Anda di halaman 1dari 3

Salam kasih sayang, Salam Malaysia Madani

Maksud dan punca

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalmualaikum mulanya kata,

Awal bismillah pembuka bicara.

Terima kasih saudari pengerusi,Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh kepada hadirin yang


dimuliakan sekalian.

Baiklah bagi menjawab persoalan saudari,

Menurut Azmi Yahya 2007, beliau ada menyatakan bahawa perlakuan buli adalah suatu tingkah laku
agresif seseorang pelajar atau sekumpulan pelajar dengan menganggu mangsa sama ada secara
fizikal mahupun psikologikal. Ia dilakukan secara berulang kali yang bertujuan menimbulkan perasaan
tidak selesa, tidak aman dan takut kepada mangsa. Kebiasannya, mangsa buli adalah yang bersifat
lemah dan tidak mampu melawan atau mempertahankan diri mereka dari mereka yang lebih
berkuasa.

Menurut kamus dewan edisi ke-4 pula mentakrifkan bahawa buli adalah perbuatan menyerang atau
mempermainkan seseorang supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Maka secara keseluruhannya dapat dijelaskan bahawa buli merupakan suatu perbuatan yang berniat
untuk menunjukkan kekuatan, menggertak atau mencederakan orang tertentu yang dilihat
berkeadaan lemah berbanding si pelaku.

Buli dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu yang pertama buli fizikal yang melibatkan perbuatan
memukul,menendang,merosakkan harta benda atau memaksa mangsa buli melakukan perkara yang
tidak diingini.

Kedua buli lisan yang dilakukan dengan percakapan seperti mengusik,menghina,menyebarkan fitnah
dan mengancam seseorang.

Seterusnya buli hubungan yang dilakukan dengan niat supaya seseorang berasa terpinggir atau
ditolak seperti enggan untuk bercakap dengan seseorang. Buli ini kebiasaan banyak melibatkan
golongan remaja dan kanak-kanak perempuan.

Dan akhir sekali, buli siber yang berlaku melalui penggunaan teknologi seperti mesej,emel dan
rangkaian sosial iaitu facebook dan instagram.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Maka demikianlah penjelasan tentang apa yang ditakrifkan dengan buli. Seterusnya, kita beralih
kepada punca yang menyebabkan buli berlaku. Antara Punca dominan yang mencetuskan fenomena
ini dalam kalangan murid adalah remaja yang terpengaruh dengan platform digital seperti media
elektronik dan media massa.Penggunaan platform digital pada masa kini semakin hari semakin
berleluasa dalam kehidupan manusia di seantero dunia terutamanya dalam kalangan remaja. Saban
hari, fenomena ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sudah tidak dinafikan lagi
bahawa platform digital ini memberi impak besar kepada manusia. Saya percaya bahawa generasi
kini amat arif dalam penggunaan platform digital berbanding generasi sebelum ini. Namun begitu,
terdapat sesetengah remaja yang menyalahgunakannya.

Hal ini kerana,remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh terutamanya dengan aksi-aksi
ganas yang ditayangkan di mana-mana platform digital melalui berbagai video dan filem aksi.
Tamsilnya filem juana yang memaparkan pelbagai aksi ganas dan aksi yang tidak sepatutnya
dipertontonkan. Impaknya, sifat remaja yang sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba akan mendorong
mereka terlibat dalam gejala buli ini. Oleh itu,remaja akan melakukan aksi ganas ini kepada rakannya
dan merasakan dirinya hebat. Jika perkara ini tidak dapat dibendung,maka pewaris generasi akan
datang akan semakin luntur nilai ketatasusilannya.
Langkah penyelesaian

Terima kasih saudara pengerusi, peribahasa ada menyatakan tiada penyakit yng tiada
penyembuhnya.Oleh itu,terdapat pelbagai langkah efektif yang boleh dilaksanakan bagi
membendung gejala ini. Antaranya ialah pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan
Malaysia dan pihak sekolah harus meniktikberatkan isu buli dalam pembelajaran di sekolah melalui
mata pelajaran seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam. Kesannya para pelajar akan diberi
kesedaran bahawa buli merupakan suatu kesalahan dan dapat memberi kesan buruk bukan hanya
kepada mangsanya bahkan turut kepada si pembuli. Di samping itu juga, pihak sekolah boleh
memperbanyakkan dan mengadakan program dan kempen berkaitan buli secara berterusan dari
masa ke semasa agar dapat mencegah pelajar dari terjebak ke dalam kancah buli.

Selain itu,pihak sekolah juga perlu mengawasi setiap pelusuk sekolah terutamanya belakang
bangunan sekolah dan lorong-lorong kaki lima yang sunyi agar tidak memberi ruang dan peluang
kepada pembuli yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Bukan itu sahaja,pihak
sekolah juga boleh menggalakkan pelajar menyertai dan bergiat aktif terutamanya dalam Kelab
Pencegah Jenayah. Dengan itu, pelajar akan memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan khususnya
tentang buli sekaligus berkongsi informasi tersebut dengan rakan-rakan yang lain agar semua pelajar
tahu akannya.

Hadirin sekalian,

Bukan itu sahaja, para pelajar juga harus berganding bahu “ bagai aur dengan tebing’’ dalam usaha
membendung gejala buli ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa
pembuli seharusnya tampil memberanikan diri untuk melaporkannya kepada pihak sekolah agar
dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan bersama. Di samping itu juga, pihak sekolah yang
menerima laporan serta aduan daripada pelajar juga harus mengambil tindakan segera agar dapat
mengatasi masalah ini. Pihak sekolah juga tidak seharusnya memandang remeh isu ini sebaliknya
berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh untuk membendungnya. Biar kita ambil contoh,
pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang terlibat dalam gejala buli serta ibu bapanya agar
dapat membincangkan masalah yang dihadapi pelajar tersebut untuk mendapatkan jalan keluar
terbaik. Bukan itu sahaja, hukuman setimpal juga patut dikenakan agar memberi kesedaran bukan
hanya kepada pembuli bahkan pelajar lain agar tidak mengulangi perbuatan itu di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai