Anda di halaman 1dari 5

DINAMIKA ISLAM DI MALAYSIA (SOLUSI)

Menyingkap perkembangan semasa, kita dapati bahawa masalah fotografi memberi


kesan terhadap pengaruh gaya hidup dalam golongan pelajar. Keadaan ini pastinya
menggusarkan kita dengan mengambil gambar yang mempunyai unsur lucah,tidak menutup
aurat dan mengambil gambar yang boleh menimbulkan fitnah.

Dalam masa yang sama, seluruh masyarakat juga hendaklah memainkan peranan
penting dalam menangani isu ini. Sebagai contoh, pihak sekolah hendaklah megambil
peranan dalam mendidik para pelajar dengan ajaran Islam yang sebenar agar setiap pelajar
sentiasa berfikiran matang dalam membuat sesuatu perkara dan mematuhi undang-undang
menurut islam.

Sebagai cikgu tidak kira sesibuk mana sekalipun, tugas dan tanggungjawab
mendidik setiap pelajar tidak boleh diabaikan. Cikgu-cikgu perlu mendidik pelajar dengan
mengajar penggunaan kamera digital dengan sebaik mungkin agar tidak terlibat dengan
masalah fotografi di kalangan pelajar. Setiap cikgu perlulah sentiasa mengawal gerak geri
pelajar dalam menggunakan kamera digital semasa sesi fotografi dan melihat setiap gambar
yang diambil oleh setiap pelajar di dalam kamera digital atau telefon bimbit mereka. Dengan
adanya pihak yang bertanggungjawab,para pelajar tidak akan terjebak dengan masalah
fotografi sebagai contoh mengambil gambar yang tidak menutup aurat yang berlaku dalam
kehidupan harian mereka.

Pihak sekolah hendaklah mengawal ikhtilat antara pelajar lelaki dan perempuan
untuk mengelakkan masalah fotografi yang mempunyai unsur melanggar perintah islam
dalam proses pengambilan gambar mahupun penggunaan foto tersebut.

Dan, dari Abdullah bin Umar, dia berkata bahwa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫ُون َي ْو َم ْالقِ َيا َم ِة ُي َقا ُل لَ ُه ْم َأحْ يُوا َما َخلَ ْق ُت ْم‬


َ ‫ُون َه ِذ ِه الص َُّو َر ي َُع َّذب‬ َ ‫ِإنَّ الَّذ‬
َ ‫ِين َيصْ َنع‬

“Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar akan disiksa pada hari kiamat.
Akan dikatakan kepada mereka, “Hidupkanlah apa yang kalian ciptakan” (HR. Bukhari dan
Muslim)1

1
Arby, Suharyantoo, Fotografi Dalam Islam-Hukum-Dalil, (Jakarta)
Begitu juga bagi pihak berwajib, penguatkuasaan perlulah berterusan untuk
mengadakan kempen “Etika Fotografi dalam islam”. Sebagai sebuah Negara Islam, pihak
berwajib perlulah menjadikan agama Islam sebagai panduan utama dalam melaksanakan
setiap perbuatan atau aktiviti yang menepati syariah islam. Sebagai pelajar yang berhemah,
pelajar hendaklah menggunakan Islam sebagai panduan hidup yang sempurna. Ingat
perkara yang Islam larang itu adalah perkara yang perlu ditinggalkan. Jangan musnahkan
kemurnian Islam, negara, moral bangsa. Pegang amanah. Jangan rosakkan peribadi orang
lain dengan mengambil gambar yang boleh menimbulkan fitnah.

Dengan adanya kempen seperti ini, ini boleh menimbulkan kesedaran terhadap
pelajar untuk lebih berhati-hati dalam fotografi di dalam kalangan pelajar. Kempen ini
hendaklah dilaksanakan di setiap sekolah agar para pelajar tidak terjebak dengan masalah
fotografi. Kempen tersebut hendaklah menceritakan hukum fotografi dan etika fotografi
dalam islam. Dengan ini, masalah mengambil gambar yang mempunyai unsur lucah dan
tidak menutup aurat dapat diselesaikan.Dalam apa jua profession yang diceburi, etika dan
adab perlu dipatuhi. Begitu juga dalam bidang senifoto. Terutamanya bagi pelajar yang
menjadikan senifoto sebagai hobi mereka.

Merakam gambar individu, setiap pelajar perlu mendapat keizinan daripada orang
yang dirakam. Namun ada dikalangan ahli-ahli pelajar tidak membenarkan gambar dirinya
dirakam. Cuma dengan kewujudan kamera digital yang mempunyai kuasa optikal zoom
yang tinggi ada waktunya gambar boleh dirakam secara rahsia 2. Dengan ini, mengambil
gambar tanpa izin boleh menimbulkan pergaduhan atau fitnah dalam kalangan pelajar. Oleh
itu, setiap pelajar hendaklah meminta kebenaran dahulu sebelum merakam. Jangan
meletakkan gambar potret mereka di khalayak ramai tanpa izin. Ada kalangan pelajar akan
mengungkapkan "no picture please", maka pelajar yang merakam harus menghormatinya.

2
Arby, S - Fotografi dalam Islam - Hukum - Dalil. (2017, December 29).
Setiap pelajar perlu tekankan tentang aksi lucah. Aksi lucah adalah gambar yang
tidak boleh dirakam sememangnya dalam Islam melakukan atau merakamkan menjadi
haram kalau dilakukan. Tidak kiralah samada aksi lucah oleh manusia atau haiwan. Justeru
mempamerkan aksi sebegitu amatlah dilarang. Aksi lucah harus ditekankan kepada pelajar
bahawa aksi lucah tidak semestinya porno sahaja, tetapi aksi yang boleh memberahikan
juga amat dilarang. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-mukminun3,

٥ َ‫﴿ َوٱلَّ ِذينَ هُمۡ لِفُرُو ِج ِهمۡ ٰ َحفِظُون‬


٦ َ‫ِإاَّل َعلَ ٰ ٓى َأ ۡز ٰ َو ِج ِهۡ(م َأ ۡو َما َملَ َك ۡت َأ ۡي ٰ َمنُهُمۡ فَِإنَّهُمۡ غ َۡي ُر َملُو ِمين‬
ٓ
]7-5 :‫﴾ [المؤمنون‬٧ َ‫ك فَُأوْ ٰلَِئكَ هُ ُم ۡٱل َعا ُدون‬ َ ِ‫فَ َم ِن ۡٱبتَغ َٰى َو َرٓا َء ٰ َذل‬

Ingat, andainya aksi ini disiarkan di dalam web, blog atau laman Facebook amatlah
kurang wajar dilakukan oleh para pelajar. Dengan ini, pihak ibu bapa hendaklah memainkan
peranan penting untuk memerhatikan perilaku anak-anak dalam menggunakan kamera
digital atau telefon bimbit.

Masyarakat yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain menjadi elemen
penting dalam usaha mencegah dan membendung budaya tidak sihat. Jika masyarakat
bersikap prihatin, masalah fotografi mungkin tidak akan berlaku dalam kalangan pelajar
kerana setiap masa dan tempat diperhatikan. Membentuk keperibadian yang unggul adalah
lambang tamadun manusia. Sifat Amanah dan jujur adalah sifat yang baik perlu ditanamkan
pada diri setiap pelajar. Jangan menjadikan senifoto sebagai pisau untuk memusnahkan
orang lain. Bentuk peribadi yang mulia untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

3
irsyad al-fatwa ke-10: ketagihan video lucah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2014,
December 2).
 

Anda mungkin juga menyukai