Anda di halaman 1dari 25

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA
Shah Alam

CTU101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM


(BUDAYA MEROKOK DI KALANGAN
PELAJAR MENURUT ISLAM)

Disediakan oleh
1. Siti Husna Binti Mohd Azhari
(No Pelajar: 2022281266)
2. Nurin Nadhirah Binti Mohd Harudin
(No Pelajar:2022245624)

Pensyarah
PUAN SOFHAN JAMIELA BINTI ROSLI

Kod Program
(CTU101)
Kelas NBT1A
Sesi 2022

1
ISI KANDUNGAN HAlAMAN

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 5-6

3.0 KAJIAN LITERATUR 7 - 11

4.0 METODOLOGI, DAPATAN & PERBINCANGAN 12 - 20

5.0 PENUTUP, RUMUSAN & KESIMPULAN 20 - 22

6.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 23 - 25

2
1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, budaya merokok di kalangan pelajar sekolah semakin
meningkat khususnya di usia remaja. Pada tahap perkembangan manusia, zaman remaja
merupakan tempoh peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa yang secara umumnya
umur remaja bermula pada sekitar umur dua belas tahun dan berakhir pada usia awal 20-an.
Remaja sering berhadapan masalah psikologikal dalam proses menempuh dewasa sehingga
masalah tersebut mewujud suatu budaya yang kurang baik dalam kalangan remaja misalnya
budaya merokok. Secara umumnya, pada peringkat umur ini, remaja cenderung mengalami
kekeliruan identiti yang menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan pelajar yang
menyebabkan berlakunya pendedahan kepada kegiatan negatif seperti budaya merokok.

Aktiviti merokok ditakrifkan apabila seseorang yang menghisap sesuatu bahan


berbentuk silinder kecil yang mengandungi karbon monoksida, nikotin, tar dan bahan-bahan
yang boleh membahayakan kesihatan kepada perokok (Roziah & Sivamurugan, 2005). Aktiviti
merokok ini dikategorikan sebagai salah satu masalah sosial dalam kalangan pelajar di sekolah.
Tambahan pula, setiap tahun bilangan perokok meningkat sebanyak satu peratus iaitu 30 ribu
daripada 3 juta perokok sejak tahun 2006 (Utusan, 2010). Bilangan perokok yang
meningkatkan membuktikan bahawa budaya merokok ini merupakan budaya yang tidak asing
lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan secara umumnya dalam kalangan pelajar di
sekolah. Namun menurut Tirtosastro dan Murdiyati (2010), menyatakan kandungan nikotin
yang terdapat dalam rokok adalah tinggi dan ia boleh menyebabkan perokok mengalami
ketagih dan mengulangi tingkah laku tersebut sehingga ia menjadi satu tabiat dan gaya hidup
yang tidak sihat.

Menurut kajian tersebut menunjukkan bahawa merokok merupakan satu gaya hidup
yang tidak sihat kerana sebatang rokok mengandungi 70 jenis bahan beracun seperti nikotin
yang menyebabkan ketagihan serta karsinogen dan bahan beracun lain yang mengancam
kesihatan setiap perokok dan dan mengakibatkan sakit kanser seperti kanser paru-paru yang
boleh membawa maut. Jika perokok yang mengambil jumlah nikotin yang terlalu tinggi dalam
rutin harian dalam jangka masa yang panjang, orang yang merokok akan cenderung mengalami
masalah kesihatan yang serius. Namun masyarakat kini tidak cakna akan kesan buruk budaya
merokok dalam kalangan pelajar secara umumnya kerana mereka menganggap merokok
merupakan budaya yang normal dalam kalangan masyarakat.

3
Secara umumnya, budaya merokok di kalangan pelajar menurut perspektif Islam
membawa kemudaratan kepada seseorang individu yang menyebabkan jatuhnya hukum haram
terhadap perbuatan merokok tersebut. Hal ini kerana majoriti ulama khusunya ulama empat
mazhab bersepakat bahawa hukum merokok adalah haram dari sudut agama dan sebagainya.
Namun terdapat beberapa pengecualian misalnya merokok menggunakan bunga cengkih
dengan nama saintifik syzygium aromaticum untuk mengubati penyakit resdung dalam
kalangan masyarakat di Malaysia kerana bersifat sementara. Dalam menuju arus
perkembangan, hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah perkembangan zaman
disesuaikan dengan syariat Islam selaras dengan kemajuan masyarakat. Namun terdapat
sebahagian golongan yang mewujudkan pandangan hukum secara peribadi terhadap merokok
demi kepentingan diri sendiri. Kefahaman hukum yang ditetapkan oleh para ulama dinilai dari
pelbagai sudut hukum kerana hukum juga dilihat dari sifatnya misalnya terdapat sesetengah
hukum yang berubah disebabkan ia bersifat kontemporari.

Penilaian hukum yang dijatuhkan terhadap budaya merokok juga dilihat dari aspek
faktor-faktor lain yang memberi kemudaratan kepada seseorang individu. Selain daripada
kemudaratan dari aspek kesihatan, ia juga memudaratkan perbelanjaan harian seseorang kerana
sekotak rokok memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Budaya merokok dan ketagihan
terhadap merokok akan menyebabkan seseorang individu menghisap rokok dalam kadar yang
sangat tinggi sehingga memakan kos perbelanjaan harian yang secara tidak langsung
menglibatkan persoalan hukum syarak. Namun begitu, terdapat segelintir ulama yang
memberikan pendapat yang berbeza sehingga wujudnya hukum haram, makruh atau harus
terhadap tabiat merokok tersebut. Kertas kerja yang dijalankan ini akan mengupas dengan lebih
mendalam berkenaan budaya merokok di kalangan pelajar menurut perspektif Islam serta
faktor yang menyumbang kepada budaya merokok. Tambahan pula, pelajar juga sering
dianggap sebagai aset dalam tunjang pembangunan masa depan negara yang secara tidak
langsung menyebabkan budaya negatif seperti budaya merokok ini perlu dibendung dengan
segera.

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kertas kerja dilaksanakan adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam
berkenaan budaya merokok di kalangan pelajar menurut perspektif Islam kerana budaya negatif
tersebut semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sehingga memberikan pelbagai impak yang
negatif dari aspek pencapaian akademik pelajar, tingkah laku pelajar dan peningkatan masalah
disiplin yang berlaku di sekolah. Kajian yang dijalankan mengutamakan budaya merokok
khusunya dalam kalangan pelajar kerana isu ini banyak dibangkitkan di sekolah. Objektif
kajian membantu untuk mencapai matlamat utama kajian dalam mengatasi masalah tersebut.
Kertas kerja ini juga akan mengupas secara terperinci mengenai faktor, kesan dan cadangan
yang akan dibincangkan secara menyeluruh melalui objektif kajian yang telah ditetapkan.

Tambahan pula, objektif kajian akan membantu menganalisis kajian secara pemerhatian
dan analisis dokumen untuk menjawab persoalan-persoalan dalam membentuk suatu
kesimpulan dari permasalahan tersebut dan dapat dijadikan panduan untuk mengurangkan
budaya merokok dalam kalangan pelajar di sekolah. Objektif utama kajian adalah ntuk
mengenal pasti punca yang mempengaruhi budaya pelajar merokok di sekolah. Terdapat
pelbagai faktor-faktor atau punca yang mempengaruhi budaya namun menurut Mahmood
(2001), tingkah laku yang negatif seperti merokok dipelajari daripada persekitaran seperti
daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan juga media massa. Misalnya dalam
aspek sosial, pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk
interaksi seorang individu dalam pergaulan harian dan kemahiran berkomunikasi.

Pada peringkat ini, remaja cenderung melakukan sesuatu untuk mendapat pengenalan
dan penerimaan daripada kumpulan masyarakat. Secara umumnya, pelajar cenderung
terpengaruh dengan rakan sebaya dan juga faktor persekitaran kerana menganggap budaya
merokok merupakan budaya yang normal dalam kalangan pelajar. Berdasarkan Teori Hierarki
Keperluan Maslow menyatakan tentang keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan
perlindungan, keperluan kasih sayang dan kepunyaan, keperluan penghargaan dan penerimaan
dan keperluan sempurna kendiri. Faktor kekurangan keperluan seorang remaja dari aspek
kurang kasih dan pemerhatian dari ibu bapa juga boleh menyumbang kepada budaya merokok
di sekolah. Maka dengan itu, kertas kerja dilaksanakan untuk membuat tinjauan tentang punca
yang dominan yang menyumbang kepada masalah tersebut.

5
Dalam pada itu, objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengenal pasti kesan
pelajar merokok menurut perspektif Islam. Terdapat segelintir ulama yang memberikan
pendapat yang berbeza sehingga wujudnya hukum haram, makruh atau harus terhadap tabiat
merokok tersebut namun secara umumnya, hukum merokok adalah haram menurut majoriti
ulama. Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian yang diberikan terhadap hukum
perbuatan tersebut atas sifat-sifat yang tertentu bersesuaian denga syariat Islam. Kajian ini akan
membincangkan secara menyeluruh berkaitan dengan bagaimana punca budaya merokok dan
ketagihan merokok ini mempengaruhi seseorang individu dalam pelbagai aspek sama ada
aspek perkembangan emosi, sosial ataupun rohani seseorang individu menurut perspektif
Islam. Secara umumnya, budaya merokok dapat disimpulkan sebagai budaya negatif yang
membawa kemudaratan dan impak yang negatif kepada seseorang individu khususnya pada
peringkat pertumbuhan dan perkembangan seorang pelajar. Pada tahap perkembangan pelajar
pada masa ini, kesan-kesan negatif yang diperolehi dari pelbagai faktor akan memberi kesan
kepada perkembangan watak seseorang individu.

Seterusnya, objektif kajian yang ditekankan melalui kertas kerja ini adalah untuk
mengenal pasti cadangan atau solusi yang boleh dilaksankan untuk mengatasi budaya
pelajar merokok. Cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah ini akan menfokuskan
kepada solusi sama ada dalam bentuk perspektif Islam atau dari segi pengurusan kesihatan dan
juga langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam mencari jalan
penyelesaian yang terbaik. Masalah budaya merokok ini juga dapat ditangani dengan
mengaplikasikan teori-teori psikologi untuk membantu perkembangan peringkat remaja secara
menyeluruh. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu tersebut namun setiap
punca kepada permasalahan tersebut perlu ditangani dengan segera secara efektif. Maka
dengan itu, kertas kerja tersebut merupakan gambaran usaha yang perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah tersebut dan menambah baik intervensi sedia ada bagi memastikan pelajar
bebas daripada budaya merokok.

6
3.0 KAJIAN LITERATUR

Menurut Noremy Md Akhir yang merupakan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi Selangor, Saban hari, budaya merokok di kalangan pelajar yang menyebabkan pelbagai
isu kesihatan semakin teruk. Beliau menerangkan dalam artikel beliau bahawa keadaan ini
adalah antaranya disebabkan oleh pengaruh rakan, tekanan belajar, sifat ingin tahu dan
kepuasan peribadi. Permasalahan ini dikeruhkan lagi dengan sikap alpa pelajar yang kurang
rasa tanggungjawab dan juga kesedaran tentang isu pelajar merokok. Sesetengah pelajar kurang
ilmu pengetahuan tentang hukum merokok di sisi islam dan ada juga pelajar yang tidak
memandang serius tentang hukum merokok. Menurut beliau, Malaysia merupakan antara
negara yang mempunyai kadar peratusan tertinggi dalam tingakah laku merokok iaitu sebanyak
23.7 bilion batang rokok berbanding 18 bilion rokok pada tahun 1988 menurusi Metro 2015.
Hasil kajian beliau telah dapati bahawa rokok mengandungi karbon monoksida, nikotin, tar
dan bahan bahan yang boleh dikatakan membahayakan kesihatan kepada perokok. Namun
untuk perokok tegar, mereka masih tidak peduli dengan kesan yang akan datang. Untuk
perokok tegar juga agak susah untuk mereka berhenti untuk merokok, hal ini kerana mereka
sudah menjadi ketagih terhadap salah satu bahan rokok iaitu nikotin. Menurut Noremy, Nikotin
ini cepat memberangsangkan otak dan tahap ketagihan tinggi sekali, sebab itu ramai pelajar
yang pada mulanya niat mahu memcuba untuk suka-suka akhirnya ketagih dan sukar berhenti.

Selain itu, kajian beliau melibatkan 6 orang mahasiswa yang megaku sebagai seorang perokok
tegar. Kesemua reponden beliau adalah lelaki, beragama islam serta berbangsa melayu.
Menurut hasil dan perbincangan yang telah beliau laksanakan, pengaruh rakan merupakan
faktor utama pelajar merokok. Hal ini kerana, rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat
dengan individu selain keluarga. Beliau menyatakan bahawa ia berpunca daripada salah
memilih kawan sehinggakan rakan yang bermasalah dan gemar melakukan aktiviti negetif akan
mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma
masyarkat yang akhirnya mendorong seseorang remaja itu turut terlibat sama, Beliau juga
menyatakan bahawa dalam konteks perlaksanaan dasar, pihak kerajaan telah menggubal dasar
di bawah Akta Kawalan Hasil tembakau 1993 yang dikelola oleh unit Penguatkuasaan Undang-
undang Kesitan Awam di setiap pejabat kesihatan di seluruh negara. Salah satunya adalah
penetapan Kawasan larangan merokok yang dikuatkuasakan di setiap pejabat kerajaan, sekolah
rendah dan menegah, tadika dan taman asuhan kanak-kanak di bawah peraturan 10(1).

-https://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2019/01/Artikel-15_NOREMY-MD-
AKHIR_Final1.pdf

7
Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam artikelnya yang bertajuk “Merokok:
Hukum dan Penyelesaiannya” mengupas tentang fatwa terdahulu dan fatwa mutakhir atau
semasa. Mengikut kajian beliau tentang fatwa terdahulu, Iman Syafie telah menyatakan
dalam kitabnya yang masyhur al-umm. “Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman
atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah
jelas haram.” Mankala fatwa mutakhir atau semasa iaitu syeikh Abdullah Babatein
memfatwakan bahawa mereka mengharamkan rokok dengan dua sebab utama, antaranya
boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan dan tembakau atau rokok
adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syarak sebagai: “Benda
keji, benda kotor dan boleh membinasakan.”

Di akhir artikel, beliau telah meletakkan beberapa keputusan majlis fatwa antaranya
jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Mewartakan fatwa pengharaman rokok berkuat kuasa
pada 7 Dis 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Di dalam
Enakmen tersebut dijelaskan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram
bagi orang Islam. Selain itu, Kementerian Kehakiman dan Hal Ehwal Islam Emiriah Arab
Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Para Imam umumnya
menyatakan sokongan terhadap fatwa ini menerusi khutbah Jumaat. Disebabkan terdapat
segelintir manusia yang tidak percaya dengan keputusan majlis fatwa, mereka telah
menyenaraikan beberapa alasan dan hujahan pengharaman merokok. Antaranya adalah
Firman Allah : ‫ َو َل ت ُ ْلقُوا بِأ َ ْيدِي ُك ْم إِلَى التَّ ْهلُ َك ِة‬Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Surah al-
Baqarah 2: 195).

Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi
sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Perlu dinyatakan di sini banyak
akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang sekelilingnya.
Antaranya pembaziran yang ketara yang melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun di
peringkat negara di billion dollar pada peringkat dunia. Begitu juga dengan kematian
kadarnya seperti 2014 menunjukkan hampir 6 juta kepada perokok dan juga yang berada di
sekelilingnya kerana terkesan akibat asap rokok. Angka tersebut bertambah dari setahun ke
setahun.

-https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-
dan-penyelesaiannya

8
Selain itu , menurut artikel yang ditulis oleh REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA--Syekh Abdul
Mun'im Qindil dalam kitabnya At-Tadawi bi Alquran menegaskan, merokok merupakan jalan
menuju penyakit berbahaya. Selama ini ada orang bertanya, apa hubungan merokok dengan
dampak medis.

"Apakah merokok masuk dalam hal-hal yang memabukkan atau melemahkan yang dilarang
Islam?" Syekh Abdul meminta umat membaca Alquran dengan cermat dan teliti. Beliau
meminta sesudah membaca, agar dipahami firman Allah dalam Surat An-Nisa ayat
29."Janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang
kepadamu.".Merokoknya juga bagian dari pemborosan. Hal itu sesuai dalan surah Al Isra ayat
27 Allah SWT berfirman. "Sesungguhnya pemborosan-pemborosan itu adalah saudara setan
dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

Kemudian Syekh Abdul Mun'im meminta umat memahami hadits Rasulullah SAW yang
melarang setiap hal-hal yang memabukkan dan melemahkan? Contohnya pemahaman hadits
Rasulullah yang berbunyi "Siapa yang memakan bawang putih atau merah (Yang mentah)
maka hendaklah menjauhi masjid kami dan duduk di rumahnya."(Bukhari dan Muslim).

Juga sabda Rasulullah SAW tentang Apa yang dirasakan malaikat ketika melihat orang yang
menyakiti diri. Beliau bersabda. "Sesungguhnya malaikat merasa sakit dari apa yang menyakiti
manusia.".Syekh Abdul Mun'im mengatakan apabila kita melihat bahaya yang diakibatkan
merokok, niscaya kita dapati hubungan yang kuat dengan ayat dan hadis rasulullah tersebut.
Allah SWT melarang kita membunuh diri kita sendiri.Tembakau di dalamnya mengandung
nikotin yang secara ilmiah dapat mempercepat kematian manusia daripada racun tikus,"
katanya.Allah SWT melarang kita boros. Rokok tembakau mengeluarkan harta yang
bermanfaat untuk merokok yang terkadang harta itu merupakan kebutuhan mendasar dalam
hidup. Rasulullah SAW menyuruh orang yang memakan bawang putih atau merah (mentah)
agar menjauhi masjid hingga bau mulutnya tidak mengganggu orang yang sihat.

Tidak diragukan lagi bahwa asap rokok memiliki bau yang tidak disukai dan menyakiti
manusia sebagaimana malaikat juga merasakan sakit dirinya," katanya.

Berikut ini adalah keterangan tentang bahaya rokok. Sebagian ulama telah bersepakat bahwa
Merokok itu makruh, dan terus menerus berbuat makruh adalah menjadi haram. Para ulama
mendasarkan fatwanya pada kaidah syarat dan bersandar kepada al-quran dan sunnah maka
sesungguhnya para dokter memiliki eksperimen ilmiah yang menyikap bahaya merokok yang
menyeramkan.

https://www.google.com/search?q=hukum+merokok+dalam+islam&rlz

9
Justeru itu,menurut artikel Malaysian gazzete tentang isu merokok dalam kalangan pelajar,
sekolah bukanlah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak kajian yang terperinci yang
mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah menengah terlibat dengan gejala
merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang mempengaruhi seseorang remaja untuk
merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli keluarga di rumah yang merokok dan perasaan
ingin tahu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa hampir 50% remaja tingkatan 5 adalah
perokok dan hampir 40% pelajar tingkatan 4 terlibat dalam merokok. Ini adalah satu fenomena
yang membimbangkan. Merokok pada usia muda boleh mendatangkan pelbagai masalah
teurtamanya apabila rokok dijadikan sebagai ‘gateway’ kepada dadah yang lebih merbahaya
seperti Ganja, Amphetamine dan Heroin. Kempen Tak Nak Merokok di Malaysia member
fokus kepada golongan dewasa sahaja yang merokok dan tidak kepada remaja yang ingin
berhenti merokok. Di kalangan golongan pelajar sekolah rendah pula, masalah utama yang
dialami oleh pelajar pelajar tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah
kepada asap rokok yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling
mereka. Dalam satu kajian rentas sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, hampir 90% dari
pelajar tahun 3 hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok. Di antara mereka, ada
yang mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok. Ini menyebabkan kanak
kanak tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitkan
dengan rokok terutamanya masalah paru-paru. Golongan pelajar sekolah rendah ini juga
didapati mempunyai kecenderungan untuk merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok
lebih mudah diperoleh disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok.

Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah mendapati bahawa hampir 20% daripada
kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau adalah perokok aktif pada umur 11 tahun.
Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rokok walaupun rokok
tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu,
penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah
diperketatkan lagi. Kanak-kanak sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya
merokok dan akibatnya. Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar
sekolah rendah yang berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya
50% daripada kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu
tentang masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa
yang terkandung di dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70% daripada kanak-
kanak tersebut tidak tahu tentang ketagihan merokok.

Kita boleh membenteras gejala rokok di kalangan remaja dan kanak-kanak ini dengan adanya
kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan, penguatkuasa dengan ‘policy
makers’ dalam kerajaan kita. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja merosakkan
diri dengan merokok, malah, mereka juga membahayakan anak-anak yang bergantung dengan
mereka. Ibu bapa adalah ‘role model’ yang baik untuk anak-anak. Mereka seharusnya
mencerapkan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni yang membentuk susila anak-anak
mereka dan bukan sebaliknya. Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan
mengenalpasti remaja atau kanak-kanak yang bermasaalah dan segera mendapatkan bantuan
dari pihak yang berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan sebelum terlambat.
Penguatkuasaan harus dipertingkatkan lagi supaya remaja dan kanak kanak tidak memperoleh

10
rokok dengan mudah dan pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan meningkatkan lagi
cukai ke atas tembakau supaya dapat mengawal gejala rokok ini. Kempen-kempen tentang
bahaya rokok juga harus diperkenalkan di peringkat sekolah dan dengan pengetahuan yang
mencukupi, kanak-kanak juga boleh membantu untuk menasihati ibu bapa mereka supaya
berhenti merokok. Kita boleh membenteras gejala rokok di kalngan pelajar sekolah rendah
sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka masing masing demi masa depan anak-
anak kita.

Dr. Rashidi Mohamed bin Pakri Mohamed bertugas sebagai Pakar Perubatan Keluarga di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan mempunyai minat dalam ‘Addicition
Medicine’. Dr Rashidi juga adalah ahli NARCC

11
4.0 METODOLOGI

PENGENALAN

Dalam bab ini, kami membahaskan mengenai kaedah kaedah yang digunakan bagi mencapai
objektif kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Meodologi merupakan suatu system
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin
(Dewan Bahasa dan Pustaka 2022). Malah, metodologi juga digambarkan sebagai sesuatu jalan
teknik, kaedah, corak, rentak, ragam dan gaya. Secara amnya, metodologi kajian dilakukan
bagi memastikan penyelidikan yang dijalankan memperoleh maklumat yang tepat. Pada
bahagian ini pengkaji akan menghuraikan tentang kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji.
Setiap kajian yang dijalankan akan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah
kuantitif dan kualitatif. Kajian ini mengunakan kualitatif yang mengunakan dua acara iaitu
menggunakan sumber primer dan sumber sekunder. Dalam kajian ini, kaedah yang dipilih
adalah dengan menggunakan kaedah sumber primer dan sekunder. Dalam melaksanakan
kajian ini, pengkaji memperoleh maklumat daripada sumber primer iaitu melalui pencerapan,
soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Namun, kajian yang dibuat tentang budaya merokok
menggunakan kaedah bersemuka dan temu bual untuk memperoleh maklumat tentang budaya
tersebut.

Selain itu, Pengkaji menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji telah bertemu dengan beberapa
pelajar untuk menemu ramah untuk mendapat sumber dalam menjalankan kertas kerja ini.
Pengkaji bertemu dengan beberapa orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong
Utama dan pelajar pelajar Universiti. Respon daripada pelajar pelajar ini telah banyak
membantu kami untuk melaksanakan kertas kerja ini dengan baik. Dengan itu, pengkaji telah
menyediakan beberapa soalan mengenai budaya merokok di kalangan pelajar. Antara contoh
soalan yang dikemukan adalah seperti berikut:

Contoh soalan diekemukan: Contoh jawapan responden:

Apakah penyebab anda merokok? Pengaruh rakan,tekanan belajar dan lain-lain

Apakah faedah merokok? Rokok dapat membantu saya tanggani stress


dan tekanan

Kesemua responden yang terlibat adalah lelaki, beragama islam dan berbangsa Melayu serta
berasal dari Puchong Selangor dan ia diringkaskan seperti dalam jadual di bawah.

12
Responden (R) Jantina Agama/bangsa Umur(Tahun) Negeri (Asal)
1 Lelaki Islam/ melayu 17 Selangor
2 Lelaki Islam/melayu 17 Selangor
3 Lelaki Islam/melayu 22 Perak
4 Lelaki Islam/melayu 21 Perak
5 Lelaki Islam/melayu 21 Pahang
6 Perempuan Islam/melayu 23 Selangor
7 Perempuan Islam/melayu 23 Selangor
8 Lelaki Islam/melayu 20 Kedah
9 Lelaki Islam/melayu 20 Kedah
10 Lelaki Islam/melayu 21 Melaka

Seterusnya, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian. Pengkaji telah melihat tentang
faktor faktor tentang pelajar merokok melalui sosial media seperti aplikasi tiktok dan melalui
kedai runcit yang menjual rokok atau hasil tembakau. Terdapat dua jenis pemerhatian,
antaranya adalah pemerhatian peserta dan pemerhatian bukan peserta. Jenis pemerhatian yang
pengkaji lakukan adalah pemerhatian bukan peserta. Jenis pemerhatian ini memerlukan
pengkaji memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian yang
pengkaji pilih telah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pengkaji untuk membuat
pemerhatian secara teliti terhadapa segala gerak geri individu yang diperhati. Pengkaji telah
memerhati pelajar merokok melalui sosial media dan rata-rata pelajar merokok di dalam tandas,
di belakang kelas, di lorong yang sunyi dan di dalam kelas.

Selain itu, data sekunder juga diguna pakai dalam melaksanakan kajian ini. Data sekunder ini
dapat diperoleh melalui kajian di perpustakaan dan semakan bahan daripada sumber internet.
Bagi mendapatkan maklumat dan kosa ilmu bagi kajian ini, kajian perpustakaan merupakan
salah satu kaedah yang terpenting. Lawatan ke perpustakaan publik di Puchong telah
dilakukan. Lawatan dilakukan bagi mencari bahan yang berkaitan dengan kajian untuk
dilakukan sebagai kosa ilmu serta panduan dalam kajian ini. Pengenalan lebih awal tentang
kajian ini bertujuan mendapatkan sebanyak mungkin dapatan atau maklumat yang relevan
berkaitan budaya pelajar merokok di kalangan islam. Proses mendapatkan maklumat tertumpu
pada pembacaan dan rujukan daripada buku-buku, jurnal-jurnal, makalah dan artikel-artikel
tentang pelajar merokok. Semua maklumat yang diperolehi digunakan oleh pengkaji untuk
melaksanakan kertas kerja ini. Pengakji juga telah menggunakan kaedah internet dalam
mendapatkan data dan info tambahan yang boleh digunakan dalam membantu menyiapkan
kertas kerja ini. Melalaui kaedah ini juga, pengkaji mencari artikel-artiekl berkaitan pelajar
merokok menurut perspektif islam dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam menulis
kertas kerja. Maklumat tambahan yang diperoleh melalui kaedah ini amat membantu dalam
mengukuhkan lagi data dan dapatan kajian yang diperolehi pengkaji.

Secara keseluruhannya, kaedah yang dipilih oleh pengkaji bagi mendapatkan data tentang
budaya merokok di kalangan pelajar menurut perspektif islam dan maklumat kajian terbahagi
kepada empat. Antaranya, kaedah temu bual, permerhatian, sumber internet dan kaedah
perpustakaan. Semua kaedah yang digunakan pengkaji merupakan kaedah yang bersesuaian
dengan kajian yang dibuat. Dalam kajian ini, penggunaan kaedah yang tepat dan bersesuaian
adalah penting agar hasil yang diperolehi tidak dapat dipertikaikan. Selain itu, responden dan
tajuk kajian yang dipilih memudahkan kajian dijalankan dan selaras dengan apa yang ingin
dikaji. Pemilihan metodologi kajian dan responden yang terlibat adalah sangat penting kerana
kedua-duanya merupakan faktor utama dalam menentukan keberhasilan kajian

13
Dapatan kajian & Perbincangan

Dari Hasil penelitian kajian menunjukkan bahawa salah satu punca mempengaruhi para
pelajar untuk merokok adalah disebabkan pengaruh dan ajakan dari rakan universiti. Ini kerana
tinggal berjauhan daripada keluarga menyebabkan rakan di universiti merupakan individu yang
paling rapat dengan responden. Oleh itu, tanpa pengawalan daripada ibu bapa, responden
mudah terpengaruh dengan tingkah laku negatif seperti merokok. Waktu remaja adalah waktu
kritikal di mana seseorang mula mencari identiti dan mengenal erti kehidupan sebelum
menginjak dewasa. Ketika ini, golongan remaja cenderung untuk mencuba sesuatu perkara
baru seperti mempunyai pasangan, berfesyen dan mencuba aktiviti atau sesuatu yang trending
dalam kalangan mereka, termasuklah rokok.

Golongan remaja juga antara golongan yang mudah terpengaruh. Fasa hidup mereka ketika
ini banyak dihabiskan dengan rakan-rakan. Berkawan dengan rakan yang menghisap rokok
sedikit sebanyak menyebabkan mereka cenderung untuk mencubanya. Rokok juga mungkin
dilihat sebagai lambang kematangan dan gaya. Sesetengah remaja mungkin terjebak dengan
rokok kerana takut kehilangan rakan atau mengikut tabiat yang diamalkan oleh kumpulan rakan
kerana takut disisihkan.Apakah yang boleh dilakukan untuk melemahkan kesan pengaruh
rakan-rakan? Beberapa kajian lalu mendapati bahawa keluarga boleh bertindak sebagai
penghalang kepada kelakuan merokok. Tetapi bagaimana pula jika ada ahli keluarga seperti
bapa dan abang yang merokok? Maka altematif yang berkesan sebarannya ialah siaran-siaran
televisyen yang memaparkan kesan merokok terhadap fisiologi dan persekitaran. Dari segi
sosiobudaya, remaja merokok disebabkan mereka ingin menjadi dewasa dan ingin mempunyai
keistimewaan sebagai orang dewasa yang boleh memikul pelbagai peranan dalam masyarakat.
Remaja yang merokok membayangkan ketaksabaran ingin

Selain itu,kami mendapati puncanya adalah disebabkan tekanan. Majoriti responden yang
terlibat dalam kajian ini mengakui mula merokok apabila mengalami tekanan ketika berada di
universiti. Tekanan yang dialami berpunca daripada masalah berkaitan dengan pelajaran di
universiti seperti tertekan dengan tugasan dan kuliah yang banyak dan kursus yang sukar serta
tekanan menghadapi ujian dan peperiksaan. Sesetengah individu merokok untuk melarikan diri
dari tekanan. Kesan nikotin dalam rokok memberikan mereka ketenangan sementara.
Walaupun tanpa disedari, ia menyebab kebergantungan daripdada rokok. Masalah tekanan di
tempat kerja, tekanan belajar atau masalah dalam rumahtangga boleh menjadi punca seseorang
mendekati rokok atau merokok dengan lebih banyak sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Sebenarnya rokok lebih memburukkan keadaan kerana individu yang merokok akan mudah
marah dan sensitive ketika fasa kehilangan nikotin.

14
Oleh itu mereka akan segera mencari rokok sebagai penyelesaian. Kitaran buruk ini
kemudiannya berulang.dan menjadikan keadaan lebih teruk dan sekaligus melahirkan sifat
yang negatif pada diri perokok. Sebagai perhatian penting, tekanan amat jarang dinyatakan
dalam mana-mana bahan rujukan sebagai perkara penting dalam kelakuan merokok di kalangan
remaja, cuma orang dewasa yang bekerja yang menyatakan bahawa mereka merokok untuk

meredakan tekanan perasaan. Justeru, dapatan ini agak luar biasa sedikit bagi golongan remaja;
oleh itu, kritikan stereotaip terhadap sebab-sebab remaja merokok harus dihindari. Tekanan
ialah satu keadaan psikologi yang mengganggu emosi dan keseimbangan mental seseorang
individu. Remaja mas a kini hidup dalam dunia yang penuh cabaran yang mempunyai
permintaan, jangkaan, peranan, standard, dan norma yang pelbagai, dan ini boleh menimbulkan
tekanan, khususnya di kalangan remaja di bandar-bandar besar dan yang masih bersekolah.
Tekanan sebegini mendorong remaja mencari jalan ke1uar dengan cara-cara tertentu
termasuklah melepak dan merokok dengan kawankawan. Secara amnya, dapatan kajian ini
menunjukkan ketepatan teori ketidaktentuan sosial dalam menjelaskan peningkatan jumlah
remaja yang merokok. khususnya remaja perempuan. Merokok dijadikan sebagai gerakbalas
terhadap rangsangan untukmencari jalan keluar daripada keadaan tertekan dan bosan. Dapatan
ini menunjukkan keutamaan teori neoklasikal yang menjelaskan remaja merokok sebagai satu
cara yang radikal untuk mencabar rutin kehidupan dan norma masyarakat. Kelakuan mereka
merokok mendapat perhatian dan reaksi daripada orang lain dalam masyarakat, iaitu ada orang
mencemuh dan ada orang menasihat remaja yang merokok.

Akhirnya,itu,kajian mendapati bahawa untuk kepuasan diri sendiri, Ada dalam kalangan
responden mengatakan faktor mereka merokok adalah untuk mencapai kepuasan peribadi.
Dengan merokok responden merasakan dirinya kelihatan lebih matang. Malah ada responden
yang mengakui sesuatu nikmat ataupun kepuasan peribadi akan diperoleh apabila merokok.
Perokok merasakan nikmat merokok boleh dirasai selepas makan kerana ia mewujudkan rasa
lega dan seterusnya menyegarkan tubuh badan.Ada juga yang merasakan bahawa apabila
merokok mereka merasakan mereka hebat dan matang,sehingga mereka merasakan sesiapa
yang tidak merokok tidak hebat dan bukan lelaki yang ‘macho’. Responden juga merasakan
seolah-olah mendapat penghargaan daripada orang sekeliling. Perkara ini disokong oleh
Nurhidayati dan Atik (2005) yang menyatakan tindakan menghisap rokok adalah untuk
mendapatkan kepuasan. Ini kerana dengan merokok seseorang itu dapat menghilangkan rasa
bosan, menghilangkan rasa sakit yang dialami, serta menampakkan kematangan diri dan ini
seterusnya akan meningkatkan keyakinan mereka untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan
cara ini mereka akan dapat mencapai kepuasan peribadi. Malah masyarakat turut menjadikan
kelakuan merokok sabagai satu cara hidup, iaitu menjadi ukuran status kedewasaan,
keranggian, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab.

15
JANTINA PERATUS
Lelaki 80%
Perempuan 20%

JADUAL 1

RAJAH 1

Carta pie responden berdasarkan jantina

Perempuan 20% Lelaki 80%

Rajah 1 menunjukkan daripada 10 orang responden, seramai 8 orang pelajar lelaki (80%)
adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 2 orang pelajar
perempuan 20% adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam
pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 1 dan jadual
1 di atas. Kajian ini adalah melihat responden pelajar-pelajar tentang amalam merokok. Oleh
yang demikian, jantina lelaki lebih ramai yang merokok berbanding jantina perempuan.

16
RAJAH 2

Umur perokok
4

0
Umur 17 Umur 20 Umur 21 Umur 22 Umur 23

Berdasarkan hasil kajian, daripada 10 orang responden yang disoal selidik, seramai 3 orang
pelajar adalah terdiri responden yang berumur 21 tahun. Manakala responden yang berumur
23 tahun mempunyaii sebanyak 3 orang responden. Seterusnya, responden yang berumur 17
dan 20 tahun adalah sebanyak 2 orang pelajar. Akhir sekali, hanya 1 pelajar yang berumur 22
tahun.

RAJAH 3

Negeri

Selangor Pahang Melaka Perak Kedah

Berdasarkan rajah 3, negeri Selangor adalah antara negeri yang banyak pelajar yang merokok.
Dah diikuti oleh negeri Perak dan Kedah. Seterusnya, negeri Pahang dan Melaka paling rendah.

17
Dalam kajian ini faktor rakan sebaya adalah faktor yang pertama untuk dikaji bagi menentukan adakah
faktor rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah. Persoalan
kajian ini merangkumi 12 item dalam soal selidik yang menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan
dengan rakan sebaya. Manakala untuk nilai min yang terendah pula adalah pada item 5 iaitu 1.70 yang
mana responden tidak bersetuju mengenai semangat setiakawan saya sangat tinggi dengan
kawankawan yang merokok. Ini dilihat dari 3.3 peratus sahaja responden yang bersetuju akan item
ini. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Jersild (1978) yang menyatakan bahawa penerimaan rakan
sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke atas diri pelajar tersebut. Oleh itu, jika
individu pelajar bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di sekolah, kemungkinan untuk
pelajar itu turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi. Dalam kajian ini, faktor keluarga
menjadi persoalan kajian yang kedua dikaji bagi menentukan adakah faktor ini mempengaruhi tingkah
laku responden untuk merokok. Persoalan kajian ini merangkumi 10 item dalam soal selidik yang
menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan faktor keluarga. Manakala nilai min yang terendah
pula adalah pada item 22 iaitu 1.93 yang mana responden tidak bersetuju bahawa ibu atau bapa saya
akan merokok apabila bersamasama kawan-kawannya. Ini dilihat dari 83.3 peratus responden tidak
bersetuju akan item ini manakala selebihnya tidak pasti dan setuju. Dapatan kajian ini selari dengan
Carwin (1988) yang menyatakan masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka
adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di kalangan
mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk
ajar yang betul kepada anak-anak mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa
kepada masalah disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan
sebagainya.

RAJAH 4

18
Dalam melakukan kertas kerja ini, dapatan hasil menunjukkan kesemua 10 orang pelajar
100% adalah terdiri daripada bangsa melayu dan agama islam. Hal ini demikian kerana, tajuk
utama kertas kerja ini adalah menurut perspektif islam ,bilangan perokok dalam kalangan
remaja islam agak memberangsangkan.Kaedah islam yang umum menyebut bahawa perlu
menjaga lima asas utama iaitu aqidah,nyawa,akal, keturunan dan harta.Mana-Mana dari salah
satu perkara di atas terjejas,makan ia perlu dihindarkan walaupun dengan sebab yang
kecil,boleh membawa bukum sama ada haram atau makruh.Islam melihat bahawa perokok
merujuk kepada kesihatan tubuh boleh menjejaskan akal dan harta.Islam juga telah
mengharamkan sesuatu perkara yang diharuskan apabila ia lebih menjurus kepada
kemudharatan.Bahkan turut mengharamkan sesuatu ibadat yang difardhukan apabila diyakini
ia boleh memudharatkan atau wujud sedikit kemudharatan.Apabila rokok tidak memberi
kesan memabukkan,tidak merosakkan akal yang mana tiada kesan mudharat sama ada pada
rasa atau bukan rasa,maka pakar perubatan menekankan kepada unsur unsurnya dan mereka
dapati unsur beracun mengancam kebahagiaan manusia.Jadi tidak syak ia memudharatkan
dan membawa penyakit.Menurut islam ia adalah sesuatu yang kotor yang membahayakan
serta tidak diharuskan.

Dengan ini kita menyedari dengan kesan kesan rokok yang buruk terhadap kesihatan dan
harta,syarak menghukumnya dengan haram atau makruh dan ia tidak terhenti ke atas nas
yang khas dengan semata mata,Pengambilan”illah hukum dan kaedah kaedah syarak yang
bersifat umum turut dinilai.Dengan ini,islam mempunyai kemampuan yang kukuh dalam
memberi setiap hukumbaginsesjuatu perkara yang baru bagi manusia.Kemudharatan diatasi
dan mengambil manfaat adalah diharuskan.

Pengharaman rokok terbabit telah dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu merokok
membahayakan kesihatan diri perokok itu sendiri, merokok mendatangkan kemudaratan
kepada orang di sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok berkenaan, serta sikap
merokok itu sendiri yang menjurus kepada proses pembaziran wang, masa dan tenaga serta
merugikan perokok yang menggunanya. Merokok juga membawa kerosakan alam sekitar
melalui pencemaran akibat daripada asap rokok yang dihasilkan serta proses pembuangan
putung–putung rokok yang merata–rata di atas jalan. Rokok juga berisiko tinggi untuk
mencetuskan kebakaran sekiranya putung–putung rokok yang digunakan tidak dipadam
sepenuhnya dan dicampak dengan sesukahati di tempat yang mudah terbakar.

Berdasarkan pelbagai kajian yang telah dilakukan, wanita dan kanak - kanak antara golongan
paling ramai menderita diserang penyakit bahaya kesan daripada pencemaran asap rokok
daripada perokok tegar sekitar mereka. Bayi dan kanak - kanak yang terdedah kepada asap

19
rokok berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti lelah, jangkitan paru
- paru dan bagi wanita yang mengandung juga pula boleh melemahkan kandungan.

5.0 PENUTUP, RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Kesimpulannya, terdapat tiga faktor dalam mempengaruhi pelajar terlibat dengan kegiatan
merokok iaitu faktor psikologi, faktor biologi dan faktor persekitaran sosial. Ia sejajar dengan
kajian yang dilaksanakan oleh Fikriyah dan Febrijanto (2012). Tahap kefahaman pelajar
berkaitan kegiatan rokok pula berada pada tahap sederhana. Ini bermaksud, pelajar-pelajar ini
kurang pengetahuan dan kefahaman berkenaan rokok secara mendalam. Hal ini menyebabkan
mereka terus terlibat dengan kegiatan ini tanpa mengetahui keburukan yang ada pada rokok.
Malah, ada sesetengah responden yang mula merokok pada usia awal remaja lagi, iaitu seawal
13 tahun. Merujuk kepada hasil dapatan kajian lepas yang dilaksanakan oleh Elon dan Malinti
(2019), di mana mereka mendapati bahawa usia awal remaja terlibat dalam kegiatan merokok
adalah pada usia 14 tahun.
Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan adalah faktor
biologi iaitu faktor genetik di mana ia sangat mempengaruhi seseorang untuk mempunyai
kebergantungan yang tinggi terhadap rokok. Struktur keluarga memang memiliki pengaruh
yang besar terhadap perilaku merokok yang muncul pada remaja (Septiana & Syahrul, 2016).
Selain genetik, pelajar juga mendapat kesan yang baik terhadap nikotin yang menyebabkan
mereka memilih untuk terus menghisap rokok (Fikriyah & Febrijanto, 2012). Dapatan kajian
turut mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh kaunselor dalam menangani pelajar yang
terlibat dalam kegiatan merokok mendapat keberkesanan yang baik dengan mengambil
beberapa langkah yang efisien. Menurut Mawaddah (2019), guru bimbingan dan kaunseling
dapat diberi amanah dan tanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh anak-anak di sekolah dengan baik. Kenyataan ini turut disokong oleh Pranoto,
Nurhadi & Yuhastina (2020) melalui kajian yang dilaksanakan dimana mereka menjelaskan
bahawa guru bimbingan dan kaunseling adalah salah satu golongan yang penting di sekolah
khususnya dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang terlibat
dengan kegiatan merokok.
Tanggungjawab membanteras masalah rokok dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah
terletak pada bahu guru kaunseling semata-mata. Hal ini demikian kerana tanggungjawab
keluarga dalam melahirkan sebuah generasi yang berkualiti turut memainkan peranan yang
sangat penting. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan pengkaji, faktor biologi adalah faktor
tertinggi di mana ini jelas menunjukkan bahawa keluarga mempunyai peratusan pengaruh yang
sangat tinggi dalam pembentukkan akhlak anak-anak. Oleh yang demikian, keluarga
khususnya ibu bapa hendaklah sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak di samping
memberikan tunjuk ajar yang betul dari segi agama agar anak-anak tidak terpesong ke jalan
yang tidak baik.

Di samping itu, kerjasama daripada masyarakat setempat juga diperlukan dalam membantu
menangani kegiatan pelajar merokok khususnya di luar kawasan sekolah. Acap kali kita
melihat masyarakat menunding jari kepada pihak lain tanpa melihat sendiri peranan

20
masingmasing. Masyarakat setempat hendaklah peka dalam memainkan peranan masing-
masing sebagai ‘mata dan telinga’ ibu bapa dalam memberikan teguran kepada mana-mana
pelajar yang terlibat dengan kegiatan sedemikian. Akhir sekali adalah peranan individu yang
terlibat dengan kegiatan merokok juga memainkan peranan yang sangat besar dalam memilih
jalan hidup yang sihat. Segalanya adalah bermula pada diri sendiri. Merokok merupakan satu
kegiatan yang membahayakan kesihatan. Oleh yang demikian, tanamkan dalam diri
masingmasing untuk meninggalkan kegiatan tersebut secepat mungkin. Hal ini kerana kesan
daripada merokok bukanlah satu rekaan dan gurauan yang dibuat-buat.

Dapatan kajian menunjukkan juga satu sesetengah daripada jumlah remaja yang merokok
menyatakan mereka berasa ketagihan bila tidak merokok. Ketagihan ini tidak mustahil terus
berlaku kerana jika berdasarkan teori pelaziman tingkah laku, seseorang individu itu merokok
kerana inginkan ganjaran nikmat nikotin dalam rokok, dan ganjaran inilah yang terus-menerus
mencetuskan keinginan merokok. Walau bagaimanapun, adalah masih mudah bagi remaja
untuk menyingkirkan tabiat merokok berbanding dengan orang dewasa yang sudah lebih lama
menghisap rokok dan lebih serius pula aras ketagihan mereka. Juga masih belum terlalu lewat
jika seorang penghisap rokok itu kerana ada remaja atau dewasa untuk berhenti merokok
kerana dalam hidup manusia ini setiap rangsangan perlu ada gerakbalas dan gerakbalas akan
berterusan jika ada peneguhannya. Penemuan dari kajian merokok ini boleh dijadikan panduan
dalam mengenal pasti punca merokok dan seterusnya bertindak dari perkara tersebut sebagai
rangsangan yang diperlukan untuk memulakan hidup tanpa rokok. Kewujudan peneguhan
untuk tujuan yang sarna juga dapat dikenal pasti dari penemuan kajian ini. Kajian ini diharap
dapat membantu bagi mereka yang terlibat sebagai yang menghisap rokok, atau individu
persekitaran yang mahukan sesuatu dilakukan agar merokok bukan penyebab kepada penyakit
kronik dalam diri seseorang individu itu

Hasil kajian mendapati bahawa menurut al-‘Allamah Sayyid ‘Abdur Rahman bin
Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi al -Hadhrami dalam
kitabnya Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa Ba’dh al -Aimmah al-
Muta’akhkhirin (hal. 260) berkata “ Tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai
sesuatu yang halal yang paling buruk d an boleh mengkhayalkan dan berlakunya
pembaziran harta.”Tembakau bukanlah menjadi pilihan makanan, hisapan atau
sedutan oleh mereka yang bermaruah. Pengharaman mengenainya telah difatwakan
oleh ulama tasawuf seperti al-Qutb Sayidina al-Habib Abdullah al-Haddad, al-
Allamah Ahmad al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin
Sumaith tentang pendapat keduanya dan ulama lain yang sependapat dengan
mereka.Begitu juga al-Habib al-Imam al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim
dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai tembakau, beliau (al -
Habib) mengatakan “ Aku khuatir akan orang yang tidak bertaubat daripada
merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan su’ al -khatimah (mati
yang berkesudahan buruk).”

21
Tuntasnya,mengikut komentar peribadi kami terhadap isu rokok ini adalah tidak wajar untuk
seseorang individu melakukan perbuatan terkutuk seperti ini kerana ia telah memudaratkan
kesihatan dan membazir duit sekaligus melalaikan kita terutamanya apabila melakukan
ibadah.Apa sahaja faktor yang menyebabkan sesorang itu untuk terpengaruh semuanya
bergantung kepada diri,nafsu dan iman sendiri.Jika kita tahu apa yang terbaik untuk diri,masa
depan dan kesihatan orang sekeliling kita,kami pasti bilangan perokok terutamanya umat islam
berkurang,jadi kita perlulah istiqomah untuk beribadah sekaligus kita dapat memahami
tentang konsep agama islam yang sangat mulia dan indah ini. Sebagai insan dan masyarakat
yang bertamadun tinggi, kita sewajarnya sedar bahawa kehidupan yang dilalui oleh setiap
manusia adalah berlandaskan keamanan dan ketenangan seperti yang telah ditetapkan oleh
setiap agama yang wujud di muka bumi ini. Sebagai seorang muslim, kita perlu mempelajari
agama Islam secara lebih mendalam dan terperinci. Misalnya, apabila kita mempelajari
mentafsir Al-quran serta mengamalkan ajaran sunnah Nabi Muhammad S.A.W, ia dapat
membentuk keperibadian yang mulia dalam diri seseorang serta mampu mengelakkan diri dari
terjerumus ke arah kemungkaran yang akhirnya boleh memusnahkan kehidupan dalam sekelip
mata. Kita juga seharusnya perlu saling menghormati hak asasi manusia yang telah sedia ada
dan juga sentiasa menjadikan agama sebagai pegangan dan rujukan utama dalam setiap aspek
kehidupan bagi melahirkan insan yang berjaya dunia dan akhirat.

22
6.0 RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

-Mahathir Yaha
ya, Noremy Md Akhir & Mohd Nazrie Sulaiman. (2018). Faktor Tingkah laku Merokok Dalam
Kalangan Mahasiswa Universiti. Jurnal Personalia Pelajar 21(2): 37-44.

-Mahmood, N.M. (2001). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

-Roziah Omar & Sivamurugan, Pandian. (2005). Malaysia Isu-Isu Sosial Semasa. Kuala
Lumpur. Unit Penerbitan ISM.

-Tirtosastro, S., & Murdiyati, A. S. (2010). Kandungan Kimia Tembakau dan Rokok. Buletin
Tanaman Tembakau, Serat & Minyak Industri, 2(1).
http://dx.doi.org/10.21082/bultas.v2n1.2010.33-44

-Utusan Malaysia. (Januari, 2010). Sukarnya Berhenti Merokok. Muka surat 9.

-Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2015. merokok hukum dan penyelesaiannya. Putajaya.
Penerbit mufti wilayah persekutuan

-https://www.google.com/search?q=hukum+merokok+dalam+islam&rl

-https://karyapis.com/product/e-book-hukum-merokok/
Shaykh ʿAbd al-Raḥman bin Nāṣir al-Siʿdī. 2014 hukum merokok9 (e-book)

-harian metro. (September 2012). Merokok tetep haram. Muka surat 48

-https://p2ptm.kemkes.go.id/infographic-p2ptm/penyakit-paru-kronik/apa-faktor-yang-
mendorong-seseorang-merokok

23
faktor yang mendorong pelajar merokok

-https://www.mmgazette.com/merokok-di-kalangan-pelajar-sekolah-realiti-depan-mata-
smokefreemy-dr-rashidi-mohamed/

-https://muslim.or.id/44847-hukum-merokok-dan-memperdagangkan-rokok.html

-E-book tentang “benarkah merokok tidak haram?”


https://www.ustazusa.com/2016/11/benarkah-merokok-tidak-haram.html

-https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/slaid/pdf/05_pengharaman_merokok.pdf

-https://www.imedik.org/remaja-dan-rokok/

-https://www.sinarharian.com.my/article/7370/berita/pelajar-merokok-makin-berleluasa

-https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694342/kanak-kanak-seawal-8-tahun-
mula-merokok

-https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html

-https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/photos/oh-baru-tahu-merokok-hukum-dan-
penyelesaiannyamerokok-merupakan-tabiat-yang-mend/3720955751288300/

-https://www.slideshare.net/fawwaz02/kertas-kerja-rokok

-https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/gpfarmasi-berhenti-
merokok.pdf

-https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1008354/asap-rokok-atau-nikotin-
lebih-mudarat

24
-https://www.sinarharian.com.my/article/213105/berita/nasional/400-maut-setiap-minggu-
akibat-rokok

25

Anda mungkin juga menyukai