Anda di halaman 1dari 5

SMK SULTAN ALAUDDIN

FELDA BUKIT BESAR


814500 KULAI
JOHOR DARULTAKZIM

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ DAN VIDEO KREATIF NUTRISI DALAM PEMAKANAN

TARIKH

5 dan 6 SEPTEMBER 2021

ANJURAN

KELAB HOKI
1.0 PENGENALAN

Nutrisi merupakan suatu organik yang ada serta juga di butuhkan oleh
organisme yang mempunyai manfaat dalam menormalkan sistem tubuh,
pertumbuhan tubuh serta juga sebagai pemeliharaan kesihatan. Penelitian di dalam
bidang nutrisi ini mempelajari mengenai hubungan yang terjadi di antara makan
serta minuman kesihatan, dan juga penyakit yang dengan secara khusus atau dapat
menentukan diet dengan optimal.
Kepentingan gaya hidup yang sihat dapat membantu minda lebih fokus dan
mampu menyeimbangi emosi yang sihat.Memandangkan, di musim pandemik ramai
yang tidak dapat menjalankan aktiviti yang aktif. Jadi gaya pemakanan yang sihat
dapat membantu ke arah kesihatan yang baik

2.0 MATLAMAT
Membantu murid mendapatkan kesedaran tentang pemakanan sihat dan
seimbang.Diharapkan murid dapat menyedari kepentingan dalam talian di musim
pandemik Covid 19 ini.

3.0 OBJEKTIF
i. Memperkembangkan bakat dan potensi murid dalam semua bidang
kokurikulum khasnya dalam aspek penggunaan aplikasi terkini pada
peranti
ii. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan pengambilan
nutrisi yang bagus dalam diet seimbang
iii. Meningkatkan daya saing dalam kalangan murid dan membimbing sikap
berdikari dalam diri murid secara kreatif
iv. Mengaplikasikan pembelajaran atas talian semaksimum mungkin

4.0 PELAKSANAAN
Tempoh: 5 dan 6 September hingga 2021
Tempat: Di kediaman rumah masing-masing

5.0 SASARAN
Semua murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas

6.0 SUMBER
Tenaga : Guru-guru Penasihat Kelab Hoki
Kewangan : BBTP/Kokurikulum
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan bagi menjalankan pertandingan adalah seperti berikut:

Kuiz Pertandingan Nutrisi dalam Pemakanan


Bil Perbelanjaan Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Johan (Set Alatulis 20.00 1 20.00


Stabilo)

2 Naib Johan 15.00 1 15.00

(Set Alatulis Stabilo)

3 Ke-tiga 10.00 1 10.00

(Set Alatulis Faster)

4 Saguhati (Set Alatulis 5.00 45 225.00


Faster)

Jumlah 270.00

Video Kreatif Nutrisi dalam Pemakanan


Bil Perbelanjaan Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Johan (Set Alatulis 20.00 1 20.00


Faster)

2 Naib Johan (Set 15.00 1 15.00


Alatulis Faster)

3 Ketiga (Set Alatulis 10.00 1 10.00


Faster)

4 Saguhati (Set Alatulis 5.00 7 35.00


Faster)

Jumlah 80.00

Jumlah keseluruhan = RM 350.00

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat Pengetua Pn Anim Bt Mohamed Jaib


Pengerusi PK Kokurikulum En Mohd Fuad Bin Sahar

Penyelaras Program/Sijil Guru Kelab Hoki Pn Zakiyati Bt Zakaria

AJK Pelaksana Guru Kelab Hoki Pn Nor Azizah Bt Abd Razak

Pn Nurul Farhana Bt Mohd Nasir

Cik Siti Aishah Bt Zali

En Maskurniawan Bt Kasran

9.0 PENUTUP
Kejayaan pelaksanaan Program Pembugaran kepentingan Nutrisi dalam Pemakanan
ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga
SMK Sultan Alauddin terutama guru dan pelajar.Melalui program ini, diharapkan
perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah,
menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya
mengurangkan masalah penyakit berkaitan obesiti yang semakin membimbangkan
kini. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan alam sekitar lebih selamat
dan kondusif. Adalah diharapkan juga aktiviti sihat ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mengelakkan
gejala tidak berfaedah murid semasa pandemik ini. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
warga SMK Sultan Alauddin
Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

__________________ ____________________ ___________________


(Pn Nurul Farhana Bt Mohd Nasir) (En Mohd Fuad bin Sahar) (Pn Anim binti Mohamed Jaib)
Guru Penasihat Kelab Hoki GPK Kokurikulum Pengetua
SMK Sultan Alauddin SMK Sultan Alauddin SMK Sultan Alauddin

Anda mungkin juga menyukai