Anda di halaman 1dari 3

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan

rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih

menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid


( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap

sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara

guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses

pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga

sebahagian
2

daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa
digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.David
Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan

penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan

teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak

berupaya mengambil tempat seorang guru.


1.1
Definisi Konsep
1.1.1 Pengajaran

Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi, mempengaruhi dan menghibur. Tugas

pengajar untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga

untuk mempengaruhi dan menghibur.( Kamarudin Husin: 1989)


1.1.2 Pembelajaran
Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran berjaya dicapai dan
dipertingkatkan melalui:

penerangan guru yang jelas

pengalaman murid yang bererti

kegiatan yang menyeronokkan murid dan guru
Jadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.

Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar


BBMialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur

dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua

pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat

pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik

dan media bukan elektronik.



BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan
pelajar

Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam.

3.2 Mutu bahan bantu mengajar:

Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan

pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.

Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa – sebutan ), intonasi dan nada,

keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah

dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan,

pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.


3.3 Kecekapan Menggunakan BBM:

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran

menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami

sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi

dan menepati fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya

jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid

dan masa yang diperuntukkan


3.4 Kesesuaian BBM

BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang

hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah

sia-sia sahaja.
4.0 Bagaimana guru-guru dahulu menggunakan BBM ?

4. 1 BBM dicipta atau dibuatnya sendiri bukan dibelidi kedai-kedai secara
sewenang-wenangnya sahaja. Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu

ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah

bermutu tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang.



4.2 Daya kreativiti yang tinggi - Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana
salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai

Anda mungkin juga menyukai