Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN 2: SOSIOLOGI PENDIDIKAN

KESAKSAMAAN DAN KETAKSAMAAN PENDIDIKAN DALAM


SOSIOLOGI

Bincangkan kesaksamaan dan ketaksamaan menerusi lensa sosiologi.

OLEH :

NURULHUDA BINTI MOHAMAD NOR (M20221000945)

ISMALIZA BINTI ISMAIL (M20221000933)

KHARSYIAH BINTI ABDUL RAHMAN (M20221000935)

KELAS: SOSIOLOGI PENDIDIKAN (SOSI-A)

KOD: KPS60104

SUBJEK: TEORI SOSIOLOGI DALAM AMALAN PENDIDIKAN

PENSYARAH: PROF. DR. AMIR HASAN BIN DAWI

1
KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

2. Stratifikasi Sosial 4
3. Ketaksamaan 5

3.1 Maksud 5
3.2 Faktor 6
3.3 Kesan ketaksamaan 9

4. Kesamaan Dalam Pendidikan 10


4.1 Maksud 10
4.2 Usaha ke arah kesamaan 10
4.2.1 Pendemokrasian Pendidikan 11
4.2.2 PPPM 2013-2025 11
4.2.3 Program Penyediaan Infrastruktur Pendidikan 12
4.3 Kesan kesamaan 12
5. Rumusan 12
6. Rujukan 13

2
1. PENGENALAN

Pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan sesebuah


negara. Ia juga mampu meningkatkan taraf sesuatu kelompok atau masyarakat
sekiranya amalan keilmuan sebati dalam jiwa mereka. Dalam masyarakat
moden, pendidikan tidak dihadkan untuk orang-orang tertentu berbanding
dengan peradaban tradisional yang mana pendidikan hanya dihadkan kepada
golongan dan orang tertentu mengikut kelas dan hirarki negara masing-masing.
Ini adalah kerana pada masa itu sebelum menjelang pendidikan moden
kedudukan sosial seseorang bergantung kepada stratifikasi sosial sesebuah
masyarakat.
Ibn Khaldun memandang pendidikan bukanlah sekadar membentuk
insan berilmu dan bermanfaat tetapi juga melahirkan insan dan generasi yang
mempunyai keterampilan yang kukuh dan mampu terjun ke lapangan.(Aimi et.
al. 2020)
Pendidikan mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap
pembentukan stratifikasi sosial sesebuah masyarakat (Fitria Wulandari, 2022).
Dengan kewujudan stratifikasi sosial ini menyebabkan beberapa jurang
diwujudkan antara golongan atasan dengan bawahan sehingga jurang ini
menyebabkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.
Secara umumnya banyak pihak yang telah memperjuangkan kesamaan
hak dalam pendidikan. Ini adalah kerana munculnya kesedaran terhadap
kepentingan ilmu serta kemahiran untuk mendepani hidup yang semakin
mencabar. Peranan satu-satu golongan juga menjadi asbab perjuangan hak ini
semakin mendapat perhatian. Maka di kebanyakan negara di dunia sudah
semakin mengamalkan hak kesamaan dalam pendidikan sesuai dengan
kehendak masyarakat dan pemimpin semasa.

3
2. Stratifikasi Sosial

Fitria(2022) memetik pendapat Chozin & Prasetyo(2021) yang


mentakrifkan Stratifikasi Sosial sebagai lapisan sosial atau sistem hirarki
masyarakat dari kelompok tertentu. Jadi stratifikasi sosial secara etimologi
adalah lapisan dan pengkategorian masyarakat melalui sistem hirarki yang
dipengaruhi beberapa unsur tertentu.
Amir Hasan Dawi dalam penulisan Penteorian Sosiologi Pendidikan
menyatakan stratifikasi sosial adalah susun lapis secara hirarki struktur
masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun
antara kumpulan-kumpulan yang secara umumnya berlaku dalam semua
masyarakat.(Amir,2006:66)
Perbezaan dalam hirarki sosial sesebuah masyarakat dahulu lebih
kepada penggunaan sistem feudal di mana sistem hirarki dalam stratifikasi
sosial dahulu lebih kepada warisan yang mana golongan paling tinggi adalah
raja hanya akan diwariskan kepada keturunan sahaja. Biasanya sistem ini
terbahagi kepada empat golongan iaitu raja, pembesar, rakyat dan hamba.
Golongan paling bawah adalah hamba yang mana sistem terdahulu melakukan
hamba sesuka hati tanpa ada bayaran. Golongan hamba akan terus menjadi
hamba hingga ke anak cucu. Berikut adalah contoh rajah stratifikasi sosial
dahulu iaitu tradisional dengan rajah stratifikasi sosial moden.

4
3. KETAKSAMAAN

Pada zaman sebelum merdeka, penjajah mempengaruhi pembentukan


masyarakat kepada tiga kelompok untuk menghalang perpaduan dan
kebangkitan semangat nasionalisme masyarakat Tanah Melayu. Pendidikan
melalui sekolah inggeris adalah istimewa untuk anak-anak dari kelas atasan.
Masyarakat melayu yang menentang pendidikan Inggeris secara tidak langsung
memboikot sistem pendidikan yang disediakan untuk orang melayu di sekolah
melayu. Sebilangan orang melayu menyertai pendidikan sekolah agama atau
pun tidak ke sekolah langsung. Masyarakat India yang ditempatkan di estet dan
ladang hanya menerima pendidikan di sekolah tamil yang diwujudkan sekadar
untuk memenuhi keperluan pekerjaan di ladang dan estet semula. Tenaga
pengajar juga terdiri daripada kerani pekerja estet yang tidak dapat memberi
perkhidmatan sepenuhnya untuk pendidikan di sekolah tamil. Masyarakat Cina
pada asalnya menggunakan pendidikan sebagai asas meneruskan
kelangsungan generasi seterusnya dalam bidang perniagaan. Mereka
mewujudkan sekolah cina dan menggunakan buku-buku teks dari China.
Tenaga pengajar menumpukan perhatian khusus untuk mengekalkan budaya
dan tradisi masyarakat cina.

Sistem kapitalisme mewujudkan jurang yang lebih besar dalam


ketaksamaan pendidikan. Golongan yang mempunyai kelebihan dari segi
kewangan dan latar belakang berpendidikan mampu menyediakan pendidikan
berkualiti untuk anak mereka. Golongan yang kurang bernasib baik akan jauh
ketinggalan dalam pendidikan dan fungsi mereka dalam masyarakat disia-
siakan

3.1 Maksud Ketaksamaan

Ketaksamaan adalah pandangan,pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapat


perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain. Ianya muncul dari
pelbagai aspek seperti

1. kemudahan
2. peralatan

5
3. peluang kerjaya

Ketaksamaan berlaku apabila anggota masyarakat tidak mendapat


ganjaran sosial yang sama. Seperti yang berlaku dalam sistem pendidikan,
ketaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan keatas hak seseorang
untuk mengembangkan potensi serta kemahirannya. Ketaksamaan pendidikan
wujud sejak zaman feudal lagi dan diteruskan oleh pihak penjajah yang
seterusnya.

3.2 Faktor Ketaksamaan Pendidikan

Teori konflik dalam sosiologi menerangkan secara umum tentang faktor


ketaksamaan pendidikan. Terdapat beberapa aspek yang menyumbang kepada
ketaksamaan pendidikan. Antaranya adalah

1. Latar Belakang Keluarga

Di mana zaman feudal umumnya membezakan kumpulan-kumpulan


tertentu mengikut kelas. Maka pendidikan juga terlahir berdasarkan
tahap di mana individu itu lahir. Biasanya zaman ini hanya kelas
bangsawan yang berhak merasai pendidikan. James Coleman (1966)
mendapati murid sekolah mempunyai pencapaian berbeza antara kulit
putih, kulit hitam dan Asia. Jika diikutkan ianya boleh dikategorikan dalam
faktor perkauman namun Coleman memutuskan untuk menyatakan dia
adalah dari latar belakang keluarga. (Amir Hasan Dawi, 2006:68)

Zuraida Abdullah dan kawan-kawan, memetik kata-kata Zukina (2003)


yang menyatakan bahawa masalah dan kekangan utama anak-anak
miskin ini adalah untuk mendapatkan pendidikan sempurna bukanlah
hanya disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang cukup, tetapi ia
juga disebabkan kurangnya penglibatan serta pendedahan secara
langsung daripada ibubapa mereka dalam aktiviti pembelajaran serta
aktiviti sosial mereka di rumah (Zuraida Abdullah et. al., 2019).

6
Dengan itu maka terlahirlah generasi yang kurang mementingkan
pendidikan sebagai anjakan mereka untuk berada lebih maju ke hadapan
pada masa akan datang.

2. Perkauman

Isu perkauman sememangnya wujud sejak zaman berzaman. Sejak


akhir-akhir ini sosiologis Barat semakin menunjukkan ketaksamaan
pendidikan dari segi kaum. Keseluruhan ketaksamaan pendidikan masih
dikatakan terlalu kelihatan di mata umum. (Amir Hasan Dawi 2006:73)

3. Gender

Pada zaman pendidikan sebelum kemerdekaan Malaysia khususnya dan


pada zaman dahulu umumnya, jantina memainkan peranan dalam
menentukan kedudukan. Wanita atau perempuan dikatakan tidak sesuai
untuk berpendidikan memandangkan pada ketika itu, wanita dianggap
tidak mempunyai peranan penting dan tidak akan bekerja.

Pada zaman dahulu, wanita Melayu tidak digalakkan belajar di sekolah


dengan pelbagai alasan seperti yang dinyatakan di atas. Kedudukan
wanita mahupun perempuan bergantung kepada keadaan sosial
masyarakat yang didiami mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat
menunjukkan kecemerlangan diri walaupun mereka
berkebolehan.(Nurhasmira et. al.,2019)

4. Pekerjaan

Pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu faktor penyebab wujudnya


ketaksamaan. Ia diwujudkan apabila melihat pekerjaan tertentu sebagai
kelas yang tinggi sebagai contoh pekerjaan doktor dan peguam,
manakala petani dikatakan kelas rendah dalam pekerjaan. Secara tidak
langsung masyarakat memandang orang tidak berpendidikan hanya
akan bekerja di kelas seperti petani dan lain-lain yang setara.

7
5. Status Ekonomi

Ketidaksamaan status ekonomi keluarga atau diri juga mencipta


jurang ketaksamaan antara individu dan kelas sosial. Ia ditakrifkan juga
sebagai ketidaksamaan kepintaran. (Amir Hasan Dawi 2006:74)

Tahap pendidikan adalah salah satu faktor utama yang


mempengaruhi pendapatan keluarga pada hari ini. Bukan itu sahaja,
terdapat teori yang mengatakan terdapat kaitan yang amat rapat antara
kemiskinan dengan pendidikan. Menurut Awang Had Salleh dalam
penulisan Zuraidah Abdullah(2019), kemiskinan boleh menyebabkan
pencapaian pendidikan rendah dan seterusnya menyebabkan
kemiskinan diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Pendidikan
ibu bapa yang rendah akan menyebabkan pencapaian pendidikan lebih
cenderung menjadi turut rendah dalam kalangan anak mereka.(Zuraidah
Abdullah et. al.,2019)

6. Sistem peperiksaan dan penggredan

Ketidaksamaan dapat diukur melalui ujian, sistem penggredan


dan peperiksaan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah lebih
baik dibuka kepada mereka yang mencapai keputusan tertinggi atau
mencapai tingkat gred yang lebih baik malah ada yang ditaja. Manakala
mereka yang tidak berjaya hanya mampu melanjutkan pelajaran di
peringkat sekolah biasa tanpa tajaan. Kebiasaannya sekolah-sekolah
dan institusi ini akan menawarkan lebih besar peluang kerjaya yang baik
apabila tamat pengajian. Kejayaan yang diukur sebegini adalah untuk
memberi peluang kepada golongan minoriti yang pandai sahaja kerana
mereka memerlukan kemahiran yang tinggi. (Amir Hasan Dawi 2006:74)

7. Penyediaan kemudahan pendidikan yang tidak sama di bandar dan luar


bandar

Antara contoh penyediaan kemudahan yang tidak sama adalah


seperti kemudahan pengangkutan ke sekolah. Sesetengah tempat masih
terpaksa menggunakan sampan atau bot untuk ke sekolah, manakala

8
sebahagian yang lain mampu berkereta untuk ke sekolah atau menaiki
bas sekolah yang disediakan. Selain itu, kemudahan di sekolah sendiri
sudah cukup menggambarkan bahawa tidak semua sekolah menerima
kemudahan yang sama.

8. Wujudnya golongan minoriti

Menurut Ida Susman (2019), Golongan minoriti dalam sesebuah negara


biasanya tidak dapat mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Ini
mungkin beberapa faktor penyebab dapat dilihat seperti :

1. Faktor Geografi : mereka yang tinggal di kawasan pedalaman


seperti orang asli
2. Terdapat antara mereka yang hanya menerima pendidikan tidak
formal sahaja
3. Berfikiran negatif - suka ponteng sekolah dan kelas, menjadi
pembuli dan lain-lain
4. Murid tercicir - murid yang tidak mahu belajar langsung atau tidak
diberi hak oleh ibu bapa untuk belajar.

3.3 Kesan Ketaksamaan

Cabaran untuk meraih kesaksamaan perlu melalui isu-isu ketaksamaan.


Kesak ketaksamaan mewujudkan jurang sosial dan kelas sosial tertentu. Max
Weber dalam teori konflik berpandangan bahawa pendidikan itu sendiri lahir
untuk menjelaskan mengekalkan status kelas sosial sedia ada. (Anwar, 2021).
Sekiranya tiada mobiliti sosial yang berlaku dalam masyarakat, jurang
ketaksamaan yang semakin besar itu menyebabkan kesan yang buruk.

Dunia globalisasi menyumbang kepada kesedaran masyarakat dalam


pendidikan. Namun, pendidikan menjadi semakin berkembang pesat dan
kesannya masyarakat yang tidak berpeluang masih ketinggalan dalam
pendidikan. Mereka yang tidak diberi bantuan dan keutamaan akan kekal dalam
kelas sosial mereka.

9
Kesan yang lebih membimbangkan ialah apabila tiada keyakinan
diri terhadap kelompok tertentu untuk terus maju dan menunjukkan
potensi diri menyebabkan jurang ketaksamaan lebih jelas.

4. KESAMAAN DALAM PENDIDIKAN

Kesamaan mempunyai maksud dan pemahaman yang berbeza bagi setiap


orang mahupun golongan. Sesetengah orang menganggap kesamaan adalah
keadilan dalam semua aspek. Ada juga berpendapat ianya harus mengikut
kesesuaian keadaan termasuk kesesuaian jantina, kelompok umur, kemahiran
dan lain-lain.

Pendidikan untuk masyarakat menjadi agenda kepada sistem pendidikan


moden. Tokoh fungsionalisme melihat individu bukanlah perkara yang penting
menentukan apa yang sepatutnya untuk diri mereka. Malah pendidikan
dirasakan penting untuk masyarakat bukan untuk membentuk potensi diri. (Amir
Hasan Dawi, 2006:73)

4.1 Maksud

Kesamaan pendidikan menurut Coleman,1967 ialah memberikan akses


seluas-luasnya sebagai usaha memberikan hak sama rata dalam pendidikan.
(Azizah Ariffina Safarah & Udik Budi Wibowo, 2018). Konsep kesaksamaan
peluang merupakan hak untuk mendapatkan akses yang sama kepada sistem
persekolahan yang membolehkan kanak-kanak memperkembangkan bakat
semulajadi tanpa mengira kelas sosial, etnik dan gender.(Amir Hasan Dawi,
2006)

4.2 Usaha Ke Arah Kesamaan Pendidikan

Pada Tahun 1970-an melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1994:234),


kerajaan telah menetapkan bahawa pendidikan dan latihan perlu diberikan
kepada semua kanak-kanak dan belia, tanpa mengira gender supaya lebih
ramai lagi tenaga terlatih dikeluarkan terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi. Dengan Dasar Ekonomi Baru ini, secara tidak langsung telah

10
mengubah pemikiran dan persepsi masyarakat terdahulu terhadap
kepentingan pendidikan pada masa kini sejajar dengan peredaran zaman. Jadi
disini dapat dilihat semua orang berhak menerima peluang pendidikan yang
sama rata bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan
ke peringkat pengajian lebih tinggi.(Nurhasmira et. al.,2019)

4.2.1 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan dikatakan dapat memberi peluang yang saksama


kepada semua orang. Semua akan dapat mengembangkan bakat dan
kebolehan tanpa jurang sosial. Ini adalah dengan hasrat dapat mengurangkan
jurang kekayaan dan kekuasaan yang selama ini dipelopori oleh golongan
tertentu yang berkasta atasan sahaja.

4.2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 [PPPM


2013-2015]

Merupakan salah satu usaha Kerajaan Malaysia dalam isu


ketaksamaan pendidikan yang mana PPPM 2013-2015 telah dirangka bagi
mencapai aspirasi negara dalam pendidikan dan menumpukan kepada :

1. Kualiti
2. Ekuiti
3. Akses
4. Perpaduan
5. Kecekapan

Objektif PPPM :

1. Memahami Prestasi dan Cabaran Semasa dengan memberi tumpuan


kepada akses pendidikan untuk meningkatkan kualiti serta merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti).
2. Mewujudkan Visi dan Aspirasi yang Jelas untuk setiap murid dan sistem
pendidikan dalam tempoh sasaran selama 13 tahun.

11
3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif. ini
adalah bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat
mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

4.2.3 Program penyediaan infrastruktur pendidikan

Antara program yang telah dilaksanakan oleh KPM dalam penyediaan


infrastruktur dan memberi peluang sama rata semua peringkat golongan
adalah seperti berikut :

1. Bantuan RMT - Rancangan Makanan Tambahan


2. Bantuan KWAPM - Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin
3. BAP - Bantuan Awal Persekolahan
4. Bantuan makanan asrama
5. Bantuan perjalanan dan pengangkutan murid
6. Jaket keselamatan
7. EMK - Elaun Murid Khas
8. SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks
9. SBT - Skim Baucer Tuisyen
10. BKP - Biasiswa Kecil Persekutuan
11. Biasiswa Kelas Persediaan Universiti
12. Kemudahan asrama harian

4.3 Kesan Kesamaan Pendidikan

1. Merapatkan jurang sosial antara masyarakat


2. Pemikiran terhadap pendidikan berubah dan merasakan pendidikan
adalah penting untuk setiap individu
3. Pembangunan infrastruktur pendidikan lebih bersifat tidak memihak
mana-mana bahagian sahaja
4. Peluang pendidikan kepada semua murid dibuka luas
5. Melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing

12
5. KESIMPULAN

Isu kesamaan dan ketaksamaan dalam pendidikan sudah lama menjadi


perhatian masyarakat yang mula sedar kepentingan pendidikan. Atas
kesedaran ini pelbagai pihak telah memberikan buah pandangan dan pihak
berwajib sendiri telah menjalankan beberapa langkah bagi mengatasi jurang
yang terdapat dalam masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun,
masih terdapat ketaksamaan yang tidak jelas dan masih perlu diperbaiki
kefahamannya seperti penyediaan sekolah tertentu untuk golongan tertentu
sahaja. Maka ini perlu diambil perhatian memandangkan golongan muda sudah
semakin terbuka untuk memandang, menilai dan mengkritik apa-apa yang
dirasakan tidak selari dengan jiwa dan apa yang dirasakan tidak adil bagi
sesetengah kelompok. Maka diharapkan pada masa akan datang ada pihak
yang boleh merapatkan lagi jurang-jurang ini agar masyarakat Malaysia menjadi
satu masyarakat yang bukan sahaja cintakan ilmu dan pendidikan, malah tidak
memandang dan membezakan kelas seperti yang diamalkan pada zaman
terdahulu. Dengan ini, suasana pekerjaan, pendidikan dan hidupan harian
bermasyarakat dan bersosial lebih mudah tanpa adanya birokrasi, bias dan
sewaktu dengannya.

RUJUKAN

1. Amir Hasan Dawi(2006), Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Tanjong Malim,


Quantum
Books-Edisi Ketiga, ms.65.

2. Azizah Ariffina Safarah & Udik Budi Wibow(2018), Program Zonasi Di Sekolah Sebagai
Upaya Pemerataan Kualitas Pendidikan di Indonesia, Yogyakarta, Jl. Colombo No.1,
Karang Malang, Vol.21 No.2, 206.

3. Shee Pay Yee, 2018, Persamaan Peluang Dalam Pendidikan. Diperoleh daripada
https://www.scribd.com/presentation/380947858/PERSAMAAN-PELUANG-DALAM-
PENDIDIKAN

4. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM](2013),Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia [PPPM] 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Pendidikan Menengah),
Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia, E2-E3.

13
5. Wulandari, F. (2022, June 8). Pengaruh Tingkat Pendidikan Terhadap Stratifikasi
Sosial Masyarakat Perkotaan. Diperolehi daripada
https://doi.org/10.31219/osf.io/spfrk

6. Khairunnisa A. & Suhaini N.,2020, Kepentingan Teori Dan Ilmu Sosiologi Dalam Konteks
Pendidikan Menurut Perspektif Ibnu Khaldun, Jurnal Tuah, Melaka,Fakulti Sains Sosial,
Kolej Universiti Islam Melaka, Vol. 1 2020 41-53.

7. Nurhasmira Mat Rusok, Roslina Abu Bakar, Arbai’e bin Sujud dan Rozita Mohamed
Noor, 2019, Emansipasi Wanita Dalam Sosial Menerusi Novel-novel 1960-an -
1990-an, University Putra Malaysia, Journal of Kesidang. Vol.4. 38-52.

8. Zuraidah Abdullah, Siti Nafsiah Ismail, Salwati Shafee, Mohd Shahril Nizam
Shaharom & Muhammad Faizal A. Ghani, 2019, Pengaruh Pembelajaran Akademik
Anak-anak Keluarga Fakir Miskin Di Sekolah-sekolah Selangor, Universiti Malaya,
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Fakulti Pendidikan UM, Bil.6 Isu 2.

9. Ida Susman, 2019, Ketaksamaan Peluang Pendidikan, Diperoleh daripada


https://slideplayer.com/slide/14017727/

10. Anwar, Ilham Choirul. “Teori Konflik Sosial Menurut Max Weber Dan
Pengertiannya.” tirto.id, 4 Aug. 2021, Diperoleh daripada https://tirto.id/teori-konflik-
sosial-menurut-max-weber-dan-pengertiannya-gijR

14

Anda mungkin juga menyukai