Anda di halaman 1dari 2

Forum 2:

Gaya Kepimpinan

Kepemimpinan dapat diertikan sebagai kemampuan dalam mempengaruhi orang


lain untuk mencapai tujuan-tujuan. Tujuan kepemimpinan dalam suatu organisasi
adalah menciptakan organisasi (tata kerja bidang) yang dinamik, terkendali guna
mencapai tujuan yang telah disepakati bersama. Kepemimpinan dalam suatu organisasi
merupakan hal yang paling vital, oleh sebab itu seorang pemimpin harus mengetahui
fungsi kepemimpinan. Adapun fungsi kepemimpinan iaitu:

a. mengkoordinasikan para anggotanya.


b. membuat keputusan.
c. mengadakan hubungan kerja / komunikasi dengan baik dan benar ke dalam
dan luar.
d. penghubung antara organisasi yang satu dengan organisasi yang lain.
e. sebagai konseptor, penggerak. pengarah, pengatur dan pengawas.
f. pembinaan kerja.

Menurut Macionis, 2008, gaya kepimpinan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu


Gaya Otoriter, Gaya Demokratik dan Gaya Laissez-Faire. Negara kita lebih merujuk
kepada gaya kepimpinan jenis Laissez-Faire.

Kepimpinan Laissez-faire (delegative Leadership) merupakan gaya kepimpinan


yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang bawahan. Pemimpin yang
mengamalkan gaya ini jarang memberikan arahan kepada orang bawahan. Pemimpin
memberi kebebasan penuh bagi keputusan kelompok atau individu dengan penglibatan
yang sangat minimum. Pemimpin tidak akan campur tangan dalam hal-hal untuk
mengambil keputusan, melaksanakan tugas atau mendengar idea-idea orang bawahan.
Orang bawahan akan menjalankan tugas mengikut corak sendiri tanpa ada batasan
atau hala tuju yang adil dan betul.
Pemerintahan dibawah gaya ini akan menimbulkan kekacauan dalam
pelaksanaan tugas disebabkan tiada keadilan dalam pembahagian tugas, akan berlaku
kerja yang tidak teratur dan mantap, idea-idea yang boleh meningkatkan taraf kerja
tidak akan dilaksanakan dan sebagainya.

Pada pendapat saya, bagi mengelakkan masalah-masalah begini seseorang


pemimpin perlu memilih satu cara kepimpinan yang mampu memberi kepuasan kepada
ahlinya dari segi fizikal, mental dan juga emosi. Contohnya seseorang guru besar yang
tidak mengaplikasikan gaya kepimpinan yang sesuai di sekolah boleh menyebabkan
guru-guru di bawahnya tidak berpuas hati dan tidak memberi komitmen yang penuh
kepada guru besar tersebut.

Oleh itu, jika saya menjadi seorang guru besar, saya mungkin akan memilih gaya
kepimpinan Demokratik.  Dalam gaya kepemimpinan demokratik, pemimpin tidak
banyak menggunakan kawalan apabila dibandingkan dengan ketiga gaya
kepemimpinan sebelumnya. Pemimpin demokratik mengharapkan seluruh anggotanya
untuk bertanggungjawab dan mampu mengembangkan potensi kepemimpinan yang
dimilikinya. Pemimpin yang demokratik, memiliki kepedulian terhadap hubungan antara
peribadi mahupun hubungan tugas di antara para anggota kelompok. Meskipun
nampaknya kurang berorganisasi dengan baik, namun gaya ini dapat berjalan dalam
suasana yang tenang dan memiliki kecenderungan untuk menghasilkan produktiviti dan
kreativiti, kerana gaya kepemimpinannya ini mampu memaksimukan kemampuan yang
dimiliki para anggotanya.

a. Pemimpin yang demokratik biasanya memandang peranannya selaku koordinator


dan integrator dari berbagai unsur dan komponen organisasi.
b. Menyedari bahawa mahu tidak mahu organisasi harus disusun sedemikian rupa
sehingga menggambarkan secara jelas pelbagai ragam tugas dan kegiatan yang
tidak biasa tidak harus dilakukan demi tercapainya tujuan.
c. Melihat kecenderungan adanya pembagian peranan sesuai dengan tingkatnya.
d. Seorang pemimpin demokratik disegani bukannya ditakuti.

Anda mungkin juga menyukai