Anda di halaman 1dari 6

Teknik mudah untuk dapat mood ketika menulis ebook.

Pendahuluan.

Produk digital yang berkualiti terletak pada maklumat yang di jual. Berbaloi atau
tidak membeli produk digital bergantung kepada kekemasan dan ketepatan
maklumat yang ada di dalam produk tersebut. Kadangkala, kita terlalu memberi
fokus pada surat jualan, minisite, ecover, emel follow up sehinggakan kita terlupa
kepada produk itu sendiri.

Sedangkan, apa yang kita akan jual adalah produk digital itu sendiri. Jadi, fokus
anda perlulah pada kandungan di dalam ebook itu sendiri. Teknik penulisan
perlulah sentiasa kemas dan tepat dengan tujuan anda menulis ebook. Namun,
untuk menghasilkan penulisan yang baik, bukanlah mudah.

Fokus adalah perlu ketika menulis. Fokus datang dari mood yang baik. Mood yang
baik mampu menenangkan minda dan ia membolehkan minda itu sendiri menjadi
kreatif untuk menulis. Menulis adalah kemahiran teknikal. Ini bermakna ia perlu di
asah untuk di tajamkan kemahirannya.

Untuk memudahkan anda menulis ebook yang baik kualitinya, saya senaraikan
tiga cara untuk menenangkan fikiran dan mencari mood ketika menulis.
Rehat dan cari ketenangan.
.
ti
o
s
p
T
n
w
la
e
b
r
ik
F
Ketika kita sedang rancak menulis, tiba-tiba kita mempunyai satu perasaan yang
menghalang kita dari terus menulis. Perasaan tersebut adalah kita rasa seperti,
kita tidak membuat kajian yang sepenuhnya mengenai topik yang ingin di tulis.
Anda rasakan anda perlu membaca lebih 100 buah buku untuk membantu anda
menulis dengan lebih baik.

Namun, sebenarnya apa yang berlaku bukanlah di sebabkan anda tidak membuat
kajian yang mencukupi tetapi minda anda seperti sangkut untuk meneruskan
penulisan. Jika anda berada dalam keadaan begini, saya cadangkan anda untuk
berehat sementara.

Selepas merehatkan diri, anda perlu tenangkan diri. Ingat kembali, apa tujuan
anda menulis ebook. Adakah untuk membantu orang menyelesaikan masalah?
Jadi, fokus pada keinginan untuk membantu orang lain dan teruskan penulisan.
Jika anda seperti kekeringan idea, anda boleh berehat dan rujuk kembali pada
bahan kajian anda.

Menulis bukanlah seperti mengambil peperiksaan, anda boleh rujuk kembali


bahan kajian anda tanpa melakukan kesalahan apa-apa. Jika anda rujuk dan masih
tidak dapat cari jalan penyelesaian. Anda tenangkan diri dan berehat sebentar.
Selepas segala diri anda tenang, sambung kembali aktiviti menulis anda.

Elakkan dari memaksa diri anda untuk menulis dengan terlalu cepat sehingga
memberi tekanan kepada diri anda sendiri. Menulis adalah satu seni, ambil masa
untuk memberi yang terbaik kepada pembaca ebook anda. Tulis dalam keadaan
mood terbaik anda.
Fikir berlawanan.

Fikir berlawanan dari sepatutnya. Jika anda kematian idea, cuba jadi seorang
manusia yang sekreatif mungkin. Contohnya, cawan di gunakan untuk meminum,
kreatifkan minda anda dengan memikirkan kegunaan cawan untuk tujuan selain
minum.

Ketika anda menulis, pastikan minda anda selalu berputar. Jangan menulis dengan
ayat yang terlalu straight. Cuba spin ayat tulisan anda di samping menyampaikan
maksud yang tepat. Cari jalan yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu.

Terapkan personaliti.

Jika anda tiada mood untuk memulakan penulisan, cuba terapkan sedikit
personaliti untuk mencari mood. Katakan anda ingin jadi kaya dan anda mahu
menjana pendapatan melalui jualan ebook, anda terapkan keinginan dan angan-
angan anda itu di dalam minda.

Berkata dalam hati, anda menulis untuk jadi kaya berkali. Ambil mood dari
khayalan anda itu dan mulakan penulisan dengan segera. Di samping angan-
angan, anda juga boleh mengambil mood dengan mendengar lagu kegemaran
anda. Muzik sentiasa boleh memberi rangsangan kepada minda kita.

Anda mungkin juga menyukai