan pecah yang dimampatkan.


Lapisan ini menaikkan aras lantai bertujuan untuk mengurangkan
kadar kenaikan air yang boleh melembapkan lapisan tapak konkrit
dan menerima tapak konkrit. Tebal lapisan adalah daripada 100
mm hingga 300 mm. pemilihan bahan bagi lapisan ini mestilah
bersih dan bebas dari bendasing dan tanah.

3
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

2.2 LAPISAN PASIR

Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya memenuhi


ruang pada batu-batuan yang pecah dan mampat serta
berkeadaan rata untuk menerima lapisan tapak konkrit (concrete
slab).

2.3 LAPISAN TAPAK KONKRIT

Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit yang bernisbah


1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan ini
menerima sebarang kemasan (finishing) yang akan dibina pada
bahagian permukaannya. Ketebalan lapisan konkrit ini adalah 100
mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban
yang akan digalas. Tetulang seperti jaringan BRC atau bar keluli
digunakan dalam pembinaan lantai ini.

2.4 LAPISAN KALIS LEMBAP

Lapisan ini berfungsi mencegah dari kenaikan air dan lembapan


dari tanah ke atas permukaan lantai. Biasanya lapisan ini
disertakan dalam lapisan konkrit bagi aras lantai bawah. Konkrit
setebal 75 mm merupakan konkrit alas untuk lapisan ini. Setelah
konkrit betul-betul kering lapisan kalis lembap seperti minyak
bitumen atau tar yang dimasak akan dicurahkan pada permukaan
konkrit tersebut. Setelah lapisan kalis lembap kering, lapisan
konkrit seterusnya setebal 75 mm dibina di atas pemukaan lapisan
kalis lembap. (Rajah 1).

4
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

Rajah 1: Keratan lapisan lantai bawah padu.

3.0 LANTAI GANTUNG

Lantai jenis ini adalah satu sistem pembinaan lantai untuk menjauhi
sebarang bentuk kelembapan. Bahan atau material yang biasa digunakan
adalah kayu. Pembinaannya dilakukan dengan cara membina bata dan
tembok landas di atas tapak konkrit bagi menyokong gelegar lantai kayu
(Rajah 2). Tembok landas ini dibina secara berlubang-lubang supaya aliran
udara dan ventilasi di bawah lantai berlaku. Dengan cara ini jangka hayat
kayu dapat dilanjutkan oleh kerana penggantian udara dapat mencegah
kayu tutup tiang, papan lantai, gelegar dan kayu penyokong dari reput
kering.
Tutup tiang terdiri daripada kayu 100 mm x 75 mm dipasakkan di atas
tembok landas untuk menyokong gelegar. Papan yang biasa digunakan
untuk lantai kayu adalah papan lidah dan lurah, papan jalur, papan lapis,

5
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

papan serpihan dan lain-lain. Papan lantai dapat dikemaskan dengan lilin,
syelek, lekar dan lapisan tikar getah (vinyl).

Rajah 2: Lantai gantung.

4.0 LANTAI TINGKAT ATAS

Lantai tingkat atas bangunan dibina sama ada menggunakan bahan


seperti konkrit bertetulang, kayu dan juga keluli. Faktor penggunaan bahan
dan material bergantung kepada kos, masa pembinaan, faktor iklim
tempatan, teknologi dan peredaran mengikut masa.

4.1 LANTAI TINGKAT ATAS KONKRIT BERTETULANG

Bagi lantai tingkat atas yang menggunakan bahan pembinaan


konkrit bertetulang, keupayaan untuk menebat haba dan menebat
bunyi merupakan satu kelebihan berbanding dengan bahan binaan

6
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

yang lain seperti kayu. Terdapat beberapa kaedah lantai yang


diperbuat daripada konkrit bertetulang iaitu konkrit in-situ dan
konkrit pra tegasan (pre-cast). Penggunaan keluli sebagai konkrit
bertetulang dapat mengelakkan dari berlakunya keretakan pada
struktur lantai konkrit tersebut.
Lantai tingkat atas konkrit jenis in-situ dihasilkan dengan cara
menuang bancuhan konkrit yang mengikut nisbah tertentu
seterusnya dituang atau ditempatkan ke dalam papan acuan di
tapak bina. Terdapat tiang yang menyokong papan acuan tersebut.
Besi atau keluli tetulang ditempatkan ke dalam acuan dengan
disangga oleh bahan yang dipanggil penjarak konkrit. Tujuan
penjarak konkrit dipasang adalah untuk mengekalkan kedudukan
keluli tetulang semasa bancuhan konkrit dituang ke dalam acuan.
Setelah 7-10 hari penuangan konkrit dilakukan maka acuan konkrit
tersebut boleh di buka atau ditanggalkan. Rajah 3 menunjukkan
lantai tingkat atas konkrit bertetulang.

Rajah 4: Lantai tingkat atas konkrit bertetulang.

7
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

Rajah 5 dan 6 masing-masing menunjukkan carta alir bagi pembinaan


lantai bawah tapak konkrit dan lantai tingkat atas konkrit bertetulang.

Rajah 5: Carta alir pembinaan lantai bawah tapak konkrit bertetulang.

Rajah 6: Carta alir pembinaan lantai tingkat atas konkrit bertetulang.

8
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

4.2 LANTAI TINGKAT ATAS KAYU

Pembinaan lantai tingkat atas yang di perbuat daripada kayu,


terdapat bahagian-bahagian struktur lantai kayu yang mempunyai
ciri dan fungsinya adalah seperti berikut :

4.2.1 GELEGAR LANTAI

Gelegar ini terdiri daripada kayu bersaiz 50 mm x 125 mm.


Kedalaman gelegar bergantung kepada jarak rentang atau
bukaan lantai kayu tersebut. Berfungsi sebagai penyokong
papan lantai dan beban kenaan di atasnya. Jadual 1
menunjukkan saiz kayu gelegar dengan mengikut jarak
rentang maksimum pembinaan lantai kayu.

Jadual 1: Gelegar lantai.

9
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

4.2.2 GELEGAR LINTANG

Saiz kayu gelegar lintang adalah sama dengan saiz kayu


gelegar lantai yang dipasangkan secara selari dengan
tembok yang menyokong gelegar lantai dan tersangkut
kepada gelegar tersebut. Fungsinya sebagai penyokong
bagi sesuatu binaan bukaan pada lantai seperti tangga,
cerobong (chimney) dan sebagainya. Rajah 7 menunjukkan
pelan susun atur gelegar.

Rajah 7: Pelan susunan gelegar.

4.2.3 GELEGAR SANGKUT

Gelegar ini merupakan gelegar tambahan yang digunakan


untuk menyangkut gelegar lintang.

10
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

4.2.4 GELEGAR SAMBUT

Gelegar ini bersaiz agak pendek yang dipasangkan di antara


gelegar lintang dengan galang atau tembok dalam (wall
slipper).

4.2.5 PAPAN LANTAI

Merupakan bahagian utama dalam lantai kayu. Biasanya


dipasangkan di atas gelegar lantai dan merupakan kemasan
permukaan atas (Furnish).

4.2.6 KAMBI

Merupakan kayu beroti yang dipasangkan pada bahagian


sisi tembok di atas papan lantai kayu. Berfungsi sebagai
penutup hujung dan tepi serta sebagai kemasan tepi hujung
papan lantai.

4.2.7 TUTUP TIANG

Tutup tiang terdiri daripada batang kayu yang bersaiz 100


mm x 75 mm yang dipasangkan di atas tembok ataupun
di sangkut pada tembok untuk menyokong segala gelegar
lantai (Rajah 8).

11
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

Rajah 8: Kaedah menyokong gelegar lantai.

4.2.8 TOPANG TULANG BELUT

Pemasangan kayu secara tulang belut di antara dua gelegar


dengan tujuan mengukuhkan gelegar-gelegar lantai (rujuk
Rajah 9).

Rajah 9: Topang tulang belut.

12
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

4.2.9 TOPANG PEJAL

Pemasangan kayu secara lurus antara gelegar bertujuan


mengukuhkan gelegar-gelegar lantai (rujuk Rajah 10).

Rajah 10: Topang pejal.

13
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

AKTIVITI 1

1. Terangkan lima (5) ciri utama yang harus dipertimbangkan dalam


pembinaan lantai.
_____________________________________________________
_____________________________________________________

2. Nyatakan empat (4) lapisan utama dalam pembinaan lantai bawah


padu bagi sesebuah bangunan.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

3. Jelaskan lapisan kalis lembap dalam pembinaan lantai bawah


padu.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

4. Berikan tiga (3) faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan untuk


pembinaan lantai tingkat atas.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

5. Sebutkan sepuluh (10) bahagian lantai kayu tingkat atas yang anda
ketahui.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

14
PEMBINAAN LANTAI BANGUNAN DRD 1083

Tahniah !

Anda telah berjaya menyelesaikan


semua soalan dalam Aktiviti 1. Sila
semak jawapan anda pada modul
topik ini untuk memastikan
jawapan anda betul.

RINGKASAN TOPIK :

 Di dalam topik ini membincangkan mengenai ciri-ciri pembinaan lantai


dalam bangunan.
 Pelbagai lapisan utama bagi pembinaan lantai bawah padu, lantai yang di
bina menggunakan bahan seperti konkrit, kayu dan keluli.
 Penerangan pada bahagian-bahagian lantai kayu tingkat atas.

15

Anda mungkin juga menyukai